Sunday, October 16, 2011

FITNAH TERHADAP ANAK GUAN ENG!!! Tapi gambar ini bukan fitnah namanya

Heboh dan kecoh dilaman-laman blog pro UMNO mencerita kisah anak KM Pulau Pinang dengan kes cabul,,,,, jadi tak salah aku pun nak tumpang siar juga.... moga-moga ada kesamarataan.....

.Anak lelaki hasil dari ibu dan bapanya yang hebat......takziah buat melayu UMNO..MANJUNGMARI
Sumber gambar : unwanted86
.

Read more ...

AMBIL KO MAHATHIR!!! Pandai-pandai tuduh orang kurang ajar

Pakar perlembagaan negara, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, hari ini, menempelak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membidasnya kerana mendakwa tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah adalah perlakuan kurang ajar.

NONE“Kata Mahathir saya bersifat kurang ajar, tidak bermoral terhadap raja-raja. Adakah beliau betul?

“Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 19993,” kata Aziz dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Sebagai mengimbas semula, kenyataan Aziz yang bertajuk “Ehhh….look who’s talking?” menceritakan bagaimana pada 1983, Mahathir meminda perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, kuasa menggistiyharkan darurat juga dipindahkan daripada Seri Paduka kepada Perdana Menteri. Semua pindaan itu mencetuskan krisis, katanya.

mahathir at global leadership forum 070905 talkingMenurut Aziz lagi, pada 1993, Dr Mahathir juga melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas.

“Semua pindaan itu juga menimbulkan krisis.

“Dalam kedua-dua peristiwa itu, beliau juga menganjurkan perhimpunan di seluruh negara bagi membidas raja-raja (agar rakyat bangkit menyokongnya),” katanya.

Dr Mahathir selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-11 Universiti Teknologi Petronas (UTP), di Parit, semalam dilaporkan berkata tindakan Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar.

Ahkbar milik Umno, Utusan Malaysia juga memetik mantan perdana menteri itu berkata, walaupun ia mungkin tidak menyalahi undang-undang, tindakan Aziz yang enggan meminta maaf atas kesilapannya itu jelas bertentangan dengan prinsip moral.

“Kalau dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar,” kata Mahathir.

Bagaimanapun menurut Aziz, terpulang kepada rakyat menentukan siapa sebenarnya yang bersikap kurang ajar kepada raja-raja Melayu kerana umum tahu pendirian Dr Mahathir dan Umno yang seringkali tidak tetap dan akan memihak kepada keputusan yang menguntungkan mereka.

“Dua tahun lalu, dia (Dr Mahathir) kata OK bagi pihak Istana menyingkirkan (Menteri Besar Perak Datuk Seri) Nizar (Jamalauddin).

“Dan awal tahun ini pula, beliau berkata dirinya tidak pernah merampas kuasa sultan dalam pelantikan SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) Selangor (selepas Sultan bertitah baginda tidak lagi mempunyai kuasa melantik SUK).”

Pada 11 Oktober lalu, kenyataan Aziz yang berkata tindakan Sultan Selangor untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim mencetuskan kontroversi.

Katanya, tindakan Sultan Selangor itu tidak konsisten dan tidak selaras dengan ajaran Islam.

Berikutan itu, pemimpin BN, khususnya Umno dan media-media miliknya memperhebatkan bidasan mendesak Aziz memohon maaf dan dikenakan pelbagai tindakan kerana didakwa biadap dan derhaka kepada institusi raja-raja.

Read more ...

NAK BODEK PUN HORMAT LA KAT ORANG LAIN!!! ADUN PR tidak dihormati , pemimpin UMNO disanjung-sanjung

Amat memalukan sebagai seorang Prof. Madya merangkap YDP PIBG di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang serta Pengetuanya tidak menghormati tetamu.

Mana mungkin seorang Timbalan Ketua Umno Bahagian Serdang di'layan' hingga mengenepikan seorang ADUN.

Apa kes brother dan Mak Cik Pengetua?

Kalau sudah pasang niat nak menegakkan 'tripod', tak payahlah nak bermuka-muka dengan ADUN Bangi tu yang pada mulanya disuruh duduk di meja VIP tetapi dek penakut, pengecut.....bacul.....calon pembodek nombor satu Selangor....dengan tanpa adab menyuruh ADUN Bangi itu berpindah tempat...ok that' fine, orang PAS tak kelapaq nak duduk dengan VIP lain konon tapi sekurang-kurangnya dalam ucapan mereka, addresslah sikit akan kehadiran ADUN Bangi tu.

Saya sepatutnya hadir sama dalam Majlis Makan Malam di Sekolah itu malam tadi tetapi dek kaki bengkak maka tak dapalah hadir. Rupanya ada hikmah di situ, kalau tidak nak rasanya beri perli 'maut' kaw kaw pada 'maknyah' dan Pengetua tu.

al-brangionline:

Masih ada lagi 'kaki' jenis penakut pada Umno......akai mana letak


Untuk dapat gambaran yang lebih jelas akan keadaan sebenar sila baca di bawah :


Ma`had Hamidiah, Kajang 17 Zulkaedah = 15 Oktober (Sabtu):

Kehadiran Adun pada Majlis Makan Malam Ma`had Hamidiah pada malam ini atas permohonan Sekolah supaya Adun membeli meja bagi mengumpul dana Sekolah tersebut.

Selama ini apa juga permohonan, derma dan sumbangan yang diminta kepada Adun oleh Sekolah tidak pernah Adun hampakan.

Penerimaan Sekolah terhadap kami selama ini adalah baik sebagai biasa, Ma`had Hamidiah bukan asing bagi Adun, bahkan jauh sebelum menjadi Adun, Adun pernah menjadi AJK PIBG Sekolah semasa Sekolah ini berdekatan dengan Masjid Kajang, bahkan menjadi AJK PIBG (sebagai bapa bagi anak yang lain) bila Ma`had pindah ke Sekolah sekarang.

Sebelum kehadiran pada malam ini pihak Sekolah menghubungi Adun sama ada akan hadir atau tidak. Adun menjawab, ``Insya Allah akan hadir` dan membeli sebuah meja bagi 10 orang. Pihak Sekolah berjanji kehadiran Adun akan diletakkan bersama VIP (bukan atas permintaan Adun).

Dengan jangkaan sebagaimana kehadiran sebelum ini, Adun hadir pada malam ini bersama-sama 8 ahli yang lain bagi sebuah meja (10 orang). Kehadiran Adun sebagaimana dijanjikan akan diletekkan bersama VIP.

Sememangnya bila sampai di bawa ke meja VIP, manakala yang lain – termasuk isteri Adun ke meja yang ditempah – seramai lapan orang.

Tetapi selepas duduk selama lima minit, Adun diminta oleh perai tetamu sambil meminta maaf Adun diminta berpindah ke bahagian tengah bersama dengan ahli-ahli yang sama hadir bersama Adun.

Sebagai tamu seharusnya patuh kepada kehendak tuan rumah, maka Adun berpindah dan duduk di meja bersama isteri dan ahli-ahli yang datang bersama.

Setelah duduk dan meneliti kertas aturcara, Adun lebih faham, dengan terteranya Tetamu Kehormat pada malam ini ialah Mej.(B) Abdul Rahim Mohd Amin, Timbalan Ketua Bahagian Umno Serdang.

Dalam ucapan YDP, PIBG Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Hamat dan ucapan Pengetua Hajah Wan Rohayah Binti Wan Yaacob tidak sedikit pun menyebut kehadiran Adun Bangi, sebaliknya alu-aluan dan penghormatan kepada Timbalan Ketua Bahagian Umno Serdang dan Ketua JKKKP Sungai Ramal Luar Cikgu Abdul Aziz.

Pengarah Hal Ehwal Agama dari Kementerian Pelajaran juga disebut bila beliau datang agak lewat.

Perasmi pada malam itu disebut secara terang Mej (B) Abdul Rahim Mohd Amin selaku Timbalan Ketua Bahagian Umno Serdang yang juga menyampaikan salam Dato` Fathil bin Daud Selaku Ketua Bahagian Umno Serdang, kepada hadirin kerana beliau tidak dapat hadir pada malam ini.

Walau bagaimana agak mengejutkan dalam usaha pihak penganjur menyembunyikan kehadiran Adun kepada ibu bapa dan hadirin, tiba-tiba Mej (B) pada permulaan ucapan menyebut kehadiran Adun Bangi.

Ini tentu mengejutkan YDP – PIBG dan Pengetua. Walau bagaimana dalam acara seterusnya tiada disebut nama atau kehadiran Adun.

Walau bagaimana perubahan pendirian pihak berkuasa Sekolah - Adun fikir tidak melibatkan guru-guru dan pelajar-pelajar yang selama ini mesra dengan Adun dalam majlis-majlis yang Adun hadir ke Sekolah, adalah kesan dari tekanan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hadir ke kawasan Dun Bangi dua kali pada bulan Oktober baru-baru ini dan Pengetua-Pengetua dan Guru-Guru Besar dihimpun dan diberi taklimat oleh Muhyiddin.

Suasana pada makan malam ini yang mana parti politik Umno ditonjol secara langsung adalah dari arahan yang diterima oleh pihak Sekolah.

Dalam kata lain guru-guru ditekan dan tertekan dengan arahan-arahan berkenaan. Sepatutnya pihak Sekolah jangan menawarkan pembelian meja kepada Adun atau beritahu saja dikehendaki jangan hadir.

Walau apa pun kita tidak mengambil hati terhadap Sekolah. Adun adalah berbangga dengan Sekolah Hamidiah yang mempunyai hubungan rapat selama ini dan Sekolah ini menjadi Sekolah kebanggaan Adun, kerana Sekolah ini merupakan antara dua buah sekolah terbaik di Malaysia dan terletak di bawah Dun Bangi.

Dua anak Adun sendiri merupakan alumni Sekolah ini. Hasil dari didikan di Sekolah ini mereka menyambung pelajaran dan berkhidmat dalam bidang-bidang professional sebagai Specialist Dr. Perubatan dan Peguam.

Tanpa sebarang prajudis dan menganggap pihak pentadbir Sekolah berada di dalam keadaan tertekan, Adun mengucapkan tahniah dengan pencapaian Sekolah sebagai Sekolah Klaster Cemerlang (Pencapaian selepas kehadiran Muhyiddin). Sekolah ini sama memberi saham dalam memprojekkan Bangi Bandar Ilmu.

Adun, isteri dan ahli-ahli yang hadir bersama Adun, beredar lebih awal sebaik selesai makan, walaupun kami mengganggap kami keluar lebih awal, tetapi kami agak terkejut bila tiba ke tempat parking, kereta-kereta yang banyak parking bersama tempat parking Adun, kelihatan lengang dan sudah tiada.

Rupanya ramai sudah pulang lebih awal dari Adun. Pada pendapat Adun ramai ibu bapa tidak senang dengan situasi yang berlaku di dalam majlis, sebab itu mereka pulang awal.

Keadaan normal dapat dipelihara jika pihak PIBG dan Sekolah bersifat professional. Ibu bapa lebih merasa senang jika pihak Pengarah Hal Ehwal Agama dari Kementerian Pelajaran diberi penghormatan sebagai Perasmi dan bukannya Timbalan Ketua Umno Bahagian Serdang !

Sekian.

Blog ADUN Bangi

Read more ...

TAK SEDAQ DIRI!!! Mahathir kata Aziz Bari kurang ajar sedangkan DIA yang kurang ajar

Enggan minta maaf tindakan ‘kurang ajar’: Tun Dr Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula menyifatkan kenyataan Profesor Dr Abdul Aziz Bari berhubung titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini “sebagai kurang ajar.”

Beliau berkata, kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu bertentangan dengan moral masyarakat timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam budaya Melayu.

“Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar,” kata beliau dipetik Bernama hari ini.

Penyampai : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk : SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993

Lokasi : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR

Tarikh : 18-01-1993

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.

2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.

3. Sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.

4. Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh.

5. Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana keMelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali.PKB

Baca seterusnya disini


Read more ...

RM 9.4 BILION!!! Hutang Pusat kepada Kelantan, itu pun berlagak dengan Bajet Hutang 2012

Pusat hutang RM9.4b: Husam

KOTA BHARU–Putrajaya perlu men­jelaskan hutang tertunggak RM9.4 bilion kepada Kelantan, mencakupi hasil royalti minyak dan pampasan tanah yang diambil untuk dijadikan kawasan Taman Negara.


Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata, anggaran hutang merangkumi RM7 bilion bagi hasil royalti minyak dan RM2.4 bilion bagi pampasan kawasan Taman Negara.


"Jumlah itu besar dan Kerajaan Pusat sepatutnya bertanggungjawab dengan perkara ini," katanya semasa menjadi berucap di Majlis Forum Rakyat di Balai Islam di sini, yang turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.


Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, tuntutan di Taman Negara melibatkan kawasan 1,043 kilometer persegi termasuk kawasan hutan.


"Berdasarkan kajian awal tuntutan itu ada asas, berikutan kerajaan kehilangan nilai sewa ekonomi terlepas kerana hutan balak daripada hutan kekal tidak dibenarkan dengan nilai bersih terkini iaitu RM1.2 bilion.


"Asas kedua adalah pulangan terlepas bagi menerokai sektor perladangan kelapa sawit dengan nilai bersih terkini RM585 juta seluruh kawasan.


"Manakala, bagi komoditi getah untuk lateks dan balak pula, kerajaan kehilangan yang dianggarkan bernilai RM353 juta, manakala ladang getah hutan kini bernilai RM242 juta," katanya di hadapan 1,000 penyokong Pakatan Rakyat.SH

Read more ...

BETUL KA UMNO PP NI!!!Awat lembik sangat

Sebelum ini dok sebok 24 jam mengatakan yang Cina nak menganiyai orang melayu di Pulau Pinang..... (Tak kiralah DAP, ka MCA atau Gerakan)......

NONE

Dan yang paling sakit menusuk jiwa, PAS diperkuda oleh DAP....

Namun, disegi realitinya politik di Pulau Pinang, siapa yang dok serang pimpinan Cina negeri Pulau Pinang,,, dalam dok serang, dok menyalak marah kena Ci-a Pulau Pinang,, alih-alih UMNO tak akan tuntut jawatan KM Pulau Pinang...

Nampaknya Parti Gerakan untunglah ya,, dengan adanya anjing-anjing baka melayu membantu mereka.

Mereka tak payah nak sibuk-sibuk bertekak sesama mereka, sekadar buat lakonan Ketua Wanita Gerakan yang juga Ahli Parlimen Grik menghentam Presiden Koh Sku Koon,,

Malah mereka juga berani bersuara,, awai-awai lagi dah sebut nak kan kerusi Parlimen Taiping,, amboi hebatnya mereka,,, kenapa UMNO diam,,, tanpa jawapan,, senyap sunyi sepi (3S), bersuaralah wahai UMNO,, aku rindu dengan suara bantahan mu..... sejak bila UMNO dah mula jadi melayu pondan bila berhadapan dengan Gerakan..

Malulah sikit wahai Melayu UMNO Pulau Pinang..........ManjungMari

Read more ...

POKAI !!! Buat demo kat Alor Setar


Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Persatuan Orang Kedah Anti Inflasi atau POKAI hari ini mengadakan demostrasi aman bagi menggesa kerajaan memantau harga barang yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Seorang anggota kumpulan itu, Mohd Azizi Abdullah, 35, berkata kenaikan harga barang sejak akhir-akhir ini seperti ayam, sayur, cili merah dan bawang dilihat sangat keterlaluan dan menindas masyarakat terutamanya di luar bandar.


"Masyarakat di kawasan ini (Kuala Kedah) hanya bekerja sebagai nelayan dan petani. Jadi kenaikan harga barang amat dirasai dan membebankan kami.


"Kami harap kerajaan dapat terus memantau harga barang bukan sahaja semasa musim perayaan tetapi hari-hari lain juga perlu dipantau," katanya selepas mengadakan demostrasi aman anti inflasi berhampiran Pasar Besar Alor Setar hari ini.


Mohd Azizi berkata walaupun harga minyak turun sedikit tetapi harga barang-barang lain terus meningkat dan membebankan rakyat.


"Kami bukannya bergaji besar. Walaupun kenaikan harga sesetengah barang itu sedikit, tetapi ia tetap dirasai," katanya.


(Petikan Bernama)


Kedah La

Read more ...

BAJET HUTANG !!! Najib dah kantoi


Memang sah Bajet 2012 Najib penuh dengan unsur-unsur penipuan


Sudahlah Dewan Rakyat bersidang dalam keadaan laporan Ketua Audit Negara disorokkan walhal dah lama siap kata ketuanya Ambrin Buang, sekarang satu lagi tembelang Najib dikantoikan


Kunun nak kawal spekulasi harga rumah, tapi sebenarnya menipu rakyat yang nakkan rumah dan bukannya yang jual beli rumah nak buat untung


Sebab tu kadar pinjaman rumah yang dibenarkan naik dari RM220 ribu jadi RM400 ribu


Maknanya jika kadar faedah (bunga) sekitar 4.75 peratus pun dengan BLR sekarang 6.3 peratus, untuk beli rumah yang harganya RM400 ribu, pembeli kena bayar sampai RM2,086 sebulan sampai 30 tahun


Syarat bank pulak, kalau pendapatan kurang 1/3 dari bayaran bulanan, bank tak boleh bagi pembeli beli rumah


Sudahlah kena bayar deposit 10 peratus, mana nak cekau


Jadi macam mana nak beli rumah kalau gaji pun setakat RM3,000


Siapa yang ada duit boleh la buat pembelian spekulatif yang memang sengaja buat untung naikkan harga masa rumah tengah buat dalam 2-3 tahun


Maknanya tak ada pembeli golongan sederhana dan rendah yang mampu beli rumah sebab Najib buat dasar macam tu


Nampak tak Najib menipu 1Malaysia


Kalau tak paham jugak cuba tanya orang jual rumah berapa harga rumah sekarang, gila ke tak


JALAN PULANG



Persatuan Pembeli-pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) mendakwa perdana menteri telah bertindak dengan “tidak bijak” dalam soal pelaksanaan cukai keuntungan hartanah (RPGT) memandangkan kadar baru yang diumumkan menerusi Bajet 2012 itu hanya akan menyebabkan harga hartanah terus naik.

Setiausaha Agung HBA Chang Kim Loong berkata, ini kerana kadar yang telah dikaji semula itu hanya mempunyai impak kecil ke atas spekulator jangka pendek yang mengharapkan keuntungan, sebaliknya akan mengakibatkan kenaikan dalam pelaburan hartanah bersifat spekulatif.

Katanya, Persatuan Pemaju-pemaju Hartanah (Redha) menyambut baik kenaikan RPGT daripada lima kepada 10 peratus bagi rumah-rumah yang dijual dalam tempoh dua tahun selepas dibeli,
tetapi menegaskan pendekatan baru ini tidak bermakna ke atas spekulator jangka pendek yang mahu mendapatkan keuntungan.

Chang memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah betul dalam memastikan setiap rakyat boleh memiliki rumah, tetapi kelihatan beliau juga mendengar input daripada kumpulan-kumpulan perniagaan yang mempunyai kepentinagn dan agenda sendiri.


Dalam satu kenyataan kepada media semalam, kata Chang, adalah sesuatu yang malang apabila perdana menteri tidak diberi nasihat yang betul mengenai situasi yang sebenar.


“Justeru kata beliau, rakyat pula boleh menjangkakan kenaikan dalam pelaburan hartanah spekulatif, yang akhirnya akan menaikkan lagi harga.


Chang berkata hartanah biasanya tidak dibenar untuk dijual ketika masih dibina, yang mengambil masa antara dua hingga tiga tahun, dan oleh itu, menaikkan RPGT daripada lima kepada 10 peratus adalah sesuatu yang tidak bermakna.


Katanya, jika pentadbiran Najib mahu mengawal spekulasi, kadar yang diumumkannya perlu dikaji semula.


Ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kadar tetap RPGT yang rendah iaitu lima peratus didapati tidak begitu berkesan untuk membendung aktiviti spekulasi dalam pasaran hartanah yang mana jika tidak dikawal akan memberi tekanan kepada harga hartanah.


“Situasi ini dalam jangka masa panjang akan menjejaskan kemampuan golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah.


“Bagi menangani masalah ini, kerajaan mencadangkan kadar RPGT dikaji semula,” kata Najib’.


Bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan sehingga dua tahun, kadar RPGT adalah 10 peratus manakala hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun, kadar lima peratus dikekalkan.


“Bagi hartanah yang dilupuskan selepas lima tahun pula, RPGT tidak dikenakan. Saya yakin, kadar RPGT yang masih rendah ini tidak menjejaskan pemilik hartanah tulin dan sekali gus dapat mengawal aktiviti spekulasi dalam sektor hartanah,” katanya.


Semalam, Najib melancarkan eksesais pengundian pertama Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Kompleks Kejiranan, Precinct 11, Putrajaya.


Sejumlah 560 unit rumah mampu milik telah mencatatkan lebihan langganan 13 kali dengan lebih 7,000 permohonan diterima, yang mana 84 peratus ialah pembeli rumah kali pertama.

Read more ...

BOLEH MAIN DENGAN UMNO!!! Lampu jalan pun nak rasmi

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/306374_151488558281016_100002596173017_235098_2141102674_n.jpg

N'N:Tu dia hebatnya UMNO sampai lampu jalan pun nak digembar-gemburkan....Kalau zaman pasca Merdeka mungkinlah lampu jalan itu sesuatu yang besar tapi selepas 54 tahun mentadbir Malaysia pun masih mahu berkata kepada seluruh dunia "Lihatlah UMNO beri lampu jalan, hebatnya UMNO memberi lampu jalan"..wei boleh jalanlah...........

Read more ...

ZUL KULIM JANGAN LARI!! Aziz Bari sedia berdebat bila-bila masa

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/aziz-bari-july29.jpgKUALA LUMPUR, 16 Okt — Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata beliau sedang mengkaji dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan media lain yang menurut beliau telah memutar belit kenyataannya tentang titah Sultan Selangor mengenai isu Gereja Methodist Damansara Utama.

Kata pakar perlembagaan ini, pihak-pihak terbabit sepatutnya mengulas dan menganalisis pendapat beliau, bukannya menuduh “derhaka” dan meminta pengurusan Universiti Islam Antabangsa (UIA) mengambil tindakan ke atasnya.

“Saya tidak pernah menafikan kuasa Sultan sebagai ketua agama; malah saya akui kuasa itu. Saya hanya komen bagaimana kuasa itu digunakan,” kata pensyarah UIA ini dalam satu kenyataan hari ini.

Aziz berkata di bawah undang-undang Malaysia tidak ada konsep derhaka atau kurang ajar.

“Hanya Thailand yang mempunyai undang-undang ‘lese majeste’ yakni undang-undang yang menghukum mereka yang menghina raja,” katanya.

“Tuduhan derhaka dan kurang ajar itu mahu memprovokasi masyarakat supaya membenci saya. Mereka juga putar belit kenyataan saya kononnya saya enggan minta maaf,” kata beliau lagi.

“Apa salah saya? Dengan siapa saya hendak mohon maaf? Saya hanya beri komen tentang satu perkara yang dalam bidang kajian dan pengetahuan saya,” kata beliau sambil menambah, “menuduh saya derhaka tentunya tidak logik kerana saya telah banyak menulis mengenai raja berperlembagaan di Malaysia.”

“Tesis PhD saya berjudul The Development and Role of Constitutional Monarchy yang dikemukakan kepada Universiti Birmingham, England menghurai pelbagai kuasa raja termasuk dalam aspek agama.

“Saya kemudian menerbitkan buku bertajuk Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan Di Sisi Perlembagaan pada 2002 yang dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Saya juga menulis satu-satunya huraian mengenai kuasa agama raja-raja dalam buku saya Islam dalam Perlembagaan Malaysia (2005),” katanya lagi.

Oleh itu soal beliau, “logikkah saya, dengan tulisan yang begitu banyak, hendak derhaka dan biadab kepada raja-raja?”

Sambil menegaskan beliau telah memulakan kajian ini sejak 1991, Aziz menambah, “orang-orang seperti Senator Ezam (Mohd Nor), (Pengerusi Pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor) Hamidzun Kamarudin dan (Ahli Parlimen) Datuk Zulkifli Noordin elok duduk dan baca buku.”

“Jangan mengarut dan menyesatkan orang lain,” katanya lagi.

Aziz juga berkata beliau difahamkan sebuah stesen webTV hendak menganjurkan debat antara saya dengan Zulkifli dan beliau bersedia bila-bila masa.

“Saya harap Zul jangan lari dan jangan hanya berani dalam Parlimen sahaja. Dia cabar saya supaya berhenti UIA dan masuk politik.

“Saya tak minat politik. Saya hanya mahu berkongsi dengan masyarakat apa yang saya kaji selama ini,” katanya.

Baru-baru inini, Ezam menggesa agar portal berita MalaysiaKini dan Aziz disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 atas alasan mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama.

“Aziz Bari telah berlaku biadap dan derhaka kepada Institusi Raja Melayu dengan menghasut orang ramai untuk membenci institusi Raja-raja Melayu.

“Kenyataan Aziz ini dikeluarkan oleh laman portal MalaysiaKini,” kata Ezam selepas membuat laporan polis di Shah Alam.

Katanya, Aziz dan MalaysiaKini menunjukkan sikap biadap, kurang ajar, dan melampaui batas yang dipercayainya perbuatan terancang dan mempunyai agenda jahat disebaliknya.

Aziz dipetik berkata tindakan Sultan Selangor untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Beberapa Ahli Parlimen membidas Aziz kerana kenyataannya.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, pensyarah UIA itu wajar dikenakan tindakan kerana kenyataannya seolah-olah tidak menghormati sultan sebagai ketua agama Islam.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mencelah perbahasan Bung Moktar turut bersetuju bahawa tindakan perlu dikenakan terhadap Aziz kerana menyifatkan banyak kenyataan dan tulisan pensyarah itu mengelirukan rakyat selain bersifat partisan.

Pandangan sama dikongsi Zulkifli, wakil rakyat Kulim-Bandar Baru, yang secara sinis menyifatkan tindakan itu tidak seharusnya dilakukan oleh seorang yang menggelarkan dirinya sebagai “pakar perlembagaan”, kerana menurutnya kuasa sultan dalam hal telah jelas termaktub mengikut Artikel 47 dan 48 Perlembagaan Persekutuan.

Ruangan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, akhbar keluaran Utusan Malaysia hari ini berkata, pihaknya tidak terkejut dengan kenyataan Aziz mempersoalkan titah peringatan Sultan Selangor berhubung isu cubaan memurtadkan orang Islam.

“Ramai tahu siapa sebenarnya Abdul Aziz. Awang bukan mahu membuat tuduhan liar tetapi ia sudah menjadi rahsia terbuka sebagaimana yang didedahkan oleh Zulkifli Noordin.

“Kecenderungan politiknya kepada pembangkang cukup jelas. Pensyarah hebat seperti Aziz akan selalu mencari kewajaran untuk menjayakan misi politiknya,” kata ruangan itu hari ini.

Read more ...