Sunday, June 17, 2012

TERBARU!!! Bekas Timbalan Menteri Pelajaran sertai PAS

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgg9JVzQfWhF90OlJ2PrWWmOVCjUwBJVdxL-rBMKyZXcp1uVMddlL95NPov2I1-OEJkOSPwjcw0lS_Rm27oZjXCenLUt9DSb4fGggkTkYF7bvQjPR4ohifQeFQEGB73Bras1sD9ZknTGnc8/s320/salleh+jafaruddin.jpegKUALA LUMPUR, 18 Jun: Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin secara rasmi menyertai PAS hari ini.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sambil disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid.


Salleh berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah.


"Selepas bermesyuarat dengan ahli Parlimen PAS bulan lepas, saya terus berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah.


"Kalau PAS ini baik untuk saya, baik untuk perjuangan keluarga, agama dan negara saya minta Allah tunjukkan.


"Mungkin hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang membuatkan saya buat keputusan untuk masuk PAS," kata beliau ketika ditemui selepas itu.


Salleh, 68 pernah menjadi Adun dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lalu.


Salleh yang berketurunan Melanau dari Oya, merupakan dua pupu Taib.


Beliau merupakan anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan 80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib.


Kini, Salleh giat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah secara persendirian di Sarawak dan membuka beberapa sekolah tahfiz.


"Saya ada aktiviti dakwah untuk menyebarkan syiar Islam secara persendirian di Sarawak sebab kedudukan saya sebagai pembangkang, sukar saya nak mendapatkan laluan ataupun kemudahan daripada kerajaan.


"Bahkan saya nak mengadakan sekolah tahfiz 19 tahun lalu guru-guru agama datang dari Indonesia saya terpaksa hantar ke Sabah," katanya.


Tambahnya lagi, selepas mengenali PAS dengan lebih dekat, beliau yakin dengan perjuangan PAS membawa Islam.


Penyertaan beliau ke dalam PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang bersama-sama dalam perjuangan Islam.

Read more ...

TIRU MACAM POSTER PAS!!! Tapi tak ramai juga yang datang ceramah UMNO Kedah



Walaupun UMNO Kedah meniru cara PAS dengan mencetak poster menggunakan warna dan bahasa serta rupa gambar seperti poster PAS, namun sambutan rakyat terhadap ceramahnya adalah seperti itu juga.

Hambar, lengang, kosong dan sunyi sepi.

Sila lihat kepada gambar-gambar sebagi bukti.

Senario di Ceramah Anuran UMNO Sungai Petani Kedah di Padang Awam, Taman Ria 2, Sungai Petani Kedah Darul Aman pada malam tadi 17hb Jun 2012.

Dihebahkan kononnya penceramah undangan adalah seorang Pengasa Pondok Geting, Tumpat Kelantan bernama Hj Abdullah Sa'amah.


RAKYAT KINI SUDAH CERDIK.. MAMPU MENILAI ANTARA INTAN DAN KACA.


INS'Y ALLAH... KALAU BEGINILAH SAMBUTAN CERAMAH UMNO WALAUPUN DIANGKUT SEORANG PENCERAMAH BERTARAF PENGASAS PONDOK DARI KELANTAN, ALAMATNYA KEDAH MASIH SELAMAT DITANGAN PAS/PR... RAKYAT MASIH MAUKAN PAS/PR TERUS MEMIMPIN DAN MENTADBIR URUS KEDAH.OMAK KAU

Read more ...

BANYAK NI JE!!!! Sebab tu Gopala terpaksa jadi pendengar bagi nampak ramai



Ceramah yang dianjurkan oleh UMNO/BN Kota Raja menjadi bahan lawak apabila penceramah undangan istimewa, Sdr YB Gobalakhrisnan,dari penceramah akhirnya terpaksa menjadi pendengar bagi meramaikan penonton.

Ini berlaku disuatu ceramah di Taman Sri Muda., Kota Raja Klang, malam tadi 17hb Jun 2012.

Lihat gambar-gambar sebagai bahan bukti.

Diluar dewan lengang dalam dewan kosong. Bilangan kerusi dipenuhi oleh makhluk bunian dan yang seangkatan dengannya.OMAK KAU


Read more ...

P'RAYA PRESIDEN MESIR!!!UMNO Mesir (suku sakat Hosni Mubarak) kecewa calon mereka kalah...


KAHERAH: Setelah tamatnya tempoh mengundi pada jam 10 malam, proses pengiraan undi pusingan kedua pilihan raya Presiden terus berjalan di setiap pusat-pusat mengundi di seluruh Mesir.

Ia berjalan lancar dan tidak ada sebarang kekacauan besar yang dilaporkan berlaku setakat ini di seluruh Mesir. Akan tetapi pertandingan pusingan kedua ini telah menyerlahkan lagi pertembungan sengit antara calon dari gerakan Islam Ikhwan Muslimin dengan calon yang ditaja dari saki-baki pimpinan rejim Mubarak serta pihak tentera SCAF.



Proses pengiraan undi berjalan lancar terutama apabila baru-baru ini Parlimen telah mengeluarkan ketetapan bahawa hendaklah dibuat kiraan undi tempat undian itu sendiri bagi lebih menjamin ketelusan dan mengelakkan sebarang penipuan. Proses pengiraan ini dikawal selia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding. Salinan keputusan di peti undi tersebut diberi kepada setiap wakil calon dengan ditandatangani sendiri oleh seorang hakim yang memang menyelia peti undi di sepanjang tempoh pengundian.


Keputusan tidak rasmi yang di keluaran setakat ini menunjukkan calon Ikhwan Muslimin Dr. Mohamad Morsi mendahului di kebanyakan daerah mengundi. Keputusan awal tidak rasmi mendapati Dr Mohamad Morsi mendapat 52.5% undi iaitu lebih 12.7 juta undi manakala calon tajaan bekas rejim Mubarak, Ahmed Syafik mendapat 47% undi dengan 11.3 juta undi dan ketinggalan lebih satu juta undi di belakang Dr. Morsi.


Suasana di pejabat FJP nampaknya ceria dengan berita yang diterima setiap minit tentang keputusan bilangan undi yang banyak memihak kepada calon mereka Dr. Morsi. Pemuda-pemuda Ikhwan yang menjadi tenaga penting sepanjang pilihanraya ini kelihatan amat sibuk menyediakan bahan-bahan media dan juga melayan ramai pemberita-pemberita tempatan dan antarabangsa yang berkumpul di pejabat FJP.


Ya, keputusan tidak rasmi ini yang meletakkan calon Ikhwan Dr. Mohamad Morsi menang sebagai Presiden pertama dalam sejarah Mesir yang dipilih secara demokratik oleh rakyat. Kemenangan ini juga bakal menjadi ‘mimpi ngeri’ bagi Kuasa Barat yang selama ini menjadikan rejim Mubarak sebagai alat bagi melindungi Israel dan menjaga kepentingan strategik mereka di Timur Tengah. Begitu juga dengan saki-baki rejim Mubarak yang masih dapat memperalatkan institusi kehakiman dan polis serta pihak tentera SCAF yang banyak melakukan tindakan bertentangan dengan perlembagaan Mesir sendiri bagi melindungi kepentingan kedudukan mereka.

Seperti yang telah dimaklumi, Parlimen Mesir baru sahaja dibatalkan oleh Mahkamah Perlembagaan Mesir dan pihak tentera SCAF terus membubarkan Parlimen dengan kuasa yang ada pada mereka. Lebih parah lagi dengan menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada calon FJP, pihak tentera SCAF telah melakukan 8 ‘pindaan kilat’ kepada perlembagaan Mesir yang dilihat adalah untuk menjamin kuasa yang ada pada pihak tentera. Antara pindaan yang dilaksanakan adalah; memberi kuasa penuh kepada SCAF bagi menentukan pindaan perlembagaan yang baru, Presiden berkuasa mengisytiharkan Perang hanya dengan ‘kelulusan’ dari SCAF dan sekiranya berlaku sebarang kekacauan dalam negara, Presiden boleh memanggil pihak tentera hanya dengan kebenaran SCAF.


Dari pengamatan saya sepanjang kempen pilihanraya Presiden berjalan, kuasa-kuasa besar Barat serta sekutunya Israel telah berusaha keras dengan menjalankan pelbagai propaganda jahat bagi memastikan calon ‘tajaan’ mereka menang dalam pilihan raya ini. Ahmad Syafik telah diberikan pelbagai publisiti besar oleh media yang masih dikuasai oleh saki-baki pro-Mubarak. Ia juga turut dibantu oleh media barat terutamanya BBC dan CNN yang melebalkan Syafik ‘sebagai calon penyalamat’ bagi membangun semula Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak. Calon Ikhwan FJP Dr. Mohamad Morsi pula, telah di serang habis-habisan dengan pelbagai tuduhan negatif serta kempen menakut-nakut pengundi terutamanya dari kalangan yang beragama Kristian akan ‘bahaya’ kemenangan parti Islam yang akan membawa Mesir kembali kepada zaman unta.


Namun kekuatan jentera pilihanraya dari calon Ikhwan Muslimin peru diberikan pujian. Mereka telah berjaya menyaingi jentera media barat ini dengan banyak menggunakan kempen melalui media baru seperti Twitter dan Facebook. Bgitu juga dengan kempen dari rumah ke rumah yang dijalankan oleh pemuda dan muslimat ikhwan di seluruh pelosok Mesir tanpa mengenal penat an lelah telah menampakkan hasil yang positif.


Keputusan rasmi penuh hanya akan diumumkan pada Khamis depan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir. Namun keputusan tidak rasmi yang didapati setakat ini menunjukkan bahawa Mesir selepas kejatuhan rejim zalim Mubarak akan terus berubah dengan “Kuasa rakyat’ akan terus memimpin. Masa depan Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam adalah cerah setelah mereka kini dapat sedikit bernafas dengan bebas dan telus di medan demokrasi yang disanjung Barat. Kemenangan calon Ikhwan ini juga akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada PAS bagi menghadapi PRU13 akan datang di negara kita Malaysia. Tahniah Dr. Morsi...

Read more ...

MUHYIDDIN SEMBANG BESAR!!! Paksa guru-guru ramaikan majlis, angkut orang kampung berbas-bas

MuhyiddinHari ini TPM Muhyiddin Yassin ke Taiping di sebelah pagi. Sebelah petangnya dia berada di Batu Kurau (loghat cakap orang Batu Kurau sedap didengar). Lebih kurang pukul 4 petang tadi, kami dihambat ke tepi oleh polis kerana ‘Sultan’ Muhyiddin nak lalu. Kami ke arah Redang Panjang, Muhyiddin ke arah Taiping dengan berpuluh polis serta deretan Perdana dan Inspira hitam. Gaya mengalahkan ganster jalanan!! Sibuk gamaknya dan perlu memecut sakan!!

Kami ke Redang Panjang kerana menziarahi kawan dan ingin menikmati jalan sesak di Batu Kurau hari ini. Sampai di Batu Kurau agak sesak walaupun Muhyiddin telah berlalu. Ada lima enam buah bas yang menyebabkan jalan sesak kerana ingin mengambil semula orang yang meramaikan majlis Muhyiddin.

Mengikut maklumat yang diperolehi, setiap sekolah wajib menghantar 5 orang guru dan yang selebihnya dijemput hadir untuk kenduri Muhyiddin di Taiping dan Batu Kurau hari ini.

Harapnya Muhyiddin takyahlah sembang besar sangat kalau program yang diadakan terpaksa kerah dan punggah orang untuk hadir. Kalaulah guru dikerah, takkan jabatan lain tak kena paksa untuk datang?

Pssst :Tak gamak ke hampa kalau tak kerah orang??ekeleh

Read more ...

KENYATAAN BODOH TERBARU DARI BRAHIM ALI!!! 10 tahun lagi , Kelantan hanya ada warga emas




Siapa tak kenal dengan beliau yang merupakan Ahli Politik yang paling banyak menyertai Parti Politik sepanjang karier politik beliau... namun yang akan didakap dan di jilatnya kembali adalah Umporno yang memang bersesuai dengan Perangai dan Tingkah laku beliau... 
Beliau ialah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasam) Datuk Ibrahim Ali Al-Kataki... merangkap Ahli majlis Musyuarah Tibai serta rakan seperjuangan Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) yang Presiden nya Datuk Hasan Ali Jati seorang Perjuang Islam, Melayu dan Raja (IMR)...

Mungkin dalam keadaan cuaca yang panas sekarang ni membuat beliau menjadi meroyan dan mengeluarkan kenyataan bodoh bin bahlul... konon nya beliau yakin dalam masa 10 tahun akan datang, Kelantan akan kehilangan anak muda sebaliknya dipenuhi oleh warga emas... 
Keadaan ini berlaku kerana kurangnya usaha Kerajaan Pas, membangunkan Kelantan seperti mana negeri lain di Malaysia... agak-agak lu orang boleh pakai ke apa yang diramalkan oleh Tok Him ni... atau pun hanya satu lawak bodoh yang banyak dilakukan oleh pelawak-pelawak yang menyertai Umno kebelakangan ini...

Mungkin betul meroyan beliau dalam masa 10 tahun Negeri Kelantan akan sunyi tapi sunyinya Negeri Kelantan pada masa itu bukan kerana anak muda tiada tinggal di Negeri Kelantan tapi kerana kurang spesis beliau dengan terkubur Umno/Bn dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang tiba dalam masa terdekat ini... 
Oleh sebab itu aktiviti beliau pun lebih banyak tertumpu di Negeri Selangor dan Kuala Lumpur kerana beliau mengetahui yang Umno/Bn tiada tempat dihati Majoriti Rakyat Negeri Kelantan... sebab itu harapan beliau Umno/Bn masih dapat menjadi Kerajaan Pusat selepas PRU13 nanti bagi meyambung sisa-sisa politik beliau... kah kah kah !.

Menurutnya "Ramai belia di sini terpaksa mencari pekerjaan di luar dan tidak dapat pulang kerana kurangnya penawaran bidang pekerjaan kepada mereka di sini... tidak mustahil 10 tahun akan datang kampung-kampung sunyi sebaliknya akan dipenuhi warga emas... kerana terlalu mementingkan politik sehingga mengabaikan keperluan belia... 
Kelantan boleh menjadi negeri tersohor di Malaysia malah popular hingga ke peringkat antarabangsa".sepatutnya membangunkan Kelantan dengan menarik pelabur, seperti membina hotel lima bintang di pusat peranginan".

                                      SIAP PAKAI BAJU KUNING TU BEB...KAHKAHKAH

"Sepatutnya Kerajaan Pas mengubah suasana negeri dengan pembinaan tambatan banjir, lapangan terbang dan banyak lagi... Saya menyokong usaha Pas untuk membina lebuh raya, namun memohon derma daripada rakyat adalah tidak adil, kerana ia adalah tanggungjawab pemerintahan Kerajaan Negeri... belia perlu sedar, kerana jika keadaan ini berterusan, saya risau keadaan ini akan membawa Kelantan ke arah negeri mundur menjelang 2020" katanya ketika berucap di Perhimpunan Pemuda 1Malaysia, di Pertubuhan Peladang Kangkong.

Mungkin sebelum ni Lu orang dah panggil beliau dengan Al-Kataki... dan dengan Meramalkan yang Negeri Kelantan akan Sunyi dalam masa 10 tahun lagi menampakan beliau boleh menjadi seorang Nujum Pak Belalang dizaman maklumat dihujung jari... 
Kemudian nya beliau boleh kata pulak bersetuju dengan Pembinaan Lebuh Raya oleh Kerajaan Kelantan tapi tak bersetuju ianya dikutik dari hasil Memohon Derma Rakyat...  yang Lu sebok apasal Tok Him oiiii... Kerajaan Kelantan bukan nya ugut atau paksa orang untuk derma...

Adalah Lu takut Lebuh Raya tu boleh terbina dan siap dengan hasil derma Rakyat yang Lu tak mahu mendermanya.... nampak sangat lah te##q lu dah kecut Tok Him oiii... hari tu Lu kata pembinaan Lebuh Raya tersebut hanya wayang Kerajaan Negeri... 
Bila Lu dah lihat ada Manusia yang sanggup menderma sehinnga RM 1 juta dan mungkin maklumat yang Lu terima tu benar itu yang buat Lu kecut Te##q... ... sudah lah Lu sendiri tak nak derma... lepas tu Lu hasut pulak orang lain jangan derma...  apa jenis manusia Lu ni Tok Him oiii... bawa-bawa lah bertaubat.... [sumber klik sini]



hemmmmm..... nasihatkan tok him tu supaya tak mengikut perangai tun madey yang sampai umur dihujung senja pun masih nak mengaku pandai dalam bidang agama yang dia sebenarnya jahil... dalam bahasa kasarnya dah la bodoh sombong pulak... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.
Mat Indera Sipejuang

Read more ...

SEORANG DAH KENA SAPINA!!! Siapa seterusnya, Najib dan Zahid Hamidi dah kecut perut


Mahkamah Perancis sudah pun mula membuat tindakan menyebabkan ada dada orang di Kuala Lumpur berdebar-debar. Tindakan itu ialah mensepina Jalbir Singh Chal yang menjadi perantara sogokan kepada ahli politik Malaysia untuk pembelian kapal selam Scorpene pada 2002 lalu.
Sepina itu diserahkan malamn tadi, demikian diberi tahu oleh Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel.
Menurut Gabriel, Jalbir Singh adalah orang kanan Abdul Razak Baginda di Perimeker syarikat yang bertindak sebagai orang tengah bagi perolehan kapal selam tersebut.
Pembelian kapal selam itu menyebabkan lebih RM500 juta komisen diberikan kepada pihak tertentu dan ia juga dikatakan ada kaitan dengan kematian Altantuya Shariibbu.
Perkembangan ini menyebabkan sekurang-kurang dua orang tokoh politik dan pemimpin Umno mula berdebar dada kerana nama mereka juga disenarai untuk menjadi saksi bagi penyiasatan penyelewengan itu. Kedua mereka itu ialah Ahmad Zahidi Hamidi dan Ha Najib Razak.
Sebelum ini Zahid menyatakan mahkamah Perancis tidak ada hak dan kuasa untuk memsepinanya dan beliau tidak akan pergi ke mahkamah atas alasan tidak mahu membazirkan wang kerajaan. Baguslah. Manakala Najib tidak memberi sebarang komen sama ada sedia atau mengikut langkah Zahid.
Sama ada sedia pergi atau tidak kalau sepina itu sampai ke rumah Zahid dan Najib mereka terpaksa menjelaskan dan setidak-tidaknya sepina itu menganggu emosi mereka. Kita tunggu. [wm.kl.12:45 t/mlm 17/06/12]

Read more ...

KEKUATAN PAS SELANGOR!!! UMNO pasti kalut, ini baru Pra Himpunan Hijau Selangor


SHAH ALAM: Kira-kira 2,000 jentera PAS Selangor hari ini memenuhi Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, dekat sini sempena Himpunan Hijau Fasa 1 peringkat negeri.

Himpunan yang bersifat taklimat dalaman parti  ini disertai jentera dan ahli di peringkat negeri, kawasan dan cawangan sebagai persiapan menghadapi Himpunan Hijau Fasa 2, 15 Julai depan di Stadium Kuala Selangor.

Program di sebelah pagi diisi dengan dua pembentangan kertas kerja selain perasmian oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu.

Kertas kerja pertama iaitu 'Menuju Putrajaya' dibentangkan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaafar manakala kertas kerja kedua 'Adab-adab Pilihan Raya dibentangkan oleh Setiausaha Dewan Ulamak, Khairuddin At-Takiri.

Satu lagi kertas kerja mengenai maklumat pilihan raya akan dibentangkan Pengarah Pilihan Raya, Dr Hatta Ramli pada petang ini.

Pada pagi tadi juga, Mohamad melancarkan laman sosial facebook PAS Selangor selepas ucapan perasmian.

Beliau dalam ucapannya mengingatkan jentera agar bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka paling kotor dalam sejarah.

Beliau turut mengingatkan jentera agar menguatkan Pakatan Rakyat melalui tahaluf siasi.

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman ketika ditemui berkata, himpunan ini menunjukkan sambutan yang paling baik di semua peringkat di Selangor.

"Siapa kata PAS tak kuat? Himpunan hari ini membuktikan komitmen jentera di semua peringkat.

"Biasa kita libatkan jentera negeri dan kawasan sahaja tapi hari ini jentera cawangan pun turut serta," katanya.

Majlis penutup akan disempurnakan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang jam empat petang ini.

Read more ...

UMNO GELABAH!!! Populariti Nizar meningkat bukan menurun, rakyat lebih menyokong Nizar


Bagi manusia yang waras dan boleh berfikir, tiada apa-apa kesalahan yang boleh disabitkan terhadap Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung dengan twitter beliau mengenai plat nombor WWW1 yang dibida Sultan Johor dengan harga RM520,000.

Nizar tidak derhaka, Nizar tiada unsur-unsur untuk menghina Raja.


Serangan terhadap Nizar sengaja digembar-gemburkan dan diambil kesempatan media talibarut Umno-Barisan Nasional, bertujuan hendak mengeruhkan hubungan PAS dengan Istana Johor.


Lagi teruk Nizar diserang, lagi ramai rakyat yang bangkit menyokong bekas Menteri Besar Perak itu.


Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan, serangan terhadap Nizar dan imej buruk yang cuba dipalitkan terhadap Pakatan Rakyat, sama sekali tidak menjejaskan peluang Pakatan Rakyat di Johor.


“Saya tidak rasa sama sekali peluang PAS termasuklah Pakatan Rakyat di negeri ini terjejas kerana rakyat Johor sudah dapat untuk membuat sesuatu keputusan berdasarkan kematangan mereka dalam berpolitik. Isu seperti ini tidak menjejaskan kita kerana rakyat boleh faham tentang isu dibangkitkan.


“Mengenai penentangan terhadap Raja-Raja Melayu, saya rasa Umno mempunyai sejarah yang begitu panjang. Mengenai kebiadapan dan keterlanjuran mereka menghina Raja-Raja Melayu. Rakyat boleh faham dan ada maklumat mengenai hal ini.


“Jadi saya rasa ia tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap peluang Pakatan Rakyat dalam Johor kerana kita tidak langsung menyentuh isu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutusan dan undang-undang negeri sekali gus PAS menghormati prinsip raja berpelembagaan,” katanya


Tegas Salahuddin, Nizar sudah menjalankan tanggungjawabnya untuk memohon perkenan mengadap Sultan Johor bagi menjernihkan suasana.


Isu berkaitan Nizar ini sama seperti isu Bukit Kepong yang membabitkan fitnah terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.


Ia berkaitan dengan Johor juga kerana Bukit Kepong terletak dalam Parlimen Pagoh yang diwakili Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin.


Saban hari media talibarut Umno memainkan isu Mohamad Sabu mengkhianati negara, menyokong komunis, menghina polis dan sebagainya. Habis seluruh juak-juak Umno bangkit mengecam Mohamad Sabu, sehingga berlaku kekasaran dan gangguan sewaktu beliau berceramah.


Tetapi hari ini, segala tohmahan, himpunan gerombolan bodoh penyokong-penyokong Umno yang memaki hamun dan memfitnah Mohamad Sabu, terpaksa menjilat ludah mereka sendiri, apabila saksi polis (pendakwaraya) yang sendiri mengaku bahawa tindakannya membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden PAS itu tidak betul sama sekali.


Fitnah terhadap Mohamad Sabu ini sama dengan Nizar.


Yang jahat dan dangkal di sini adalah Umno.


Mereka berselindung di sebalik kedaulatan negara, berselindung di sebalik perjuangan Melayu dan dalam kes Nizar Umno berselindung di sebalik Raja Melayu.


Umno-BN harus ingat.


Kita semua, sama ada PAS, KeADILan dan DAP serta mana-mana parti politik yang pembangkang lain, adalah rakyat Malaysia.


Kami warganegara Malaysia yang cintakan keamanan, keharmonian serta menyanjungi prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia.


Setiap kita warganegara Malaysia, adalah rakyat sentiasa berpegang teguh dengan lima prinsip Rukun Negara iaitu: Kepercayaan Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; Kesopanan dan Kesusilaan.


Rakyat juga sebulat suara untuk mendukung cita-cita Malaysia untuk; Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara cara hidup demokratik serta mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama.

Inilah keunikan Malaysia.


Walaupun kita mempunyai rakyat yang mempunyai kepercayaan agama yang berbeza, dari pelbagai kalangan etnik dan latar belakang, walaupun berbeza fahaman politik, rakyat tetap mendukung satu cita-cita yang sama, iaitu mahu memelihara keharmonian dengan menghormati antara satu sama lain.


Bagi memelihara keharmonian ini, sesuai dengan prinsip Rukun Negara, Raja atau pemerintah yang harus disandarkan kepada mereka kesetiaan, mestilah melaksanakan tugas mereka secara adil dan saksama, mengikut lunas-lunas demokrasi.


Adil dan saksama bermakna berimbang. Sesiapa yang salah diperbetulkan. Sesiapa yang benar disanjungi.


Dan yang paling penting sekali, semua kita adalah makhluk yang harus mentaati kehendak-Nya yang Satu, iaitu Allah SWT.


Semua kita dijadikan dari asas yang sama, iaitu dari tanah, setitis air benih, air mani dan segumpal darah.


Justeru tiada apa yang membezakan kita pada pandangan-Nya, melainkan mereka yang bertakwa.


Di atas prinsip takwa inilah dirangka prinsip Kepercayaan kepada Tuhan.


Walaupun kita ada Raja-Raja, kita ada undang-undang, kita ada penguasa yang menjaga keamanan, namun kepercayaan yang utama, harus kita asaskan kepada Allah, yang bagi orang-orang Melayu, mentaati Allah dengan mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam.


Di
dalam Islam, tiada siapa yang maksum melainkan Nabi Muhammad s.a.w.

Tiada siapa yang tidak boleh ditegur.


Cuma Islam menekankan soal pendekatan dengan hemah dan hikmah.


Dalam konteks penghormataan dan ketaatan kepada Raja misalnya.


Islam menggariskan dengan jelas bahawa, kalangan ahli agama, kalangan al-mala (pemimpin) terutamanya, mestilah mentaati mereka, selama-mana mereka tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat.


Misalnya jika Raja tidak solat, Raja meminum arak, Raja melakukan perkara-perkara yang maksiat kepada Allah, maka haram sama sekali mereka ditaati secara mutlak.


Bagaimana kita boleh mentaati makhluk yang melakukan perkara yang dilarang Allah SWT?


Maka sebaliknya bagi Raja-Raja yang adil dan soleh.


Selain mendapat penghormatan dan keampunan daripada Allah, mulia disisi Malaikat-Nya, malah mendapat sanjungan yang tidak berbelah bahagi dari kalangan rakyat.


Raja sebeginilah yang kita idam-idamkan memayungi kita.


Iaitu payungan mereka bukan sahaja di dunia, malah sehingga ke akhirat.


Dalam konteks politik di Malaysia, kita merasakan bahawa terdapat suatu situasi yang amat buruk apabila terdapat golongan yang memperalatkan Raja untuk kepentingan politik mereka.


Golongan ini adalah Umno.


Merekalah yang mengkhianati Raja, tetapi mereka mendakwa mereka mendukung Raja.


Merekalah yang merosakkan sistem negara dengan rasuah dan penggadaian Tanah Rizab Melayu, tetapi mereka berjaya berselindung di sebalik Raja.


Kita, rakyat jelata berasa terlalu kerdil untuk menasihatkan Raja-Raja, maupun memperingatkan semula sejarah hitam lampau mengenai kebiadapan melampau para pemimpin Umno mencaci hina institusi Raja-Raja Melayu yang dikenali sebagai Krisis Perlembagaan 1993.


Tetapi demi Allah dan demi Agama, Raja-Raja tak perlulah begitu sensitif dengan sebarang teguran dari rakyat, melainkan teguran itu menderhakai Raja-Raja.


Menderhakai itu membawa maksud menentang Raja-Raja, menentang Raja-Raja berperlembagaan, menghina Raja-Raja dengan perkara yang tidak betul, mempersoalkan kedudukan Raja-Raja seolah-olah Raja-Raja tidak dipertahankan oleh Undang-Undang dan Perlembagaan.


Selepas Pindaan Perlembagaan yang disetujui oleh semua Raja-Raja, kecuali keatas beberapa perkara yang khusus, Raja-Raja di Malaysia hampir menyamai Raja (Takhta) di England, iaitu berbentuk "ceremonial".


Pindaan Perlembagaan itu dipaksakan keatas Raja-Raja oleh Kerajaan Umno-BN dan semasa proses pindaan itu berlangsung seluruh jentera Kerajaan Umno-BN ketika itu mengambil sikap yang sangat biadap terhadap Raja-Raja dan admin masih ingat terlibat bersama PAS mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu,


Amat sedih dan pilu pada waktu itu bila membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian yang begitu "kurang ajar" dan biadap tiada taranya terhadap Raja-Raja.


Tetapi kuasa politik berada ditangan Umno.


Malangnya tiada Raja-Raja yang murka di atas tulisan-tulisan yang menghina Raja-Raja yang dipaparkan walau sehodoh manapun mereka memaki hamun dan menghina Raja.


Akhir kata, sekadar renungan buat Raja-Raja Melayu, dipaparkan gurindam Raja Ali Haji pasal yang kedua belas (gurindam XII):


Raja mufakat dengan menteri, seperti kebun berpagarkan duri.

Betul hati kepada raja, tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat, tanda raja beroleh inayat.
Kasihkan orang yang berilmu, tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai, tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati, itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata, kepada hati yang tidak buta.


JALAN PULANG

Read more ...

TERKINI!!! Helikopter kamera jatuh berkecai ketika TPM di ADTED Taiping




Program Penjajah Janji Ditepati di ADTEC Taiping Perak dikejutkan apabila sebuah camera helikoper mini meletup dan jatuh berkecai ketika TPM tiba disini sebentar tadi..

Malang sentiasa bertimpa-timpa berlaku kepada UMNO khususnya UMNO Bukit Gantang yang baru disita bangunan utamanya beberapa hari lalu. Kini helikopter mini yang membawa kamera untuk rakam program pula jatuh berkecai...

Ini petanda UMNO memang nak jatuh. Kehadiran TPM umun tadi hanya 70ribu saja.... Apa barang 70ribu kalau disediakan beratus bas...himpunan hijau kat Bagan Serai semalam telah mengatasi kehadiran program UMNO.

UMNO Bukit Gantang guna pejabat HARAM untuk sambut Muhyiddin

UMNO Perak menambah koleksi haram...itulah ungkapkan tepat buat UMNO di Perak khususnya UMNO Bukit Gantang.

Tak cukup dengan berkuasa secara haram dan kali ini UMNO Bukit Gantang sanggup menghina perintah mahkamah kerana menceroboh mengunakan bangunan yang telah disita.


UMNO Bukit Gantang kononya terpaksa gunakan bangunan ini kerana nak buat kerja sempena Muhyiddin datang hari ini 17 Jun 2012 untuk program " Janji diKelentongi".

Yb Rosli ADUN Terong nak sambut Timbalan Perdana Kelentong wajarlah guna kuasa haram,bangunan haram dan buat kerja haram...itulah UMNO...

** Berita kerja haram UMNO Bukit Gantang sudah tersiar di akbar sinar edisi Perak hari ini.Orang ni

Read more ...

SEJAK TINGGALKAN ANWAR!!! Perniagaan burger Mat Zamil laris sehingga menjadikannya kaya raya?

BEBERAPA hari lalu, Ahli Parlimen Parti Islam, PAS Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan video rakaman bagaimana Bekas Ketua Pemuda KEADILAN Kedah, Zamil Ibrahim menjadi ejen Umno cuba membeli ahli parlimen Pakatan Rakyat didakwa dengan bayaran RM2 juta [Sumber].

Pendedahan itu nampaknya dibalas dengan maki hamun orang yang terlibat, apabila dia berkata Khalid Samad bukan sahaja bodoh malah memalukan [Bernama].

Kenapa nak maki hamun derr?



Kalau kita lihat, Zamil Ibrahim ini memang bijak. Lihat sahajalah bagaimana beliau dahulu yang hanya merupakan seorang peniaga burger ketika bersama KEADILAN, kini sudah berjaya mengumpul harta kekayaan mewah.

Ketika bersama KEADILAN hanya memiliki Proton Satria tetapi setelah keluar KEADILAN bersama Ezam Mad Nor, beliau sudah mampu memandu 'S-Class', malah dirumah banglonya juga terdapat sebuah Roll Royce.



Hebatnya Zamil ini, anda tahu apa resepi kejayaan beliau untuk berjaya sebagai penjual burger? Jawapannya mudah, tinggalkan KEADILAN, tinggalkan Anwar Ibrahim maka dengan serta merta perniagaan burgernya menjadi laris dan maju. Tahniah diucapkan.





ReJaM© "Sebab itu ramai orang nak tinggalkan KEADILAN dan masuk Umno "

Read more ...