Wednesday, December 1, 2010

Manipulasi media Umno amat dahsyat















KOTA BHARU , 2 Dis.: Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata isu perlantikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang selaku timbalan perdana menteri sebenarnya dimanipulasikan oleh media milik Umno untuk kepentingan politik mereka.

“Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?” soalnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Nik Aziz menambah salah lapor dan salah dengar adalah satu budaya di kalangan petugas media milik Umno.

“'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin'," katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan pendiriannya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam.

“Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya," katanya lagi.

Sambil itu beliau menjelaskan, sehingga kini Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini.

Masak dengan permainan politik Umno beliau mengingatkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu supaya tidak melupakan sejarah tanah air dan mengenali siapa pengkhianat bangsa dan agama sebenarnya.

“Hari ini, isu perlantikan timbalan perdana menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan.

“Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini,” katanya.

Nik Aziz mengulas laporan media yang membidas kenyataan ketua pembangkang bahawa jawatan timbalan perdana menteri diserahkan kepada bukan Melayu jika Pakatan Rakyat berkuasa pada pilihan raya umum ke-13 menjejaskan konsep ketuanan Melayu di negara ini.


Tersorok Dalam Songkok

Dalam kenyataan itu juga Nik Aziz mengingatkan rakyat bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri.

"Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini?, soalnya.

“Peliknya apabila Tun Dr Mahathir (Mohammed) sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?” soalnya lagi.

“Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai,” katanya.

Menurut Nik Aziz yang penting ialah dasar dan jika dasar Islam, sesiapapun boleh menjadi pemimpin.

“Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa menteri besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh.

“YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!” katanya mengakhir kenyataan akhbar berkenaan.


Read more ...

Umno nak Islam, Rosmah jadi ikon


































IPOH, 2 Dis. : Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menggesa isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya berpakaian secara Islam untuk mencerminkan pendirian Umno sebagai sebagai sebuah parti Islam.

Beliau membuat gesaan itu dalam ucapannya di sidang bajet 2011 DUN di Ipoh hari ini. Nizar berkata beliau mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Najib sebagai perdana menteri dan isterinya Rosmah sebagai wanita pertama negara.

Bagaimanapun, katanya, dakwaan Umno untuk menegakkan prinsip Islam menjadi kosong sekiranya Rosmah tidak berpakaian yang sesuai dengan ajaran agama.

Beliau menggesa mufti Perak dan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir supaya meyakinkan Rosmah (kiri) untuk berbuat demikian. Nizar nampaknya mencadangkan Rosmah hendaklah memakai tudung bagi mencerminkan pandangan Islam.

Menurutnya, ramai ahli Umno di negeri itu kemudiannya datang menemuinya dan menyokong nasihatnya kepada Rosmah.

Dalam ucapannya selama satu jam itu, Nizar yang menyentuh beberapa isu agama dan ekonomi, mencetuskan perang mulut dan memaksa wakil rakyat BN bangun mempertahankan Umno.

Beberapa isu sensitif menyentuh tentang bangsa dan agama serta perpaduan Pakatan, dibangkitkan.(Malaysiakini)




Read more ...

PAS bersedia rampas Terengganu



KUALA LUMPUR, 2 Dis. :
PAS kini menumpukan usaha untuk merampas semula Terengganu yang kini diterajui kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.


Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan awal tahun depan, namun pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak spekulasi tersebut.

Umno telah pun menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun depan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, parti Islam itu yakin akan merampas semula Terengganu daripada BN kerana kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar sekarang tidak membawa apa-apa perubahan yang signifikan sejak BN menguasai semula negeri itu pada 2004.

“Kita yakin untuk merampas semula Terengganu... Umno menang di negeri itu dengan penipuan... apa pembangunan yang dibuat di sana? Hanya stadium runtuh sahaja,” kata Hadi dalam temubual dengan The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Marang ini yakin PAS boleh merampas semula kerajaan negeri BN dengan “majoriti kecil” sambil mengatakan majoriti dua pertiga “tidak diperlukan” untuk mendapatkan mandat memerintah Terengganu.

“Dalam pilihan raya lepas, kita menang lapan kerusi walaupun BN menang tapi mereka tidak menang dengan majoriti besar. Bagaimanapun majoriti dua pertiga tidak penting, majoriti kecil sahaja sudah cukup,” tambah Hadi lagi.

Bekas menteri besar Terengganu ini mendakwa kebanyakan undang-udang yang telah diwartakan PAS sebelum 2004 masih kekal “utuh” di bawah pentadbiran kerajaan negeri BN sambil menambah, PAS lebih banyak membawa pembangunan ke negeri itu daripada “Umno atau BN lakukan.”

“Di bawah pentadbiran PAS lebih 60,000 permohonan tanah telah diluluskan di Terengganu, Umno hanya berminat untuk menang dan masih banyak undang-undang yang diperkenalkan AS masih lagi kekal hingga hari ini,” kata Hadi.

Hadi berkata jentera pegawai-pegawai PAS termasuk dirinya telah melawat ke kawasan-kawasan undi di Terengganu sejak tahun lepas dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

“Kita bermula tahun lepas lagi dan bersambung tahun ini untuk melihat kemajuan dari segi jentera-jentera pilihan raya di setiap kawasan. Memang ada kekuatan dan ada juga kelemahan yang perlu diperbaiki. Tapi kita bersedia di peringkat pentadbiran pilihan raya yang dipengerusikan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan raya PAS pusat.

“Saya juga akan balik ke Terengganu setiap minggu untuk melawat setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita juga mengadakan seminar-seminar kepada petugas pilihan raya, yang ini dalam peringkat negeri-negeri. Itu persediaan awal yang kita buat,” katanya.

PAS merampas Terengganu pada 1999 yang selama ini di bawah pentadbiran BN. Kerajaan pimpinan PAS itu tidak bertahan apabila tewas semula kepada BN pada 2004.

Selain Terengganu, Hadi juga berkata PAS turut akan memenangi lebih banyak kerusi di Johor yang menjadi kubu kuat Umno.

“Ini boleh dilakukan sekiranya orang-orang Melayu berubah dari segi pemikiran mereka untuk jadikan PAS sebagai alternatif kepada Umno dan ini boleh berlaku.

“Kita boleh menang dan tidak mustahil ia boleh berlaku, undi Melayu boleh berubah dan di Johor yang kuat Umno hari ini pun kita sudah ada dua kerusi.

“Secara jelas dan terang sehingga hari ini sudah tentu kita akan mempertahankan Kelantan, Kedah, sudah tentu Terengganu kita akan ambil balik manakala negeri-negeri lain adalah kerusi campuran yang akan kita bincangkan manakala Sabah dan Sarawak akan kita bincang dalam Pakatan Rakyat,” kata beliau.

Ketika ditanya sama ada usaha kerajaan perpaduan antara Umno-PAS boleh diteruskan, Hadi bagaimanapun berkata “buku sudah tertutup rapat dan tidak boleh dibuka lagi.”
“Buku sudah tutup dan tidak boleh dibuka, zaman sudah berlalu dan rakan Pakatan Rakyat setuju nak ubah semua sekali.

“PAS adalah parti yang berpengalaman, PAS saingan utama Umno. Umno tak mahu kerana tidak mahu buat perubahan, PAS tidak bersedia untuk menyertai kerajaan yang tidak mahu buat perubahan,” katanya sambil berkata pernah mengajak Umno untuk bekerjama ketika zaman pemerintahan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Hadi berkata ketika itu beliau mahu semua parti termasuk PKR, Umno, DAP dan parti lain untuk bergabung tetapi ditolak Umno yang ketika itu hanya mahukan PAS.

“Saya masa Tun Abdullah pernah mengajak perpaduan semua bukan PAS dengan Umno sahaja tapi PAS, Umno, PKR, DAP dan semua sekali, itu ajakan saya.

“Tapi umno hanya mahu PAS dengan Umno sahaja, ini tidak boleh kerana kita tidak mahu perubahan dan tugas reformasi yang mesti melibatkan semua parti politik.

“Sekarang Tun Abdullah dah tak ada, sekarang orang lain pula dan sikap kita jelas nak buat satu perubahan dan tidak boleh menyertai kerajaan yang laksana kita memikul biawak hidup yang penuh dengan masalah,” katanya.

Read more ...

Air Selangor : Harta awam jadi hak kroni
















KUALA LUMPUR 2 Dis. : Sebelum dasar penswastaan diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad, bekalan air untuk warga diseluruh negara dikendali dan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

NONEJKR ini bukan syarikat kroni dan tidak pernah berniat untuk mencari untung. Tidak ada individu atau Datuk yang memiliki saham dalam lembaga JKR. Saham JKR dimiliki oleh seluruh warga Malaysia kerana JKR ini adalah harta awam. Jabatan ini bertugas untuk menjaga kebajikan orang ramai. Berkhidmat untuk kebajikan semua warga negara adalah niat dan rukun iman JKR.

Semuanya berubah apabila dasar penswastaan diperkenalkan. Dasar penswastaan adalah dasar kapitalis di mana semua hak milik rakyat yang di bawah jagaan kerajaan dijualkan kepada orang ramai. Sebenarnya penswastaan ini adalah satu projek silap mata di mana harta rakyat disonglap oleh para kroni.

Caranya Begini:

Loji air dan semua yang bersangkutan dengan pembekalan air sebelum penswastaan adalah milik orang ramai. Penswastaan adalah dasar di mana harta milik orang ramai ini diambil alih dan difaraidkan kepada para kroni, cukong dan mereka yang berduit untuk membeli saham.

Tak Perlu Silap Mata

Cara mengfaraidkan harta orang ramai ini kepada kroni cukup senang – tak perlu silap mata. Loji dan semua yang bersangkutan dengan air yang awalnya milik orang ramai ini diubah suai untuk dijadikan sebuah syarikat. Lalu Menteri Kewangan meletakan nilai terhadap saham air syarikat ini

syabas logoKementerian kewangan mengeluarkan 'pink form' atau borang merah jambu. Tertera di borang ini adalah jumlah saham yang telah difaraidkan kepada sang kroni. Sang kroni atau kawan atau kenalan Pak Menteri boleh membawa borang ke bank. Bank dengan berbesar hati akan menyediakan pinjaman berlandaskan jumlah saham yang tertera di borang. Pinjaman dari bank ini untuk membolehkan sang kroni membeli saham yang akan diapungkan.

Sebelum ini Menteri Kewangan akan meletakan harga terhadap saham air di syarikat baru ini. Biasanya akan dinilai dengan harga yang agak rendah. Ini untuk memastikan mereka yang dapat anugerah saham dan borang merah jambu akan dapat dijualkan balik dengan harga yang lebih mahal. Saham ini diapungkan – kerana dinilai murah - maka apabila diapungkan ramai pembeli sanggup membeli dengan harga yang mahal.

Maka tuan empunya borang merah jambu dan tuan empuya saham akan menjualkan saham dengan harga mahal. Inilah cara dasar penswastaan di mana kaum kerabat, kroni dan elit kawan-kawan di Umno dapat membuat – bukan mee segera tapi duit segera.

NONEJusteru, para kroni, anak bini, kaum keluarga dan kawan kawan Pak Menteri akan jadi kaya raya melalui dasar penswastaan ini. Mereka semua mendapat manafaat maka pastilah mereka akan menyokong dasar ini hingga ke liang lahad.

Tetapi bukankah amat jelas dasar penswastaan - memfaraidkan harta orang ramai - ini adalah kerja merompak di siang hari?

Betul. Ini satu rompakan rasmi melalui penswastaan. Ini adalah dasar yang diajukan oleh Umno. Rompakan ini juga menggunakan parlimen untuk menghalalkan cara merembat harta orang ramai. Inilah caranya bagaimana air rakyat Selangor tetiba dimiliki oleh syarikat Syabas.

Kisah Rompakan


Untuk memastikan harta rompakan ini akan terus membawa keuntungan, Umno telah mengikat perjanjian dengan Syabas ketika menjual harta rakyat ini. Dalam perjanjian jual beli ini Umno telah memastikan setiap dua atau tiga tahun harga air wajib dinaikkan.

Kenapa kah ini berlaku? Tidakkah sesiapa nampak akan butir isi perjanjian ini?

water bill 110608Rompakan ini cukup licik - orang yang merompak dan orang yang membuat perjanjian adalah malaun yang sama. Ertinya Pak Menteri yang bertanggung jawab membuat perjanjian adalah juga pemegang saham dalam syarikat yang diswastakan ini. Pelik? Silap mata? Tidak!

Kalau diselidik nama menteri ini pasti tidak akan ditemui. Menteri ini bukan bangang. Pak Menteri akan menggunakan pelbagai cara. Semua boleh diurus. Ini dasar Malaysia boleh!

Perlu diberitahu bahawa surat perjanjian ini tidak pernah diketahui oleh orang ramai. Perjanjian antara Syabas dan kerajaan Selangor telah menjadi rahsia dan jatuh di bawah Akta Rahsia Kerajaan. Inilah cara si perompak merompak harta orang ramai dan menjaga hasil rompakan mereka.

Rahsia Sudah Kantoi

Hanya apabila kerjaaan Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat barulah diketahui semua isi perjanjian ini. Kerajaan Selangor telah membakul sampahkan Akta Rahsia Kerajaan. Sekarang semua maklumat kerajaan Selangor boleh ditemui tidak ada lagi yang berahsia rahsia. Rahsia Syabas sudah kantoi!

khalid ibrahim selangor waterHari ini kerajaan Pakatan di Selangor ingin mengambil alih kembali syarikat air Syabas. Ertinya dikembalikan kepada kedudukan asal di mana air dan semua yang bersangkutan dengan air di Selangor bukan milik syarikat atau saham individu tetapi milik kerajaan. Dari syarikat swasta dikembalikan untuk dijadikan hak milik orang ramai sekali lagi.

Kenapa Kerajaan Pakatan Selangor Berbuat Demikian?

Semenjak tahun 1997 apabila air di Selangor diswastakan amat jelas ia telah merugikan orang ramai. Syarikat air Syabas selama 10 tahun ini telah dijadikan lombong emas untuk memperkayakan para kroni dan kaum keluarga. Buktinya amat jelas. Ini bukan fitnah dan tohmahan. Bukti ini muncul daripada laporan audit tahunan yang diteliti oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

azlanTahukah warga Selangor dan warga Malaysia anak semua bangsa: bahawa gaji CEO Syabas, Tan Sri Rozali Ismail ialah RM5.1 juta setahun atau 425,000 ringgit sebulan. Bayangkan kalau RM5 juta ini duit lima sen - sudah tenggelam seluruh tasik air di Hulu Langat.

Perlu juga diberitahu daripada laporan audit ini, syarikat Syabas ini telah memberikan 72 peratus kontrak bernilai RM600 juta kepada syarikat kroni melalui rundingan 'sap sap sui'. Juga daripada laporan yang sama telah diketahui bagaiman RM325 juta 'tenggelam lesap' entah ke mana.

Melihatkan ini maka kerajaan Selangor sedang bertempur hebat untuk mengambil alih kembali kawalan terhadap syarikat Syabas. Sekarang ini warga Selangor telah mendapat 20 kubik meter air percuma. Air percuma ini diberi ketika Syabas masih lagi syarikat swasta.

Kembalikan Hak Rakyat

Bayangkan jika Syabas ini milik orang ramai. Berapa banyak keuntungan yang dapat kita sama sama rasa? Seluruh warga Selangor dapat berenang dengan duit yang telah diselamatkan dari dirompak.

plus highway sg besi 180205 aerial view 01Apa yang sedang dilakukan oleh kerjaan Pakatan Rakyat di Selangor ini adalah permulaan untuk mengembalikan hak rakyat. Mengembalikan harta rakyat yang telah difaraidkan oleh Mahathir dan konco-konconya. Perjuangan untuk mengembalikan hak rakyat masih jauh lagi. Api, lebuh raya, hospital, klinik - adalah di antara harta rakyat yang telah dirompak melalui dasar penswastaan.

Orang ramai – anak semua bangsa – tidak ada pilihan melainkan menolak dasar penswastaan. Amat jelas dasar ini adalah dasar yang tidak membawa kebajikan untuk orang ramai. Dasar ini hanya imembawa laba, untung, kekayaan dan kebajikan untuk pemilik saham.

NONEJusteru marilah kita turun sama berjuang di jalan raya pada 5 Disember ini. Pada hari Ahad ini, warga Selangor akan berkumpul di Masjid Negara. Warga Selangor akan bersama Menteri Besar dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk berarak menyampaikan memo kepada Yang di-Pipertuan Agong. Memo menuntut hak air mereka dipulangkan kembali.

Anak semua bangsa mari kita bersetia-kawan dan bersolidariti dengan warga Selangor yang berjuang untuk mendapatkan hak air mereka Hari ini air Selangor - esok api elektrik dan hospital yang perlu kita sama-sama perjuangkan.-Malaysiakini



Read more ...

Isu ancak hangatkan DUN Perak



IPOH, 2 Dis . : Sesi perbahasan Bajet 2011 dalam Persidangan Kedua Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dihangatkan dengan isu ancak.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang memulakan sesi perbahasan dengan mengemukakan pendedahan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang yang digantung berkata, mufti perlu memberikan penjelasan mengenai isu menaikkan ancak.

Beliau berkata, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diminta untuk mengeluarkan fatwa berkenaan isu menaikkan ancak yang dilakukan Menteri Besar (MB) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir baru-baru ini dalam satu majlis yang dihadirinya.

“Pejabat mufti harus mengeluarkan fatwa sebagai mana saya difatwakan melakukan dosa besar dan perlu bertaubat. Saya terima.

“Tetapi saya tetap minta mufti keluarkan fatwa supaya seluruh orang Perak melihat perbuatan angkat ancak adalah haram,” katanya dalam sesi perbahasan itu semalam.

Zambry yang mencelah kemudiannya berkata, isu berkaitan akidah tidak perlu dibincangkan dan perlu mendapatkan fakta-fakta terlebih dahulu sebelum membuat sebarang manipulasi politik.

Selain Zambry, ADUN Manong, Datuk Ramly Zahari yang turut mencelah menjelaskan isu berkenaan berkata, perbuatan itu cuma gimik perasmian yang diatur oleh pihak penganjur dan tidak mempunyai niat apa-apa.

Skop perbahasan Mohammad Nizar lebih tertumpu kepada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) selama 11 bulan memerintah Negeri Perak.

:Menurut ADUN Pasir Panjang itu, Bajet 2011 merupakan bajet pilihan raya untuk menggula-gulakan rakyat.

Turut menghangatkan perbahasan apabila kenyataan Mohammad Nizar bahawa DAP sudah berjinak-jinak dengan Islam dan Pas.

:Menurut beliau, pemimpin DAP tidak anti-Islam ke�rana mereka secara beransur-ansur mengenali Islam.

Beliau berkata, hasil kerjasama Pas dan DAP, Islam tidak lagi digeruni oleh bukan Islam, bukan di Perak tapi di seluruh Malaysia.

ADUN Chenderiang, Datuk Mah Hang Soon kemudiannya mencelah meminta penjelasan daripada Mohammad Nizar supaya dikemukakan bukti DAP sudah berjinak-jinak dengan Islam.

ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi cuba mencelah tetapi tidak dibenarkan oleh Mohammad Nizar.

Bagaimanapun, Jamaluddin berjaya mencelah sewaktu ADUN Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berbahas.

Jamaluddin mendedahkan bahawa sewaktu menjadi Exco Kerajaan Negeri sebelum in, beliau telah diminta untuk menyimpan wang untuk melakukan sogokan.

Terdahulu perbahasan dimulakan dengan wakil kerajaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temenggor, Datuk Hasbullah Osman yang memuji pembentangan bajet oleh Menteri Besar (MB) yang memberikan manfaat kepada rakyat.

Menurut beliau, soal pengupayaan golongan belia perlu menjadi tumpuan kerana 60 peratus daripada rakyat di negeri Perak terdiri daripada golongan muda itu.SH

Read more ...

Pandangan Tok Guru Nik Aziz : Isu TPM























KUALA LUMPUR 2 Dis. : Isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri yang dimainkan oleh media massa merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Umno dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi.

Demikian penegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu berkenaan.

"Alhamdulillah, media massa milik Umno sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia.

"Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya," tegasnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Berikut adalah kenyataan beliau berhubung perkara tersebut.

Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia.

Sekalipun tidak salah, namun jarang sekali isu pembahagian harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam keadaan sihat sejahtera.

Demikianlah juga apabila isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menerajui negara dibangkitkan oleh media massa milik Umno.

Bagi saya, ia tidak lebih melainkan hanyalah merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Umno dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi.

Alhamdulillah, media massa milik Umno sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia.

Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya.

Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini.

Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?

‘Islam plastik’ yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai ‘Islam Palestin”. Salah dengar dan salah lapor ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik Umno.

Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan.

Seolah-olah Umnolah satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu.

Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat pada hari ini.

Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam.

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa.

Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya.

Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai.

Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno?

Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini?

Peliknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara?

Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?

Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh.

YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh.

Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!-Harakahdaily.net



Read more ...

Cadangan DAP Kedah dikaji



ALOR SETAR , 2 Dis. : Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah bersedia menerima cadangan atau pandangan daripada rakan komponennya mengenai isu pengagihan kerusi untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, keputusan muktamad agihan kerusi yang akan dipertandingkan oleh calon PR, sama ada PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP hanya boleh diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden PR.

“Isu agihan kerusi terutama siapa layak bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen hendaklah diputuskan oleh Majlis Presiden PR dan Jawatankuasa Perundingan Pembahagian Kerusi DUN Negeri,” katanya, ketika dihubungi, kelmarin.

Menurutnya, mana-mana parti bebas mengemukakan cadangan untuk memantapkan lagi pengaruh PR di Kedah, namun keputusan bukan hak mutlak negeri sebaliknya perlu dirunding di peringkat Pusat.

“Setelah cadangan dikemukakan dan dibincang bersama, PR Kedah akan menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan melaksanakan apa yang dipersetujui oleh Majlis Presiden. Bukan saya yang buat keputusan, ini membabitkan semua pemimpin tertinggi PR,” katanya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata, pandangan semua pihak perlu diambil kira terutama apabila membabitkan kawasan yang diwakili parti itu diberikan kepada calon parti lain.

“Sekiranya perubahan melibatkan kawasan DUN PKR, sudah pasti parti itu akan memberi pandangan dalam hal ini. Begitu juga DAP, jika membabitkan kawasan yang sebelum ini diletakkan calonnya, pasti ada hujah yang akan diberikan. Kita tengok dan kaji rasional isu ini sebelum buat apa-apa perubahan,” katanya.

Menurutnya, pelbagai aspek perlu dikaji sebelum mencapai kata putus, antaranya kewajaran ia dilaksanakan dan kesesuaian keadaan ketika itu.

“Perkara itu belum ada dalam agenda saya ketika ini, kerana belum ada ura-ura pilihan raya umum akan dibuat dalam masa terdekat, mahupun DUN Kedah akan dibubarkan. Oleh itu, tunggulah masa yang sesuai,” katanya.

Menurutnya, kerajaan PR Kedah tidak terburu-buru dalam isu berkenaan malah belum pun memanggil mesyuarat jawatankuasa untuk membincangkannya, kerana belum tiba masanya untuk membangkitkan isu itu.SH



Read more ...

Surau bakal diroboh DBKL : Mana Wira Perkasa dan Ketuanan Melayu Umno ?

surau-an-nur-kantan-permai






















KUALA LUMPUR, 1 Dis. : Ahli jawatankuasa Surau An-Nur Taman Setiawangsa di sini hari ini memfailkan saman pemula terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi memohon deklarasi bahawa DBKL tidak berhak untuk merobohkan surau itu.

Saman itu, yang difailkan melalui Tetuan Boestamam Ahmad & Co di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, menamakan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan DBKL sebagai defandan pertama dan kedua.

Dalam saman itu mereka memohon perintah mahkamah supaya defendan mengekalkan tapak asal Surau An-Nur atau menyediakan satu tapak baru bagi surau itu yang sama keluasannya iaitu 8,000 kaki persegi.

Mereka juga memohon deklarasi bahawa tindakan kedua-dua defendan melalui wakil atau ejen mereka yang cuba menanggalkan dan mencabut kemudahan tempat sujud dan kemudahan lain adalah tidak sah, terbatal serta menyalahi peruntukan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi surau itu Mohd Yusof Wazir memberitahu pemberita jawatankuasa juga memohon perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada meneruskan kerja meratakan tanah di surau itu.

Surau berusia 20 tahun itu boleh memuatkan lebih 100 orang jemaah. – Bernama


Read more ...

Muslim soleh dan Melayu korup


















KUALA LUMPUR, 2 Dis.: Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini daripada seorang Melayu yang korup.

Demikian penegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri yang dibangkitkan oleh media milik Umno.

“Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Tegasnya, Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa.

Jelasnya lagi, seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya.

“Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai,” tegasnya lagi.

Berikut adalah kenyataan beliau berhubung perkara tersebut.

Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia. Sekalipun tidak salah, namun jarang sekali isu pembahagian harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam keadaan sihat sejahtera. Demikianlah juga apabila isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menerajui negara dibangkitkan oleh media massa milik Umno.

Bagi saya, ia tidak lebih melainkan hanyalah merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Umno dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi.

Alhamdulillah, media massa milik Umno sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia. Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya.

Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini. Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?

‘Islam plastik’ yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai ‘Islam Palestin”. Salah dengar dan salah lapor ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik Umno.

Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan. Seolah-olah Umnolah satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat pada hari ini.

Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam.

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai.

Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno?

Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?

Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh.

Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!



Read more ...

Peristiwa disebalik putar belit media pro Umno

Yusmadi Yusoff2






















PETALING JAYA, 1 Dis. : Syarikat pemaju perumahan, KL Metro Group telah bersetuju untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan kira-kira 60 buah rumah penduduk di Telok Kumbar, Pulau Pinang apabila mencapai persetujuan dalam perbincangan dengan wakil penduduk, Yusmadi Yusoff baru-baru ini.

Menurut Yusmadi yang merupakan Ahli Parlimen Balik Pulau, persetujuan penangguhan tersebut berjaya dicapai setelah pihak pemaju bersedia menawarkan kediaman lebih selesa kepada para penduduk terbabit.

Isnin lalu, sebuah jentolak dan pekerja-pekerja syarikat pemaju dengan dipantau oleh pasukan keselamatan bersedia memulakan kerja-kerja meroboh rumah-rumah yang didiami penduduk sejak dari zaman nenek moyang mereka lagi.

"Saya telah berbincang dengan penduduk-penduduk yang terlibat terlebih dahulu dan ternyata mereka lebih gembira jika ditawarkan kediaman yang lebih selesa," kata beliau.

"Perbincangan antara saya yang diberi mandat oleh penduduk di situ dengan pemaju akhirnya telah mencapai persetujuan agar penduduk-penduduk di kawasan itu diberikan rumah yang selesa.

"Pada masa ini, kami dalam proses untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk penduduk-penduduk yang telah menduduki kawasan ini semenjak zaman nenek moyang mereka lagi, lebih 100 tahun," kata beliau.

Yusmadi juga memberitahu, beliau sebagai wakil rakyat penduduk kawasan itu mengambil pendirian untuk tidak menolak arus pembangunan di kawasan itu tetapi menolak pembangunan yang menjadikan rakyat sebagai mangsa.

‘Muafakat pembangunan’


"Saya mengalu-alukan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat tetapi hendaklah melibatkan masyarakat setempat, tidak membelakangkan dan apatah lagi memangsakan mereka. Ini yang saya namakan ‘muafakat pembangunan’," katanya lagi.

Beliau juga berterima kasih kepada pemaju yang mahu mendengar rintihan penduduk Telok Kumbar di sini dan bersedia untuk menawarkan kediaman selesa berbanding pampasan RM30,000 yang ditawarkan sebelum ini.

"Saya berterima kasih dan menghargai pemaju yang mahu mengambil kira nasib penduduk-penduduk Telok Kumbar ini dan pemaju lain juga harus lebih prihatin dengan nasib masyarakatnya berbanding keuntungan semata-mata.

Selain itu beliau turut memberitahu, Undang-undang Tanah Negara perlu dikaji semula bagi mengelak kejadian-kejadian seumpama ini berlaku lagi.

"Di negara ini, apabila mahkamah membuat keputusan, dengan sekelip mata boleh dianggap penceroboh walaupun mereka telah mendiami rumah itu semenjak zaman berzaman," ujar beliau.

Disamping itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan isu ini diputar-belitkan oleh media arus perdana pro Umno-Barisan Nasional untuk melemahkan kerajaan negeri seperti yang kerap terjadi sebelum ini.

Selain sebagai Ahli Parlimen muda dari Parti Keadilan Rakyat yang berpandangan jauh, beliau juga merupakan seorang peguam yang lebih senang dikenali sebagai ‘pemudah cara masyarakat’ lantaran aktivitinya memberikan khidmat nasihat tentang perundangan kepada masyarakat.


Sharpshooter - Teluk Kumbar terletak dalam KADUN Bayan Lepas, wakil rakyatnya adalah umno YB Syed Amerudin.

Sewaktu b-end berkuasa di P.Pinang, tahun 2006 ,YB Syed Amerudin adalah seorang Exco Perumahan.

Ketika itu penduduk Kg Nelayan Sg Batu telah diarahkan pindah dan yang paling menyayat hati mereka diusir ketika mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ikuti beritanya di sini



Read more ...

Institusi Melayu jadi hina dilacur Perkasa



























KUALA LUMPUR, 1 Dis. : Orang Melayu sepatutnya bimbang dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa yang dilihat menarik seluruh institusi Melayu ke tahap yang lebih hina daripada sekarang apabila mengelar Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai 'pelacur politik'.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail yang membidas tindakan tersebut berkata Perkasa telah lari daripada tujuan asal yang kononnya untuk menaikkan kedudukan dan mempertahankan orang Melayu.


"Perkasa asalnya satu kumpulan yang berasal daripada Umno yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali yang mendapat kepercayaan untuk menarik minat ahli Umno untuk menganggotainya.


"Perkasa telah menyebabkan Umno semakin hari semakin lemah kerana tugasnya telah diambil alih dan sejak kebelakangan ini peranannnya telah melebihi had.


"Dulu orang yang tidak berminat menyertai Umno akan menyertai Perkasa dengan harapan selepas itu mereka akan menyertai Umno.


"Tapi apabila Perkasa menunjukkan sikap biadabnya dan tidak lagi diwakili oleh orang yang berfikiran yang terang, bagus yang boleh dibanggakan oleh orang Melayu.


Perkasa sekarang ini ujar Azan telah diwakili oleh seorang budak yang tidak tentu hala yang melabelkan orang lain sebagai pelacur di mana masyarakat Melayu tidak menyukai perkara tersebut.


"Melabel orang sebagai pelacur lebih buruk daripada mengata seseorang itu makan babi. Orang Melayu terutamanya tidak boleh menerima jika seseorang wanita dilabelkan sebagai pelacur, kerana orang tahu, wanita ini lambangnya adalah ibu.


"Apa kata kalau orang lain pula kata ibu dia pelacur, apa dia rasa? Dia senang saja kata orang ini pelacur ekonomi, orang itu pelacur politik.


Ketua Pemuda Perkasa ini ujar Azan seorang budak yang baru hendak memahami tentang ilmu politik. Tambahnya lagi, Arman seorang budak yang bukan berpelajaran dan berkedudukan tinggi.


"Agak malang bagi Perkasa kerana membiarkan seorang budak yang mulutnya celabir, menggunakan pentas Perkasa dan melabelkan orang dengan perkataan yang buruk menyebabkan masyarakat memandang seluruh institusi Perkasa seperti orang ini," ujar Azan ketika ditemui di lobi Parlimen, petang tadi.


Tambah beliau, akibat tindakan tersebut, seluruh masyarakat melihat Perkasa sebagai pertubuhan yang boleh menarik seluruh institusi Melayu ke tahap yang lebih hina daripada sekarang.

Read more ...

Pesta Merah 5 Disember





















SHAH ALAM, 1 Dis. : Solidariti anak muda malaysia (SAMM) sebuah gerakan anak muda non structural yg yakin dengan penyusunan anak muda ke arah kebangkitan mendesak perubahan, telah memutuskan akan bersama dengan YAB Menteri Besar Selangor dalam satu himpunan aman bagi mengadap DYMM SPB YG Dipertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda tuanku dalam isu hak air rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan KL.

Syabas sebuah syarikat ciptaan regim yang terlalu kaya sehingga gaji CEO nya TanSri Rozali menjangkau RM425 ribu sebulan (itu belum masuk perbagai elaun keistimewaan) hanya dengan memperdagangkan air yang menjadi hak asas rakyat.


Bukan sahaja kenaikan harus ditolak tetapi Air seharusnya dikendalikan oleh kerajaan bagi pihak rakyat.


Himpunan aman merupakan hak rakyat. Rekod setakat ini himpunan aman hanya menjadi kacau dan menyebabkan gangguan trafik teruk apabila melibatkan gangguan pihak polis.


SAMM sudah bertemu dengan pihak penganjur bagi untuk bersama memastikan himpunan aman ini lancar. Sekurangnya 50 org 'marsyal demo' yang berpengalaman akan diturunkan bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan sebarang kejadian tak di ingini. Mereka ini berpengalaman sejak 1998, mereka ini terdiri dari yang pernah mengendalikan himpunan bersih,kesas dll. Difahamkan seperti biasa unit sukarelawan merah (unit amal) akan menjadi petugas utama dalam acara tersebut. Maka petugas SAMM akan menbantu dan bergabung dengan mereka.


Samm menyeru semua anak muda untuk turun bersama atas semangat ketuanan rakyat mempertahankan hak asas. Ini juga kali pertama dalam sejarah himpunan anjuran kerajaan negeri.


Seharusnya semua anggota JKKK, ahli majlis dan jentera bawah kerajaan negeri harus hadir bersama mengiringi Menteri Besar. Semua ADUN tidak harus gagal hadir demi pertahan hak rakyat.


Difahamkan kerajaan negeri sudah berhubung dengan pihak istana. Acara 5 Dis 12tgh itu ialah praktik membesarkan institusi beraja, rakyat mengadap raja mengadu masalah... Siapa yg mengganggu urusan rakyat mengadap raja boleh dikira derhaka.


SAMM juga merafak sembah ke atas DYMM Seri Paduka Baginda Yg Di Pertuan Agong ke atas keperihatinan baginda menerima rakyat mengadap. Begitulah seharusnya hubungan raja dan rakyat. Ingat ketika Malayan Union dipaksa kpd bumi ini yang bakal menelan kuasa raja, rakyat bangkit membela.. Maka sewajarnya bila rakyat derita pertahan hak air sebagai hak asas semua pintu istana yang terbuka amat bermakna.


Kesudian tuanku mencemar duli membuka pagar istana utk rakyat mohon mengadap amat dihargai dan sama sekali menghapuskan pandangan persepsi negatif bahawa raja melayu merupakan institusi yang tidak bermaya.


PDRM dipercayai akan bertindak lebih waras lagi terutama selepas keputusan mahkamah tinggi Kuala lumpur yang membebaskan tertuduh himpunan bersih dengan kenyataan hakim yang menyatakan masjid negara tempat awam dan orang ramai bebas berkumpul.


Ayuh semua datang raikan pesta kuasa rakyat. Warna tema kali ini merah. Datang dengan baju merah,belon merah,payung merah pendek kata serba merah.

Read more ...