Friday, March 25, 2011

Projek video seks sebelum projek baja Risda

Baja Menyatukan Datuk T dan Tayangan Video Lucah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZoEFZHWysVZHg6lErflDxalzgpzkyqQ7SWms0y4MmzxImyJt_Mhlh2pC4ZxAuvxLLx1fpj4dfVfHedTf-xPd94pghKJZ_iomrKbutMMe3K4qDWOtIDX9ti3-Bb27uDnYScXL39K4VYXei/s320/DSC00476.JPGKUALA LUMPUR 26 MAC : Seorang bekas pengawal peribadi kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob tampil mendedahkan kepentingan perniagaan menjadi paksi kepada hubungan Datuk T - Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay dan Shuaib Lazim.

Kumpulan itu mengaku bertanggungjawab menayangkan video lucah yang cuba dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Seri Carcosa Isnin lalu.

Bekas pengawal peribadi itu, Mohamad Mahti Abdul Rahim mendedahkan Eskay memiliki kilang baja, Aman Agroprenuers Sdn Bhd, di Naka, Kedah dan cuba mendapatkan tender bagi membekalkan baja kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Mahti yang kini seorang penternak kambing berkata, Eskay cuba mendapatkan bantuan daripada Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bagi mendapatkan tender membekalkan baja.

Sekeping kad perniagaan Aman Agroprenuers yang ditunjukkan oleh Mahti menyenaraikan Datuk Shuib Lazim, sebagai penasihat syarikat itu.

Semakan di laman sesawang syarikat itu pula menyenaraikan nombor telefon dan maklumat mengenai Eskay.

Menurut Mahti beliau mengetahui perhubungan Eskay dengan Risda apabila pada Januari beliau diminta oleh Eskay melobi pegawai atasan Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) untuk turut mendapatkan kontrak baja.

"Dia kata jika dapat jual ini bahagian-bahagian yang akan dia bagi pada pegawai Felcra... Bila saya kaji semula ini satu rasuah jadi saya tak setuju dengan apa yang dikemukakan. Saya sms katakan lupakan saja," kata Mahti.

Bekas anggota polis itu berkata beliau memperkenalkan Eskay, kepada majikannya Allahyarham Megat Junid pada 1996 apabila beliau memerlukan rawatan terapi.

Megat Junid pula memperkenalkan Eskay kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memerlukan rawatan terapi setelah mengalami kecederaan akibat jatuh dari kuda.

"Masa itu lah dia kenal dengan (mereka semua). Dia (Eskay) selalu kata Mahathir anggap dia sebagai anak dan Anwar tu abang dia.

"Memang betul yang dia selalu datang ke rumah Megat Junid. Dia kata Megat Junid pun macam ayah dia. Tapi (apabila) Megat Junid sakit selama setahun dia tak datang jenguk sekali pun.

"Ini amat menyedihkan saya," kata Mahti yang berkhidmat kepada timbalan menteri dalam negeri itu selama 16 tahun.

Di tanya mengenai video lucah yang ditayangkan oleh Eskay untuk memaksa Anwar dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berundur dari politik, Mahti berkata apa yang jelas ialah Eskay telah melakukan jenayah "blackmail" atau peras ugut dengan tindakannya itu. -M'siakini

Read more ...

Umno bacul bin pengecut, guna polis sekat PR

Pemuda PKR Selangor Bidas Polis Ganggu Majlis 'DNA'


Pemuda PKR Selangor hari ini membidas tindakan polis yang didakwa mengganggu majlis pelancaran 'Datuk Najib Altantuya' (DNA) anjuran parti itu di Kuala Lumpur, malam tadi.

“Pihak Angkatan Muda Keadilan Selangor menluahkan rasa kecawa dan mengecam tindakan pihak polis... Tindakan ini mengakibatkan kecederaan kepada rakyat yang hadir termasuk wartawan dan pimpinan Angkatan Muda Keadilan,” kata ketua penerangannya, Mohd Saifullah Zulklifi dalam satu kenyataan akhbar.

Katanya, lebih malang lagi apabila pihak polis bertindak menyalahi undang-undang dengan mengganggu majlis aman ini yang diadakan di kawasan persendirian.

“Pihak polis jelas menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian ini dan cuba mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim di saat-saat beliau telah pun menutup ceramah beliau.

“Tindakan seperti ini membuktikan bahawa pihak Umno-BN yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor takut kepada kebangkitan rakyat dan kebenaran akan terpancar menutupi fitnah yang cuba ditaburi dalam kes Saiful Bukhari dan video Seks Datuk T,” katanya.

Pada kejadian itu, tiga anggota PKR ditahan polis, lapor Malaysiakini.

Kira-kira 10 anggota polis bertindak menghalang ketua umum PKR itu daripada berucap lebih daripada 15 minit yang dibenarkan dan kira-kira 1,500 orang hadirin menjadi berang.

Keadaan menjadi kecoh apabila mereka yang tidak puashati dengan arahan supaya Anwar berhenti berucap, mula membaling kerusi, botol air, bata dan kayu ke arah anggota polis anti-rusuhan.

Menurut Mohd Saifullah, pihak polis sepatutnya tidak perlu takut dengan rakyat yang hanya berhimpun secara aman itu.

“AMK Selangor ingin menyeru agar pihak polis tidak perlu rasa takut dengan arahan dan tekanan pihak pemerintah Umno-BN. Polis harus bertindak secara profesional dan berkhidmat kepada rakyat, bukan BN,” akhiri kenyataannya itu.

Read more ...

Umno macam serigala

Malangnya rakyat, pemimpin macam serigala jaga kambing

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1uBaA4GZSwrhV84ZZ2zFTN6BXBVSNfa0hVNikkKgAt0eO_VgtQxHmxCDnJ1SPn735mkp6CMquP2o7SvSEEa76pmxjXzKu5Urafc3Af6W5aPoEROIfnryHvPrQbdzP7x956TMMWVa84BJx/s200/werewolf1.jpg
KUALA LUMPUR, 25 Mac: Ketika pemimpin dan tukang juak Umno atas nama pakar ekonomi mengutuk dan memperlekehkan Buku Jingga Pakatan Rakyat, tiba-tiba Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi sekali lagi kehilangan RM52 bilion saham bumiputera.

"Semuanya lambang kebijaksanaan Umno menjaga orang Melayu di negara ini," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

PAS, katanya hendak dengar juga komen daripada pakar-pakar ekonomi yang akan memberi komen mengenai kehilangan peruntukan saham kepada bumiputera.

Selama ini, ujarnya penganalisa itu hanya membuat analisa mengenai janji 100 hari Pakatan Rakyat, tetapi tidak pernah membuat analisa secara menyeluruh tentang Buku Jingga.

Menurutnya, perkara prinsip yang diketengahkan di dalam Buku Jingga seperti soal ketelusan, melawan rasuah dan penindasan tidak dibincang dalam setiap komen mereka.

Beliau menambah, perkara asas yang mengukuh sebuah kerajaan yang hebat tidak pernah diuar-uarkan oleh penganalisa politik dan ekonomi yang menjadi pengampu kepada BN.

Pada hal, katanya sifat berhemah dan berjimat cermat serta tidak rasuah di dalam kerajaan PR menyebabkan wang ini dipulang balik kepada rakyat dalam bentuk perkhidmatan.

"Contohnya kerajaan Kedah dalam Bajet 2010 telah berlaku lebihan sebanyak RM 19 juta," katanya.

Begitu juga, tambahnya kemampuan kerajaan Kelantan yang sudah melebihi 20 tahun memerintah.

Beliau berkata, sebenarnya prinsip yang terdapat dalam Buku Jingga yang merakyatkan ekonomi seperti program kifalah, air percuma, tusyen rakyat, menaikkan gaji guru Kafa sudah dilaksanakan dilaksanakan di negeri PR.

PAS, ujarnya merasa pelik dengan teori ekonomi songsang Umno, jika untuk kepentingan rakyat maka bankrap, tetapi jika untuk kroni ia sebagai membantu ekonomi orang Melayu.

Tambahnya lagi, alangkah bahagianya rakyat Malaysia jika mendapat pemimpin seperti PR yang boleh menggunakan dana saham bumiputera yang lesap sebanyak RM52 bilion.

"Kalau wang ini diuruskan oleh pemimpin yang baik nescaya tidak ada lagi rakyat yang tidak bertanah dan berumah.

"Malang sungguh rakyat Malaysia memperolehi pemimpin seperti pemimpin Umno BN seperti serigala menjaga kambing," ujarnya.

Read more ...

Video : Kecoh polis pantas serbu ceramah Anwar 15 minit, tapi biar video porno fitnah Anwar ditayang berjam-jam



KISAH SEBENAR DI SEBALIK PENAHANAN ANWAR DI TAMAN MELAWATI: PENGALAMAN SAKSI

Ketika tiba di Taman Melawati jam sepuluh malam,saya mendapati keadaan jalan masuk ke Pusat Bandar Taman Melawati agak sesak,disebabkan dua faktor;

Pertama kerja-kerja naik taraf jalan oleh para pekerja Bangladesh dan keduanya adalah disebabkan sekatan jalanraya yang dikenakan polis ke atas jalan masuk ke Pusat Khidmat Masyarakat Dun Hulu Klang yang agak terperosok ke dalam dari jalan utama.

Malah,menurut beberapa orang yang melalui jalan tersebut,polis telah menahan orang ramai yang hendak masuk ke pusat khidmat tersebut,malah mereka juga diminta untuk menunjukkan kad pengenalan kepada pihak polis.


Walaubagaimanapun,saya agak arif akan jalan di kawasan Bandar Taman Melawati tersebut kerana pernah datang ke sana beberapa kali.Saya yang bermotorsikal mengikuti jalan belakang ke pusat khidmat tersebut,yang tidak pun diusik oleh polis.

Saya merasakan tindakan polis yang menyekat jalan hadapan cumalah sekadar untuk menakut-nakutkan lebih ramai orang yang datang ke ceramah tersebut malam tadi.


Ketika saya tiba di tapak ceramah jam sepuluh lebih,Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali baru sahaja memulakan ceramahnya yang menggunakan slide show khas mengenai Isu Fitnah II untuk tontonan orang ramai.

Untuk pengetahuan orang ramai juga,ceramah anjuran PKR Cabang Gombak itu adalah sempena Pelancaran Kempen Tolak Fitnah II yang bertajuk "DNA-Datuk Najib Altantuya".

Sebelum memulakan ceramah beliau,YB Azmin telah meminta semua pendengar untuk masuk dan rapat ke bahagian dalam kawasan khidmat masyarakat bagi mengelakkan provokasi oleh pihak polis berkenaan permit.


Daripada pemerhatian saya,di atas pentas ketika itu adalah YB Balik Pulau,Yusmadi Yusuf dan ADUN Hulu Kelang,Shaari Sungib.Penceramah asal tidak pula kelihatan,mungkin atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Saudara Sam Ketua AMK pula tiba lewat ke ceramah tersebut.

Saifuddin Nasution dan Puan Normala Sudirman tidak
hadir ke ceramah tersebut malam tadi

Dalam ceramahnya itu,Azmin dilihat memfokuskan sepenuhnya kepada isu liwat II yang boleh dianggap satu fitnah yang direka-reka.Para pendengar di ceramah tersebut boleh dianggap beruntung,kerana informasi yang diberikan dalam slide show yang dipaparkan tidak pernah dilihat oleh kebanyakan rakyat sebelum ini.

Hal ini termasuklah beberapa keping gambar Saiful dan Anwar yang memasuki lif melalui rakaman CCTV. Saya tidak berhasrat untuk mengulas panjang mengenai perkara ini,tetapi apa yang boleh saya rumuskan adalah pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan sehingga hari ini bahawa Saiful masuk ke dalam unit kondominium tersebut.

Malah,menurut Azmin beberapa orang saksi yang bersama Anwar ketika itu termasuk Hasanuddin (tuan rumah) dan isteri selain Pengarah Majlis Ekonomi Negara tidak pernah dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah.Menurut Azmin lagi,Hasanuddin itu sendiri adalah adik ipar kepada Anwar Ibrahim.


Ceramah Azmin terhenti apabila beliau mendapat satu arahan atasan polis untuk menghentikan ceramah dalam masa 30 minit.

Walaubagaimanapun,perkara itu tidak diendahkan langsung oleh Azmin.Malah Azmin bercakap hampir satu jam pada malam tadi.

Seterusnya,ceramah Azmin diteruskan lagi dengan percanggahan demi percanggahan oleh saksi pendakwaan terutamanya oleh pakar forensik Jabatan Kimia,Dr.Seah yang digelar "Sial" oleh Azmin.

Selain itu,Azmin turut mendedahkan bagaimana seorang pegawai penyiasat bernama Judy turut mendapatkan keterangan Najib dan Rosmah kerana didakwa pernah berjumpa dengan Saiful Bukhari.


Selain itu,Azmin turut menceritakan tentang "kelas kimianya" malam itu dengan bagaimana penemuan saintifik menunjukkan bahawa usus manusia secara sendirinya akan menolak sisa hadaman makanan ke bawah setiap 12 jam sekali.

Justeru,adalah dipertikaikan bagaimana Saiful mampu menahan berak selama hampir tiga hari bersamaan hampir 53 jam.


Lebih kurang sejam kemudiannya,Anwar Ibrahim tiba dari satu lagi program di Kuala Selangor.Azmin kemudiannya menghentikan ceramahnya secara semerta dan memberi peluang kepada Anwar untuk berucap.

Ketika memulakan ucapannya,Anwar mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang membenarkan beliau berucap tetapi hanya dalam masa 15 minit sahaja.


Tatkala ceramah Anwar baru di peringkat permulaan,ceramah beliau kemudiannya terhenti akibat daripada riuh rendah dari belakang.Ketika itu,saya berada di sebelah kanan pentas,di kawasan padang bersebelahan pusat khidmat tersebut.

Dari situ saya dapat melihat bagaimana berpuluh-puluh orang anggota FRU siap membawa perisai meluru ke atas pentas ceramah.Tindakan agresif itu betul-betul apabila ceramah Anwar masuk ke minit ke 15.

Tindakan jahat polis itu mendapat reaksi kurang menyenangkan para hadirin,malah ada yang menjeritkan perkataan barua,anjing dan segala macam sumpah seranah ke atas polis tersebut.


Menyedari keadaan sudah tidak terkawal,Anwar telah menamatkan ceramahnya serta merta,dan para pendengar di bahagian hadapan telah membuat benteng manusia di sekeliling pentas tersebut.Keadaan semakin tidak terkawal di mana berlaku tolak menolak antara pihak polis dan pendengar.

Dalam keadaan tersebut,Anwar yang berlindung di bahagian belakang atas pentas,mara ke hadapan sambil mengangkat tangan dan bercakap sesuatu dengan pegawai polis yang menyerbu beliau.Setelah diberikan jalan dan mengangkat tangan Anwar bergerak turun dari kawasan tersebut.


Pun begitu,Anwar diheret oleh para penyokong ke dalam rumah menyebabkan berlaku satu lagi kekecohan tempat kereta rumah tersebut.

Ketika itu,Anwar telah dibawa masuk ke dalam rumah.Satu lagi benteng manusia dibuat oleh para penyokong Anwar,rata-ratanya mereka yang berpakaian PKR Gombak.

Kekecohan dihangatkan dengan tolak menolak antara FRU dan penyokong Anwar diselang-seli dengan sumpah seranah para penyokong.Dalam keadaan itu,lagu rasmi PKR telah dipasang dan dinyanyikan secara beramai-ramai oleh penyokong PKR.

Pada masa yang sama,Shamsul Iskandar dilihat sedang berunding dengan ketua polis di tempat itu.


Akhirnya,Anwar keluar daripada rumah tersebut,dan dibebaskan oleh polis bagi mengelakkan sebarang provokasi yang lebih buruk berlaku.Setelah keadaan menjadi reda,saya turut mengambil jalan yang hampir serupa dengan Anwar untuk pulang ke rumah saya di Petaling Jaya.

Saya juga mendapat tahu apabila pulang ke rumah bahawa tiga orang telah ditangkap polis dalam kejadian tersebut.

**Saya dalam kisah ini adalah penulis sendiri**

Untuk lebih jelas,di sini penulis perturunkan sedikit rakaman video dan gambar mengenai kekecohan yang berlaku.

Amat malang apabila demokrasi di Malaysia semakin teruk apabila pemimpin pembangkang tertinggi di Malaysia sendiri menghadapi ancaman daripada pihak polis.


Anwar menenangkan para penyokong
polis dan FRU mula menyerbu ke atas pentas (jam 11.25 malam)
ribuan yang hadir (dalam lingkungan 2000 orang)
ketika keadaan mulai tegang



Amboi,Abang FRU..jeling semacam

Shamsul Iskandar berunding dengan polis

Anwar keluar dari rumah

kamisokongpas

Read more ...

Konspirasi video seks berterusan, polis halang Anwar beri penjelasan kepada rakyat

5,000 saksi Anwar diheret polis dari pentas ceramah, 2 ditahan

KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan kaum hadir program pelancaran Kempen Tolak kes Fitnah II anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam ini.

Seperti kelaziman, program anjuran KEADILAN itu dihalang polis hingga menyebabkan majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh kira-kira sejam.

Polis dikatakan hanya membenarkan sesi ucapan selama 30 minit sahaja, menyebabkan pegawai kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa berunding dengan polis Ampang.

Kemunculan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program itu tambah menggamatkan hadirin.

Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar memberi ucapan selama 15 minit sahaja, malah mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Ketika itu, orang ramai termasuk anggota AMK cuba menghalang polis dari menghampiri Anwar dengan menutup laluan ke pentas hingga memaksa polis menggunakan perisai dan merempuh mereka.

Kehadiran polis, FRU hanya menyebabkan kekecohan berlaku

Pada jam 11.30 malam, polis menyerbu ke arah orang ramai hingga menimbulkan kekecohan sedangkan program itu, asalnya berlangsung aman.

Suasana terus kecoh dan dua orang ditahan polis iaitu Mazlan Mohamad Raos yang disumbat ke lokap balai polis Hulu Klang manakala seorang lagi, Helmy Eizal – seorang ahli AMK Gombak bermalam di lokap balai polis Ampang.

Dalam pada itu, seorang wartawan Free Malaysia Today, Fazy Sahir cedera ringan terkena lontaran kerusi dalam suasana kecoh itu.

Kempen itu dinamakan sebagai ‘DNA’ atau ‘Datuk Najib-Altantuya’ bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan fitnah terbaru mengenai rakaman video seks yang didalangi Umno melalui ‘Datuk T’.

Turut hadir dalam ceramah ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib.

Read more ...

Video lucah adalah projek "Orang Nombor Satu" negara

Eskay Minta Saya Bekal Anggota UTK, Kata Bekas Pegawai Megat Junid


KUALA LUMPUR 24 MAC : Datuk Shazryl Eskay dilaporkan memohon khidmat empat anggota Unit Tindakan Khas beberapa hari sebelum beliau menayangkan sebuah video seks untuk menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Pengawal Peribadi kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, Mohamad Mahti Abdul Rahim, berkata Eskay memintanya mendapatkan khidmat anggota UTK itu untuk sebuah projek yang dipersetujui oleh “orang nombor satu’ negara.

Mahti berkata beliau telah turut dibawa berjumpa dengan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim namun akhir mengambil keputusan tidak mahu terbabit dalam sebarang perancangan mereka.

Eskay, Shuaib dan mantan Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik menggelar diri Datuk T yang bertanggungjawab menayangkan video lucah berkenaan.

"Pada malam itu, beliau membawa saya ke rumah (Shuaib)untuk bertemu, dan pada ketika itu, beliau memberitahu saya, dia lakukan semua ini kerana NO 1,” kata Mahti.

“Saya tidak mahu campur, saya tidak mahu mengetahui lebih lanjut (jadi)saya terus pulang," tambah beliau.

Mahti mendedahkan pada 8 Mac, Eskay, seorang ahli perniagaan dari Kedah, turut memberitahunya bahawa beliau amat marah kerana Anwar enggan hadir memberi keterangan dalam sebuah kes tuntutan saman RM20 juta.

“Beliau (Eskay) memberitahu saya, biar apa pun terjadi, dia akan jatuhkan Anwar,’ Mahti memberitahu pemberita di Kuala Lumpur petang tadi.

Eskay berkongsi kemarahannya itu dengan Mahti semasa mahkamah berhenti rehat ketika perbicaraan itu.

Mahti berkata beliau tidak mengetahui pembabitan Eskay dalam video lucah itu secara terperinci namun beliau mengambil keputusan untuk mendedahkan dendam Eskay terhadap Anwar.

"Beliau (Eskay) sangat marah dengan Datuk Seri Anwar sebab Anwar tidak mahu menjadi saksi" kata Mahti.

"Bagi saya, Eskay ini adalah si Kitol yang memporak-perandakan negara. Saya tidak sanggup rakyat diperbodohkan oleh dia" katanya.

Si Kitol dikenali dalam Sejarah Melayu sebagai watak yang menabur fitnah dan pandai mengadu domba sehingga menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka.

Mahti berkata majikannya Allahyarham Megat Junid yang ketika itu Timbalan Menteri Dalam Negeri telah memperkenalkan Eskay kepada tokoh-tokoh politik termasuk Anwar dan Mahathir Mohamad.

Mahti, seorang bekas pegawai polis berkerja dengan Allahyarham Megat Junid dari tahun 1984 hingga 2000.

Shazryl sebelum ini memfailkan saman terhadap syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana mendakwa beliau tidak dibayar RM20 juta sebagaimana dijanjikan.

Eskay menuntut bayaran itu kerana mendakwa mendapatkan projek Jambatan Bengkok di Johor untuk Syarikat Merong Mahawangsa.

Read more ...

Kekayaan Taib Mahmud melimpah ruah, SPRM pengecut untuk siasat

http://buletinonline.net/images/stories/berita42/hartataibmahmud.jpg

Mampukah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya bertindak terhadap Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud ekoran dari penemuan bukti-bukti tentang penimbunan harta kekayaan yang tidak terhitung jumlah? Atau adakah Ketua SPRM Abu Kassim Mohamed akan meletak jawatan?

Inilah dua persoalan yang berligar dalam kehidupan sosial dan politik penduduk di Sarawak hari ini.

Nampaknya semua mata tertumpu kepada Abu Kassim yang tidak berapa lama dahulu menyatakan hasratnya untuk “meletak jawatan” jika “tiada siasatan dijalankan ke atas mana-mana laporan, walau terhadap seorang ketua menteri sekali pun.”

( Gambar - sebuah rumah dilaporkan sebagai rumah keluarga Tain di Canada)

Sehingga ini, banyak laporan telah dibuat kepada SPRM, baik di Sarawak dan di Semenanjung, terhadap Taib berdasarkan beberapa siri artikel penyiasatan yang dimuat dalam berita portal “Sarawak Report” tentang empair hartanah bernilai berbilion ringgit di Kanada, England, Amerika Syarikat dan Australia, milik Taib dan keluarganya.

Laporan terbaru memperlihatkan perjanjian berbentuk peribadi pada sekitar tahun 1987-1998 mengenai saham Sakti International, syarikat yang memiliki sebuah bangunan di San Francisco. Dalam dokumen itu tertera dengan jelas nama Taib sebagai pemegang ekuiti syarikat itu.

Syarikat milik keluarga Taib merupakan sebahagian dari rangkaian syarikat yang luas menjangkaui sempadan antarabangsa. Rangkaian itu termasuk Sakto, sebuah syarikat hartanah yang ulung di Otawa, Kanada dan Wallysons yang memiliki bangunan Abraham Lincoln di Seattle, Amerika Syarikat.


Dipetik dari laporan itu, “penemuan yang celaka ini mendedahkan sistem rundingan bersifat peribadi, untuk membolehkan ketua menteri menyembunyi jumlah harta kekayaan yang sebenar dalam bidang hartanah.

“Di bawah sistem ini, keluarga Taib secara umum diketahui telah didaftarkan sebagai pemegang saham rasmi dan pengarah-pengarah syarikat yang memiliki hartanah, berasingan, perjanjian berbentuk peribadi memastikan bahawa saham-saham sebenarnya dipegang sebagai amanah bagi pihak beliau.”

Penyiasatan berpura-pura

Ahli Dewan Undangan Negeri Padungan Dominique Ng memuat turun beberapa salinan bukti ke dalam blognya untuk tontonan orang ramai dan meninggalkan posting berbunyi, “sudah pasti bukti yang bertimbun ini membuat SPRM tidak mampu mengenepikan desakan yang kuat daripada rakyat supaya menyiasat Raja Sarawak berambut putih itu?”

Tetapi siapakah yang akan melaksanakannya. Mampukah SPRM menjalankan siasatan. Tidak ada sesiapa yang akan percaya. Walaupun siasatan dijalankan maka rakyat akan berfikir ini merupakan satu lagi penyiasatan berpura-pura bertujuan untuk menutupinya.

Menurut Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, rakyat telah hilang keyakinan terhadap SPRM dan berpendapat tidak banyak yang dapat dilakukan.

“Rakyat Sarawak sudah bosan dengan penyelewengan Taib. Mereka telah hilang kepercayaan terhadap SPRM.

“Di Sarawak, semua orang tahu tentang kekayaan Taib. Rakyat Sarawak tahu tentang hal ini sejak sekian lama……kami hanya tidak tahu betapa besar empair perniagaannya di luar negara dan betapa luas kekayaannya.

“Tapi sekarang, sudah ada bukti kukuh,” katanya, merujuk kepada dokumen-dokumen yang boleh diperolehi dalam laman web, Sarawak Report.

Menjelaskan bahawa wang Sarawak mesti dikembalikan kepada rakyat, Bian berkata, terdapat rangkaian penipuan yang kuat dan rasuah berkaitan harta kekayaan Taib.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana harta kekayaan sebanyak itu boleh dilambakkan dengan pendapatan sebanyak RM50,000 sebulan.

“Jika SPRM melakukan penyiasatan yang tulus dan menyeluruh mengenai sumber kekayaan Taib maka ia akan menemui hubungan perlakuan rasuah yang melibatkan berjuta ringgit wang rakyat.

“Wang ini milik Sarawak maka mesti dikembalikan kepada rakyat,” jelas beliau.-Free Malaysia Today

Read more ...

Najib ikut budaya Mahathir

Saifuddin : Mahathir Dan Najib Perlu Bertanggungjawab


PETALING JAYA 25 MAC : Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail menggesa Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk turut serta memikul tanggungjawab bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes fitnah video lucah terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Saifuddin, kedua-dua tokoh tersebut memainkan peranan penting dalam menyuburkan budaya fitnah dengan memberi ganjaran dalam bentuk wang dan pangkat kepada individu-individu yang sanggup menjadi alat kepada Umno untuk mengekalkan kekuasaan.

"Fitnah telah menjadi budaya dan amalan Umno sejak sekian lama, malah disaat parti itu kehilangan sokongan, fitnah adalah satu-satu senjata mereka untuk
terus berkuasa.

"Walau pun bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan beberapa individu tampil menyatakan mereka terlibat, dua tokoh berpengaruh dalam Umno,
bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah mereka yang harus memikul tanggungjawab," tegas beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Saifuddin mengimbau kembali konspirasi 1998 yang dikepalai oleh Mahathir menunjukkan individu terlibat menjatuhkan Anwar, mendapat ganjaran besar.

Beliau memberi contoh kenaikan pangkat luar biasa Pegawai penyiasat kes fitnah pertama, Tan Sri Musa Hassan sehingga menjadi Ketua Polis Negara serta

Timbalan Pendakwaraya Tan Sri Abdul Ghani Patail yang menjadi Peguam Negara selain beberapa hakim yang terlibat dalam menjayakan dan memporak-perandakan
sistem kehakiman Malaysia.

"Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Augustine Paul dinaikkan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan kemudiannya Hakim Mahkamah Persekutuan."

"Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Pajan Singh Gill dan Datuk Richard Malanjum dinaikkan pangkat sebagai sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Datuk Ariffin Jaka
juga dinaikkan dari Hakim Mahkamah Tinggi menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.

"Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan," kata beliau.

Saifuddin yakin Najib kini menggunakan taktik sama seperti Mahathir selepas tuduhan rekayasa Anwar meliwat Saiful Bukhari Azlan serta 'kemunculan semula' Ummi Hafilda.

Beliau memberi contoh betapa pengakuan terbuka seorang ahli perniagaan, Baginda Minda oleh yang mendakwa bahawa seorang menteri senior menawarkan sehingga RM10 juta kepada Ummi Hafilda untuk berbohong terhadap Anwar di dalam mahkamah.

"Natijahnya, Mahathir dan Najib seolah-olah memberi mesej kepada rakyat bahawa mereka digalakkan memfitnah dengan ganjaran besar menanti. Malah mereka juga
akan dilindungi.

"Kerana itu, Rahim Tamby Chik dan individu-individu tersebut berani membuat video seks palsu, iaitu fitnah terbesar dan terjijik setakat ini di Malaysia," kata beliau.

Negara pada Isnin lalu dikejutkan dengan tayangan video lucah secara terbuka di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Dalang kepada siri tayangan video lucah itu walau bagaimanapun tidak dikenakan sebarang tindakan perundangan meskipun perbuatan mereka menyalahi Seksyen 292 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 kerana menayang bahan lucah kepada awam.

Mereka juga hanya disoal siasat selama 5 jam berbanding tempoh 10 jam yang diperuntukkan untuk soal siasat ke atas pembantu exco Selangor, Teoh Beng Hock yang akhirnya membawa kematian kepada mendiang.

Read more ...

Polis hanya bertegas kepada pemimpin PR

Bekas SB Nasihat Polis Bertegas Dengan Ahli Politik


KUALA LUMPUR 25 MAC : Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (Special Branch), Datuk Seri Yuen Yuet Leng menggesa pihak berkuasa supaya bertegas dengan semua ahli politik tanpa perlu bersikap diskriminasi.

Menurut Yuen, polis tidak boleh dikawal oleh mana-mana parti politik kerana amanah yang dipertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa itu meliputi segenap lapisan masyarakat, maka ia perlu dilaksanakan dengan adil dan telus.

"Kita tidak boleh dikawal oleh parti politik tetapi mesti menyokong parti politik yang memerintah selagi mereka bertindak dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan," kata Yuen.

Yuen berkata, secara teknikalnya, polis boleh menolak untuk bertindak atas kehendak parti politik yang memerintah.

"Kita boleh menangkap Perdana Menteri, tetapi ini memerlukan keberanian yang luar biasa untuk melakukannya," kata Yuen kepada akhbar The Sun selepas majlis pelancaran rancangan mini siri yang menceritakan kisah hidup beliau dalam "Suatu Ketika...Darah Di Bumi".

Yuen merupakan bekas Ketua Polis Perak dan Pesuruhjaya Polis Sarawak yang menyertai pasukan polis walaupun tidak mempunyai lagi sijil kewarganegaraan ketika itu.

Dalam laporan itu juga, Yuen mengaku bahawa imej polis kini jatuh ke paras paling bawah sejak beberapa tahun lalu berikutan pelbagai persepsi negatif yang terpalit pada pihak berkuasa itu.

Read more ...

Setelah gagal, polis ambil tanggungjawab

Polis Usah Terjebak Konspirasi Video Seks




Semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay memberi kenyataan kepada Polis Bukit Aman dan juga menyerahkan jam Omega yang mereka dakwa kepunyaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keseluruhan proses melibatkan video lucah yang dikaitkan kepada Anwar itu hanya mengambil masa kira-kira lima jam.

Secara perbandingan, kes video lucah yang dibawa oleh dua daripada tiga “DATUK T” ini amat berat kerana membabitkan Ketua Pembangkang Negara dan seperti kata Rahim Thamby Chik (tentunya secara sinis), orang yang boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Namun, lima jam sahaja… berbanding dengan soal siasatan ke atas Teoh Beng Hock yang berlangsung 10 jam dan tamat kira-kira pukul 3.30 pagi di tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Kes Beng Hock membabitkan peruntukan kira-kira RM2,000. Kita maklum apa yang berlaku kepada Beng Hock susulan soal siasat itu dan masih mencari kebenaran bersabit kematian tragisnya.

Lima jam untuk Rahim dan Eskay …berbanding penahanan semalam yang terpaksa ditempuhi oleh Anwar sendiri pada 16 Julai 2008 di lokap Polis Kuala Lumpur, semata-mata untuk memberi kenyataan kepada polis berhubung pertuduhan liwat untuk kali kedua.

Sekali lagi, tidak perlu dihuraikan apa berlaku kepada botol mineral, tuala dan berus gigi yang ditinggalkan oleh Anwar dalam bilik penjara itu.

Semalam juga, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tidak menolak kemungkinan pihaknya akan menyiasat kes itu di bawah peruntukan undang-undang selain daripada yang membabitkan penayangan filem lucah.

Pembabitan Tan Sri Rahim Thamby Chik secara langsung mendalangi video lucah sudah pun mencetuskan pelbagai spekulasi yang mengaitkan Umno dan Perdana Menteri Najib Razak kepada siri pusingan fitnah terbaru untuk mengaibkan Anwar.

Terpalit dengan tuduhan merogol gadis bawah umur yang memusnahkan karier politiknya pada tahun 1994, Rahim tidak dapat menyembunyikan dendamnya terhadap Anwar atas detik hitam hidupnya itu.

Hujah bahawa wujud tangan Umno di sebalik video lucah diperkuatkan dengan laporan Najib menemui Rahim, Eskay dan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim di Bangunan Parlimen hari Selasa, selepas identiti DatuK T dibongkar oleh Parti Keadilan Rakyat.

Apa pun, polis bukan sahaja harus menjalankan siasatan adil tetapi mesti DILIHAT menjalankan siasatan adil. Jika tidak, maka akan bergemalah teori polis sekali lagi bersekongkol dengan Umno untuk mencantas Anwar.

Tempoh yang agak singkat untuk mengambil keterangan Rahim dan Eskay semalam sudah pun merangsang pelbagai teori, spekulasi dan perbandingan.

Kredibiliti rapuh polis yang sedia ada tidak dibantu dengan keengganan pasukan itu menahan gandingan Datuk T walaupun mereka melakukan jenayah menayangkan filem lucah itu di Hotel Carcosa Seri Negara Isnin lalu, satu kesalahan yang membawa hukuman penjara tiga tahun.

Seseorang yang mengikuti sidang akhbar Rahim dan Eskay Selasa lalu tentu tertanya-tanya sama ada dalam mengambil keterangan, polis telah memperinci beberapa pembohongan jelas oleh dua individu itu kepada pihak media.

Eskay dan Rahim mendakwa wartawan menjadi barisan yang diutamakan yang ditunjukkan video itu supaya ada penilaian bebas dan berkecuali mengenai kesahihan rakaman itu.

Malah menurut mereka, video itu juga tidak akan diserahkan kepada polis (ketika itu) supaya tidak ada tuduhan polis berat sebelah dalam siasatan.

Namun, apa yang jelas adalah gandingan Datuk T turut berusaha keras memancing wakil rakyat PKR dan individu berpengaruh dalam parti itu.

Justeru video lucah fitnah itu ditunjukan kepada Ahl iParlimen Sungei Petani Johari Abdul dan Badrul Hisham Shaharin, seorang pemimpin pelapis PKR yang berwibawa dan berprinsip, sungguhpun kadang kala tidak sehaluan dengan pimpinan tertinggi parti.

Apabila umpan tidak mengena (Johari dan Badrul yakin orang dalam rakaman itu bukan Anwar) maka tiba-tiba DATUK T bersedia bekerjasama dengan polis, malah Rahim memberitahu media “kalau polis nak ambil seluar dalam kami pun, ambillah.”

Nyata polis tidak perlu mengambil seluar dalam Rahim atau Eskay (buat masa ini). Namun polis mempunyai tanggungjawab untuk tidak diheret dalam agenda politik mana-mana pihak dan menjalankan siasatan berwibawa, secara professional dan berkecuali.

Read more ...

Eskay “berdendam” terhadap Anwar Ibrahim

Eskay Bak Si Kitol Dendam Anwar, Kata Bekas Pegawai Megat Junid


RAWANG 25 MAC : Bekas Pegawai Peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob tampil untuk mengesahkan Datuk Shazryl Eskay “berdendam” terhadap Anwar Ibrahim dan bertekad untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.

Mohamad Mahti Abdul Rahim berkata Eskay memberitahunya bahawa beliau amat marah kerana Anwar enggan memberi keterangan dalam sebuah kes tuntutan saman RM20 juta membabitkan ahli perniagaan itu.

“Beliau (Eskay) memberitahu saya, biar apa pun terjadi, dia akan jatuhkan Anwar,’ Mahti memberitahu pemberita di Kuala Lumpur.

Eskay menzahirkan kemarahannya itu kepada Mahti semasa mahkamah berhenti rehat ketika perbicaraan itu pada awal bulan ini.

Eskay adalah satu daripada tiga Datuk T yang mendalangi fitnah video lucah untuk dikaitkan kepada Anwar sejak Isnin lalu.

Selain Eskay, turut terbabit adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim.

Mahti berkata beliau tidak mengetahui pembabitan Eskay dalam video lucah itu secara terperinci namun beliau mengambil keputusan untuk mendedahkan dendam Eskay terhadap Anwar.

"Beliau (Eskay) sangat marah dengan Datuk Seri Anwar sebab Anwar tidak mahu menjadi saksi" kata Mahti. "Bagi saya, Eskay ini adalah si Kitol yang memporak-perandakan negara. Saya tidak sanggup rakyat diperbodohkan oleh dia,"katanya.

Si Kitol dikenali dalam Sejarah Melayu sebagai watak yang menabur fitnah dan pandai mengadu domba sehingga menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka.

Mahti berkata majikannya Allahyarham Megat Junid telah memperkenalkan Eskay kepada tokoh-tokoh politik termasuk Anwar dan Mahathir Mohamad.

Mahti, seorang bekas pegawai polis berkerja dengan Allahyarham Megat Junid dari tahun 1984 hingga 2000.

Shazryl sebelum ini menfailkan saman terhadap syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana mendakwa beliau tidak dibayar RM20 juta sebagaimana dijanjikan.

Eskay menuntut bayaran itu kerana mendakwa mendapatkan projek Jambatan Bengkok di Johor untuk Syarikat Merong Mahawangsa.

Read more ...

Lelaki mirip Anwar pelakon video seks ditahan polis

Terkini; Polis tahan 2 lelaki kes video seks datuk T

Dua lelaki telah ditahan polis berhubung siasatan seks video di mana seorang lelaki yang dikatakan mirip seorang ahli politik terkenal mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur asing.

NONEThe Star Onlineyang memetik setiausaha polis, Bukit Aman, Timbalan Pesuruhjaya Datuk Ghazali Md Amin berkata beberapa barangan yang mungkin boleh digunakan sebagai bahan bukti juga dirampas daripada kedua-dua mereka.

Katanya, seorang daripada mereka juga memaklumkan kepada polis, lokasi di mana video seks itu dirakamkan dan pihak polis telah menghantar pasukan forensik bagi menyiasat lokasi tersebut.

Ghazali juga berkata kedua-dua lelaki berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan indentiti kedua-dua lelaki tersebut.

Semalam, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, untuk siasatan polis di Bukit Aman.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Selain Rahim, turut memberi keterangan berhubung video seks tersebut semalam ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Rabu lalu, Rahim dan Eskay mendakwa mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, adalah ‘Datuk T’ yang di sebalik tayangan video seks tersebut.

Mereka telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut.

Rahim dijadual mengadakan sidang akhbar di bangunan Risda, Jalan Ampang pada jam 3 petang ini. Beliau adalah pengerusi agensi kerajaan itu.

Read more ...

Nazri tolak kehadiran MIC di Perak, Speaker haram macam mana?

Perkataan pariah telah mendapat persetujuan TPM untuk digugurkan dari Novel Interlok..Maka keaslian Interlok dikorbankan kerana melayani kehendak orang lain.

Mangsa pertama akibat dari tindakan desakan MIC itu telah mengundang ‘kemarahan’ Nazri Aziz. Nazri dengan tiba tiba ‘naik angin’ dan mungkin hanya pura pura naik angin lalu ingin merampas 6 kerusi MIC di negeri Perak.Nampak macam bagus punya demand.

Kemelut perebutan kerusi di DUN Perak antara komponen BN akan bertambah parah selepas ini,dari tinjauan editor ada beberapa kerusi lagi yang akan mencetuskan ketegangan antara komponen BN.(biar jangan sebut lagi).

Persoalannya adakah Nazri Aziz sekarang menjadi Pengerusi BN Perak?

Nazri Aziz dalam kedudukan sekarang mempunyai cita cita lebih besar dari menjadi Pengerusi Bn Perak.Nampaknya satu balingan persepsi Nazri akan membuahkan hasil lumayan selepas ini.

Sejarah Perak akan sentiasa panas sejak dizaman Datuk Maharajalela lagi,kali ini antara Umno Perak dan MIC Perak akan lebih melukakan hati orang MIC sendiri.

Adakah kerana ‘balasan’ mengambil pentadbiran kerajaan haram Perak?

Bagaimana pulak Menteri yang dilantik setelah kalah pada PRU12 dulu dan beberapa ‘orang luar’ yang dilantik menjadi menteri?pkb

Nazri mahu MIC serah semua 6 kerusi di Perak

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mahu MIC menyerahkan kesemua enam kerusi di Perak yang gagal dimenangi parti itu dalam pilihan raya umum lalu, kerana BN boleh kalah jika MIC terus bertanding di situ.

Dalam bahagian kedua temubualnya dengan akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau yang disiarkan hari ini, Nazri berpandangan jika calon untuk pilihan raya umum akan datang dipilih berdasarkan ‘peluang menang’ seperti dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, maka MIC tidak harus bertanding di semua kerusi berkenaan.

Ahli perlimen Padang Rengas, Perak itu berkata, parti kaum India itu tewas di kesemua enam kerusi yang ditandinginya di Perak dalam pilihan raya umum lalu, dan kerusi-kerusi tersebut boleh menyebabkan Perak jatuh semula ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Nazri berkata, kekalahan BN di Perak adalah disebabkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meletak terlalu ramai orang luar bertanding di Perak.

Sambil menegaskan langkah meletakkan calon ‘payung terjun’ yang tidak pernah berkhidmat di kawasan berkenaan sebagai satu kesilapan, Nazri menegaskan bahawa ia merupakan alasan yang sama yang ditegaskan oleh Najib dalam memilih calon yang berpeluang untuk menang.

Sementara itu, Nazri yang lantang bersuara itu menegaskan bahawa pemimpin yang memegang jawatan dalam parti tidak dijamin menjadi calon dalam pilihan raya umum.

Mengambil presiden MCA, Datuk Seri, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai contoh, Nazri berkata, walaupun mendapat sokongan ahli untuk menang jawatan presiden parti, tetapi tidak semestinya Chua akan disokong oleh pengundi wanita disebabkan skandal DVD seksnya.

“Jangan ingat, menang pemilihan parti akan menjamin kemenangan anda dalam pilihan raya umum.”

Read more ...