Wednesday, July 25, 2012

'HIDUP LAGI'!!!! Ghani Jiman ugut Guan Eng akan 'mengamuk' semula

SELEPAS sekian lama menyepi, aktivis pro Umno yang pernah mengusung kek 'tahi manusia' lalu diberikan kepada kakitangan awam di Komtar pada hujung tahun lepas sekali lagi melancar ugutan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pagi tadi.

'Ghani Kulit' atau nama sebenarnya Mohamed Ghani Abd Jiman mendesak penguatkuasa berwajib Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memulangkan 'aksesori kulit terlarang atau haram'  yang dirampas sebelum ini sebelum ini sesegera mungkin.


Beliau berdalih, aksesori-aksesori yang kononnya bernilai RM85,000 itu mengakibatkan beliau rugi dalam perniagaan sehingga hari ini.


"Kalau tak pulang (barang-barang kulit itu), saya akan bawa gelombang kedua...lebih ramai lagi (akan berdemontrasi) ke sini (Komtar)," ujar Abdul Ghani di Aras 3, Komtar, George Town yang menempatkan lobi Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


Abdul Ghani ditemani oleh seorang lelaki misteri sahaja semasa melancarkan ugutan terhadap pentadbiran Guan Eng.


8 Disember tahun lepas, delagasi Abdul Ghani menghadiahkan kek 'tahi manusia' kepada kakitangan kerajaan sempena Hari Lahir Guan Eng.


Abdul Ghani berkata, replika kek tahi manusia itu hanya layak dihadiahkan kepada Guan Eng atas dalih Ketua Menteri itu enggan melayan desakan kosongnya itu.


"Orang lain tak boleh bagi (hadiah 'tahi manusia'), hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia (Guan Eng) kerana dia buat Pulau (Pinang) ini macam 'pulau tahi'," ujarnya dipetik dari blog Anak Sungai Derhaka.


Selepas insiden kontroversi serta melampau itu, Abdul Ghani menerima pertikaian daripada banyak pihak, termasuk kakitangan kerajaan pusat serta beberapa pemimpin Umno dan Barisan Nasional sendiri hatta beliau dilihat berdiam diri begitu lama.


Insiden terbaru Abdul Ghani pagi tadi dijangka sekali lagi menggamit rakyat untuk menilai wibawa Abdul Ghani membantu Umno 'mengusik' integriti Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


Umporno ibarat tahi dan kentut, jika dipisahkan apa jadi? Lu fikirla sendiri..Sharpshooter

Read more ...

PANAS! Pemimpin MIC Perak terbabit video seks?


Seorang pemimpin MIC dari Perak didakwa terbabit dengan skandal seks dengan seorang wanita yang bekerja sebagai pelayan atau GRO dalam satu klip video.

Kini perkara tersebut tersebar meluas di negeri tersebut malah sudah sampai ke telinga Presiden yang juga pengerusi MIC negeri, G Palanivel.


Untuk memburukkan lagi keadaan, video tersebut kini berada dalam tangan seorang pemimpin Pakatan Rakyat negeri terbabit.


Seorang pemimpin pemuda MIC negeri mengaku menyedari kewujudan video klip tersebut yang dikatakan dirakam di negara jiran di utara Semenanjung Malaysia, beberapa lama dulu.


Dikatakan bahawa pemimpin MIC yang terlibat dalam video klip tersebut berhasrat mahu menjadi calon salah sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam pilihanraya umum akan datang.


Difahamkan video klip tersebut akan disebarkan menjelang pilihanraya umum yang dijangka September ini sebagai satu cara "mematikan karektor" dan mencemar imej buruk MIC.


Parti berasaskan kaum India tersebut berminat untuk bertanding dua kerusi parlimen iaitu Tapah dan Sungai Siput dan empat kerusi DUN yang akan ditentukan kemudian.


Hanya ada dua cara MIC mampu bersihkan skandal ini iaitu, tidak mencalonkan pemimpin terbabit atau menafikan penglibatan dan benarkan individu itu terus menjadi calon.


Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, maka ia satu lagi tamparan hebat buat MIC dan Barisan Nasional selain menghancurkan terus imej Perdana Menteri Najib Altantuya untuk mengekalkan pemerintahan BN yang dirampas secara haram dari Pakatan Rakyat pada Februari 2009 lalu.


Lagi perkembangan lanjut akan menyusul.


JALAN PULANG

Read more ...

SOKONG!!! Setpol MB Kedah akan saman blogger UMNO yang memfinah beliau



ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyatakan sokongan agar Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnah dirinya.

Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya berkata, dakwaan kononnya Sanusi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kes rasuah bernilai RM1.3 juta itu jelas satu fitnah dan agenda politik jahat.

“Nampaknya budaya fitnah yang disuburkan Umno hinggakan tidak peduli tempat dan waktu termasuk bulan suci Ramadan ini.

“Maka kami menyokong agar Sanusi yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang mengadakan fitnah jahat terhadap dirinya itu,” tegas Ahmad.

Ujarnya, tindakan perundangan tersebut penting kerana fitnah yang dilemparkan itu bukan sahaja dilihat untuk memberikan imej negatif terhadap peribadi semata-mata, tetapi juga berangkai sebagai agenda politik jahat terhadap PAS Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah.

Terang beliau, pihak terbabit mempunyai agenda untuk mengaitkan PAS Kedah dengan isu tersebut, seterusnya merosakkan kejayaan kerajaan negeri yang dipimpin Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak terhadap kemampuan mengekang rasuah dalam pentadbiran.

“Imej bersih PAS dan Kerajaan Negeri Kedah dari sebarang rasuah menjadi sebahagian beban kepada Umno-BN untuk ke gelanggang PRU-13, maka fitnah ini dicipta dan disebarkan,” simpul beliau.

Read more ...

BANJIR DALAM MASJID!!! Apa la punya jahil blogger UMNO buat kesimpulan

NAMPAKNYA kali ini blogger-blogger Umno dah jadi ahli nujum yang mampu meneka, meramal dan mengagak tujuan Allah memberikan bencana banjir di dalam masjid.

Kata blogger-blogger Umno, Allah turunkan bala bencana berupa banjir di dalam Masjid Lipat Kajang Ar Rahimiah Sri Andalas Klang kerana sebelum ini pemimpin kafir memberikan Tazkirah Ramadhan di dalam masjid itu.



Kalau nak buat cerita bohong pun biarlah masuk akal, ada pulak kariah masjid yang bodoh sangat sampai suruh orang kafir bagi tazkirah Ramadhan di masjid kah kah kah

Kalau orang bukan Islam masuk masjid beri ucapan boleh lagi diterima akal, tapi bila mereka tuduh orang bukan Islam bagi tazkirah, nescaya kambeng pun boleh geleng kepala melihat kebodohan mereka mencipta propaganda.

Bagi menokok tambah kisah ini supaya lebih sensasi dan kontroversi, blogger-blogger United Malays National Organization, Umno mendakwa, Allah turunkan banjir untuk samak bekas tapak kaki tempat pemimpin kafir berdiri.

Banjir merupakan fenomena alam di mana-mana sahaja boleh berlaku banjir, termasuklah di Masjidil Haram, tempat suci pertama umat Islam.

Meskipun Mekah merupakan kawasan panas terik dan tandus namun jika Allah mengkehendaki banjir maka bajirlah kaabah yang menjadi kiblat umat Islam seluruh dunia.

ReJaM© "Mekah banjir sebab nak samak tapak kaki siapa pula? "

Read more ...

KAJIAN!!!!BN hanya mampu menang 8 kerusi parlimen di Sabah

BN mungkin tewas lebih daripada 60 peratus kerusi parlimennya di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang, kata seorang penganalisis politik dari negeri itu.

NONE
Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok berkata BN mungkin tewas di 14 daripada 22 kerusi yang diwakilinya di negeri tersebut.

Pembangkang mungkin berpeluang mudah di kerusi seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan, katanya.


"Saya tidak fikir deposit tetap itu akan kekal" katanya lagi yang merujuk kepada gelaran popular untuk Sabah dan Sarawak yang secara tradisinya menjadi kubu kuat BN.


Beliau bercakap dalam majlis perbincangan meja bulat di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh kluster politik, keselamatan dan hubungan antarabangsa Majlis Profesor Negara.

Read more ...

KAJIAN UUM!!! Buat Mat Bashah dan pengidam jawatan MB Kedah 'hot' terhadap Mukhriz anak Mahathir

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVxzLcV4oCtgnYIzxzlJnaHVctTWvSp4PhluQAo96VNh0UHgVkGbCwi4Pkwm798rmrVpx842aAZSYjyQHA9HwIG6fYn6xEDVNUzlr3XaiKSFThp7lT4AHFhI0Q3gbhZLF3UZ6d_Yts4Tc/s1600/Mukhriz+Mahathir.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiq1Ao-ZkWyr8SUUIFcGgfMhnL_EcQyNU4FKa3TZw244Fg7LovJEUoqvAQlFe9ntDRN32M8aS1_g5Nj7Jhdi7k7drfR32A554GaIksS70Zg3yGE3cSMMfeTujGum-n1oNrF68YtGxChLA/s400/Mukriz+%26+Tun+005.jpgSatu kajian oleh Universiti Utara Malaysia menyatakan bahawa anak kepada bekas perdana menteri, Mukhriz Mahathir merupakan pilihan ramai sebagai bakal calon menteri besar Kedah.

Kajian yang dibentangkan oleh Prof Madya Dr Rohana Yusof itu dari UUM juga menyatakan bahawa BN lebih berpeluang untuk merampas Kedah dari tangan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.


"Rakyat Kedah inginkan seorang menteri besar yang mempau menyelesaikan masalah mereka dan pada masa yang sama rajin menemui rakyat.


"Nada ini secara tidak langsung memberi gambaran ketidakupayaan menteri besar dari kerajaan PAS melaksanakan tanggungjawab yang diharap oleh pengundi," kata Rohana dalam slaid pembentangan kajiannya.


Kajian itu dijalankan ke atas 10,800 orang rakyat Kedah di 36 DUN, yang sebahagian besarnya berusia antara 21 hingga 34 tahun.


Ia membandingkan peluang Mukhriz berbanding tiga lagi pemimpin Umno Kedah – ketua perhubungannya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, ketua penerangan Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan ketua pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.


Seramai 67 peratus responden Melayu, 78 peratus responden Cina dan 71 peratus responden Melayu memilih Mukhriz, manakala Ahmad Bashah mendapat peratusan kedua terbanyak, masing-masing 13, 11 dan 14 peratus dari setiap kumpulan kaum.


Rohana membentangkan kajiannya itu di program perbincangan anjuran Majlis Profesor Negara di Kuala Lumpur hari ini.


Turut membentangkan kajian di sesi pagi pada program tersebut ialah rektor Universiti Islam Antarabangsa Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid.

Read more ...

BAHAYA FITNAH!!! Mai baca wahai tukang fitnah UMNO

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.


Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)


Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.


Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel atau SMS. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.

Read more ...

BLOGGER UMNO GAGAL LAGI!!! Kali ini terkantoi dengan Ust. Azhar Idrus

Blogger pencacai Umno/BN cuba nak memalukan Ust Azhar Idrus. Kononnya Ust Azhar sudah kantoi bab soalan ibadat puasa:


Sebagai memberi penjelasan terhadap perkara ini adalah perbahasan seperti berikut;

Kail hanya sejengkal, mahu menduga lautan yang dalam. Kepada blogger pencacai Umno/BN , kita nasihatkan supaya pergilah main kat longkang belakang rumah sendiri dahulu....Bab ugama ni sebenarnya korang tak layak untuk dibawa berbincang...Maaf cakaplah - Siapa sebenarnya yang kantoi?

Read more ...

PERANG BESAR!!! UMNO bermasalah di 5 kawasan Parlimen di Kelantan


PETALING JAYA: Menurut sumber Umno Kelantan menghadapi masalah meletakkan calon sekurang-kurangnnya lima kerusi Parlimen kerana perebutan antara tokoh lama dengan muka baru.

Kawasan Parlimen terbabit ialah Ketereh; Kuala Krai; Rantau Panjang; Machang; dan Pasir Puteh. Kesemua kerusi berkenaan dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum  (PRU) 2008.

Sebahagian masah berpunca kepada keinginan tokoh-tokoh lama parti yang masih mahu bertanding dalam PRU akan datang.

Di Kuala Krai, lima calon dikatakan berminat untuk bertanding kerusi Parlimen – Datuk Ramzi Abdul Rahman; Datuk Junaidi Bakar; Datuk Nik Sapiea Nik Yusof; Tuan Aziz Tuan Mat dan Azizuddin Hussein.

“Saingan sesama sendiri ini  boleh menyebabkan perpecahan di kalangan penyokong Umno.

“Jika peringkat atas berpecah, orang bawah juga boleh berpecah. Kalau semua berpecah, peluang untuk merampas Parlimen Kuala Krai akan berkecai,” kata Ketua Wanita Umno bahagian, Rohani Abdul Majid.

Pada pilihan raya umum 2008, calon BN Azizzudin kelah kepada calon PAS, Dr Hatta Ramli.

Di Parlimen Ketereh, khabar angin bertiup kencang bahawa Tan Sri Annuar Musa mahu bertanding sekali lagi dalam pilihan raya umum akan datang.

Pada 2008, bekas menteri kabinet itu kalah kepada sepupunya Aziz Kadir dari PKR.

Bola dan politik

“Annuar mahu menggunakan popularitinya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebagai tangga untuk menjadi calon.

“Kononnya Tok Nuar (Annuar) boleh menang semula kerusi Ketereh dengan populariti bola,” kata Ismail Abas dari Melor, Ketereh.

Ismail berkata, Timbalan Ketua bahagian, Datuk Alwi Che Ahmad merupakan calon paling kayaj di Ketereh.

“Ketereh perlukan muka baru. Annuar sudah terlalu sebagai orang politk Ketereh dan Kelantan,” katanya lagi.

Saingan di Machang pula dijangka berlaku antara tokoh veteran Datuk Ismail Mamat dengan bekas ahli Parlimen, Datuk Sazmi Miah serta ketua bahagian sekarang Datuk Nur Jazlan Yaakob.

Di Rantau Panjang pula membabitkan dua pemimpin utama bahagian Datuk Mohd Zain Ismail dan Abdullah  Mohd Yassin.

Abdullah ada ketua bahagian manakala Mohd Zain adalah bekas timbalan ketua bahagian.

Calon 2008 iaitu Afandi Yusof juga disebut-sebut mahu menjadi calon sekali lagi.FMT

Read more ...