Thursday, May 6, 2010

RM 4 juta untuk jatuhkan Pak Lah, tabung RM 20 juta untuk jatuhkan Najib



















KOTA BHARU, 7 Mei: Datuk Husam Musa berkata, memandangkan Umno mendakwa beliau menggunakan peruntukan RM4 juta sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi tersingkir dan Umno Kelantan semakin tenat, beliau akan meneruskan hasrat tersebut hingga ke Putrajaya.

“Memang dakwaan RM4 juta memfitnah Pak Lah dan sebagainya adalah fitnah, tetapi dengan fitnah itu ianya menjadi satu modal buat saya untuk membuka satu tabung untuk menawan Putrajaya dengan kos RM20 juta,” katanya dalam nada menyindir ketika menyampaikan ceramah di Taman Guru di sini, malam tadi.

Katanya, semoga dengan fitnah yang dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab itu sehingga memberikannya sebagai satu ilham, diharap tabung RM20 juta berjaya disemarakkan ke Putrajaya.

Katanya lagi, beliau berbuat demikian kerana tidak mahu terperangkap dalam perangkap yang dipasang oleh pihak lawan kepada PAS.

Sambungnya, ia sebagai taktik pihak kerajaan untuk tidak memberi ruang pada PAS melawan mereka.

“Kalau lawan saja mereka mulalah keluar PAS guna RM4 juta untuk musnahkan Pak Lah dan sebagainya, itu tidak betul, lainlah kalau kita guna duit kerajaan, belum apa-apa lagi SPRM akan hambat kita,” ujar Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi.

Katanya lagi, pemimpin PAS sejak awal lagi sering diberi sumbangan oleh para dermawan yang ingin melihat syariat Islam tersebar di negara ini.

Menurutnya, sebagai contoh beliau sendiri yang hanya mendapat bayaran gaji RM400 sewaktu bekerja di Pejabat PAS, namun boleh keluar berceramah ke mana-mana, kerana ada yang memberi sumbangan.

“Ianya berlarutan sewaktu saya menjadi anggota Parlimen, bantuan yang pelbagai turut saya terima dari penyokong di bawah, semuanya kerana perjuangan Islam, begitu juga untuk bantuan zakat saya turut menerima sumbangan untuk diagihkan pada rakyat,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, semangat rakyat untuk melihat pentadbiran kerajaan diterjaui oleh mereka yang beramanah semakin hebat.

Katanya, PAS tidak pernah memburukkan Pak Lah sewaktu berkempen, sebaliknya hanya menceritakan kebaikan PAS, agar rakyat sedar.

“Yang kata PAS berkempen burukkan Pak Lah biar sampai dia jatuh itu hanya mainan media,” ujarnya lagi.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan turut menjelaskan, PAS sama ada kerajaan tidak pernah membayar sesiapapun sebanyak RM4juta untuk menjatuhkan kerajaan termasuk bekas Perdana Menteri sebagaimana yang didakwa.

Menurutnya, Global Media Channel (GMC) hanyalah ditubuhkan sebagai PR media.

Katanya lagi, sebagai sebuah syarikat yang tidak terikat dengan mana-mana pihak, ianya lebih menjuruskan pada konsep perniagaan sama ada dengan kerajaan negeri mahupun parti.

“GMC yang diurus oleh seorang yang professional dalam bidang-bidang tertentu telah menggerakkan beberapa projek melalui syarikat terbabit.

“Antara perkara yang dia buat ialah buku yang bertajuk ‘Sketsa Tuan Guru Sebagai Seorang Pemimpin Rakyat’ di mana dalam buku terbabit banyak mempamerkan gambar-gambar Tuan Guru,” ujarnya.

Tambahnya, pelbagai aksi Tuan Guru terkandung dalam buku tersebut dan ianya diedarkan dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Katanya lagi, seperkara lagi yang di buat oleh syarikat GMC ialah poster Tuan Guru sedang berdoa di mana gambar-gambar itu juga disebarkan kepada rakyat di negeri ini.

“Ada maklumat yang menyatakan saya membayar pada GMC RM40,000, sebenarnya saya membayar lebih daripada jumlah itu,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, rakyat tidak perlu mempersoalkan di mana peruntukan itu diambil dan jangan berfikir sebagaimana pemimpin Umno berfikir.

Husam menambah, sekiranya rakyat memikir sebagaimana Umno berfikir, sampai bila-bilapun peruntukan lebih RM40,000 itu tidak akan terjumpa.

“Kalau berfikir dengan otak PAS, begini jawapannya, Allah akan menggandakan segala perbelanjaan untuk perjuangan fisabillillah dengan berlipat kali ganda dengan tidak menzalimimu.

“PAS sering dibantu oleh jutawan serta golongan korporat yang ingin mendapat keredhaan Allah di atas apa yang mereka belanjakan,” ujarnya.

Kerana itu, tambahnya mereka sering membantu PAS dalam sumber kewangan untuk membantu perjuangan parti itu dalam menegakkan syiar Islam di negara ini.

Katanya, peruntukan yang dikatakan RM4 juta memang besar sebab dikira dengan perbelanjaan sewa bangunan berkenaan.

“Nasib baik sewa bangunan di Kelantan, kalau sewa di Putrajaya lagi besar perbelanjaannya, kita ni kena kira biar betul dan jelas,” ujar Husam lagi.

Read more ...

Dekati masyarakat dengan pertandingan memasak


LENGGONG, 7 Mei : Pertandingan masak tepung talam, puding dan gubahan daripada tuala anjuran Dewan Muslimat PAS kawasan baru-baru ini meriah dengan kehadiran Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang diberi penghormatan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Ketua Penerangannya, Hajjah Mariam Abdul Latif, berkata program bermula jam 2.30 petang itu juga berjaya menarik penyertaan wanita bukan ahli PAS yang turut memenangi pertandingan.

Katanya, program yang turut diisi majlis bacaan yasin dan zikir munajat itu dirasmikan oleh Yang DiPertua PAS Lenggong, Haji Razman Haji Zakaria sebelum motivasi disampaikan Dr Siti Mariah.

"Penyertaan amat menggalakkan, malah ada beberapa wanita termasuk dari Umno turut menyertai pertandingan masak tepung talam, puding dan gubahan.

"Muslimat PAS Lenggong amat berterima kasih kepada semua yang terlibat, termasuk yang belum meyertai PAS yang tidak segan silu untuk bersama dalam majlis PAS," katanya.

Turut hadir pada program bertempat di pekarangan rumah Hajjah Mariam itu Ketua Dewan Muslimat PAS Lenggong, Hajjah Hapipah Seman.

Hajjah Marian berkata, program-program seumpama itu akan diadakan lagi pada masa-masa depan dengan penyertaan lebih terbuka dan hebahan yang lebih meluas lagi.

Katanya, program itu bersambung dengan program ceramah umum pada sebelah malamnya, di mana Dr Siti Mariah sendiri sebagai penceramah utama dan dua yang lain, iaitu Timbalam Pengerusi Dewan Perhimpunan penyokong PAS Perak, Richard Wong dan Haji Razman.

Read more ...

Sukaneka kanak-kanak meriahkan karnival

CIMG3886.jpg picture by paspb
PARIT BUNTAR, 7 Mei : Kira-kira 80 pelajar prasekolah dan sekolah rendah telah menyertai dan memeriahkan sukaneka untuk kanak-kanak sempena Karnival Penerangan Pakatan Rakyat di Dataran Pakatan Rakyat, Tanjung Piandang.

Penyelaras sukaneka, Shahrin Mat Daud berkata, sukaneka berkenaan mendapat sambutan mengalakkan dan berjaya mencapai matlamat mendidik kanak-kanak agar mempunyai keyakinan diri.

“ Pelbagai pertandingan diadakan seperti kapal terbang kertas, baling straw, isi air dalam botol dan boling nyior.

“ Peraduan mewarna yang melibat tiga kategori pra sekolah, bawah sembilan tahun dan bawah dua belas tahun turut diadakan” katanya

Menurut Sahrin, program seumpama ini menjadi daya penarik kepada ibu bapa untuk terlibat secara langsung dengan aktiviti anak-anak.

“ Ibu bapa dan orang ramai yang hadir turut mendapat khidmat kesihatan percuma yang dikendalikan oleh enam orang doktor sukarela.

“ Ujian glukosa, tekanan darah, berat badan seimbang dan kaunseling kesihatan telah diberikan kepada orang ramai yang hadir” katanya

Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan Setiausaha PAS Parit Buntar Azhari Hadi telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada peserta kanak-kanak yang menang.
CIMG3860.jpg picture by paspb
CIMG3861.jpg picture by paspb
Peraduan mewarna kanak-kanak
CIMG3882.jpg picture by paspb
Pertandingan baling straw
CIMG3875.jpg picture by paspb
Pertandingan kapal terbang kertas
CIMG3866.jpg picture by paspb
CIMG3867.jpg picture by paspb
Pertandingan tiub belon

Pertandingan Isi air dalam botol
Pertandingan boling nyioq
CIMG3922.jpg picture by paspb
ADUN Kuala Kurau sedang menyampaikan hadiah

Read more ...

Jelaskan kerugian Pos Malaysia RM 227 juta










SHAH ALAM, 6 Mei : Ali Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menggesa Kementerian Kewangan supaya menjelaskan kerugian yang ditanggung Pos Malaysia Berhad sebanyak RM227 juta bagi tempoh tiga tahun ekoran pelaburan dalam syarikat penyedia perkhidmatan kargo udara, Transmile Group Berhad.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein Selasa lalu menafikan kerugian Pos Malaysia sebanyak RM546 juta seperti yang dilaporkan media tetapi sebaliknya mendakwa kerugian adalah sebanyak RM227 juta.

"Jumlah kerugian samada RM546 juta atau RM227 bukan isu pokok. Isunya ialah apa sebab kerugian dan mengapa boleh berlaku kerugian melibatkan jutaan ringgit saham milik awam.

"Kerugian ini mencerminkan kegagalan dasar penswastaan dan memberi kesan buruk kepada kerajaan. Mangsanya adalah kepada pekerja Pos Malaysia sendiri. Ini akan memberi kesan dan risiko yang terpaksa ditanggung pekerja samada mereka diikat secara kontrak atau diberhentikan. Ini semua menunjukkan kegagalan kerajaan menguruskan pelaburan dengan baik," ujar Abdullah Sani.

Read more ...

PAS bina sekolah RM 1 juta

http://buletinonline.net/images/stories/berita25/sekbktpayung.JPG









MARANG , 6 Mei : Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Payong yang dikuasai oleh PAS terus bergerak maju serta menabur bakti kepada masyarakat setempat meski pun dianak-tiri oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata meski pun wakil rakyat PAS tidak mendapat peruntukkan dari kerajaan negeri tetapi khidmat sosial kepada masyarakat setempat dilaksanakan.

Katanya, melalui MTD Bukit Payong pelbagai aktiviti kemasyarakatan dapat dilaksanakan mengikut kadar kemampuan.

“Kita (PAS) meski pun tidak dapat peruntukkan kerajaan negeri dan ‘dianaktirikan’ tetapi pelbagai aktiviti parti dengan masyarakat dapat dilaksanakan.

“Kami (PAS) buat sekadar kemampuan kami dengan sumber kewangan dan kemudahan yang terhad,” jelasnya ketika dihubungi Buletin.

Menurutnya, MTD tersebut berjaya menubuhkan sebuah Madrasah Darul Iman (MDI) di Kampung Titian Baru Kedai Buluh dengan kos keseluruhan RM1 juta.

Kini, katanya pembinaan bangunan tiga tingkat MDI telah siap hampir 85 peratus sejak tiga tahun lalu yang bakal mempunyai 15 buah kelas.

Beliau menjelaskan kejayaan PAS Bukit Payong berjaya mewujudkan sebuah pusat pendidikan sekolah rendah tanpa bantuan kerajaan negeri Terengganu.

Read more ...

Polis memang berat sebelah
























PETALING JAYA 6 Mei : Balai Polis yang terletak bersebelahan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di Merchant Square, Petaling Jaya dianggap sebagai tunggul kayu yang tidak berfungsi apabila gagal bertindak terhadap kumpulan yang mengaku mewakili Majlis Gabungan NGO Pembela Negara dan Perkasa yang berhimpun dan menunjuk perasaan sambil membakar patung Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Datuk Zaid Ibrahim.

Sehubungan itu Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail kesal dengan pihak polis yang tidak profesional apabila gagal menghadirkan dan mengambil tindakan terhadap kumpulan tersebut.
"KEADILAN menghormati hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun secara aman tetapi kumpulan tersebut bertindak biadap.

"Mereka telah mengeluarkan kata-kata kesat dan beraksi lucah yang boleh disifatkan sebagai provokatif dan ianya boleh mencetuskan kacau bilau ketenteraman awam," kata Saifuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, KEADILAN telah memaklumkan kepada pihak polis untuk sekurang-kurangnya menempatkan anggota polis untuk mengawal dan memerhati keadaan.

Namun katanya pihak polis yang kebetulan mempunyai balai di sebelah ibu pejabat parti mengatakan mereka tidak mendapat arahan untuk berbuat demikian.

"Perkara seperti ini tidak mungkin berlaku jika perhimpunan ini dibuat di hadapan pejabat Umno-Barisan Nasional.

"Institusi polis sekali lagi menunjukkan sikap "double standard" dan hanya mengikut telunjuk kerajaan Umno-BN," kata Saifuddin lagi.

Read more ...

Peranan bukan Islam dalam PAS diiktiraf









ALOR SETAR, 6 Mei:
Status Kelab Penyokong PAS akan dinaikkan taraf kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) tidak lama lagi, kata Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa.

Menurutnya, tindakan menaikkan taraf kelab kepada dewan itu adalah ekoran sambutan yang begitu menggalakkan daripada masyarakat bukan Islam terhadap PAS.

"Selain daripada itu ia juga adalah bagi menembusi sokongan pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang. Kelab ini juga telah diiktiraf sebagai entiti sayap seiring dengan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat yang sedia ada.

"Dengan pengiktirafan ini, maka ruang bagi bukan Islam yang menyokong perjuangan PAS untuk melibatkan diri mereka dalam aktiviti PAS atau sebagai aktivis adalah terbuka luas,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

Sehingga ini, katanya keahlian kelab itu telah mencapai jumlah 20,000 orang.

“Daripada jumlah ini, 70 peratus adalah masyarakat keturunan India manakala 20 peratus lagi adalah masyarakat Cina dan 10 peratus adalah mewakili kaum-kaum lain," katanya.

Mujahid berkata, PAS mengiktiraf peranan dan sumbangan yang telah diberikan oleh masyarakat bukan Islam terutamanya dalam kempen pilihan raya yang telah diadakan sebelum ini.

"Ketika ini mereka adalah ahli dewan dan bukannya ahli PAS,” ujarnya.

Namun begitu, jelasnya keahlian mereka tetap mendapat pengiktirafan perlembagaan parti.
Sehubungan itu, tambahnya pada masa depan perkara itu akan dibincangkan sama ada perlu atau tidak untuk mereka menjadi ahli parti.

"Bagi peringkat awal ini, maka PAS Pusat akan melantik pimpinan dan ahli jawatankuasa DHPP sebelum ia diserahkan kepada ahli sendiri untuk membuat pemilihan kepimpinan mereka. Ia juga akan dipantau dari segi perjalanan, aktiviti dan program sebelum DHPP ini mampu bergerak sendiri," ujarnya lagi.

Read more ...

Azhar buat kecoh seru perkauman

GEORGETOWN, 6 Mei : Dewan undangan negeri Pulau Pinang kecoh hari ini apabila Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim memberi amaran bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika rakyat hilang keyakinan dengan pihak berkuasa dan sistem sedia ada.

Mengulas bidasan orang ramai berhubung kematian remaja 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis, Azhar menyoal sama ada rakyat mahu tentera mengambil alih negara memandangkan polis didakwa tidak lagi berkesan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) menjawab, DAP bukannya tidak menghormati jasa polis tetapi mereka tidak mengiktiraf Tan Sri Musa Hassan yang disifatkan sebagai tidak layak menjadi Ketua Polis Negara.

"Tidak ada salahnya kita mengkritik Musa Hassan (Tan Sri) kerana bagi kita dia tidak layak menjadi Ketua Polis Negara, ditambah lagi insiden terbaru melibatkan kematian Aminulrasyid (Amzah)", katanya

Azhar kemudian mengulangi lagi kenyataannya meminta agar pasukan tentera mengawal negara bagi menggantikan polis dan kenyataan itu menyebabkan beberapa penyokong kerajaan meminta Azhar menarik balik pandangannya kerana ia bersifat menghasut.

Ketua pembangkang itu kemudian menarik balik kenyataannya itu selepas akur dengan arahan Speaker supaya berbuat demikian.

Bagaimanapun beberapa ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dan mencadangkan Azhar dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Usul untuk merujukkan Azhar (BN-Penaga) ke jawatankuasa itu dicadangkan oleh Jagdeep Singh (DAP-Datok Kramat) dan disokong oleh lebih 10 anggota penyokong kerajaan.

Jagdeep Singh semasa mengemukakan usul itu berkata ketua pembangkang itu melanggar peraturan 46 DUN yang melarang mana-mana anggota DUN menyebut perkataan yang berunsur hasutan dan memberontak serta bermusuhan antara kaum.

Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain yang meluluskan usul itu berkata, notis usul mengenai tindakan itu akan dihantar kepada Azhar.

Sementara itu, Azhar ketika ditemui Bernama berkata beliau bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan tidak khuatir terhadap sebarang tindakan yang bakal dikenakan.

“Saya bercakap seperti itu setelah Umno dan BN dihina dan dituduh sebagai rasuah, samseng dan sebagainya dan saya sanggup berhadapan dengan sesiapa pun walaupun dibawa ke mahkamah," katanya.

Read more ...