ANALISIS Pengumuman Tan Sri Adenan
Satem sebagai pengganti Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud secara
tiba-tiba semalam dilihat sebagai pencegahan awal daripada sebarang
tekanan Umno untuk pengganti jawatan itu.
Sebelum ini pengumuman itu dikatakan hanya akan dibuat pada Sabtu.
Taib bertemu Yang di-Pertua Negeri Tun Abang Muhamad Salahuddin Abang
Barieng petang semalam untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya yang
berkuat kuasa pada 28 Februari.
Nama Adenan sebagai penggantinya juga dimaklumkan dimaklumkan pada pertemuan pada jam 3 petang itu.
Adenan akan mengangkat sumpah pada 1 Mac 2014.
Read more ...
PETALING JAYA: Wartawan veteran, Datuk Kadir Jasin hairan
kenapa tuduhan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud bahawa Umno
adalah parti rasis tidak dijawab oleh para pemimpin Umno.
Dalam posting terbarunya dalam blognya The Scribe, Kadir menulis apa
yang dilaporkan mengenai kenyataan Abdul Taib Mahmud berkenaan Umno,
maka ia adalah satu tamparan dan penghinaan yang sangat dahsyat dan
tidak patut.
Katanya, media atas talian memetik Abdul Taib sebagai memberi amaran
kepada pengganti beliau agar “memastikan politik rasis Umno tidak masuk
ke Sarawak”.
Katanya lagi, ada dua perkara pokok di sini. Pertama tidak
membenarkan Umno masuk ke Sarawak dan kedua tidak membenarkan “politik
rasis” Umno berkembang di Sarawak.
Tambahnya, Umno mungkin tidak berhasrat mengembangkan sayapnya ke
Sarawak. Setidak-tidaknya buat masa ini. Jadi kepemimpinan Barisan
Nasional (BN) Sarawak tidak perlu khuatir.
“Yang nyata menghina Umno adalah tuduhan Abdul Taib bahawa parti
induk BN itu mengamalkan politik perkauman (racist politics),” katanya
lagi.
Beliau menambah apakah ini benar dan adakah kepemimpinan Umno di
bawah Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak akan berdiam diri menghadapi
tuduhan yang sangat berat itu?
Read more ...
Polis telah mengenalpasti dua individu yang didakwa membuat ancaman jenayah terhadap MP DAP Seputeh, Teresa Kok.
Mereka akan dipanggil tidak lama lagi untuk membantu siasatan, lapor theSunDaily hari ini.
Akhbar itu melaporkan di akaun Twitternya bahawa polis juga akan memanggil Teresa untuk disoal siasat esok.
Semalam, polis telah menyoalsiasat tiga pelakon yang berlakon dalam video Tahun Baru Cina yang disiarkan Teresa di YouTube.
Kandungan video tidak disenangi oleh menteri-menteri Umno, dan beberapa NGO Melayu yang membuat laporan polis terhadap Teresa.
Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tampil menafikan mempunyai kaitan dengan
tawaran untuk menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ketika
perhimpunan menyembelih ayam minggu lalu.
Read more ...