PAS kawasan Segamat, Johor memilih Datuk Husam Musa untuk dicalonkan
sebagai Timbalan Presiden untuk Muktamar parti itu yang ke-59 November
ini.
Pemilihan Husam dibuat oleh perwakilan muktamar yang bersidang 25 Ogos
lalu, iaitu kawasan PAS yang pertama membuat mesyuarat agung.
Semalam, PAS kawasan Besut, Terengganu memilih Datuk Nik Mohamad Amar
Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan sebagai calon timbalan
presiden mereka.
Pemilihan Nik Amar dibuat melalui mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu
selepas diberikan mandat oleh Mesyuarat Agung PAS kawasan sebelum ini.
"Pemilihan kedua-dua tokoh ini membayangkan sikap dua kumpulan penting dalam PAS untuk jawatan timbalan presiden kali ini.
"Apa yang jelas ulama mahukan Nik Amar manakala akar umbi mahukan
Husam," kata seorang pemimpin PAS yang tidak mahu namanya disiarkan.