Sunday, March 23, 2014

UMNO KALAH DI KAJANG!!! Pengundi Melayu berubah kepada Pakatan, pengundi Cina kekal tolak BN


Walaupun dibayangi peristiwa kehilangan pesawat MH370, PKR berjaya mendapat kemenangan lebih besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang apabila berjaya meningkatkan peratusan undinya, walaupun majoritinya kurang berbanding pilihan raya umum lalu di samping berjaya menembusi kubu kuat Umno di kawasan majoriti Melayu.

Dalam PRK Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjaya meningkatkan jumlah undinya kepada 59.43% berbanding 57.99% daripada jumlah undi keseluruhan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Penyokong Barisan Nasional (BN) di luar SJKC Sungai Chua semasa hari mengundi di Pilihan Raya Kecil (DUN) Kajang semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 24 Mac, 2014. 

Semalam, calon PKR Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 5,379 berbanding 6,824 yang dimenangi penyandang kerusi Lee Chin Cheh dalam PRU13 lalu, kurang 1445 undi.

Read more ...

KEPUTUSAN PRK KAJANG!!! MCA bertanding tapi UMNO yang kalah, pengundi Melayu balik kepada PR


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kejayaannya mengekalkan kerusi DUN Kajang sebagai bukti keberkesanan strategi 'Langkah Kajang'.

Menurutnya, kemenangannya hari ini "lebih manis" kerana majoriti kemenangan disumbangkan oleh pengundi dari muda daripada saluran 5, 6 dan 7.

"Sudah tentu ia (Langkah Kajang) berkesan kerana kita lihat pengundi muda telah memberikan kita keyakinan yang menjadikan 'Langkah Kajang' berjaya.

"Saya bersyukur kerana kemenangan ini begitu manis sekali," kata Wan Azizah pada sidang media di pusat pengiraan undi, malam ini.

'Langkah Kajang' itu merujuk kepada strategi PKR untuk membolehkan pilihan raya tersebut diadakan dan seterusnya bagi menawan Putrajaya.

Read more ...

MISI PENCARIAN MH370!!! Palet kayu kargo bersama-sama tali pinggang ditemui


Misi mencari MH370 di Lautan Hindi menemui palet kayu dan tali pinggang. Gambar fail.Misi mencari MH370 di Lautan Hindi menemui palet kayu dan tali pinggang. Gambar fail.

























Pegawai kerajaan Australia hari ini berkata, salah sebuah kapal terbang yang digunakan untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 mengesan palet kayu kargo bersama-sama tali pinggang atau tali di kawasan pedalaman Lautan Hindi, lapor AFP. 

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengesahkannya sebagai "visual pertama dilihat dalam carian setakat ini".

Objek itu dilihat oleh pesawat awam untuk membantu mencari Boeing 777-200ER pada Sabtu.

"Sebahagian daripadanya adalah palet kayu dan beberapa barangan lain yang tidak dapat digolongkan di sekelilingnya dan beberapa tali pinggang daripada beberapa warna dan kepanjangan berbeza," kata penyelaras operasi pesawat AMSA, Mike Barton.

“Kami cuba mencari semula semalam, menggunakan salah satu daripada pesawat New Zealand, dan malangnya mereka tidak menemuinya. Ia adalah perkara biasa – anda hanya perlu terbang beberapa ratus meter dengan pesawat laju,” katanya pada taklimat media.

Read more ...

PETUNJUK AWAL!!! Wan Azizah akan menang lebih besar jika jumlah keluar mengundi tinggi

Sebuah badan kajian bebas hari ini meramalkan penambahan majoriti undi untuk calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berdasarkan kajiannya sehingga tamat tempoh berkempen malam tadi. 

Ilham Center menjangkakan Dr Wan Azizah, yang berdepan dengan calon Barisan Nasional Datin Paduka Chew Mei Fun, dijangka menang dengan penambahan majoriti sebanyak 1000 undi lagi.

Pengerusi Eksekutif Ilham Center, Muhammad Hisomudin Bakar, memberitahu The Malaysian Insider tengahari ini, anggaran tambahan majoriti itu berdasarkan undi yang diperolehi oleh calon parti Berjasa pada pilihanraya lalu, yang dijangka akan berpindah kepada Dr Wan Azizah.

Read more ...