Thursday, November 29, 2012

UMNO SERANG PR DI PWTC!!! Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Semporna keluar parti sertai PKR


PETALING JAYA - Naib Ketua Wanita Umno Semporna, Kalasahan Abd Salam hari ini mengumumkan keluar parti itu untuk menyertai PKR.

Katanya, tindakan tersebut diambil atas alasan sudah hilang keyakinan serta kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Bahagian Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal.

Kalasahan mendakwa, Shafie yang juga anggota Kabinet Pusat mengamalkan sifat pilih kasih dan kronisma, dan amalan  itu semakin menebal dalam corak kepimpinan Umno Semporna.

"Kepimpinan Umno Bahagian Semporna sudah jauh tersasar dari perjuangan asal.

Read more ...

VIDEO TERSEBAR!!!! Mat Sabu arah jangan sokong pejuang yang menentang Bashar Al-Assad?

Satu majlis pertemuan diadakan antara Pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mansoura Mesir dengan Kedutaan Malaysia Kaherah. 

http://1.bp.blogspot.com/-qQiccjNGCJ0/T8JmmIpwVxI/AAAAAAAAAQY/FrVUmIpFaHs/s1600/556216_419463674753579_1283798210_n.jpgDalam pertemuan tersebut ACP Ishak Mohd Jani yang merupakan Staff Kedutaan Malaysia Kaherah merangkap jawatan Security Liason Officer (PDRM), memberi sedikit taklimat tentang isu keselamatan, yg menyentuh tentang pendirian kerajaan Malaysia terhadap isu Syria. 

Teryata, mereka berpihak kepada kerajaan Bashar Al-Assad, bahkan ucapan ini disokong pula dengan ucapan Dato Duta Malaysia di Mesir.

Read more ...

NAJIB MAKIN KETAR!!! Hakim Perancis akan ke Malaysia jika kerajaan enggan kerjasama

Hakim Penyiasat Perancis yang terlibat dalam kes ini adalah Roger Le Roire dan Serge Tounaire.


KUALA LUMPUR 30 November: Hakim Mahkamah Perancis akan ke sini jika tidak mendapat sebarang kerjasama dari kerajaan Malaysia dan mereka yang terlibat dalam kes rasuah Scorpene.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menjelaskan, saksi boleh disepina dan dikenakan waran tangkap jika mereka gagal mengikut perintah mahkamah.

“Perbicaraan tersebut akan dijalankan di sini oleh hakim Perancis berikutan keengganan Malaysia untuk membantu siasatan.

“Itu antara pilihan yang mereka (saksi) ada,” katanya ketika dihubungi.

Read more ...

MASALAH ORANG ASAL!!! Pusat larang kerjasama dengan Selangor

Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) didakwa tidak dibenarkan untuk mengadakan perhubungan rasmi bersama Kerajaan Selangor bagi menyelesaikan isu pewartaan tanah Orang Asal di negeri ini.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong mendakwa, arahan larangan kepada pihak Jakoa itu telah dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat.Ekoran itu katanya, Kerajaan Negeri terpaksa mengambil pendekatan dengan mengadakan mesyuarat di luar pejabat untuk menyelesaikan sebarang masalah berbangkit berkenaan Orang Asal.

Bagaimanapun, jelasnya, pihak Jakoa mempunyai hubungan baik bersama Pejabat Daerah dan Tanah serta jabatan-jabatan negeri lain.

“Saya rasa sedikit tersinggung kerana Kerajaan Negeri Selangor memang tiada perhubungan secara langsung dengan Jakoa.

Read more ...

MENTERI BN BOHONG!!! Projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves tiada sokongan Jabatan Alam Sekitar (JAS)


http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/chorcheeheung400px.jpgMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berbohong apabila mendakwa projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves mendapat sokongan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Sebaliknya JAS, melalui satu kenyataan bertarikh 24 Januari 2007, jelas tidak menyokong projek yang dimajukan oleh Dolomite Industries Company Sdn Bhd itu.


Bagaimanapun pemaju projek tersebut tetap berdegil meneruskan pembangunan tanpa mengambil kira pendirian JAS, lapor Selangorku.


Demikian kata Pengerusi Jawatankuada Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri, Elizabeth Wong dalam sidang medianya di lobi bangunan Annex Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Read more ...

SIDANG TERAKHIR!!! Pandikar Amin minta maaf kepada Karpal Singh


KUALA LUMPUR —  Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta maaf kepada ahli parlimen Bukit Gelugor (DAP) Karpal Singh ekoran insiden pada tahun 2008 dalam ucapan penutup sesi Dewan Rakyat hari ini, sidang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang bakal menjelang.

"Jadi saya rasa tidak sedap hati kalau saya tidak dapat memohon maaf kepada Bukit Gelugor.


"Walaupun beliau tidak ada disini," kata Pandikar
(gambar) yang merujuk insiden sidang pertama pengggal ke-12 pada 28 April.

Read more ...

SUDAH SAMPAI MASA!!! AJK Bahagian UMNO ditemui mati semasa perhimpunan Agong UMNO di bilik hotel


KUALA LUMPUR - Seorang perwakilan Umno Bahagian Padang Besar ditemui meninggal dunia di biliknya di sebuah hotel di sini awal pagi tadi.

Perwakilan itu, Wan Osman sepatutnya menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2012 sebagai pemerhati.


Jenazah kini masih di hotel dan akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.


PBO: sama - sama kita sedekahkan fatihah untuk arwah. berita akan di update...

Read more ...

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO!!! Tiada fakta hanya auta untuk berkuasa


Shahrizat Perhimpunan UMNO 2012 Perhimpunan UMNO 2012 : Kuasa Melayu Bagai Telur di Hujung Tanduk. Benarkah? Fakta @ Auta? Kalau tengok sekarang ini, bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO 2012 yang berlangsung sekarang ini, media arus perdana tidak kira media cetak mahupun elektronik terus memberikan liputan yang cukup meluas. Sehingga kami tertanya-tanya, UMNO ada “tanam sahamkah” kepada media-media ini?

Seperti di muktamar PAS yang lalu kami sedikit pun tidak memberikan liputan di Berita Semasa. Bagi kami itu hal parti mereka. Apa-apa masalah yang persoalan yang berbangkit. Itu hal parti tersebut. Jangan sesekali melibatkan rakyat dalam masalah parti anda. Andaikata sokongan parti merosot, salahkan diri sendiri berbanding menyalah & meletakkan “beban” masalah di bahu rakyat yang tidak menyokong.

Begitu juga dengan Perhimpunan Agong Umno 2012 kali ini….

Read more ...

POSTER TERKINI!!! Siang HIDUP MELAYU, malam JUAL TANAH rezab Melayu,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Read more ...

KEJAYAAN PAKATAN!!! S’gor siapkan 14,245 rumah terbengkalai zaman BN



Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat berjaya menyiapkan 14,245 unit perumahan terbengkalai ditinggalkan Umno-BN sejak mula mengambilalih pentadbiran negeri hingga September lalu….

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata jumlah itu merupakan 29 peratus daripada keseluruhan 49,451 unit perumahan terbengkalai di negeri ini.

Read more ...