Selepas pemilihan sayap Umno selesai semalam, kehangatan kempen kini mula membara dalam PAS, saingan utamanya dalam merebut undi Melayu.
Di peringkat sayap Pemuda parti Islam itu, persaingan untuk jawatan nombor satu dewan itu semakin jelas apabila akar umbi mula melobi secara terbuka untuk calon pilihan masing-masing.
Perkembangan ini amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya apabila hasrat mereka tidak dinyatakan dengan jelas, atas kepercayaan tradisi dalam PAS bahawa "calon berkempen akan kalah".Jika tahun lepas Nasruddin Hassan menghadapi laluan mudah selepas 'mewarisi' kerusi itu daripada Salahuddin Ayub yang beralih ke peringkat naib presiden, kali ini kemungkinan besar permainannya tidak sama.