Friday, December 17, 2010

Sahih kerja puak-puak Songkok Tiga Jengkal

Provokasi menjelang Konvensyen Pakatan Rakyat

http://i986.photobucket.com/albums/ae343/toirtap/050508-monkey-404_668094c.jpg

KEPALA BATAS, 18 Dis: Awal pagi ini, petugas PAS yang memasang bendera terkejut apabila melihat ribuan poster bersaiz F4 digantung semacam poster pilihan raya dari Dewan Millenium ke persimpangan susur keluar tol Bertam.

Poster tersebut hanya ada gambar Musyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tanpa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kemungkinan ia dibuat untuk tujuan provokasi agar jentera PKR marah kenapa gambar Anwar tidak dicetak bersama sedangkan Anwar merupakan tokoh penting menggerakan Pakatan Rakyat atau kerana Anwar telah digantung sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Tetapi, apa pun ia dipercayai adalah usaha musuh Pakatan Rakyat bagi menggagalkan Konvensyen Pakatan Rakyat yang mahu mengambil kata sepakat menjelang pilihan raya umum nanti di samping meretakkan hubungan yang terjalin antara PKR, PAS dan DAP.

"Bila kami tanya kepimpinan, mereka menjawab tidak tahu menahu, maka kami pun buang semua poster berkenaan," kata salah seorang petugas Unit Amal ketika menghubungi Harakahdaily awal pagi tadi.

Read more ...

Minta fatwa lain bagi fatwa lain nak pelepas Umno

Ancak: Nizar cabar 'fatwa' Harussani

























KUALA LUMPUR, 18 Dis.:
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (gambar) mencabar penjelasan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini, yang tetap mempertahan tindakan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam isu ancak sebagai tidak khurafat.

Nizar yang juga bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat negeri itu berkata, penjelasan yang dibuat Harussani itu tidak lebih dari menjaga kepentingan pihak tertentu.

"Yang saya bangkitkan dalam sidang Dun baru-baru ini ialah saya menuntut penjelasan mufti sama ada upacara yang dilakukan Zambry itu syarie atau tidak.

"Tak kisah la letak ancak ke (kiri), renjis tepung tawar ke, yang penting syarie atau tidak," katanya kepada Harakahdaily semasa dihubungi, hari ini.

Biarpun dipertikai banyak pihak, Harussani seperti dilapor sebuah akhbar hari ini, bertegas bahawa tindakan Menteri Besar BN Perak itu, termasuk merenjis dan menepung tawar dalam upacara memasang ancak tiang seri baru-baru ini adalah amalan biasa dalam masyarakat Melayu dan tidak bercanggah dengan syarak.

Penjelasan terbaru itu dibuat Hasrussani selepas Nizar yang juga Adun Pasir Panjang membangkitkan semula perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini.

"Semasa saya bangkitkan dalam sidang Dun itu, Zambry cuba alih isu kata saya tuduh dia pasang ancak, sedangkan kata dia, dia hanya tepung tawar.

"Saya nak tahu syarie ke tidak, dan kenapa lebih dua bulan baru mufti nak bersuara, dan mengatakan tidak khurafat?" soalnya.

Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa amalan meletakkan ancak tersebut adalah khurafat, bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh menjejaskan akidah si pelakunya.

Isu tersebut juga telah panjangkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak kepada Sultan Perak, selaku ketua agama negeri.

Biarpun banyak pihak berpendirian sama, namun hanya Harussani setakat ini dilihat lantang mempertahan tindakan Zambry itu.

Nizar sebelum ini turut mempertikai tindakan Harussani yang dilihat cepat menghukumkan 'haram' kepadanya dan Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim kerana berada di majlis nyalaan lilin sebagai memprotes ketidakadilan dalam kes kematian pembantu exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Lebih malang kata Nizar, tindakan menghukum yang dibuat Harussani itu tanpa mendengar penjelasan dari mereka berdua dahulu.

Berbeza dalam kes Zambry, Harussani katanya dilihat seperti terdesak dalam mengeluarkan 'fatwa'nya sehingga memanggil dan mendengar penjelasan Menteri Besar Perak itu.

Namun menurutnya, hasilnya adalah seperti dijangkakan, iaitu perbuatan Zambry itu 'dihalalkan' oleh Harussani.

Tindakan Harussani itu, katanya lagi bukan sahaja boleh mengelirukan umat Islam di negara ini, malah turut mencalarkan kredibiliti ulamak termasuk mufti.

"Saya waktu isu nyala lilin itu, bukan menteri besar lagi pun.

"Tapi kes Zambry ini kesannya sangat besar sebab dia exco agama, menteri besar lagi, ada doktor falsafah yang didakwa dalam bidang agama dan juga ada penasihat agama.

"Lebih bahaya, perbuatan dia itu dibuat di dalam kawasan kampung yang sekaligus memberi gambaran amalan itu boleh terus diamalkan dan tidak khurafat," katanya.

Selain itu, Nizar juga mahu Harussani menyatakan pendirian berhubung isu Zambry membenarkan bomoh mengasapkan kemenyan di dalam dewan persidangan Dun yang pernah dibangkitkan oleh Khalil Idham.

Khalil Idham kini dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan ekoran membangkitkan perkara itu.

Read more ...

Tidak ada masalah pasang bendera Umno di masjid

Umno Terdesak Guna Masjid Cari Pengaruh














BUKIT KATIL , 18 Dis. : Umno jelas biadap dan tidak beretika apabila terus menggunakan masjid sebagai medan untuk mencari pengaruh politik.

Lapor portal Harakah Daily Online ,Selasa lalu Umno tanpa segan silu memasang bendera Umno dan BN di pagar Masjid Saidina Ali, Bukit Katil untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang hadir untuk merasmikan masjid tersebut.

Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Hajjah Kintan Man berkata sikap Umno ini memang biadap dan tidak sepatutnya berlaku kerana Umno sering kali menuduh PAS mempolitik masjid tetapi pada hakikatnya merekalah yang berbuat demikian.

"PAS tidak pernah menggantung atau memasang bendera atau kain pemidang di pagar masjid, jauh sekali dari menjalankan program parti di masjid, namun apa yang berlaku Umnolah yang melakukan perkara tersebut.

"Apa hak Umno untuk berbuat demikian, kenapa Umno boleh gantung kalau betul mereka mahu masjid bebas dari politik, terbukti mereka mahu menggunakan institusi masjid untuk mencari pengaruh dan mengabui mata rakyat kononnya merekalah pembela Islam" ujar Kintan yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kintan berkata Umno sering menuduh PAS menggunakan masjid untuk mencari pengaruh tetapi tuduhan itu tidak pernah dibuktikan, namun begituUmno sering kali menggunakan masjid untuk menganjurkan program-program parti mereka.

"Tindakan Umno ini umpama menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri," ujarnya lagi.

Sehubungan itu, Dewan Muslimat PAS Melaka menggesa Umno Melaka menghentikan tindakan mereka menggunakan masjid untuk mencari pengaruh.

"Kita bimbang kesucian masjid tercemar dengan perangai dan program anjuran Umno yang kebanyakan bertentangan dengan Islam," katanya.

Tambahnya, ramai di kalangan wanita Umno dan Puteri Umno tidak menutup aurat dengan sempurna, program mereka pula biasanya melibatkan percampuran lelaki dan wanita yang sudah tentu mencemarkan kesucian masjid.

"Jadi kita harap Umno menghentikan sikap buruk mereka ini serta merta, jangan ulangi lagi kerana ianya jelas mencemarkan Rumah Allah," ujar Kintan.

Read more ...

Mesej tegas kepada Pandikar Umno

Khalid Samad : PR Disyor Pulau Pandikar Amin Sebagai Speaker













KUALA LUMPUR, 18 Dis. : Pakatan Rakyat disyor timbang kemungkinan memulau persidangan Dewan Rakyat sesi akan datang yang dipengerusikan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran penggantungan empat wakilnya Khamis lalu.

Lapor portal The Malaysian Insider Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bercadang mengemukakan saranan itu kepada kepimpinan Pakatan Rakyat bagi menyampaikan "mesej protes yang keras" kepada Pandikar agar tidak bertindak bias selaku ketua Dewan Rakyat dan sewenang-wenangnya "membuli" wakil rakyat pembangkang.

Lazimnya perjalanan Dewan Rakyat dipengerusikan secara bergilir-gilir oleh speaker dan dua timbalannya.

Dua timbalannya merupakan anggota Dewan Rakyat yang dipilih dalam pilihan raya umum lalu.

Katanya, cadangan itu hanya membabitkan mana-mana sesi yang dipengerusikan oleh Pandikar.

"Saya akan mencadangkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat, kemungkinan ketika konvensyen Ahad ini (esok) atau pada mesyuarat Pakatan akan datang . . . kita kena menyampaikan mesej yang tegas kepada Tan Sri Pandikar agar wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak dibuli," kata beliau.

Yang Dipertua PAS Shah Alam ini menyampaikan idea itu ketika berceramah di Puchong semalam.

Ketika dihubungi, Khalid berkata, apa yang berlaku pada hari-hari terakhir sidang Dewan Rakyat terbaru menunjukkan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat seolah-olah dibuli dan tidak dihormati sebagai barisan yang mempunyai satu pertiga kerusi di Parlimen.

Dewan Rakyat akan bersidang semula mulai awal Mac depan di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan awal tahun depan.

"Mereka kena ingat Pakatan Rakyat ada satu pertiga kerusi di Parlimen . . . tapi mereka nak buli, nampak jelas Speaker pilih kasih kepada BN dengan kenyataan-kenyataan sinis seperti 'bercita-cita mahu ke Putrajaya . . . kata-kata ini tidak harus keluar daripada seorang speaker," kata Khalid yang menegaskan Pandikar selaku Speaker Dewan Rakyat perlu bertindak berkecuali demi integriti Parlimen.

Oleh itu kata Khalid, beliau berharap Dewan Rakyat mempunyai seorang speaker yang benar-benar adil kepada semua parti.

"Kita memerlukan seorang speaker yang boleh memastikan perjalanan Dewan Rakyat yang adil dan dengan baik," katanya.

Read more ...

Agama asas mengurus kesepakatan politik

Konvensyen Pakatan Rakyat : Nik Aziz Peringat Utama Bina Kesepakatan
















KOTA BHARU, 18 Dis. : Pimpinan dan perwakilan hendaklah mengambil pedoman dari falsafah kesepakatan menurut Islam, iaitu mengutamakan peri pentingnya menjaga hubungan sesama anggota di dalam Pakatan Rakyat, tegas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Dalam satu kenyataan medianya sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 di Pulau Pinang Nik Aziz berkata ia juga bersesuaian dengan keutamaan ajaran Islam sebagai agama perpaduan, maka Konvensyen ini perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan kesepakatan politik.

"Pimpinan dan perwakilan parti-parti Pakatan Rakyat--PAS, KEADILan dan DAP yang menghadiri konvensyen itu nanti perlulah mengambil pedoman daripada maksud al-Quran yang sewajarnya dijadikan rujukan dan penghubung di dalam penyelesaian permasalahan ummah," katanya.

Justeru menurut Nik Aziz lagi ajaran Islam dan asas-asas keagamaan dapat dijadikan rujukan utama dalam menguruskan kesepakatan hubungan antara parti-parti Pakatan Rakyat. Bagi PAS, amat meyakini bahawa Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza-beza.

Misalnya, sepuluh manusia yang diciptakan Allah, didapati sepuluh kepala (pemikiran) yang bebeza.

Bagaimanapun, perbezaan itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan menjadikan al-Quran sebagai panduan, kerana Islam itu untuk semua kaum.

Firman Allah SWT (surah Ali-Imran ayat 103): Bermaksud: "...dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara..."

Sewajarnya juga kita mengambil pengajaran dari sabda Nabi Muhammad SAW: Maksudnya: "Janganlah saling benci membenci, saling iri hati dan saling membuat keracunan. Jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara, dan tidak boleh seorang Muslim menghindari saudaranya lebih dari tiga hari."

Demikian lagi, firman Allah SWT (surah al-Maidah ayat 48): Maksudnya: "Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu.

Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya"

"Oleh itu, atas nama kesepakatan politik yang berpandukan hubungan antara parti di dalam Pakatan Rakyat yang mengutamakan asas-asas keagamaan hendaklah bersetuju dan bekerjasama di dalam setiap perkara yang memberi manfaat bersama untuk ummah di Malaysia hari ini," katanya.

"Sehubungan itu, saya yakin manusia akan selamat sepanjang hidup mereka di dunia dan sejahtera di akhirat kelak sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul," katanya lagi.

Read more ...

Umno dok kempen harga getah naik kerana Umno

Musim Hujan Dan Bekalan Kurang,Harga Getah Dijangka Terus Meningkat













KUALA LUMPUR, 18 Dis. : Harga getah Malaysia dijangka terus meningkat pada minggu depan berikutan kekurangan bekalan di seluruh dunia dan kerana musim hujan.

Harga bagi gred tayar SMR 20 dijangka mencecah paras 1,450.0 sen sekg pada minggu depan, kata seorang peniaga, sambil menyatakan sentimen masih kukuh.

"Fundamentalnya sangat kukuh berikutan musim hujan di negara pengeluar getah seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand," kata seorang peniaga.

Katanya fundamental yang kukuh itu kemungkinan berterusan sehingga suku pertama tahun depan apabila bekalan akan terus berkurangan.

Harga getah Malaysia ditutup minggu ini lebih tinggi, dengan harga tidak rasmi SMR 20 mencecah paras paling tinggi yang pernah dicatatkan pada paras 1,440.5 sen sekg, meningkat 48 sen daripada 1,392.5 sen sekg Jumaat lepas.

Harga lateks pukal meningkat 24.5 sen kepada 962.0 sen sekg daripada 937.5sen sekg sebelum ini.

Harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 melonjak 44.5 sen kepada 1,432.5 sen sekg, daripada 1,388.0 sen sekg, pada Jumaat lepas manakala harga lateks pukal meningkat 26.5 sen kepada 959.5 sen sekg daripada 933.0 sen sekg sebelum ini.

Read more ...

Sime Darby rugi diurus kroni

Kerugian Sime Darby : SPRM Dan SC Temui Kemungkinan Pelanggaran Undang-Undang















KUALA LUMPUR, 18 Dis. : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) menemui kemungkinan berlaku pelanggaran Kanun Keseksaan dan Akta Syarikat dalam siasatan mengenai isu kerugian bahagianTenaga dan Utiliti Sime Darby.

SPRM, SC, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Polis Diraja Malaysia(PDRM) dalam satu kenyataan bersama berkata perkara itu ditemui selepas ia menyemak semula laporan Jawatankuasa Semakan Semula Laporan Siasatan Sime Darby yang dibuat pada 20 September lepas.

Menurut kenyataan itu, siasatan dibuat berkaitan empat projek utama iaitu Projek Petroleum Qatar, Projek Minyak Maersk Qatar, Projek Elektrik Hidro Bakun dan Projek Marin.

Menurutnya selepas membuat semakan semula, awal minggu ini SPRM dan SC mengadakan mesyuarat dengan PDRM dam SSM untuk berkongsi penemuan mereka mengenai kemungkinan berlaku pelanggaran di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Syarikat.

"Laporan yang berkaitan juga diserahkan kepada PDRM dan SSM untuk tindakan lanjut terhadap pelanggaran itu, yang berada di bawah bidang kuasa masing-masing," katanya.

Menurut kenyataan itu siasatan SPRM berkaitan rasuah di bawah Akta Anti Rasuah 1997 dan Akta Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia 2009 masih berjalan, dan SC pula berkata ia sudah menggerakkan siasatan bagi melihat kemungkinan berlaku pelanggaran Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

"Pada masa yang sama SC dan Bursa Malaysia bekerjasama rapat bagi mengenalpasti pelbagai pelanggaran dalam Keperluan Penyenaraian dan SC akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pihak yang melakukan pelanggaran itu," menurutnya.

Kenyataan itu berkata badan-badan penguatkuasaan itu akan bekerjasama bagi memastikan siasatan dibuat dengan terperinci dan menyeluruh.

BERNAMA

Read more ...

Jika Anwar beri keterangan terlondehlah Umno

Sivarasa : Kenapa Ketua Pembangkang Tidak Dibenar Memberi Keterangan?














KUALA LUMPUR, 18 Dis. : Antara persoalan utama mengenai hukuman ke atas Datuk Seri Anwar ialah kenapa Ketua Pembangkang itu tidak dibenarkan memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Begitu juga persoalan mengapa jawatankuasa itu tidak mengambil keterangan wakil Apco walaupun beliau mendakwa hadir di negara untuk berbuat demikian.

Persoalan ini dijawab oleh Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa yang menggangotai jawatankuasa berkenaan. Sivarasa dan Karpal Singh adalah dua daripada enam ahli jawatankuasa itu.

Mereka enggan menyertai siasatan itu selepas ahli parlimen Umno-BN menggunakan kelebihan majoriti untuk menghukum Anwar tanpa mengambil keterangan beliau.

Jawatankuasa itu juga tidak mengambil keterangan lisan daripada wakil Apco Brad Staples, Ketua Eksekutif Apco untuk rantau Eropah, timur Tengah dan Africa.

Speaker Dewan Tan Sri Pandikar amin Mulia hanya menerima surat penjelasan dari Staples.

Surat ini kemudian digunakan oleh jawatankuasa berkenaan sebagai asas utama untuk menggantung Anwar selama enam bulan.

Sivarasa berkata apa yang jelas ialah jawatankuasa tidak mahu menerima bukti-bukti yang diketengahkan oleh Anwar.

Lebih penting, jawatankuasa itu tidak mahu wakil Apco di soal balas oleh Sivarasa dan Karpal, justeru hanya surat penjelasan dari beliau yang diperlukan.

Sivarasa berkata sekiranya beliau dan Karpal diberi peluang untuk menyoal Staples, sudah tentu lebih banyak maklumat mengenai aktiviti syarikat pro-zionis itu di Malaysia akan didedahkan.

Sebaliknya surat Apco digunakan oleh Ahli Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim untuk mengemukakan usul supaya jawatankuasa itu sudah mempunyai bukti cukup untuk menghukum Anwar.

Justeru jawatankuasa itu secara mendadak membatalkan keputusan untuk untuk memanggil Anwar untuk memberi keterangan.

Sivarasa dan Karpal menerbitkan laporan minoriti memperincikan perjalanan dalam jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen itu, untuk diedarkan di Parlimen. Namun usaha itu dihalang Speaker Pandikar Amin Mulia.

"Kami menanyakan secara rasmi kepada speaker surat bertarikh 14 Disember,laporan minoriti daripada kami ini akan diusulkan kepada semua Ahli Parlimen namun Speaker menolaknya permintaan ini pada hari kemudiannya," katanya.

Read more ...

Speaker Parlimen Pendekar Umno

Speaker Bersekongkol Dengan Ahli Parlimen BN















KUALA LUMPUR, 17 Dis. : Semalam, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mendakwa beliau menjalankan tugas secara jujur dan amanah.

Namun pelbagai bukti disabitkan di parlimen untuk menunjukkan Pandikar Amin jauh daripada wira tetapi sekadar memenuhi agenda Umno-Barisan Nasional(BN).

Atas rasa kesal dengan peri laku speaker itu, ahli-ahli parlimen Pakatan rakyat bertindak keluar dari dewan.

Pandikar kemudian membuka majlis untuk Ahli Parlimen Umno-BN dan yang condong kepada pemerintah untuk menyokong usul menggantung anwar selama enam bulan.

Namun bukan fakta yang diberikan oleh mereka. Sebaliknya mereka bersekongkol membuat fitnah dan serangan peribadi terhadap Anwar. Serangan itu dibenarkan oleh Pandikar Amin Mulia yang menerima pujian ahli-ahli parlimen berkenaan.

Contohnya Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali agak keterlaluan seperti serangan yang memperolokkan agama Hindu tidak terbatas.

"Masalah negara kita ini Alhamdulillah tak adalah macam gunung berapi ke gempa bumi ke, masalah kita adalah masalah ketua pembangkang, masalah dia seorang sahaja, termasuk Tok Guru Kelantan pun jadi kelam kabut. (di celah oleh Ahli Parlimen Kota belud, mungkin itu hadiah daripada, gift to God, itu sebabnya, anugerah daripada tuhan). Kalau pemberian daripada Allah Taala, saya rasa tak jadi macam ni, kalau pemberian daripada 'Lord Murugan' saya tak tahu," ucap Ibrahim.

Pandikar Amin turut membenarkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bersekongkol dengan mereka membuat tohmahan. Prosedur parlimen yang kerap menjadi sandaran oleh Pandikar Amin untuk mencela ahli pembangkang, dilupakan seketika.

"Tadi saya dengar hujah YB cukup baik sejak potong ini. Jadi pada depan kita lihat mereka sepatutnya tak boleh bersama. Agaknya benda macam ini dia ada belakang kira apa-apa," kata Nazri.

Mengulas perkara ini, Naib Presiden PAS Sallehudin Ayob berkata tingkah laku Speaker bersekongkol dengan ahli parlimen melancarkan serangan peribadi hanya menzahirkan parlimen Malaysia menjadi kuda tunggangan untuk agenda politik umno.

"Bukan perbahasan untuk kepentingan negara, bukan perbahasan untuk menyentuh kepentingan rakyat tetapi mereka telah menggunakan keseluruhan kekuatan yang ada ada pada mereka atau parlimen itu sendiri untuk menyerang Datuk Seri Anwar secara peribadi. Itu agenda peribadi sebenarnya," jelasnya.

Read more ...

Anwar atau pemimpin Umno amal fahaman pluralisme

Tuan Ibrahim: Tuduhan Anwar Anut Fahaman Pluralisme Berniat Jahat





















SHAH ALAM, 17 Dis. : Tuduhan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa fahaman Islam pluralisme ketika menyampaikan ucapan di Kota London Mac lalu, sebagai satu tuduhan jahat.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jelas laporan Utusan Malaysia 15 Disember lalu turut mengandungi unsur politik untuk menjatuhkan imej Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

"Saya lihat Utusan berniat jahat. Kalau kita lihat, tindakan-tindakan pemimpin Barisan Nasional(BN) terhadap agama lain jauh lebih bercanggah dengan syarak pun sehingga kadang-kadang sampai meraikan keagamaan orang bukan Islam," kata Tuan Ibrahim ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia yang memetik kenyataan Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Yusri Mohamad.

Laporan bertajuk "Anwar sering bawa mesej fahaman pluralisme agama" adalah bagi mengulas intipati ceramah Anwar di London pada 18 Mac lalu.

Anwar didakwa cenderung menyokong fahaman Institut Kajian Dasar (IKD) terhadap perjuangan Jaringan Islam Liberal yang diterajui oleh Ulil Absar Abdullah iaitu seorang pejuang fahaman pluralisme di Indonesia.

Namun menurut Tuan Ibrahim, dakwaan itu terlalu jauh menyimpang.

"Adanya perbezaan ketara di antara pluralisme sebagai satu ideologi dengan konsep menghormati hak-hak agama yang ada dalam Islam. Jadi soal yang besar yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini, kita tidak boleh melihat kepada satu dua peristiwa.

"Jadi saya fikir kalau kita hendak menganggap Anwar, Ustaz Hadi dan Tok Guru Nik Aziz sebagai berfahaman sedemikian, saya ingat ia terlalu jauh. Sebab ia bercanggah dengan konsep sebenar pluralisme itu sendiri," jelas Tuan Ibrahim lagi.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menambah, sepanjang pemerhatiannya, fahaman pluralisme tidak wujud di Malaysia.

Namun apa yang perlu dibimbangkan dan lebih merbahaya katanya ialah amalan sekularisme yang menular tanpa disedari di negara ini.

"Fahaman yang menganggap dalam beragama ini, ada sistem-sistem yang tidak ada kena mengena dengan agama Islam. Seperti politik tidak ada kena mengena dengan Islam, ekonomi tidak ada kena mengena dengan Islam. Beranggapan agama itu hanya urusan dengan Tuhan. Tidak ada kena mengena.

" Ini juga bercanggah dengan akidah," jelas Tuan Ibrahim lagi.

Read more ...

Surat perjanjian bukti Ketuanan Melayu Umno

ANWAR di halau dan digantung dari PARLIMEN oleh SPEAKER UMNO kerana APCO... hebat betul APCO nih... pasai dia orang Melayu halau orang Melayu.. Inilah ketuanan APCO YAHUDI bukan ketuanan MELAYU.. kahkahkah Haktui! korang halau dan gantung ANWAR n GANG lagi bagus sebab dulu lagi ANWAR dah habaq.. kalau kene gantung dia nak round satu MESIA.. Kite kasik gegar MESIA... Nasib koranglah NAJIB n UMKO gang nya... masa nak halau taknak pikioq... kahkahkahkah

Ini adalah gambar surat perjanjian antara BN UMKO dengan GOMEN ISRAEL (Umno iktiraf) AOCO WORLDWIDE... korang teliti lah satu persatu... kahkahkah

1.Perjanjian antara Kerajaan Israel dengan GCI International

Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah juga Pengkhianat Negara!

2.
Surat Setujuterima Jabatan Perdana Menteri

Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah jugaPengkhianat Negara!

3. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia Dengan APCO Worldwide Sdn.Bhd

Read more ...

Parti Kita tidak akan ke mana

Parti Kita tidak dapat 'hidup'

http://ylwong.files.wordpress.com/2009/08/dato-harun-taib.jpg

KUALA TERENGGANU, 17 Dis. : Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) yang baru diterajui Datuk Mohd Zaid Ibrahim dilihat tidak dapat ‘hidup’ dan tidak akan kemana-mana.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, PAS kini sedang menunggu perkembangan parti itu tetapi tidak nampak parti itu akan kemana-mana memandangkan tiada kegiatan pada mulanya.

Menurutnya, Zaid yang masuk dan mengambil alih parti tersebut yang dikenal sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) sebelum ini juga sebenarnya tidak mampu membawa penyokongnya dalam PKR untuk bersama-sama dalam parti tersebut.

“Jadi, untuk mencari ahli baru, itu memakan masa. Dia akan hidup dengan parti dialah, sama ada selesa atau tidak. Tapi kita harapkan parti itu maju walaupun kita tidak nampak lagi bagaimana dia dapat memajukan parti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Sidang Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman di sini, semalam.

Menurut Harun lagi, walaupun parti itu sudah lama ditubuhkan sebelum ini, tetapi ia tiada perkembangan malah kepimpinan asal juga tidak mampu untuk mengembangkannya.

“Macam Zaid mengambil alih sebuah syarikat yang tidak maju. Pergolakan dalam parti itu yang mana pemimpin mereka yang tidak sebulu, kalau tidak kena cara, Zaid akan kembali menjadi seperti dia dalam PKR,” katanya.

Ketika ditanya kemungkinan untuk Kita masuk dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR), Harun berkata, perkara itu masih belum dibincangkan lagi memandangkan tiada permohonan daripada Kita.

Ketika ditanya kesediaan PAS menerima Kita dalam PR, Harun menegaskan ia boleh dibincangkan, sama ada bersedia atau tidak, itu bukan persoalannya.SH

Read more ...

Pemuda PAS Parit Buntar terus prihatin kebajikan rakyat










PARIT BUNTAR :
Dewan Pemuda PAS Parit Buntar terus menjalankan aktiviti kebajikannya apabila baru-baru ini menyampaikan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan.

Ketua Penerangannya, Hairul Nizam Ishak berkata, siri jelajah pemuda PAS Parit Buntar sebelum ini telah menemukan kami dengan masyarakat yang amat memerlukan bantuan.

" Baru-baru ini pemuda PAS telah menyampaikan sumbangan kepada ahli Unit Amal yang banyak membantu menggerakkan program-program PAS serta membantu masyarakat sekitar Parit Buntar.

"Ada dikalangan ahli Unit Amal ini sanggup membantu mereka yang berada dalam kesusahan sedangkan mereka juga sebenarnya amat memerlukan bantuan"katanya

Menurutnya, maklumat yang diperoleh daripada program jelajah tersebut kami proses untuk membantu mereka yang amat memerlukan bantuan.

" Hari ini kita berpeluang menyampaikan sumbangan kerusi roda dan barangan keperluan dapur kepada Osman Mohd Rayani,57 tahun dari Simpang Empat, Kampung Kedah. Beliau telah diserang angin ahmar sejak enam bulan lalu dan tidak mampu untuk bergerak.

" Beliau yang bekerja sebagai tukang kebun Sekolah Kebangsaan Sungai Setar terpaksa bercuti kerana tidak mampu bekerja. Kini beliau dijaga oleh isterinya Norida Ahmad dan tinggal bersama empat orang anak dan seorang adik yang cacat"katanya

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim.

Turut sama dalam penyerahan tersebut adalah Naib Yang Dipertua PAS Parit Buntar Ahmad Azhar Sharin, Ketua Pemuda Khairulzami Mohamad, Pengerusi Lujnah Kebajikan Pemuda Noraidi Mat Isa serta Imam Masjid Kampung Kedah Ustaz Hasan Yusof.

Hairul Nizam menyampaikan sumbangan kepada ahli unit amal

Ketua Laj. Kebajikan DPPK Sdr. Noraidi menyampaikan sumbangan

Naib YDP Sdr. Azhar Sharin (kiri) menyampaikan sumbangan

Read more ...

Semuanya angkara UmnoApco

Umno dan Apco mesti jelaskan, kata Anwar

Anwar Ibrahim 5






















PETALING JAYA, 17 Dis. : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahkan Apco Worldwide, syarikat perhubungan kontroversi yang diupah kerajaan Barisan Nasional yang menyebabkan penggantungan empat ahli parlimen termasuk dirinya yang menurutnya dibuat secara ‘tidak adil’.

"Kerana Apco, empat ahli parlimen telah digantung tanpa prosedur. Kita memerlukan penjelasan, bukan sahaja dari Umno tetapi juga dari Apco," katanya kepada wartawan pada hari ini.

Ahli parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR itu berkata jika Apco sebenarnya badan profesional sebagaimana yang didakwa, ia tidak boleh bersekongkol melakukan kesalahan yang dibuat oleh rejim Umno".

"Saya ingin tujukan ini khas kepada Apco. Anda mendakwa yang anda merupakan badan yang bebas, jadi mengapa melibatkan diri dalam politik Malaysia?

"Saya desak mereka (Apco) agar hentikan kempen politik. Bagaimana mereka boleh jadi syarikat berwibawa apabila mereka mempertahankan sistem korup dan tindakan kejam (kerajaan BN)?

"Apco patut turut bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi," kata Anwar.

Anwar bersama dengan MP Karpal Singh (Bukit Gelugor), R Sivarasa (Subang) dan Mohd Azmin Ali (Gombak) digantung semalam selama enam bulan dari Parlimen.

Penggantungan dibuat berikutan kenyataan Anwar dilihat sebagai ‘berbohong’.

Ketika perbahasan parlimen dalam bulan Mac tahun ini, Anwar mendakwa Apco terlibat dengan kempen One Israel Ehud Barak.

Beliau turut mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya bahawa 1Malaysia berasal dari One Israel. Apco telah menafikan dakwaan ini.

Hipokrasi


Menurut Anwar, tujuan beliau mengungkitkan isu Apco ialah untuk mendedahkan hipokrasi Umno.

"Selama lebih sedekad, ketika pilihan raya, saya digambarkan sebagai pro-Yahudi, agen atau alat Yahudi, kerana mempunyai rakan Yahudi.

"Saya tiada masalah dengan itu kerana saya konsisten dalam menyatakan bahawa tak kira Yahudi atau Islam. Hindu atau Sikh, semua rakan saya. Saya memilih untuk bersetuju dan tidak bersetuju dengan mereka dalam isu tertentu.

"Saya mahu menunjukkan hipokrasi kerajaan BN. Mereka pergi ke perkampungan Islam dan mengutuk dengan dakwaan bahawa pro-Yahudi dan memalukan saya.

"Tapi mereka sendiri yang membuat perjanjian dengan syarikat yang saya buktikan mempunyai hubungan dengan Israel.

"Tambahan lagi syarikat ini juga mempunyai hubungan dengan mereka yang terlibat dengan Shin Bet Israel (jabatan pertahanan), perisikan Israel dan pasukan tentera Israel," katanya.

Walau bagaimanapun Anwar menjelaskan bahawa beliau tidak menentang sesiapa yang mempunyai hubungan kerja dengan syarikat Yahudi.

"Saya tiada masalah dengan itu. Saya cuma mahu kontradiksi dan hipokrasi pemimpin Umno.
Anwar turut mendakwa Apco telah berbohong beberapa kali ketika menjawab.

Beliau menambah Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan tidak sepatutnya mengambil kira kenyataan sebuah syarikat berdasarkan satu surat semata-mata.

Kes lepas


Anwar berkata bahawa beliau membuat tuduhan terhadap Apco berdasarkan bukti dokumen dan siasatan.

"Di dalam beberapa kenyataan Apco, mereka pada awalnya menafikan hubungan dengan Israel. Tapi kemudian mereka menarik balik kenyataan itu.

"Selepas itu terdapat surat baru yang cuba menerangkan bahawa kenyataan pertama dibuat kerana ia merupakan rakan niaga Asero Worldwide.

"Tapi hari ini saya kemukakan dokumen perjanjian di antara kerajaan Israel dan Apco."

Anwar berkata bahawa bukti di tangannya membuktikan kesnya dan kerajaan "tidak boleh berbohong" mengenai penglibatan Apco.

"Apa isunya? Mereka tiada isu sebenarnya, Saya tiada isu, Saya hanya mahu membuktikan bahawa Umno menuduh kita sebagai jahat kerana bekerja dengan Yahudi tetapi mereka sendiri bekerja dengan syarikat yang berkait rapat dengan Israel dan ia bukan urusan sembarangan," kata beliau.

Menjawab dakwaan bahawa beliau diberi masa yang lebih dari mencukupi untuk mempertahankan diri dari digantung, Anwar berkata bahawa beliau langsung tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri.

Sementara itu, Karpal Singh berkata bahawa beliau serius untuk membawa perkara ini ke mahkamah dan berharap dapat berjumpa Speaker Parlimen Tan Sri Pandikar Amin Mulia di sana.

"Tindakan terhadap Speaker akan difailkan secepat mungkin. Saya berharap untuk berjumpa Speaker di mahkamah.

"Saya hairan Nazri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz) berkata bahawa keputusan di Dewan Rakyat tidak boleh dipertikai. Tapi ada kes lalu dalam kes Zambry dan Gobind Singh.

Keputusan Dewan Rakyat boleh dipertikaikan di mahkamah. Nazri menggelar saya peguam kelas ketiga… saya mungkin kelas ketiga tapi orang itu tiada kelas," katanya.

Tiada bidang kuasa


Karpal berkata adalah perkara asas untuk memberi peluang didengari. Beliau merujuk kepada kes Pakistan.

Beliau berkata hak sebegitu berasal dari undang-undang Islam yang diakui di dalam Al-Quran. Satu lagi isu, katanya, ialah usul yang diluluskan Parlimen untuk menggantung keempat-empat mereka semalam mengandungi perkataan "ditamatkan tugas sebagai ahli Parlimen."

"Saya tidak rasa Parlimen mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian. Kita hanya boleh digantung dari tugas di Dewan dan apa yang tertulis di sini melangkaui keadilan semulajadi. Kami akan pertikaikan perkara penggantungan dari tugas di mahkamah," katanya.

Sementara itu, ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata apa yang berlaku di Parlimen menyerupai watak dalam filem P Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok.

"Ada watak yang digelar ketua dan ada ‘"sarjan pendek" yang menuruti arahan "ketua".

"Dia mempunyai dadu yang hanya ada nombor dua. Ia sama dengan apa yang berlaku semalam. Tidak kira apa yang kita kata, dia (Speaker) sudah pun buat keputusan.

"Semalam, dia buat keputusan spontan tanpa memanggil apa-apa untuk pembelaan. Dia juga tidak bahaskan perkara lain kerana "dadu nombor duanya" akan terdedah," katanya.

Mahfuz berkata ekoran penggantungan ini, rakyat akan hilang kepercayaan terhadap Parlimen dan memberi kesan terhadap ekonomi negara.

Beliau berkata bahawa beliau akan membawa isu ini dan Kesatuan Antara Parlimen dan Kesatuan Eropah

Read more ...

Speaker parlimen Pandikar pengecut

Pandikar jangan bersembunyi di sebalik kerusi Speaker, kata Aliran

PANDIKAR AMIN MULIA
























PETALING JAYA, 17 Dis. : Aliran Kesedaran Negara (Aliran) mempertikaikan kredibiliti Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai seorang Speaker Dewan Rakyat apabila gagal menjalankan fungsinya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Presidennya, P Ramakrishnan berkata, kegagalan Pandikar melakukan tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu sekaligus membuktikan prinsip keadilan dan hak asasi seseorang ahli Parlimen turut diketepikan.

Merujuk kepada penggantungan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim bersama tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), (PKR-Gombak) Azmin Ali, dan (PKR-Subang) R Sivarasa selama enam bulan daripada tugas, Aliran berkata situasi itu hanya menyebabkan sistem doktrin pengasingan kuasa di negara ini hanya menjadi satu bahan cemuhan.

"Pengerusi jawatankuasa ini adalah Speaker Parlimen. Mengikut rekod hansard, Speaker memberi jaminan kepada Anwar beliau akan diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya dalam mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

"Namun sebagai pengerusi mesyuarat, beliau tidak mengotakan janjinya dan tidak membenarkan Anwar membuat sebarang penjelasan malah tidak membenarkan Anwar melantik peguam bagi mempertahankan dirinya.

"Beliau tidak boleh mendakwa ada satu usul daripada ahli jawatankuasa mengatakan tidak perlu mendengar penjelasan Anwar… dan kemudian memasukkanya sebagai undi walaupun beliau tidak boleh mengundi dalam jawatankuasa itu, tidak ada merit dalam kenyataannya itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ramakrishnan berkata, Pandikar sepatutnya mempunyai kuasa mengarahkan jawatankuasa memerhatikan prinsip keadilan, namun beliau mencemarkan tugasnya dengan membenarkan dirinya bertindak sesuka hati.

Ini kerana menurut beliau, Pandikar sepatutnya boleh menggunakan kuasa budi bicaranya sebagai Speaker untuk membuat sebarang keputusan walaupun beliau tidak boleh mengundi.
"Bukankah beliau juga mempunyai beberapa kuasa tertentu sebagai pengerusi bagi memastikan jawatankuasa dikendalikan dengan adil secara akar umbi?

"Pandikar merupakan pengerusi dewan semasa usul dikemukakan untuk menggantung Anwar daripada tugasnya sebagai ahli parlimen selama enam bulan.

"Bagaimana beliau boleh bersikap neutral dalam isu ini semasa beliau mempengerusikannya sebagai sepaker? Jadi bermakna dakwaan Karpal itu betul bahawa beliau kehilangan kuasa moral dalam mempengerusikan Dewan," katanya.

Begitu juga dengan nasib Karpal, Azmin, dan Sivarasa apabila Ramakrishnan mempersoalkan mengenai keputusan yang dikenakan terhadap mereka tanpa sebarang notis tunjuk sebab dikemukakan dan diberi peluang untuk membela diri.

Melihat kepada keadaan ini, beliau berkata undian yang didalangi majoriti ahli parlimen Barisan Nasional jelas membuktikan BN kini terdesak mahu mendapatkan kemenangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum satu jumlah yang gagal dicapai oleh mereka semasa PRU 2008.

"Apa yang berlaku di Perak kini berlaku dalam Dewan Rakyat. Peristiwa semalam melihat kepada sistem demokrasi negara menjadi sebaliknya.

"Corakmya sama, caranya licik. Tindakan ini jelas menunjukkan satu cubaan untuk memperolehi kerus majoriti dua pertiga yang gagal diperoleh BN semasa pilihan raya umum 2008," katanya.

Read more ...