Wednesday, May 23, 2012

KHAIRY KANTOI!!! (Video) Pendidikan percuma di Turki - Jawapan Kedutaan Turki


alt
KJ dan blogger umno. Apa barang wiki ?  Apa barang google ? Korang call aje lah. Settle masalah dowh.

Lihat kat bawah neh. Benda neh dulu hanief dah sediakan dah. Dah lama. Cuma aku sendiri tak tengok seme video2 dia pasal free education neh. Aku tengok satu video neh. Tapi sebenarnya dia call banyak kedutaan gak untuk bertanyakan soklan2 neh. Kedutaan turki pun dia pernah call.

Tak caya? Nah. Korang tengok sendiri. Jangan lupa pakai paper bag bila keluar rumah nanti. Mesti malo kan korang?

kah kah kah

Jelas dalam video kat atas neh kedutaan turki mengesahkan bahawa ; 

1. Pendidikan sekolah dari sekolah rendah sampai sekolah tinggi = 11 tahun adalah PERCUMA. 

 2. Dulu pelajar kena bayar untuk buku tetapi sekarang satusen pun tak perlu bayar. Semakin lama semakin banyak kemudahan sediakan untuk rakyat mereka. 

3. PERCUMA untuk rakyat turki = warganegara turki of course. 

4. Pendidikan universiti jika universiti kerajaan juga adalah PERCUMA. Walaupun ketika baru2 masuk mereka kena bayar sesuatu tetapi ia adalah sangat2 murah selebihnya ia adalah percuma. 

5. Hanya universiti swasta di turki jek kena bayar. Memang mahal. 

Jadi jika kj bercakap pasal demo kenaikan yuran tue, aku rasa ia mengenai universiti swasta kot. Bukan pasal universiti kerajaan. Tempat terhad menyebabkan ada yang terpaksa pergi ke swasta sebab nak belajar tapi tak malu ke dengar bila orang turki sendiri cakap malaysia kaya sebab ada petrolium tapi pendidikan percuma tak wujud disini?

Walaupun segala2nya mahal tetapi at least biarlah ada sesuatu untuk rakyat. Nak bandingkan dengan negara cukup pandai. Negara lain mahal itu neh pun ada gak sesuatu untuk rakyat mereka. Malaysia neh segala2nya mahal, tapi takde satu pun ada untuk kita. Ops ada, memang ada. Iaitu disuruh bersyukur dan berterima kasih kepada bien. Tue jek. 

kah kah kah

Ameno : Kang ada yang kata video neh rekaan sendiri jek. Ekekke

Read more ...

HIJAU KE PUTRAJAYA 1 JUN!!! Semua perlu hadir - TGNA, Video penerangan program


KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru masyarakat pelbagai bangsa yang beragama Islam supaya hadir pada majlis himpunan besar-besaran pada 1 Jun ini di Kedah.

Katanya, majlis perhimpuan besar-besaran dan penuh bermakna khususnya yang inginkan keadilan perlu hadir pada majlis yang akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah.

“Semua bangsa, sama ada Melayu Muslim, Cina Muslim, India Muslim pergi ke  majlis perhimpunan itu nanti beramai-ramai,”ujarnya.

Menurutnya, program berkenaan penuh erti kerana ianya akan diisikan dengan majlis munajat, mubahalah dan lain-lain lagi untuk diluahkan hasrat kepada Yang Maha Esa.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas majlis perasmian aktiviti memanah sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik), ketik diminta mengulas berhubung program itu.

“Kita boleh mengadu pada Allah berhubung kita sering diperlakukan sedemikian rupa oleh pihak tertentu dengan kezaliman walaupun usaha untuk memperjuangkan Islam,”ujarnya.

Sambungnya lagi, memerangi perbuatan mungkar adalah suatu perkara wajib tidak kira melalui Bersih atau apa cara sekalipun.

Bersih hanya satu daripada cara bahawa rakyat tidak bersetuju dengan pengundi hantu, kekotoran daftar pengundi dan berbagai lagi.

“Nak perjuangkan melalui Bersih itu terpulanglah, tetapi wajib menentang kezaliman, kemungkaran dan berbagai lagi,”ujarnya.

Menurutnya, itu semua bukan kerja parti sahaja, sebaliknya ajaran agama.

Read more ...

RAYUAN UTUSAN DITOLAK!!! Kena bayar Khalid Samad gantirugi RM 60 000


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad.

Pada 21 November lalu Hakim Prasad Sandhosham Abraham telah memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10 September 2009 bertajuk 'ZULKIFLI BIDAS ‘PAK JANGGUT’ ” adalah memfitnah ke atas Khalid Samad.

Antara lain artikel tersebut menulis:


'Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya ‘Pak Janggut’ yang sanggup memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seskyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu.

Menurutnya, ‘Pak Janggut’ turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

“Yang paling pelik, ‘Pak Janggut’ ini sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil,'katanya
.'

Mahkamah memutuskan perkataan “Pak Janggut” di artikel tersebut adalah merujuk kepada Khalid Samad kerana sebelum artikel tersebut diterbitkan, Khalid ada menulis surat kepada penduduk seksyen 23 Shah Alam supaya mereka berlaku adil walaupun ke atas orang bukan Islam dalam isu penempatan semula kuil hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.

Utusan telah memfailkan rayuan ke atas keputusan hakim tersebut di mana rayuan tersebut telah didengar pada pagi ini di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Pada prosiding pagi ini Mahkamah telah membenarkan permohonan Notis Usul yang difailkan oleh Khalid Samad bagi membatalkan rayuan Utusan atas alasan Notis Rayuan tersebut cacat kerana pihak Utusan telah gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan terlebih dahulu sebelum memfailkan rayuan mereka.

Ketika membacakan keputusannya pagi tadi Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyatakan bahawa beliau, Hakim Datuk Azhar Haji Ma’ah dan Hakim Datuk Abdul Wahab Patail iaitu panel hakim yang mendengar rayuan tersebut sebulat surat menolak rayuan Utusan kerana kecacatan rayuan tersebut.

Mahkamah menyatakan rayuan tersebut adalah bercanggah dengan seksyen 68 (1) (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang memperuntukkan bahawa sebarang rayuan yang kurang dari RM 250,000-00 wajib mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu.

Mahkamah juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00 kepada Khalid Samad.

Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Utusan diwakili oleh Encik Mohana Kumar dari Tetuan Shafiee Mohan.

Read more ...

DEDAH!!! 95 % peniaga Jalan TAR tak bersetuju 'berniaga politik' Datuk Jamal


Sekumpulan penjaja di Lorong Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur meluahkan rasa tidak berpuas hati terdapat pihak yang cuba melibatkan mereka untuk berniaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga mulai hari ini.

Mereka juga mengambil sikap "berkecuali dan tidak mahu main politik", tidak seperti yang dilakukan oleh Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL), dan hanya mahu mencari rezeki dengan menjaja di lorong itu setiap Sabtu.

Malah, mereka juga bimbang pelanggan akan lari jika mereka dikaitkan dengan tindakan berniaga di hadapan rumah Ambiga, sehingga boleh menjejaskan pendapatan mereka selepas ini.

"Ini memberi kesan negatif... Kami tidak bersetuju dengan tindakan menjual (di hadapan rumah Ambiga). Ia memberi nama buruk kepada peniaga.

"Jangan guna nama platform penjaja Jalan Tunku Abdul Rahman. Guna nama lain. Kita bebas, tidak berpolitik, kita nak cari rezeki... Kalau nak berpolitik berhenti berniaga dan masuk politik," kata seorang peniaga, yang enggan namanya didedahkan.

Dilaporkan MBPKL yang diketuai Datuk Jamal Md Yunus akan berniaga pelbagai barangan, makanan dan minuman di hadapan rumah Ambiga selama dua hari bermula hari ini bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan pada 28 April lalu.

'Tak sampai 10 sokong BERSIH 4.0'

Selain menamakan tindakan mereka sebagai "Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1,2,3", semalam mereka membida tapak perniagaan sehingga mencecah nilai tertinggi sebanyak RM5,000.

Mengunjungi Malaysiakini semalam, kumpulan penjaja itu mendakwa kira-kira 95 peratus daripada kira-kira 300 penjaja di lorong tersebut bersikap berkecuali dengan tindakan majlis Jamal yang mahu berniaga di hadapan rumah Ambiga.

Penjaja itu mendakwa penjaja di situ tidak diajak berbincang dengan rancangan tersebut, sebaliknya hanya mengetahui melalui kain rentang dan risalah yang diedarkan kepada mereka.

"Boleh dikira dengan jari, tak sampai sepuluh orang (penjaja) yang menyokong Datuk Jamal," katanya menjawab soalan berhubung jumlah penjaja yang menyertai rancangan Jamal - pemilik peniagaan kereta mewah dan restoran.

Sementara itu, menceritakan suasana pada hari demonstrasi, kira-kira 50 peratus penjaja menjalankan aktiviti seperti biasa, tetapi terpaksa menghentikannya selepas polis berpangkat biasa didakwa mengarahkan ia dihentikan sewaktu berlakunya kekecohan di situ.

"Tidak ada arahan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," kata penjaja itu yang mendakwa tindakan polis dibuat kerana penjaja dikatakan "melindungi" peserta BERSIH. -mk

Read more ...

NAH TENGOK !!! Gambar Najib dan Altantuya terbentang dalam akhbar Hong Kong


Najib boleh kawal media arus perdana di Malaysia. Tetapi Najib dan bien tak boleh kawal media arus perdana di negara lain. Menurut rakan yang memberikan informasi neh kepada aku, dia cakap ;

1. Berita neh tersiar semalam.

2. Dalam paper terbitan hong kong.

3. Ia menceritakan bahawa najib dipercayai individu yang berperanan sebagai perancangan utama / dalang kepada pembunuhan altantuya. Senang cakap najib di anggap sebagai SUSPECT.

4. Mahkamah perancis telah memanggil Najib untuk memberikan keterangan.

5. Altantuya dalam paper di atas digambarkan sebagai juru bahasa = tukang alih bahasa.

Aku taknak lah cakap apa2 dalam kes neh tunggu jek siasatan lanjut cuma nak bagitau je yang sekarang neh satu dunia kot dah mula melaporkan isu najib neh. Sebahagian besar rakyat malaysia pula masih ditipu oleh media arus perdana sendiri. Kesian. Teruskan diperbodohkan sebab korang memang bodoh pun.

kah kah kah

Ameno : Razak Baginda dah hilang ka?

Read more ...

MESTI IKUT MACAM LEMBU SAJA!!! Komen Artis terhadap Menteri UMNO

Para artis hari ini membidas kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyatakan tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik.

Salah seorang artis, Haire Othman mempersoalkan kenyataan Tok Pa itu mengapa jika para artis apabila berbeza pendapat dianggap pembangkang. Menulis di facebooknya, beliau menempelak Tok Pa dengan menyatakan jika artis berkempen atau menyertai UMNO tidak pula dijadikan isu.


Haire melahirkan rasa kehairanannya mengapa para artis tidak boleh berbeza pendapat dengan pihak kerajaan dan mesti ikut mereka seperti lembu.


Banyak pihak melihat kenyataan Tok Pa berkenaan menyerlahkan keadaan UMNO kini sedang tertekan dengan sikap beberapa orang bekas pegawai kerajaan dan artis/selebriti yang telah mengambil keputusan untuk menyertai PAS.

Kelmarin, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Fauzi Shaari telah menyerahkan borang penyertaan PAS kepada TG Hj Abdul Hadi Awang. Ia merupakan satu tamparan hebat kepada UMNO BN yang telah sekian lama memeperkudakan PDRM untuk pertahankan kuasa mereka.


Sebelum daripada ini beberapa orang artis seperti Bob Lokman, Aisyah dan Sham Kamikaze telah mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PAS.


"saya artis jugak, kalau artis kempen/masuk UMNO x de pulak nak dijadikan isu, kenapa bila kita nak demokrat, nak berbeza pendapat selalunya dianggap pembangkang, kenapa, nak berbeza pendapat tak bole ke? mesti ikut macam lembu saja?" - hairie othman




Selebriti sertai Pas bukan untuk dakwah, tapi politik

KOTA BHARU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk

berpolitik.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, banyak saluran yang boleh digunakan jika benar mereka ingin berdakwah, termasuk menerusi badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkim atau badan agama yang lain.


"Kalau nak berdakwah tidak semestinya melalui PAS...boleh pergi ke masjid-masjid, menyertai Perkim atau sebagainya dan tidak perlu kepada parti politik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Penjawat Awam dan Pemimpin Tempatan Negeri Kelantan, di sini malam tadi.


Mustapa berkata penjawat awam yang menyertai pembangkang selepas mereka berpencen, perlu menyedari jasa kerajaan selama ini yang mereka tidak pernah diabaikan.


"Bukan sahaja mereka dibela ketika bekerja malah ketika pencen hidup mereka jauh lebih selesa kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) pada hari ini tidak pernah mengabaikan mereka," katanya.


Beliau berkata pada masa yang sama, kerajaan menghormati pendirian mereka untuk menyertai pembangkang kerana negara mengamalkan konsep demokrasi.


"Ini negara demokrasi dan kita menghargai pendirian. Bagi saya penjawat awam itu janganlah lupa jasa kerajaan sehingga pencen pun tetap mendapat perhatian," katanya.


Mustapa berkata tidak ada negara lain seperti Malaysia yang melakukan segala yang terbaik agar penjawat awamnya hidup selesa sehingga mereka pencen. - Bernama

Read more ...

'LANGGAR' TANAH RAKYAT!!! Satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional


KUALA NERUS – Pengerusi Gerakan Pembelaan Tanah Rakyat (Gempar) Haji Salleh Embong mendakwa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah terbiasa dengan kerja-kerja ‘haram’ melanggar hak rakyat sehingga tidak lagi merasakan ianya suatu kesalahan.

Beliau berkata, terbaru kerajaan Umno-BN Terengganu telah memasuki tanah penduduk Kampung Baru Tetambah Manir dekat sini bagi melaksanakan projek membina balai raya sebelum tanah diwartakan dan dibayar pampasan.


“kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah biasa buat projek, ‘masuk dulu kira kemudian’, melaksanakan projek dengan ‘melanggar’ hak rakyat,

“saya telah diberitahu oleh seorang penduduk Kampung Tetambah, Manir, tanahnya diceroboh sebelum diwartakan dan dibayar pampasan, untuk dibina balai raya,”ujarnya ketika ditemui semalam,  Isnin 21 Mei.

Oleh itu, beliau yang juga Pengerusi Bertindak Tanah Penduduk Banggol Donas memaklumkan akan membuat satu laporan ‘baru’ kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada awal Jun depan.

Menurutnya, laporan tersebut akan memasukkan beberapa fakta dan kejadian terbaru yang berlaku ke atas penduduk Kampung Banggol Donas.

Beliau juga sedang mengkaji untuk mendapat perintah injuksi dari mahkamah supaya pembinaan jalan dan jambatan Kampung Jeram ke Kampung Bukit Guntong yang melanggar tanah penduduk kampung itu dihentikan.

“Kita akan membuat satu laporan kepada pihak SPRM, dengan memasukkan beberapa fkta dan kejadian terbaru (dimana),

“kita yakin ada penyelewengan dan salah laku serta rasuah yang dilakukan dalam pembinaan jalan tersebut,

“saya juga sedang meminta pihak peguam mengkaji bagi mendapat perintah mahkamah memberhentikan projek yang jelas dilaksanakan tanpa persetujuan pemilik tanah,”tegasnya.

Menurutnya, Gempar akan terus mendedahkan salah laku dan salah urus kerajaan Umno-BN Terengganu berhubung dengan pegambilan tanah rakyat secara zalim dan tidak mengikut tata cara yang betul bagi menyedarkan pihak-pihak yang terbabit.

Haji Salleh berkata, kerajaan perlu mengubah sikap dalam melaksanakan sesuatu projek kerana rakyat kini sudah mempunyai maklumat dan mengetahui hak-hak mereka.

Katanya, kuasa sebenar ada pada rakyat dan rakyat akan mengubah kerajaan yang tidak mahu berubah melalui pilihanraya.

Katanya, pada 30 April lalu, seorang penduduk kampung Banggol Donas telah membuat laporan polis ekoran kenyataan bohong Menteri Besar (MB)Dato’ Seri Ahmad Said yang disiarkan sebuah akhbar pada 26 April 2012.

Menurut Haji Salleh, sehingga kita tidak ada respon atau penafian daripada MB menunjukkan pembohongan itu benar-benar berlaku.BO

Read more ...

TAK HAIRAN PUN!!! Itu sahaja jawapan Orang Kuat Umno





*(ABU=  Asalkan Bukan UMNO / OKU= Orang Kuat UMNO)

ABU- Ramai sekarang orang-orang  besar ternama tanah air sertai Pakatan Rakyat…

OKU- Jangan cakap saja…buktikan..!!!

ABU- Datuk Sahak,bekas Pengarah Kastam Pulau Pinang sertai PAS…

OKU-  Tak hairan pun…

ABU- Laksaman Pertama (B) TLDM Haji Imran pun serta PAS..

OKU- Tak hairan pun…

ABU- Dato’ Haji Adnan,bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Perak…sertai PAS..

OKU- Tak hairan pun…

ABU- Dr. Khalid, Pegawai Hospital Besar Melaka sertai PAS..

OKU- Tak hairan pun…

ABU- Panglima Logistik TUDM Brig. Jenderal (B)TUDM  Datuk Abdul Hadi pun sertai KeAdilan..

OKU- Tak hairan pun..

ABU- Pegawai Bekas kumpulan komando 69 pun sertai PAS..

OKU- Tak hairan pun…

ABU- Ustaz Zamri ..pengacara rancangan Mari Mengaji TV9 sertai PAS..

OKU- Tak hairan pun..

ABU- Pelakon dan pengarah filem Pak Jabit pun sertai KeAdilan..

OKU- Tak hairan pun..

ABU- Selebriti dan komposer  terkenal Bob Lokman pun sertai PAS..

OKU- Tak hairan pun…

ABU-Aishah, penyanyi dan selebriti wanita terkenal pun sertai PAS…

OKU- Tak hairan pun…

ABU- Akhil Hayy dan  Wahida pun  sertai PAS..

OKU- Tak hairan pun…

ABU- Terbaru Dato Fauzi Shaari, Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah..jawatan orang      no-3 tertinggi dalam PDRM sertai PAS..

OKU- Sikit tak hairan..!!!

ABU- Pelik..!!!  Kenapa semuanya dijawap tak hairan..?? Ramai dah sertai Pakatan Rakyat..kau jawap tak       hairan dari tadi..apa hujahnya..?

OKU- Apa nak  dihairankan…ramai dalam UMNO  boleh berlakon masuk UMNO….siap boleh masuk T3V..

ABU- ……………( patutlah OKU tak hairan…hahaha…)

Orang ni

Read more ...

MUHYIDDIN PEMBOHONG!!! Mana bukti 18 000 orang Melayu keluar P.Pinang ?




PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meyifatkan dakwaan kononnya sejumlah 18,000 orang Melayu telah keluar daripada negeri itu ekoran dipinggirkan kerajaan negeri adalah satu fitnah jahat oleh Umno BN.

Beliau merujuk kepada tuduhan yang dimainkan media Umno dan diulangi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin sendiri.


"Jumlah pengurangan penduduk Melayu sebanyak 18,000 orang adalah satu fitnah jahat yang boleh disangkal dengan menunjukkan daftar pemilih akhir tahun 2011 menunjukkan penambahan pengundi Melayu sebanyak 34,931 orang berbanding dengan pilihanraya 2008. 
 
"Adalah dikesali Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin telah bersikap tidak bertanggungjawab dan cuba mempermainkan sentimen perkauman dengan mengulangi fitnah jahat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Selain dituduh mengusir 18,000 orang Melayu, Muhyiddin juga didakwa turut menuduh kerajaan Pulau Pinang tidak menjalankan projek perumahan mampu milik sehingga orang Melayu terdesak meninggalkan Pulau Mutiara itu.

Menurutnya, tuduhan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno itu tidak benar sama sekali kerana sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah pada 2008 sehingga sekarang, sebanyak 11,596 rumah kos rendah dan sederhana rendah telah dibina.

Selain yang telah dibina, kerajaan negeri juga katanya telah memperuntukkan RM500 juta untuk membina sekurang-kurangnya 18,000 unit rumah mampu milik yang berkualiti untuk masa depan.


Untuk itu jelasnya, sebanyak 277 ekar tanah telah disediakan di lima daerah di Pulau Pinang iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Daerah Timur Laut, Daerah Barat-Daya dan Seberang Perai Selatan.


Fasa 1 adalah di Batu Kawan sebanyak 12,000 unit di atas 200 ekar tanah, manakala Fasa 2 pembangunan rumah mampu ini melibatkan 77 ekar tanah di  Pulau Pinang yang boleh menyumbang 6,000 unit rumah mampu milik.


Beliau turut menafikan tuduhan bahawa kenaikan harga hartanah disebabkan oleh premium tanah tinggi yang dikenakan oleh kerajaan negeri.


"Tuduhan BN adalah palsu kerana kerajaan negeri tidak pernah menaikkan peratus kadar premium tanah yang masih dikekalkan pada tahap peratusan yang sama dengan kerajaan lama.


'Sesebuah kerajaan tidak boleh mempengaruhi harga hartanah naik atau turun kerana ia ditentukan oleh permintaan pasaran dan keyakinan orang ramai," katanya.

Read more ...

DEMI UPAH!!! Blogger UMNO sanggup fitnah MB Kedah sihir orang

Kerana RM2000 sebulan, sanggup cipta fitnah yang boleh merosakkan aqidah sendiri!!!

Hanya kerana mengejar upah sebagai penulis upahan alam maya sebanyak RM2000 sebulan, blogger UMNO sanggup melakukan apa saja sekalipun sehingga menuduh Muslim yang lain syirik kepada Allah dengan melakukan kerja syihir.


Ulamak-ulamak feqah bersepakat bahawa menuduh seseorang yang beriman sebagai telah kafir atau murtad atau syirik (semua tu satu maknalah) sedangkan orang itu tidak seperti dituduh maka hukum kafir akan berbalik kepada penuduh. Waliyazubillah.


Kedah La buat petikan laporan dari sebuah blog upahan UMNO yang melakukan tuduhan yang sangat berat kepada Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan, lulusan Universiti Al-Azhar yang reti hukum hakam agama sejuta kali mengatasi penulis blog yang jahil muarakab itu.

Kedah La tak mau mengulas akan tulisan dari blog itu... biarkan umat Islam yang berakal menilai sendiri perihal blogger UMNO yang semakin hari semakin terdesak untuk mempertahankan kuasa Rosmah-Najib sehingga sanggup melakukan apa saja.

Yang di bawah ini adalah sebahagian komen yang disiarkan oleh orang yang sama (penulis blog itu juga) tapi menggunakan nama samaran yang berbeza... nak tunjuk kata ramai orang komen. Pakat-pakat nilai sendiri nuuu....

Dahsyatnya UMNO... Ya Allah jauhkanlah diriku dan keturunanku dari 'cenderung hati' kepada UMNO yang terpesong jauh itu.. Amiiin.Kedah La

Read more ...

SKANDAL PKFZ!!! Tangguh kes Kong Choy untuk tutup kebodohan kerajaan UMNO/BN


(Chan Kong Choy dibawa ke mahkamah....namun kesnya tangguh lagi)
KUALA LUMPUR: Penangguhan perbicaraan kes tipu bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dilihat semata-mata bertujuan menyembunyikan kebodohan kerajaan Umno sebelum pilihan raya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar
(gambar bawah) berkata, jika perbicaraan tersebut diteruskan, ia akan mendedahkan lebih banyak lagi kebodohan kerajaan Umno Barisan Nasional sehingga boleh ditipu oleh Chan yang ketika itu adalah Menteri Pengangkutan.

Jika terlalu banyak kebodohan kerajaan terdedah sebelum pilihan raya, Umno bimbang perkara itu akan menjejaskan peluangnya, klata beliau.


"Apa yang lebih menarik, Umno tidak boleh menyalahkan (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) semata-mata kerana kerajaan di bawah (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) juga ditipu apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang memperakui bahawa (bekas Menteri Pengangkutan yang juga bekas Presiden MCA, Tun Dr) Ling Liong Sik telah menipu kerajaan Malaysia membabitkan RM1.08 bilion dalam projek yang sama," katanya.

Menurut Mahfuz, memang menjadi trend Umno dan Dr Mahathir sendiri untuk menjadikan Abdullah sebagai kambing hitam apabila dibangkitkan apa jua kesalahan pentadbiran kerajaan Umno.


"Tetapi dalam hal PKFZ, Dr Mahathir dan Umno tidak boleh salahkan Abdullah sahaja kerana beliau pun kena tipu juga," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.


Perbicaraan kes tipu tersebut ditangguhkan ke 31 Oktober depan selepas pihak pendakwaan memohon penangguhan.


Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan memberitahu mahkamah bahawa pejabat Peguam Negara masih belum membuat keputusan mengenai representasi pihak pembelaan dan memerlukan masa yang lebih panjang untuk membuat keputusan muktamad berhubung permohonan berkenaan.


Mahfuz bagaimanapun menyifatkan usaha untuk menyembunyikan kebodohan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya adalah usaha yang sia-sia dan "seperti menutup bangkai gajah dengan daun sehelai".


"Rakyat sudah tahu kerajaan Umno BN begitu bodoh dan dengan mudah ditipu oleh menterinya sendiri dalam isu PKFZ itu," katanya.


Malah, katanya lagi, usaha terdesak itu tidak boleh menutup pelbagai kesalahan lain yang lebih besar yang dilakukan oleh kerajaan Umno BN.


"Bukan isu PKFZ sahaja yang menyalakan api kemarahan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang, isu (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) lari dari inkuiri mahkamah Perancis berhubung urusniaga kapal selam Scorpene, isu kekejaman polis dalam perhimpunan Bersih 3.0 lalu dan banyak lagi isu lain malah tidak habis-habis tindak tanduk Umno BN yang mencetukan kemarahan rakyat.


"Sebab itulah tindakan tidak tentu arah menangguhkan perbicaraan itu sehingga selepas pilihan raya tidak akan memberi apa-apa kesan," kata Mahfuz.


Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim, yang juga hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang ditugaskan mengendalikan perbicaraan kes itu memberikan reaksi yang negatif terhadap tindakan pihak pendakwaan memohon menangguhkan kes itu.


Zamani juga dengan sinis berkata beliau tidak mahu sesiapa mempunyai tanggapan bahawa beliau 'makan angin' setiap kali hadir di mahkamah Kuala Lumpur berikutan terpaksa menangguh perbicaraan berkenaan.

Read more ...