Friday, April 1, 2011

Pemimpin Islam ini memang GILA

Khadafi Pemimpin Gila -Al-Qaeda

http://static.arsipberita.com/thumb/575968f29318c804c31dabf83e0f424a.jpg
KL 2 aPR 11: Majalah al-Qaeda, Inspire, terbitan MaC 2011 menampilkan tema pergolakan di Libya. Pada majalah tersebut, pemimpin Libya Muammar Khadafi dikatakan sebagai orang gila dan pemimpin palsu.

Dari laman Indian Express, Jumaat, 1 April 2011, majalah edisi ke lima yang hanya terbit di internet ini menampilkan sebuah artikel utama yang ditulis oleh ulama besar al-Qaeda, Anwar al-Awlaki, berjudul "Tsunami Perubahan".

Pada artikel ini dikatakan, Khadafi akan jatuh dan akan dikenal oleh sejarah sebagai pemimpin palsu paling gila yang pernah ada. Hal ini, ujar Awlaki, adalah kerana berbagai kontradiksi, kebohongan, berbagai kebodohan dan konspirasi telah dilakukannya.

Majalah tersebut juga menghadirkan tulisan dari pemimpin kedua al-Qaeda yang juga mengatakan hal yang sama mengenai Khadafi. Dia mengatakan, Khadafi adalah musuh Allah yang harus dibasmi.

"Kami tidak tahu mana yang lebih lucu. Kontradiksi bahawa Khadafi mengutip dirinya sendiri di dalam buku hijau atau bagaimana dia memulai wawancara melalui BBC dengan tawa yang angkuh," ujar Zawahiri. Buku hijau adalah buku prinsip-prinsip dasar Libya yang ditulis oleh Khadafi.

Al-Qaeda tidak secara langsung mengungkapkan pandangannya terhadap pergolakan di Timur Tengah, namun mereka mengatakan pemimpin negara-negara bergejolak telah ketahuan belangnya.

"Para musuh Allah yang murtad dan berlagak seperti bintang besar memperlihatkan kepada dunia kebohongan, penipuan dan kepemimpinan tirani mereka," tulis sebuah catatan di majalah tersebut.

Catatan tanpa nama penulis ini mengatakan warga Libya telah berusaha untuk melawan pemimpin palsu ini untuk alasan yang tepat. Mereka mengatakan di antara semua diktator Timur Tengah, Khadafi adalah pemimpin terburuk dan terkonyol.

"Kami meminta saudara-saudari kami di Libya untuk meneruskan perlawanan melawan rejim Khadafi dan bersabar sampai tirani runtuh," tulis catatan tersebut lagi.

Majalah berbahasa Inggris ini pertama kali terbit pada bulan Julai yang salah satu artikelnya memuat tulisan Osama bin Laden dan Awlaki. Pada edisi perdana juga terdapat artikel yang berjudul “Make a Bomb in the Kitchen of Your Mom" yang mengajar membuat bom paip dengan bahan seadanya, yang boleh didapati bahkan bisa di dapur rumah.

Majalah ini termasuk ke dalam jaringan media Al Qaeda, Al Fajr Media Center, yang bertujuan untuk memberikan propaganda bagi para militan di negara-negara Barat.

Jabatan Pertahanan Dalam Negeri Amerika (DHS) mengaku bimbang dengan penerbitan majalah ini dapat menginspirasi warga Amerika untuk melancarkan serangan di masa depan. (IH)

Read more ...

Rakyat hendak tahu siapa pelakon video seks , untuk apa polis besar-besarkan video seks tulen?

Video: NGO Melayu minta polis dedah identiti pelaku dalam video seks

http://tongkangbocor.files.wordpress.com/2008/03/nti-rasuah-copy.jpgKUALA LUMPUR - Pihak polis yang sudah mengesahkan ketulenan sebuah rakaman video perlakuan seksual yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang perlu berterus-terang dan mendedahkan identiti orang terlibat.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) Datuk Dr Kamarudin Kachar berkata, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telah mengesahkan ketulenan video tersebut menerusi siasatan pakar-pakar namun enggan mendedahkan identiti pelaku dalam video itu.

"Persoalan siapakah pemilik identiti lelaki yang dalam video berkenaan hanya boleh dirungkai oleh pihak polis memandangkan polis terlibat dalam siasatan pita video tersebut dari A hingga Z.

"Kita sebagai orang awam meminta supaya pihak polis berbuat demikian bagi mengakhiri segala kekalutan yang berlaku akibat terlalu banyak sangat spekulasi yang timbul disebabkan orang masih berteka-teki siapa sebenarnya lelaki berkenaan," katanya.

Beliau mengulas mengenai pengumuman Ismail hari ini bahawa rakaman video seks, yang didedahkan oleh “Datuk T” kepada sekumpulan editor media awal minggu lalu, bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan. - Bernama


berita lain

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan maksud tulen berhubung dengan rakaman video seks yang didakwa libatkan pemimpin PKR.

Beliau berkata, walaupun disahkan tulen oleh pakar, Ismail perlu menjelaskan sama ada orang di dalam rakan video aksi seks tersebut atau video itu yang tulen.

“Kalau betul video itu tulen, saya tidak jadi masalah tetapi jangan buat dan cakap sahaja. Kena jelaskan apa makna tulen? Orangnya betul atau videonya betul?

“Dalam kes (Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek, dia mengaku. (Ketua Umum PKR) Datuk Seri Anwar (Ibrahim) kata, individu dalam video itu bukan beliau. Keadaan ini berbeza, melainkan IGP (Ketua Polis Negara) ada rekod atau bukti terhadap isu ini,” katanya.

Read more ...

Fitnah video seks adalah politik longkang

Dalang Video Lucah Tandus Modal Politik, Kata Ku Li


KUALA LUMPUR 2 APRIL : Tengku Razaleigh Hamzah membidas pihak yang mendalangi fitnah video lucah untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menegaskan rakyat akan menolak "politik kotor' sebegitu untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada isu-isu nasional yang jauh lebih penting.

"Ini orang panggil gutter politics, politik longkang (dan digunakan) bila sudah tidak ada modal lagi. Ia timbul sebab polisi dan dasar yang diperjuangkan sudah tidak laku dan rakyat nampak tidak menerimanya. Oleh kerana itu (mereka) main politik kotor menyerang seseorang dengan harapan rakyat ketepikan hal seumpama itu. Ini bukan politik," tambah mantan Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno itu.

Dalam wawancara esklusif dengan TVSelangor, Tengku Razaeligh yang lebih dikenali 'Ku Li' menegaskan rakyat, khususnya masyarakat Melayu, menolak cubaan mana-mana pihak menyerang keperibadian pihak lain semata-mata untuk mencari kelebihan politik.

"Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah," kata beliau.

"Perkara ini tak patut didedah kepada orang ramai. Jadi itu tunjukkan orang tak faham politik pun menolak benda macam ni. Saya rasa (video seks) ini salah langkah," tambah beliau

Ku Li berkata biarpun pihak yang mendalangi video seks itu berjaya menjatuhkan Anwar dan mencapai kemenangan politik, ia tidak bermakna dalam konteks kemuliaan tamadun negara itu sendiri.

"Kenapa kita nak amalkan ini semua kerana politik? Jika berpolitik sebegini, kalau kita menang pun, tidak ada maruah, tidak ada nilai, jadi tidak guna kita menang pun kalau kita guna cara buruk dan keji untuk mendapat tempat. Saya rasa rakyat pun tak dapat terima dengan baik," tegas beliau.

Tiga individu - Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Bendahari Perkasa Shuib Lazim dan ahli perniagaan Shazryl Eskay mengakumendalangi penayangan video itu kepada umum pada 21 Mac.

Mereka mendakwa rakaman itu menunjukkkan Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Februari.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan berjumpa Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak selepas identiti mereka dibongkar oleh pejabat Parti Keadilan Rakyat.

Anwar membuat laporan polis bagi membolehkan polis menyiasat siapa pelaku dalam rakaman itu.

Beliau menegaskan pada malam rakaman itu dibuat, beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitternya.

Pejabat PKR mengemukakan sembilan pesanan Twitter Anwar, bagi menyokong hujah Ketua Pembangkang itu.

Semalam, Ketua Polis Negara Ismail Omar membuat pengumuman mengejutkan apabila mengisytiharkan video itu adalah tulen namun tidak mengulas sama ada pelakunya dikenal pasti.

Beliau berkata hasil siasatan sudah di fasa terakhir dan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat.

Kenyataan Ketua Polis Negara itu menimbulkan pelbagai kecurigaan kerana adalah difahamkan polis tidak mengambil keterangan daripada pihak-pihak yang relevan
untuk memperakukan keterangan Anwar sebelum ini.

Contohnya keterangan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang menghuraikan sembilan catatan Twitter Anwar yang membuktikan Ketua Pembangkang tidak terbabit dalam perlakuan sumbang yang dituduh oleh Rahim dan dua rakannya itu.

Ku Li berkata perbuatan mencantas ahli politik dengan taktik-taktik keji seperti menayangkan video seks "bukan budaya" Melayu mahupun Islam kerana ia amat keji.

"Saya tak tahu dimana kita belajar perkara ini. Di Amerika pun orang kata politiknya kotor. Saya rasa ia bergantung pada kita. Rakyat Malaysia punya tamadun dan budaya yang baik, kenapa kita hendak ikut budaya tak baik' kata Ku Li.

"Apatah lagi bagi orang Melayu Islam, tak patut kita lakukan benda yang jijik yang dipandang rendah oleh orang. (Apa guna) kita buat perkara yang hina di sisi masyarakat," tegas beliau.

Read more ...

Tindakan KPN hanya untuk burukkan nama Anwar ?

PDRM Memang Pilih Bulu, Kata Khalid Samad

http://keadilanbatu.files.wordpress.com/2008/07/kartun-zunar.jpg

SHAH ALAM 1 APRIL : Sikap 'pilih bulu' Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dalam hal-hal yang melibatkan pimpinan Pembangkang, jelas tergambar melalui perkembangan terbaru hasil siasatan polis berhubung fitnah video lucah membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan pihak berkuasa yang tidak menumpukan kepada laporan polis Anwar bahawa dirinya telah difitnah sebaliknya lebih berminat tentang soal ketulenan video, jelas mengambarkan institusi polis di negara ini dikongkong oleh parti pemerintah, kata Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

" Sebab itu, kami dapati polis ini banyak memberi kelonggaran dan keistimewaan, kalau bandingkan video seks Chua Soi Lek, pihak polis memberikan amaran
kepada sesiapa yang memiliki, mengedar dan menayang termasuk yang melihat boleh disabitkan kesalahan dan dikenakan tindakan undang-undang, tetapi dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, nampaknya undang-undang itu berbeza," katanya kepada pemberita pada sidang media khas di pejabatnya, di sini, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini berkata, pihaknya sudah mengesahkan ketulenan video lucah yang didakwa membabitkan Anwar.

Ujar beliau, pihaknya telah mengesahkan ketulenan video seks itu dengan bantuan pakar-pakar tempatan bahawa ianya bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.

Namun Ismail tidak menjawab kepada persoalan utama, siapakah identiti ahli politik yang didakwa terlibat dalam rakaman video seks berkenaan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat selama ini.

" Soal ketulenan video itu adalah soal yang kedua kerana walaupun ianya bukan palsu, persoalannya benarkah pelaku seks dalam video itu Anwar, kalau nak tahu
kebenarannya, perlu dijelaskan di mana tempat berlaku, pukul berapa Anwar datang, dengan apa Anwar datang, siapa yang mengiring dan sebagainya serta perlu diselidik pada masa yang sama, Anwar berada dimana.

" Hakikatnya sama ada ia video tulen atau pun palsu ianya tidak cukup untuk mendakwa, sebaliknya mereka perlu bukikan Anwar memang berada di situ pada waktu itu,"tegas Khalid.

Melihat pada senario perjalanan politik Anwar yang sering dilanda pelbagai ancaman dari segenap ruang, Khalid berpendapat sangat mustahil bagi Ketua Pembangkang itu untuk terlibat dengan skandal seks seperti yang didakwa oleh 'Datuk T'.

"Ianya satu perkara yang sangat mustahil kepada Anwar pada ketika ini meletakkan diri, nasib, karier dan perjuangannya yang selama ini dengan hanya mengikut
Datuk Eskay yang memang dikenali sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai semata-mata untuk melakukan perkara itu," kata Khalid.

Pada 23 Mac lalu, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengaku bahawa beliaulah yang mempertontonkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara.

Shazryl juga mendedahkan bahawa gelaran Datuk T merujuk kepada tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks itu, yang sebenarnya bermakna "trio" iaitu beliau sendiri, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Read more ...

Kartun pun jadi media fitnah Umno

Khalid Dakwa Umno Dalang Komik

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8oSoqRFibOBDGX09Hjf_a5_ABjM-zSynsIKZqKmxyZU7vD1DU-Y7EtEXpG6_00i6RYKQNSLiDnqbBIFIWj_URJDwLQ1Hi9pTeS4wWZC9ACZfTh6kHD8yagGCJDL9BleVo0cpiKB4XWbFf/s1600/Kartun_Harakah_Kebebasan_akhbar.jpgHoi hangpa silap ni, aku Luncai la yang selalu sedut kentut Bik Mama. Aku masuk blog pembangkang nak buat taik je, jangan cekik aku macam ni

SHAH ALAM 1 APRIL : Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mendakwa individu yang terlibat dalam penyebaran komik "Kisah Juara Raja Lawak" untuk mengaibkan Ketua Pembangkang, didalangi oleh Pemuda Umno Shah Alam.

Khalid mendedahkan hal itu pada sidang media khas yang diadakan di pejabatnya hari ini.

"Saya mendapat makluman, ini adalah kerja Umno bahagian Shah Alam, walaupun ianya tidak dinyatakan bahawa ianya adalah kerja mereka tetapi dari sumber yang saya terima ianya adalah kerja Pemuda UMNo Shah Alam dan saya minta pihak Umno khususnya ketua bahagiannya untuk mengutuk dan menafikan tindakan ini,"kata Khalid.

Terdahulu satu laporan polis mengenai komik berkenaan dibuat oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Komik bertajuk “Kisah Juara Raja Lawak” yang mengandungi 16 halaman itu memaparkan karikatur lucah Anwar dalam pelbagai aksi.

Mengulas hal itu, Khalid menyifatkan tindakan individu yang mendalangi penyebaran komik berkenaan sebagai mengamalkan politik jijik.

"Ini adalah corak politik paling menjijikkan dan ianya bukanlah satu perkembangan yang dialu-alukan kerana kes ini daripada mulanya jelas berbaur politik apabila kaedah pendedahan ini dilakukan seperti mana yang dilaporkan,"katanya lagi.

Tambahnya lagi, pihaknya mendapat makluman pengedaran komik tersebut daripada sebuah kilang di Shah Alam dan mendapati ia tersebar luas di kawasan kilang sekitar seksyen 15 dan 23.

"Kita dapat aduan dari pihak pengurusan kilang di Shah Alam yang mendapati komik ini diedarkan di kalangan kakitangan mereka, melihat pada kandungannya jelas menburukan Anwar Ibrahim dengan menggunakan teknik 'super impose' serta jelas usaha mengaibkan dan menimbulkan masalah di kalangan ahli keluarganya,"tambah Khalid lagi.

Read more ...

Ketua Polis Negara yang baru 2 x 5 dengan yang lama

Video Seks : Ketua Polis Negara Tidak Faham Mengapa Anwar Buat Laporan?


Oleh Wira Arjuna

Menakjubkan lagi membingungkan – itulah mungkin rumusan paling sesuai untuk menggambarkan reaksi rakyat berikutan kenyataan separuh masak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengumumkan video seks lucah yang dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ‘tulen’.

Malah Ismail membayangkan hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk tindakan susulan dalam tempoh terdekat.

Persoalannya : Betul ke Anwar adalah pelaku dalam video itu? Malangnya, Ketua Polis Negara tidak memberi jawapan.

Jawapan beliau adalah penting kerana ia menjadi paksi kepada segala isu ini – benarkah Anwar dirakam mengadakan hubungan sumbang dengan seorang pelacur di sebuah hotel pada 21 Februari lalu?

Anwar membuat laporan polis pada 22 Mac, sehari selepas video itu ditayangkan kepada media di Hotel Seri Carcosa Kuala Lumpur di mana Ketua Pembangkang dan isterinya kemudian diugut supaya berundur dari politik.

Laporan polis dibuat oleh Ketua Pembangkang itu untuk membolehkan Bukit Aman sendiri menyiasat sama ada pelaku dalam video itu adalah Anwar atau bukan.

Jika bukan, maka jelas fitnah besar-besaran berlaku. Justeru identiti pelaku dalam video itu amat penting dan adalah kunci kepada segala-galanya.

Namun persoalan ini tidak dijawab oleh Ismail. Beliau lebih menjurus kepada hasil siasatan yang mendapati video itu adalah tulen berasaskan penelitian pakar-pakar video tempatan.

Persoalan asas tidak dijawab – siapa pelakon dalamnya. Lebih mengejutkan ialah kenyataan Ismail bahawa hasil siasatan kini “di tahap akhir”, akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat.

Mungkinkah siasatan itu boleh dianggap hampir selesai TANPA polis mengambil keterangan daripada Anwar atau pihak-pihak yang dapat membantu siasatan polis.

Mereka yang dimaksudkan adalah :

-Ahli Keluarga Anwar dan kakitangan yang dapat mengesahkan Ketua Pembangkang itu berada di rumah pada malam 21 Februari – hari rakaman itu dikatakan dibuat.

- Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang mengemukakan urutan 9 pesanan Twitter yang dihantar oleh Anwar pada malam itu.

- Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan bekas Ahli MPT PKR Badrulhisham Shahrin yang menonton video itu dan yakin pelakunya bukan Anwar berasaskan susuk tubuh dan “bahasa tubuh” pelaku.

Selang sehari video itu didedahkan, pejabat Parti Keadilan Rakyat membongkar identiti pihak yang mendalangi rakaman itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Shazyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Hanya selepas identiti mereka terbongkar, gandingan Datuk T tampil mengakui mereka di sebalik penayangan video berkenaan, itupun selepas mereka dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di Bangunan Parlimen pada 22 Mac.

Rahim, Eskay dan Shuib hanya mengambil masa kurang lima jam untuk menyerahkan bukti dan memberi keterangan kepada polis susulan laporan yang dibuat Anwar.

Selang seminggu kemudian, Ketua Polis Negara mengumumkan siasatan sudah hampir selesai untuk Peguam Negara mengambil tindakan susulan!

Jelas banyak ruang-ruang tertinggal dalam “siasatan adil dan telus” yang dijanjikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Kenyataan bingkas beliau dan Perdana Menteri Najib Razak menafikan polis tidak langsung terlibat dalam isu fitnah video seks “Tiga Datuk” kini menimbulkan lebih banyak kecurigaan berikutan kenyataan Ketua Polis Negara hari ini.

Read more ...

Rupa Datuk 'T' bukan tiga tapi ada tambahan


Ketua Polis negara jangan ikut rentak BN

Pengumuman Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar bahawa video ‘Datuk T’ adalah tulen tidak sama sekali membuktikan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu.

Demikian dinyatakan Naib Presiden KEADILAN, N Surendran, sebagai reaksi kepada pengumuman KPN hari ini bahawa video itu adalah tulen.

Surendran turut mempersoalkan mengapa KPN terburu-buru membuat pengumuman itu walau pun siasatan belum lagi lengkap. Malah, ia merupakan satu lagi usaha mengalih tumpuan (red herring) dan bersifat politik untuk memburukkan reputasi Anwar, kata Surendran.

“Perkara yang ingin diketahui orang ramai adalah mengapa polis dan Peguam Negara belum memulakan tindakan terhadap ketiga-tiga orang itu yang sudah membuat pengakuan bersalah memiliki dan menayangkan video lucah yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002?” tanya Surendran.

Beliau seterusnya menggesa KPN agar tidak mengikut rentak BN dan menjalankan siasatan secara adil, saksama dan profesional.

“Kami menggesa KPN dan Peguam Negara menghentikan taktik melengah-lengahkan siasatan dan mengambil tindakan segera terhadap penjenayah sebenar dalam tayangan video itu,” kata Surendran.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail dalam sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini membuat pengumuman bahawa video seks yang ditayangkan kepada umum oleh trio ‘Datuk T’ adalah tulen. Namun, Ismail tidak pula mendedahkan siapa pelakon di dalam video itu.

Keadilandaily

Read more ...

Harga petrol naik lagi : Rakyat bantah, Umno sokong

Petrol RON97 naik 20 sen, kuat kuasa tengah malam ini


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijKIp6wYoknF2_5wbNmrVhsjMbm8u72uFaKGs0UNKj9ejHDo0xPcMywFl53v17AN82mYYf0DQGqiLD7FDJpgVQG0qNd2k4eUs2SOobXijlxbOSyPbKFRapEtCSN2A-wj-XNXKFD8et2Bwf/

Demi Umno tercinta biarkan! biarkan! kerana aku ,orang biasa basikal tua - Luncai

KUALA LUMPUR, 1 April - Harga petrol RON97 akan mengalami kenaikan 20 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.

Dengan kenaikan itu, bahan api RON97 akan dijual RM2.70 seliter - kadar peningkatan paling tinggi tahun ini.

"Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.

"Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah," kata sumber itu.

Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Disebabkan harga RON97 diapungkan kerajaan memutuskan untuk tidak mengumumkan perubahan harganya dari semasa ke semasa.

Read more ...

PARPU KARI minum Malta dalam gelas arak

Gelak dahulu saudara, jurublog ini mendakwa bahawa dia minum MALTA. Yang peliknya, dia minum Malta menggunakan gelas ARAK! Kah Kah Kah! Siapa yang mahu percaya? Zambry Abd Kader?



Read more ...

Adnan Yaakob kena letak jawatan

Tipu kawasan balak : Adnan Yaakub digesa letak jawatan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_ajb3MqItovdDEvm9i9VXj3fPuf2OoEdOo0OkTAaOmJlC444SIWwyHNcw-3u6W6hhQlC-UG7r8qitwcQ6j0Qm9s6lcb3m5XPl1Lt29B9loMuAYnqOGDgRswDxrNA-C3i2wuxl4tWpyn9T/s320/adnan-yaakob.jpgTEMERLOH, 1 April: Berikutan satu laporan polis dibuat terhadap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan pembantunya yang juga Setiausaha Umno Bentong, Shamsuddin Ibrahim berkaitan penipuan kawasan balak oleh seorang ahli perniagaan, Pakatan Rakyat (PR) negeri Pahang mendesak Adnan melepaskan jawatannya.

Pengerusi PR Pahang yang juga Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya hari ini berkata, Adnan perlu melepas jawatan atau bercuti bagi membolehkan pasukan penyiasat melaksanakan tugas mereka secara bebas dan telus berhubung dakwaan penipuan tersebut.

Minggu lalu pengasas dan pemegang saham sebuah syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGM), Lee Sin telah membuat laporan polis terhadap Adnan Yaakob dan pembantunya yang merupakan Setiausaha Umno Bentong, Shamsudin Ibrahim di balai polis SEA Park, Kuala Lumpur kerana didakwa menipunya sebanyak RM300,000.

Lee Sin dalam laporannya menyebut, beliau telah membeli lebih 10 peratus saham kepunyaan Shamsudin seperti dipersetujui pada 2000 dengan dijanjikan balak di kawasan 10,000 ekar tanah milik Umno di Nenasi Pekan.

Berita yang dipetik laman Malaysiakini bertarikh 25 Mac, menyebut sebagai sebahagian daripada perjanjiannya, Shamsuddin dilantik sebagai pengarah urusan tetapi kemudiannya lesen pembalakan dikeluarkan tidak mengikut perjanjian.

Tuan Ibrahim berkata, oleh kerana kes tersebut telah dilaporkan kepada polis maka PR Pahang memandang serius di atas tuduhan yang dikenakan ke atas Adnan selaku seorang penjawat awam peringkat tertinggi negeri sehingga boleh memberikan implikasi negatif kepada perjalanan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri.

“Justeru kami segera menuntut agar Datuk Seri Adnan mengambil tanggungjawab dengan penuh kejujuran memelihara nilai integriti dan responsbiliti pentadbiran.

Kami tidak mahu negeri ini terjebak kedalam situasi yang boleh menghilangkan kepercayaam umum yang akhirnya memberi kesan kepada pembangunan negeri terutama dari aspek ekonomi.

Kami bimbang kes sebegini jika tidak ditangani secara adil dan bebas boleh menghilangkan keyakinan pelabor untuk menanam modal di negeri ini.

“Tuntutan kami terhadap Menteri Besar, Dato’ Seri Adnan Yaakob supaya berundur dengan melepaskan jawatan atau bercuti adalah relevan kerana tunduhan yang dihadapkan kepada beliau adalah berat kerana ia melibatkan tuduhan melakukan jenayah iaitu penipuan dan salah guna kuasa,” katanya.

Tambah Tuan Ibrahim, PR Pahang berharap siasatan dapat dilakukan secara adil dan bebas demi memperlihatkan keadilan masih wujud dalam negara ini.- HD

Read more ...

PR semakin bertambah sokongan di Sarawak

Sokongan PR meningkat di Sarawak - Dr Abu Hassan Hasbullah

http://audie61.files.wordpress.com/2010/04/d34b9f9cbce9bf7a77351a80c6a43738.gifPETALING JAYA, 1 April: Seorang pengkaji media yang juga Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah hari ini memberitahu sokongan semasa terhadap Pakatan Rakyat (PR) meningkat antara 40 hingga 42 peratus di Sarawak pada masa ini.

Bagaimanapun, Barisan Nasional (BN) masih menguasai sokongan masyarakat negeri itu dengan sekitar 60 peratus dan angka tersebut boleh berubah sekiranya isu-isu tempatan dapat diuruskan dengan bijak oleh parti politik bertanding.

"Setakat ini, data menunjukkan kedudukan PR semakin meningkat iaitu antara 40 hinga 42 peratus, manakala BN yang menguasai pengaruh di lingkaran demografi kawasan luar bandar secara keseluruhan menguasai 60 peratus.

"Namun prediksi persepsi kepercayaan politik ini boleh berubah sekira isu-isu lokal dapat diuruskan dengan baik oleh mana-mana pihak khususnya krisis tanah adat dan perkongsian ekonomi," kata Prof Abu Hassan dalam satu emel yang dikirimkan kepada wartawan bebas.

Isu video seks Anwar tidak beri kesan di Sarawak

Menurut Prof Abu Hassan yang turut terkenal sebagai penganalisis politik dalam dan luar negara turut menganggap isu video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim turut kurang mendapat tempat di Sarawak berbanding isu-isu tempatan.

"Isu ini (video lucah) tidak akan memberi kesan langsung yang begitu berpengaruh dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kerana isu ini adalah isu nasional yang amat jauh dari pengetahuan masyarakat Sarawak.

Masyarakat Sarawak juga dijangkakan lebih menumpukan kepada isu tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial masyarakat bumiputera dan isu rasuah serta penyelewengan kuasa politik.

"Di Sarawak krisis adalah lebih banyak pada persoalan masalah-masalah lokal atau tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial bagi masyarakat bumiputera di sana khususnya masyarakat yang berpendapatan rendah dan masih miskin serta isu rasuah dan penyelewengan kuasa politik.

"Isu Video Lucah mungkin hanya diambil berat oleh masyarakat Melayu dan sebahagian dari pemerhati politik yang terdedah pada krisis nasional.

"Sebaliknya hampir 70 peratus masyarakat di Sarawak masih bertarung untuk mengukuhkan posisi dalam ekonomi dan sosial, maka tentulah isu-isu lokal akan lebih mempengaruhi kepercayaan politik mereka," jelas beliau.

Sementara itu ketika mengulas isu video lucah yang sedang hangat diperkatakan beliau menyifatkan Melayu moden hari ini masih belum keluar dari kemelut krisis peradaban.

""Isu Video Lucah bukan soal isu meningkatnya simpati masyarakat terhadap Anwar sekali gus menderu sokongan kepercayaan politik terhadap Pakatan Rakyat.

Melayu mengalami krisis peradaban

"Isu Video Lucah bagi masyarakat adalah krisis peradaban kaum Melayu yang sudah cukup lama terbeban dengan sejarah semacam ini melalui peristiwa-peristiwa sejarah bangsa Melayu yang turut mengheret krisis yang sama," kata beliau.

Prof Abu Hassan turut menyingkap kembali sejarah Melayu yang menurutnya adalah bukti kepada sikap sesetengah orang Melayu yang menggunakan fitnah sebagai senjata politik mereka semenjak zaman dahulu lagi.

"Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka.

"Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.

"Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri, jadi isu-isu ini adalah berhubungan dengan politik Melayu.

"Dalam keadaan bangsa lain telah berjaya mencipta Google, Facebook, Twitter, iPad, dan sebagainya sedangkan bangsa kita pula tidak habis-habis hidup seperti apa yang dilalui oleh Hang Tuah, Sang Rajuna Tapa dan Mahsuri," jelas beliau.

Bagaimanapun menurutnya lagi, misi untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sia-sia apabila Ketua Umum PKR itu sekali lagi diangkat sebagai simbol perjuangan membela maruah diri, keluarga dan masyarakatnya.

"Perspektif dari mediasfera, isu ini akan menempatkan kembali Anwar sebagai simbol perjuangan diri, keluarga dan masyarakat di kalangan masyarakat tanahair kerana bukan mudah untuk seseorang dan sebuah keluarga menanggung penghinaan yang semacam ini, malah secara berterusan.

"Tentulah masyarakat mula melihat keperluan untuk bersekutu buat perubahan kerana masyarakat sudah tidak mampu menanggung situasi dan krisis politik yang semakin teruk dan semakin mengerikan," kata Prof Abu Hassan.

Prof Abu Hassan turut mengingatkan masyarakat Melayu negara ini yang umumnya berugama Islam dengan ayat 12, Surah Al-Hujurat akan dosa yang ditanggung daripada berprasangka, mencari kesalahan orang lain dan perbuatan fitnah.

"Pertamanya, Allah mengeluarkan perintah yang jelas di dalam Al Quran, Surat Al Hujurat, ayat 12, yang bermaksud - Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang berbuat fitnah dan tuduhan sebahagian yang lain.

"Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang".

Read more ...

ADUN UMNO rasuah didenda RM 20 000 , penjara 3 tahun

Rasuah : Adun BN Lenggeng dipenjara tiga tahun, denda RM20,000

SEREMBAN, 1 April - Adun Lenggeng Mustafa Salim, yang awal bulan ini disabitkan kesalahan menerima rasuah RM2,000, hari ini dihukum penjara tiga tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan juga mendenda Mustafa RM20,000.

Peguam pembela memohon agar mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara rayuan difailkan.

Pada 4 Mac lalu, Mustafa, 51, didapati bersalah atas dakwaan menerima rasuah RM2,000 daripada seorang kontraktor, lebih dua tahun lalu.

Mahkamah Sesyen mendapati tertuduh bersalah terhadap tuduhan menerima suspan itu daripada M. Manimaran sebagai balasan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit menjual pasir.

Ketika itu, Amran berkata tertuduh didapati tidak melakukan sebarang langkah positif untuk tidak menerima wang yang diletakkan dalam sampul surat itu.

Mustafa, 51, Adun Barisan Nasional (BN), didapati bersalah mengikut Seksyen 10(a) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana menerima suapan itu di Restoran Jahrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, dekat sini, pada pukul 5 petang, 31 Ogos 2008.

Mustafa pernah dibebaskan dari dua lagi pertuduhan rasuah iaitu menerima suapan RM3,000 daripada Manimaran melalui Mustafa Pendek di Lot 1321, Mukim Pantai, Seremban, pada pukul 11 pagi, 28 Ogos 2008.

Tertuduh juga bebas dari dakwaan meminta suapan sebanyak RM2,000 dari kontraktor yang sama di pejabat SPRM negeri di Jalan Datuk Klana Ma''amor di sini pada pukul 9.05 malam, 30 Ogos 2008.

Dalam dua pertuduhan tersebut, pihak pembelaan berjaya membuktikan bahwa wang yang diminta itu adalah bagi melaksanakan program bantuan Majlis Anak-Anak Yatim dan Warga Tua.

Pihak pembelaan meminta mahkamah menunda tarikh menjatuhkan hukuman dengan alasan anak tertuduh yang berstatus Orang Kurang Upaya mengalami tekanan perasaan selepas mengetahui ayahnya akan dikenakan hukuman.TMI

Read more ...