Thursday, August 9, 2012

INI BUKTI!!! Pakatan Rakyat ada hubungan intim dengan Komunis?

Ingat lagi tak cerita bangang pasal kononnya pakatan rakyat diserapi elemen komunis dan taliban.. kah.kah..kah,

Maka kita kata yang sebenarnya ada hubungan dengan komunis bukan pakatan rakyat, tapi umno sendiri..

Maka terjerit-jerit la zahid hamidi kata mana bukti?

"tukanglawan" pun bagi bukti umno dan komunis ni memang ibarat isi dengan kuku ( boleh semak di artikel ini )

tiba-tiba hari ini muyiddin pula bagi lagi setepek dekat muka zahid hamidi

Muyiddin dengan senang hati dan bangga berjumpa dengan setiausaha CPC..

Apa CPC tu.. itu singkatan bagi ( Communist Party of China ) sila semak disini.

Berita muyiddin jumpa setiausaha parti komunis tu keluar dekat Buletin TV3 suku, cumanya pembaca berita sebut CPC je, sekali dengar macam satu syarikat besar, tapi sebenarnya parti komunis.

Jadi buat Zahid hamidi si menteri pertahanan yang masih menunggu ketibaan peluru terpedo kapal selam scorpean tu, sekarang dah dapat jawapan ke belum, hari tu sibuk mintak sangat bukti umno ada hubungan dengan komunis....

Kah..kah..kah.. Zahid cuba kaber.... Muyiddin pulak bagi pecah rahsia.tukanglawan

Read more ...

SABTU INI!!!Seorang lagi pemimpin BN Sabah akan keluar parti sertai Pakatan


Lagi berita menggemparkan dari kepulauan Borneo!

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memberi bayangan awal bahawa seorang lagi pemimpin Barisan Nasional (BN) di Sabah akan keluar dan mengisytiharkan bersama Pakatan Rakyat, Sabtu dan Ahad ini.


Anwar menjelaskan pengumuman mengenainya akan dibuat di Kota Belud dalam rangka lawatannya ke negeri itu bagi memperkuatkan pengaruh Pakatan Rakyat selepas dua ahli parlimen BN keluar akhir bulan lalu dan awal bulan ini.


Parlimen Kota Belud diwakili Abdul Rahman Dahlan dari Umno-APCO tetapi desas-desus mengatakan pemimpin lain yang akan meninggalkan BN dan bukannya Rahman.


Setakat ini nama-nama yang dijangka adalah bekas Ketua Menteri, Osu Sukam dan ahli parlimen Kalabakan, Abdul Ghapur Salleh.


Namun, pengumuman rasmi akan dibuat Anwar yang juga akan melawat Penampang dan beberapa tempat lagi.


Kebetulan, hujung minggu ini perdana menteri Najib akan berada di Sabah bagi lawatan sehari bermula dengan melawat Kuching, esok.


Dijangka, Najib akan memberi 'rasuah' berupa projek kerajaan persekutuan kepada pemimpin BN sebagai tutup mulut dan tidak berpaling tadah seperti apa yang dilakukan oleh ahli parlimen Tuaran, Wlifred Bumburing dan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin.


Sementara itu dalam sidang media sama, Anwar berkata Umno-APCO kini memulakan kempen pelampau agama melalui laporan Utusan Malaysia yang mendakwa berdosa sekiranya menyokong parti DAP.


Laporan berkenaan yang memetik pandangan seorang guru pondok antara lainnya menyatakan bahawa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."


Namun, Anwar memberitahu satu sidang media hari ini, akhbar tersebut tidak melaporkan bahawa Perdana Menteri, Najib dan mantan perdana menteri juga tidak menyokong hukum hudud.


"Najib kata selagi jadi PM beliau tak akan laksanakan hukum hudud," katanya sambil menambah, Mahathir Mohamad juga pernah menulis surat kepada menteri besar Kelantan bagi menyatakan penolakan kepada pelaksanaan hukum hudud.


"Kalau ini pandangan mereka, kenapa DAP saja disebut tak boleh disokong sedangkan kenyataan Umno dan MCA masuk kategori sama," katanya lagi.


Kit Siang: Ini hasutan berapi-api


Dalam sidang media sama, ketua ahli parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Utusan melalui laporan muka depannya hari ini juga meneruskan hasutan tersebut dengan seruan untuk menolak parti tersebut.


"Ini hasutan yang berapi-api," katanya yang menjelaskan, DAP sejak dahulu lagi menghormati peruntukan perlembagaan yang menetapkan Islam agama rasmi.


"Pendirian kita tidak berubah. Kita negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi," kata Lim (kiri).


Jelasnya, kenyataan itu sama dengan pendirian oleh tiga perdana menteri pertama Malaysia.


Namun, kata Lim, DAP diserang begitu rupa oleh Utusan sehingga disifatkan sebagai "kafir harbi".


"Perdana menteri yang kempen 1Malaysia tak patut benarkan Utusan teruskan kempen ini," katanya lagi.


Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, di Pulau Pinang, setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP Zairil Khir Johari turut membuat laporan polis berhubung laporan Utusan itu. 


JALAN PULANG

Read more ...

ISU PENDATANG SABAH!!! Pairin pula mendebik Mahathir



MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penentangan terhadap pewarganegaraan pendatang asing di Sabah adalah tidak adil dan berunsur politik.

Menulis di blog hari ini (8 Ogos - pent.), beliau berkata ledakan rakyat Sabah adalah wajar kerana ramai pendatang terbabit telah lama tinggal di negeri ini dan mereka serta anak-anak mereka fasih berbahasa Malaysia.

Katanya, berdasarkan tempoh lamanya mereka telah tinggal di negeri itu dan menguasai bahasa kebangsaan, maka mereka layak menjadi rakyat negara ini dan memperolehi kerakyatan.

Sebagai perbandingan, Dr Mahathir berkata, kerakyatan telah diberikan kepada mereka yang tidak fasih dalam Bahasa Malaysia tetapi telah lama tinggal di Malaysia.

"Jadi mengapa tidak pendatang di Sabah yang memiliki semua kelayakan ini, boleh diterima sebagai warganegara?" soalnya sambil menambah bahawa bantahan terhadap mereka menjadi warganegara, nampaknya ada unsur politik.

Dr Mahathir membuat komen tersebut menjelang lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Sabah hujung minggu ini, di mana beliau juga dijangka mengumumkan terma rujukan bagi suruhanjaya siasatan diraja terhadap pendatang haram yang diberi kerakyatan di Sabah.

Mahathir telah dikaitkan dengan Projek IC panggilan bagi satu dakwaan gerakan memberi kerakyatan kepada pendatang haram untuk tujuan politik, yang bermula pada tahun 1990-an.

Ketika sidang meja bulat Majlis Hak Asasi Negara, Parti Bersatu Sabah (PBS) membentangkan kajian berhubung ledakan rakyat Sabah, yang menunjukkan bahawa pada tahun 2002, lebih 200,000 warga asing meninggalkan Sabah tanpa dokumen.

Bagaimanapun, mereka kembali dengan dokumen yang sah di bawah nama yang berbeza dan memusnahkannya apabila tempohnya tamat, kata ahli Majlis Tertinggi PBS, Dr Chong Eng Leong ketika membentangkan kajian tersebut.- Malaysiakini

===//===

Sementara itu, laporan dari Borneopost pula menyiarkan kenyataan Presiden PBS yang juga merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan seperti yang tercatat dibawah,

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pendatang tanpa izin (PTI) yang sudah lama menetap di negeri Sabah layak menjadi warganegara sebagai sesuatu yang tidak berlandaskan undang-undang.

Beliau berkata, alasan yang mengatakan bahawa mereka (PTI) sudah lama di sini dan mereka boleh dijadikan sebagai warganegara ini perlu berlandaskan undang-undang.


“Banyak yang kita tahu bahawa satu daripada sebab wujudnya RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) ini ialah kerana ada tindakan-tindakan yang di luar undang-undang dan ini yang menyebabkan ada antara pendatang asing menjadi warganegara dan pengundi dan terdaftar di dalam buku daftar. Inilah isu-isunya dan bukan kerana mereka dikatakan sudah lama di sini.


Menurut Pairin, PTI tidak ada hak untuk menuntut hak kewarganegaraan kerana mereka tidak mempunyai dokumen yang sah.


“Orang-orang yang ada dokumen, yang ada pas kerja dan yang datang secara sah ini, bila mereka sudah lama di sini (Malaysia), itu ada asasnya mereka boleh memohon sebagai warganegara.


“Tetapi untuk PTI, mereka ini tiada dokumen dan tiada hak untuk menuntut sebagai warganegara kerana tiada asas. Mereka perlu diputihkan terlebih dahulu dan itu sebanya ada program pemutihan.


“Tapi kalau bulat-bulat mengatakan PTI setelah dia berada di sini sekian lama boleh dijadikan warganegara itu bertentangan dengan undang-undang kita.,” katanya kepada pemberita selepas menyumbangkan 500 paket kuih raya kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kepayan.

Pairin berkata, pemimpin veteran itu tidak perlu lagi bercakap pasal perkara itu kerana sudah sedia maklum mengapa perkara itu berlaku dan mengapa pendatang tanpa izin boleh masuk ke negeri Sabah.

“Dalam 22 tahun beliau memerintah, usaha untuk membanteras memang tidak mencukupi. Kalau kita mahu mengatakan benar-benar, persepsi rakyat di negeri Sabah ini ialah bahawa beliau tidak mahu menutup jalan orang-orang yang tiada dokumen ini masuk ke negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir, yang antara lain mempertahankan peningkatan bilangan pendatang di Sabah dan golongan itu layak diterima sebagai warganegara kerana telah berdekad tinggal di Malaysia dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.


***********

Nota Karmic : Tidak sukar untuk meneka sebab musabab Che Det untuk mewajarkan pemberian kewarganegaraan kepada PATI kerana sebarang usaha untuk menyokong RCI dari beliau adalah umpama menepuk air didalam dulang. 

Che Det adalah orang yang dikatakan menjadi perintis kepada terbukanya pintu kepada PATI secara besar besaran sejak awal 1990an, so mana mungkin beliau bersetuju dengan segala cadangan untuk menyekat pemberian kewarganegaraan kepada PATI sebagaimana yang beliau ungkapkan dalam tulisan terbarunya.

Dengan ini, secara tidak langsung, pekung yang cuba ditutup oleh Che Det telah terbuka dengan sendirinya oleh  Pairin yang juga pemimpin sebuah parti komponen BN. Maka, isu warganegara ekspress ini memang benar dan bukan propaganda pihak lawan sebagaimana yang sering dilabelkan oleh BN sebagai isu politik semata mata.

So, sudah sepatutnya Pairin Kitingan sedar bahawa BN bukan sebuah organisasi yang boleh mengatasi isu yang semakin membarah ini. Beliau sendiri akui, selama 22 tahun memerintah Sabah, para pemimpin senior sebenarnya sudah sedia maklum mengapa perkara itu berlaku dan mengapa pendatang tanpa izin boleh masuk ke negeri Sabah.

Sebabnya mudah, mereka mereka itulah yang dikerah kesana sini untuk dijadikan bidak bidak catur bagi memenangkan BN dalam setiap kali pilihanraya. Satu percaturan yang amat bangsat kerana rela memperjudikan masa depan Malaysia dengan mengimport PATI semata mata untuk kelangsungan kuasa.

Wahai Rakyat Negeri Sabah .. Ini Kali Lah ~!!!ghaflah

Read more ...

PATUT LA UMNO GELABAH!!! Selangor mahu ambil alih 4 Syarikat Konsesi Air


Minggu lepas Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Air Selangor yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membenarkan Kerajaan Selangor melaksanakan skim penstrukturan semula bekalan air.

Semalam pula, Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Tan Sri Rozali Ismail menyatakan SYABAS sedia duduk semeja dengan kerajaan negeri Selangor bagi memastikan isu air dapat diselesaikan.

Menggelabah UmnoBn...!  Agaknya mereka sudah dapat maklumat bahawa Kerajaan negeri Selangor sedang mengatur langkah untuk mengambilalih 4 buah syarikat konsesi air di Selangor.

Kebijaksanaan Tan Sri Khalid Ibrahim

Satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Setiausaha Negeri Selangor Muhammad Khusrin Munawi telah ditubuhkan untuk memuktamadkan rancangan untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air di Selangor menjelang bulan depan, kata Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim.

Keempat-empat syarikat adalah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABASS.

Pengambilalihan itu akan dilakukan berdasarkan nilai pasaran yang paling munasabah, Khalid Ibrahim berkata dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"Jika pemegang konsesi menolak harga yang ditawarkan, mereka boleh mengambil perkara itu kepada badan bebas yang akan menentukan harga yang sesuai.  Kerajaan negeri akan mematuhi keputusan yang dibuat oleh badan bebas tersebut," katanya.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga akan mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk memastikan bahawa aset pajakan proses air dan pengambilalihan liabiliti industri air di negeri ini diselesaikan secara serentak.

Pada masa yang sama, beliau berkata aktiviti pemantauan yang ditubuhkan oleh jawatankuasa pemantauan bekalan air pada Syabas akan diteruskan seperti biasa.

Read more ...

PARTI MENENTANG HUDUD!!! Jika undi DAP haram, undi BN juga haram

Klik gambar untuk besarkan

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, adalah haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.


ISU UNDI DAP HARAM:

Dalam kemelut isu hudud.. isu haram undi DAP isu berdosa undi DAP, tak boleh undi Pakatan Rakyat..MCA terang2 bantah HUDUD..


Dr MAZA secara halus menyindir Kerajaan BN....

Dalam satu kenyataan beliau melalui akaun twitternya...
beliau mengatakan kalaulah menghukumkan memberi undi kepada wakil rakyat "non Muslim" itu sebagai haram, maka memberikan mereka jawatan menteri atau timbalan menteri lebihlah lagi haram....





SEBARKAN!!!! 


Kedahkini

Read more ...

KEJAMNYA UMNO!!! Cukur jambul anak dengan Nik Aziz pun UMNO pecat



Kesalahannya hanya sedikit sahaja kerana membawa anaknya cukur jambul dengan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz seorang pegawai di ibu pejabat Umno dipecat dari jawatannya. Begitulah kekejaman Umno di atas muka bumi ini.

Kejadian ini berlaku penghujung bulan lepas. Pegawai berkenaan yang dikatakan seorang dedikasi tidak pun diberi peluang untuk membela diri atau menjelaskan kenapa beliau membawa anaknya bercukur jambul dengan Nik Aziz.



Inilah gambar menyebabkan pegawai berkenaan dipecat.
Ekoran tindakan itu pegawai berkenaan yang sudah berkhidmat bertahun-tahun dengan ibu pejabat Umno kehilangan kerja.

Tindakan memecat kaki tangan tanpa kesalahan fatal menjelaskan kerakusan dan kezaliman parti berfahaman kebangsaan itu. Tindakan ini jelas berbeza dengan cara Pas menangani masalah perbezaan fahaman politik.

Misalnya di Kuala Krai salah seorang pengerusi Ladang Rakyat yang menyokong salah seorang bakal calon Umno tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Perbuatan pengerusi Ladang Rakyat itu bukan secara senyap tetapi terang-terangan yang sepatutnya sudah dipecat kerana membantu bakal calon lawan.

Umno perlu memperbetulkan tindakan rakus seperti ini untuk mengelakkan ianya dianggap zalim. Apalah salahnya kalau pegawai berkenaan membawa anaknya cukur jambul. Mungkin dia berbuat demikian kerana di dalam Umno tidak ada mana-mana tokoh yang pandai dan arif dengan budaya cukur jambul.

Jamil Bahrom walaupun menteri agama tetapi jarang nampak dia mencukur jambul budak sebaliknya jambul beliau yang terlihat apabila beliau terlupa memakai songkong.

Khabarnya tindakan ke atas pegawai ini dilakukan selepas sebuah blog liar pro Umno menyiarkan gambar pegawai berkenaan yang sedang mencukur jambul anaknya dengan Nik Aziz. Umno oh Umno!

Mohd Sayuti Omar

Read more ...