Perdana Menteri Korea Selatan mengumumkan untuk
meletak jawatan bagi memikul tanggungjawab ke atas kritikan ke atas
kerajaan ekoran tragedi feri karam 16 April lalu yang mengorbankan
hampir 300 orang.Chung Hong-won dalam pengumumannya hari ini berkata ia adalah tindakan terbaik yang boleh dilakukannya – 11 hari selepas tragedi maritim tersebut.
“Perkara yang baik untuk saya lakukan ialah memikul tanggungjawab dan meletak jawatan,” katanya seperti dipetik dalam laporan agensi berita DPA.

KOTA BHARU: Flat Buluh Kubu tidak jauh dari Pasar
Besar Siti Khatijah satu-satunya kawasan di parlimen Kota Bharu yang
tidak pernah kelihatan bendera PAS setiap kali kempen pilihan raya.