Tuesday, August 31, 2010

Sakit Umno dah semakin teruk, racun disangka ubat































KUALA LUMPUR, 1 Sept :
Umno kini umpama diserang wabak kencing tikus sehingga racun pun disangka ubat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Umno sudah tidak tentu arah lagi untuk mencari formula ubat bagi menyembuhkan wabak kronik yang kini dideritainya hingga ubat luput tarikh seperti pandangan Zam (bekas ketua penerangan Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin) pun dilahap dengan penuh rakus oleh parti itu.

"Ubat Zam tak ubah seperti botol kicap yang bukan sahaja luput tarikh malah sudah ke peringkat menjadi racun," kata beliau.

Zam menuduh PAS meminta bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina tempatan selepas tragedi 13 Mei 1969.

Menurut Mahfuz, apa yang dituduh oleh Zam itu amat bertentangan dengan apa yang sebenarnya berlaku di mana Kelantan yang diperintah oleh PAS ketika tercetusnya peristiwa 13 Mei itu terbukti paling aman.

"Sebab itulah saya kata 'ubat' Zam itu sebenarnya racun yang akan memburukkan lagi wabak yang kini dideritai oleh Umno.

"Bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Zam kerana bersungguh-sungguh menyumbat racun ke dalam mulut Umno yang kini bagaikan dibelasah wabak kencing tikus," katanya sambil membangkitkan kembali dokumentari RTM mengenai Kelantan ketika Zam menjadi Menteri Penerangan.

"Dokumentari itu akhirnya terbukti penuh pembohongan dan menjadi bahan ketawa rakyat Kelantan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Harakahdaily tahun lalu pernah menceritakan apa yang berlaku di Kelantan ketika peristiwa 13 Mei di mana memang tidak dinafikan bahang rusuhan kaum itu mendorong kira-kira 50 hingga 60 orang pemuda berkumpul di atas Jambatan Yahya Petra.

Menurut bekas Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan yang juga pembantu kanan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Ustaz Salahuddin Abdullah, dengan penuh semangat pemuda-pemuda itu dibakar dengan kata-kata "jangan biar orang-orang Melayu di Selangor dianiayai dan tak ada pembelaan kita".

Salahuddin mendakwa, pemuda-pemuda itu, termasuk dari Umno dan PAS, diapi-apikan beberapa pemimpin Umno Kelantan.

Sebaik sahaja mendengar kekecohan itu, Allahyarham Tan Sri Asri Muda yang ketika itu menjadi Menteri Besar Kelantan meminta Salahuddin dan beberapa yang lain pergi memujuk para pemuda itu. Setelah dipujuk, mereka dibawa ke kediaman Menteri Besar yang terkenal dengan panggilan JKR 10.

Ketika di bawa ke JKR 10, kira-kira 100 orang berhimpun termasuk pemuda-pemuda yang dipujuk itu.

"Mereka dijamu dengan mi dan nasi lemak," kata Salahuddin.

Asri menjelaskan kepada mereka bahawa PAS yang ketika itu memerintah Kelantan berjuang berdasarkan landasan Islam.

PAS, katanya, sentiasa tunduk kepada ajaran Islam.

Bekas Presiden PAS itu menasihatkan mereka supaya berwaspada dan jangan terjebak dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam termasuk hasutan rusuhan perkauman.

Ketika pertemuan itu berlangsung, seorang kontraktor yang terlibat dengan projek-projek membuat jalan di Kelantan, Chua Say Paw, tiba-tiba datang ke JKR 10.

Sebelum datang ke kediaman Menteri Besar itu, beliau tidak tahu-menahu tentang kejadian yang berlaku dan datang kerana urusan lain.

Asri terus memanggil beliau ke hadapan dan memberitahu jika berlaku kejadian menganiaya kaum Cina di mana-mana tempat di Kelantan, beliau akan pegang penghulu tempat berkenaan.
Menteri Besar itu tak mahu dengar apa-apa berlaku.

Sambil memandang Chua, Asri juga memberi jaminan tidak ada apa-apa yang akan berlaku ke atas kaum Cina di Kelantan di mana PAS memerintah.

Selepas itu, kehidupan seharian di Kelantan berjalan seperti biasa.

Read more ...

Umno cemari Surau Al Falah


SHAH Alam, 1 Sept. : Dalam usaha giat Umno-Barisan Nasional melempar fitnah siang dan malam terhadap pemimpin Pakatan Rakyat tanpa mengira samada bulan suci Ramadhan atau tidak, parti usang ini lupa bahawa Umno Kuala Langat bersama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) didakwa pernah menganjurkan pertandingan tatarias pengantin di dalam premis yang dipercayai ruang solat Surau Al Falah.

Pertandingan tersebut yang menjadi sebahagian daripada program Karnival Juara Rakyat yang didakwa diadakan pada
9 Mei lalu yang disertai oleh sekumpulan belia lelaki dan perempuan Islam yang bergaul secara bebas tanpa batasan muhrim.

Perkara ini didedahkan dalam sedutan video selama dua setenganh minit melalui laman sosial Facebook yang menyiarkan rakaman pertandingan tatarias pengantin di dalam surau tersebut.


Klip video yang bertajuk 'Jawapan Kepada Isu Teo Nie Ching Masuk Surau' menyiarkan rakaman sekumpulan wanita yang dipercayai anggota Puteri Umno di dalam sebuah bangunan yang mana pada pintunya tertera papan tanda 'Surau Al-Falah'.

Lawatan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al Huda di Kajang Sentral 22 Ogos lalu telah dijadikan bahan politik murahan Umno-BN dengan mendakwa ahli politik DAP itu telah mencemarkan kesucian ruang solat surau tersebut dengan menyampaikan ucapan ringkas.

Malah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melabelkan Nie Ching sebagai orang bukan Islam yang 'kotor'.

Ketika dihubungi Suara Keadilan, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan pimpinan Umno sebagai jahil agama apabila menghalang orang bukan Islam untuk datang ke surau dan masjid bagi tujuan baik, sedangkan dalam masa yang sama merekalah yang kedepan sekali mencemar kesucian tempat ibadah tersebut.

"Ini membuktikan Umno tidak menghormati kawasan atau ruang orang Islam melakukan ibadat. Bagi mereka semuanya halal dan boleh belaka," kata Abdullah Sani.

Apa yang mengejutkan program Juara Rakyat anjuran Umno itu menjadikan ruang solat surau tersebut sebagai tempat bagi pertandingan mendandan sekumpulan gadis yang mengambil bahagian dalam pertandingan menghias pengantin itu.

Klip video itu turut memaparkan beberapa wanita Islam yang tidak memakai tudung menutup aurat dihiasi serta dikenakan mekap oleh pendandan lelaki.

Pada montaj klip video tersebut dipaparkan persoalan untuk renungann, 'Umno Kecam Teo Masuk Surau Kerana Tidak Menutup Aurat Dan Membawa Isu Politik Ke Dalam Surau, Tetapi Tahukah Anda Puteri Umno Tidak Menutup Aurat Dan Mereka Membawa Isu Politik Ke Dalam Masjid?'.

"Jika benarlah rakaman video tersebut, tindakan inilah yang sebenarnya menghina rumah ibadat," tambah Abdullah Sani.

Beliau berpendapat Umno-BN akan terus memainkan isu sensitif perkauman dan agama, terutamanya apabila sokongan rakyat kepada mereka semakin menurun.

Baginya tindakan tersebut merupakan usaha bagi memecahbelahkan masyarakat di negara ini.

"Memang inilah budaya Umno. Kepada mereka, semuanya halal. Judi halal, rasuah halal dan menyalah gunakan rumah ibadat pun halal. Nampaknya Umno ingin mengatasi hukum agama," tegas Abdullah Sani. -SK

Read more ...

Mustafa Kamil tanding Timbalan Presiden


SHAH ALAM, 1 Sept : Mesyuarat Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak semalam sebulat suara bersetuju untuk mengesa Pengerusi MPN, Mustaffa Kamil Ayub bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti pada November nanti.

Menurut Anuar Zakaria, Setiausaha MPN Perak dalam satu kenyataan media, kepimpinan peringkat negeri serta semua 24 Ketua Cabang di negeri itu menyatakan Mustaffa merupakan tokoh yang paling layak memegang jawatan Timbalan Presiden KEADILAN memandangkan beliau mempunyai asas serta kualiti kepimpinan yang cemerlang semenjak berada dalam parti pada 1999.

"Saudara Mustaffa Kamil Ayub berpengalaman memimpin Parti Keadilan Rakyat sebelum ini sebagai, Pemangku Ketua Pemuda selama 2 tahun, Setiausaha Agung selama 3 tahun dan Naib Presiden selama 6 tahun.

"Beliau juga diberi kepercayaan yang tinggi oleh Presiden dan kepimpinan parti mengetuai negeri Terengganu dan Sarawak sebagai Pengerusi Keadilan Negeri dan berjaya menyelesaikan kemelut kedua-dua negeri ketika dilanda masalah.

"Saudara Mustaffa Kamil Ayub juga turut diberi kepercayaan oleh Presiden dan kepimpinan parti menjadi Pengerusi Biro Antarabangsa dan Biro Latihan," tegas kenyataan itu.

MPN Perak berkata Mustaffa seterusnya dilantik sebagai Pengerusi KEADILAN Negeri Perak pada November 2009 dan berjaya menyelesaikan konflikdan kemelut yang melanda negeri itu suatu ketika dahulu.

Melalui kepimpinan beliau, satu perubahan besar telah dilakukan melalui gagasan Memimpin Agenda Perak (MAP) yang diilhamkan oleh Mustaffa sehingga menjadikan KEADILAN Perak disegani oleh rakan dan digeruni pihak lawan.

"Majlis Pimpinan Negeri Perak yakin sekiranya Saudara Mustaffa Kamil Ayub bersedia untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, beliau mempunyai keupayaan yang tinggi memberi sumbangan yang bermakna kepada KEADILAN untuk menjadi sebuah parti yang unggul di negara ini.

"Majlis Pimpinan Negeri Perak juga memutuskan dan menyatakan sokongan kepada YB Dr Lee Boon Chye, Naib Presiden dan Ahli Parlimen Gopeng dan Dr Mohd Nur Manuty, Ahli Majlis Pimpinan Pusat yang juga Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat untuk bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan yang akan datang," ujar kenyataan itu lagi.

MPN Perak juga mengumumkan calon bagi jawatan anggota MPP yang mewakili negeri itu:

1. Madzi Hassan, Naib Pengerusi MPN Perak
2. Zulkify Ibrahim, Ketua Penerangan MPN Perak
3. Ismail Yusof, Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak
4. Usaili Alias, Ketua Cabang Parit
5. YB S Kesavan, Naib PengerusI MPN Perak & ADUN Hutan Melintang
6. YB Tai Sing Ng, Bendahari MPN Perak & ADUN Kuala Sepetang
7. Muzaffar Shah Khairuddin, Exco AMK Pusat & Negeri Perak
8. Siti Aisyah Shaik Ismail, Ketua Srikandi Pusat

Sehubungan itu, MPN Perak meminta supaya pimpinan Cabang dan ahli di peringkat akar umbi untuk mencalonkan kesemua nama yang tersenarai semasa proses pencalonan MPN kelak.

Read more ...

Beri peluang kepada PAS ganti Umno

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Seluruh rakyat negara ini diseru memberikan kepercayaan penuh kepada PAS menggantikan Umno untuk memimpin mereka dengan lebih adil.

Menurut Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Umno tidak boleh lagi diberi kepercayaan kerana mereka mengelirukan masyarakat dengan memutar-belit ajaran Islam sebenar dan menggunakan isu perkauman utuk kelangsungan politik mereka.

"Kita menyeru kepada masyarakat Islam untuk memberikan kepercayaan kepada PAS sebagai alternatif yang memimpin mereka dan mengajak masyarakat yang bukan Islam supaya tidak memgambil contoh yang buruk yang ditunjukkan oleh Umno berhubung dengan Islam," kata Presiden PAS itu dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Keadilan PAS jelasnya boleh dilihat sendiri oleh masyarakat bukan Islam semasa pemerintahan mereka di Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri Pakatan Rakyat di ketika ini, bahkan terus istiqamah dengan prinsip Islam semasa dalam kerajaan pada tahun 70-an.

Menurutnya lagi, punca kepada kecelaruan yang berlaku hari ini adalah kerana kefahaman salah yang ditunjukkan oleh Umno selama puluhan tahun berkuasa di bumi Malaysia ini.

Sejak sekian lama, Umno katanya tidak pernah puas menjadikan isu agama dan perkauman sebagai senjata ampuh mereka menarik sokongan masyarakat.

Paling teruk apabila tindakan Umno tersebut sering digambarkan kepada masyarakat khususnya Melayu sebagai menepati ajaran Islam yang sebenar.

"Mereka telah mencampur adukkan sentimen perkauman sempit dan mengaitkannya seolah-olah tindakan mereka adalah dari ajaran Islam yang sebenar," jelasnya lagi.

Tindakan Umno itu pula jelasnya disambut dan diangkat oleh media Umno sehingga mereka cuba menggambarkan seolah-olahnya hubungan antara kaum dalam negara kita ini berada dalam tahap yang paling buruk.

Masyarakat Islam jelasnya lagi dikelirukan dari segi fahaman agama yang sebenar, manakala masyarakat bukan Islam pula diadu-domba dengan api perkauman dan ketegangan hubungan kaum.

"Saya ingin memberikan nasihat kepada pihak media yang menggunakan isu agama ini untuk menghentikan tindakan mereka, kerana sebenarnya mereka telah mengelirukan umat Islam dengan kegagalan mereka merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi sumber rujukan umat Islam sejak zaman berzaman," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Sehubungan itu, beliau juga menyeru agar umat Islam meneliti setiap maklumat yang disebarkan supaya tidak diperangkap oleh sesuatu maklumat yang salah.

PAS juga, menurutnya sentiasa konsisten dengan prinsip Islam dan bersedia untuk berdepan dengan semua pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan, untuk menjelaskan garispanduan yang sebenar dalam semua perkara yang berkait dengan umat Islam.hrkh

Read more ...

PR pertahan hak Melayu-Islam


SHAH ALAM , 1 Sept. : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan mengenai keperluan untuk mempertahankan perlembagaan dan menjaga hak dan kepentingan orang Melayu dan agama Islam seperti termaktub dalam Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.


Beliau turut menggesa rakyat supaya terus mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.


Menurutnya, penggunaan bahasa Melayu perlu dimartabatkan dan memperluaskannya sebagai lingua franca serta melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

“Kita juga perlu mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Islam sebagai agama persekutuan, agama-agama lain boleh diamalkan.

“Termasuk juga kedudukan istimewa orang Melayu, anak negeri Sabah-Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain juga perlu dipertahankan,” katanya dalam blognya, semalam.

Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh turut mengulangi gesaan supaya akta kontroversi, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan serta mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan darurat yang masih dikuatkuasakan.

Atas semangat persekutuan, Anwar juga berharap wujudnya hubungan yang adil antara kerajaan pusat dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.SH

Read more ...

Janji Pakatan jika kuasai Putrajaya

KUALA LUMPUR, 31 Ogos:

Ianya termasuk badan kehakiman seperti Ketua Hakim negara, badan penguatkuasa seperti seperti Ketua Polis negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara tersebut dimaklumkan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pada majlis berbuka puasa Naib-naib Presiden PAS bersama media alternatif di sebuah hotel di ibu negara semalam.

Menurutnya, tindakan itu mahu dilaksanakan kerana tidak mahu Pakatan Rakyat melakukan kesilapan sama seperti yang dibuat Umno Barisan Nasional pada waktu ini.

"Kita akan buat satu pindaan perlembagaan meletakkan mereka ini di bawah parlimen.

"Kami bimbang jika dengan sistem yang ada ini, kami juga akan melakukan perkara sama seperti yang dilakukan BN.

Perkara tersebut juga ujarnya, antara keputusan yang telah dipersetujui bersama PAS, PKR dan DAP dalam konvenyen Pakatan Rakyat baru baru ini.

Selain itu Pakatan Rakyat juga berjanji akan melakukan pemulihan terhadap demokrasi negara mengikut apa yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia.

Ianya termasuk kebebasan media, kebebasan berhimpun, hak bersuara dan sebagainya.

"Adakah anda mahu, kalau kami di Putrajaya nanti, dengan sistem yang ada sekarang ini tidak diubah, kami juga akan mencengkam media seperti yang Umno BN buat pada hari ini? " soalnya kepada lebih 50 warga media yang diraikan.

Turut serta pada majlis itu, Datuk Mahfuz Omar manakala seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak dapat hadir kerana menghadiri majlis berbuka puasa di Istana Pahang.

Mahfuz dalam ucapannya pula melahirkan penghargaan kepada warga media yang banyak membantu PAS dalam usaha memperjelaskan isu semasa kepada rakyat.

Sehubungan itu, Mahfuz berharap usaha dan kerjasama antara kedua-dua pihak akan terus berlaku.


Perkara pertama yang akan dilakukan Pakatan Rakyat jika memerintah negara adalah meletakkan beberapa konstitusi penting negara di bawah parlimen.
hrkh

Read more ...

Senator cadang Kedah guna dinar dan darham bayar bantuan khas





















ALOR SETAR, 31 Ogos: Ahli Dewan Negara, Senator Zambri Yusuf mencadangkan Kerajaan Negeri Kedah supaya membayar bantuan khas sempena Aidilfitri kepada kakitangannya dengan menggunakan Dinar atau Dirham Kelantan.

Menurut beliau, dengan penggunaan dinar atau dirham adalah sebagai satu kaedah yang positif bagi memastikan ekonomi bergerak dengan lebih lancar dan adil.

"Penggunaan mata wang ini mampu untuk mengurangkan risiko manipulasi dalam sektor ekonomi dan pasaran.

"Pendedahan penggunaan mata wang ini perlu dipromosikan kerana ketika ini masyarakat belum jelas mengenai ketetapan nilai dinar dan dirham yang bergantung kepada nilai pasaran emas," katanya.

Beliau yang juga mantan Pengerusi PKR Kedah berkata, sekiranya maklumat tepat dan jelas diberikan kepada masyarakat mengenai sistem yang akan diguna pakai ini, ia akan dapat diterima oleh semua pihak.

Oleh kerana itu Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri perlu meneruskan usaha ke arah penggunaan dinar dan dirham dari aspek yang lebih praktikal.

"Rakyat juga dinasihatkan supaya tidak terperangkap dengan pemikiran sempit oleh segelintir pihak yang terlalu takut kepada kaedah alternatif yang sedang giat diperkenalkan di Kelantan," ujarnya lagi.

Kata Zambri lagi, penggunaan emas 22 karat pada dinar adalah lebih tahan lasak sebagai mata wang penggunaan harian.

Manakala kadar berat 4.25 gram adalah perbandingan yang amat jelas di antara nilai dinar dan nilai emas di pasaran.

Sebagai Penyelaras Pemilihan PKR Negeri Kedah, beliau juga menyatakan penjelasan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan membuktikan kajian terperinci dan mendalam telah mereka lakukan dalam aspek dan ciri-ciri penggunaan dinar dan dirham tersebut.hrkh

Read more ...

Hilang tempat tinggal

CIMG4717.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 31 Ogos : Satu kebakaran telah memusnahkan sebuah rumah berlaku di Parit Tanjung Piandang, Tanjung Piandang pada hari Ahad lepas.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.00 pagi tersebut telah memusnahkan seluruh harta benda di dalam rumah termasuk buku-buku sekolah.

Anak pemilik rumah tersebut Fahmi Abu Bakar, 15 berkata, ketika kejadian ibu dan tujuh ahli keluarganya berada di dalam rumah.

“ Kejadian tersebut berlaku amat pantas, sekelip mata api menjadi marak dan terus memusnahkan rumah kami. Mak saya mengalami luka di tangan, namun kami semua berjaya menyelamatkan diri”

“ Pihak Bomba Sukarela yang tiba di tempat kejadian tidak lama selepas itu bagaimanapun gagal menyelamatkan rumah tersebut kerana api telah pun marak membakar rumah tersebut” katanya

Fahmi berkata, Keluarganya tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran tersebut walaubagaimanapun bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan rumah jiran berhampiran rumahnya terselamat dari kebakaran.

“ Pihak Bomba dapat mengawal api dari merebak ke rumah jiran. Walaubagaimana pun rumah kami hangus terbakar dan tiada harta benda yang dapat diselamatkan” katanya

Sementara itu, Kebakaran tersebut mendapat simpati segera daripada Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan Lujnah kebajikan PAS Parit Buntar yang telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan kepada mangsa kebakaran.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad berkata, PAS Parit Buntar bersimpati dengan Pemilik rumah Abu Bakar Mat Nor terutama memikirkan tentang tiga orang daripada anaknya akan menghadapi peperiksaan STPM, SPM dan PMR.

“"Saya harap mangsa kebakaran terutama ketua keluarga Abu Bakar Mat Nor ini akan tabah menghadapi ujian dari Tuhan kerana sesungguhnya Tuhan menyayangi orang-orang yang ditimpa kesusahan"katanya

“ Saya berharap kerajaan negeri segera memberikan bantuan membina semula rumah Abu Bakar Mat Nor. Begitu juga dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal, saya harap dapat membantu mangsa bagi meringankan beban yang beliau tanggung” katanya

Turut sama melawat tempat kejadian ialah ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari , Setiausaha Lujnah Kebajikan Adnan Abd Rahman dan beberapa Ajk PAS Cawangan Parit Tanjung Piandang.

Read more ...

Zambry diminta jelaskan kelulusan tanah 84 hektar


IPOH, 31 Ogos :
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir digesa menjelaskan surat sokongan yang dikeluarkan pegawainya kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dalam meluluskan 84 hektar tanah di kawasan Segari, Lumut tahun lalu.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming berkata, rakyat perlu tahu kebenaran ini berikutan pada masa sama, Zambry juga telah mengumumkan peruntukan sejumlah RM700 juta untuk membina Lebuh Raya dari Segari ke Changkat Jering.

“Kami menerima aduan daripada rakyat iaitu pembantu khas Menteri Besar telah mengeluarkan surat sokongan supaya PTG meluluskan tanah berpuluh hektar kepada kroni-kroni mereka.

“DAP telah mendapat bukti ada surat sokongan itu dan rakyat perlu tahu adakah ini satu kebetulan apabila pegawainya beri surat sokongan meluluskan tanah pada masa sama, kerajaan luluskan peruntukan RM700 juta bina lebuh raya itu,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Wisma DAP di sini, semalam.

Kor Ming yang juga Setiausaha DAP Perak berkata, pihaknya mendapati hasil Kerajaan Negeri berjumlah RM117 juta sebahagian besar adalah premium tanah.

“Beliau (Zambry) perlu mengemukakan kepada rakyat berapa ribuan tanah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sejak ‘rampasan kuasa’.

“Adakah kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang menjual negeri kerana tahu pada pilihan raya akan datang, mereka ditolak oleh rakyat?

“Selain itu, di mana hasil 21 keping tanah komersial yang sebahagian besar di kawasan Lembah Kinta yang telah dikenal pasti kerajaan Pakatan Rakyat dulu,” katanya.

Menurutnya, DAP memutuskan untuk mengambil tindakan sekiranya Zambry tidak menjelaskan perkara berkenaan.

“Kita ada bukti yang disokong sendiri oleh pegawainya. Bagaimanapun, kita menunggu beliau menjelaskan isu-isu ini sebelum kita mengambil tindakan seterusnya. Kita akan kemukakan bukti ini pada masa yang sesuai,” katanya.SH

Read more ...

MCA didesak beri jawapan isu hostel


IPOH , 31 Ogos : Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mendakwa parti MCA mempunyai niat tersembunyi dengan menolak tawaran seorang dermawan untuk menderma sejumlah RM30 juta bagi menyediakan hostel kepada lebih 10,000 pelajar di sebuah institut pengajian tinggi di Kampar.

Menurutnya, MCA telah menggunakan kuasa politik dengan mengutip sumbangan dari rakyat berjumlah RM150 juta untuk membina pusat pengajian berkenaan namun, tiada hostel ditubuhkan sejak penubuhannya.


“Sepatutnya, semua pusat pengajian di Malaysia mempunyai hostel untuk kemudahan pelajar. Simpati dengan perkara itu, seorang dermawan tampil ingin menderma RM30 juta tetapi ditolak Ogos tahun lalu.

“Amat aneh sekali, pihak MCA menolak tawaran berkenaan dengan pelbagai alasan tidak munasabah.

“Niat dermawan itu adalah membina kemudahan tanpa menerima apa-apa keuntungan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Wisma DAP di sini, semalam.

Kor Ming yang juga Setiausaha DAP Perak berkata, MCA perlu menjelaskan penolakan dermawan berkenaan dan pada masa sama, menjalankan kutipan derma untuk pusat pengajian berkenaan di seluruh negara.

“Penolakan ini seolah-olah ‘ada udang di sebalik batu’. Kami juga menjalankan tinjauan dan mendapati pelajar di situ dibebankan dengan jumlah sewa rumah atau bilik yang tinggi. Ada orang ingin beri hostel percuma, kenapa MCA tolak.

“Perkara ini perlu diperjelaskan oleh Presiden MCA dan pengerusi pusat pengajian berkenaan. Adakah pemimpin-pemimpin MCA mempunyai kepentingan sendiri? Atau Adakah pemimpin-pemimpin MCA sebagai tuan milik hak tanah berkenaan sengaja tidak membina hostel untuk mengaut keuntungan,” katanya.SH

Read more ...

PAS tidak hanya pandai kritik


KUALA KANGSAR , 31 Ogos : Usaha PAS melaksanakan pendekatan positif terhadap rakyat dan masyarakat diteruskan supaya sokongan sedia ada terhadap parti berkenaan dapat diperkukuhkan lagi.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, isu-isu yang melibatkan rakyat harus diberi perhatian dan bukannya sekadar mengkritik.


Menurutnya, jika rakyat diberi peluang memberi pandangan dan dihormati maka, pendekatan yang digunakan PAS akan terus bergerak dengan lebih cepat.

“Kita tekankan bahawa PAS mesti terus menjalankan pendekatan positif kepada masyarakat.

“Dengan keadaan politik pada hari ini, kita perlu menumpukan isu-isu melibatkan rakyat. Bukan hanya mengkritik tetapi mesti ke arah yang lebih mendekati mereka.

“Pendekatan sebegini bukan sekadar kepada kaum-kaum tertentu tetapi ia meliputi semua bangsa,” katanya kepada Sinar Harian sempena lawatannya di Bazar Ramadan Arena Square, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, pimpinan PAS perlu mendampingi rakyat dan mengambil tahu berkaitan masalah mereka.

“Kita perlu berusaha menyelesaikan masalah rakyat. Saya juga dapati rakyat akan lebih mesra dengan pimpinan PAS jika usaha ini diteruskan,” katanya.

Lawatan ke Bazar Ramadan dilakukan sempena lawatan kerja beliau ke Kuala Kangsar.SH

Read more ...

Tiada kepentingan untuk letak jawatan


SHAH ALAM, 31 Ogos : “Saya tidak akan meletakkan jawatan dan tiada apa-apa kepentingan untuk melakukannya,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Insfranstruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Ali berhubung gesaan Pemuda UMNO Selangor.


Menurutnya, isu penyertaan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dalam majlis bantuan kewangan Kerajan Negeri di Surau Al Huda, Kajang dan ucapan ringkas beliau mengiringi penyampaian bantuan telah diberi penjelasan oleh pentadbiran Surau Al Huda.

Katanya, berhubung dengan penjelasan itu, beliau mendapati Nie Ching dijemput sebagai tetamu untuk menyampaikan bantuan kewangan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri di bawah Parlimen Serdang.

“Beliau (Nie Ching) dijemput masuk ke dewan solat surau untuk menyampaikan bantuan dan seterusnya menyampaikan ucapan ringkas yang tertumpu kepada usaha Kerajaan Negeri dalam membantu pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.

“Perkara ini dieksploitasi oleh pihak yang ingin ‘menangguk di air keruh’ dan menimbulkan reaksi segera di pihak Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais),” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.

Menurutnya, Pengerusi, Bendahari Surau dan Pembantu Khas Nie Ching telah dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan Pengerusi Mais, Pengarah Jais dan wakil Istana.

Katanya, selepas pertemuan tersebut, keputusan telah dibuat iaitu membubarkan jawatankuasa surau dan Mais mengambil alih pentadbiran surau tersebut.

“Sebuah akhbar melaporkan dengan begitu berat sebelah mengenai kejadian ini apabila mendakwa Nie Ching menyampaikan ‘tazkirah’ dan beliau dilaporkan menyampaikan bantuan kewangan kepada ahli PAS.

“Sehubungan itu, saya telah memanggil Jawatankuasa Surau Al Huda untuk menjelaskan kepada saya kejadian yang sebenarnya,” katanya.

Menurutnya, beliau menerima penjelasan daripada Nie Ching dan menghormati hasrat beliau untuk menyembah ampun maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Katanya, beliau akan memanggil Pengarah Jais, Datuk Mohammad Khusrin Munawi untuk mendapatkan penjelasan mengenai tindakan yang telah diambil oleh beliau berhubung perkara ini.

“Saya akan cuba menasihatkan semua pihak termasuk ahli politik demi menjaga sensitiviti setiap golongan rakyat agar mereka dapat memaklumkan rancangan kehadiran mereka kepada pihak berwajib supaya tatacara penggunaan surau dan masjid dapat dipatuhi.

“Dengan cara ini diharapkan kejadian yang berlaku di Serdang tidak berulang dan saya akan mencadangkan supaya peraturan digubal lebih terperinci dengan langkah-langkah yang mesti diambil dan tatasusila yang mesti dipelihara bagi mereka yang berhajat menggunakan kemudahan surau dan masjid,” katanya.

Sabtu lalu, Pemuda UMNO Selangor yang diketuai Ketua Penerangannya, Safarizul Mustafa menyerahkan memorandum mendesak Hasan Ali dipecat daripada jawatan Exco yang dipegangnya.SH

Read more ...

Umno tak rujuk keputusan Majlis Fatwa


SHAH ALAM , 31 Ogos : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 memutuskan bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat izin pengurusan masjid dan menjaga tingkah laku serta tidak mencemarkan kesucian masjid.


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, keputusan muzakarah yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu wajar dijadikan garis panduan pihak berkuasa agama negeri dalam usaha mengelakkan kekeliruan.


Bagaimanapun, orang bukan Islam dilarang berdoa dan bertafakur mengikut cara agama mereka atau dengan cara yang boleh menimbulkan fitnah di masjid atau surau.

“Keputusan muzakarah amat jelas. Masalah perbezaan pendapat (berkenaan bukan Islam boleh atau tidak memasuki masjid) ini tidak berlaku di luar negara.

“Di Malaysia, fikiran dicemari sentimen politik kepartian. Ia menyebabkan kita lupa kepada prinsip asas agama Islam itu sendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Di samping menjadikan keputusan muzakarah sebagai panduan, Wan Mohamad menasihatkan jawatankuasa masjid dan surau terus membuat rujukan kepada majlis agama negeri masing-masing.

Menurutnya, ini kerana majlis agama juga mempunyai garis panduan yang telah pun ditetapkan.

“Sebelum membenarkan sebarang majlis dijalankan di masjid, jawatankuasa perlu rujuk kepada majlis agama supaya tidak berlaku apa-apa masalah.

“Kita juga menggalakkan jawatankuasa menyediakan pakaian menutup aurat kepada pengunjung masjid dan surau seperti kain penutup kepala untuk wanita,” katanya.

Pada 22 Ogos lalu, Ahli Parlimen Serdang dari DAP, Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda, Kajang yang memberikan ucapan dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada surau tersebut mencetuskan kontroversi.

Dua hari selepas itu, Ahli Parlimen Selayang,dari Parti Keadilan Rakyat, William Leong Jee Keen pula dilaporkan memasuki ruang solat Masjid Al-Taqwa Selayang Baru untuk menyampaikan sumbangan kepada wakil tujuh masjid dan 27 surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer.SH

Read more ...

Tidak terburu-buru buat perubahan


ALOR SETAR, 31 Ogos : Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendedahkan, beliau pernah didesak supaya meletak jawatan oleh ahli PAS sendiri yang tidak sabar mahu melihat Kerajaan Kedah pimpinannya segera melaksanakan hukum hudud.

Azizan berkata, desakan itu disuarakan pada awal penggal tidak lama selepas Pakatan Rakyat (PR) berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.


“Perkara itu sudah lama. Ketika itu, kita baru saja ambil alih negeri Kedah. Ada cadangan menyuruh saya ikut Kelantan laksana hudud, tetapi takkan lah saya nak buat perubahan drastik sedangkan baru memerintah negeri,” katanya.

Azizan berkata, ketika desakan itu dibuat, keadaan tidak praktikal untuk melaksanakan sistem perundangan baru dan tidak menolak kemungkinan akan dikaji pada masa akan datang.

Bagaimanapun katanya, melaksanakan hudud bukan agenda utama Kerajaan Negeri dan tidak diberi keutamaan buat masa ini.

"Kelantan pun sehingga kini sukar untuk melaksanakan hudud. Saya rasa, Kedah elok tunggu sehingga Kelantan buat dulu dan melihat bagaimana ia diterima pakai supaya kita dapat melihat implikasi pelaksanaannya," katanya.

Azizan berkata, jika Kelantan melaksanakan hudud sekalipun, Kedah tidak perlu terburu-buru meniru negeri itu semata-mata sebab mahu menguatkuasakan undang-undang syariah.

"Situasi kedua-dua buah negeri berbeza, penerimaan pun mungkin berbeza kerana Kelantan majoriti penduduknya Melayu,” katanya.

Azizan berkata, meskipun hudud bukan menjadi keutamaan di Kedah, usaha menerapkan nilai-nilai Islam lebih diberi penekanan sama ada dalam urusan pentadbiran mahupun kemasyarakatan.

“Keutamaan kita adalah untuk menerapkan nilai-nilai Islam terlebih dahulu, antaranya memerangi rasuah dengan kesedaran, meningkatkan kebajikan rakyat serta menolak penyelewengan. Ini pun kita buat secara perlahan-lahan supaya dapat diterima semua pihak,” katanya.

Azizan berkata, untuk melaksanakan sistem hudud, ia juga bergantung kepada keupayaan sesebuah negeri untuk menguatkuasakan perundangan itu dalam kalangan rakyatnya.

“Biarlah Kelantan buat dahulu, kita tengok kesannya,kemudian kita nilai dan pertimbangkan," katanyaSH

Read more ...

Umno juara fitnah, cetus sentimen agama

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.

“DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat.

Katanya, gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam.

“Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno,” katanya.

Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching beri 'tazkirah' dalam surau di mana ucapan aluan sengaja ditukar kepada 'tazkirah' bagi mencetuskan polemik awam.

Dua hari lepas, Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga mantan Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.

“Semua ini adalah fantasi Umno. Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar Zaid minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS dan Pakatan rakyat,” katanya lagi.

Sehubungan itu, DPPWP berharap pemimpin dan ahli Umno bertaubat.

Katanya, semakin banyak fitnah disebar, semakin terdedah keburukan Umno, semakin banyak fitnah disebar, semakin meluat rakyat kepada Umno.

“Malulah kepada bukan Islam, malulah kepada umat Islam, malulah kepada Allah kerana perbuatan fitnah ini begitu jijik dan jauh lebih dahsyat dari membunuh. Ianya tidak akan diterima oleh mana-mana kaum dan agama sekalipun,” ujarnya lagi.hrkh

Read more ...