Monday, October 29, 2012

PRU 13!!! Pakatan Rakyat diramal dapat 118 kerusi parlimen



KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong meletakkan keyakinan yang sangat kuat bahawa BN akan gagal mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurutnya, daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen di seluruh negara, beliau menjangkakan 118 kerusi akan dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 kali ini dan 104 kerusi sahaja akan diperoleh BN.

Beliau yang telah keluar BN dan mengumumkan menyertai PKR baru-baru ini berkata, asas pengiraannya adalah dengan formula (82 + 20 + 16 = 118)

82 katanya adalah jumlah kerusi yang telah dimenangi oleh gabungan PAS,PKR dan DAP pada PRU12, 2008 yang lalu dan dijangka jumlah itu akan kekal pada PRU akan datang.

20 pula adalah jumlah kerusi parlimen yang majoritinya adalah pengundi Cina dan India yang dimenangi BN dalam PRU12 yang sudah tentu pada jangkaannya akan menolak BN pada PRU akan datang.

Asas kekalahan BN itu juga jelasnya, turut disandarkan pada keyakinan bahawa lebih separuh kerusi parlimen Sabah - selama ini menjadi 'tempat berpaut' BN untuk mengekalkan kuasa termasuk pada PRU12 lalu - akan 'swing' kepada Pakatan Rakyat.

Kata Yahya, sekurang-kurangnya 16 dari 25 kawasan parlimen di Sabah bakal dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang.

Kawasan itu masing-masing adalah 13 kerusi dari kawasan majoriti pengundi Kadazan, Dusun, Murut (KDM) dan Cina (KDM-C) dan tiga lagi dari kawasan campuran KDM-C dengan pengundi Islam.

Tiga kawasan campuran KDM-C dengan pengundi Islam adalah di Beaufort, Papar dan Kota Belud.

Di Papar dan Kota Belud katanya, jumlah peratusan pengundi KDM-C adalah 40 peratus dan hanya memerlukan sekurang-kurangnya 15 peratus sahaja lagi sokongan pengundi Islam bagi memenangi kedua-dua parlimen tersebut.

Bagi Beaufort pula, parlimen itu diyakini akan dimenangi Pakatan Rakyat apabila bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga bekas Ketua Umno Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin disebut-sebut bertanding di situ.

Lajim juga adalah timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Dan jika benar jangkaan Yahya ini berlaku, bermakna Pakatan Rakyat sudah boleh menguasai Putrajaya dengan 118 kerusi tidak termasuk kerusi perlimen dari Sarawak.

"Pakatan hanya memerlukan 112 kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

"Justeru, Pakatan Rakyat sudah berupaya membentuk kerajaan dengan sokongan rakyat Semenanjung dan Sabah. Maka kawasan parlimen Sarawak adalah Bonus," katanya.


Read more ...

TAHNIAH UMNO!!! K-POP datang lagi , sesuai dengan konsep Wasatiyyah Najib

Sampai bila mahu di saji dengan K POP

Keruntuhan akhlak dan moral remaja pada masa ini adalah isu-isu yang berkaitan dengan isu samseng jalanan, isu buli dan juga isu seks 

bebas. Isu K POP juga kini memainkan peranan untuk menaja keruntuhan akhlak dan moral remaja 

Read more ...

KAMERA AES!!! Tangguh di negeri Pakatan, tetap dilaksanakan di negeri Barisan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNJxZiUmxK4pS0zG62gkzKxxqsVQJfd9SNJOrTy_fy9Sq_FpPrLNtOfoDt0loAL0zVWB_Kb64zjmKI283UUND2-gXHP3UkuXRxtSQo6i-OsmHiMZxoEa6O2oJB3uO5h0eg90vAygoDoChf/s1600/aes1.jpgKUALA LUMPUR, 29 Okt - Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di empat negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) akan ditangguhkan. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (foto) berkata, pelaksanaan AES akan ditangguhkan sehingga kajian mendalam dijalankan dan maklum balas daripada rakyat diperolehi.

"Kita memang tidak setuju dengan pelaksanaan AES. Kita akan menilai kembali pelaksanaannya di empat negeri PR. Jika dikira sebanyak 331 biji kamera di empat negeri PR daripada 831 kamera yang akan dipasang di seluruh negara.


Dengan penangguhan ini pengguna jalan raya akan berasa lega dan tidak stres apabila memandu di negeri PR," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.



Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata keputusan tersebut diambil bagi memastikan rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa.

"Sebab itu kita hendak tahu sudah berapa banyak saman yang sudah dikeluarkan dan bila saman ini dihantar kepada pesalah," katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Long See Wool bagi memaklumkan tindakan penangguhan itu dan mahu mengadakan perbincangan lanjut bersama kementerian itu mengenai maklum balas pelaksanaan AES.

Guan Eng berkata setakat ini kerajaan negeri Kedah dan Kelantan sudah pun memaklumkan keputusan menangguhkan pelaksanaan AES dan Selangor dijangka mengumumkannya dalam tempoh terdekat.

"Kita mahu tangguhkan dulu, sehingga kajian mendalam dijalankan. "Saya juga tidak lihat apa kebaikannya kamera AES ini hendak dikembalikan kepada kerajaan Persekutuan selepas tempoh lima tahun," katanya.

Jelasnya, kerajaan negeri tidak bersetuju dengan beberapa perkara dalam pelaksanaan AES terutamanya yang melibatkan penetapan had laju.

"Ada kawasan had lajunya 60 kilometer sejam. Kita mahu tahu adakah had laju ini praktikal pada masa sekarang. "Ia perlu disemak semula. Kalau tidak lebih baik jangan pakai kereta, tolak kereta lebih baik," katanya.

Read more ...

MCA MAKIN DITOLAK!!! 3000 keluar dewan bila Soi Lek berucap

Kira-kira 3,000 orang Cina keluar dewan ketika Presiden MCA aka Pelakon Video, Chua Soi Lek berucap pada Majlis Makan Malam di Kulai, Johor semalam. 

Pihak penganjur mendakwa bahawa kira-kira 5,000 orang hadir pada program tersebut.


Kalau kira-kira 20 peratus orang yang hadir keluar dewan apa maknanya ini.


NONE
Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bingkas bangkit membela bossnya dengan mendakwa bahawa, tindakan sebahagian masyarakat Cina keluar daripada majlis ketika Chua Soi Lek  berucap bukan petanda pengurangan sokongan.

Liow berkata, pihaknya sudah mendapat banyak sokongan dengan penganjuran majlis makan malam mega di pelbagai tempat dan insiden semalam tidak membawa maksud bahawa ia menjadi isu besar.

"Ia tidak bermakna mereka tidak memberikan sokongan kepada kita," katanya dalam sidang media selepas merasmikan kongres berkaitan sel tunggal di Kuala Lumpur hari ini.

China Press hari ini melaporkan, kira-kira 20 peratus daripada 15,000 yang hadir dalam majlis makan malam MCA di Kulau keluar ketika Dr Chua berucap.

Penganjur program bertajuk "Kestabilan melampaui huru-hara" bagaimanapun menjelaskan tindakan peserta keluar awal bertujuan mengelak kesesakan jalan raya.

Liow menjelaskan, Johor masih kubu kuat MCA.

Read more ...