Semasa ucapan penutup
saya selaku pengarah program Ijtima Tarbawi 3.0 pemuda PAS di Pagoh,
Johor 3 hari lepas, saya telah mengambil kesempatan untuk umumkan
pengunduran diri saya daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk sesi akan
datang.
Ia genap 10 tahun penglibatan saya di dalam DPPM yang bermula sejak 2003. Dengan umur saya yang telah melewati jauh rakan-rakan saya yang lain di dalam sayap parti yang gagah ini, saya fikir tibalah masanya untuk berundur dan memberi ruang kepada yang lebih muda, gagah, berkaliber dan layak untuk memimpin.
Saya mengecapi kemanisan kejayaan bersama rakan-rakan di dalam DPPM. Banyak sekali. Paling berguna buat saya, DPPM menjadi sandaran saya untuk istiqamah dalam perjuangan. Saat saya keletihan dan ditimpa musibah, DPPM sentiasa membakar semangat untuk terus maju.
Read more ...