Tuesday, June 28, 2011

Rupanya pemuda UMNO berarak, buat bising, memekik macam orang biol hanya kerana nak beli bangunan PKR

RAKYAT Malaysia semua, tak kira tua muda, kecik besar, ayam, itik, lembu dan kambing diharap jangan salah paham. Pemuda United Malays No Otak sebenarnya tidak ada langsung niat untuk membakar, memusnah, meruntuh, dan menjahanamkan ibu pejabat Keadilan di Petaling Jaya semalam [bakar pejabat].

Sebenarnya gerombolan Pemuda United Malays No Otak berarak beramai-ramai menyerang sambil memekak tengah-tengah malam di depan ibu pejabat KEADILAN dengan niat baik. Mereka sebenarnya hanya mahu membeli pejabat itu [Malaysiakini]. Pembangkang ni semua penipu, Gerombolan United Malays No Otak nak beli bangunan tapi diputar belitkan mahu menjahanamkan bangunan.


Kalau anda semua tak percaya, di bawah ini video rakaman bukti bahawa mereka menyerang ibu pejabat Keadilan secara beramai-ramai kerana mereka mahu membeli pejabat tersebut.



ReJaM© "Korang semua masih tak percaya? Aku lagi tak percaya kah kah kah..."


Read more ...

Hajat nak bakar bangunan PKR : Tindakan pondan pemuda UMNO


SHAH ALAM 28 JUN : Tindakan sekumpulan Pemuda Umno berkumpul di depan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya malam tadi serta mengugut untuk membakar bangunan pejabat tersebut disifatkan sebagai samseng politik yang begitu terdesak hingga sanggup mengupah remaja untuk membuat kekacauan.

Demonstrasi yang diadakan dalam suasana hingar bingar itu turut melibatkan kira- kira 300 pemuda dengan berpakaian merah berlambang "Patriot" serta bermotosikal.

Kesemua mereka juga lengkap dengan bendera UMNO dan melaung slogan mengutuk PKR serta mendakwa PKR sebagai dalang di belakang himpunan Bersih 2.0 itu sekali gus mendesak parti itu agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai depan.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh.

"Himpunan samseng-samseng upahan pemuda Umno ini sekadar menemplak kembali ucapan Perdana Menteri Najib semalam yang memberi amaran yang sekiranya pada 9 Julai nanti maka BERSIH 2.0 lah yang akan dipersalahkan.

"Tetapi yang jelas, perbuatan samseng pemuda Umno hari ini (malam tadi) di ibaratkan seperti "menepuk air didulang terkena muka sendiri" bahawa perbuatan ganas itu datangnya dari pemuda Umno yang presidennya adalah Najib..paradoks sebenarnya.

Ketika Ketua Pemuda Umno kini dalam misi membela rakyat Palestin yang diganasi oleh Israel, tetapi anak- anak buah yang ditinggalkan pula bertindak ganas dan samseng. Ini satu paradoks yang perlu dijawab oleh ketua pemuda Umno dan presidennya," tegasnya lagi.

Malah tegasnya, dalam tempoh 24 jam beliau mahu melihat sejauh mana kecekapan pihak berkuasa menangani politik samseng Umno-BN setelah laporan polis dibuat oleh Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip malam tadi.

"Walau apapun motif mereka, kita tahu negara ini ada undang-undang ada peraturan. Seperti mana polis berkali-kali memberi amaran kepada penyokong Bersih 2.0 jangan melanggar undang-undang dan jangan ingkar undang-undang.

Bola sekarang dikaki pasukan PDRM, kita nak tengok dalam keghairahan polis memanggil pemimpin PR dan penganjur BERSIH 2.0 seperti esok (hari ini) yakni Nurul Izzah, Azmin, N Surendran dan beberapa lagi pimpinan yang telah menerima notis untuk memberi keterangan," katanya.

Menurut Saifuddin lagi, beliau pelik mengapa pihak berkuasa hanya mampu menutup mata ketika kira-kira 300 pemuda Umno terbabit berarak menuju ibu pejabat PKR itu.

"Pada mulanya kumpulan ini dikesan oleh beberapa ahli PKR di stesen minyak Batu 3, Shah Alam lalu memasuki lebuhraya menuju ke Ibu pejabat PKR.

Ada beberapa perkara yang aneh disini, itu satu laluan yang panjang dan jauh namun perarakkan besar-besaran seperti itu dengan membawa panji-panji parti (UMNO) dan boleh melewati jalan-jalan utama yang lagi sibuk tanpa sebarang halangan daripada pihak berkuasa," ujarnya.

Dalam pada itu, Rozan ketika dihubungi Tvselangor berkata semangat juang AMK tidak akan tergugat, meskipun pelbagai usaha dan tindakan jahat yang dilakukan oleh Pemuda UMNO terhadap parti itu.

Malah tegasnya, provokasi murahan yang dilakukan pemuda Umno itu hanyalah mahu mengalihkan fokus mereka terhadap perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai depan.

"Satu tindakan provokasi murahan di mana AMK tidak langsung hilang fokus terhadap kami punya usaha untuk meneruskan perhimpunan Bersih pada 9 Julai depan," katanya kepada Tvselangor.

Menurutnya lagi, AMK turut menggesa pihak polis menjawab beberapa persoalan mengenai provokasi yang dianjurkan malam tadi apabila pihak polis dilihat hanya berpeluk tubuh dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang menyertai himpunan itu.

Tambahnya, beliau turut mendesak supaya pihak polis menyiasat laporan yang dibuat AMK di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan Ugutan Jenayah dan bukan di bawah perhimpunan haram.

"Kami menggesa pihak polis segera mengambil tindakan yang sewajarnya seperti mana yang kami telah membuat laporan malam tadi," tegasnya.

Jelasnya lagi, AMK juga kesal kerana Umno-BN begitu teresak hingga sanggup mengupah samseng politik dari kalangan remaja untuk membuat kekacauan.

Malah, beliau tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa perhimpunan ini dibiayai sepenuhnya oleh Umno-BN.

"Kami amat yakin mereka ini dibayar dan perhimpunan ini adalah yang terancang kerana mereka memakai t-shirt Patriot dan melibatkan kos yang tinggi dan apatah lagi rata-rata mereka di bawah umur yang tidak mempunyai wang," tambahnya.

Read more ...

Polis tidak dihormati angkara UMNO


KUALA LUMPUR 28 JUN : Tindakan ke atas pemimpin parti pembangkang dan penganjur Bersih 2 serta provokasi Pemuda Umno di depan Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat menunjukkan kewibawaan polis semakin terjejas akibat campurtangan Umno, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Inilah satu negara dimana tuntutan mengadakan pilihan raya bebas itu dikecam oleh media UMNO dan pimpinan UMNO (dan) polis tidak akan bertindak tanpa arahan dari UMNO," kata beliau.

"Saya tahu dan ikuti perkembangan dan tanggungjawab polis. Kalau dibiar menjalankan tanggungjawab secara profesional, saya yakin dengan kewibawaan Polis. Masalahnya, bila campurtangan politik UMNO berlebihan, imej profesionalisme polis itu juga terjejas.Kita sebagai warganegara wajib pertahankan imej dan kewibawaan Polis," tambah Ketua Pembangkang itu.

Anwar berkata demikian setelah disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi Kuala Lumpur bersabit perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini untuk menuntut pilihanraya adil dan telus.

Beliau antara deretan pemimpin politik selain penganjur Bersih 2.0 yang disiasat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan. Turut disoal Sasterawan negara A.Samad Said yang membacakan sebuah puisi pada majlis pra-perhimpunan Bersih itu.

Bagaimanapun polis tidak mengambil sebarang tindakan malam tadi untuk meleraikan hampir 600 ahli dan penyokong Pemuda Umno yang dilaporkan mengugut untuk membakar ibupejabat PKR di Tropicana. Ibu pejabat PKR itu terletak kurang 100 meter daripada sebuah balai polis.

"(Kita) berbeda dengan gerombolan UMNO malam tadi di ibu pejabat PKR. Mereka maki hamun ugutan membakar dan membunuh tapi polis tak berupaya buat apa-apa. Nyata ada arahan politik," kata Anwar.

Anwar melahirkan rasa kesal kerana keengganan polis bertindak terhadap kumpulan itu semalam hanya menyerlahkan tanggapan polis dibawah telunjuk Umno.

"Mana ada perhimpunan yang ugut nak dibakar dibiarkan saja seolah-olah polis tak diberi ruang untuk buat apa-apa," kata beliau.

Anwar dipanggil memberi keterangan di IPD Dang Wangi hari ini berikutan ucapannya di Brickfields bulan lalu yang menyokong himpunan bersih.

Beliau tiba kira-kira jam 4.50 petang diiringi Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Peguam R Sivarasa, N. Surendran, Latheefa Khoya serta Fadiah Nadwa Fikri.

Menurut Anwar, beliau mempertahankan hak rakyat untuk berkumpul secara aman dan menuntut Pilihan Raya Bebas dan Adil dan menyatakan hak ini kepada Polis.

Beliau kesal dengan perlakuan UMNO cuba mengapi-apikan rakyat dengan menggunakan media arus perdana bagi mengutuk tuntutan Bersih supaya pilihanraya umum dijalankan secara adil dan bebas daripada penyelewengan.

"Apa yang kami mahu ialah apa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Tapi sekarang, mereka (UMNO) menyatakan Pemimpin pembangkang dan Bersih mahu membuat keadaan kacau bilau. Pemimpin UMNO mahu meneruskan proses pilihan raya pincang ini kerana takut orang ramai bangkit menuntut pilihan raya yang adil dan telus," tegasnya.

Anwar berkata penganjur Bersih tidak melakukan sebarang kesalahan menganjurkan perhimpunan itu, malah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) sendiri menyokong perarakan itu.

Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Hasmy Agam menyatakan hak berkumpul secara aman termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Justeru Anwar menyatakan tiada sebab untuk Polis bekerjasama dengan bersih dalam soal menjaga pergerakan para rakyat yang berhimpun seperti negara lain.

"Dengan cara yang sedemikian saya yakin perbincangan antara pihak polis dan bersih boleh dilakukan," kata beliau.

Read more ...

PAPA GOMO mana boleh buktikan sebab dia tau cipta fitnah sahaja

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/6/64/P015-SGPETANI.jpgKUALA LUMPUR, 28 Jun — Datuk Johari Abdul menuntut trio Datuk T menunjukkan bukti bahawa beliau pernah meminta ‘ganjaran’ RM1 juta sebagai bayaran untuk meninggalkan PKR selepas menonton rakaman video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim Mac lalu.

Justeru wakil rakyat dari Kedah ini mempertahankan beliau tidak pernah meminta sejumlah wang itu dan apa yang dikatakan trio Datuk T adalah tidak berasas sama sekali.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu (gambar) memberitahu beliau telah memberitahu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Abdul Lazim bahawa si pelaku dalam rakaman didedahkan 21 Mac lalu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu klip video terbaru muncul di Internet hari ini menyerang kewibawaan Johari dengan mendakwa beliau ada meminta RM1 juta untuk dirinya dan juga lima Ahli Parlimen lain jika mahu mereka keluar PKR.

“Buktikan saya mengambil duit, di akaun bank yang mana? Adakah ia (dibayar) secara tunai atau cek? Saya tidak boleh menyimpan jumlah yang banyak itu di rumah.

“Saya tidak pernah menerima apa-apa atau saya pernah ditawar untuk meninggalkan parti untuk bayaran... saya tidak memerlukan wang,” kata Johari kepada The Malaysian Insider.

Kata beliau, trio Datuk T boleh mengatakan apa yang mereka mahukan.

“Tidak sesiapa pun yang boleh memberi keterangan apa yang saya kata di bilik (hotel) pada hari itu... saya tidak mahu membuang masa (dengan mereka,” kata Johari lagi.

Sejurus selepas rakaman video seks ditayangkan kepada pemberita pada 21 Mac lalu, trio Datuk iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Lazim, Johari mendedahkan beliau menonton video itu bersama mereka di sebuah hotel di sini.

Wakil rakyat itu berulang kali menafikan bahawa beliau ada bersetuju yang lelaki dalam video seks itu ialah Anwar.

Bagaimanapun satu video yang disiarkan oleh blogger pro-Umno blogger “Papagomo” (http://www.papagomo.com) hari ini mendakwa sebaliknya.

Video yang panjangnya 1.59 minit itu, bersama dengan tulisan blog memetik Shazryl mendakwa Ahli Parlimen Sungai Petani itu yakin yang Anwar adalah lelaki dalam klip video itu dan Johari minta RM1 juta bagi diri beliau dan RM1 juta bagi setiap lima Ahli Parlimen yang bersedia untuk meninggalkan PKR selepas menonton video berkenaan.

Klip video itu tiada bukti yang dapat menunjukkan bahawa beliau ada meminta wang dalam jumlah itu.

Johari dilihat memasuki sebuah bilik hotel dengan diiringi trio Datuk T dan kemudian duduk di depan televisyen.

Satu kamera terselindung dilihat diletakkan di depan televisyen, oleh itu memberi gambaran mengenai reaksi Johari. dan suara trio Datuk T.

Berbanding naratif-naratif Johari sebelum ini tentang apa yang berlaku pada hari video itu ditonton, MP PKR itu kelihatan gelak ketawa dan mesra bersama ketiga-tiga Datuk T, dan berjenaka beberapa minit sebelum video seks ditayangkan.

“Sudah pasti saya mesra dengan mereka. Saya kenal mereka secara peribadi. Shuaib pak cik saya, Rahim bekas anggota Majlis Tertinggi Umno dan Eskay dari Sungai Petani... saya tidak tahu pada hari itu mereka hendak menunjukkan video seks kepada saya.

“Saya menghormati pak cik saya, meskipun saya tidak setuju dengan apa yang dia lakukan. Jika saya bertemu Shuaib lagi, saya cium tangan dia, dia lebih tua daripada saya,” kata pemimpin PKR ini.

Read more ...

TERBARU : 1 JUTA bakal hadir Himpunan BERSIH 2.0


Dengan tajuk ’1 juta rakyat hadir Bersih’, akhbar Suara Keadilan edisi terbaru mengupas persiapan perhimpunan aman oleh Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang bakal diadakan 9 Julai.

Menariknya, Suara Keadilan, kali ini tampil dengan keunikan tersendiri apabila latar muka depan dan belakang akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu, turut diwarna kuning- sesuai dengan tema Bersih.

Ia memuatkan kenyataan-kenyataan pimpinan Pakatan Rakyat berhubung himpunan tersebut, selain berita tentang komitmen puluhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang tekad untuk menjayakannya. Antaranya, Majlis Peguam Malaysia melalui kenyataan Presidennya, Lim Chee Wee.

Selain itu akhbar ini turut melapor kenyataan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali yang mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri mengakui wujudnya pengundi hantu ketika pilihan raya.

Turut dimuatkan temubual bersama Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan yang menegaskan bahawa kebebasan untuk berhimpun terkandung dalam perlembagaan negara.

Antara lain, Ambiga berkata pihaknya telah melakukan begitu banyak perbincangan dengan SPR supaya melaksana sistem pilihan raya yang lebih bersih dan adil, tetapi menemui jalan buntu.

Beberapa rencana menarik turut mengupas perihal Bersih- menyentuh halangan dan ketakutan melampau kerajaan Umno-BN terhadap tuntutan reformasi pilihan raya itu.

Selain tumpuan isu bersih, Suara Keadilan juga menyajikan isu panas politik semasa sepanjang minggu lalu. Antaranya kos penyelengaraan Scorpene yang meningkat lapan kali ganda, menjadi RM417 juta.

Belanja itu dimohon kementerian berkenaan ketika Perbahasan Rang Undang-Undang perbekalan Tambahan minggu lalu- yang memperuntuk sebanyak RM13 bilion untuk pelbagai kementerian.

Suara Keadilan turut menyiarkan perbelanjaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang membelanjakan RM17 juta untuk lawatan ke luar negara.

Turut didedahkan, perbelanjaan kediaman rasmi PM dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumlah RM49 juta setahun seperti yang didedahkan di parlimen.

Akhbar terbitan tidak berkala ini juga menyiarkan berita mengenai kes akuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya yang ditutup peguam negara.

Dengan menyiarkan kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, beliau berkata usaha menutup kes itu bagi melindungi kepentingan pemimpin tertinggi negara ini.

Selain itu, turut dimuatkan penyelewengan wang zakat yang dilakukan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali untuk membiayai kos guaman peribadi.

Ia menyusul kenyataan oleh bekas Mufti Wilayah, Datuk Md Hashim Yahya yang menegaskan bahawa penyelewengan wang zakat adalah berdosa besar dan harus diambil tindakan tegas./SK

Read more ...