Wednesday, July 20, 2011

PANAS!! Shafee mula gelabah pendedahan Raja Petra. Mengapa?


Sehingga artikel ini ditulis, Raja Petra Kamaruddin telah mengemukakan tujuh (7) hujah bersabit dengan kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamaed.

Akan tetapi mengapa peguam SPRM, Shafee Abdullah beriya-iya menyerang peribadi Raja Petra dengan mengatakan pendedahannya sebagai mengarut, sudah tiada kredibiliti dan ditolak pembangkang?


Menurut salah seorang pegawai SPRM yang mendengar perbualan Shafee dan pasukan siasatan SPRM sendiri menyebut, sekiranya pendedahan berterusan Raja Petra yang kini berada di Manchester, United Kingdom, tidak dihentikan, ini bermakna segala bukti dan keterangan saksi yang tampil dalam inkues kematian Sarbani hanyalah mengikut "skrip" yang telah disediakan oleh Shafee sendiri!


Dengan anggapan bahawa Shafee percaya Raja Petra memperolehi sumber "dalaman" dari Kastam dan SPRM sendiri, sudah tentu Raja Petra akan menyerang habis-habisan segala kebusukan Umno-APCO yang tidak mahu kebenaran dalam isu kematian Sarbani diketahui umum, mirip isu kematian Teoh Beng Hock, juga di tangan SPRM!


Shafee sudah tidak dapat menentukan arah perjalanan mahkamah dengan "keterangan yang direka-reka" oleh "saksi yang telah dipanggil" terlebih dahulu" berikutan Raja Petra mempunyai "hampir semua bukti dan keterangan" yang tidak dimiliki Shafee, mahupun SPRM!


Dakwaan Shafee hanyalah satu bentuk "alihan perhatian" dan dalam masa yang sama "cuba melengahkan" inkues untuk mencari "bukti baru" di sebalik kebenaran yang diselongkar Raja Petra.


Tidak mustahil Shafee akan berdepan dengan satu lagi kesulitan besar andai segala rakaman, bukti dan saksi yang terakhir bersama Sarbani dikumpulkan dan dibawa kepada Suruhanjaya Diraja!


Kita ikuti apa pula helah Shafee untuk terus memutarbelit fakta seterusnya.


JALAN PULANG



Peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan editor portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, sebagai seorang yang “bercakap merapu” sambil menegaskan dakwaan-dakwaan mengenai kematian Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak benar.


Ini kerana menurut Datuk Seri Shafee Abdullah (gambar), sepanjang inkues setakat minggu lalu ramai saksi telah dipanggil memberi keterangan dan pakar forensik juga mengatakan Sarbaini, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia tidak membunuh diri atau dibunuh.


“Raja Petra cakap merapu, dalam inkues kita sudah panggil saksi dan pakar (forensik) juga tidak kata Sarbaini bunuh diri atau dibunuh.


“Saya percaya dakwaan ini tidak akan menjejaskan inkues, Raja Petra sudah jadi (bahan) sejarah dan selalu cakap merapu.


“Raja Petra sudah tidak ada modal (untuk bercakap), dia tiada kredibiliti, suka merepek dan sudah tidak diterima pembangkang,” katanya kepada The Malaysian Insider.


Tegas beliau, adalah mustahil untuk Sarbaini keluar dan berdiri di atas tingkap bilik pantri seperti mana yang didakwa Raja Petra.


“Tiada sesiapa boleh bertenggek atas tingkap atau berdiri, yang boleh hanya berdiri di luar tingkap dan ia kita dah tunjukkan (dalam lakon semula kejadian).


“Kalau Raja Petra boleh, saya minta dia buat (berdiri atas tingkap),” katanya.


Sehingga semalam, Raja Petra telah menulis tujuh entri dan yang terbaru dalam blognya mendakwa Penolong Penguasa SPRM Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad telah membawa Sarbaini ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM Kuala Lumpur Mohd Fauzi Husin yang terletak di sebelah bilik pantri di aras tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.


“Di sana, Sarbaini telah ‘didera’ secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri).


“Mohd Fauzi juga mengatakan ‘orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain’, terkejut dengan itu Sarbaini memanjat tingkap dengan terus dihina Mohd Fauzi.


“Sheikh Niza hanya melihat sahaja, dan secara tiba-tiba tali pinggang Sarbini tersangkut di kaki lima tingkap, hilang pertimbangan dan jatuh lalu meninggal dunia,” dakwa beliau.


Ekoran pendedahan itu peguam keluarga Sarbaini, Awtar Singh memberitahu The Malaysian Insider semalam bahawa pihaknya akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat ekoran pendedahan terbaru itu.


Selain itu, jelas Awtar, pada inkues yang akan bersambung 2 Ogos ini, beliau akan meminta agar mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian.

Mahkamah koroner yang diketuai Aizatul Akmal Maharani ada melawat tempat kejadian pada 5 Julai lalu.

Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela untuk menukar pengakuannya.


Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.


Pada 15 Julai lalu, DSP Sharul Othman Mansur berkata, Sarbaini tidak membunuh diri ataupun dibunuh.


Sharul Othman, yang merupakan pegawai forensik berkata penelitiannya di kawasan kejadian menunjukkan Sarbaini cuba untuk melompat ke arah gelanggang badminton tetapi terjatuh menyebabkan kematiannya.

Read more ...

Hang Tuah guna kangkung untuk tengok muka Maharaja, UMNO guna 'kangkung' untuk terus kekal berkuasa

Kalau Nak Kenal.. Inilah Profesor Kangkung!!


Hairan bin ajaib, bagaimana seorang yang bergelar profesor, tiba-tiba menyuruh kerajaan mengambil tindakan kepada portal berita The Malaysian Insider kononnya pemberitaannya memberi kesan buruk kepada keselamatan dan keamanan negara.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata cadangan Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain ditertawakan oleh mereka yang belajar di sekolah atap.

“Sebenarnya yang tergugat ialah kerajaan BN, bukannya keamanan negara,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Soalnya, mengapa perlu takut dengan media baru kerana bukankah Umno memiliki media gergasi yang dapat dipancar ke setiap pelosok kampung.


Katanya, memang sahlah parti yang didukung Ahmad Atory sudah hendak menghembus nafas terakhir, sehingga takut keburukan parti Umno diketahui oleh rakyat.

Menurutnya, Atory merupakan pensyarah Universiti Sains Malaysia yang memang terkenal sebagai penyokong Umno tegar telah mencadangkan perkara tersebut, kerana resah dengan maklumat yang diberikan oleh The Malaysian Insider dan media alternatif lain.


Beliau berkata, jika benar laporan media alternatif itu bahaya dan menyalahi etika media, kerajaan boleh bertindak melalui Akta Hasutan bukannya menerima cadangan Atory. Idris menambah, sepatutnya yang perlu takut kepada media alternatif ialah Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah, bukannya Atory.

Soalnya, tidak cukup lagikah dengan gaji sebagai seorang profesor sehingga sanggup menjadi pengampu kelas pertama.

“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kualiti graduan yang beliau ajar jika beliau yang berfikiran sempit dan tidak memahami bahawa sekarang langit sudah terbuka. Inilah nasib seorang Profesor jika taksub dengan Umno sehingga hilang rasional apabila memberi pandangan,” ujarnya lagi.


addin77

Read more ...

Cincin RM73 Juta, Blogger UMNO berusaha keras untuk Ro$mah

Selepas hampir dua minggu, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor masih berdiam diri berhubung dakwaan beliau membeli sebentuk cincin berlian bernilai RM73 juta. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, Rosmah sebaliknya menggunakan blogger pro Umno untuk menangkis dakwaan itu. Katanya, selepas menyatakan tuduhan itu sebagai palsu, pihak berkenaan kini mendakwa berlian itu dibawa masuk ke negara ini bagi tujuan pameran.


“Maka muncul pula ‘borang kastam kedua’ kononnya berlian itu dibawa keluar 4 hari selepas itu. “Kononnya berlian itu untuk satu pameran belian yang diadakan secara sulit, di tempat yang sulit dengan tetamu-tetamu yang sulit. Semua yang sulit itu sedang diusahakan dan disusun skripnya,” katanya yang lebih dikenali Chegu Bard.

Chegubard pada 13 Julai lalu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang berhubung pembelian cincin ‘Natural Fancy Gray Cushion Cut Diomand yang dibeli Rosmah.

Bukti pembelian cincin itu didapatinya melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malaysia (KDRM), yang tertera nama Rosmah sebagai pengimport daripada syarikat beralamat di New York, Jacob & Co. Selain cincin berkenaan, Chegu Bard mendakwa Rosmah juga memakai gelang dan jam ‘zebra’ dari jacob & Co, dianggarkan bernilai RM1.6 juta.


Menurutnya, sebaik sahaja siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilakukan ke atas individu bernama A. Krishnan, sistem kastam di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur diganggu selama tiga jam.

Beliau mengesyaki kewujudan satu borang yang dikeluarkan KDRM bagi membuktikan cincin itu dibawa keluar ke Singapura, 4 hari selepas itu./
kd

Read more ...

haya Allah Fitnah Pisau: Razak Endut akan saman NST dan Berita Harian RM10 juta

Peserta Bersih mahu saman akhbar

Abdul Razak Endut yang dilabelkan sebagai seorang peserta ganas pehimpunan BERSIH 2.0 kini bercadang menyaman dua akhbar arus perdana New Straits Times dan Berita Harian yang didakwa memfitnahnya.

Peguamnya Ahmad Nizam Hamid berkata, tindakan itu dijangka diambil dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi setelah pihak selesai menyediakan bukti dan dokumen berkaitan bagi tujuan itu.

NONE“Selepas berita dan gambar itu disiarkan, Wartawan akhbar berkenaan ada menghubungi pihak kami. Tetapi tidak ada langsung minta maaf dan (mereka) masih hendak spin(pusing) cerita.

“Dia kata mahu sahkan bahawa gambar itu asli dan bukan diambil daripada (negara) Timur Tengah,” kata Ahmad Nizam.

Berita Minggu (edisi Ahad Berita Harian) pada 10 Julai – sehari selepas perhimpunan BERSIH – menyiarkan gambar Abdul Razak di muka depan dengan tajuk: “Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram”.

Tajuk kecilnya pula berbunyi: “Perusuh guna senjata, batu, lawan polis”. Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times (edisi Ahad New Straits Times) dengan tajuk: “Peaceful (Aman)?”.

Abdul Razak bagaimanapun pada 17 Julai tampil pertama kali di pentas ceramah PAS di Kuala Lumpur menafikan dakwaan itu, sebaliknya mendakwa beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia kecil.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Ahmad Nizam memberitahu pihaknya belum menetapkan jumlah saman yang akan dituntutnya.

Bagaimanapun, secara berseloroh beliau menjawab: “Mungkin RM10 juta“.

mKini

Read more ...

PAS lancar buku Negara Berkebajikan bulan depan



KUALA LUMPUR 21 JULAI : Buku negara berkebajikan yang ditulis Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dilancarkan pertengahan bulan depan dengan menekankan tiga aspek penting bagi menjawab kritikan pesaing politik parti itu.

Setiausaha Akhbar Abdul Hadi, Nasaie Ismail berkata, buku setebal 50 muka surat itu menekankan soal pentadbiran negara yang gagal dilaksanakan Barisan Nasional (BN) sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara.

Jelas beliau, buku negara berkebajikan yang akan dilancarkan serentak dengan dokumen negara berkebajikan menekankan tiga aspek utama yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

Menurutnya lagi, buku negara berkebajikan itu tidak mempunyai sebarang percanggahan dengan Buku Jingga yang diterbitkan Pakatan Rakyat.

Buku Jingga antara lain menggariskan program 100 hari pertama, yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

“Kandungan buku (negara berkebajikan) lebih kepada untuk memahami konsep negara berkebajikan kerana ada dua persoalan yang orang tanya sekarang ini, yang pertama adakah negara berkebajikan ini sama dengan ‘welfare state’ dan yang kedua Umno kata dah buat negara itu tapi yang kita jawab dalam buku itu tidak sama dengan apa yang Umno buat dan yang ketiga yang menjadi persoalan bagaimana dengan Buku Jingga.

“Negara berkebajikan ini bukan satu tawaran sehala bagaimana Buku Jingga, Buku Jingga adalah perkara-perkara yang ada dalam negara berkebajikan tetapi negara berkebajikan adalah konsep bernegara yang kita nak tunjukkan sebab yang kita hendak betulkan ini bukan satu bab sahaja.

“Kalau dalam Buku Jingga adalah janji 100 hari (pertama) Pakatan Rakyat tapi negara berkebajikan ini, kita nak tunjukkan konsep bernegara sebab yang rosak bukan aspek ekonomi sahaja, negara ini dirosakkan BN dalam semua aspek. Jadi kita nak gantikan negara yang BN bina sekarang ini dengan negara apa, negara berkebajikan,” kata Nasaie kepada The Malaysian Insider.

“Negara berkebajikan ini ada tiga ciri yang pertama negara berkebajikan ini mesti dipimpin oleh pemimpin dan rakyat yang berintegriti, berwibawa kalau dalam Islam kita sebut yang beriman.

“Pemimpin kalau dalam sudut agamanya dia jaga kemudian amalan-amalan yang diterima oleh semua pemimpin yang tidak rasuah, pemimpin yang tidak jadikan negara ini kepunyaan dirinya dan sebagainya.

“Yang penting pemimpin mesti berintegriti, kalau rakyat berintegriti tapi pemimpin tidak, tidak ada gunanya... kalau pemimpin berintegriti tapi rakyat porak-peranda tak guna juga,” katanya.

Panel pelaksana konsep negara berkebajikan dipengerusikan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Difahamkan dokumen negara berkebajikan sudah berada di peringkat akhir perincian.

Panel khas itu akan mengadakan mesyuarat pertama hari ini untuk memperincikan konsep negara berkebajikan, yang diketengahkan dalam ucapan dasar Presiden PAS pada 3 Jun lalu.

Ucapan dasar itu bertemakan “Membangun Negara Berkebajikan”.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Nasaie yang juga Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan berkata, konsep negara berkebajikan turut memberi penekanan terhadap pengagihan ekonomi yang adil kepada keseluruhan rakyat.

“Yang kedua agihan ekonomi yang adil, di situ termasuk Buku Jingga tapi Buku Jingga untuk 100 hari jadi tiada pencanggahan di situ. Keadilan ekonomi yang kita nak beri bukan bermakna ada satu pihak didahulukan dan ada satu pihak di kemudiankan, maknanya sama rata.

“Yang ketiga, negara yang berakhlak, negara yang berakhlak ini dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai ciri seperti tepati janji terutamanya dengan orang bukan Islam dan golongan minoriti, bersikap adil kepada semua, kalau mengenai ‘welfare state’, kita lihat pada hari ini, banyak yang sudah jatuh dari segi ekonomi tapi konsep yang kita nak bawa ini adalah konsep bernegara daripada pemimpin, rakyat dan agihan ekonomi,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kandungan buku negara berkebajikan itu turut menyentuh agar pemerintah turut memberi tumpuan kepada hak minoriti dan rakyat kebanyakan yang diketepikan dalam pentadbiran BN.

“Negara berkebajikan juga memberi keutamaan kepada hak-hak minoriti sama ada ia berasaskan kaum atau etnik seperti di Sabah dan Sarawak atau Orang Asli ataupun jantina.

“Yang selama ini diketepikan adalah hak kebanyakan seperti petani, nelayan . . . mereka tiada slip gaji tapi perlukan rumah, nak kahwin dan golongan ini yang kerajaan perlu bagi inisiatif dalam negara berkebajikan. Kita nak buat lain daripada apa yang Umno dah buat, lawan kepada negara berkebajikan adalah negara keangkuha, ini adalah dalam buku itu,” katanya.

Kata Nasaie, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dalam tulisannya turut membuat perbandingan antara negara berkebajikan iaitu negara keangkuhan.

“Negara keangkuhan ini contohnya Firaun, Namrud dan sebagainya kalau dalam sejarah tapi zaman sekarang Umno ini kita sebut negara keangkuhan,” katanya.

Read more ...

Bukan sahaja dipukul, ditampar, ditendang sehingga pengsan malah duit pun hilang dalam tahanan polis

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengkaji setiap sudut berkaitan keganasan pihak polis terhadap seorang lelaki berketurunan Cina dari Sarawak, Hii Tiong Huat, 59, yang ditahan polis sempena perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Sepanjang berada dalam tahanan polis, Hii Tiong Huat didakwa telah dikasari oleh pihak polis dengan pelbagai perlakuan yang tidak sepatutnya sehingga menyebabkan beliau pengsan.

Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menjelaskan, kajian tersebut akan dibuat bersama laporan-laporan lain bagi membolehkan Juham mengambil tindakan lebih lanjut berhubung keganasan pihak polis.

Menurut beliau, ia juga adalah lanjutan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang menyarankan agar setiap pihak yang menjadi mangsa keganasan polis tampil mengemukakan bukti berhubung dakwaan masing-masing.

Katanya, kes yang berlaku ke atas Tiong Huat ternyata merupakan sebahagian daripada keganasan polis terhadap orang awam, khususnya para peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

"Tindakan keganasan polis terhadap Tiong Huat sememangnya tidak boleh dinafikan lagi oleh setiap pihak, malah Tiong Huat sendiri telah pun membuat laporan polis akibat keganasan polis yang berlaku ke atas beliau," katanya ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Tiong Huat, menurut beliau, bukan ditahan pada hari perhimpunan, malah sehari sebelum perhimpunan itu diadakan hanya disebabkan beliau memakai baju kuning, tetapi bukan baju kuning Bersih 2.0.

"Beliau ditahan di Balai Polis Dang Wangi. Ketika ditahan di Dang Wangi, beliau telah dipukul oleh pihak polis. Selepas itu, beliau ditahan reman pula selama 4 hari di Pusat Tahanan Bukit Jalil.

"Semasa ditahan di Pusat Tahanan Bukit Jalil, Tiong Huat dipukul lagi sehingga pengsan, manakala wangnya pula turut hilang ketika berada dalam tahanan polis," katanya.

Akibatnya, jelasnya, Tiong Huat terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

"KDN kata polis tak ganas dalam menangani perhimpunan itu. Tapi kes yang berlaku ke atas Tiong Huat itu, belum berhimpun pun dah ditangkap dan dikasari pula oleh pihak polis.

"Pada hal sebelum itu, pihak polis juga berkata, tidak salah pakai baju kuning, tetapi yang salah hanya pakai baju kuning Bersih 2.0. Tiong Huat pula tak pakai baju kuning Bersih 2.0. Dia hanya memakai baju kuning. Kenapa dia ditangkap?

"Selain itu, Tiong Huat ternyata dikasari oleh pihak polis semasa berada dalam tahanan polis. Dia dipukul, ditampar di muka, ditendang, malah sehingga pengsan. Tidakkah semua yang berlaku ke atas Tiong Huat itu antara bukti nyata keganasan pihak polis?" katanya.

Sementara itu, Hii Tiong Huat ketika ditemui menjelaskan, laporan berhubung keganasan pihak polis terhadap beliau telah dibuat di Balai Polis Sungai Besi, Cheras pada 13 Julai lalu jam 1.28 tengah hari.

Dalam laporan itu, beliau berkata, pada jam 3.00 petang 9 Julai lalu, beliau telah dimasukkan ke Pusat Tahanan Bukit Jalil, Kuala Lumpur kerana memakai baju kuning, setelah ditangkap pada 8 Julai di Petaling Street, di sini.

Menurutnya, semasa proses tukar baju di Pusat Tahanan Bukit Jalil, seorang anggota polis dengan kasar telah menyuruh beliau memasukkan seluar dan barang-barangnya ke dalam beg plastik yang dibekalkan kepadanya.

Katanya, beliau ingin senarai barang-barangnya direkodkan, tetapi anggota polis yang bertugas dengan marah mengatakan kepada beliau supaya jangan bising dan telah menampar mukanya beberapa kali sehingga cermin matanya rosak dan beliau tidak sedarkan diri.

"Kemudian saya telah memasukkan seluar saya yang berisi duit lebih kurang RM300.00, jam tangan, rantai jed, buku kecil dan seluar dalam ke tempat simpanan.

"Selepas itu, saya dimasukkan ke blok A Pusat Tahanan Bukit Jalil, tetapi saya tidak dapat tidur semasa berada di Pusat Tahanan Bukit Jalil kerana ada orang yang ditempatkan dalam sel lokap saya 15 orang, manakala kelulasan sel lokap pada andaian saya hanya 18 kaki panjang," katanya.

Ketika dalam tahanan di pusat tahanan itu, dakwanya, beliau tidak dibekalkan dengan berus gigi, kain tuala, makan tidak cukup dan tiada sabun badan.

"Pada jam 11.00 pagi 12 Julai, saya dibawa ke IPD Dang Wangi dan dibebaskan pada jam 6.00 petang 12 Julai. Pada jam 11.00 pagi 13 Julai, saya datang semula ke Pusat Tahanan Bukit Jalil untuk mendapatkan kembali barang-barang saya.

"Tetapi saya dapati wang yang disimpan di dalam poket seluar saya hanya tinggal RM172.00 bersama barang-barang saya yang lain yang berada di dalam beg plastik yang disimpan di Pusat Tahanan Bukit Jalil.

"Saya percaya duit saya telah diambil oleh anggota polis yang menampar saya pada hari saya dimasukkan ke Pusat Tahanan Bukit Jalil kerana anggota polis tersebut tidak merekodkan duit dan barang-barang saya yang disimpan dan saya cam anggota polis tersebut.

"Dengan ini, saya tidak puas hati dan mahu pihak polis menjalankan siasatan," katanya.

Read more ...

Malaysia tidak mungkin menjadi negara Islam contoh selagi tidak amal demokrasi - Dr Tareq Al Suwaidan

PETALING JAYA 20 JULAI : Malaysia tidak mungkin menjadi negara Islam contoh selagi ia tidak mengamalkan demokrasi yang mendokong hak rakyat dan bukannya kepentingan pemerintah semata-mata, kata seorang ulama antarabangsa.

Ketua gerakan Ikhwanul Muslimin Kuwait Dr Tareq Al Suwaidan berkata hanya reformasi dan transformasi yang memperuntukan kebebasan politik mampu menganjakkan Malaysia ke arah memimpin dunia Islam susulan revolusi kebangkitan rakyat di beberapa negara Arab sejak awal tahun ini.

"Tanpa kebebasan politik, tiada apa boleh dilakukan. Lebih banyak saya dengar, baca dan berbincang dengan sahabat mengenai Malaysia, lebih banyak saya mengetahui ini bukan negara yang bebas. Kamu ada demokrasi, ada parti politik. Apa ertinya?, Mubarak juga ada demokrasi dan parti politik. Ia mungkin dapat tipu sesetengah pihak, tapi bukan saya.

"Tidak mungkin ada demokrasi tanpa pilihan raya yang bebas dan tulen. Tidak mungkin ada demokrasi tanpa media yang bebas, telus dan adil," tambah beliau.

Dalam ucapannya kepada pemimpin generasi muda di Yayasan Selangor semalam, Tareq turut merujuk kepada perhimpunan aman Bersih pada 9 Julai lalu yang disertai puluhan ribu rakyat untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Bagaimanapun polis bertindak menembak gas pemedih mata dan air berkimia untuk menyuraikan perhimpunan itu dalam adegan-adengan cemas yang mirip kepada kebangkitan rakyat di negara-negara seperti Mesir dan Syria.

Dr Tareq berkata bantahan rakyat di negara-negara Arab berkenaan tercetus akibat tekanan pemerintah yang berterusan.

Di Malaysia, beliau berkata pelbagai kekangan dikenakan untuk mencantas parti pembangkang. Sebagai contoh, gandingan Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS masih tidak dibenarkan berdaftar sebagai sebuah parti politik walaupun suda lebih setahun mengemukakan permohonan.

"Tidak ada demokrasi tanpa kebebasan untuk mendaftarkan parti politik, ya, kamu ada tapi, tak boleh daftar gabungan. Itu kamu tak dapat. Jadi adakah itu satu demokrasi sebenar? Tidak," tegas Dr Tareq lagi.

Ulama itu berkata Malaysia berupaya memimpin dunia Islam susulan kemelut politik di dunia Arab akibat kebangkitan rakyat di rantau itu.

Bagaimanapun usaha itu hanya boleh dicapai jika kerajaan melaksanakan pembaharuan politik yang memberikan kebebasan bermakna kepada rakyatnya,

Beliau berkata kekangan kerajaan dan pihak berkuasa menjadikan rakyat, khususnya umat Islam lemah dan kurang 'kreatif' terutamanya dalam soal pembangunan manusia.

"Malaysia memerlukan perubahan untuk memimpin (dunia Islam). Anda dikenali sebagai contoh baik kepada negara Arab dan Muslim yang lain. Pemimpin Islam kata "tengoklah Malaysia." Namun kalau kita melihat daripada semua sudut, kita akan terkejut. Perubahan besar harus berlaku (di Malaysia)," kata beliau.

"Saya mengajar mengenai kreativiti. Pelajar saya bertanya kenapa kita (negara Islam) kurang kreatif berbanding Barat. Saya jawab, "kreativiti tak mungkin wujud tanpa kebebasan,". Tidak cukup kreativiti di Malaysia," tambah beliau di Bengkel Kepimpinan Remaja sempena Dialog Kepimpinan Pemuda.

Dialog itu anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Yayasan Selangor.

Read more ...

Kerajaan wajar timbang tuntutan Bersih 2.0 - Ku Li



SHAH ALAM 20 JULAI : Tokoh Umno Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi “melawan arus” pendirian kepimpinan Umno, apabila menzahirkan sokongannya terhadap tuntutan Bersih 2.0 mahukan pilihanraya adil dan telus.
Bekas Menteri Kewangan itu menyifatkan desakan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu sebagai sesuatu yang harus diberi pertimbangan wajar demi menyuburkan demokrasi.
“Sebagai seorang demokrat yang melihat kepada keadaan ini dan UMNO sendiri juga menjanjikan supaya demokrasi dipertahankan dalam negara kita, wajar kita timbang semua tuntutan yang dibuat (oleh Bersih),” kata Tengku Razaleigh kepada pemberita.

Pendirian Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu dijangka menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Umno, khususnya di peringkat Majlis Tertinggi parti.

Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno mengisyhtiarkan Bersih sebuah pertubuhan haram.

Lebih 1,600 orang yang menyertai perhimpunan aman itu pada 9 Julai lalu ditangkap manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan air berkimia.

Ku Li berkata lapan tuntutan Bersih yang termasuk kempen minima pilihanraya selama 21 hari bukanlah keterlaluan.

“Tujuan (Bersih) supaya perjalanan pilihan raya dilakukan secara adil dan bersih, terbuka, supaya rakyat turun mengundi mana-mana calon pilihan mereka, dapat berbuat demikian tanpa ugutan, tanpa sebarang perasaan tak puas hati selepas itu,” kata beliau.
“Tuntutan yang dibuat oleh mereka ini…ialah supaya kempen pilihan raya dilanjutkan sedikit, bukan 7 hari. kalau 7-8 hari tak sempat orang-orang nak berkempen.
“Saya boleh menerima pendapat ini. Misalnya kalau kita datang dari Kelantan nak tolong kempen di Sabah ataupun di pedalaman Sarawak, tak sempat nak balik, apatah lagi perjalanan sukar ke tempat-tempat yang dihajati untuk melawat,” tambah beliau yang juga bekas naib presiden Umno.
“Jadi untuk berlaku adil supaya rakyat yang berada di kawasan seumpama itu mendengar penerangan daripada pihak yang menawar khidmat dalam pilihan raya berkesempatan mendengar penerangan penerangan mereka dengan memberi masa yang lebih lanjut. Kalau 7 hari tak sempat, macam mana nak kata adil?,” ujar beliau.
Ku Li berkata pemerintah harus mengakui kekangan-kekangan yang dihadapi oleh parti pembangkang ketika pilihanraya.
“Mereka (pembangkang) tidak berhak bercakap menerusi TV, radio. Sebab itu mereka buat juga tuntutan semua pihak dibenar masa yang sama untuk menyampai pandangan dan pendapatan mereka mengenai sesuatu hal kepada rakyat menerusi TV, media masa yang dikawal oleh kerajaan,” jelas beliau.
“Dulu zaman Tengku dulu, samada pemerintah ataupun parti lawan, bergantung kepada jumlah kerusi yang kita bertanding dan jumlah undi yang diperolehi sebelum ini, jadi kita diberi masa untuk bercakap,” tambahnya. .
Ku Li berkata peredaran masa dan perubahan teknoloji memerlukan Umno-Barisan Nasional lebih peka kepada realiti politik semasa.
Beliau berkata tindakan menafikan parti pembangkang ruang di media arus perdana akan hanya memakan diri pemerintah.
“Dulu zaman Tunku Abdul Rahman, samada pemerintah ataupun parti lawan, bergantung kepada jumlah kerusi yang kita bertanding dan jumlah undi yang diperolehi sebelum ini, kita diberi masa untuk bercakap,” di dalam media, kata beliau.
“Saya tak boleh cari sebab mengapa (pembangkang) tak boleh dibenarkan sekarang, sebab kalau tak dibenar pun mereka boleh guna internet, emel, facebook macam-macam,” kata Ku Li.
“Keadaan sudah berubah. Namun untuk nak berlaku adil kepada semua pihak, saya rasa elok diberi layanan yang sama kepada semua pihak yang menawar diri untuk bertanding dalam pilihan raya,” tegas beliau.

Read more ...

ADUN UMNO rompak Hutan Simpan , bina banglo tanpa kelulusan ?


Gempar! ADUN Machap, Johor rompak Hutan Simpan

Kes ini sesuai disebut sebagai kes rompakan kerana, pencerobohan dan salah laku ADUN Machap ini dilakukan secara terang-terangan seolah-olah beliau melakukan perkara yang sah.

Pencuri buat kerja jahat sembunyi-sembunyi, tapi ADUN Machap buat kerja jahat terang-terangan.


Beberapa hari lalu, Saudara Mazlan Aliman selaku Ketua Penerangan PAS Negeri Johor telah membuat satu laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Central Johor Bahru terhadap salah laku yang dilakukan oleh YB Dato' Abd Hamid bin Abdul Rahman ADUN Machap, Johor selaku Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam.


Beliau didakwa telah mendapat konsesi mengeluarkan kayu balak di kawasan yang telah digazetkan sebagai hutan simpan. Berikut adalah kandungan Laporan Polis yang telah dibuat:


Laporan Polis di Ibu pejabat Polis Central Johor Bahru.
JALAN PULANG

18 hb. Mac 2011.


Aduan terhadap :


1. YB Dato' Abd Hamid bin Abd Rahman, ADUN Machap


2. Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Johor.


3. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor.


4. Pentadbir Tanah Daerah Mersing.


Muqadimah


Hutan Simpan Semberong Tambahan telah diwartakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor pada 3 hb Mac 2005 melalui no warta 362. Ianya terletak di Kahang di antara Daerah Kluang dan Mersing dengan anggaran keluasan 15,000 ekar.


Aduan


1. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill Sdn Bhd yang dimiliki oleh YB Dato' Abd Hamid bin Abd Rahman, ADUN Machap mendapat konsesi mengeluarkan kayu balak di kawasan yang telah digezetkan sebagai hutan simpan?



2. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill dibenar membuka Ladang Hutan Getah di kawasan Hutan Simpan Semberong Tambahan sedangkan telah ada papan tanda larangan memasuki kawasan hutan simpan kekal, mengambil dan menebang isi hutan serta membuat kerosakan khazanah hutan?

3. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill dibenarkan mengusahakan aktiviti pertanian seperti tanaman keledek sedangkan telah ada papan tanda larangan meneroka tanah dan pertanian?


4. Adakah Pejabat Tanah dan Galian Johor, Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan Pejabat Tanah Daerah Mersing terlibat memberi kelulusan terhadap aktiviti mereka?


Aduan dibuat berdasarkan maklumat yang diterima dan tinjauan sendiri di lokasi bekaitan. Siasatan dan tindakan mesti dibuat segera kerana dakwaan membabitkan syarikat milik seorang wakil rakyat yang menunjukkan contoh buruk selaku pemimpin masyarakat.



Ketua Pembangkang Johor Dr Boo Cheng Hau hari ini mempersoalkan integriti pengerusi Jawatankuasa Kira-kira (PAC) negeri itu Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman yang didakwa membina sebuah banglo di Simpang Renggam tanpa kelulusan pihak majlis tempatan.

Bagaimananpun Abdul Hamid yang juga ADUN Machap dalam kenyataannya menafikan dakwaan itu dan berkata Boo yang juga ADUN Skudai itu cuba menepis isu sebenar yang dirinya diperintah keluar dari dewan undangan negeri baru-baru ini kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.


Hamid mengakui tapak tanah di mana banglonya didirikan itu adalah tanah miliknya yang diklasifikasikan sebagai tanah pertanian.


“Saya telah memohon untuk permit sebelum pilihan raya 2008 tetapi pihak majlis tempatan belum meluluskannya. Oleh kerana belum ada kelulusan, maka saya menghentikan projek itu,” kata Abdul Hamid.


Boo, yang juga pemimpin DAP Johor pada sidang akhbarnya hari ini mahu ADUN Machap itu dibawa kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Johor supaya tindakan diambil berhubung integritinya.


“Integriti beliau perlu disiasat sebab gagal mematuhi undang-undang di mana pelan bangunan rumah kediaman baru beliau perlu diluluskan oleh PBT sebelum pembinaan dimulakan,” kata Boo.


“Saya juga mencabar Menteri Besar Johor menjelaskan pendirian beliau sama ada Abdul Hamid masih memperolehi integriti dan keyakinan awam untuk memegang jawatan Pengerusi PAC selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.


Boo mendakwa rumah Abdul Hamid terletak di lot tanah seluas 2.16 hektar yang bernilai RM280,000 dan menjangkakan bangunan banglo itu apabila siap kelak akan menelan belanja bernilai di antara RM1.5 juta hingga RM2.5 juta.

Read more ...

Tak cukup dengan luasnya hutan Sarawak, hutan di Australia pun dibelasah juga

Pada awal pagi ini, di kepulauan Tasmania, sekumpulan penunjuk perasaan muda telah menentang syarikat Ta Ann milik keluarga Taib.

Mereka telah menaiki sebuah bot yang sarat diisi dengan kayu yang telah ditebang oleh Ta Ann dari hutan mereka, kemudian mereka memanjat ke atas menara sebuah kren dan mengikat diri mereka di situ.


Dan, mereka inginkan seruan mereka didengar sejelas-jelasnya.


Mereka bukan sekadar menentang untuk mempertahankan hutan mereka dari dieksploitasi oleh Taib Mahmud yang tamak haloba itu, namun mereka bersatupadu dengan rakyat Sarawak.


Capaian Taib secara global telah menjadikannya lebih jahat di peringkat antarabangsa


Kempen di Tasmania terhadap Ta Ann merupakan suatu tanda berkembangnya kesedaran masyarakat antarabangsa terhadap Taib Mahmud.

Orang-orang asli di Sarawak adalah kaum yang pertama sekali mengalami kesengsaraan hasil kerakusan Taib meranapkan hutan belantara mereka.

Setelah Sarawak ketandusan kayu untuk ditebang, maka dia dan para kroninya mengembangkan operasi mereka ke luar negara.


Tasmania kini kian meningkatkan penentangan terhadap kegiatan berkenaan.


Syarikat Ta Ann dikendalikan oleh sepupunya, yang juga selaku proksinya, Hamid Sepawi, juga memiliki sepertiga kesemua saham di dalam Ta Ann yang telah disenaraikan sebagai syarikat awam.


Para pemerhati berasa terkejut apabila syarikat multi-jutaan dollar itu mendapat kebenaran kerajaan Australia untuk melabur dalam industri perkayuan di Tasmania, suatu industri yang suatu ketika dahulunya hampir terhenti.


Banyak persoalan ditimbulkan kenapakah kerajaan Australia sudi membayar syarikat Taib untuk meranapkan hutan mereka?


Pihak The Green Party pula mengatakan mereka tidak mendapat jawapan yang memuaskan.


Namun, Ta Ann pernah berjanji bahawa mereka hanya menubuhkan kilang perkayuan yang mendapat sumber dari hutan tanam-semula dan bukannya bergantung pada hutan dara Tasmania yang bernilai tinggi.


Tetapi, para pencinta alam pula berkata bahawa para pengurus kilang mengatakan bahawa kayu yang bermutu tinggi dari hutan tanam-semula tidak mencukupi maka mereka mendesak untuk menebang kayu keras dari hutan dara.


Hubungan politik yang kuat yang melindungi Ta Ann


Walaupun mendapat tentangan hebat dari orang-orang tempatan di Tasmania dan juga Australia, namun syarikat milik Taib itu terus mendapat perlindungan dan jaminan politik untuk menebang kayu di kawasan hutan di kawasan pedalamannya.

Industri perkayuan merupakan industri yang tertua dan ketinggalan zaman di Australia, tetapi masih wujud suatu ‘permintaan’ untuk ianya diteruskan.

Maka apa yang tercetus pada hari ini adalah para penunjuk perasaan itu telah ditentang oleh pihak-pihak yang berwibawa yang menggunakan taktik-taktik kasar dan juga bersenjata.


Para pembalak telah dibenarkan untuk mengancam penunjuk-penunjuk perasaan yang kebanyakannya dari golongan muda-mudi. Mereka berkata tunjuk perasaan secara aman yang mereka adakan itu telah dikatakan sebagai protes-protes yang ganas.


Tanda pengengkaran


Sebagai tindakbalas terhadap Ta Ann dan perkembangan beberapa tunjuk perasaan di sekitar kawasan pelabuhan-pelabuhan di Tasmania, pihak penguasa pelabuhan telah menutup kawasan mereka sejauh 50 meter kepada para penunjuk perasaan yang akan mendekati kapal-kapal pengangkut hasil perkayuan mereka.

Ini adalah suatu usaha menghalang tercetusnya tunjuk perasaan ke atas kegiatan ekspot Ta Ann.

Tunjuk perasaan yang diadakan pada hari ini adalah suatu isyarat pengengkaran bagi membuktikan bahawa dengan adanya pengawasan rapi ke atas kapal-kapal Ta Ann, kumpulan penunjuk perasaan tetap berjaya menaiki kapal-kapal Ta Ann bagi menyampaikan mesej mereka.

Kumpulan berkenaan yang kebanyakannya terdiri dari kaum wanita telah ditahan dan dibongkar.


Pihak-pihak berkuasa telah mencari dan merampas filem-filem, seolah-olah para penunjuk perasaan itu adalah penjahat dan bukannya rakyat biasa yang perihatin dan mewakili sebahagian besar rakyat mereka sendiri. Salah sebuah kumpulan telah ditahan.


Adalah dikhuatiri jika penentangan terhadap para penunjuk perasaan diperhebatkan maka persekutuan dan perpaduan di kalangan mereka dan orang-orang asli Sarawak akan bertambah kuat.


Usaha-usaha memusnahkan sekatan-sekatan jalan pembalakan tidak akan melemahkan kaum Penan dan kaum-kaum lain yang senasib dengan mereka di Sarawak yang telah lama kehilangan kawasan mata pencarian mereka akibat pembalakan di Borneo.


Begitu juga, layanan yang buruk tidak akan melemahkan semangat golongan muda Tasmania, yang dapat melihat kekayaan yang terjana dari hutan-hutan mereka dimusnahkan bagi mendatangkan kekayaan kepada keluarga Taib dan juga kroni-kroni mereka.JALAN PULANG

Read more ...

Perkembangan terkini kes Scorpene bakal hangatkan kerusi Najib hilangkan sembab Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang.

Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, akan berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya.

Hari Sabtu pula, Bourdon akan ke Ipoh dan akan berucap di satu majlis forum di sebuah tokong Cina di sana.

Bourdon dijangka akan mendedahkan maklumat terkini perkembangan siasatan mahkamah Perancis terhadap pembelian Scorpene itu.

Kedua-dua kapal kapal selam ini yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Kedua-duanya mempunyai masalah tersendiri termasuk tidak boleh menyelam di lautan tropika.

Pada 23 Disember 2009, Suaram melalui rangkaian mereka di Perancis telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di sana untuk memfailkan aduan kepada sistem keadilan Perancis dengan harapan satu siasatan awal dibuat mengenai pembelian Scorpene ini.

Langkah ini dibuat untuk membolehkan mereka menyiasat bukan sahaja kematian wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam di Puncak Alam tetapi juga amalan rasuah yang berlaku dan peranannya dalam pembelian kapal selam itu sehingga membawa kepada pembunuhannya.

Altantuya mati dibunuh dengan kejam mengguna peledak C4 oleh dua pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Datuk Seri Najib. Razak juga didakwa tetapi terlepas.

Pada bulan April 2010, peguam yang mewakili Suaram memaklumkan, mahkamah Perancis telah menerima permohonan penyiasatan aduan rasuah yang melibatkan pembayaran sebanyak Euro114 juta (USD151.1 juta) yang dibayar oleh syarikat Perancis, DCNS kepada Perimekar, syarikat yang dimiliki rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.

Peguam Perancis berkenaan telah datang ke Malaysia April lepas untuk mengumpulkan bukti.

Perimekar adalah syarikat Malaysia yang dipercayai dibuka pada tahun 2001, iaitu sebelum kontrak pembelian kapal selam itu ditandatangani. Ia dibuka hanya untuk menerima komisyen dari Malaysia dan juga Perancis.

Isteri kepada Abdul Razak Baginda, Mazlinda, adalah antara yang tersenarai sebagai pengarah syarikat yang dimiliki kawan baik Perdana Menteri ini.

Baru-baru ini, menurut pasukan peguam Perancis ini, wang dari dalam akaun Perimekar telah dipindah ke akaun lain yang tidak diketahui ke mana lagi sehingga kini.

Malam esok, Bourdon (gambar) dijangka akan memaklumkan kepada rakyat Malaysia apakah status kes ini sekarang.

Menurut sumber Suaram ketika dihubungi Harakahdaily, kes ini dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis seawalnya bulan Ogos tahun ini.

"Ia bergantung kepada majlis kutipan dana untuk membiaya kes ini beberapa malam ini," kata pegawai Suaram ketika dihubungi.

Mohamad Sabu dijadualkan akan turut berucap di Pulau Pinang malam esok tetapi oleh kerana lutut beliau yang dibedah masih belum sembuh sepenuhnya, dia hanya akan menyetai majlis Jumaat ini di Dewan Sivik MPPJ.

Lutut Mohamad cedera apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah land rover polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu di ibunegara. Rempuhan ini menyebabkan beliau jatuh dan lututnya cedera.

Beliau menjalani pembedahan ke atas ligamen lututnya yang koyak semasa insiden itu dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar di Shah Alam.

“Saya keluar hospital semalam. Doktor telah menanam 2 1/2 skru disebabkan ligamen saya yang terkoyak. Saya masih sakit dan tidak boleh berjalan….tapi keadaan saya beransur pulih,” kata Mohamad.

Di samping Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga akan berucap di samping kartunis Zunar akan membuat lakaran kartun secara langsung malam itu.

"Semua kutipan dari jualan meja dan lelongan kartun ini adalah untuk membiayai kes ini," kata wakil Suaran itu.

Ulasan :

Sistem perundangan di malaysia sudah berada dalam tahap yang bahaya dan semacam negara ke 3 yang sangat buruk imejnya.

Kerana itu tawaran 100 hari Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga adalah satu pernyataan bersama 3 parti dalam PR untuk memulihkan semua badan itu dan menjadikan Malaysia lebih dihormati di persada dunia

Read more ...

Pakatan Rakyat sedia berperang dalam Pilihanraya Umum Ke 13!!



Susulan dari sesi permukiman Pakatan Rakyat semalam, ketiga-tiga parti dalam gabungan pembangkang itu sudah bersedia dengan senarai calon masing-masing untuk dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan diadakan tidak lama lagi.

Adalah penting untuk Pakatan Rakyat memperolehi sekurang-kurangnya 115 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang bakal dipertandingkan dalam pilihanraya umum akan datang.


Untuk memperolehi majoriti dua per tiga, Pakatan Rakyat mesti memenangi 148 kerusi atau lebih bagi memperoleh kuasa meminda perlembagaan di Parlimen.


Secara asasnya, tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai sasaran majoriti mudah yang mampu digapai, oleh kerana selain Umno-APCO yang agak lemah dari segi imej, MCA, MIC dan Gerakan dilihat masih belum dapat memulihkan kekalahan memalukan pada pilihanraya umum lalu.


MCA bergelut dengan skandal imej Presidennya, Chua Soi Lek dan pertentangan tiga penjuru antara timbalannya, Liow Tiong Lai dengan beks presiden, Ong Tee Keat yang dilihat masih berpengaruh dalam parti perkauman Cina itu.


MIC pula masih terdiam dengan kemaraan Hindraf dan Makkal Sakhti selepas pemergian bekas presiden, Samy Vellu untuk dilantik Duta Tugas-Tugas Khas ke India sejak lebih setahun lalu.


G Palanivel tidak dapat meyakinkan masyarakat India di Malaysia mengapa orang India mesti kembali kepada parti itu dan Barisan Najis, selain daripada perpecahan antara puak S Subramaniam, M Saravanan dan bekas "presiden" PPP, T Murugiah.


Gerakan sudah dianggap "berkubur" terutamanya di Pulau Pinang hinggakan Koh Tsu Koon tidak dapat memberi keyakinan terhadap ahli parti bagaimana hendak menawan kembali Pulau Muitara itu dari tangan DAP dan Pakatan Rakyat.

Ketidak seriusan Tsu Koon ditambah lagi beban sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menuntut lebih masa di Kuala Lumpur berbanding Georgetown sudah semestinya melegakan kem Lim Guan Eng dan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin yakin dengan penerimaan rakyat terhadap dasar-dasar baru yang mementingkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Yang perlu dibimbangkan Pakatan Rakyat hanyalah bagaimana kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak mampu ditawan seberapa banyak mungkin.


Keputusan pilihan raya negeri Sarawak, BN menang 55 kerusi tapi popular votes hanya 53.9%.


"Jika peratusan 46.1% yang tidak mengundi BN diterjemahkan kepada undi kawasan parlimen, Sarawak akan kehilangan sekurang-kurangnya 12 kerusi parlimen" Kata seorang AJK Pemuda Umno Malaysia yang telah mengadakan post mortem PRN Sarawak


Penganalisis politik juga meramalkan Sabah akan kehilangan sekurang-kurangnya 6 kerusi parlimen iaitu Kota Kinabalu, Sepanggar, Penampang, Pensiangan, Tawau, dan Sandakan.


Jumlah kerusi-kerusi parlimen yang boleh ditawan pembangkang di Sabah dan Sarawak sekurang-kurangnya 18 kerusi parlimen.


Pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional menang 140 kerusi daripada 222 kerusi parlimen.


Keputusan terburuk dalam sejarah pilihan raya BN.


UMNO menang 79 kerusi, MCA 15 kerusi, MIC 3 kerusi, Gerakan 2 kerusi dan PPP tidak menang sebarang kerusi.


Secara keseluruhan popular votes BN 51.2% sahaja dan gagal dapat majority 2/3 dalam parlimen.


Parti pembangkang menang 83 kerusi.


PKR 31, DAP 28 dan PAS 24 kerusi.


Untuk memperolehi majoriti 2/3, BN perlu mendapat sekurang-kurangnya 8 kerusi tambahan.


Bagaimanapun keputusan 4 pilihan raya kecil parlimen, BN mempertahan Batu Sapi dan menawan Hulu Selangor tetapi gagal pertahankan Kuala Terengganu dan Sibu.

Persoalannya, mampukah Barisan Nasional memperolehi kemenangan 2/3 pada PRU akan datang?

Jika jawapannya YA dan mampu, parti mana yang boleh menyumbang kerusi itu kepada BN?


Bolehkah MCA menambah bilangan kerusinya daripada 15 kerusi yang dimenanginya pada 2008?


Mampukah MIC tambah 4 kerusinya (termasuk Hulu Selangor)?


Bolehkah Gerakan menambah daripada 2 kerusinya?


PPP mungkin tiada kawasan yang boleh ditandingi.


Jawapan kepada persoalan-persoalan diatas bukan sahaja “diragui” tapi hampir mustahil parti MCA, MIC, dan Gerakan merampas kerusi yang telah ditawan DAP dan PKR.


Kini hanya parti UMNO sahaja harapan BN boleh merampas kerusi PAS dan PKR.


Persoalannya juga, mampukah UMNO?


Jika sentimen rakyat tidak berubah cateris paribus, sekurang-kurangnya 18 kerusi dari Sarawak dan Sabah jatuh kepada pembangkang menjadikan jumlah kerusi BN sekarang 139 - 2 (SAPP) - 18=119. Manakala PR 84 + 2 +18 = 104


Dengan kiraan itu, BN masih boleh memerintah dengan simple majority.


Dalam sebuah negara yang matured democracy, kemenangan dua pertiga tidaklah perlu.


Saya yakin secara psikologinya kaum Cina yang menjadi “king maker” di Malaysia lebih suka keadaan kerajaan yang memerintah tidak memperolehi majority 2/3.


Mereka selsa dengan keadaan sekarang.


Terbukti kerajaan hari ini terutama by election yang diadakan dengan mudah tunduk terhadap setiap tuntutan dan desakan mereka.


Jika ditakdir PR menang sekalipun, kaum Cina dan India lebih suka kemenangan yang simple majority untuk teruskan kuasa mereka sebagai “king maker”.


Sungguhpun begitu, jumlah kerusi BN 119 dan Pakatan Rakyat 104 itu hanya mengambil kira perubahan sentiment di dua negeri yang diwar-warkan sebagai Fixed Deposit, semata-mata berdasarkan keputusan pilihan raya Sarawak dan krisis kepimpinan yang berlaku di Sabah.


Apa sekalipun analisis yang dikemukakan kesemua parti yang akan bertanding, hanya masa dan situasi yang akan menentukan.


Selebihnya, dengan harapan SPR dapat menguruskan pilihanraya yang adil dan BERSIH, sebelum Najib Altantuya menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran parlimen.


JALAN PULANG



Kepimpinan Pakatan Rakyat yakin pembahagian kerusi pilihan raya - kedua-dua peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen antara PKR, PAS dan DAP akan dimuktamadkan hujung bulan ini sebagai persiapan pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan perkara itu telah dibincangkan dalam sesi pemukiman kepimpinan parti perikatan itu semalam - di mana pemimpin Pakatan Rakyat mengatakan peruntukan kerusi akan dibuat secara rundingan secepat mungkin bagi mengelakkan konflik antara mereka.

“Peruntukan kerusi dibincangkan secara umum, tidak secara terperinci... kami mahu selesaikan ia hujung bulan ini. Sebaiknya kami mahu ia (rundingan kerusi) diselesaikan di peringkat negeri,” kata pemimpin DAP Zairil Khir Johari kepada The Malaysian Insider.


Setiausaha politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ini berkata pemimpin Pakatan Rakyat semalam telah bersetuju peruntukan kerusi itu akan dibuat dengan elok bagi mengelakkan konflik yang berlaku dalam isu pembahagian kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu.


“Jika kami mampu menyelesaikan rundingan kerusi, kami boleh elakkan situasi seperti di Sarawak,” kata Zairil.


Sebelum ini kelihatan PKR dan DAP cuba mendapatkan beberapa kerusi penting yang menyebabkan perbalahan antara kedua-dua pemimpin parti itu,


“Saya rasa dalam soal kerusi Parlimen ia tidak banyak masalah tapi kerusi negeri berbeza. Kepimpinan negeri sering mempunyai pandangan yang berbeza tentang kawasan mana parti harus bertanding.


“Jadi jika pembahagian kerusi selesai, kemudian kami boleh putuskan siapa calon yang akan bertanding,” tambah Zairil.


Difahamkan PAS mahu bertanding di kerusi Parlimen “lompat” yang dimenangi PKR sejak pilihan raya umum 2008.


Umno juga telah mengumumkan akan menawan kembali kerusi PKR yang dilihat lemah dalam Pakatan Rakyat.


Pada pilihan raya umum 2008, PKR mendapat kemenangan terbesar di Parlimen dengan 31 kerusi, yang mana Pakatan Rakyat menang di lima negeri dan 82 kerusi Parlimen.


PAS punyai 23 kerusi Parlimen.

Read more ...

"Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap "

http://abgrara.files.wordpress.com/2011/04/13dfb0f914a9d4ded94f7bc66e8d8fa5.jpg?w=300&h=200KUALA LUMPUR, 20 Julai – Peguam keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed menegaskan pihaknya akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat ekoran pendedahan baru dibuat editor portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berhubung kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu 6 April lalu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Awtar Singh berkata, pendedahan yang dibuat Raja Petra itu ada asasnya kerana mustahil untuk Sarbaini membunuh diri seperti yang didakwa.

Selain itu, jelas Awtar, pada inkues yang akan bersambung 2 Ogos ini, beliau akan meminta agar mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian di kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.Mahkamah koroner yang diketuai Aizatul Akmal Maharani ada melawat tempat kejadian pada 5 Julai lalu.

“Kita akan buat satu laporan polis yang baru berhubung pendedahan dalam blog Raja Petra Kamaruddin, mana mungkin Ahmad Sarbaini bunuh diri... mungkin dia ditolak dari tingkap.

“Mungkin pada inkues nanti kita akan minta untuk sekali lagi ke bangunan (SPRM) untuk kaji dan lakukan semula tentang apa yang berlaku... kita memang sudah jangka Ahmad Sarbaini tidak mungkin bunuh diri.

“Kita akan buat laporan polis dengan segera, kita mahu polis siasat semula perkara ini sebab mustahil Ahmad Sarbaini boleh jatuh sendiri, saya tidak kata dia dibunuh tapi mungkin berlaku kecuaian,” kata Awtar.

Inkues Sarbaini telah bermula pada 4 Julai lalu dan ramai saksi termasuk ahli keluarga Sarbaini telah dipanggil untuk memberikan keterangan.

Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur di Jalan Cochrane pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela bagi menukar pengakuannya.

Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.Tegas Awtar, pihaknya telah mengesyaki dua individu yang didakwa beliau terlibat dalam kematian Sarbaini..

“Kita juga sejak dari awal sudah mengesyaki dua suspek yang terlibat dalam perkara ini (kematian Sarbaini).

“Sebab, kalau dari segi kecederaan yang dialami (Sarbaini) seperti ada sesuatu yang berlaku, apa sahaja boleh berlaku,” tambah Awtar.

Raja Petra dalam entri terbaru dalam blognya berkata Penolong Penguasa SPRM Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad telah membawa Sarbaini ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM Kuala Lumpur Mohd Fauzi Husin yang terletak di sebelah bilik pantri di aras tiga bangunan SPRM itu.

“Di sana, Sarbaini telah ‘didera’ secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri).

“Mohd Fauzi juga mengatakan ‘orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain’, terkejut dengan itu Sarbaini memanjat tingkap dengan terus dihina Mohd Fauzi.

“Sheikh Niza hanya melihat sahaja, dan secara tiba-tiba tali pinggang Sarbini tersangkut di kaki lima tingkap, hilang pertimbangan dan jatuh lalu meninggal dunia,” dakwa beliau.

Sarbaini sebelum ini dilaporkan membuat pengakuan menerima rasuah, namun bertindak mengubah keterangan yang diberikan itu.Pada 15 Julai lalu, DSP Sharul Othman Mansur berkata, Sarbaini tidak membunuh diri ataupun dibunuh.

Sharul Othman, yang merupakan pegawai forensik berkata penelitiannya di kawasan kejadian, Sarbaini cuba untuk melompat ke arah gelanggang badminton tetapi terjatuh menyebabkan kematiannya.

Ini adalah pendedahan RPK dalam blognyaNervously,

Ahmad Sarbaini climbed onto the windowsill as ordered by Mohd Fauzi who continued taunting and abusing him with insults. Sheikh Niza merely looked on. In that split second, Ahmad Sarbaini’s belt got stuck on the outer part of the window and he lost his balance and his life.

And, horror of horrors, what happened to Teoh Beng Hock happened to Ahmad Sarbaini when he fell to his death onto the badminton court below.NO HOLDS BARREDRaja Petra KamarudinTHE TIME HAS COME TO EXPOSE THE KILLERS OF AHMAD SARBAINI MOHAMEDD Day: 6th AprilOn the morning of 6th April 2011, Ahmad Sarbaini went to the Subang mosque for his dawn (Subuh) prayers.

There, he met his good friend, Azman, and told him that he would be amending his earlier statement given to the MACC. In retrospect, he thought that would not be a problem because he had come to regard Sheikh Niza as a friend. seterusnya

http://malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/42155-ahmad-sarbanis-death-the-lies-and-deceptions-by-the-macc-part-7

Read more ...

Pakatan Rakyat boleh menang pada PRU 13 ini - Anwar Ibrahim

http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/04/anwaribrahim1.jpgKetua pembangkang mengeluarkan kenyataan di atas dalam satu temuramah dengan The Associated Press hari ini. Ini memandangkan kerajaan yang ada sekarang menerima tekanan demi tekanan dari dalam dan juga luar negara terutamanya setelah apa yang berlaku pada perhimpunan aman Bersih pada 9 Julai lalu.

Pembangkang telah mendapatkan momentumnya semula dengan lebih hebat lagi berikutan peristiwa tersebut. Jika sebelum ini, Husam Musa, exco kanan kerajaan Kelantan memberikan analisisnya terhadap perkembangan politik Malaysia berdasarkan suasana dan keputusan pilihan raya yang berlaku selepas 2008, bahawa PR bakal menanbahkan kerusi parlimen sebanyak 25 kerusi lagi menjadikan mereka hanya kurang 5 kerusi untuk membentuk kerajaan.

Kini dengan momentum yang lebih tinggi tidak mustahil, PR mampu meraih kemenangan yang lebih besar dan mampu membentuk kerajaan. Momentum yang ada cukup untuk dipertahankan memandangkan PRU 13 bakal berlansung dalam masa terdekat samada dalam tahun ini ataupun awal tahun depan.Warta Subhi
Anwar says opposition can win next Malaysia polls

Read more ...

Inilah 30 'Jasa' UMNO kepada orang Melayu yang patut dikenang

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwTRaKSmjwNzslFztOq4ZoG-gJiFqdAJ_fE2dMdezTj_khwrHnaXD74W6G9WSE_Oen9gF8QcpFpXinjUk2ppKIWbdhK0OUrba4FlV7tUch18PvMifJLQd4RBS2VlDYQyw1zIJ_2D97b7M/s1600/umno-pengkhianat1.jpg1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT? Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-Raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?

19. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu atau setengahnya berkubur tanpa nesan?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?
Link

28. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?/Sumber: FB Seligi Alpha

Read more ...

Forum : Ambiga (BERSIH 2.0) Vs Wan Ahmad (SPR - UMNO)

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/07/Ambiga-300x202.jpgKUALA LUMPUR, 20 Julai — Kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Bersih 2.0 akan bertemu di pentas yang sama minggu depan sementara Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata isunya bukan personaliti, tetapi peluang menerangkan kepada rakyat isu yang menjadi fokus sekarang.

“Kita akan hadir, saya akan hadir pada forum itu,” kata timbalan pengerusi SPR itu ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Ini bukan soal... SPR merasakan rakyat perlu diberikan penjelasan, ini bukan soal personaliti atau soal organisasi, kami merasakan rakyat perlu diberikan penjelasan,” kata beliau ketika ditanya pendirian suruhanjaya mengenai platform yang sama akan digunakan Selasa depan.

Wan Ahmad (gambar) bersama Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga akan muncul pada wacana “Apa Selepas 9 Julai?” anjuran akhbar Kumpulan Media Karangkraf, penerbit akhbar Sinar Harian, di Shah Alam Selasa depan.

Pertemuan kepimpinan SPR dan Bersih 2.0 itu merupakan kali pertama selepas perhimpunan 9 Julai yang memfokus kepada lapan tuntutan berkaitan pembaharuan pilihan raya.

Turut menyertai mereka ialah Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Wacana itu dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, pihaknya sentiasa bersedia untuk memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai perkara menyentuh pilihan raya negara ini.

“Kami sentiasa bersedia untuk memberi penjelasan di mana-mana forum sahaja... kalau diberi ruang kami akan gunakan untuk memberi penjelasan... itulah ruang yang diberikan, dan kami akan menggunakan ruang itu,” kata beliau lagi.

Penganjuran wacana ini dilihat mendapat reaksi berbelah bahagi.

Penasihat Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Abdul Jalil Ali ketika dihubungi The Malaysian Insider memberitahu, pihaknya memilih isu tuntutan Bersih 2.0 sebagai tajuk kerana ia masih menjadi bahan perbincangan walaupun dua minggu sudah berlalu.

“Kami menyediakan ruang perbincangan secara intelek kepada orang ramai, membincangkan isu ini secara terbuka... khalayak boleh tanya soalan kepada panel,” kata beliau.

“Ya, ini kali pertama kedua-dua kepimpinan SPR dan Bersih bertemu secara rasmi selepas perhimpunan 9 Julai, peluang bagi mengetahui isu ini secara mendalam,” kata Abdul Jalil yang turut mengesahkan kesemua ahli panel sudah pun mengesahkan kehadiran mereka.

Menurut Abdul Jalil, wacana merupakan program bulanan pihaknya membincangkan isu-isu semasa.

“Sebelum ini, wacana kami menyentuh isu rasuah, isu fitnah dan kali ini kami merasakan isu tuntutan pembaharuan pilihan raya... ini bukan soal politik, tetapi lebih kepada perbincangan akademik, secara intelek... kita menyediakan peluang kepada tokoh-tokoh dan juga orang ramai berbincang dengan waras dan intelek,” kata beliau.

Beliau juga mengakui ada pihak yang tidak berpuas hati dengan wacana kali ini membincangkan isu perhimpunan 9 Julai.

“Tentu ada pihak yang menentang, mereka yang tidak berpuas hati tetapi kita tidak terikat... kita hanya buka medan perbincangan,” kata Abdul Jalil.

Beberapa tulisan blog pro-Umno didakwa mengecam penganjuran wacana ini yang menemukan SPR dan kepimpinan Ambiga.

Usaha mendapatkan Ambiga belum berhasil dan difahamkan berada di luar negara.

Bersih 2.0, yang menurut Putrahaya telah diharamkan sejak 1 Julai lalu, mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 9 Julai, dengan mendakwa disertai sekitar 50,000 orang, di sebalik sekatan ketat pihak polis.

Gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu mengemukakan lapan tuntutan iaitu mrminta SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Read more ...