Friday, February 18, 2011

Video : Zaman BN hanya tabur janji, PR perintah baru kami merasa



Nasib Keluarga Melayu Di Gombak Setia Terbela

LAPORAN KHAS:
Setelah lebih sedekat menanti pembelaan nasib mereka, ratusan keluarga Melayu di Kampung Gombak Setia bakal menarik nafas lega pada 19 Februari nanti.

Ini berikutan kesedian kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor untuk membantu tawaran pengurangan premium tanah serendah RM1.50 sekaki persegi berbanding RM2.50 terdahulu.

Perkara ini diumumkan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali setelah mengambil kira beban terpaksa ditanggung oleh penduduk yang rata-rata telah menetap di kawasan itu sejak sebelum merdeka.

Keputusan tersebut mendapat persetujuan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini.

Susulan reaksi itu, krew Tv Selangor meluangkan masa membuat tinjauan keluarga yang terlibat minggu lalu.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Gombak Setia (PKGS), Harun Abdul Rahman yang ditemuramah berkata permohonan yang dibuat menerusi ahli parlimen itu hanya mengambil masa kurang daripada dua tahun untuk diselesaikan.

Ini menurutnya, Azmin jauh lebih efisien daripada wakil rakyat Umno-Barisan Nasional (BN) terdahulu yang memakan masa bertahun-tahun namun tidak menghampiri jalan penyelesaian.

"Jadi Alhamdulillah usaha yang dibuat YB Azmin saya kira dalam masa setahun lebih permohonan kita untuk pengurangan premium. Asalnya premium RM2.50 sekaki persegi. Dalam permohonan kita minta sekurang-kurangnya RM1.50 sekaki. Tapi apabila saya dimaklumkan YB Azmin bahawa MB telah memberi keputusan di luar jangkaan. Jumlahnya kita tidak tahu," ujar beliau.

Jelas Harun lagi, sebelum ini permohonan turut dibuat menerusi wakil rakyat Umno-BN, Datin Paduka Rakibah Manap daripada tahun 1994 hingga 1999 namun usaha yang ditunjukkan beliau hanya sambil lewa serta tidak begitu serius.

Justeru wujud pelbagai masalah dari aspek penyelarasan harga tanah sehingga mengheret masyarakat setempat.

Beliau menambah, jurang perbezaan nilai harga premium yang ditawarkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim jauh berbeza.

"Saya bagi pihak penduduk Gombak Setia merakamkan ucapan terima kasih kepada MB, Tan Sri Khalid dan yang mengusahakan perkara ini ialah YB Azmin. Saya rasa apa yang dibuat oleh beliau adalah satu langkah yang amat saya hargai sebab sebelum ini memang permohonan kita dibuat sambil lewa sahaja. Maknanya tiada seorang pun ADUN atau wakil rakyat sejak daripada 1994 yang begitu serius untuk membuat kerja-kerja ini.

"Dulu ada yang perlu bayar sehingga RM30 ribu. Tapi dengan adanya kelulusan daripada Tan Sri saya rasa tiga suku daripada jumlah itu berkurang," kata Harun lagi.

Justeru beliau turut menyatakan rasa kecewa terhadap pentadbiran Umno-BN terdahulu yang kurang mengambil berat kepentingan rakyat walaupun pernah menganggotai parti itu.

Tv Selangor juga difahamkan antara perkara utama lain yang dituntut penduduk Kampung Gombak Setia sejak tahun 90-an adalah hak milik kekal tanah penempatan majoriti penduduk Melayu di situ.

Sejak tahun 1994, PKGS mewakili penduduk Gombak Setia membuat permohonan hak milik kekal berdasarkan pegangan pajakan 60 tahun.

Sejurus itu, pada 12 September 1994 satu memorandum telah dikemukakan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhamaad Taib ketika itu dan seterusnya pajakan dilanjutkan kepada 99 tahun.

Penduduk yang kurang berpuas hati dengan keputusan itu tetap meneruskan usaha menuntut hak mereka.

Harun yang menjelaskan perkara itu berkata, penyelesaian akan dicapai namun secara berperingkat selain menyarankan kepada penduduk untuk menerima harga premium tanah yang ditawarkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor nanti.

Kemudian isu hak milik kekal akan diusulkan semula kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kalau mengikut pengiraan kita, geran-geran ini akan tamat pada 2018. Ada juga kes yang telah tamat pada 2010. Tapi apabila YB Azmin membuat permohonan dan merujuk balik perkara ini dan berbincang dengan MB, Tan Sri Khalid dan pejabat tanah. Jadi YB Azmin beritahu kepada penduduk buat masa sekarang ini jangan buat apa-apa lagi. Beliau turut memberitahu pejabat tanah sekiranya terdapat permohonan mengenai perkara itu ditanggungkan dahulu sampai perkara ini selesai.

"Tapi alhamdulillah peringkat pertama ini, YB Azmin dah berbincang dengan kita supaya kita terima dulu premium ini dan (hak milik kekal) akan kita susul balik.

Percaya Pendekatan Pakatan Rakyat

Menurut Harun, segelintir masyarakat yang sebelum ini skeptikal dengan cara pengurusan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor telah mula mempercayai pendekatan yang dilaksanakan.

"Seperti yang saya katakan tadi, kita berusaha tapi tidak ada respon yang serius daripada mereka berbanding apa yang dibuat oleh YB Azmin. Saya cukup hormat dengan dia. Cara beliau buat kerja itu dan saya difahamkan beliau sendiri yang berjumpa dengan pegawai daerah berkenaan untuk mencari jalan menyelesaikan masalah di Gombak Setia," katanya.

Beliau turut menyarankan agar Tan Sri Khalid Ibrahim lebih kerap turun padang memantau masalah rakyat selain tidak menolak kerajaan di bawah kelolaan beliau berjaya menyelesaikan pelbagai masalah di negeri itu.

Harun berkata sekiranya usaha gigih ini diteruskan maka beliau percaya kerajaan Pakatan Rakyat akan terus mendapat mandat daripada masyarakat.

Krew Tv Selangor kemudian bertemu dengan wakil penduduk masyarakat Melayu di penempatan itu, Mohd Darus Mohd Zin untuk mendapatkan reaksi.

Dalam temuramah ringkas itu, Mohd Darus menekankan peranan dan prinsip yang dipegang oleh sesebuah pemerintah harus mengambil berat kepentingan rakyat.

"Sepatutnya rakyat minta, setidak-tidaknya yang bermasalah kalau tidak banyak sedikit dapat selesai. Kalau mahu tunggu selesai sekaligus mana boleh. Aduan daripada rakyat dan penduduk setempat mesti ada inisiatif di mana kita tahu tanah tersebut hak rakyat, tapi mereka yang pangkat di atas tidak pandang di bawah. Jadi bila digertak sikit nak marah boleh tapi malu nanti.

"Semua orang minta. Persatuan minta supaya perkara ini dibawa ke atas. Kenapa kampung lain dapat? Bila dah jadi wilayah begini ceritanya sampai bila tidak selesai. Tanah kita yang di sana pun tidak selesai," ujar beliau.

Dalam pada itu, Normah Ujat yang telah menetap di Kampung Gombak Setia sejak 1969 memohon agar kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mempertimbangkan permohonan hak milik kekal penduduk di situ.

"Saya sebagai penduduk Gombak Setia mengucapkan terima kasih sekiranya pihak kerajaan mempertimbangkan permohonan penduduk selama ini. Tapi lagi yang lebih besar ada kita minta iaitu untuk minta geran kekal itu. Seperti yang kita tahu secara berperingkat.

"Kami memang sentiasa memberi sokongan penuh kepada sesiapa sahaja yang memerintah. Nampak yang baru ini walaupun baru beberapa tahun. Apa yang menyekat dahulu saya tidak tahu. Harap cepat bertindak," ujar beliau.

Sementara itu Bendahari PKGS, Othman Abdullah yang juga ditemuramah Tv Selangor menyifatkan wakil rakyat terdahulu tidak meletakkan usaha penuh untuk membantu rakyat.

Kata beliau, wakil yang dipilih rakyat sekurang-kurangnya perlu menunjukkan kesungguhan memperjuangkan hak rakyat.

"Kita beberapa kali buat rayuan ditolak.Tapi tidak berputus semangat. Kita tetap berusaha merayu pada wakil rakyat. Alhamdulillah sekarang kita merayu hanya jangkamasa setahun lebih, kita berjaya.

"Walaupun kadang-kadang wakil rakyat terus cakap tidak boleh. Dia tidak ada cara bagaimana mahu buat supaya perkara itu boleh. Ada juga wakil rakyat yang belum lihat lagi sudah kata tidak boleh," jelas Othman.

Menurutnya lagi, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali sekurang-kurangnya cuba mengintai peluang untuk membolehkan suara rakyat diketengahkan.

"Wakil rakyat kita (sekarang) datang pada kita, tunjuk pada kita sebab apa tidak boleh dapat. Contohnya tanah kita ini termasuk geran kawasan bandar.

"Saya harap selepas habis perkara ini, usahakan hak milik kekal. Saya takut kalau pemerintah yang ada sekarang ini tidak mengapa tapi sekiranya tukar pemimpin lain dan geran tidak ada maka mereka boleh ambil sesuka hati," kata beliau.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersama kepimpinan Pakatan Rakyat lain akan menghadiri majlis bertemu penduduk pada 19 Februari jam 10 pagi di Dewan PKGS.

Dijangkakan kerajaan Selangor akan mengumumkan kejutan kepada penduduk-penduduk di situ.

Read more ...

PAS umum calon Khamis ini

PAS Umum Calon PRK Kerdau Dan Merlimau Khamis Ini


ALOR SETAR 19 Feb: PAS akan mengumumkan calon untuk bertanding pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang serentak dengan nama calon bagi DUN Merlimau, Melaka Khamis ini.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata nama calon bagi DUN Kerdau akan diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan nama calon DUN Merlimau.

"Walaupun masa agak suntuk kerana SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) baru menetapkan pilihan raya kecil Kerdau diadakan serentak dengan Merlimau semalam,tapi tiga nama telah disenarai pendek untuk Kerdau.

"PAS dah kenal pasti nama-nama ini dari awal lagi dan apabila berlaku kematian, PAS teliti semula nama-nama ini sebelum disenarai pendek," katanya kepada pemberita pada Perhimpunan 30,000 Pemuda PAS di Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata PAS akan mengadakan mesyuarat khas esok untuk membincangkan mengenai pilihan raya kecil DUN Kerdau.

"Persiapan dilipatgandakan di peringkat unit peti undi dan semua lokaliti dan PAS berharap dapat memperbaiki jumlah majoriti dan dapat keputusan lebih baik," katanya.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, dari Barisan Nasional (BN) pada 12 Februari lepas. Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Sementara itu, kerusi Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN, meninggal dunia pada 20 Januari lepas.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Mohamad Hidhir menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon PAS, Jasme Tompang.

Semalam SPR menetapkan pilihan raya kecil DUN Kerdau dan DUN Merlimau diadakan serentak pada 6 Mac ini, manakala tarikh penamaan calon bagi kedua-dua DUN itu ditetapkan pada 26 Februari ini.

Read more ...

Malaysia terus dok belakang

Pertumbuhan Ekonomi 2010: Malaysia Terus Terkebelakang Berbanding Jiran- Anwar Ibrahim


Pertumbuhan ekonomi sebanyak 7.2% yang dicatatkan negara pada tahun 2010 perlu dikaji dengan lebih dekat untuk memahami keseluruhan implikasinya.

Angka 7.2% perlu dibandingkan dengan pencapaian jiran-jiran kita dan bukannya dinilai secara bersendirian. Singapura dan Indonesia contohnya masing-masing berjaya mencatatkan pertumbuhan 14.5% dan 6.1% dalam tahun 2010.

Kedua-dua jiran kita ini mengatasi pertumbuhan Malaysia; apatah lagi apabila pertumbuhan Indonesia adalah berdasarkan angka pertumbuhan asas yang lebih tinggi kerana Indonesia tidak mengalami penguncupan ekonomi dalam tahun 2009 seperti mana Malaysia dan Singapura.

Pertumbuhan 14.5% yang dicatatkan Singapura disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam sektor perkilangan pada kadar 29.7% pertumbuhan tahunan. Jika dibandingkan dengan Singapura, pencapaian kita malap dalam kedua-dua aspek - pertumbuhan ekonomi hanyalah separuh dari yang dicapai Singapura, sementara pertumbuhan sektor perkilangan pada kadar 11.4% hanyalah setakat satu pertiga pencapaian Singapura.

Penjelasan kedua-dua kerajaan dalam menerangkan perbezaan pertumbuhan sektor perkilangan ini adalah amat berbeza. Singapura menyatakan bahawa permintaan yang kukuh dari pasaran dunia memesatkan pertumbuhan sektor perkilangannya, sementara Malaysia pula menyalahkan pasaran dunia sebagai akibat kelembapan sektor perkilangannya - padahal kedua-dua negara sama-sama bergantung kepada barangan eksport dan pasaran dunia.

Hakikatnya, barangan yang dikilang di Malaysia semakin hilang daya saingnya di pasaran dunia kerana kita tersekat di tangga nilai yang bawah dan terpaksa bersaing dengan negara-negara yang struktur kosnya lebih murah; sedangkan pesaing seperti Singapura terus menghasilkan barangan bernilai tinggi. Amaran mengenai masalah ini telah diberikan sejak sedekad yang lalu, namun tidak ada satu langkah yang berkesan yang diambil kerajaan selain dari retorik politik yang dibayar oleh rakyat.

Pertumbuhan sektor perkilangan yang lebih rendah berbanding jiran diburukkan lagi dengan penguncupan dua sektor penyumbang utama di dalam suku keempat 2010. Sektor perlombongan dan pertanian adalah penyumbang utama kepada pendapatan Kerajaan Persekutuan melalui hasil minyak dan gas serta kelapa sawit. Kedua-dua sektor ini mencatatkan penguncupan dalam suku keempat pada kadar 1.3% (perlombongan) dan 4.3% (pertanian).

Akibatnya, pertumbuhan tahunan yang sangat rendah pada kadar 0.2% (perlombongan) dan 1.7% (pertanian) adalah satu lagi petanda bahawa ekonomi kita semakin malap.

Pandangan ini diperkuatkan lagi oleh angka-angka beberapa indeks yang digunakan untuk menilai sentimen masyarakat niagawan dan orang ramai mengenai hala tuju ekonomi negara. Indeks Suasana Perniagaan yang diterbitkan oleh Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) hilang 5.4 mata dalam suku keempat 2010 untuk jatuh ke paras bawah 100 mata buat kali pertama dalam tempoh dua tahun.

Malah, keyakinan masyarakat niagawan ke atas prospek ekonomi seperti yang dilambangkan oleh indeks ini menunjukkan penurunan sejak awal 2010 lagi. Bagi sentimen keyakinan orang ramai pula, walaupun Indeks Sentimen Pengguna menokok ke paras 117.2 mata dalam suku keempat, paras itu masih belum setanding dengan paras keyakinan tahun 2007 sebelum kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak dalam tahun 2008.

YAB Dato' Seri Najib Tun Razak sepatutnya lebih ikhlas dan mengakui bahawa ada jurang yang besar di antara pengumuman projek-projek mega yang dibuat dibawah ETP dan realiti ekonomi yang ditanggung masyarakat niagawan dan orang ramai. Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang masih ragu-ragu bahawa siri pengumuman projek itu hanyalah wayang yang akhirnya akan menguntungkan golongan pemerintah dan niagawan elit tanpa menyelesaikan masalah pokok dan struktur ekonomi negara.

Pengurusan fiskal dan kewangan negara juga menunjukkan perbezaan yang besar di antara Malaysia dan jiran kita, terutamanya Indonesia.

Tidak seperti Malaysia, Indonesia berjaya mengelak dari kemelesetan ekonomi tahun 2009 dan terus mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 6.1% dalam tahun 2010, menjadikannya salah sebuah ekonomi paling mampan di antara 20 negara terkaya di dunia. Laporan United Nations Global Investment Trend Monitor (diterbitkan oleh UNCTAD pada 17 Januari 2011) mencatatkan aliran masuk pelaburan asing (FDI) sebanyak USD12.8 bilion bagi tahun 2010; yang kedua tertinggi di rantau ini selepas Singapura.

Pelaburan baru menyumbang sebanyak 32.2% kepada ekonomi Indonesia sementara perbelanjaan kerajaan menyumbang hanyalah 9.1% kepada pertumbuhan ekonomi. Keseluruhan pencapaian ini berasaskan perbelanjaan kerajaan yang berhemah dan tidak berlebihan. Angka defisit fiskal dan hutang kerajaan hanyalah masing-masing 1.1% dan 28.3% berbanding KDNK bagi tahun 2010.

Keadaannya sangat berbeza di Malaysia. Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan telah mencecah RM407 bilion menjelang akhir 2010, bersamaan 53.1% berbanding saiz KDNK negara. Kegagalan merancakkan pelaburan swasta menyebabkan kerajaan terlalu bergantung kepada projek-projek mega dan perbelanjaan kerajaan untuk mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi, sehinggakan defisit fiskal menjadi salah satu masalah utama ekonomi negara.

Defisit fiskal negara memuncak pada aras 7% dalam tahun 2009 dan hanya menurun kepada 5.6% tahun lalu, sedangkan sasaran kerajaan yang diumumkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 adalah 5.3% bagi tahun 2010. Malaysia hanya berjaya menarik aliran masuk pelaburan asing (FDI) sebanyak USD7 bilion dalam tahun 2010, jauh ditinggalkan Singapura yang mendapat sejumlah USD37.4 bilion aliran masuk pelaburan asing.

Berdasarkan angka-angka dan perbandingan ini, jelas bahawa pertumbuhan 7.2% hanyalah satu lagi bukti bahawa ekonomi kita semakin terkebelakang berbanding dengan negara jiran. Daya saing Malaysia di pasaran antarabangsa semakin merudum dan kedudukan fiskal serta kewangan negara lebih buruk berbanding negara-negara jiran.

Rakyat tidak akan terkeliru dengan pelbagai kempen dan janji manis yang dibuat kerajaan dan akan terus menuntut reformasi ekonomi agar prospek ekonomi yang malap ini dapat diubah. Reformasi ekonomi hanya akan berkesan sekiranya didokong oleh reformasi politik yang ikhlas.

Malangnya, Kerajaan Persekutuan yang ada telah dibuktikan berkali-kali tiada keikhlasan dalam melaksanakan reformasi politik. Makanya, sebarang dasar ekonomi yang diperkenalkan sebagai reaksi politik tidak akan berjaya menyelesaikan masalah kemalapan ekonomi Malaysia.

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
19 FEBRUARI 2011

Read more ...

‎'Hari ini pemuda PAS berhimpun 30 ribu, tapi esok surat khabar tulis 300 sahaja"

Bob Lokman sertai PAS di hadapan 30, 000 hadirin

Baru-baru ini MiLo SuaM ada memaparkan gambar Bob Lokman di dalam sebuah majlis solat hajat di stadium Malawati di malam yang sama dengan majlis anugerah juara lagu [Bob Lokman]. Bunga-bunga sudah kelihatan bahawa Bob akan menyertai PAS.

Sebelum ini sudah ada kedengaran khabar angin bahawa ada seorang artis terkenal akan menyertai PAS di hadapan perhimpunan besar yang akan diadakan di Kedah. Hal ini menjadi kenyataan hari ini. Berita dipetik dari blog Cina Islam.

Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Kedah sebentar tadi. Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada DS Ustaz Azizan Razak, MB Kedah Darul Aman.

Majlis ini telah dihadiri lebih 30 ribu pemuda dari seluruh negeri. Kontinjen Negeri Kedah lebih dari 7 ribu. Selain itu, negeri Terengganu Darul Iman dan Selangor Darul Ehsan berjaya menghantar ramai pemuda ke Himpunan ini.

Kesesakan jalanraya sepanjang lima kilometer di laluan ini dikawal dengan baik oleh para unit AMAL malaysia. Allah Akbar..!!!

Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan perbarisan kontinjen dengan lagu Negaraku, lagu PAS dan lagu Amal. Ucapan Alu-aluan oleh Ketua Pemuda PAS, Ustaz Ahmad bin Yahya. Seterusnya ucapan oleh Pengarah Himpunan 30K. Ustaz Nasarudin Tantawi menyampaikan amanat untuk para pemuda agar berjuang dengan lebih gigih untuk menjana kemenangan.

Seterusnya ucapan perasmian oleh DS Ustaz Azizan Abdul Razak. Beliau begitu bersemangat dan gembira dengan himpunan yang besar begini. Dalam ucapannya beliau menyindir UMNO dengan katanya ‎'umno kini macam nyamuk kena ubat nyamuk, pening'. Selain beliau mengingatkan media agar tulis bagi betul ‎'Hari ini pemuda PAS berhimpun 30 ribu, tapi esok surat khabar tulis 300 sahaja".


ReJaM© "Tahniah Bob Lokman, pilihan yang tepat..."

Read more ...

Isteri pesara polis buat 'projek' dengan Bangla pula

Isteri tipu suami buat maksiat

SUNGAI ULAR – Isteri kepada pesara polis ditangkap khalwat bersama seorang lelaki warga Bangladesh berusia 31 tahun di sebuah rumah kongsi dekat sini kira-kira jam 1.15 pagi kelmarin.

Ketika tangkapan dibuat, si perempuan hanya memakai baju kurung dan kain batik manakala lelaki itu berbaju kemeja T dan memakai kain pelikat.

Ketua Unit Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK), Azmi Rejab berkata, dari siasatan dijalankan, perempuan itu masih bergelar isteri dan mempunyai tiga anak.

Katanya, perempuan itu tinggal di Sungai Buloh, Selangor dan bekerja sebagai juruwang.

Menurutnya, PADK sampai di tempat kejadian dan membuat pemantauan serta mengepung rumah kongsi berkenaan sebelum serbuan dibuat.

Beliau berkata, penguat kuasa PADK kemudiannya memperkenalkan diri dan meminta pasangan itu membuka pintu dan apabila pemeriksaan dibuat, PADK mendapati ada seorang wanita di dalam bilik dan pasangan itu mengaku mereka tidak mempunyai hubungan mahram.

“PADK menerima maklumat daripada orang ramai mengenai kehadiran perempuan itu ke rumah kongsi berkenaan sebelum membuat serbuan. Perempuan yang masih berstatuskan isteri orang dan beranak tiga ini sudah lama berhubungan dengan lelaki warga Bangladesh ini. Dalam keterangan dibuat oleh perempuan itu ketika siasatan dijalankan mendapati dia berbohong kepada suaminya dengan menyatakan dia terpaksa pergi ke Pendang untuk mengikuti kursus penyediaan mi.

“Suaminya menghantar isterinya itu di hentian bas bagi tujuan berkenaan. Perempuan ini kemudiannya turun di stesen bas Kulim dan menghubungi lelaki terbabit dengan niat bermalam di rumah kekasihnya itu. Perempuan itu masuk ke rumah kongsi kekasihnya kira-kira jam 10 malam,” katanya.

Menurutnya, pasangan itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim dengan menaiki van PADK untuk membuat laporan tangkapan terhadap diri mereka.

Katanya, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 9 (1) (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 kerana berkhalwat.

“Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Selepas membuat laporan terhadap kedua-dua pasangan itu, mereka kemudiannya di tahan di lokap secara berasingan,” katanya.

Beliau berkata, mereka dibebaskan keesokan harinya setelah membayar wang jaminan diri RM1,000 setiap seorang.

“PADK akan mengarahkan pasangan itu hadir ke mahkamah untuk dibicarakan pada tarikh yang akan ditetapkan. Sekiranya ingkar berbuat demikian, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap mereka,” katanya.SH

Read more ...

Mukhriz 'ludah' Guan Eng kena Zambry

Mukhriz sebenarnya 'ludah' BN Perak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiH4qeFwrMCUkzlch8DNI9mp_7ReXEU7W45SjtctPp6L2_vOKLYdd1mKirtrbHkvX22zB8YBjE2ETUBNIUXR0SncWrbUQv6U8fA-_Ellv95OH6fKw1-j0JX_MlOqmjuCNjBCkBMoAZ_vqk/s400/Datuk+Dr+Zambry+Abdul+Kadir.jpgKUALA LUMPUR, 18 Feb: Pemuda PAS Perak mendakwa Umno 'mudah lupa' ekoran menghentam tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam di negeri itu.

Timbalan Ketuanya, Mohd Munir Ali berkata, Umno sepatutnya sedar, merekalah terlebih dahulu mewujudkan potfolio itu di Perak selepas negeri itu diambil alih BN dan diterajui Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Sedang pada hakikatnya, setelah rampasan kuasa oleh Umno Barisan Nasional di negeri Perak, kepimpinan Umno BN Perak di bawah Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang sebenarnya telah terlebih dahulu mewujudkan portfolio yang sama di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.

"Jawatan potfolio Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam tersebut dipegang oleh seorang wakil tunggal MCA iaitu Datuk Mah Hang Soon. Tidak pula ianya dijadikan isu oleh Umno dan tidak pula Umno mengatakan bahawa taktik yang sama untuk menarik undi rakyat?" soalnya.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, amat jelas bahawa Umno BN mengamalkan 'double standard' dalam memberikan persepsi yang buruk terhadap musuh politik mereka dan mudah melupakan keburukan sendiri yang telah mereka lakukan.

Semalam, Mukhriz yang juga timbalan pengerusi Umno Kedah dilaporkan berkata penubuhan portfolio baru itu taktik DAP untuk menarik undi rakyat.

Sehubungan itu, Munir mahu BN Perak menyatakan pendirian ataupun membidas kritikan yang telah dilemparkan oleh Mukhriz terhadap kerajaan Pulau Pinang kerana kritikan tersebut juga terkena kepada kerajaan negeri Perak di bawah BN yang telah menubuhkan portfolio yang sama.

"Adalah tidak adil tindakan Datuk Mukhriz yang tidak mencemuh perkara yang sama berlaku di Perak hanya kerana ianya di bawah pemerintahan BN dan cuma menjadikan mana-mana kerajaan negeri di bawah PR sebagai sasaran serangan politik busuk mereka," katanya.

Read more ...

Hoi Muhyiddin 'buta' ka

PAS di Sarawak: Muhyiddin buta sejarah

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai buta sejarah apabila mengeluarkan kebimbangan PAS akan memecah belahkan masyarakat Islam jika ia memasuki Sarawak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Umno sering menuduh PAS menyebabkan perpecahan Melayu dan Islam sedangkan dari sudut sejarah, Umno sendiri ditubuhkan ketika sudah ada parti Melayu yang pertama, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945.

"Memang (Muhyiddin) buta sejarah. Kalau tengok sejarah dahulu kenapa tubuhkan Umno ketika sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya? Bukankah ini juga boleh menimbulkan perpecahan?" soalnya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Sehubungan itu ujarnya, kebimbangan Muhyiddin itu tidak berasas sama sekali sebaliknya PAS sudah banyak memberikan kefahaman kepada orang bukan Islam mengenai agama itu.

"Dalam Pakatan Rakyat, PAS sudah banyak menerangkan ajaran Islam kepada bukan Islam berbanding Umno yang gagal menjelaskan hukum halal haram kepada rakan komponen dalam BN," katanya.

Muhyiddin hari ini dilaporkan meminta rakyat Sarawak agar tidak mudah menerima dasar politik PAS kerana dikatakan berangan-angan untuk meluaskan kuasa.

Read more ...

Umno benci baca berita ini, tengok gambar ini

Jangan harap mahu rampas negeri Pakatan

ALOR SETAR, 19 Feb: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abd Razak berkata, PAS tidak akan memberi laluan mudah kepada Umno BN untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai Pakatan pada waktu ini.

Bercakap sewaktu merasmikan Himpunan 30K Pemuda PAS di sini beliau berkata, kekuatan pemuda PAS yang hadir hari ini adalah senjata ampuh untuk menghalang Umno merampas negeri dengan pelbagai taktik kotor mereka.

Katanya, kehadiran 30 ribu pemuda PAS membanjiri dataran kompleks PAS Kedah hari ini membuktikan kesungguhan pemuda mempertahan kerajaan Kedah dan menyekat taktik kotor Umno yang mahu menjatuhkan kerajaan PAS Kedah.

"Ini sudah cukup menggerunkan Umno, kita kena pertahankan.

"Umno jangan fikir dia sahaja nak menang, kita pun fikir nak menang.

"Saya dan rakan-rakan yang memikul amanah kepimpinan kerajaan negeri, tidak akan bagi laluan mudah kepada umno BN," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Hadir sama pada majlis perasmian pagi tadi adalah dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Ustaz Ahmad Abdullah, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan seluruh kepimpinan pemuda seluruh negara.

"Apakah kita nak biarkan keadilan yang kita buat ini dihancurkan Umno?" soal Azizan disambut laungan 'tidak' oleh kira-kira 30 ribu pemuda PAS yang hadir termasuk dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Sehubungan itu beliau turut mengarahkan pemuda PAS menggiatkan usaha mendaftar pemilih khususnya kepada anak muda.

Katanya, hanya dengan usaha itu PAS boleh kekal menegakkan keadilan bukan sahaja di negeri-negeri yang dikuasai malah seluruh negeri di Malaysia pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

"Saya meletakkan harapan tinggi kepada pemuda, bangun menjalankan daftar pemilih.

"Hanya dengan mereka mendaftar, mereka boleh mengundi kita, baru kita boleh menang,"katanya lagi.

Hasrat menguasai Putrajaya juga katanya tidak mustahil berlaku, dengan semangat perubahan anak muda di seluruh dunia khususnya di Tunisia dan Mesir yang juga diharap sampai ke negara ini.

"Pemuda perlu mencetus perubahan, idea baru, menjadi tokoh negarawan, bukan sahaja banyak komen, tapi memberi cadangan penambahbaikkan," tegasnya.

Sementara itu, Nasruddin ketika ucapan aluannya pagi tadi meletakkan dua syarat utama jika mahu PAS menang dalam PRU akan datang.

"Setiap individu pemuda PAS mestilah mendekatkan diri kepada Allah SWT, menjadi tentera Allah.

"Inilah kekuatan yang ada pada kita dan beberbeza dengan musuh," ujarnya.

Kedua katanya, ahli PAS perlu mengelak perselisiahan dalamam sehingga membolehkan parti itu diserang musuh sehingga menjadi lemah.

"Rapatkan saf atas dasar ukhwah, jangan bagi ruang walaupun satu lubang untuk musuh masuk pecahbelahkan kita," katanya.

Majlis perasmian hari ini turut menyaksikan selebriti terkenal, Bob Lokman, menyerahkan borang ahli PAS.

Borang tersebut diserahkan kepada Ustaz Azizan sebelum dipakaikan baju tema himpunan.

Himpunan 30K pemuda hari ini antara lain akan membincangkan tugasan dan gerak kerja berdepan PRU 13.

Program sehari hari ini akan berakhir malam nanti dengan program ceramah oleh dua pemimpin utama PAS, iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Read more ...

Umno bukan bela tapi perbodoh orang Melayu

Jika Umno bela Melayu kenapa perangi Kelantan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimBrC0MN-cOYLtEEp3yxQDCRqm81TylBkLaYs1hv1yrWbBTy-aTNUkQYYm3cfz0qCoW_-GXDaJITF7ZwtwxtNd5FEHqi40oudWXqxTEKkveW29wxgNljXiLFNVmFgj0mVk2f3xnC4YJeOy/s200/imgresize+(4).pngSHAH ALAM, 19 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan serangan mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tindakan terdesak parti itu yang bimbang dengan pengaruh PAS terhadap rakyat.

Beliau mempersoal tindakan pemimpin Umno menyelar PAS yang berpakat dengan DAP demi kepentingan politik, sedangkan Umno sendiri memusuhi PAS sejak dahulu lagi.

'Riak-riak kemenangan (PAS) sudah hampir tiba, justeru mereka (Umno BN) perhebatkan serangan melalui pelbagai cara.

"Kita dituduh berpakat dengan DAP hanya untuk menang pilihan raya. Soalnya PAS sudah dimusuhi sejak sekian lama oleh Umno, sebelum PAS berpakat dengan DAP dan PKR lagi.

"Umno berusaha menjatuhkan PAS di Kelantan sejak hari pertama saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar lagi," kata beliau ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS, di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

Menurut Nik Aziz juga, tiada salahnya jika PAS bermatlamat untuk memenangi pilihan raya kerana Umno BN sendiri dilihat menggunakan pelbagai cara untuk matlamat yang sama.

"Saya juga dituduh hanya ingin menang pilihan raya. Jika demikian apa salahnya menang pilihan raya?

“Bahkan Umno sendiri guna pelbagai cara tidak kira halal atau haram untuk menang pilihan raya," katanya di hadapan hampir 500 hadirin.

Tambah beliau lagi, Umno ternyata gagal membela nasib majoriti Melayu di negara ini apabila mereka sendiri yang menggagalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Umno jaga Islam pun tidak, jaga Melayu jauh sekali. Ini dapat dibuktikan dengan fakta yang didedahkan bahawa tanah rezab Melayu di seluruh negara susut daripada 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1990. Apakah ini satu pembelaan Umno terhadap orang Melayu?

"Dasar DEB digagalkan pemimpin Umno sendiri dan hanya mengkayakan kroni mereka sahaja," katanya.

Menteri Besar Kelantan itu juga mempersoal tindakan Umno BN yang mendakwa mereka pembela Melayu yang sejak dari dahulu lagi memusuhi Kelantan sedangkan majoriti rakyat Kelantan ialah orang Melayu.

"Jika benar Umno membela Melayu, untuk apa kami di Kelantan diperangi sedangkan majoriti pemimpin dan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam? soalnya.

Ujarnya lagi, PAS sebagai sebuah parti yang mencontohi pemerintahan Rasulullah SAW wujud bukan untuk memperjuangkan nasib Melayu sahaja, tetapi tidak sama sekali mengenepikan Melayu.

"Jika Rasulullah S.A.W. diutuskan ke dunia tidak dengan misi ketuanan Arab, begitu jugalah dengan PAS yang mencontohi Rasulullah, datang bukan dengan agenda memperjuangkan Melayu, tetapi tidak sesekali mengenepikan Melayu kerana Melayu bangsa domninan di negara ini.

"Namun PAS sering dtuduh mengenepikan Melayu dan seolah-olah orang Melayu akan mati tanpa Umno. Inilah yang sering ditanam dalam pemikiran rakyat," katanya.

Sementara itu, konvensyen hari ini diteruskan dengan pembentangan kertas kerja sehingga jam 5 petang ini.

Read more ...

Hinanya pembesar Melaka disambut dengan 'Singlet' , setengah orang kata 'baju perak'


Tiada istilah lagi boleh digambarkan bila melihat gambar di bawah. Inilah yang dikatakan
"kera dihutan di susukan, anak dirumah mati kelaparan".

Apakah ini namanya adat atau satu penghinaan?. Wajarkah artis Bollywood si Shah Rukh Khan (foto) berpakaian begini ketika mengadap Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob.

Malahan turut berada dalam sessi pertemuan tersebut ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam. Lihat saja cara berpakaian beliau ketika mengadap Tun Khalil itu.

Apakah dek kerana beliau seorang artis terkenal maka dia tidak perlu mengikut protokol untuk berjumpa dengan pemimpin negara kita?. Bukankah Kerajaan Negeri Melaka telah menganugerahkan gelaran "Datuk" kepada beliau sebelum ini dan mengapakah ini balasan yang diberikan.

Hanya memakai "Singlet" ketika bersalaman dengan Yang Dipertua Negeri Melaka itu. Perbuatan ini sesungguhnya adalah satu penghinaan yang tidak sewajarnya berlaku kepada seorang pemimpin Melayu. Bayangkan jika gambar ini dipaparkan pada media di negara India dan senatero dunia.

Maka, sudah pastilah imej dan maruah negara kita akan tercemar. Apa akan berlaku jika rakyat kita sendiri berpakaian seperti itu ketika mengadap pemimpin negara?.Sudah pasti mereka akan dihalau dan dilarang untuk berbuat demikian.

Tetapi kenapa Shah Rukh Khan dibenarkan?. Sepatutnya Kerajaan Negeri Melaka berhak menarik balik gelaran "Datuk" yang telah diberikan kepada beliau dulu, jika inilah balasan yang dihadiahkan semula.

Biar pun ketika kejadian Tun Khalil dipercayai sedang melawat lokasi penggambaran filem terbaru Shah Rukh berjudul "Don 2" di Bandar Baru Sungai Udang semalam.

Namun itu perkara lain, dan sepatutnya kehadiran Yang Dipertua Negeri haruslah disambut dengan beradat. Mujurlah kemudian Pada lawatan tersebut, Tun Khalil dan Ali Rustam juga telah menghadiahkan beliau sehelai baju batik.

Anehnya, Kerajaan Negeri Melaka pula beriya-iya mahu membina sebuah studio dengan kemudahan produksi yang dikenali sebagai Studio, Filem dan Televisyen Antarabangsa Melaka dengan kos bernilai AS$7 juta (RM21.3 juta) Ketua Menteri Ali Rustam berkata, studio itu akan dibangunkan dengan idea dan kerjasama pelakon terkenal Bollywood itu.

Menurutnya, perbincangan dengan pelakon Bollywood itu kini di peringkat terakhir sebelum satu rumusan diambil bagi merealitikan impian membina sebuah studio tercanggih di negeri ini.

“Pada dasarnya, Shah Rukh bersetuju bekerjasama dengan memberi idea dan pandangan bagi pembinaan studio yang dicadangkan di Rumah Media di Ayer Keroh. “Studio yang akan dibina ini bukan sahaja menyediakan kemudahan produksi tetapi juga akan menyediakan sebuah akademi untuk filem dan televisyen bertaraf antarabangsa,” katanya.

Mohd. Ali menambah, kerajaan negeri akan memohon peruntukan daripada Kementerian Pelancongan bagi membiayai pembinaan studio tersebut.

“Jika semuanya berjalan lancar, pembinaan studio itu akan mula dibina tahun ini. “Kita juga merancangkan untuk menerbitkan sebuah filem muzikal yang mana Shah Rukh Khan bersetuju untuk menjadi pelakon utama,”
katanya.

Beliau menambah, dengan pembinaan studio itu ia dijangka menarik minat beberapa produser dari Bollywood untuk menggunakan kemudahan produksi selain menjadikan Melaka sebagai lokasi penggambaran filem.

[Shah Rukh kini berada di negeri ini sejak 12 Februari lalu bagi menjalani penggambaran filem terbarunya Don 2 itu. Selain Melaka, Kuala Lumpur dan Langkawi turut menjadi lokasi penggambaran filem itu yang bakal ditayangkan di negara ini pada 23 Disember ini.

Pengajaran daripada insiden ini, nampak benar betapa hinanya pemimpin Melayu apabila terpaksa turun ke tapak untuk bertemu dengan seorang artis terkenal seperti Shah Rukh Khan.

Sepatutnya beliau dipanggil mengadap Yang Dipertua Negeri Melaka secara protokol di pejabatnya. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Kita pula terpaksa menyembah artis Bollywood itu. Persoalan kedua, kita masih ingat Tun Khalil ketika menjadi Menteri Penerangan pernah berjanji untuk membina sebuah studi perfileman ala Hollywood di Janda Baik Bentong Pahang.

Namun, ia tidak menjadi kenyataan dan kini mahu membina ala Bollywood pula di Melaka. Apa yang mengelirukan kita, sejak Shah Rukh Khan mendapat gelaran "Datuk", entah masa bila beliau menggunakan gelaran tersebut agaknya?.

Ini kerana, dalam filem-filem terkini beliau tidak langsung memaparkan gelaran "Datuk" didepan namanya ketika dipaparkan pada skrin. Maknya, gelaran tersebut sekadar "hiasan didinding" semata-mata.

Harapn kita agar tidak ada lagi rakyat asing yang akan mendapat gelaran itu, kerana ia cukup amat kontroversi sebenarnya].

PDO.

Read more ...

Mari baca berita hari ini : Polis kata mangsa sakit jantung, remaja kata mangsa kena tendang

Keadilan Untuk Allahyarham Sa’aid & Adik Ahmad Nizamudin




Lebih kurang jam 2:00 petang semalam, Tuan Guru Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meluangkan masa menziarahai keluarga Allahyarham Sa'aid. terima kasih atas sumbangan yang telah di berikan oleh Tuan Guru MB dan terima kasih kerana prihatin.

http://www.facebook.com/pages/Keadilan-Untuk-Allahyarham-Saaid-Adik-Ahmad-Nizamudin

Ini lebih kurang KES TEOH BENG HOCK jugalah… cuma yang ni ada seorang saksi (anak sedara mangsa)yang melihat sendiri sebelum kematian mangsa..katanya dia sempat melihat bapa sedaranya diterajang oleh pihak UPP yang menahannya..

Macam ada yang tak kena je dalam laporan akhbar2 tempatan.. apabila pakcik tu ditahan oleh pihak UPP,muka pakcik tu terus pucat lesu dan mulutnya berbuih-buih..tak kan lah mulut terus berbuih bila terserempak dg pihak UPP.. kerja seludup beras ni sudah tersedia maklum… orang2 penakut mana boleh bawa lari beras?? habis tu kenapa sampai berbuih mulut kerana takut atau lemah jantung… dengar kata pakcik ni strong dan tak ada pula penyakit gila babi.. biasanya yang jenis berbuih mulut ni ada sawan gila babi..

Kita tak nak buat andaian apa-apa, cuma anak sedaranya yg nampak pakcik dia ni diterajang oleh upp…apa2 pun kita serah pada pihak berkuasa mebuat siasatan yang setelusnya untuk mengenal pasti punca sebenar kematian Allahyarham Saaid bin Mat Hassan…Semoga Allah Mencucuri Rahmah Ke Atasnya…Aminnn

laporan Metro semalam
..

Kota Bharu– Seorang remaja yang cedera selepas terkena dua das tembakan yang dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor di pekarangan Hospital Tumpat kelmarin mendakwa dia melihat bapa saudaranya ditendang oleh penguat kuasa berkenaan.

Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, mendakwa ketika kejadian…, dia sedang mengekori kereta Perodua Kancil yang dipandu bapa saudaranya, Said Mat Hassan, 56, dengan menaiki motosikal sebelum dihalang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki empat anggota UPP berpakaian preman.

“Sebaik berhenti, saya nampak anggota UPP tersebut buka pintu kereta dan terus menendang pak cik sebelum menariknya keluar.

“Saya cuba membantu tetapi salah seorang anggota UPP itu mengarahkan saya supaya pergi. Sebaik sampai di rumah, saya memberitahu ahli keluarga yang lain dan pada masa itulah kami menerima panggilan mengatakan pak cik saya telah meninggal dunia,” ceritanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam. -metro
………………………………………………………………………….
Budak yang melihat kejadian dalam cerita di atas telah di tembak pula oleh pihak UPP dalam pergaduhan di Hospital Tumpat seperti dalam laporan Utusan di bawah

Laporan dari Utusan…

Remaja ditembak

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


TUMPAT 16 Feb. – Seorang remaja parah setelah terkena dua das tembakan ketika cuba menyerang anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) yang dikatakan membelasah bapa saudaranya sehingga mati. Kejadian berlaku pukul 9.20 pagi ini apabila remaja itu datang ke Hospital Tumpat (HT) di sini, bersama sekumpulan rakannya lalu bertindak menyerang empat anggota UPP yang berpakaian preman di sebuah kedai makan.

Berikutan itu berlaku pergelutan dan bagi mempertahankan diri, anggota tersebut telah melepaskan dua das tembakan yang mengenai remaja tersebut, Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sebelum kejadian, empat anggota itu telah menahan sebuah kereta Perodua Kancil dalam keadaan mencurigakan di Kampung Tin dekat sini hari ini.

Katanya, penahanan pukul 7.45 pagi itu dibuat setelah anggota-anggota terbabit mengesyaki kenderaan berkenaan membawa barangan seludup.
Tambahnya, kereta itu dipandu Said Mat Hassan, 56, yang merupakan bapa saudara Ahmad Nizamuddin.

“Menyedari dia diekori, Said melarikan diri dan ketika mengejar berlaku pelanggaran sehingga menyebabkan 4WD (kenderaan pacuan empat roda) UPP mengalami kerosakan.

“Bagaimanapun sebaik sahaja ditahan, anggota itu melihat mulut Said berbuih dan mukanya dalam keadaan pucat lalu dia dibawa ke HT untuk rawatan. Namun dia meninggal dunia sejurus sampai di hospital.

“Sejurus dibawa masuk untuk pemeriksaan, anggota-anggota itu keluar dan minum di kedai di hadapan hospital sementara pemeriksaan selesai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, pada masa sama, lima buah kereta yang dinaiki sekumpulan lelaki datang ke kedai berkenaan dan terus menyerang anggota tersebut.

Katanya, tiga daripada anggota itu berjaya meloloskan diri.

“Seorang lagi iaitu anggota dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang ditugaskan di bawah UPP terus dibelasah dengan cota dan sebagainya.

“Ekoran itu, anggota tersebut cedera di kepala dan bagi mempertahankan diri, dia melepaskan dua das tembakan dan mengenai Ahmad Nizamuddin di perut dan dada kanan,” katanya.

Menurutnya, remaja terbabit kemudian dibawa ke HT untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan kini keadaannya dilaporkan stabil.

Dalam pada itu, katanya, hasil pemeriksaan di dalam kereta Perodua Kancil tersebut menemui 20 kampit beras yang dipercayai diseludup dari negara jiran.
Menurut Abdul Rahim, anggota UPP tersebut turut mendapat rawatan sebagai pesakit luar di hospital itu.

Laporan Sinar Harian

Polis Kelantan sahkan mangsa mati sakit jantung

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesahkan mangsa yang mati dalam kejadian di Kampung Wakaf King, Tumpat mengalami serangan sakit jantung.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, ia diperoleh daripada hasil bedah siasat dijalankan pakar forensik ke atas mangsa yang berasal dari Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat

Menurutnya, sehingga kini pihak polis masih belum melakukan sebarang tangkapan dan siasatan diteruskan secara teliti.

“Hasil bedah siasatan mangsa meninggal akibat sakit jantung dan polis masih menyiasat kes ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi kelmarin mangsa, Said Mat Hassan, 56, meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tumpat selepas dihantar oleh empat anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).

Mengikut laporan media kelmarin, sebelum kejadian mangsa yang menaiki sebuah kereta kancil terserempak dengan anggota UPP berpakaian preman menaiki pacuan empat roda ketika mereka menjalankan tugas rondaan penyeludupan.

Ketika kejadian, anggota UPP mengekori kereta mangsa kerana mengesyaki lelaki terbabit membawa barangan seludup dan berjaya menahan di Kampung Wakaf King untuk pemeriksaan.

Sebaik tiga anggota UPP keluar dari kenderaannya untuk menahan lelaki terbabit kelihatan mulutnya berbuih dan mukanya dalam keadaan pucat lalu membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Hasil pemeriksaan di dalam kereta terbabit, anggota UPP turut menemui 20 kampit beras yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Read more ...

Manusia ada pemikiran banggang begini pun boleh jadi menteri Umno

Minta PR Turun Harga Barang, Saranan Menteri Tak Masuk Akal- FOMCA

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2lgI1TCbHIZ3btLBltPeQjhOUbnEG0c9GxM7H7NN2muoWOXE8duhX6WjOG65wbtejzp-No96rz24vubi6pbUll-Uc5OOHO5E2sB5WSzF_XhgPfprXUo9m8OhOM4VmQSApC91zWDXJr-pS/s400/Ismail+sabri.jpgKUALA LUMPUR 18 Feb.: Saranan Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, mengesa kerajaan Pakatan Rakyat menurunkan harga barang di negeri yang ditadbir, disifatkan tidak masuk akal oleh Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah.

Sha'ani berkata jika benar kerajaan pusat ingin melepaskan tanggungjawab tersebut kepada Pakatan Rakyat, kerajaan pusat seharusnya menyerahkan kutipan hasil cukai kepada Pakatan Rakyat.

"Kalau dia(Ismail Sabri) sarankan mahu Pakatan Rakyat tentukan harga barang, dia perlu serahkan kutipan hasil cukai kepada Pakatan Rakyat, kalau dia tidak mampu untuk laksanakan bagi sahaja kepada mereka yang boleh buat," katanya.

Mengulas isu kenaikan harga barang, Sha'ani menjelaskan ia adalah fenomena global yang tidak dapat dielakkan tetapi menerusi pengurangan kos sara hidup dalam perkhidmatan sosial mampu mengurangkan beban yang dipikul rakyat.

"Kerajaan sendiri tidak faham bagaimana mahu membantu pengguna dalam menghadapi kenaikan harga barang dan kenyataan menteri-menteri sebenarnya memperdayakan pengguna.

"Kerajaan hanya boleh membantu dengan cara lain seperti mengurangkan kos sara hidup dengan menyalurkan bantuan kepada perkhidmatan-perkhidmatan sosial seperti pendidikan, perubatan, perumahan dan pengangkutan awam," jelasnya.

Tambahnya lagi, rakyat bukan sahaja dibebani kenaikan harga barang tetapi mereka juga tertekan kerana kegagalan kerajaan dalam memberi gambaran jelas mengapa ia berlaku.

"Sebenarnya selama ini kerajaan tidak memberi gambaran yang jelas bagaimana untuk membantu rakyat dalam menghadapai kenaikan harga barang," jelasnya.

Read more ...

Kes Anwar : Celaru dan keliru

Kes Anwar: Pakar Kimia Gagal Ikut Prosedur, Keputusan DNA Mencurigakan, Kata Peguambela

KUALA LUMPUR 18 Feb.: Lebih banyak keterangan curiga dan mengelirukan mengenai keputusan DNA didedahkan pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila peguambela menyoal balas pakar kimia kerajaan yang menjalankan pemeriksaan itu.

Pada satu ketika, pakar berkenaan Dr Seah Lay Hoong tidak menolak kemungkinan DNA air mani yang dijumpai pada tubuh pengadu Saiful Bukhari Azlan membabitkan 10 suspek.

Peguambela RamKarpal Singh memberitahu pemberita bahawa pemeriksaan DNA yang dijalankan amat rapuh untuk disandarkan sebagai bahan bukti kerana tidak telus dan bercanggah dengan prosedur yang menjadi amalan antarabangsa.

Semalam mahkamah digemparkan dengan pengakuan Dr Seah menemui tiga DNA lelaki pada calitan yang diambil daripada tubuh Saiful.

Pada hari ini peguam bela Datuk Seri Anwar memberi tumpuan kepada peralatan yang diguna pakai oleh Dr Seah serta rumusan-rumusan yang dibuat mengenai ujian DNA atas sampel yang diterima daripada polis.

Antara lain Dr Seah mengakui tidak menjalankan ujian perbandingan profil DNA atas sampel-sampel yang diterima beliau sebagaimana yang diperlukan. Beliau hanya melakukan satu ujian sebegitu namun laporannya tidak diberi kepada peguam bela Anwar.

Banyak daripada persoalan DNA bersifat teknikal dan dalam isu-isu penting Dr Seah gagal memberi jawapan kepada soalan yang ditanya oleh peguambela.

Penggunaan graf tertentu dalam menentukan laporan muktamad ujian DNa, contohnya, yang dijalankan ke atas sampel Saiful, amat diragui kerana tidak menepati protokol antarabangsa.

"Saksi (Dr Seah) kena jawab. Tetapi da yang dia tak tahu. Sebagai contoh, beliau adalah ahli kanan Persatuan Antarabangsa Forensik Genetik, tetapi apabila peguam tanya mengenai intrepertasi graf itu dan prosedur DNA, dia dia tanya balik, Ini menunjukkan samada dia tak faham atau beliau tidak mahu bekerjasama," kata peguam Sankara Nair.

Pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar dibantu pakar DNA Australia Dr Brian McDonald.

Kehadiran beliau membolehkan pasukan peguambela Anwar untuk memerinci keputusan DNA yang banyak menimbulkan keraguan, khususnya selepas pendedahan bahawa sampel air mani seorang yang tidak dikenali dijumpai dalam dubur Saiful.

Peguambela Anwar berjaya menunjukkan urutan pemeriksaan doktor pakar Hospital Kuala Lumpur terhadap Saiful dan ujian yang dijalankan oleh pakar kimia kerajaan serta keterangan Saiful sendiri banyak bercanggah dan risiko bukti direka cipta adalah adalah amat jelas.

Menurut Sankara, soalan-soalan peguambela hari ini adalah bagi menunjukkan kepada Hakim Zabidin Mohd diah secara jelas bahawa bukti DNA yang digunakan untuk mendakwa Anwar tidak berwibawa dan harus ditolak.

"Kita katakan kalau prosedur tak betul, keputusan tak betul, sebab itu kita soal balas di sini untuk tahu mode atau cara kajian dilakukan, jadi kalau mode itu salah, keputusan akan salah," katanya.

Read more ...

Video : Promo Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera



Jom, rai Kedah Sejahtera!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfh_7Uw-ZX2qAR0wwSfUjALe6FJp06vRkoqg7-CJ_KaH5pg6bgEfzWfBXn9tZQ-fL_hTfTqY4NMFjy2JAuDU_pKHCgoz96m1uTubhvbGbYKORTWsPGCnM_AJuhZEGm3bTh719c9Ynmj2c/s400/manifesto+kedah_0001.jpgALOR SETAR, 17 Feb. : Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera yang akan berlangsung dari 10 hingga 14 Mac depan mampu menjadi platform terbaik Kerajaan Negeri berinteraksi secara langsung dengan rakyat.

Exco Penerangan dan Pembangunan Usahawan, Abd Ghani Ahmad merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan, berkata, program sambutan lima hari yang bertemakan Perkasakan Kedah Sejahtera itu diadakan bagi memberikan mesej secara langsung kepada rakyat mengenai kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah.

Menurutnya, menerusi program Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera, hubungan baik antara pemimpin dan pentadbir awam negeri bersama masyarakat dapat dipupuk dan dikukuhkan menerusi pelbagai aktiviti sepanjang tempoh itu.

“Ia menjadi satu platform untuk Kerajaan Negeri mendapat maklum balas atau cadangan daripada rakyat untuk kemajuan Kedah.

“Objektif program ini antara lain memperkenalkan produk dan perkhidmatan dalam pentadbiran negeri kepada rakyat jelata,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Abd Ghani berkata, aktiviti yang diatur meliputi semua lapisan masyarakat termasuk warga tua, wanita, belia dan kanak-kanak.

“Sambutan dimulakan dengan pra acara pada 5 dan 6 Mac iaitu konvoi bermotosikal melibatkan 60 belia yang dijadual bermula dari Padang Terap sehingga Sik, sebelum program dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada malam 10 Mac.

“Pameran syarikat berkaitan kerajaan (GLC), seminar, ceramah umum dan diskusi melibatkan tetamu seperti Datuk Ismail Kamus dan acara kanak-kanak turut dimeriahkan dengan kehadiran maskot Upin Ipin selain konsert yang bersesuaian dengan enakmen Kerajaan Negeri,” katanya.

Menurutnya, seramai lebih 10,000 pengunjung dijangka memeriahkan pelbagai program yang diatur sempena program Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera di pekarangan Stadium Darul Aman itu.

“Tokoh politik dari Selangor dan Kelantan dijangka hadir antaranya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Masyarakat berbilang kaum di negeri ini dijemput untuk turut sama memeriahkan program Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera.

“Dan sebarang maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi lawan web www.kedahsejahtera.com,” katanya.

Difahamkan, pengunjung berpeluang beramah mesra dengan bekas pemain bola sepak Kedah selain dapat menyaksikan perlawanan persahabatan antara pasukan Kedah dan pasukan pilihan Thailand pada 12 Mac di Stadium Darul Aman.SH

Read more ...

Protes berjangkit gerunkan pemerintah zalim negara umat Islam

Protes Bahrain kejutkan rantau Teluk



Bahrain, negara Arab di Teluk Parsi menduduki satu posisi yang unik berbanding negara Arab serantau lain.

Negara berpenduduk asal bawah 1 juta ini bersempadan dengan Arab Saudi – dan dihubungkan secara fizikal dengan sebuah tambak sepanjang 25 km – dan Iran, negara yang pada zaman empayarnya memiliki wilayah Teluk Parsi.

Negara pulau kecil ini juga menempatkan Armada Kelima Tentera Laut Amerika Syarikat, di posisi kritikal di antara dunia Arab dengan Parsi dan di satu laluan utama eksport minyak dunia.

Kedudukan geografi dan sejarah ini menjadikan Bahrain terdedah kepada permainan kuasa pemain serantau dan global, terutama AS, Arab Saudi dan Iran.

Majoriti penduduknya, melebihi 60 peratus ialah Muslim Syiah dan diperintah sejak 1783 oleh keluarga al-Khalifah berketurunan Arab, beraliran Sunni dan merupakan sebahagian daripada puak yang membebaskan Bahrain daripada kekuasaan Parsi.

Sejurus tercetus kebangkitan di Tunisia, raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa al-Khalifah ialah antara pemimpin dunia Arab yang memperlihatkan kebimbangan dan menunjukkan sokongan kepada pemimpin Mesir, Hosni Mubarak.

Raja Hamad dilaporkan mengajak Hosni mengadakan satu mesyuarat dunia Arab untuk membincangkan masa depan Asia Barat, untuk menangani sentimen antikerajaan yang tercetus dari Tunisia.

Beliau turut memperlihatkan keyakinan terhadap Hosni, mengatakan yang beliau yakin pemimpin itu dapat menguruskan Mesir dan memastikan kestabilannya yang penting kepada “kestabilan semua negara Arab.”

Perkembangan terbaharu melibatkan Bahrain kini menunjukkan apa yang dibimbangi Raja Hamad itu menjadi kenyataan.

Rakyat Bahrain berhimpun di ibu negara, Manama, memprotes dan menuntut perubahan di negara dikuasai sebuah keluarga itu.

Rantau Teluk Parsi, terdiri daripada negara kaya dan ahli Majlis Kerjasama Teluk, GCC, yang paling stabil di dunia Arab kini berdepan satu cabaran besar yang melibatkan kepentingan kuasa-kuasa serantau.

Bahrain telah mengalami protes daripada rakyatnya, yang terbaharu sejak tahun lalu menjelang pilihan raya tahun lepas.

Peningkatan pertembungan warga Syiah dengan pasukan keselamatan sejak pertengahan tahun lalu turut menyaksikan jumlah tangkapan yang terus meningkat.

Walau bagaimanapun, gelombang protes terbaharu ini dilihat sebagai berbeza dan berpotensi mencetuskan perubahan yang lebih besar.

Disebabkan intensiti protes kali ini yang telahpun menyebabkan kematian, kuasa-kuasa berkepentingan kini memerhati, malah turut melibatkan diri dalam perkembangan politik di Bahrain.

Majoriti Syiah di Bahrain mendakwa mereka dipinggirkan daripada arus utama negara dan pemerintah cuba mengambil langkah mengimbangi bilangan mereka.

Kerajaan didakwa mengambil warga asing Muslim Sunni dan diberikan kewarganegaraan segera untuk mengimbangi jumlah warga Syiah, antara tujuan utamanya untuk mengimbangi kuasa undi.

Kerajaan turut dilaporkan mengisi pasukan keselamatan dengan Muslim Sunni dari luar, termasuk Yaman, Jordan dan Pakistan.

Ini dapat menghalang sebarang sentimen atau simpati anggota keselamatan tersebut terhadap masyarakat Syiah, yang dikatakan diperhatikan dalam protes yang berlaku sejak minggu lalu.

Lebih membimbangkan bagi masyarakat Syiah ialah anggota keselamatan dari Baluchistan di Pakistan, satu pusat kumpulan anti-Syiah dan bekas pasukan keselamatan Baath dari Iraq yang diambil ekoran kejatuhan rejim Saddam Hussein.

Media turut melaporkan kereta kebal dan anggota tentera dari Arab Saudi dikerahkan ke Bahrain untuk membantu kerajaan menangani protes rakyat.

Saudi ialah negara paling berkepentingan untuk memastikan enam negara GCC kekal stabil dan tidak terkesan oleh gelombang protes di dunia Arab pada masa ini.

GCC yang dianggotai Arab Saudi, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu, Kuwait, Oman, dan Qatar ialah sebuah blok perdagangan negara kaya rantau Arab yang turut disatukan oleh kepentingan politik.

Saudi, negara pemimpin GCC telah menunjukkan sokongan penuh kepada pemerintahan Raja Hamad dan keluarga al-Khalifa.

GCC dalam mesyuarat tergempar semalam telahpun menegaskan sokongan penuh kepada pemerintah Bahrain.

Satu yang dibimbangi ialah peningkatan pengaruh Iran melalui kumpulan Syiah di Bahrain, yang selepas pilihan raya parlimen terakhir memegang 18 daripada 40 kerusi keseluruhan.

Masyarakat Syiah telah dikaitkan dengan Iran, termasuk menjadi agen negara itu di Bahrain dan juga negara Arab Teluk Parsi yang lain.

Pada pertengahan 2008, lapan warga Bahrain ditahan di Arab Saudi atas dakwaan menjalankan perisikan untuk Iran, perkembangan yang mencetuskan kebimbangan negara serantau terhadap peningkatan aspirasi Iran.

Seorang penganalisis politik Saudi, Dakheel al-Dakheel dilapor berkata,”Negara Teluk tidak boleh menerima perubahan fundamental dan radikal di Bahrain.”

Menurutnya, perubahan itu, sekiranya berlaku akan “mewujudkan keadaan kekeliruan politik dan keselamatan di Bahrain yang boleh membuka pintu kepada campur tangan Iran dan pihak lain, yang tidak boleh diterima negara-negara Teluk, terutama Arab Saudi.”

Negara jiran, Qatar turut terkait dalam protes ini, apabila dilihat mempengaruhi al-Jazeera dalam bahasa Arab untuk memberi liputan yang tidak sepadan, tidak seperti laporan dan analisis yang disaksikan dalam protes Mesir dan Tunisia.

Perkembangan ini menjadikan Bahrain satu petunjuk potensi perubahan di rantau Arab Teluk, dan mendedahkan lagi dengan jelas kepentingan kuasa-kuasa serantau dalam kebangkitan di dunia Arab pada masa ini.

Read more ...

PR bersama 'kuasa ketiga' bersatu hadapi BN

Barisan bersatu lawan BN dalam p'raya mengejut

NONEMenjelang kemungkinan pilihan raya umum mengejut yang ramai menduga akan dipanggil oleh perdana menteri, parti pembangkang, badan sivil dan apa yang digelar 'kuasa ketiga', telah bertemu bagi membentuk satu barisan bersatu untuk berdepan dengan BN.

Mereka telah mencapai kata sepakat dalam satu pertemuan Rabu lalu, yang dihadiri semua pihak yang kritikal terhadap regim BN sekarang, untuk bergabung tenaga untuk berdepan satu lawan satu dengan BN di semua kerusi dalam pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, mekanisme untuk tujuan tersebut belum dapat dibereskan, dengan banyak isu-isu yang yang dibangkitkan.

Salah daripadanya ialah bagaimana 'kuasa ketiga' - yang diilhamkan oleh Pergerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM) yang bertegas untuk meletakkan calon-calon mengikut kriterianya sendiri - dapat bekerjasama dengan Pakatan Rakyat berhubung agihan kerusi.

Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan mengesahkan kepada
Malaysiakini bahawa pertemuan tersebut adalah atas dayausaha PSM untuk menyatukan seluruhkekuatan, dalam menghadapi kemungkinan berlangsungnya pilihan raya mengejut.

Bagaimanapun, Arutchelvan (kanan) enggan mendedahkan butir lanjut mengenai pertemuan tersebut, kerana ia adalah pertemuan tertutup.

Adalah difahamkan, pertemuan yang pertamakali seumpamanya diadakan sejak pilihan raya umum 2008, dihadiri oleh wakil PKR, DAP, PAS, PSM dan Parti Hak Asasi Manusia (HRP).

MCLM, pimpinan penulis blog Raja Petra Kamarudin yang kini tinggal dalam buangan di United Kingdom, dan peguam hak asasi manusia, Haris Ibrahim, sedang berusaha menyenaraikan calon yang 'berwibawa' untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Peserta lain yang menghadiri pertemuan tersebut ialah dari NGO seperti Aliran, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas) dan badan pemantau hak asasi manusia, Suaram.

Sumber-sumber yang menghadiri pertemuan tersebut berkata, berlaku perdebatan panas berhubung peranan MCLM dan parti-parti pembangkang bukan Pakatan, mengenai sama ada mereka akan membantu mengukuhkan Pakatan menuju sistem dua parti atau membina 'kuasa ketiga' yang bebas.

Read more ...

Setiap hari kita ketawa dengan mamat ni

Adakan Sepol Seorang Gay... ??? Lepas tu fitnah Anwar..ape barang lu...!!!

Cerita semalam;
Laporan kimia hari ini juga mendedahkan contoh B5 yang diambil dari kawasan sekitar dubur terdiri daripada DNA lelaki milik Mohd Saiful, “lelaki Y” dan satu lagi penyumbang yang tidak dikenali. - TMI.
Kenapa gua warnakan merah, biru dan hitam pada perkataan di atas..??? Sebabnya..;

Merah :
Melambangkan berani melawan... kerana Sepol ada mengatakan dia melawan masa tu... bukan melawan untuk mengelakkan juboq dia kena sondol.. tapi melawan kerana sedap... pasal sedaplah... air mani dia pun terpancut... kah..kah..kah...

Biru :
Lambang warna dacing maaaa.... lu orang ingat skrip nih.. siapa yang tulis...???

Hitam :
Masih misteri lagi.... penyumbang yang tidak di kenali... siapakah dia...???

Cerita hari ini, monyet pun ketawa guling2 beb...;

Suasana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bertukar menjadi hangat apabila digemparkan dengan pengakuan Dr.Seah bahawa sampel DNA yang diambil daripada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mungkin membabitkan 10 lelaki.

Makin lama makin gilo kes mamat juboq tak basuh nih.... mamat bernama Sepol tu GAY ka apa nih..., atau projek dengan orang lain... lepas tu tuduh orang lain...
ISA.

Read more ...

BN rampas, PR beri tanah kepada rakyat


PAS Miri telah mengadakan lawatan kebajikan ke rumah panjang di pinggir bandaraya Miri pada minggu lalu yang turut disertai YB Taib Azamudin, Ahli Parlimen PAS Baling dan Ketua AMK Sarawak, Ahmad Nazib .

PAS Miri diketuai sendiri YDP PAS Kawasan Miri ,Tuan Haji Jofri Jaraiee telah disambut mesra oleh Tuai Rumah dan penduduk setempat.


Sebanyak 2 buah rumah panjang dilawati terdiri 120 buah pintu. Walaupun terpaksa meredah hujan dan jalan yang sukar dek kerana pembangunan infrastuktur yang amat teruk,PAS Miri tetap bersungguh untuk menyampaikan mesej PAS dan Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan di Sarawak.

YB Taib dengan tegas menerangkan kejayaan PAS dan Pakatan di Kedah dalam melaksanakan program Tanah Untuk Rakyat sedangkan di Sarawak,BN telah merampas hak rakyat.

Kebanyakan penduduk cukup terharu dengan kunjungan mesra PAS Miri dan rakan Pakatan dan memberi jaminan akan membuat perubahan penting demi menjamin kesejahteraan hidup masa hadapan mereka.

Untuk rekod salah sebuah rumah panjang terdiri dari mangsa kebakaran Rumah Panjang asal mereka pada 2009 ,namun masih belum mendapat perhatian sewajarnya dari pihak kerajaan BN. -sarawakupdate

Read more ...