MELAKA: Lima PAS kawasan di negeri ini selesai
mengadakan mesyuarat agung masing-masing iaitu PAS Kawasan Bukit Katil,
Kota Melaka, Jasin, Masjid Tanah dan Tangga Batu, manakala PAS Kawasan
Alor Gajah akan mengadakan mesyuarat agung pada 5 Oktober depan.
Empat daripada lima kawasan yang bermesyuarat agung mengekalkan Yang Dipertua (YDP) masing-masing membabitkan tiga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri iaitu Ustaz Kamaruddin Sidek (Jasin), Ustaz Mohd Nor Omar (Tangga Batu) dan Mohd Sofi Abdul Wahab (Bukit Katil).
Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Harun Mohammed (atas) kekal sebagai YDP PAS Kota Melaka. Kesemua mereka dipilih tanpa bertanding.
PAS Kawasan Masjid Tanah mendapat YDP baru apabila Ustaz Imran Abdul Imran dilantik menggantikan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman yang uzur.
Ustaz Imran yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua sesi lalu dilantik tanpa sebarang pertandingan.
Di Jasin, Timbalan dan Naib Yang Dipertua sesi lalu, Yuhaizad Abdullah dan Azrin Majid dipilih dengan mengenepikan saingan mereka dalam pertandingan satu lawan satu.
Read more ...

Ustaz Sharir Long dilantik Ketua Penerangan PAS Kawasan Sungai Petani yang baru dalam mesyuarat kali pertama Jawatankuasa sesi 2013-2015 PAS Kawasan sungai Petani malam tadi.

PAS Kawasan Bukit Katil mengekalkan tradisi keharmonian pada
pemilihannya apabila semua jawatan utama dimenangi tanpa bertanding.
Hanya jawatan AJK sahaja yang dipertandingkan.

KUALA KANGSAR : Dr Raja Ahmad Iskandar kekal menjadi YDP PAS Kuala Kangsar apabila diisytiharkan menang tanpa bertanding setelah mendapat 26
pencalonan daripada 26 cawangan. 

PAS Besut mencalonkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd
Amar Nik Abdullah untuk mencabar penyandang jawatan timbalan presiden
Mohamad Sabu (gambar) dalam pemilihan parti itu tidak lama lagi.