Friday, June 17, 2011

Setiausaha Akhbar Najib gambarkan orang Cina berhidung babi


PETALING JAYA: Sebuah buku kartun bertajuk ‘Transformasi Najib’ nukilan Akmar Hisham Mokhles merupakan bahan terbaru yang memperkecilkan masyarakat minoriti di Malaysia.

Kali ini masyarakat Cina menjadi sasaran. Watak anggota masyarakat Cina digambarkan sebagai bermata sepet dan berhidung babi.

“Watak Cina dalam buku ini sengaja digambarkan dengan hidung babi. Seseorang tidak sepatutnya sengaja melukis dengan sedemikian rupa sedangkan etnik lain di dalam buku karikatur ini tidak digambarkan sedemikian,” kata Helen Ang kepada FMT.

“Jika anda melihat bahan propaganda berbahasa Melayu dalam Internet, anda akan melihat gambaran masyarakat Cina yang berbaur perkauman ini,” tambah Helen yang juga seorang bekas wartawan yang berpengalaman.

Menurutnya, buku kartun ‘Transformasi Najib’ diedarkan kepada semua peserta yang menghadiri Persidangan Pemblog Malaysia – Rantau Asean pertama dalam bulan April tahun ini.

Buku setebal 109 halaman terbitan Qalif Umar Creative ini mengisahkan kisah hidup Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pembaharuan sosio-ekonomi dan politik yang diperkenalkan di bawah
pentadbirannya.

Buku terbitan Qalif Umar Creative telah pun dicetak empat kali.
Carian di dalam Internet menunjukkan Akmar merupakan bekas wartawan Utusan Malaysia yang kini bertugas sebagai setiausaha akhbar Najib.

Sementara itu, Helen turut mendakwa bahawa usaha memperkecilkan kaum minoriti ini bukan kes terasing.

“Ia merupakan sebahagian dari trend yang lebih besar,” katanya sambil merujuk kepada kes Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan Ng
Suee Lim, yang digambarkan dengan hidung babi dalam laman blog pro-Umno, Sungai Rapat Online dan juga Namewee yang turut digambarkan dengan hidung babi oleh Perkasa tidak lama dahulu.

“Trend tersebut membimbangkan saya kerana ia merupakan satu percubaan untuk mendoktrinasi anak muda bahawa kaum minoriti hodoh dan orang asing, seperti mana yang dimuatkan dalam novel kontroversi Interlok edisi murid,” katanya ketika ditanya mengapa perkara baru ini diketengahkan kepada media.

FMT cuba menghubungi Akmar beberapa kali melalui telefon tetapi beliau gagal dihubungi.

Read more ...

UMNO dan PERKASA bergerak melalui KOTOR untuk melawan BERSIH

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitIJiqjPYLTOIReQeNQB9aqR_zEVKA7fKxqAgiOdYG93rs5UCX1KJkVDnOdscYeM1oyl0CMD5Ie89Fh-oLpPP7mCHPTAREOOs0CgCYaaZwKlkbkbJPDOeaxrnJrbSYnO1D4uFFn8xifhg/s1600/KOTOR.jpgKUALA LUMPUR: Perhimpunan Bersih 2.0 akan tetap diteruskan biarpun pelbagai ancaman dan gangguan termasuk dari pergerakan Pemuda Umno, tegas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Pengerusinya, Badrul Hisham Saharin berkata, SAMM mengalukan rancangan Pemuda Umno untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini, atas prinsip hak kebebasan berhimpun seperti dijamin perlembagaan.
Menggelar himpunan sayap Umno itu sebagai ‘Anti Bersih’ atau ‘KOTOR’, Badrul turut menyarankan supaya pihak polis menjadi ‘fasilitator’ bagi menyediakan laluan dan kawasan bagi kedua-dua himpunan berkenaan.
“Seliakan mana kawasan dan laluan yang seharusnya dilalui Bersih dan anti Bersih (KOTOR).Jika ini berlaku lancar, Malaysia sudah mula menapak ke depan dari kematangan hak, memperteguh demokrasi dan akan lebih dihormati,” ujar Badrul atau lebih dikenali Chegu Bard dalam kenyataan medianya.
Namun secara sinis, Chegu Bard mempersoal pendirian Pemuda Umno, yang sebelum ini membuat laporan polis kononnya perhimpunan Bersih akan menyebabkan berlaku huru hara, peniaga rugi dan sebagainya.
“Rupanya semua itu alasan menggunakan hujah rakyat sahaja. Melihat ugutan mereka tak menjejas kelancaran mobilisasi dan promosi Bersih 2 maka mereka pula membuat u – turn dengan mengumumkan yang mereka turut nak berhimpun sekali.
“Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ingin ucap tahniah kepada pemuda Umno dengan keputusan tersebut. Cuma bunyinya macam sedikit ‘rimba’ kerana nak berhimpun kerana orang lain berhimpun,” katanya yang turut mempersoal tujuan sebenar Pemuda Umno.
Mengulas mengenai Bersih pada 9 Julai ini, Chegu Bard berkata, ia akan menjadi himpunan rakyat terbesar yang pernah diadakan bagi menuntut 8 perkara berhubung reformasi pilihan raya.
Ia katanya, adalah pembersihan senarai pengundi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, kempen minima 21 hari, akses kepada media yang lebih adil, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan politik kotor.
“Perlu ditegaskan kita bukan mahu menjatuhkan kerajaan melalui jalanraya. Setakat ini semua bersetuju untuk menjadikan pilihanraya sebagai jalan terbaik menukar kerajaan.
“Sebaliknya proses turun ke jalanraya ini sebagai praktik demokrasi – hak berhimpun dan menyatakan pendapat yang dijamin oleh Perlembagaan,” tegas beliau.

Read more ...

Ahli Parlimen BN turut bantah Lynas, hanya UMNO pertahan loji bahaya ini



KUALA LUMPUR 18 JUN : Beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan menyertai kempen menentang loji pemprosesan nadir bumi Lynas yang semakin meningkat, dengan harapan sokongan mereka akan menghalang pembinaan tapak nuklear yang kekal, lapor portal The Malaysian Insider.

Setakat ini, kempen terhadap loji bernilai RM700 juta itu di Gebeng dekat Pahang diketuai oleh Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, dengan sokongan beberapa kumpulan tempatan dan juga dari Australia ekoran kebimbangan mengenai bahaya daripada sisa buangan yang kemungkinan berpunca daripada kerja-kerja pemprosesan nadir bumi.

“Loji itu sekarang mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen BN, untuk menentang (pembinaan) loji nuklear.

“Ia seharusnya satu pendekatan bersifat dwipartisan, (tetapi) ia (kini) menjangkaui kesetiaan politik,” kata satu sumber Barisan Nasional (BN) kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di Parlimen awal minggu ini.

Sumber itu menambah sudah ada kebimbangan yang semakin meningkat dalam BN mengenai faktor-faktor risiko, yang dikatakan adalah besar jika sebuah loji nuklear kekal diteruskan sebagaimana telah dirancang.

“Ini mengenai soal keselamatan penduduk Kuantan. Kita tidak tahu sejauhmana selamatnya loji itu. Lebih baik tidak meneruskan (projek itu).

“Juga ada kebimbangan kesan balas, BN akan menerima kesan dan implikasinya mungkin sangat buruk,” kata satu lagi sumber.

Bagaimanapun sokongan menentang projek itu suram kerana ketika satu taklimat di Parlimen kelmarin tidak kelihatan wakil rakyat BN menghadiri sesi tersebut.

Projek itu kini dihentikan ekoran kerja-kerja pemeriksaan oleh sebuah pasukan pakar antarabangsa.

Kerajaan mengarahkan kajian semula ke atas projek itu, yang sebelum ini dirancang akan memulakan operasi pada suku ketiga tahun ini, ekoran tekanan orang ramai.

Penduduk tempatan dan aktivis alam sekitar menentang loji pemprosesan itu ekoran kebimbangan mengenai pencemaran radiasi.

Bagaimanapun Lynas mempertahankan loji mereka selamat dan yakin operasinya akan dimulakan sebagaimana telah dirancang.

Read more ...

Rais mengigau kaitkan BERSIH, tak nak mengaku SKMM gagal melawan Anonymous



SHAH ALAM 18 JUN : Cubaan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mengaitkan perhimpunan aman Bersih 2.0 dan serangan siber ke atas laman-laman web kerajaan, tidak berasas sama sekali.

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang dihubungi Tv Selangor sebaliknya menyifatkan Rais sebagai mengigau apabila menyifatkan serangan siber yang menyasarkan laman sesawang milik kerajaan dan agensinya ada kaitan dengan perhimpunan Bersih.

" Saya tidak nampak langsung di mana relevannya itu. Barang kali Rais, dia mengigau,"katanya.

Rais yang dipetik Bernama berkata, serangan siber oleh kumpulan yang menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous dipercayai ada hubung kait dengan penganjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Malah Rais menyifatkan serangan itu jelas bermotif politik dan bertujuan untuk melakukan sabotaj ke atas kerajaan.

Tambahnya, serangan terhadap laman web kerajaan itu jelas membuktikan bahawa ia dilakukan semata-mata untuk menyusahkan rakyat dengan menyulitkan urusan harian rakyat dengan kerajaan, dan bukannya menyusahkan pihak kerajaan.

Namun menurut Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu, penggodaman laman web kerajaan yang bermula Khamis lalu bersifat baru sedangkan himpunan Bersih 2.0 sudah dicanang sejak sekian lama.

" Perhimpunan Bersih ini, NGO telah menghebahkannya kepada awam begitu lama dan lebih banyak kita turun ke bawah memberi penerangan di samping menggunakan laman web yang tidaklah sebanyak mana,"tegas beliau, justeru menasihati orang awam supaya tidak terpengaruh dengan kenyataan Rais itu.

Sebelum ini Anonymous menggodam beberapa laman web kerajaan dengan serangan DDoS (Distributed Denial-of-Service) kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan Malaysia yang menyekat beberapa laman sesawang perkongsian fail, termasuk Pirate Bay dan Wikileaks.

Rais semalam mengakui 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam sehingga kini dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara.

Read more ...

PANAS : Anak Ahli Parlimen UMNO belasah orang sehingga patah tulang hidung

Seorang ahli perniagaan dan merupakan mantan rakan kongsi Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yusof Mahal, Hanizam Rasiol Bin Mohammad, 49, tidak menyangka akan melalui pengalaman pahit dibelasah dengan kejam sehingga patah tulang hidung oleh anak Yusof, Yusani yang bukan sahaja samseng, malah bertindak ganas merampas kad pengenalan beliau dan dua rakannya.

Malangnya, walaupun Hanizam membuat laporan polis di Balai Polis Labuan pada hari kejadian iaitu 29 April 2009 melalui laporan bernombor Labuan/002254/09, namun polis seolah-olah melindungi Yusani.


Buktinya, Mykad Hanizam bernombor 620811-07-5055, Zahrol Azhar Bin Zuhri @ Darmo bernombor 690613-08-6275, Muhammad Shukri Bin Abdullah bernombor 471004-12-5013 masih dalam simpanan Yusani sehingga mereka bertiga terpaksa membuat permohonan gentian kad pengenalan berdasarkan laporan polis berkenaan. “Selepas kad pengenalan kami dirampas, mereka mahu membawa kami ke gudang untuk dilupuskan (dibunuh).

Mujur polis sampai dan membawa kami semua ke balai,” kata Hanizam yang menjelaskan Yusani bertindak ganas setelah berang kerana beliau dan rakannya datang menghadiri mesyuarat tapak ekoran projek yang dilaksanakan Yusani menggunakan lesen PKK milik Hanizam, Utara Kita Sdn.Bhd tanpa pengetahuannya mahu disenarai hitamkan Perbadanan Labuan.

Bagaimanapun Hanizam menyatakan kes pertikian dan jenayah yang dilakukan Yusani akan diceritakan kemudian. “Yang penting, saya tidak mahu MyKad saya dan dua orang rakan saya yang dirampas Yusani disalahgunakan untuk tujuan tertentu.

Saya juga menggesa agar polis membuka kembali fail siasatan berhubung tindakan Yusani merampas kad pengenalan kami kerana beliau bukan Pegawai Pendaftaran,” ujar Hanizam yang menunjukkan Mykad gantian yang telah diperolehinya.

Hanizam turut mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein agar campurtangan dan tidak melindungi polis yang menyalahguna kuasa bersubahat dengan Yusani melindungi kegiatan jenayah yang dilakukannya.

“Saya hairan kenapa polis tidak dakwa Yusani yang merampas Mykad kami atau mengarahkan dokumen peribadi kami dikembalikan sedangkan itu kesalahan jenayah berat,” tegas Hanizam yang turut mencurigai Pegawai Pendakwaraya yang mengendalikan kesnya./Sabahkini

Read more ...

Majlis pertunangan anak Najib, dah terang lagi bersuluh Wisma Putra pembohong


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan pertunangan anak perempuan mereka Noorhayana Najwa Najib, 22, dengan Daniyar Nazarbayev, 22, yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri di sini, malam ini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nurzahirah serta Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang Hajah Kalsom berkenan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut.

Laporan media sebelum ini:

Wisma Putra nafi Najib guna dana awam, urus perkahwinan anak

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Wisma Putra berkata lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan adalah untuk memenuhi penerimaan beliau terhadap undangan yang sudah lama dibuat Presiden Nursultan Nazarbayev.

Kenyataan Wisma Putra, yang dipetik Bernama Online, menafikan laporan media bahawa beliau menggunakan lawatan itu untuk peribadi dan menguruskan pertunangan anak perempuannya.

Kenyataan itu menambah dakwaan kononnya lawatan itu untuk mengurus perkahwinan anak perempuan Najib sama sekali tidak berasas.


Kenyataan itu menjelaskan bahawa lawatan Najib ke Kazakhstan pada 5 dan 6 Jun adalah juga lawatan rasmi pertama perdana menteri ke negara itu dan sebagai membalas lawatan Nazarbayev ke Malaysia pada Jun 2006.

Semasa lawatan itu, Najib mengunjungi Nazarbayev dan mengadakan rundingan dua hala dengan Perdana Menteri, Massimov Karim.

“Lawatan itu tidak hanya meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara, tetapi juga menghasilkan banyak peluang perniagaan untuk komuniti perniagaan Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra, Kazakhstan adalah rakan dagang terbesar Malaysia di kalangan negara di Asia Tengah.

Ia juga menerangkan bahawa lawatan perdana menteri itu bertepatan dengan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ketujuh dari 7 hingga 9 Jun di Astana dan Najib mewakili Malaysia selaku penaung WIEF.

Keputusan bagi Kazakhstan menjadi hos WIEF ketujuh pada tarikh itu dicapai lebih setahun lalu, ketika Malaysia menjadi tuan rumah bagi siri keenam WIEF pada Mei, 2010.

“Secara keseluruhan, kunjungi itu menghasilkan perkembangan besar dalam hubungan dua hala Malaysia-Kazakhstan yang saling menguntungkan.

“Ia juga dapat memperkukuh hubungan erat antara kedua-dua negara serta memupuk kerjasama dan dialog yang bermakna antara negara-negara membangun terutama negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC),” menurut kenyataan itu.

Beberapa pemimpin pembangkang meminta pentadbiran Najib mendedahkan kos lawatannya ke negara itu yang turut dikaitkan dengan pertunangan anak perempuan beliau. -TMI



Najib dikecam guna program rasmi untuk urusan peribadi

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa menggunakan program pribadi untuk menguruskan perkahwinan anaknya dengan dicampuradukkan dengan program kerajaan semasa ke Kazakhstan sekarang.

Tindakan ini disifatkan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad sebagai langkah yang 'tidak ada kelas langsung'.

Kecaman ini dibuat ekoran tindakan Najib menggunakan segala kemudahan kerajaan dan wang rakyat untuk memenuhi keperluan keluarganya di Kazakhstan sekarang.

"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan pribadi," kata Dr Dzulkefli kepada Harakahdaily.

"Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

"Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," kata beliau.

Semalam Harakahdaily melaporkan, Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke Kazakhstan untuk menguruskan perkahwinan anaknya, Noryana Najwa dengan seorang anak pembesar negara itu.

Untuk memenuhi hasrat itu, beliau dikatakan meminta program rasmi kerajaan diatur untuk beliau dan rombongan ke sana. Perkara ini dikesali oleh pelbagai pihak termasuk wartawan yang menyertai program beliau itu.

Hasilnya, kerajaan terpaksa menanggung segala perbelanjaan bukan sahaja untuk beliau berdua bahkan juga menteri, wartawan dan pegawai kerajaan yang terpaksa mengiringi beliau ke sana.

Dalam sejarah Islam, kata Dr Dzulkefly, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah memadamkan lilin milik negara apabila ada yang datang bertemu beliau untuk berbincang hal pribadi.

"Mana pergi good governance, integriti kepimpinan dan ini akan menghakis keyakinan rakyat kepada beliau dan bakal menjadi suri tauladan kepimpinan BN dan pegawai kerajaan di bawah beliau," katanya.

Sebelum ini, di Dewan Rakyat pernah dibangkitkan perbelanjaan besar yang dibuat oleh Rosmah dan kini ia berlaku lagi.

Dr Dzul yakin, jika perkara ini diaudit oleh jabatan kerajaan tidak akan ditemui kesalahannya berdasarkan ianya mengikut prosedur biasa kerajaan iaitu mendapat kelulusan dari Perdana Menteri.

"Tetapi dari segi moralnya ia sangat salah,"
tegas Dr Dzulkefly (gambar).

Bagi beliau, apa yang berlaku adalah Najib dan Rosmah mengatur program kerajaan ke Kazakhstan untuk memenuhi program pribadinya iaitu menguruskan perkahwinan anaknya.

"Di sinilah masalahnya akan timbul apabila kepimpinan tertinggi menunjuk sikap yang buruk, apa pula orang bawahnya nanti, menteri, ketua setiausaha, OCPD dan sebagainya ...kalau bos kencing berdiri, anak buah kencing berlari," kata beliau.

Jika Najib dan Rosnah benar-benar bertanggungjawab, mereka berdua akan menyusun jadual cutinya untuk kepentingan keluarga dan pribadinya bukannya mengambil kesempatan atas urusan kerajaan.

"Hentikanlah, cukuplah tu.....susunlah cuti dengan baik, guna duit sendiri untuk lunas tanggungjawab kepada anak dan keluarga, inilah mulanya penyelewengan....bila kepimppinan tertinggi tunjukkan sikap hodoh dan buruk," kata beliau.

Najib mesti telus

Sementara itu, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) meminta Najib supaya telus dan tidak mengambil kesempatan di atas urusan rasmi untuk sebarang urusan peribadi apatah lagi apabila menggunakan wang kerajaan yang juga wang rakyat.

"Kalau benda (dakwaan) ini betul kenapa Najib nak rahsiakan? Beliau kena cakap terus teranglah. Kalau betul beliau ke sana atas urusan peribadi janganlah guna harta kerajaan dan harta rakyat. Jangan berselindung di sebalik lawatan rasmi.

"Kalau betul anaknya akan berkahwin dengan anak pembesar Kazakhstan saya ucapkan tahniah tapi gunalah duit sendiri yang sudah banyak tu..tak payahlah guna duit rakyat.,"
kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ahli Parlimen Shah Alam itu turut menambah, rakyat boleh menerima sekiranya najib menggunakan wang kerajaan untuk urusan rasmi dan ada hasil terhadap negara daripada lawatan tersebut.

"Sekali lagi saya minta beliau berterus teranglah. Kalau pergi (ke Kazakhstan) atas urusan rasmi itu cerita lain dan kita harap akan dapatlah hasilnya terhadap negara daripada lawatan rasmi ini," katanya -HD


EKSKLUSIF : gambar pemuda kazakhstan dengan anak perempuan najib [Daniyar Nazarbayev + Nooryana Najwa]

sumber : the star

* * * * * * *

Nooryana Najwa, bakal suaminya Daniyar Nazarbayev, ibu Daniyar - Maira Nazarbayev dan adik Daniyar - Khanbolat Nazarbayev. Memang boolat bukan? keh keh keh



Nooryana Najwa dan Daniyar Nazarbayev



* * * * * * *

UPDATE : atas permintaan ramai, gua tambah lagi gambar gambar sekitar majlis ni.

11 jun 2011, shangri-la hotel.
majlis perkahwinan datuk douglas cheng dengan charlene yeo.

kek 8 tingkat


pengantin perempuan dan najib

najib dan 'hero' kazakhstan

tetamu kehormat

najib dengan ashman

ling liong sik pun ada


hidup pemuda umno!

mokhzani mahathir dan isteri


bos carlsberg malaysia

Marion Caunter, Nasaruddin Nasimuddin, Faliq Nasimuddin dan Ralineshah

sumber: semutmalaysia

Ulasan GB

Terlalu ketara bahawa satu Malaysia ditipu hidup-hidup oleh PM dan Wisma Putra.

Campur-adukkan lawatan rasmi ke Kazashtan dengan urusan peribadi untuk merisik perkahwinan anaknya.

Penggunaan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan Perdana Menteri dan rombongannya untuk merisik perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Kazakhstan adalah salah dan amat menjelekkan.

Terlalu memalukan dan lansung tidak bermaruah!

Begitulah Wisma Putra yang pendusta, menipu seluruh rakyat Malaysia, anda TIDAK BERMARUAH dan tiada siapa yang akan dengar penjelasan kamu lagi tentang apa isu sekalipun. Sekali lancung ke ujian seumur hidup orang tidak percaya!

Read more ...

HATI-HATI : Hishamudin dan Khairy sedang bermain wayang atas satu matlamat gagalkan Himpunan BERSIH

KUALA LUMPUR: Perbalahan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berhubung perhimpunan sayap parti itu disifatkan sebagai wayang semata-mata.

Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Azmizam Zaman Huri berkata, apa pun sebabnya, ia bertujuan untuk menggagalkan perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

“Ini semuanya wayang, sebenarnya tujuannya hanya untuk menghalang perhimpunan Bersih.

“Konon-kononnya nanti Pemuda Umno tidak akan diberikan permit. Jadi mereka akan kata tidak ada sebab untuk mengeluarkan permit kepada Bersih.

“Sebenarnya kita sedia maklum tentang perkara ini. Ia bertujuan untuk menakutkan-nakutkan peserta dan rakyat yang akan menyertai Perhimpunan Bersih 9 Julai nanti,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Khairy dalam laporan media hari ini menegaskan akan tetap mengadakan perhimpunan Pemuda Umno, pada tarikh dan tempat
yang sama perhimpunan Bersih diadakan.

Katanya, Pergerakan Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman Hishamuddin yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan itu.

Beliau dilapor berkata, Hishamuddin yang juga bekas Ketua Pemuda Umno boleh memberi amaran tetapi sayap Umno itu akan tetap meneruskan rancangannya, walau apa pun berlaku.

Terdahulu, Hishamuddin yang juga Menteri Dalam Negeri hari ini memberi amaran mana-mana pihak yang menganjurkan perhimpunan pada 9 Julai ini, termasuk Pemuda Umno akan berdepan akibat dan tindakan undang-undang.

Read more ...

Hati-hati, Hishamudin dan Khairy sedang bermain wayang atas satu matlamat gagalkan Himpunan BERSIH

KUALA LUMPUR: Perbalahan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berhubung perhimpunan sayap parti itu disifatkan sebagai wayang semata-mata.

Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Azmizam Zaman Huri berkata, apa pun sebabnya, ia bertujuan untuk menggagalkan perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

“Ini semuanya wayang, sebenarnya tujuannya hanya untuk menghalang perhimpunan Bersih.

“Konon-kononnya nanti Pemuda Umno tidak akan diberikan permit. Jadi mereka akan kata tidak ada sebab untuk mengeluarkan permit kepada Bersih.

“Sebenarnya kita sedia maklum tentang perkara ini. Ia bertujuan untuk menakutkan-nakutkan peserta dan rakyat yang akan menyertai Perhimpunan Bersih 9 Julai nanti,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Khairy dalam laporan media hari ini menegaskan akan tetap mengadakan perhimpunan Pemuda Umno, pada tarikh dan tempat
yang sama perhimpunan Bersih diadakan.

Katanya, Pergerakan Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman Hishamuddin yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan itu.

Beliau dilapor berkata, Hishamuddin yang juga bekas Ketua Pemuda Umno boleh memberi amaran tetapi sayap Umno itu akan tetap meneruskan rancangannya, walau apa pun berlaku.

Terdahulu, Hishamuddin yang juga Menteri Dalam Negeri hari ini memberi amaran mana-mana pihak yang menganjurkan perhimpunan pada 9 Julai ini, termasuk Pemuda Umno akan berdepan akibat dan tindakan undang-undang.

Read more ...

UMNO berwajah hitam dan putih

Desas-desus bahawa PRU-13 bakal diadakan pada pertengahan tahun ini agak kencang sebelum ini. Tetapi, susulan daripada kenaikan harga minyak, gula, elektrik dan sebagainya, kemungkinan ini semakin menipis. Ada yang mengatakan bahawa Najib dan Muhyiddin berbeza pandangan dalam hal ini - Muhyiddin berharap PRU diadakan secepat mungkin, Najib pula mahu menanti peluang dan masa yang lebih baik.

Hujah ini ada asasnya yang objektif pada tahap tertentu. Sokongan pengundi Cina belum kembali ke BN, malah sokongan bumiputera bukan Islam di Malaysia Timur terhadap BN mulai goyah. Seandainya PRU diadakan sekarang, amat sukar untuk BN memperolehi majoriti dua pertiga. Sungguhpun majoriti dua pertiga dimenangi BN, besar kemungkinan ia ditunjangi kerusi UMNO - maka wujudlah sebuah kerajaan yang didominasi sepenuhnya Melayu, dengan bumiputera Malaysia Timur sebagai sampingannya.

Keputusan sebegini memperlihatkan kegagalan Najib dalam garis politik "1Malaysia"-nya, lantas beliau kehilangan modal untuk meneruskan program transformasi ekonominya. Justeru itu, jikapun Najib tidak digulingkan sejurus selepas PRU-13, beliau juga akan menjadi PM yang tempang.

Maka adegan gandingan Mahathir-Muhyiddin untuk menggulingkan Abdullah Ahmad Badawi akan berulang. Perwatakan Mahathir tiada gantiannya, malah Muhyiddin pada ketika itu adalah orang rapat Abdullah pada asalnya. Kini, siapa pula "Muhyiddin" yang baru? Ada yang teka Naib Presiden dengan undi tertinggi, Ahmad Zahid Hamidi yang kini menyandang jawatan Menteri Pertahanan.

UMNO semakin berkocak. Pada tahap tertentu, ia adalah persaingan antara dua garis politik. Pertama, mahukah UMNO mengambil kedudukan pertengahan untuk mengembalikan undi bukan Melayu yang hilang secara mendadak pada tahun 2008? Kedua, mahukah UMNO melaksanakan reformasi ekonomi, untuk mengurangkan defisit kerajaan dan meningkatkan persaingan di antarabangsa? Kedua-dua pendekatan ini bersamaan dengan penafian terhadap dasar dan garis politik UMNO yang lalu - sebagaimana keterbukaan politik secara terhad oleh Abdullah Ahmad Badawi yang menyinggung sayap kanan dan mereka yang berkepentingan dalam UMNO, termasuk Mahathir Mohamad.

Sesiapa yang berada di kedudukan Najib terpaksa berbuat demikian. Jikalau tidak, pemerintahan UMNO bakal berdepan dengan cabaran dari dalam dan luar, sehingga memberi laluan kepada Anwar, PKR dan Pakatan Rakyat untuk menjadi pengganti. Namun, siapa-siapa yang tidak berada pada kedudukan Najib tetapi berhasrat untuk memanjat tangga kuasa akan tergoda untuk menarik sokongan sayap kanan dalam UMNO.

Oleh yang demikian, gagasan "1Malaysia" Najib sering terhantuk dalam UMNO - bukan sahaja Muhyiddin secara terang-terang mendakwa dirinya mendahulukan identitinya sebagai Melayu daripada Malaysia, malah sepupu Najib, iaitu Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein juga membela sayap kanan ketika bangkitnya isu demonstrasi kepala lembu dan khabar angin penubuhan"Negara Kristian".

Talam dua muka: Strategi UMNO

Menurut wartawan yang dipecat dari Utusan Malaysia, Hata Wahari, Utusan dikawal secara terus oleh Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Penerangan UMNO. Oleh itu, pendekatan Utusan yang ektrem bukan kerana sabotaj Muhyiddin, tetapi adalah strategi "talam dua muka" UMNO. Satu mukanya berdepan dengan golongan Melayu sayap kanan, sementara satu lagi ditujukan kepada bukan bumiputera, Melayu yang berada di pertengahan dan pengundi Malaysia Timur. 【Baca: Hata Wahari: Ruang kebebasan hilang selepas Najib memerintah

Slogan "1Bumi, 1Melayu" yang dilaungkan Utusan Malaysia, disahut PERKASA adalah wajah yang bertentangan dengan "1Malaysia". Mungkin kita boleh menganggap ia dua wajah UMNO, satu berwajah hitam dan satu lagi berwajah putih.

Secara tradisionalnya, bukan Melayu kini cenderung untuk menyokong pembangkang. Maka, KPI untuk "1 Malaysia" oleh Najib/ UMNO berwajah putih tidaklah setinggi mana. Sokongan bukan Melayu tidak perlu melebihi 50%, tetapi hanya dengan pengembalian sokongan pada tahap tertentu, ditambah dengan persempadanan kawasan pengundian yang licik, cukup untuk mengembalikan majoriti dua pertiga BN - maka ia dikira prestasi yang unggul. Seandainya satu atau dua negeri Pakatan Rakyat dirampas, terutamanya Selangor, maka ia dikira kemenangan besar-besaran.

UMNO yang berwajah hitam (Mahathir, Muhyiddin, Utusan Malaysia, PERKASA dsb) mempunyai pertimbangan dirinya. Seandainya UMNO yang berwajah putih (1Malaysia) berjaya, maka jasanya dipahat dengan nama Najib. Maka Najib mempunyai asasnya - dengan "amanah rakyat" yang diberikan - untuk menjalankan pembaharuan dalaman, yang bakal menyinggung mereka yang berkepentingan.

Pertimbangan UMNO yang berwajah hitam adalah bagaimana menambah dominasi UMNO terhadap kerajaan. Maka serangan mereka terhadap "bukan Melayu" bukan sekadar cara mereka mendapat undi Melayu, tetapi juga matlamat mereka.

UMNO yang berwajah dua ini mempunyai perhitungan yang berbeza. Walaupun kedua-duanya menyasarkan majoriti dua pertiga, tetapi "dua pertiga" mereka berbeza. UMNO yang berwajah putih menyasarkan dua pertiga yang memiliki kerusi bukan Melayu yang mencukupi, untuk mengekalkan Najib pada kedudukan PM-nya.

Untuk UMNO yang berwajah hitam pula, dua pertiganya perlu dimenangi dengan kerusi UMNO yang terbanyak, meskipun terpaksa mengorbankan parti komponennya. Pada hakikatnya, seandainya parti komponen mempunyai prestasi yang terlalu baik, ia mungkin mengimbangi UMNO berwajah hitam.

Apakah realitinya sekarang? Biar kita asingkan dulu 57 kerusi dari Malaysia Timur. BN mungkin hanya memenangi kira-kira 40 kerusi di Malaysia Timur, seandainya dikira mengikut pilihan raya negeri Sarawak. Justeru itu, seandainya BN mahu mengembalikan majoriti dua pertiga (148 kerusi), maka BN perlu memenangi 108 kerusi di Semenanjung, iaitu 23 kerusi lebih banyak daripada 85 kerusi yang sedia ada (bilangan kerusi BN selepas PRU 12 dan PRK selepasnya).

UMNO berwajah hitam lebih mendominasi

Dari sudut UMNO berwajah hitam, memainkan isu perkauman dan agama membolehkan BN untuk menawan 37 kawasan hitam Pakatan Rakyat, walaupun pada masa yang sama mungkin kehilangan 25 kawasan hitam BN yang mempunyai satu pertiga pengundi Cina dalam kawasan. Namun, untung bersihnya adalah 12 kerusi.

Paling penting, daripada 34 kawasan hitam Pakatan Rakyat, 25-nya ditanding UMNO. Untuk kawasan hitam BN yang mempunyai satu pertiga pengundi Cina - UMNO hanya bertanding 10 kerusi. Maksudnya, UMNO menang bersih 15 kerusi, maka kerusinya di Semenanjung akan bertambah dari 64 kepada 79. Seandainya UMNO menang kesemua 14 kerusi di Sabah, maka UMNO memiliki 93 kerusi - hanya kekurangan 19 kerusi untuk memerintah dengan majoriti mudah.

Dengan 79 kerusi UMNO di Semenanjung, ditambah pula 18 kerusi yang dimenangi parti komponen seperti MCA, dan 40 kerusi dari Malaysia Timur, maka BN akan memenangi 137 kerusi. Walaupun belum menjangkau dua pertiga, namun UMNO, khususnya UMNO berwajah hitam semestinya lebih dominan. MCA gagal melakukan apa-apa walaupun bertebal muka untuk masuk ke dalam kabinet.

MCA menyedari bahawa nasib dirinya bergantung kepada UMNO yang berwajah putih, maka mengugut untuk tidak masuk ke dalam kabinet seandainya kalah dalam PRU. Namun demikian, seandainya pengundi Cina menyokong UMNO berwajah putih semata-mata untuk mempertahankan perwakilan orang Cina/bukan Melayu, apa pula kesudahannya? MCA akan menang 12 lagi kawasan bahaya, MIC dua dan MIC satu, ditambah dengan 18 sebelum ini - maka ketiga-tiga parti ini menyumbang 33 kerusi, dan BN akan memperolehi 152 kerusi - melebihi majoriti dua pertiga!

Selagi UMNO teruskan permainan talam dua muka, apakah yang boleh dilakukan komponen parti BN dalam parlimen yang mempunyai 93 kerusi UMNO (42%) , dan 70 kerusi pembangkang (32%)? Apakah empat orang Menteri MCA boleh menandingi kuasa penafian yang ada pada satu pertiga kerusi Pakatan Rakyat?

*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 3 Jun 2011.

Read more ...

PERKASA hanya kulit , isinya UMNO

Betoi dak Perkasa tu Umno dan Umno tu Perkasa


Betoi dak yang Perkasa tu adalah Umno dan Umno itu adalah Perkasa... Perkasa ni hanyalah perkakas Umno yang bersuara menajga kepentingan Umno yang mana suara suara itu terlalu sensitif untuk disuarakan oleh Umno sendiri demi menjaga keharmonian dalam BN. Umno terpaksa mencipta satu perkakas yang bila bercakap tak kira sesensitif mana pun isu tersebut, Umno tidak akan dipersalahkan oleh rakan rakan dalam BN.

Perkasa yang diangkat menjadi lidah Umno hanya akan sensitif terhadap isu politik yang menyentuh PAS, PKR dan DAP sahaja. Dan akan terus menjuarai isu politik untuk mempertahankan Umno / BN tanpa memijak dibumi keadilan.

Perkasa hanya hidup enak diatas isu isu yang dipolemikkan demi survival politik Umno / BN. Lihat saja isu murtad, kenapa Perkasa senyap bagai tiada hati dan perasaan langsung bagi NGO yang kekononnya menjaga kepentingan Melayu dan Islam itu.

Melihat pada penyata rasmi yang dikeluarkan oleh Parlimen Malaysia dalam jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengatakan Mahkamah Syariah telah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010 ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) memang mengharukan kita.

Dimana presiden Perkasa ketika ini yang jugak sebagai seorang ahli parlimen bila mendengar sebanyak 135 orang yang diluluskan untuk keluar Islam atau murtad?

Perkasa yang dikatakan ingin mempertahankan hak orang Melayu / Islam dalam semua aspek dan hak pribumi ini tetiba menjadi bisu dan tukang angguk pada Umno. Apa yang dilakukan oleh Datuk Ibrahim Ali setelah diperjelaskan oleh Datuk Seri Jamil Khir berkaitan statistik tersebut?

Tak salah jika majoriti rakyat menjadi curiga dengan pendekatan Perkasa selama ini. Isu murtad ini langsung tidak memberikan kesan sensitif terhadap perjuangan Perkasa.

Read more ...

PERKASA hanya kulit , isinya UMNO

Betoi dak Perkasa tu Umno dan Umno tu Perkasa


Betoi dak yang Perkasa tu adalah Umno dan Umno itu adalah Perkasa... Perkasa ni hanyalah perkakas Umno yang bersuara menajga kepentingan Umno yang mana suara suara itu terlalu sensitif untuk disuarakan oleh Umno sendiri demi menjaga keharmonian dalam BN. Umno terpaksa mencipta satu perkakas yang bila bercakap tak kira sesensitif mana pun isu tersebut, Umno tidak akan dipersalahkan oleh rakan rakan dalam BN.

Perkasa yang diangkat menjadi lidah Umno hanya akan sensitif terhadap isu politik yang menyentuh PAS, PKR dan DAP sahaja. Dan akan terus menjuarai isu politik untuk mempertahankan Umno / BN tanpa memijak dibumi keadilan.

Perkasa hanya hidup enak diatas isu isu yang dipolemikkan demi survival politik Umno / BN. Lihat saja isu murtad, kenapa Perkasa senyap bagai tiada hati dan perasaan langsung bagi NGO yang kekononnya menjaga kepentingan Melayu dan Islam itu.

Melihat pada penyata rasmi yang dikeluarkan oleh Parlimen Malaysia dalam jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengatakan Mahkamah Syariah telah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010 ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) memang mengharukan kita.

Dimana presiden Perkasa ketika ini yang jugak sebagai seorang ahli parlimen bila mendengar sebanyak 135 orang yang diluluskan untuk keluar Islam atau murtad?

Perkasa yang dikatakan ingin mempertahankan hak orang Melayu / Islam dalam semua aspek dan hak pribumi ini tetiba menjadi bisu dan tukang angguk pada Umno. Apa yang dilakukan oleh Datuk Ibrahim Ali setelah diperjelaskan oleh Datuk Seri Jamil Khir berkaitan statistik tersebut?

Tak salah jika majoriti rakyat menjadi curiga dengan pendekatan Perkasa selama ini. Isu murtad ini langsung tidak memberikan kesan sensitif terhadap perjuangan Perkasa.

Read more ...

Pilihanraya masjid tangguh, UMNO dah kata batal




SHAH ALAM 17 JUN: Pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi sesi 2012-2013 di Pulau Pinang menerusi pilihan raya yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini tidak dibatalkan, sebaliknya cuma ditangguh ke tarikh lain.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kassim berkata Yang di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan pilihan raya berkenaan ditangguh dan bukan dibatalkan sebagaimana yang dilapor oleh media arus perdana.

"Pagi tadi pihak Tuanku Agong telah memangil Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bersama Tuan Yang Terutama Tun dan telah memutuskan atau bertitah iaitu pemilihan masjid yang akan bermula esok supaya ditangguhkan.” kata Malik.

Mesyuarat agung masjid-masjid di Pulau Pinang yang dijadualkan esok dan Ahad ini sepatutnya memilih jawatankuasa kariah di 151 daripada 200 masjid.

Pemilihan ala pilihan raya yang dicadangkan itu bagi membolehkan anak kariah mengundi secara sulit untuk memilih pemimpin kariah yang sebelum ini dipilih oleh MAIPP.

Menurut Abdul Malik, Majlis Agama Islam negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan bermesyuarat minggu depan untuk berbincang dan memutuskan persoalan yang berbangkit mengenai keadah pilihanraya untuk menentukan kariah masjid bagi sessi 2012-2013.

“Majlis Agama akan mengadakan mesyuarat untuk berbincang titah tuanku,” dan memberikan keputusan rasmi.

Sementara itu, ahli parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa kesal dengan tindakan Umno memperalatkan media arus demi untuk menghalang rakyat daripada mendapat maklumat mengenai kebaikan sistem pilihanraya untuk memilih kariah masjid.

"Umno telah menggunakan isu ini tanpa memberi keadilan kepada kami untuk memberi penjelasan dan penerangan yang boleh dinilai oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya orang Pulau Pinang," kata beliau.

"Oleh kerana tekanan-tekanan politik dan desakan-desakan yang digunakan oleh Umno melalui media-media perdana tidak ada ruang untuk kami nak jawab, tidak ada ruang untuk kami nak perjelaskan sehingga ia telah terbentuk dalam minda orang ramai bahawa pemilihan terbuka telah menimbulkan satu persepsi yang buruk dan dengan itu Yang DiPertuan Agong terpaksa campur tangan," tambah beliau.

Bantahan pelbagai pihak yang didalangi Umno begitu lantang kerana gusar pilihan raya kariah masjid akan menghakis sokongan kepada parti itu setelah BN ditumbangkan di Pulau Pinang pada pilihan raya umum 2008.

Umno mendakwa pemilihan secara demokrasi itu akan hanya membawa perpecahan di kalangan umat Islam selain mengheret masjid ke kancah politik kepartian.

Seramai 4,485 calon telah menawarkan diri untuk mengisi 4,530 jawatan di 151 daripada 200 masjid di Pulau Pinang.

34 buah masjid tidak akan mengadakan pemilihan kerana anak-anak kariahnya telah mengadakan kompromi manakala lapan buah lagi tidak menghantar borang pencalonan selepas pencalonan ditutup pada 7 Jun.

Kerajaan negeri berkata pilihan raya masjid itu menepati Seksyen 22 (4) Enakmen Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Read more ...