Thursday, July 19, 2012

CERAMAH UST KAZIM TIADA SAMBUTAN!!! Blogger UMNO Kak Midah bangsat membangsat

Oleh: MSK

Semalam, sorang kawan bagi tau aku pasai apa aku tak respon kepada blog Kak Midah yang melabelkan Mediaperak sebagai bangsat.

Aku memang tak baca Blog Kak Midah tu sebab kebanyakan isinya hampas. Tapi oleh kerana dia dah bagi label bangsat kepada Mediaperak, aku terpaksa juga baca juga blognya.

Intro posting tersebut saja dah merapu.

Media Perak, sebuah laman yang ditubuhkan hasil persepakaran pakatan Rakyat negeri Perak yang diketuai oleh pemimpin Cina DAP. Media Perak akan bergerak aktif dalam program-program yang mampu menggugatkan pemimpin cina DAP.

Mediaperak dikatakan diketuai oleh pemimpin Cina DAP..dan bergerak aktif untuk menggugat pemimpin Cina DAP!!. Budak UPSR pun buat karangan lebih baik dari Kak Midah.

Para kedua dan ketiga, Kak Midah marah pasai Mediaperak tayang video dia menghalau rakyat. Dia kata Mediaperak buat fitnah. Hangpa tengok sendiri video tu, dan buatlah andaian sendiri. (Disini)

Lepas tu, Kak Midah juga tuduh Mediaperak buat kacau kat program Ustaz Kazem di Taman Aman dengan memotong dan membuang 22 banner ceramah. Apa la punya turrr!! Kerja-kerja potong banner, koyak poster ni .. tak ada masa la nak buat.

Tapi nak buat macam mana? Sebab blogger-blogger yang makan gaji dengan Kak Midah ni sudah dilatih oleh Utusan.

Kemudian baru dia masuk cerita sebenar yang dia bagi tau. Cerita tu dia ambik dari blog lain tentang Manjongmari dengan Ustaz Kazim Alias.

Aku cuba cari apa yang ditulis oleh  Manjongmari yang menyebabkan Kak Midah pun minat sama. Rupanya pasai gambar Ceramah Ustaz Kazem. Jadi, Balaci kak Midah menggunakan isu Manjungmari dengan Ustz Kazem untuk membangsatkan Mediaperak.

Manjongmari buat posting..tapi yang bangsat ialah Mediaperak. Aper citer ni?
Semuanya berkait dengan dua keping gambar dalam blog Manjongmari.


Gambar-gambar tersebut mempunyai watermark mediaperak. Dan oleh kerana itu, balaci Kak Midah mempunyai alasan untuk membangsatkan Mediaperak. Macam mana kalau aku ambik gambar dari blog Papagomo…aku spin sikit dan aku bangsatkan Sungairapatonline? Boleh tak?

Mediaperak mempunyai ahli keluarga seramai lebih 60 orang diseluruh Perak. Bukan semua blogger. Ada yang jadi photographer, videographer, Facebookers dan ada jugak yang buat kerja-kerja teknikal.

Dalam kes ini, ia berkaitan dengan gambar. Dua keping gambar diatas mempunyai watermark mediaperak. Setiap watermark mempunyai kod yang unik untuk mengenali siapa yang mengambil gambar tersebut.

Dalam dua keping gambar diatas, ia adalah milik Hadie Manchester. Hadie mengambil gambar tersebut dan menghantar ke Facebook Mediaperak. Adakah Hadie membuat laporan palsu atau fitnah?


Hadie merungut pasal program tersebut masih belum berjalan walaupun dah pukul 9.45 malam sedangkan sepatutnya bermula jam 9.00 malam. Malah Hadie menulis bahawa penganjur memainkan CD. Gambar di Skrin dalam gambar bawah  adalah gambar yang mainkan melalui CD.


Cuba tengok waktu gambar ini dimuatnaik oleh Hadie. Satu pada 9.50 malam dan satu lagi jam 9.52. Dengan lain perkataan, gambar-gambar ini diambil sebelum program bermula. Hadie tak bohong atau buat fitnah.

Oleh kerana majlis lambat sangat bermula, Hadie meninggalkan program tersebut. Jam 10.13 malam, dia dah ada kat kedai mamak.


Semua editor Mediaperak tak minat dengan cerita ceramah Ustaz Kazim ni. Jadi..tak ada sapa pun yang membuat posting tentang ceramah Ustaz Kazim ni dalam Mediaperak. 

Kalau Mediaperak membuat posting tersebut dan menulis bahawa tak ramai orang yang hadir dalam ceramah Ustaz Kazim, aku boleh terima kalau Sungairapatonline kata Mediaperak ni bangsat. Tapi kalau Manjongmari yang tulis dan balaci Kak Midah membangsatkan Mediaperak..yang tu pun aku masih boleh terima!! Sebab dah memang itu kerja balaci Kak Midah. Balaci-balaci Kak Midah dilatih oleh Utusan…jadi la macam Utusan.

Apa pun..terimakasih la kerana mempromosikan Mediaperak.

Read more ...

VIDEO!!! Cerita Ust. Azhar Idrus diganggu hantu

Read more ...

SAH!!! Abby Abadi serah borang jadi ahli PAS seumur hidup



Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan baru sahaja mengisytihar kemasukan ke dalam PAS dan telah menyerahkan borang keahlian seumur hidup sebentar tadi di dalam satu majlis ceramah bersama YAB Tuan Guru dan Exco kanan kerajaan negeri, YB Dato Husam di Padang YIK Nilam Puri.
Abby yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri rancangan televisyen Gerak Khas kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan PAS kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, minggu lalu.

Tidak ketinggalan bekas rakan sepasukannya dalam filem tersebut juga menempelak Abby kunun mewakili anak-anak polis mencabarnya supaya berdebat dengannya.


Tetapi sehingga ke hari ini AC Mizal masih tidak memberi kata putus berkenaan isu debat yang dimulakannya sendiri.


Abby Abadi sebelum ini pernah menyatakan hasratnya kini ingin lebih dekat dengan agama selain menjadi insan lebih baik setelah melalui pelbagai pengalaman yang banyak mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah.


“Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.


“Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” katanya.


Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH.


Apa-apa pun kita rakamkan syabas kepada Abby Abadi dan kita alu-alukan beliau di dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia ini.



Read more ...

FITNAH CELAKA!!! Cukup la UMNO terajunya, polis tak payah la jadi tukang fitnah

KUALA LUMPUR - Risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata, Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi Pas selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.


"Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana.


"Kesannya, idea-idea berhubung politik baru yang berpotensi menjejaskan nilai teras negara telah berkembang. Gerakan ini sebenarnya mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) asing yang membantu dari segi kewangan, latihan dalam dan luar negara serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya," katanya.


Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen hari ini.

Konvensyen sehari itu dianjurkan oleh Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut  Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia, di bangunan Parlimen.  

Mohd Sofian berkata, tindakan gerakan itu sebenarnya bertujuan untuk melahirkan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang sentiasa bersikap bermusuhan terhadap kerajaan sekaligus bermatlamat mewujudkan suasana kucar-kacir sehingga melemahkan sesiapa sahaja yang memerintah negara.


"Dalam hal ini, kita bimbang tindakan parti pembangkang dan NGO memainkan isu kontroversi yang membakar sentimen rakyat agar membenci kerajaan menjelang pilihan raya.


"Ataupun (ia) meningkatkan aktiviti demonstrasi dan juga insiden yang boleh mengalihkan tumpuan pihak polis... gerakan massa mengheret rakyat turun ke jalanan melakukan demonstrasi akan terus menjadi trend di negara kita," katanya.


Beliau berkata, perhimpunan Bersih, Oren dan Hijau, yang dianjurkan pihak yang disokong pembangkang, baru-baru ini merupakan rancangan yang diatur khas sehingga pilihan raya umum akan datang.


"Tambahan pula budaya kempen sepanjang tahun yang diamalkan di negara ini menyebabkan fikiran rakyat terus terdedah dengan pelbagai maklumat yang mempunyai nilai politik,"kata beliau dipetik Bernama. - Bernama

Read more ...

BERITA TERKINI!!!Blogger UMNO Papa Gomo gagal batal tuntutan saman peguam terkenal

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgxbxmKHlEb-qFP1qED5LqxLzfZKqlb76U3nkF71LmCZVZqgC4flkMMS3dJmzx6cRN4IjMbzwBuEngPWHs6LPkV1EMe3B98LYKv0639FNjBg78z_VCuFGUKAz91GOKnL9VKpE36VbyObg/s1600/papa+gomo+parlimen.png 
KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikaitkan dengan blog Papagomo hari ini gagal membatalkan tuntutan saman seorang peguam terkenal, Datuk Sukri Mohamed terhadapnya.

Mahkamah Tinggi di sini menolak dengan kos saman dalam kamar ke atas beliau atas alasan teknikal perundangan.

Sukri bekas anggota parlimen Machang, sebelum ini pernah menggemparkan negara berkahwin dengan seorang artis, menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta ekoran berita fitnah yang disiarkan blog milik defendan.

Dalam tuntutan samannya, Sukri mendakwa defendan bertanggungjawab menulis dan menyebabkan tersiarnya sebuah artikel di dalam ruangan blog; http://www.papagomo.com bertajuk “ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sultan Kelantan” pada 4 Mei 2011.

Artikel tersebut disifatkan secara jelas menyebut secara langsung berita tidak benar dan tidak berasas yang dikaitkan dengan plaintif.

Katanya, defendan menulis dan menyebarkan berita yang tidak benar mengenai plaintif yang didakwa menyalahgunakan wang rakyat dengan menggunakan kedudukan sebagai Penasihat Sultan.

Mahkamah juga menolak dengan kos saman dalam kamar blogger terbabit untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas alasan sekarang defendan menetap di sana.

Kes didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi dan Rusilawati Zakaria, manakala Wan Muhammad Azeri diwakili Shahrul Aswad Ismail.

“Selaras dengan itu mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan ikatan dokumen untuk perbicaraan dan pengurusan kes pra-bicara pada 5 September hadapan,” kata Hisham.

Read more ...

PENANTIAN 48 TAHUN!!! Di bawah BN hanya janji kosong, di bawah PR janji ditepati

AMPANG, 19 JULAI: Perasaan gembira dan sebak terpapar di wajah lebih 640 penduduk kampung apabila mereka menerima kunci kediaman pangsapuri baru mereka hari ini daripada Kerajaan Selangor.

Mereka seperti Wan Kamariah Che Man, 80, seorang peneroka asal Kampung Berembang yang duduk di kampung itu sejak 1964.

Beliau berasa syukur dan memuji tindakan prihatin kerajaan negeri dalam memastikan hak mereka untuk memilik kediaman akhirnya ditunaikan.

Beliau mengakui, perubahan pemerintahan kerajaan daripada Umno-BN ke Pakatan Rakyat mampu membantu golongan yang berpendapatan rendah.

“Ini yang kami perjuangkan selama ini. Alhamdulillah akhirnya terlaksana. Selama ini kami minta bantuan kepada Umno, tetapi tidak ada apa yang kami dapat.

Terima kasih kepada Yb Iskandar dan Azmin Ali kerana bersusah payah mendapatkan hak kami untuk mendiami rumah tetap,” katanya apabila menerima kuncinya untuk unit pangsapuri Berembang Indah.

Majlis penyerahan kunci dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad dan Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali.

Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Datuk Ahmad Omar, Ketua Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Datin Paduka Alinah Ahmad dan Pegawai Daerah Gombak, Zaharin Mohd Saad.

Perasaan gembira ini turut dikongsi Emi Daud, 80 yang lega penantiannya untuk mendapat rumah sendiri berakhir.

Beliau yang telah menetap di rumah setinggan hampir 30 tahun lalu tidak sabar untuk mendiami rumah baru menjelang bulan Ramadhan dan Aidilfitri.

Chua Chin Chai, 56 yang telah menetap di Kampung Berembang selama lebih 20 tahun turut berkongsi kegembiraan bersama keluarga apabila mereka bakal menduduki rumah baru dalam masa terdekat ini.

“Saya banyak gembira. Sudah dekat 9 tahun lebih tunggu rumah ini, akhirnya dapat. Rasa senang hati,” luah beliau dengan nada gembira.

Projek Pangsapuri Berembang Indah dimulakan pada 2005 namun gagal disiapkan ekoran beberapa masalah teknikal.

Pada tahun 2008, kerajaan negeri mengarahkan pemaju supaya menyiapkan projek ini dengan kemudahan tersusun dan terancang.

Pangsapuri ini dilengkapi dengan 7 buah lif, 385 petak meletakkan kenderaan, surau, ruang kedai, tandas awam, dewan orang ramai dan gelanggang serbaguna. Ia dibangunkan oleh Syarikat Perspektif Masa Sdn Bhd (PMSB).

Pangsapuri ini merupakan penempatan semula bagi 649 keluarga penduduk Kampung Berembang yang terjejeas dengan projek pembangunan di kawasan itu.
Setiap keluarga mendapat pangsapuri tersebut pada harga RM 35,000.

Dalam majlis sama, Abdul Khalid meminta penjelasan daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan pemaju ekoran kelewatan pemberian sijil layak menduduki bangunan (CF) kepada penduduk.

Menurut Timbalan Yang diPertua MPAJ, Abdul Hamid Hussain, kelewatan ini disebabkan pembinaan pam pembentungan oleh pihak pemaju yang tidak mengikut pelan asal seperti yang dipersetujui oleh Indah Water konsortium (IWK).

Namun, perkara ini berjaya diselesaikan apabila pemaju memberikan jaminan kepada Abdul Khalid dan penduduk akan menyelenggara pam tersebut selama 5 tahun.

Saya minta penduduk rumah pangsa ini tidak dikenakan apa-apa bayaran tambahan untuk menguruskan pam ini selama 5 tahun. Kalau (pam) tidak boleh guna, kita boleh minta mereka (pemaju) tukar,” kata Abdul Khalid.

Tegas Abdul Khalid, beliau berharap masalah CF ini akan diselesaikan dalam tempoh seminggu selain meminta PNSB memantau perkembangan pangsapuri dalam tempoh enam bulan.

Beliau turut meminta penduduk menubuhkan jawatankuasa pengurusan bertindak bagi memastikan kemudahan pangsapuri dapat dijaga sebaiknya.

Read more ...