Saturday, October 13, 2012

RM 10.4 BILION!!! Pusat terhutang dengan Kelantan


BACHOK: Kerajaan pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) kini terhutang dengan kerajaan Kelantan lebih RM10.43 bilion apabila gagal menjelaskan bayaran royalti 5 peratus terhadap hasil petroleum dicari gali di perairan negeri ini.

Ini adalah sejarah baru yang dicatat ketika negeri-negeri lain di Malaysia menambah jumlah hutang dengan kerajaan pusat sehingga ada yang melebihi RM1 bilion.

Presiden Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti – R), Nazri Deraman berkata, rakyat Kelantan dizalimi sejak 2004 sehingga sekarang apabila hak ke atas royalti dinafikan.

“Sedangkan dalam perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1975 begitu jelas di mana bayaran tunai perlu dibayar kepada negeri yang mengeluarkan minyak.

“Apabila perjanjian tidak dipatuhi tidakkah itu menggambarkan seperti sifat orang Yahudi yang memungkiri janji,” katanya pada ceramah mega R bersama Angkatan Amanah Merdeka di Padang Kemahkotaan di sini malam tadi.

Hadir sama Pengerusi Amanah Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus dan wakil-wakil rakyat.

Orang ramai memenuhi padang tersebut bagi mengikuti pendedahan pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah mengenai tuntutan Kelantan ke atas royalti minyak, namun beliau tidak dapat hadir kerana bertembung dengan program lain.

Begitu juga anggota Exco kerajaan negeri,Datuk Husam Musa memberi ucapan secara langsung dari Kuala Lumpur melalui internet kerana menghadiri program lain di ibu negara.

Ramai yang hadir kalangan anak-anak muda yang memakai t-shirt bertulis R.

Nazri juga berkata, kerajaan BN menafikan hak ke atas royalty dan menggantikan dengan wang ihsan disalur melalui pemimpin Umno yang menguasai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

“Saya difahamkan lebih RM100 juta disalurkan melalui JPP melalui jawatankuasa yang dipengerusikan Ketua Umno Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

“Kita tidak tahu ke mana wang tersebut dibelanjakan kerana tidak pernah diauditkan. R telah menghantar surat memohon mendapat penjelasan mengenai wang ihsan, namun tidak dijawab sehingga sekarang,” katanya.

Husam berkata, Kelantan sepatutnya lebih pesat membangun berbanding Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mempunyai hasil petroleum. Namun apa yang berlaku sekarang Kelantan hanya menghirup kuah selepas isi diambil pihak lain.

“Sedangkan Allah anugerahkan bumi Kelantan dengan kekayaan sumber minyak dan gas,” ujarnya.

Dr Zayadi berkata, sepatutnya Bachok sudah lama berubah kerana kedudukannya paling hampir dengan  telaga minyak iaitu kira-kira 140 batu nautika.

R jelajah utara

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, R dan Sekretariat Mahasiswa Kelantan Utara R (SAKU-R) menjelajah ke negeri-negeri sebelah utara semalam dengan disertai lebih 500 aktivis dengan menaiki 300 motosikal dan kereta.

Perlepasan jelajah utara itu dilakukan anggota Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar di Dataran Darulaman, Jitra kira-kira jam 10.30 pagi.

Konvoi singgah di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Sri Mentalon di Alor Setar dan diraikan Pegawai Khas Media Menteri Besar, Musaddak Ahmad.

Pada majlis tersebut R menyerahkan Plak Royalti yang ditandatangani  Sultan Muhammad V pada 5 Jun 2012 yang mengesa gas didaratkan ke Bachok kepada wakil kerajaan Kedah.

Peserta konvoi juga menunaikan solat hajat di Sri Mentalon. Pada masa sama Buletin Royalti R sebanyak 5,000 keping dan sticker R - 5,000 keping diagih kepada orang ramai.

Konvoi tersebut melalui bandar Alor Setar, Arau, Kangar dan berakhir di Kuala Perlis.

Read more ...

PANAS!!! Bekas hakim akan sertai PAS awal November ?


Semalam berlangsungnya Konvensyen Pas Melaka Kali Pertama 2012 di INB Resort, Ayer Keroh, Melaka. Program bermula jam 9.00 pagi dan tamat sekitar 3.00 petang. Addin berkesempatan menyertai konvensyen ini sehingga ke tamat program. 

Konvensyen buat julung-julung kalinya ini di rasmikan oleh Naib Presiden Pas, YB Salahuddin Ayub (MP Kubang Kerian). Konvensyen yang berlangsung secara harmoni dan suasana ukhwah ini di sertai oleh hampir semua Pas Kawasan di negeri Melaka. 

Dengan tekanan politik yang kuat dari pimpinan Umno, amat sukar Pas negeri Melaka untuk mencari lokasi yang sesuai untuk diadakan konvensyen pada kali ini.

Namun seperkara yang menarik dalam konvensyen ini ialah ucapan dari Pesuruhjaya Pas Melaka, Sdr. Adly Azhari. Beliau memaklumkan seorang bekas hakim berminat untuk menyertai Pas. Sekiranya menjadi kenyataan bekas hakim tersebut akan membuat pemgumuman rasmi seawal-awalnya November ini atau pun selewat-lewatnya awal tahun hadapan. 

Sama-samalah kita berdoa agar perkara ini menjadi kenyataan. Sekiranya menjadi kenyataan ia menjadi tamparan hebat buat Ali Rustam dan pencacai-pencacai Umno kerana Umno Melaka sekarang dikelilingi pemimpin yang 'expired' dan runtuh akhlak (baca sini).Addin

Berikut berita berkaitan dari blog YDP Pas Bukit Katil, Mutaligat :-

Read more ...

NAJIB TERDESAK!!! Melawat rumah Tun Datu Mustapha untuk redakan kemarahan bumiputera Sabah


Rupanya, muslihat Perdana Menteri Najib yang kini dalam rangka lawatan dua hari ke Sabah, yang akan melawat kediaman Allahyarham Datu Mustapha Datu Harun, yang digelar Bapa Kemerdekaan dan Bapa Pembangunan Sabah, hari ini, terbongkar.

Najib dijadual berkunjung ke kediaman Allahyarham, yang dinamakan 'Istana Tun Mustapha' pada sebelah tengah Hari selepas menyempurnakan majlis perasmian Program Jelajah Janji Ditepati di Kompleks Sukan Kudat.

Antara yang dijangka menyambut ketibaan Najib ialah anak Allahyarham iaitu Amir Kahar, yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah semasa pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi.

Lawatan Najib itu kununnya merupakan satu pengiktirafan kepada Allahyarham, seorang negarawan dan pahlawan yang banyak berjasa kepada negara serta rakyat Sabah.

Datu Mustapha merupakan Yang Dipertua Negeri Sabah pertama selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, dan Ketua Menteri Sabah ketiga (dari 1967 hingga 1975) selepas Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) memenangi pilihan raya pada tahun 1967.

Allahyarham dilahirkan di Kampung Limau-Limauan, Kudat dan ketika Perang Dunia Kedua, beliau antara pemimpin Sabah yang dikehendaki tentera Jepun kerana keberaniannya menentang penjajah itu.

Beliau merupakan pengasas kepada Usno, satu daripada parti yang berperanan penting dalam rundingan kemerdekaan Sabah daripada British, seterusnya pembentukan Malaysia pada 1963.

Pada tahun 1990, Datu Mustapha menjadi Ketua Perhubungan Umno yang pertama selepas parti itu melebarkan sayapnya ke Sabah ketika situasi politik di negeri ini tidak stabil.

Sementara itu, bekas Setiausaha Agung Usno, Onn Ariffin menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang berdisiplin tinggi, tegas dan berani.

Onn, yang merupakan antara pemimpin Usno paling rapat dengan Datu Mustapha, berkata kepimpinan berani dan tegas Allahyarham adalah hasil cabaran yang dilalui sepanjang kerjaya politiknya. 


Bagaimanapun pemerhati politik menyifatkan kunjungan Najib Altantuya sebagai bukti Umno terdesak mengekalkan sokongan Bumiputera Islam selain meredakan kemarahan bekas pemimpin Usno yang terpaksa membubarkan parti itu bagi memberi laluan kepada Umno bertapak pada 1990.


Malah semasa Datu Mustapha meninggal dunia pada 2 Januari 1995, tiada seorang pun pemimpin Umno negeri jauh sekali pusat menziarahi Allahyarham di kediamannya sebagai tanda simpati dan pernah disahkan bekas pemimpin Usno sendiri.


Ternyata kedatangan Najib hanya mahu menambah luka yang belum sembuh di hati bekas pemimpin Usno yang kini ibarat melukut di tepi gantang di negeri kelahirannya sendiri!

JALAN PULANG

Read more ...

SIASATAN DIRAJA!!! Siasat dakwaan dana asing seludup RM 40 Juta untuk UMNO


DAP menuntut sebuah suruhanjaya diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan penyeludupan dana asing oleh Umno, terutamanya berhubung "sumbangan politik" RM40 juta untuk Umno Sabah.



Pemimpin popularnya Lim Kit Siang berkata, sebagai pihak berkepentingan, Perdana Menteri Najib yang juga presiden Umno patut menubuhkan RCI menyiasat kemasukan wang dari Hong Kong itu, sekali gus membersihkan nama Malaysia dan Barisan Nasional (BN).

"Apa yang diabaikan sepenuhnya, RM40 juta itu bukan bersih tetapi wang kotor," dakwa Lim.

Dakwa Lim lagi, wang itu dibawa masuk secara tunai oleh ahli perniagaan Michael Chia sebelum beliau ditahan atas dakwaan penyeludupan dan pengubahan wang.

Najib  dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur malam tadi semalam enggan mendedahkan penyumbangnya atas alasan pembangkang juga tidak mendedahkannya.

Beliau juga mengaku sumbangan itu dibuat dengan cara yang betul.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan wang yang diseludup itu sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Ketua Menteri Musa Aman.

Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.

Siapa Penyumbang RM40 Juta Untuk Umno Sabah?


Jika wang RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah dibuat dengan cara yang betul, mengapa Perdana Menteri Najib takut mendedahkan siapa penyumbangnya, kata Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.

Ketika ditanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam tadi, Najib  mengelak dari mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta itu.

Bagi Mahfuz, antara persoalan utama berhubung sumbangan RM40 juta itu bukan sahaja siapa penyumbangnya tetapi mengapa ia disumbangkan.

"Tidak ada siapa percaya si penyumbang memberikan sumbangan kepada parti pemerintah dengan percuma begitu sahaja.

"Kalau penyumbangnya orang berniaga, semua tindakan perniagaan dibuat berdasarkan untung dan rugi sebab ia bukan badan kebajikan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil mempersoalkan keuntungan apa yang diharapkan oleh si peniaga tersebut dalam memberiikan sumbangan sebesar itu.

Sebab itulah, kata Mahfuz, isu utama berhubung sumbangan RM40 juta itu ialah kedudukan pihak yang menerima sumbangan dan pihak yang memberikan sumbangan.

"Yang menerima sumbangan ialah parti pemerintah dan tidak ada siapa pun yang percaya ia diberikan tanpa sebarang kepentingan," kata beliau.

Apa yang berlaku itu juga membuktikan penguatkuasaaan undang-undang di negara ini dibuat secara double standard dan berpilih-pilih, kata Mahfuz.

"Kalau pihak yang kerajaan Umno BN tidak suka, sudah pasti dibongkar dan diburu habis-habisan seperti yang berlaku kepada Suaram sekarang.

"Umno bukan sahaja terima wang dari luar negara malah RM40 juta itu diseludup, tetapi menteri kata dalam Parlimen kononnya tidak ada unsur rasuah," katanya.

Dalam jawapannya kepada soalan Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz berkata, "tidak ada unsur rasuah dibuktikan" di dalam kes itu.

Mahfuz juga mengecam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menimbulkan kecurigaan besar berhubung siasatannya terhadap penyeludupan wang RM40 juta itu.

Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Umno negeri, Musa Aman (gambar tengah) sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia (gambar kanan) yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta.

Bagaimanapun, SPRM membersihkan dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia.

Read more ...

INI BUKTINYA!!!UMNO kalah Melayu kuat


Pilihanraya Umum ke 11 pada tahun 2004 menyaksikan Barisan Nasional menguasai 90.4% kerusi di Dewan Rakyat. Juaranya ialah UMNO walaupun tidak dapat mencatatkan rekod seratus peratus seperti beberapa parti komponen BN yang lain.

UMNO kecundang 7 kerusi kepada PAS dan juga 1 kerusi kepada Parti Keadilan (kini PKR). UMNO juga membantu parti-parti MCA, GERAKAN dan MIC menang dibeberapa kawasan majoriti Melayu dengan menumpaskan calon-calon Melayu daripada parti Pembangkang.

Kesan daripada tindakan UMNO ini, Kerajaan yang ditubuhkan dengan penguasaan lebih 90% di Dewan Rakyat itu hanyalah mengandungi 58.1% komposisi Melayunya. Manakala wakil rakyat bukan Melayu yang menang dibawah BN berjumlah 41.9%.
 
UMNO menang 109 kerusi didalam pilihanraya tersebut tetapi seorang wakil rakyatnya bukan dari keturunan Melayu.
  Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008 menyaksikan prestasi terburuk BN dan juga UMNO. 

BN masih menubuhkan Kerajaan dengan kemenangan 140 buah kerusi tetapi keadaan semasa hari ini, kerusi BN di Parlimen adalah 137 bila UMNO kehilangan satu kerusi kepada PAS didalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dan kehilangan 2 kerusi apabila SAPP bertindak meninggalkan BN beberapa bulan selepas PRU ke 12.

Dari FB

Read more ...

ORANG MUDA TAK SOKONG!!! 50,000 Veteran UMNO P. Pinang bantu BN pada PRU13

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEq-YdDuV9Oz7nj-NX-ZcHW-6nF7KN19UKqpWe7d6XvFeQ0bVwI01m97hlfPGHZNBu-d2_-dw5xOuyyiMyzw9B-A-jE8LDHE0DOu8X8IPIb5DWfhbN6YOnC-f3AXyIbS6pCRFOSlq3Tos/s320/orgtuabodoh.jpg
BUKIT MERTAJAM: Veteran Umno Pulau Pinang akan menggerakkan lebih 50,000 anggotanya bagi membantu Barisan Nasional (BN) di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Timbalan Pengerusinya Datuk Ismail Din berkata usaha itu bagi memastikan BN merampas kembali Pulau Pinang daripada pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri Lim Guan Eng. 
"Veteran Umno adalah seperti duta kecil kepada Umno dan BN kerana kami akan berkempen dari rumah kami sendiri supaya menyokong BN. 
"Kami bekerja secara sukarela dan tekad kami hanya untuk membantu BN agar terus memerintah negara," katanya kepada pemberita selepas persidangan tahunan Veteran Umno Bahagian Permatang Pauh di sini, Sabtu.
Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid dan kira-kira 100 veteran Umno bahagian itu menghadiri persidangan berkenaan.
Ismail berkata anggota Umno tidak perlu bimbang kerana kewujudan anggota veteran adalah untuk membantu parti dan BN dan bukan merebut jawatan dalam parti itu. "Umno di Pulau Pinang ada lebih 200,000 anggota di 13 bahagian dan kehadiran kami untuk membantu parti pada PRU-13 nanti bukan untuk merebut jawatan," katanya.
Sementara itu, Abdul Jalil berkata pihaknya menyambut baik penubuhan veteran Umno di Permatang Pauh kerana ia dapat membantu jentera parti.
Katanya ini kerana kebanyakan mereka boleh bertugas sepenuh masa berbanding anggota lain yang mempunyai komitmen kerja. "Sumbangan mereka memang besar kepada parti dan saya percaya kematangan mereka dalam berpolitik dapat membantu Umno terutama di Permatang Pauh," katanya. -BERNAMA

Read more ...

3 KETUA MENTERI!!! 1 Perkahwinan, 1 Penceraian dan 1 Sumbangan


Semalam, kerajaan BN dengan bangganya mengumumkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bebas dari tuduhan skandal melibatkan wang RM40 juta kerana telah dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysa (SPRM) atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram. Adakah SPRM sudah menjalankan siasatan penuh termasuk merekodkan kenyataan Datuk Seri Musa?

Menurut jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, Peguam Negara tidak menemui apa-apa elemen rasuah dalam kes penahanan ahli perniagaan Sabah di Hong Kong ketika cuba untuk menyeludup keluar RM40 juta dalam mata wang Singapura. Nazri berkata bahawa siasatan  mendapati wang itu adalah untuk sumbangan politik kepada UMNO Sabah dan bukannya kepada Musa.


BN pasti menyangka rakyat Malaysia sebegitu bodoh jika mereka mengharapkan supaya orang ramai untuk mempercayai cerita ini dan menerima hakikat bahawa segala-galanya adalah baik kerana wang yang diseludup itu adalah untuk UMNO Sabah dan bukannya untuk Musa. Apakah syarat-syarat disebalik pemberian RM40 juta kepada UMNO Sabah dan mengapa ianya di dalam mata wang Singapura?. Sekali lagi SPRM cuba untuk menutup terang-terangan amalan politik wang oleh BN.



Anak lelaki Taib & anak lelaki Ali Rustam


Skandal penyeludupan RM40 juta ini muncul bersama dengan dua lagi skandal lain yang melibatkan dua Ketua Menteri BN yang lain. Baru-baru ini sebuah NGO Switzerland mendakwa bahawa kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud dianggarkan RM46 bilion, menjadikannya orang terkaya di Malaysia. Kekayaan keluarga Taib diikuti oleh prosiding perceraian anaknya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, di mana bekas isterinya telah mendedahkan bahawa kekayaan anak Taib ini sekurang-kurangnya RM1 bilion, dengan 110 akaun peribadi di bank-bank seluruh dunia.


Diikuti pula majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam di mana 130,000 tetamu telah diraikan dalam sambutan mewah yang memecah rekod di Malaysia. Sehingga hari ini Ali Rustam telah gagal untuk menjelaskan bagaimana dia mampu mengadakan majlis perkahwinan semewah itu. Ali Rustam mendakwa kosnya hanyalah RM600,000 dan dia tidak membayarnya kerana ditaja sepenuhnya. Adakah ini bukan politik wang jika Ali Rustam telah menerima "penajaan" untuk perkahwinan anaknya?. Pada masa akan datang, mana-mana pasangan pengantin yang hendak berkahwin harus bertanya kepada Ali Rustam untuk menaja perkahwinan mereka kerana Ali boleh dapatkan tajaan untuk anaknya.


Rakyat Malaysia tidak boleh lagi membiarkan keangkuhan yang ditunjukkan oleh pemimpin BN yang bukan sahaja mengaut kekayaan luar biasa tetapi juga menunjukkannya secara terbuka. SPRM tidak menunjukkan kredibiliti kepada rakyat Malaysia kerana hanya menjalankan siasatan bebas ke atas dakwaan perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka, Datuk Sri Mohd Ali Rustam dengan kehadiran 130,000 tetamu dan kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud sedangkan tiada tindakan diambil terhadap RM40 juta yang diberikan kepada UMNO Sabah.RAKYAT MARHAEN

Read more ...

KASIHAN HASAN ALI!!! Tiada siapa nak layan, dia bukan ahli PAS

http://1.bp.blogspot.com/-uA56B91q4rs/TvoOcq3fs2I/AAAAAAAAJbQ/ieWqAiuEN1M/s400/396471_295886700454670_194859923890682_866905_1839738226_n.jpgSHAH ALAM – “Saya tak layan Hasan Ali. Saya tak mahu komen pasal dia." Demikian menurut Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ketika diminta mengulas kenyataan terbaru, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, yang meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan tanggungjawabnya sebagai Mursyidul Am parti tersebut.

Menurut Harun, Hasan bukan lagi ahli Pas dan “dia tidak berhak” untuk bercakap mengenai apa jua hal kepimpinan dalam Pas, apatah lagi untuk meminta Nik Aziz digantikan oleh timbalannya, Datuk Dr Haron Din.


“Tak payah layan lah Hasan Ali. Dia bukan ahli Pas,” katanya lagi sambil merujuk kepada desakan Presiden Jalur Tiga (Jati) itu yang mendakwa kenyataan Nik Aziz mempertahankan kerjasama di antara Pas dan DAP sebagai “menghiris hati” ahli dan penyokong Pas.


Ekoran kenyataannya mempertahankan DAP yang disifatkannya sebagai tidak pernah mengganggu perjuangan Pas dan menegaskan kerjasama dengan parti itu amat perlu bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Nik Aziz dikecam beberapa pihak.


Hasan juga berkata, Nik Aziz “agak keterlaluan” dalam mempertahankan DAP dengan menggambarkan parti komponen Pakatan Rakyat itu tidak pernah mengganggu Pas.

Read more ...

NAJIB ADA BERANI!!! Peguam Perancis beri taklimat di parlimen, visa sudah dipohon

KUALA LUMPUR 13 Oktober: Peguam mewakili Suaram, William Bourdon dan Joseph Breham akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat berhubung perbicaraan kes rasuah Scorpene di Perancis.

Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel berkata, kedua-duanya telah memohon visa dan akan hadir sebelum sidang parlimen berakhir, November ini.

“Kita sedang merancang tarikh sesuai untuk bawa mereka beri penerangan di Parlimen. Mungkin dalam bulan November. Visa kedua-dua peguam untuk ke Malaysia telah dimohon minggu lalu.

“Kita akan bawa mereka masuk secara sah untuk beri penerangan kepada Ahli Parlimen Malaysia dan sekarang sedang cari tarikh sesuai,” ujar Cynthia.

“Kalau boleh kita tak nak buat penerangan di Singapura. Itu hanya pilihan terakhir,” katanya kepada keadilan daily

Menurut Cynthia, kemasukan itu dibuat mengikut prosedur selepas Wisma Putra dan Jabatan Imigresen sebelum ini mengguna alasan untuk mengusir Bourdon atas alasan menyalahguna pas lawatan.

“Jadi kali ini kita mohon secara betul mengikut prosedur.

“Kita bawa masuk mereka kali ini secara sah dan harap kerajaan beri kerjasama. Wisma Putra tak perlu beri alasan untuk halang peguam jumpa klien (Suaram),” tegas Cynthia.

Read more ...