Friday, May 25, 2012

TUDUHAN ULAMA MUDA UMNO!!! Hasan al-Banna sesat, Yusuf Qardhawi sesat, Ikhwanul Muslimin sesat . Hanya UMNO tak sesat

Semua ulama sesat ke ? Semua ? Semua yang agung dan menjadi rujukan dan contoh orang islam dari pelbagai negara sesat bagi dia. Yang tak sesat hanya dia dan umno. Selain dia dan umno, semua orang adalah sesat sesesat sesatnya.

Dasat.

Siapa yang tulis neh?

Nama dia 

Mohd Radzi Othman. 

Sapa dia neh? 

Dia neh ada kaitan ulama muda umno = ILMU.  Jawatan dia ialah Timbalan Setiausaha Sekretariat Ulama Muda UMNO. Aku tak tuduh2 oke.  Korang klik sendiri sini. Harian Metro sendiri mengesahkan hal tersebut.  Dah dalam video kat bawah neh sendiri dia digelar ustaz. Ustaz ke pun? Hanya menyesatkan orang pun boleh jadi ustaz meh?

kah kah kah

Wajah dia korang boleh lihat menerusi gambar kat bawah neh ;


Yang pakai spek tue wartawan. Dia lelaki satu lagi. Korang boleh baca penulisan penuh dia kat sini. 

Itupun jangan lah percaya penulisan dia neh ada ada fakta. Orang kalau dah start menyesatkan semua orang termasuk Syeikh Yusuf Alqardhawi dan Ikhwanul Muslim memang kena ahti2 sket. Silap2 dengan kita2 sekali dia dok cakap sesat. Hanya umno jek tak sesat di mata ahti dia.

Mohon sangat kepada mereka2 yang arif, bidas penulisan tak cerdik radzi neh. Aku bukan apa, risau karang esok lusa ada plak yang tulis komen di facebook ka blog ka dok cakap Yusuf Alqardhawi tue sesat. Ikhwanul Muslim tue pun sesat. Kang tak pasal2 orang yang taktau apa2 main percaya jek Hasan Al banna pun sesat. Semua atas satu sebab. Penulisan menyesatkan para ulama yang ditulis oleh individu di atas yang disiarkan oleh harian metro.

Dok cakap ulama itu neh sesat apa seme, tapi menulis juga di akhbar yang promote fitnah dan lucah serta me-reka2 cerita untuk menaikkan jualan. Bab tue taknak pula komen islamik ke tak islamiknya tindakan tersebut kan?

Inilah contoh seorang muslim yang budiman. Sesat menyesatkan orang adalah kepakaran mereka. Instead membantu mengclearkan suasana yang semakin berkecamuk, mereka memilih menyesatkan seme orang. Bagus betul akhlak mereka yang TAK SESAT neh kan? Cantik. Tanggung larh ko balasan nya nanti kalau tak minta maaf pada seme orang yang ko sesatkan dalam penulisan semalam. Bai

Gambar keratan akhbar sumbangan the yellow boutique

Ameno : Ustazah Mashitah, takmo komen ka?

Read more ...

NAJIB DAH BALIK!!! Beranikah berdebat dengan Anwar



Perdana Menteri Najib Razak sudah pulang dari lawatan ke luar negara semalam. 

Beliau tiba di KLIA jam 7.45 malam. 

Mungkin beliau mendapat suntikan baru dari Britain dan US bagi menghadapan kebangkitan rakyat yang semakin menolak BN.

Rakyat Malaysia sebenarnya menunggu-nunggu jawapan dari Najib, bila beliau mahu berdebat dengan Anwar. Sila beri tarikh dan tempat serta tajuk? Anwar dan rakyat sedang menanti.Mutaligat

Read more ...

AMUKAN 'YOP PASIOR'!!! Londeh pekung busuk UMNO


sanhuri1
Isunya hanyalah berpunca daripada orang kuat Umno, yang mengamuk kerana tidak dapat projek pasir. Dalam loghat Perak pasir disebut 'pasior'.

Di Selangor suatu ketika, Umno cuba memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam isu pasir, tetapi gagal. Akhirnya mereka hanya menjadi 'beruk-beruk yang menggoyangkan pokok', seperti kata Khairy Jamaluddin satu ketika dulu.

Umno jadi malu, apabila seorang pengusaha pasir yang merupakan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kampar, Zamhuri Md Zin, mengamuk memaki hamun Umno dan kerajaan BN Perak, pimpinan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir.

Zamhuri marah kerana sokongannya kepada Umno selama hampir tiga dekad, tidak memudahkan beliau mendapat projek pasir.

Jadi, untuk melepaskan geram, beliau marahkan kerajaan negeri Perak dan berlakon konon-kononnya memarahi Zambry menerusi telefon, walaupun dikhabarkan, akhirnya pecah rahsia, beliau sekadar berlakon dan bukannya menghubungi Zambry pun.

Apa pun, Zamhuri layak digelar 'Yob Pasior' oleh rakyat Perak kerana begitu lantang menuntut projek pasir.

Ceritanya, beberapa hari selepas mengamuk memaki hamun partinya, isytihar  keluar daripada Umno dan mengisytihar diri menyokong DAP,  Zamhuri kembali memohon maaf kepada seluruh kepimpinan Umno di atas tindak tanduk beliau.

Kedua-dua video mengenai amukan dan permohonan maaf Zamhuri, boleh dimuat turun menerusi laman Youtube.

Soal mengapa beliau memohon maaf dan kembali kepada Umno, apa benda  yang beliau dapat, hanya beliau yang tahu.

Namun, seperti kebanyakan penyangak-penyangak Umno lain, mereka bergaduh sesama sendiri dalam Umno-BN, Pakatan Rakyat pula yang menjadi 'ulam' , untuk dipersalahkan.

Teman menyentuh mengenai Zamhuri, bukan kerana hendak membalas keceluparannya, bukan juga kerana bencikan beliau.

Tetapi bagi teman, beliau adalah jelmaan manifestasi pelaksana, pendukung dan pemimpin Umno yang hipokrit, hidup mereka hanya mengejar projek, dengan menyandarkan perjuangan atas nama Melayu-Islam. Orang Perak kata spesies 'mangkuk hayun' macam inilah yang harus ditolak rakyat.

Zamhuri adalah bukti, mereka-mereka dalam Umno, bukan pejuang Melayu tulen. Mereka adalah insan haprak yang merebut kuasa untuk kepentingan diri, mengumpul sebanyak mana kekayaan dengan amalan rasuah yang amat jijik.

Zamhuri bukan calang-calang orang di Perak. Selain Naib Ketua Pemuda bahagian, beliau juga Ketua Cawangan dan Bendahari Pilihan Raya Umno Kampar.

Lagi hebat, beliau adalah kakitangan kerajaan dengan Gred N48. Satu lagi persoalan yang timbul, inilah dia kerja Umno, menggunakan jawatan dalam kerajaan untuk mendapatkan projek pasir dan lain-lain.

Boleh atau tidak kakitangan kerajaan berniaga dan mendapat projek dari kerajaan? Beliau harus disiasat nama syarikat dan dibongkar apa kepentingannya dan dalam konteks ini, boleh disabitkan dengan penyalahgunaan kuasa dan kepentingan.

Jika beliau menyalahgunakan kuasa, Zamhuri boleh dianggap lebih kurang macam perangai Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Jalil yang terbabit dalam skandal NFC. Caranya sama, amaun saja berbeza.

Jika kita melihat amukannya di laman Youtube Jumaat lalu, Zamhuri dengan loghat pekat Peraknya mengamuk selama lebih tujuh minit. Dengan jelas Zamhuri sendiri yang meminta amukkannya dimasukkan ke dalam Youtube.

Zamhuri ketika itu, mengisytiharkan keluar daripada Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu dan menyatakan hasrat untuk menyertai DAP.

Zamhuri berkata, tindakan tersebut diambil kerana parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang Melayu dan tidak lagi relevan.

Jelas suaranya, memaki hamun beberapa orang yang cuba memujuknya, termasuk Setiausaha Umno Bahagian Kampar, Zainal Abidin Selamat yang berada di situ.

Termasuk yang menjadi mangsa hamunannya ialah Ketua Umno Bahagian Kampar, Dato' Mohd Radzi Manan, yang dikatakan cuba memujuk beliau.

Jelas di laman Youtube apabila telefon bimbitnya berdering (dipercayai dari Dato' Radzi), Zamhuri mengamuk sambil menjawab telefon dengan mengatakan:

"Dato' Radzi telefon aku. Saya tekad hari ni Dato', apa jadi pun hari ni saya tekad..hidup DAP.  Dato' kerajaan Umno-BN tak boleh tolong orang Melayu baik masuk parti lain Dato'."

Selepas Zamhuri mencampakkan telefon ke atas meja, sambil dipujuk beberapa orang. Zamhuri tidak mempedulikan mereka.

Disambung amukannnya, "Ha tengok sampai seluruh Perak menelefon. Baru nak menolong. Nak bagi rasuah baru dapat, nak menyembah rupe (serupa) ini..ha tolong aaa (menyembah cara Cina beribadat)," laungnya, dalam loghat Perak yang pekat.

"Ini semua rasuah. Nak kawteem, nak ajak karaoke, nak ajak makan, nak bagi rasuah, nak bagi amoi, aku kabo ke kome (beritahu kamu), nak bawa (amoi) dari Siam baru seronok hati

"Minta cara betul semua tak boleh, nak sogok baru boleh," tibai Zamhuri.

Malah beliau melaungkan takbir seraya berkata, "Allahu akbar! Saya sokong tukar kerajaan, Allahu akbar!

Hahaha..itulah drama pendek pencacai Umno yang berjaya melondehkan imej kotor, jijik dan nista Umno di Perak, dan juga di seluruh negara.

Orang kata morale of the story, kalau nak dapat projek kerajaan Umno, mesti bagi rasuah duit dan betina.

Kepada orang Perak, eloklah deme pikior balik daripada menyokong Umno ni. Teman idak le menuduh ape-ape, yang menuduh Umno jahat, kaki rasuah, kaki betine dan menyundal ni adalah Zamhuri si yob pasior.

Ate..itulah kerojenya deme tu. Gune nama Melayu-Islam, tapi menyundal dari 'atas perut hingga ke bawah perut.' Kongkali kong betul.

Umno  Perak, silalah.. ambillah Zamhuri balik, Pakatan Rakyat tak sior (mahu) pun dia, teman tak semawa, dia yang terkinja-kinja. Alahai yob, 'nasi dah jadi bubur.'
 
-/harakahdaily

Read more ...

GERAM MAHATHIR!!! Semuanya salahkan Pak Lah

  • Aku tak tahu apa salah besar yang dibuat oleh Pak Lah kepada Tun Mahathir sehinggakan sampai sekarang kemarahannya belum reda. Dalam tulisan terbaru Tun Mahathir, dia menuduh kemarahan rakyat pada Pak Lah menjadi sebab kenapa pada pilihanraya ke 12, BN tidak mampu mengekalkan kemenangan 2/3 kerusi parlimen.
  • Tun Mahathir nampaknya masih tidak dapat menerima sedikitpun kemarahan rakyat bukanlah pada Pak Lah semata-mata tetapi sebaliknya kemarahan rakyat adalah pada BN dan Tun Mahathirlah orang yang bertanggung jawab sedikit sebanyak mencetuskan kemarahan itu.
  • Pemerintahan Tun Mahathir yang merupakan PM paling lama memerintah di antara PM-PM yang pernah ada berjaya menyebabkan gabungan kemarahan-kemarahan kecil beransur menjadi besar. Kebetulan kemarahan tersebut mencapai klimaksnya pada masa pemerintahan Pak Lah dan aku rasa kemuncak klimaks yang kedua sedang menunggu letusannya pada PRU 13 nanti.
  • Tun Mahathir bukanlah seorang yang tidak cerdik dan dia lebih arif untuk mengesan bahang letusan kemarahan rakyat pada PRU 13 nanti. Sebab itu dia menyusuli teori kejatuhan BN yang akan datang dengan tohmahan kononnya rakyat Malaysia terutamanya pembangkang merupakan kumpulan yang pendek akal yang mahu menghancurkan demokrasi di Malaysia dengan menggulingkan BN melalui keganasan.
  • Aku yakin di sudut kecil hati semua rakyat Malaysia memperakui ada juga jasa baiknya kerajaan BN selama ini yang menghidangkan jamuan kemewahan pada mereka walaupun hidangan lebih banyak merupakan kuah berbanding lauk, namun ia tetap mampu mengenyangkan rakyat ala kadarnya.
  • Namun aku pelik apabila Tun M menuduh pembangkang yang menjadi pesaing dalam pertandingan lumba lari pilihanraya Malaysia dituduh mahu menyela kayu dikaki BN supaya mereka rebah tak dapat bertanding. Sedangkan PR mahu bertanding secara bersih sehingga ke garisan penamat dan siapa kuat dialah yang menang.
  • Apa yang aku lebih risaukan adalah setiap kali tiba di garisan akhir, ada orang yang sentiasa menjauhkan tali penamat lebih jauh setiap kali pembangkang tiba dulu...
  • Baca tulisan Tun M di sini.

Read more ...

PERANGAI MENTERI!!!Ghairah lelong plat kenderaan, rakyat sengsara skandal berbilion ringgit


KUALA LUMPUR, 25 MEI: Yang dituntut oleh rakyat ialah penyelesaian skandal KLIA2 yang bernilai RM3.9 billion, skandal RM12.5 billion PKFZ dan skandal RM12.49 bilion lebihan kos projek landasan keretapi berkembar EDTP.

Tetapi yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha ialah mendabik dada kerana berjaya menjadi penjual nombor plat kenderaan WWW.
Inilah kehebatan seorang Menteri dari MCA dan Barisan Nasional yang diamanahkan oleh negara untuk menjaga kepentingan rakyat, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

“Rakyat Malaysia tidak perlukan seorang Menteri Pengangkutan yang cuma berminat melaporkan jumlah lelongan nombor plat WWW daripada menyelesaikan isu besar yang dihadapi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Kong tidak berwibawa kerana gagal melindungi dan mempertahankan kepentingan awam melibatkan isu skandal berbilion ringgit, sebaliknya, beliau telah mengadakan beberapa  sidang akhbar bagi mengumumkan nilai rekod bidaan tertinggi bagi plat kenderaan WWW yang mencecah RM11.3 juta seperti mana yang dilaporkan Bernama.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berlata, Kong sepatutnya menjelaskan kepada rakyat tentang kenaikan mendadak  nilai “terminal kos rendah” KLIA2 dari RM1.7 billion pada 2007 kepada RM3.9 billion tahun lalu adalah akibat penukaran tapak KLIA2 ke kawasan paya gambut.

“Walaubagai mana pun, kenaikan RM2.2 billion tersebut yang membebankan rakyat dijawab Kong yang hanya berkata ‘saya tidak mempunyai jawapan kerana keputusan tersebut tidak dibuat oleh Kementerian Pengangkutan’, ” tambah beliau.

Pua juga berkata, dalam isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kong yang juga Setiausaha Agong MCA telah mengarahkan bayaran diteruskan kepada pemegang saham Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB). Sedangkan, Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) sendiri telah menyaman KDSB sebanyak RM1.6 billion di atas tuntutan berlebihan dan penipuan, tambahnya. 

Sebaliknya, beliau berkata, Kong pula menuduh PKA dengan mengatakan bahawa setiap jumlah yang dibayar adalah atas nasihat PKA walau pun PKA mengarahkan untuk menghentikan bayaran,” ujarnya.

Yang terkini, laporan Business Times yang mendedahkan bahawa MMC-Gamuda telah menuntut arahan perubahan kerja (VO) sebanyak RM1.5 billion dari kerajaan bagi lebihan kos Pembinaan Landasan Berkembar Elektrik (EDTP) Ipoh-Padang besar. 

“Walau pun ia dinafikan oleh MMC-Gamuda, mereka tetap mengakui bahawa tuntutan “perbelanjaan dan kerugian” tersebut adalah disebabkan oleh kerajaan sendiri. “Nilai projek EDTP ialah RM12.49 billion dan kenaikan sebanyak RM1.5 billion bermaksud kenaikan 12% daripada kos asal,” kata Pua.

Menurutnya, semua ini perlu dijelaskan oleh Kong tetapi pemimpin MCA itu terus membisu walau pun sedar segala skandal tersebut telah menyumbang kepada masalah ekonomi negara kerana wang pembayar cukai yang berjumlah berbilion ringgit telah disalah guna dan dibazirkan. – Roketkini.com

Read more ...

TERKINI!! PKR kenal pasti samseng UMNO baling batu dan telur!!


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah mengenal pasti samseng Umno yang melempar batu, telur dan botol hingga menyebabkan beberapa penyokong Pakatan Rakyat cedera di ceramah malam tadi.

Menurut Pengarah Operasi Jentera Pilihan Raya KEADILAN Lembah Pantai, Md Zaman Md Tasi, tindakan biadap itu dilakukan oleh Pemuda Umno kawasan berhampiran.


"Saya mengenal pasti mereka adalah Pemuda Umno. Saya merupakan penduduk Lembah Pantai dan mustahil saya tidak mengenali mereka," katanya.


Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut menjadi sasaran tindakan provokatif pihak tidak bertanggungjawab ini.


Nurul Izzah berkata, ketika mahu ke pejabat pagi tadi, beliau menyedari beberapa biji telur telah dijumpai di tangga pejabatnya dipercayai dilempar sebelum itu.


"Kejadian ini disedari pada jam 10.00 pagi. Selepas selesai program di Puchong, saya singgah di pejabat dan mendapati tangga menuju pejabat saya penuh dengan kesan telur pecah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Merchant Square, Petaling Jaya, di sini tengah hari tadi.


Beliau mengesyaki perbuatan itu dilakukan Pemuda Umno kerana setiap pagi beliau mendapati ramai di kalangan mereka melepak di restoran mamak berhampiran.


Dalam kejadian malam tadi, penyokong Pakatan Rakyat cedera terkena balingan batu yang dilempar dari tapak ceramah Umno-APCO yang berselindung di sebalik NGO Tibai yang menampilkan Umi Hafilda Ali yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat yang terletak kira-kira 30 meter dengan hanya dipisahkan oleh pagar apartmen.


Nurul membuat laporan polis berhubung kejadian balingan batu dan telur, gangguan di pejabat dan provokasi Umno-APCO sebentar tadi dengan ditemani seorang lagi Naib Presiden, Tian Chua.

Read more ...

DEDAH!!! Shahrul, lelaki di belakang Kelantan Fiesta 2010

KUALA LUMPUR: Rupa-rupanya pemimpin utama anak muda yang menyerang rumah Datuk S Ambiga semalam adalah CEO Red Carpet, syarikat pengurusan program yang kantul akibat kegagalan 'Karnival Kelantan Fiesta 2010' selepas diserang ribut.

Shahrul Nasrun Kamarudin yang memimpin sekumpulan remaja ke rumah Ambiga semalam, sebelum ini pernah dilaporkan keluar dengan pelakon yang juga janda anak bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Nora Danish.

"Dia pendajjal yang membela golongan murtad dan LGBT (Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender)," Shahrul didengar bertempik di depan rumah S Ambiga, Pengerusi bersama Bersih semalam sebelum menyerahkan memorandum.

Sebelum ini, satu persatu Harakahdaily mendedahkan siapakah di belakang penyerang rumah Ambiga.

Antaranya pemimpin 'senaman punggung', Datuk (palsu) Mohd. Ali Baharom yang mengaku membeli gelaran datuk dengan harga RM250,000 manakala Datuk Jamal Md Yunus adalah tauke Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang sedang menghadapi masalah dengan restorannya itu.


(Kelantan Fiesta 2010 yang gagal selepas diserang ribut)

Nama Shahrul Nasrum yang memimpin satu NGO yang bernama 'Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia' mula timbul selepas 'Karnival Kelantan Fiesta 2010' gagal dan memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Program yang dibuat pada tahun  2010 di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke 1V itu gagal sepenuhnya sehingga Pengerusi Umno Kelantan terpaksa menggunakan 'loud heller' untuk bercakap dengan beberapa tetamu yang hadir selepas kawasan perhimpunan di serang ribut.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dilarang oleh pihak penganjur dari menyertai majlis itu.

Lebih menjijikkan lagi, sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM200,000 untuk menjayakan program itu dihantar kembali oleh pihak penganjur.

Tuanku Sultan Kelantan juga telah membatalkan penyertaannya ke majlis itu selepas 'gagal mematuhi protokol' yang ditetapkan istana.

Program yang sepatutnya disiar secara langsung oleh RTM itu dibatalkan begitu sahaja.

Kini Shahrul datang dan memekik perkataan yang tidak sewajarnya diucapkan kepada seorang bukan Islam di negara ini di samping membuat bising di kawasan yang dianggap elit itu.

LAPORAN BERKAITAN

Read more ...