gambar hiasan
Siasatan
selama enam bulan yang dijalankan terhadap 60 pegawai polis yang
disyaki terlibat dalam rasuah dan menggelapkan wang membongkar sesuatu
yang mengejutkan – seorang pegawai kanannya mempunyai RM20 juta dalam
beberapa akaun banknya, kata seorang pegawai kanan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dengan syarat namanya tidak disiarkan,
pegawai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa pegawai kanan
tersebut tidak dapat menjawab dari mana datangnya wang dalam banknya
itu.
"Siasatan masih dijalankan. Akan ada
lagi beberapa pendedahan dalam minggu-minggu akan datang," kata sumber
itu.Sumber juga berkata, tidak mustahil ada ramai lagi pegawai polis
yang mengumpul harta boleh pindah atau tidak boleh pindah yang bernilai
jutaan ringgit.
"Penyiasat juga terkejut dengan jumlah
wang yang ada pada pegawai kanan ini, tetapi kami percaya banyak lagi
yang akan kami temui," katanya.
Semua 60 pegawai polis itu, angka paling
besar yang pernah disiasat SPRM serentak, kebanyakannya pegawai kanan
yang bertugas di seluruh negara.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa
pasukan yang merangkumi pegawai kanan daripada SPRM, Bank Negara,
Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan
Imigresen, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Sekuriti dan polis telibat dalam
penyiasatan ini.
Pasukan ini diketuai oleh Peguam Negara,
Tan Sri Abdul Gani Patail. Disebabkan masalah teknikal yang muncul
baru-baru ini, pasukan penyisatan ini dibesarkan.
Read more ...