Thursday, March 3, 2011

Video : Ceramah Anwar Ibrahim Vs Umi Hafilda



Nilailah sendiri siapa yang benar siapa yang salah...Melalui video di bawah...Perjuangan rakyat VS Perjuangan Serangan Peribadi:

komen Malaysiakini:
700 pendengar ceramah Anwar VS 300 pendengar ceramah Ummi Hafilda
Ceramah Anwar - anak muda VS Ceramah Ummi- orang tua

Intipati ceramah:
Anwar - Barang Naik,Buku Jingga,Ummi Pencacai Upahan,Krisis Mesir,Persamaan Umno-Mubarak
Ummi - Penipu,pembohong,peliwat,agen Yahudi

komen blog Umno:
Anwar lari ketika ceramah kerana tidak tahan pendedahan Ummi Hafilda.Betulkah?

sumber video : Minaq Jinggo

kamisokongpas

Read more ...

Nak tahu sebab apa menentang Umno adalah amalan yang mulia, mai baca

Menentang UMNO adalah amalan mulia!

Ramai Melayu Umno menganggap, kalau anda menentang UMNO maka anda adalah pengkhianat bangsa Melayu. Benarkah dakwaan tersebut?

Tunku Abdul Rahman, Bapa Merdeka, telah menolak untuk bergabung dengan UMNO pada tahun 1988, seperti yang dilakukan Tun Hussein Onn. Jangan lupa, bahawa pengasas UMNO sendiri, Onn Jaafar juga keluar UMNO!

Ketiga-tiga mereka meninggal dunia di luar UMNO. Mereka tidak mahu ada kaitan dengan UMNO.

Mereka pergi ke kubur mereka dengan membenci UMNO , dengan keyakinan bahawa UMNO tidak lagi seperti mana UMNO yang mula ditubuhkan dahulu.

Onn Jaafar,Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein adalah negarawan ulung negara. Dan mereka ini diakhir hayat mereka berpaling dan keluar dari UMNO.

Apakah orang-orang UMNO berani mengatakan bahawa ketiga-tiga negarawan ulung tersebut pengkhianat bangsa Melayu?

Terbukti bahawa menentang UMNO bukan satu kerja khianat.PAS menentang UMNO kerana mahu menyelamatkan bangsa, ugama dan Negara dari cengkaman kezaliman UMNO yang sejak sekian tahun memerintah Negara.

alhusseyn

Read more ...

Sudah lebih 50 tahun umno menipu Melayu. Cukuplah...

IPOH. Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini menyatakan bahawa Pemimpin-pemimpin Umno merasakan hak istimewa orang Melayu tergugat tidak lain tidak bukan kerana bimbang kedudukan dan kuasa mereka tergugat disebabkan orang Melayu mula meninggalkan perjuangan Umno di samping kaum lain sudah tentu menjauhi perjuangan Barisan Nasional.

Menurut beliau, pemimpin tertinggi Umno mahu memecah-belahkan orang Melayu dengan alasan kaum Melayu semakin lemah dan hak istimewa orang Melayu akan tergugat jika Umno-BN kalah dalam pilihan raya akan datang.

Dengan kata lain, Umno cuba mengugut orang Melayu agar tidak menolak Umno-BN dalam pilihan raya jika tidak mahu hak mereka hilang kepada kaum lain.

Beliau menyatakan , seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa Umno tidak terlepas daripada isu perkauman. Kononnya umno sebagai penyelamat kaum Melayu, akan tetapi realiti sebenar pemimpin umno yang telah menggadaikan keistimewaan bangsa Melayu di Malaysia selama ini.

Memetik ucapan beliau “Yang merosakkan Melayu sejak Merdeka dahulu adalah Umno. Sudah 53 tahun Merdeka, Melayu makin lama makin terpinggir, nasib orang Melayu semakin tidak terbela, bukankah selama ini umno yang uruskan pentadbiran Negara?

Jadi siapa yang rosakkan Melayu sejak dari dahulu kalau bukan Umno yang mengkhianati kaum sendiri?” umno salah guna kuasa selama ini, habis tanah rizab orang Melayu digadaikan, hak keistimewaan orang Melayu dihakis, bahasa Melayu diketepikan”

“Pemimpin umno juga mengamalkan prinsip rompak hasil mahsul negeri dan kemudian mengagihkan kepada kroni-kroni umno yang menjadi budaya Umno-Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun”.

Selain itu beliau juga menyatakan, Islam tidak menyuruh kita anti kepada mana-mana kaum dalam negara ini atau dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Tetapi, Islam menekankan aspek keadilan sejagat untuk semua.

Justeru beliau menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bangkit menghalang kezaliman yang selama ini dilakukan oleh umno kepada rakyat Malaysia, matlamat terdekat kita untuk memenangi PRU 13 ini dan banyak bukti umno telah gadaikan bangsa Melayu demi kepentingan peribadi pemimpin mereka dan PAS bersama Pakatan Rakyat akan dedahkan sebanyak mungkin bukti-butki kezaliman yang dilakukan oleh umno selama ini kepada rakyat.

Read more ...

Video : Pak Long (Selagi Ada Rindu) Kempen Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera



http://mstar.com.my/archives/2010/6/9/mstar_hiburan/015526270.jpg

Read more ...

Peguam Negara apa tunggu lagi , jika pemimpin PR lambat siang

Mengaku terbit Selangor Terkini, Selangor mahu Shukor didakwa

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiaABkiXLHPa1FwZLRTbzxN0zbl6nFX664EwstHHGzEyh8bk_5MCtEhS4EMzKEUaqdBgoyOxlp4eghlw2mID150J1DL8w7vln9bRMpNoUyZG_dkzjl2dNpGPY03iXMw_sX0pyyFgjSK5fI/s400/selangor+terkini.jpgSHAH ALAM: Kerajaan Selangor menggesa Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan perundangan dikenakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Abdul Shukor Idrus yang secara terbuka mengaku memiliki dan mengedar akhbar haram, Selangor Terkini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada kenyataan media hari ini, berkata pihaknya sudah mengirim surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk berbuat demikian

“Perbuatan Shukor menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana mengedar kalendar beliau bersama-sama Selangor Terkini yang didapati mengguna logo rasmi kerajaan Selangor tanpa kebenaran.

“Peguam Negara mesti mengambil tindakan terhadap Abdul Shukor kerana bersubahat mengedarkan akhbar haram,” katanya.

Pengakuan terbuka Abdul Shukor selaku Ketua Penerangan Umno Selangor itu disiar Malaysiakini dan beberapa akhbar utama lain pada 23 Februari lalu.

Khalid sudah mengarahkan pegawainya menghantar bukti kepada polis bagi membantu siasatan susulan berdasarkan laporan dibuat pada 17 Januari lalu.

“Saya berharap Peguam Negara akan bertindak “tanpa rasa takut atau memihak (without fear or favour) dalam hal ini sepertimana yang dituntut rakyat dan undang-undang Malaysia,” katanya.

Read more ...

Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal gadai 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu

Mana pergi 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu?

KEPALA BATAS, 3 Mac : "Usah cakap banyak lagi.. Umno kena perjelaskan ke mana hilangnya tanah rezab melayu yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris sebelum berbicara tentang Umno pembela Melayu, " kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Anak Bukit, Ir Amiruddin Hamzah.

Beliau yang berucap di majlis Karnival Penang Harmoni di Dewan Melinium, Kepala Batas malam tadi turut meletakan kesalahan tersebut di tangan Umno yang kononnya menjadi nadi perjuangan orang Melayu tetapi sebenarnya pengkhianat.

Selepas penjajah pergi, orang Melayu mempunyai 3 juta hektar tanah rezab melayu di seluruh Malaysia tetapi kenapa pada tahun 1995 ia berkurangan mendadak sehingga 1.7 juta hektar.

Kejadian itu sampai kini masih tidak dijawab oleh kepimpinan Umno sejak dulu sehingga sekarang, dakwa beliau.

Mereka bimbang jika diberikan jawapan secara ikhlas dan jujur maka tidak mustahil rakyat Melayu akan marah dan tidak lagi bergantung pada parti perkauman itu lagi.

"Jangan biarkan lagi Umno berkuasa kerana tanah milik melayu sendiri tergadai apatah lagi dulunya mereka asyik menang dan ingat kemenangan itu boleh menyembunyikan penyelewengan yang dilakukan, " tegasnya.

Sambungnya, itu di tahun 1995 kini tahun 2011 tentunya terus berkurangan ekoran kerakusan kepimpinan Umno melakukan pembangunan yang yang berat sebelah.

Sepatutnya mereka mengantikan tanah yang melibatkan tanah rezab Melayu bukan terus ambil dan mengaut keuntungan peribadi.

Umno bertanggungjawab memberikan penjelasan kenapa terjadi kehilangan 1.3 juta tanah rezab Melayu di waktu mereka berkuasa penuh terhadap pembangunan di setiap negeri, tegasnya.

Read more ...

Umno penting kebendaan lebih dari agama

Ustaz Ghani : Pemimpin Umno Remeh Isu Agama, Pentingkan Kebendaan



SHAH ALAM 3 MAC: Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Ustaz Ghani Shamsuddin berpandangan memang sesetengah pemimpin Umno dilihat memandang remeh isu berkaitan Islam dalam melebarkan sayap politik masing-masing.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Umno merendahkan martabat Islam dan lebih mengutamakan kepentingan politik, walhal ia agama rasmi yang patut diberikan keutamaan.

“Bagi mereka itu soal-soal yang remeh, ini adalah sifat parti yang tidak mementingkan agama sebagai landasan dan dasar tapi apa yang mereka jadikan pegangan adalah soal-soal kebendaan soal-soal kemajuan soal-soal jalan raya parit, jeti dan sebagainya. Inilah mentaliti kebendaan metarialistik yang diperangi oleh Islam,” katanya.

Menurut ustaz Ghani, Islam bukanlah memerangi fahaman kebendaan tetapi memerangi fahaman sebegitu yang mengatasi fahaman Tauhid serta keimanan.

Jelasnya, iman begitu penting dalam konteks Islam memandangkan ia adalah kunci kepada kesejahteraan, kebahagiaan dan kebaikan sementara kebendaan hanya

mendorong kepada kezaliman, kejahatan dan perlanggaran terhadap keadilan dan kebenaran.

“Fahaman kebendaan golongan nasionalis Melayu ini sudah begitu merebak dan meresap ke dalam pemikiran rakyat-rakyat marhaen sehingga rakyat marhaen itu tidak lagi mendengar atau tak suka mendengar syarahan-syarahan agama, pandangan agama dan dipersenda-senda seolah-olah soal syurga neraka ni soal yang remah temeh,” ujarnya lagi.

Sebelum itu, Hadi dalam siri ceramahnya di Merlimau menegaskan, sikap Umno yang tidak mementingkan Islam dalam sistem pentadbiran negara melemahkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

Kepimpinan Umno yang menghalalkan kezaliman, rasuah dan maksiat menyebabkan orang Melayu Islam sendiri mulai keliru dengan hukum hakam sebenar.

Mengulas hal itu, Ustaz Ghani menyarankan umat Islam supaya berfikir dengan cara yang betul kerana Allah mengajar kita berfikir dan sentiasa mementingkan nilai-nilai kerohanian, keagamaan serta nilai-nilai murni lain.

Katanya, pihak atau kumpulan yang memandang remeh kepada ajaran-ajran ketuhanan dan ajaran yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w itu adalah mereka dengan ajaran sesat dan batil.

Read more ...

Umno jamu arak kepada orang Asli

Orang Asli dijamu arak di Galas

KOTA BHARU, 3 Mac: Dewan Undangan Negeri Kelantan dimaklumkan bahawa, jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Galas telah mengurung orang Asli dalam kempen itu dan memberikan mereka minuman keras.

Ia dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan ngo negeri, Abdul Fatah Mahmood yang melahirkan rasa dukacita cara berkempen BN pada pilihanraya kecil Dun Galas itu.

Menurutnya, mengikut aduan masyarakat terbabit mereka dikurung oleh pemimpin Umno dalam tempoh pilihanraya kecil itu sambil disajikan dengan minuman keras dengan alasan untuk meraikan mereka.

(Gambar fail: Orang Asli dipakaikan baju khas sebelum dihantar untuk mengundi)

“Akibatnya selepas kejadian itu surau begitu lengang tanpa dihadiri oleh masyarakat Orang Asli yang beragama Islam untuk beribadat.

“Kita amat kecewa, tarbiah demi tarbiah telah diberikan oleh kerajaan negeri melalui agensinya serta pihak-pihak lain, namun telah dirosakkan oleh oleh pemimpin Umno untuk kepentingan politik mereka,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan titah Sultan Kelantan sempena pembukaan persidangan Dun Kelantan yang ke-12.

Katanya, sepatutnya kenyataan ‘minum arak’ kerana marahkan kerajaan negeri tidak didengar dalam dun yang mulia ini.

“Satu kenyataan yang amat tidak wajar disebut oleh Adun yang beragama Islam, jadi tidak hairan kalau Adun Galas mengeluarkan kenyataan sedemikian,”ujarnya lagi.

Pada masa yang sama, beliau mendedahkan ada beberapa orang masyarakat Orang Asli memohon dipindahkan di tempat lain kerana tidak tahan dengan tekanan BN di situ.

Tambahnya, kerajaan negeri akan mengambil perhatian berhubung perkara itu.

Read more ...

Prk Kerdau : 6 tahun dengan Felda, hutang RM85 ribu

TEMERLOH, 3 Mac: Seorang peneroka terpaksa menanggung hutang lebih RM85 ribu selepas enam tahun menguruskan ladang tanaman mereka bersama Felda.

Hutang yang begitu besar dalam tempoh singkat itu didakwa akibat menyerahkan urusan tanam semula kepada Felda yang dikendalikan anak syarikatnya Techno Plant sdn Bhd.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) pada sidang media PAS di markas induk PRK Kerdau di sini.

"Sebagai bukti kegagalan Felda, saya bawa satu contoh, seorang peneroka Felda, hutangnya pada ketika ini setelah lebih kurang enam tahun diurus Techno Plant Sdn Bhd, hutangnya mencecah
RM85,441.63 sen," katanya sambil menunjukkan slip penyata hutang yang dikeluarkan Techno Plant.

Beliau bagaimanapun tidak menyertakan maklumat lanjut berkenaan peneroka tersebut.


Mazlan mendakwa, Felda melalui anak syarikatnya yang diwujudkan sejak tahun 200d itu mengaut keuntungan melampau di atas usaha dan titik peluh peneroka berbanding syarikat swasta lain.


Sebagai contoh tambahnya, kos tanam semula dengan Felda adalah sebanyak RM10,503 sehektar berbanding Sime Darby (RM3,120) dan Kumpulan IOI (RM1,998) sekaligus membuktikan dakwaan tanam semula dengan Felda murah adalah bohong.


Akibat kos yang mahal itu kata beliau, peneroka terpaksa menanggung hutang yang besar setiap tahun.


Kos yang besar itu pula kata Mazlan langsung tidak sepadan dengan untung bersih yang diperolehi peneroka berbading menanam semula dengan syarikat lain.


Beliau membandingkan keuntungan Felda yang hanya RM40.50 seekar untuk sebulan dengan Wilmar International (RM1050), IOI Group (RM366.30) dan Sime Darby (RM114).


"Kalau diurus secara profesional, tentu lah keuntungannya lebih besar dari syarikat-syarikat lain," katanya menempelak Felda yang juga turut mendakwa kebun dibawah seliaan mereka diurus secara profesional.


Turut hadir salam sidang media itu Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad dan anggota parlimen Padang Terap Nasir Zakaria.


"Kenapa Felda jadi begini, jadi begini? Kerana disebalik mereka yang menguruskan ini adalah kroni-kroni mereka.


"Mereka inilah yang mengaut keuntungan dan memperalatkan anak-anak peneroka yang bekerja dengan Techno Plant," jelasnya.


Sehubungan itu beliau menggesa perkhidmatan Techno Plant dihentikan serta merta demi masa depan peneroka.

Read more ...