Tuesday, December 27, 2011

TUKAR KES MURTAD KE MAHKAMAH SIVIL!!! Inilah kejayaan UMNO dan PERKASA menentang murtad di Malaysia


RAMAI YANG TERPEDAYA DENGAN UMNO DAN PERKASA YANG BEGITU HEBAT DIPROMOSI DALAM MEDIA MASSA SEBAGAI PEJUANG ANTI MURTAD

SELEPAS ITU , UMNO DAN PERKASA BERSUNGGUH MENYOKONG NGO ISLAM LAIN MENJAYAKAN HIMPUN

KERAJAAN BAGI LALUAN SELUAS-LUASNYA KEPADA HIMPUN. HARAPAN MEREKA YANG HADIR HIMPUN BAHAWA KERAJAAN PIMPINAN UMNO SUDAH BERUBAH BERSAMA MEREKA MENENTANG MURTAD

TAPI , MEREKA TIDAK SEDAR BAHAWA UMNO BUKAN BARU SETAHUN PERINTAH MALAYSIA, DAH 54 TAHUN. DAH ADA SEJARAH UMNO HANYA BERPURA-PURA MEMBELA ISLAM BILA TERDESAK. NAMUN , BILA KUASA UMNO KUAT MAKA PERSOALAN MARUAH ISLAM TIDAK DIPANDANGNYA.

ADAKAH HIMPUN 2 AKAN DIADAKAN BAGI MENENTANG KES MURTAD DI BAWA KE MAHKAMAH SIVIL? KITA SAKSIKAN LAKONAN UMNO DAN PERKASA UNTUK EPISOD SETERUSNYA........

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Pemuda PAS membantah keras kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mahu membawa kesemua kes murtad ke mahkamah sivil dan bukan lagi Mahkamah Syariah seperti sebelum ini.

Ini berdasarkan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam diselaraskan di seluruh negara.

Media melaporkan, kesemua perbicaraan kes murtad akan dibawa ke mahkamah sivil dan bukan lagi mahkamah syariah selepas Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam diselaraskan di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebelum ini tidak ada penyelarasan kerana ada pesalah dibicarakan di mahkamah syariah dan ada di mahkamah sivil.

“Kes murtad nanti akan berada di bawah mahkamah sivil dan bukan mahkamah syariah kerana jika mahkamah syariah, keseluruhan masalah tidak dapat diselesaikan sebab apabila disebut murtad ia membabitkan pelbagai pihak termasuk bukan Islam.

“Jadi, saya minta supaya Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) mengatur pertemuan dengan majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri bagi memaklumkan kewujudan enakmen ini,” ujar Jamil Khir selepas mengadakan pertemuan bersama enam pertubuhan bukan kerajaan Islam di sini kelmarin.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa terkejut kerana kerajaan membuat keputusan ini tanpa melihat kepada kesan kes ini terhadap umat Islam di negara ini serta merujuk kepada nasihat para ulama’ terlebih dahulu.

"Sepatutnya kes seperti ini dirujuk dahulu dengan semua pihak supaya tidak menimbulkan pertikaian dan bantahan di kemudian hari," kata Exco Dewan Pemuda PAS, Mohamad Firdaus Jaffar dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Jerai berkata, DPP Malaysia melihat keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai isu ini amat merbahaya dan merupakan suatu penghinaan terhadap agama Islam.

"DPP Malaysia mempersoalkan, jika ianya dilaksanakan nanti, bagaimanakah mahkamah sivil boleh memutuskan sesuatu hukuman yang berkait dengan syariat Islam sedangkan mahkamah sivil tiada kuasa memutuskan hal-hal yang berkait dengan undang-undang Islam?

"DPP Malaysia khuatir apakah hukuman kepada pesalah murtad nanti akan berdasarkan kepada hukuman Islam atau sebaliknya.

"Kalau demikian, apakah bidang kuasa mahkamah syariah sekiranya kes murtad juga akan dibicarakan di mahkamah sivil?" katanya.

DPP Malaysia berpandangan, kesan daripada keputusan ini adalah kuasa mahkamah syariah semakin mengecil dan kurang berperanan.

Mahkamah syariah hanya untuk mengendalikan kes-kes kecil seperti nikah, talak, harta pusaka dan lain-lain.

Manakala kes-kes besar seperti murtad, jenayah, dan lain-lain pula dirujuk kepada mahkamah sivil yang mempunyai peranan yang besar, katanya.

"Inilah sistem sekularisma yang masih diamalkan dinegara ini selama ini yang memisahkan antara perundangan menurut Islam dengan bukan Islam.

"Selain itu, hukuman terhadap pesalah murtad juga akan dipandang ringan, malah boleh dicabar oleh mereka yang bukan Islam," tegas beliau.

Apa yang amat dibimbangkan, katanya, adalah hukuman murtad boleh dipermain-mainkan oleh sesetengah pihak sehingga merendahkan kesucian Islam.

Oleh itu, DPP Malaysia mendesak supaya Datuk Seri Jamil Khir Baharom menarik semula usaha membawa undang-undang murtad ke mahkamah sivil.

"Beliau perlu ingat bahawa undang-undang pencegahan murtad seperti yang terkandung di dalam perundangan Islam yang sebenar adalah hukuman yang datangnya dari Allah SWT, bukan direka-reka oleh sesiapa pun.

"Mengubah hukum Islam yang terkandung didalam Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW, adalah suatu dosa yang besar dan boleh menyebabkan akidah seseorang itu tergelincir," katanya.

Read more ...

UMNO TERDESAK!!! Daftarkan 500 pelajar UiTM sebagai pengundi Parlimen Bukit Katil

Seramai 500 orang pelajar UiTM kampus Bandaraya Melaka telah ditukarkan alamat untuk daftar pemilih di Parlimen Bukit Katil dan setiap orang pelajar akan diberikan wang saku sebanyak RM300.

Segala pertukaran alamat adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Mereka diberi pilihan sama ada mahu mendaftar ahli UMNO atau membuat pertukaran alamat mengundi.

Pertukaran alamat ini didalangi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ketua Menteri Melaka dan beberapa agensi lain yang terlibat. Buat masa ini 500 orang pelajar telah didaftarkan dan berkemungkinan lebih daripada itu.

Ketua Menteri bimbang akan kedudukan Parlimen Bukit Katil yang bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan menjadikan mahasiswa UiTM sebagai "pengundi tambahan" mereka.

Sumber yang diterima adalah daripada beberapa orang yang berkhidmat dalam Jabatan Ketua Menteri dan juga ahli UMNO. Selain itu, pihak pengurusan UiTM juga terlibat sama dalam operasi secara senyap ini.

Maklumat ini diterima daripada staf UiTM pro UMNO yang agak curiga dengan tindakan SPR yang mensasarkan golongan mahasiswa untuk ditukarkan alamat ke Parlimen Bukit Katil.


Pendaftaran pertukaran alamat ini dilakukan dalam satu program diluar kampus. Program itu telah dirancang awal dan ketika hari program, mahasiswa telah diberi pilihan untuk mendaftar sebagai ahli UMNO atau membuat petukaran alamat.

Mahasiswa dibekalkan RM300 bagi setiap orang. Tindakan ini menunjukkan UMNO Bukit Katil sudah terdesak dengan bermain taktik kotor.


Seorang kakitangan SPR memberitahu bahawa kampus yang terdekat dengan Parlimen Bukit Katil akan didaftarkan untuk mahasiswa mengundi di Parlimen Bukit Katil.

Mereka juga bergiat aktif mendaftar untuk menjadikan mahasiswa kampus sebagai pengundi tambahan mereka. Jumlah pertambahan mengundi dijangka meningkat selepas ini.


Pihak SPR bertindak demikian kerana mengetahui tempoh matang pertukaran alamat adalah selama 3 bulan untuk cukup tempoh matang namun mereka mempunyai "cara" tersendiri untuk mempercepatkan tempoh matang ini kerana pilihan raya akan diadakan pada Mac 2012.


Bagi Parlimen Alor Gajah pula iaitu di DUN Durian Tunggal, mereka akan menjadikan kampus di sekitar Alor Gajah untuk meningkatkan jumlah undi di Parlimen itu.

Tindakan secara senyap ini cuba dimanipulasi bagi memenangkan UMNO/BN yang kian robek akibat ketirisan mereka dalam menguruskan sumber negeri.


Pihak kami akan mendedahkan satu persatu tindakan UMNO/BN, SPR dan pihak UiTM ini. Ikuti siri-siri panas di Melaka ini dengan artikel yang bakal menyusul.
~kijang 59

ADDIN

Read more ...

SEMAKIN HAMPIR PRU 13!!! Semakin bertimpa-timpa beban yang UMNO tanggung

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitxsz0-dw1wqiS8fRosHEfnSqcxD7u59HUxvaI3ci7sfbNMG94sJvsb5x52NdY-qpmjMIkaixD78qSfPO7yPD-tz9FygPo50HZwVo_BIUVrricuV-A3TXsqCYJkx5foi_Gnr-UkIoA9pA/s1600/Asal+bukan+Umno+-+selamatkan+Malaysia.jpg
Semingguan bermacet di Jakarta, Bogor dan Bandung. Ia satu misi memperkasa motivasi pasukan media baru bagi merungkai kecamuk dan cabaran gerakan Islam parti Islam PAS berbanding parti Islam di Indonesia.

Suatu langkahan kepedulian antara rakan pergerakan politik-dakwah yang meneliti dan mengongsi pengalaman demi membahagiakan keputusan pilihan raya umum ke-13 nanti.

Kepulangan sudah tentu mengalirkan suatu energi baru, lebih-lebih lagi ketidaksabaran untuk menerima titipan buah-buah perspektif Tok Guru Nik Aziz, menteri besar yang dicintai ramai.

Ia kemudian mengimbau latar ucapan tokoh Parti Bulan Bintang (hasil didikan Pak Nasier, Indonesia) mengulas tentang Tok Guru: Seorang tokoh ulama disegani seantero gerakan Islam sedunia ,kerana kesederhanaan dan titipannya yang istiqamah di landasan siasah syariyyah.


Lalu terketik jari-jemariku, mengakui kehebatan kepimpinan Tok Guru setelah 21 tahun mengurus tadbir politik rakyat Kelantan.

Jelas ia benar, tatkala sekembali mengurus tugas setiausaha politik di pejabat menteri besar, pasti banyak ulasan Tok Guru mengenai perkembangan isu-isu kerajaan dan rakyat serta kepimpinan parti selama semingguan tidak bersama.

Justeru isu-isu yang sudah dijangka, pastinya meliputi hal semasa kerajaan negeri yang sedang diasak oleh fitnah pihak lawan (Umno), agenda setting media arus perdana yang mengumpil kerukunan rumah tangga PAS, dan rangkuman pengalaman semingguan bermacet di kota raya Indonesia.

Apa pun semuanya itu agak panjang untuk ditintakan dari ulasan Tok Guru yang melebihi 30 minit. Namun yang terkesan dan sesuai ditintakan ialah persepktif yang bermaruah ‘istiqamah’ tatkala membicarakan soal Umno yang sedang mengasak kerukunan politik rakyat Kelantan. Justeru hakikatnya Umno adalah parti goblok ekstrem Melayu kerana tegar menolak syariah – hukum Islam.

“Tok Guru kemudian titipkan poin-poin bebanan Umno masa kini yang memeningkan pemimpin Umno sendiri di musim tiupan angin pembubaran dewan untuk pilihan raya ke-13.”

Satu persatu dihitung bebanan Umno yang biru gelap itu. Ia bermula dengan gelagat Dr. Mahathir yang rakus menggugat gaya ETP perdana menteri Najib.

Diikuti dengan pertembungan Dr. Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pinjaman IMF.

Kemudian berganjak kepada titik hitam di dahi Umno kerana Khir Toyo yang tidak berkuasa itu dijatuhi hukuman sabit rasuah beli tanah buat rumah.


Singgah pula meneliti rupa kondominium yang dibeli oleh suami ketua wanita Umno berketurunan “mami’ itu dikatakan dibeli dari punca RM250 duit projek fedlot yang membangkitkan fenomena ‘politik lembu’ di paras nasional.

Undur pula ke pantai Perupok Bachok yang hangat dengan cerita ada orang Bachok menerima habuan ketua bahagian Umno yang kononnya duit hasil suapan satu syarikat dari Johor.

Lalu tersisip satu khabar ada kesepakatan pemuda PAS bertindak membuat report polis atas responden berkenaan. [Peristiwa report itu telah berlaku di IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa kira-kira pukul 3.15 petang pada Isnin, 26 Disember lalu].


Kesemuanya membebankan Umno. Lalu Tok Guru menarik nafas bernada syukur untuk sejenak: Huh, syukurlah PAS tegas untuk menolak berbaik dengan Umno. Jika tidak PAS akan tumpang sama berkerut dahi kerana tempias bebanan Umno itu.

Apa pun, Tok Guru bertegas: Dengan apa yang berlaku semua itu, sebaiknya PAS semakin yakin bahawa keputusan menolak berbaik dengan Umno itu adalah betul dan benar!

[Terlintas pula dibenak fikiranku, kalau dibuka satu lagi cerita pasal isteri perdana menteri yang first lady – kerana bercium pipi dengan bintang filem Hollywood, mungkin banyak minit lagi Tok Guru akan menjuruskan perspektifnya.

Namun faham sudah, selaku setiausaha politik tidak wajar untuk meneruskan sembang agenda setting isu sampai meleret-leret, kerana Tok Guru harus menyiap langsung semua tugasan pejabat menteri besarnya. Hatiku setia mendoakan kebaikan dan kerahmatan-Nya buat Tok Guru. Amin]


Seorang rakan facebook mencatatkan di dindingnya: Khir Toyo rasuah dibalas dengan penjara, Isa Samad rasuah dapat jadi Pengerusi Felda. Ali Rostam rasuah dapat jadi Ketua Menteri Melaka....

Catatan dari blog SU Politik Tuan Guru Nik Aziz.

Read more ...

Suburkan amalan bergotong royong - Dr. Mujahid

PARIT BUNTAR, 27 Dis. : Semangat bergotong royong yang menjadi amalan masyarakat kampung akan terus disuburkan dengan pelbagai aktiviti yang membabitkan penduduk setempat dan ianya lebih meriah apabila tiba hari-hari kebesaran Islam.

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa berkata, selain sambutan Maal Hijrah , Hari Asyura yang jatuh pada hari kesepuluh dalam bulan Muharam juga disambut oleh umat Islam.

“ Terdapat banyak perkara sunat yang dilakukan umat Islam pada Hari Asyura selain acara tradisi orang Melayu yang memasak bubur asyura secara bergotong royong.

“ Saya memuji Jawatankuasa Surau Haji Shaari ,Bagan Tiang yang memain peranan untuk mengatur program mengacau bubur asyura yang disertai penduduk kampung” Katanya selepas ditemui semasa majlis memasak bubur asyura di perkarangan Surau Haji Shaari, Bagan Tiang.

Dr. Mujahid bersama isteri yang turut mengambil bahagian mengacau bubur asyura kemudiannya beramah mesra dengan penduduk kampung yang terlibat dalam majlis berkenaan.

“ Saya akan cuba memberi lebih banyak masa untuk bertemu dengan penduduk kampung dalam keadaan santai begini.

“ Suasananya sungguh meriah , semua dapat merasai kelazatan bubur asyura disamping mengeratkan ikatan silatulrahim antara satu sama lain” katanya

Read more ...

PANAS !!! Ahli politik ditangkap khalwat di Perlis



Berita dari Sinar Harian ini melaporkan seorang ahli politik yang berusia 35 tahun telah ditangkap kerana berkhalwat, yang dilaporkan hanya seorang Ahli Politik tapi tak disebutpun dari Parti mana..

Tapi korang faham-faham sendirilah.. kalau dari PAS atau PKR mesti berita ini dijadikan tajuk besar dalam Utusan dan disiarkan juga oleh TV3..ASD

Ahli politik ditangkap khalwat

KANGAR - Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.

Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun.

Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan.

“Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya.

“Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing,” katanya di pejabat Jaips di sini, semalam.

Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam.

“Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya.

“Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid,” katanya.

Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.



Sinar Harian

Read more ...

BAHAYA!!! UMNO sebenarnya ancaman kepada orang-orang Melayu

Oleh TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

http://hazrul7.files.wordpress.com/2009/04/dato-nik-abdul-aziz-nik-mat.jpgSAYA ingin berpesan kepada setiap ahli PAS supaya sentiasa bersedia untuk pilihan raya setiap saat. Pilihan raya bukan sahaja antara PAS dengan Umno, pilihan raya ini empat, lima tahun sekali, tapi sebenar pilihan raya adalah pilihan antara nafsu dan akal hari-hari.

Pilihan antara syaitan dengan malaikat, nak sembahyang atau tak sembahyang, nak bayar hutang atau tak nak bayar, makan kedai kopi nak bawa balik ke anak isteri atau habis di kedai.

Orang yang bayar hutang bererti dia telah pangkah benda wajib, tak bayar hutang ertinya orang yang pangkah tidak wajib.

Bila dia pilih tidak bayar bererti dia pangkah yang salah. Oleh demikian, pilihan raya bukan antara PAS dengan Umno sahaja, tapi antara nafsu dengan akal.

Di antara agama de ngan tidak ingat agama. Bukan empat tahun sekali tetapi setiap saat, setiap detik.

Pilih hendak ke syurga atau neraka, nak ke syurga hutang kena bayar, sampai waktu sembahyang kena sembahyang, sampai waktu puasa kena puasa, sampai waktu tinggal rokok tinggal rokok.

Saya di Kelantan saya sebut lama dah, nak jadi wakil rakyat mesti orang tidak merokok. Yang merokok saya tidak pilih, itu pandai-pandai dialah.

Dalam Perhimpunan Agung Umno mereka mainkan emosi untuk lawan kita, sedangkan perpecahan antara Muhyiddin dengan Najib begitu ketara.

Najib mahu letak calon boleh menang iaitulah calon pilihannya, kroninya. Dengan serangan hebat dibuat atas kita, macam mana Tok Guru simpulkan PAU itu? Umno (sebenarnya) ancaman bagi orang Melayu, sebab itu 60 tahun hidup orang Melayu tidak ke mana.

Umno sebut Melayu tiada kuasa sekarang, siapa jaga Melayu, kalau tidak Umno? Bila PAS guna Islam, maka sebanyak mana dikehendaki golongan kebangsaan ada belaka dalam Islam, sebanyak mana dikehendaki ekonomi ada belaka dalam Islam.

Banyak mana yang jaga Melayu ada belaka dalam Islam. Jadi mengapanya ambil Melayu sahaja, ambil Islam mencakupi segala- galanya. Ekonomi ada dalam Islam, jaga bangsa ada dalam Islam, sosial ada dalam Islam.

Dalam pimpinan politik ini, Tok Guru paling utama Umno serang. Tok Guru disuruh berhenti dan sebagainya. Macam orang nak main bola dengan ‘Red Warrior’ (Kelantan) tapi Apek tak boleh jadi ‘golkeeper’. Nak lawan apa, kalau nak lawan biarlah Apek jadi ‘golkeeper’. Bubarlah pasukan kamu tu.

Tiada arah kecuali Islam. Islam ini baru betulbetul arah. Tak pasal-pasal Umno tolak Islam pilih kebangsaan. Arah tuju kita orang Islam nak masuk syurga.

Arah tuju orang Umno nak jadi kaya. Kontrak sana sini, tak dapat kontrak, dia rasuah. Syurga neraka dia tidak fikir kerana tiada Islam, Islam hanya jadi tradisi. Umno tiru Eropah, bukannya tiru Nabi Muhammad.

Macam Eropah nak kaya jajah negeri sana, jajah sini, bunuh orang, tidak padan dengan negeri dia datang negeri orang. Kerana hendak kaya saja, syurga neraka bukan dia peduli.

PAS tonjolkan syurga neraka, tonjolkan dosa pahala, tonjolkan nafsu amarah syaitan iblis, tapi Umno tidak tonjolkan ini. Sedangkan inilah kelainan antara sekular dengan agama. Orang sekular tak tonjol lang sung syurga neraka, tonjolnya hanya pembangunan.

Misalnya begini, pengajian matematik sains benda ni tak payah mari dari langit, tak payah wahyu dari langit kerana manusia ada otak.

Otak ni dah cukup untuk manusia faham teknologi, sains, matematik ni. Sebab itu kalau kita pergi mengaji matematik di Russia, dua kali dua sama empat.

Pergi Amerika, dua kali dua sama empat juga. Kerana ini semua boleh guna otak.

Bahkan Russia yang kata tiada Tuhan, dia lebih terkehadapan dari segi ilmu angkasa. Kapal Soyuz tu, Amerika pun tumpang.

Maknanya, komunis lebih terkehadapan untuk naik ke bulan, hal angkasawan.

Ini cukup dengan otak sahaja. Tetapi bila mari wahyu ertinya beri pada kita ilmu yang otak kita tak sampai hendak fikir. Dosa pahala mana orang hendak reti, syurga neraka mana orang nak faham, iblis nafsu di mana orang hendak tahu melainkan dengan wahyu.

Umno tidak tonjol benda ni. Kalau Umno tonjol benda ni, semua rakyat jadi PAS. Kerana syurga neraka ini bukan projek PAS, bukan projek kerajaan, tapi projek Allah.

Allah yang buat bumi, Allah yang buat langit, Allah itu juga akan buat kiamat, akan buat azab kubur.

Oleh yang demikian, kalau Umno tak tunjuk benda ni ertinya Umno telah potong 50 peratus daripada ajaran ilmu wahyu.

PAS tonjol benda ni hingga Umno kata susah Nik Aziz ni kata syurga neraka.

Dah memang agama ni begitu. Syurga neraka ni barang ada, kita terima memang dia ada, kita tak terima pun dia ada, jadi baik kita terima.

Hari ini orang Eropah pun sudah boleh sistem ke wangan Islam selepas keruntuhan dan krisis ekonomi Amerika dua tahun lepas.

Sistem perbankan Islam mula berkembang sekarang. Itu baru ekonomi Islam, insya-Allah sikit lagi akidah Islam juga dunia akan terima. Sekarang ini banyak bank Islam walaupun masih ada kelemahankelemahannya, tapi orang boleh terimanya.

Hari ini walaupun tiada krisis ekonomi tapi (berlaku) hutang atas hutang. Hutang ini bukan apa, dipanggil ‘al-gharar’ iaitu spe kulasi. Islam akan diterima dunia.

Read more ...

TAK PERLU POLIS DAN SPRM!!! Muhyiddin sendiri siasat dakwaan SU sulit disogok ? Boleh percaya ka...


mStar melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dakwaan bahawa salah seorang pembantunya telah menerima rasuah akan disiasat oleh pihaknya..

Dan Malaysiakini juga melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedang menyiasat dakwaan bahawa setiausaha sulitnya ada menerima sogokan.

Sejak bila pulak Muhyiddin ni jadi Penyiasat? kenapa tidak diserahkan kes ini kepada pihak Polis atau SPRM? takut terbongkar lebih banyak ke?? atau Muhyiddin sendiri tidak percaya kepada SPRM dan Polis?ASD

TPM siasat dakwaan SU sulit disogok

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedang menyiasat dakwaan bahawa setiausaha sulitnya ada menerima sogokan.

Bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini, Muhyiddin bagaimanapun berkata beliau tidak tahu menahu berhubung sebarang salah laku tetapi berjanji akan melihatnya secara mendalam.

"Saya hanya membacanya di blog. Saya, apa-apa pun akan teliti perkara ini.

"Kalau apa-apa pun perkara berkaitan dengan sesiapa pun, dengan jabatan saya pun, saya akan kaji," katanya.

Beliau mengulas dakwaan seorang penulis blog Whistleblower 771 ( baca di SINI ) bahawa setiausaha sulit kanannya Mohd Shukor Abdul Manan (kanan) menerima lebih daripada RM100,000 sebulan.

Turut didakwa terlibat setiausaha sulit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Husin.

Awang bagaimanapun menafikan berlakunya salah laku sebaliknya dana berkenaan untuk menggerakkan program kebajikan.

Malaysiakini

Read more ...