Terperasankah kita bila Hasan Ali ceramah pertama kali ramai yang akan datang mendengarnya. Bukan kerana menyokongnya tapi nak tahu apa yang Hasan Ali akan sampaikan.
Namun , bila orang sudah mendengarnya . Ternyata Hasan Ali bukan membawa agenda untuk ummah sebaliknya penuh dengan fitnah terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.
Justeru itu, bila Hasan Ali buat lagi ceramah di tempat yang sama . Dah tak ramai yang mahu mendengarnya. Yang ada cuma ahli UMNO , itu pun jika diangkut. Maka tinggallah kerusi macam kat Lembah Pantai. Betulkah Hasan Ali pun malu nak mari?
Ceramah Hasan Ali di Lembah Pantai lengang. Menurut sumber gambar, Hasan Ali tidak muncul-muncul di lokasi ceramah. |
Ini pula fitnah Hasan Ali yang tak masuk dek akal
(hm)TANAH MERAH: Malaysia yang sebelum ini mengamalkan pemerintahan demokrasi bakal bertukar kepada negara republik jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara ini.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Ali berkata, seandainya PR daripada parti Pas, Parti Tindakan Demokratik (DAP) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), seterusnya menawan Putrajaya, tidak mustahil sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem republik terlaksana.
“ Itu janji PR yang disuarakan Anwar bersama pemimpin PR lain jika mereka menang pilihan raya. Apabila ini terjadi, secara automatik kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan institusi raja (IMR) dalam negara (Malaysia) lenyap kerana bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem republik, IMR bukan agenda utama pemerintahan mereka.
“Perkara itu yang membimbangkan kita terutama nasib anak cucu pada masa akan datang jika PR berhasrat meneruskan agenda mereka itu walaupun kerajaan sedia ada sentiasa berusaha mempertahankan kedaulatan IMR daripada tergugat,” katanya ketika menyampaikan ceramah berhubung Islam, Melayu dan Raja Menuju Kehancuran di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbang, dekat sini, malam kelmarin.
Program anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Membawa Aspirasi Rakyat (Membara) itu dihadiri 20,000 orang yang tertarik dengan isu panas berhubung PR dan Anwar yang disampaikan Dr Hasan.
Menurutnya, berhubung perkara itu, sebagai NGO, Jati akan meneruskan agendanya memperjuangkan IMR bagi menyedarkan masyarakat negara ini mengenai PR melalui program ceramah bergerak.
“Saya melaksanakan program (ceramah) ini bukan ingin meraih simpati atau merayu undi bagi PRU-13, tetapi ingin menyedarkan orang ramai pentingnya mempertahankan hak institusi raja.
“Apa yang saya perhatikan, Pas, DAP dan PKR banyak menentang agenda yang cuba diketengahkan Jati dan hanya parti Umno yang lebih berminat serta boleh menerima konsep kami (Jati),” katanya.

Lagi satu kenyataan akhbar yang membuatkan TM mahu termuntah, ceramah Hasan Ali dihadiri 20 ribu orang. DCM