Wowwwwww....
Ramai sungguh yang serang selebriti dan
pembaca berita alhijrah Finaz Yunus gara2 dia mengeluarkan beberapa
statement yang tidak tepat mengenai abby abadi. Antara statement2
tersebut ialah ;
Beria2 dia cakap abby menghina orang apa
seme. Alamak aii.. kalau muncul di pentas pas tak semestinya bercerita
pasal pas dan tak semestinya berceramah oke. Ramai gak orang salah faham
sekarang neh. Dorang ingat kalau artis bercakap atas pentas politik
terus dicop sedang ;
1. Berceramah bab agama.
2. Bercerita pasal politik.
Sedangkan tak semestinya. Contohnya cam
kes Aishah dan Abby Abadi. Dorang cuma share pengalaman berhijrah. Takan
share pengalaman berhijrah di anggap sebagai berpolitik dan ustazah
ekpress pula? Kita faham kalau bab ceramah agama terutamanya bab hukum
apa seme hanya mereka2 yang ada kelayakkan jek layak.
Tapi apa yang Abby buat ialah dia share
pengalaman berhijrah sambil2 mengajak ke arah kebaikan. Bukan pepandai
nak tunjukkan diri tue terlebih2 baik dan apa seme. Bukan juga untuk
berpolitik maki hamun dan berlagak lebih alim berbanding orang lain.
Tapi sekadar nak bagitau perubahan yang dah dia alami.
Cuba jangan fikir negatif. Banyak jek
artis yang masuk umno dan bn. Bahkan siap bercakap atas pentas politik
dan bercakap pasal politik pula tue. Kalau yang tue boleh direspect
pasai pa Abby Abadi tak boleh pula?
Kemon, tunjukkanlah kematangan anda. Dan
aku pun sama gak seperti mereka2 yang komen di wall finaz kat bawah
neh. Apa bukti Abby Abadi telah maki hamun ketika berkongsi pengalaman
dia berhijrah di atas pentas pas? Sila kemukakan bukti, kalau takde tue
maksudnya fitnah sis... lue fikirlah sendiri.
Wall finaz kini sedang diasak dan diserang bertubi2. Klik sini. Harap2 dia tak ban orang larh pas neh. Wakakaka..Eh gosip