Monday, March 29, 2010

Anwar di Bagan Serai


BAGAN SERAI, 29 Mac : Satu program ceramah anjuran PKR Cabang Bagan Serai yang bertemakan "GEMPITA RAKYAT KE PUTRAJAYA" telah diadakan di Alor Pongsu.

Program ini telah dipengerusikan oleh saudara Munawir merangkap Naib Ketua Cabang Bagan Serai.Penceramah jemputan utama adalah YB Dato Seri Anwar Ibrahim(MP Permatang Pauh),Ketua Pembangkang Parlimen dan juga merupakan Ketua Umum PKR.

Selain itu,YB Ramli dan YB Husin selaku YDP dan TYDP Pas kawasan Bagan Serai turut hadir.Turut sama hadir adalah saudara Mustafa Kamil Ayub(Pengerusi PKR Perak),YB Dr Lee Boon Chye(MP Gopeng),YB Chan Ming Kai(Simpang Pulai),YB Chang Lih Kang(Teja),YB Kesavan(Hutan Melintang),saudara Badrul Hisham@Chegubard,AJK Sekretariat Pakatan Rakyat,AJK Kelab Penyokong PAS serta pimpinan-pimpinan parti yang lain.

Penceramah pertama disampaikan oleh YB Dr Lee Boon Chye.Beliau mengulas mengenai isu-isu semasa terutamanya mengenai kes liwat DS Anwar Ibrahim.
Penceramah seterusnya adalah YB Kesavan.Beliau menyampaikan ceramah dengan begitu bersemangat sehingga memukau para hadirin.
Seterusnya mikrofon diambil alih oleh Chegubard,seorang penceramah yang tidak asing lagi.Seorang penceramah yang hebat dan garang.Isi-isi kandungan ceramah beliau adalah berdasarkan fakta yang tepat.
Sejurus selepas itu,ketibaan DS Anwar Ibrahim.
Saudara Mustafa Kamil Ayub memberikan sepatah dua kata.
Sijil penghargaan dan kepujian kepada En Beh Heng Kin oleh PKR Bagan Serai di atas komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Rakyat.Sijil ini disampaikan oleh DS Anwar Ibrahim.
En Beh kemudiannya menyampaikan sebuah cenderahati kenang-kenangan untuk DS Anwar Ibrahim.
En Beh Heng Kin memberikan sepatah dua kata bersama dengan serangkap pantun yang membakar semangat dan menggamatkan suasana.Pantunnya berbunyi begini..

Dato Mat Kilau Pahlawan Terbilang
Dato Bahaman Pahlawan Sejati
Tidakku Hirau Kedukaan Mendatang
Sumpah Perjuangan Sampai Ke Mati!!!

Pelancaran program GEGAR!!!
DS Anwar Ibrahim memulakan ucapan....Semuanya berkisar tentang fitnah ke atas beliau dan pembohonagan serta penyelewengan pemimpin UMNO/BN...
Sesi bergambar DS Anwar Ibrahim bersama ahli-ahli Kelab Penyokong PAS Bagan Serai.
Majlis tamat pada pukul 12 tengah malam.Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar.Gunung Semanggol

Read more ...

Batalkan sidang DUN Perak

PARIT BUNTAR, 29 Mac : PAS Parit Buntar menyokong cadangan Dewan Pemuda PAS Perak agar Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 30 Mac ini dibatalkan selagi pertikaian berkaitan kedudukan speaker DUN Perak masih belum diselesaikan.

Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata perlantikan R Ganesan sebagai Speaker dipertikaikan kerana beliau dilantik dengan cara tidak mengikut peraturan dewan.

” R Ganesan dilantik dalam keadaan V Sivakumar masih menjadi speaker tetapi diangkut keluar dewan secara paksa oleh anggota polis.

Pelantikan Ganesan juga dipertikai kerana beliau dianggap gugur sebagai speaker apabila tidak meletak jawatan sebagai peguam dalam tempuh tiga bulan beliau dilantik sebagai speaker” katanya

Fakhrurrazi berkata sungguhpun
Mahkamah Persekutuan memutuskan Dr Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar yang sah ,namun
kedudukan V. Sivakumar sebagai seorang speaker DUN Perak masih belum diputuskan oleh Mahkamah Rayuan .

“ Kita menyokong cadangan Dewan Pemuda PAS Perak yang merasakan perlunya campur tangan Seri Paduka Sultan Perak menyelesaikan kemelut ini.

“ Usaha ini penting supaya pertikaian kedudukan speaker DUN Perak dapat diselesaikan secepat mungkin” katanya

Menurutnya, sekiranya sidang Dun Perak tetap diteruskan dalam keadaan berlaku pertikaian kesahihan speaker sudah tentu berlaku perebutan kerusi speaker semasa persidangan.

“ Sudah ada laporan polis terhadap V Sivakumar dan R Ganesan. Penyiasatan oleh pihak polis berkaitan speaker DUN perak yang menyamar juga masih belum dijawab. Justeru itu, adalah lebih baik sidang ini dibatalkan” katanya

Beliau berkata pasukan polis sudah tentu sekali lagi akan digunakan untuk mengawal pintu masuk bangunan DUN bagi menghalang penyokong-penyokong daripada kedua-dua belah pihak dari menghampiri bangunan itu.

Read more ...

Umno roboh rumah penyokong sendiri



KUALA LUMPUR, 29 Mac : Tindakan pihak Pentadbir Tanah Daerah Johor Baharu (PTDJB) yang telah meroboh sebahagian daripada rumah penduduk Kampung Denai Pinggiran Kempas tanpa belas kasihan dianggap tindakan kejam Umno-Barisan Nasional di kubu kuat mereka sendiri.

Dalam sidang media yang dihadiri beberapa penduduk terbabit, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata perkara ini akan di bawa dalam perbahasan dan berharap penduduk dibantu tanpa mengira parti politik.

"Saya akan membawa perkara ini semasa perbahasan nanti dengan harapan pihak kerajaan akan mengambil serius tentang masalah yang dihadapi penduduk Kampung Denai Pinggiran Kempas ini walaupun kebanyakkan mereka adalah daripada Umno. Bagi saya ini satu tindakan kejam yang telah diambil oleh pihak berkuasa tempatan yang tidak ada pertimbangan untuk memberi tempoh masa agar penduduk dapat membuat persiapan untuk berpindah," jelas beliau.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat mendesak agar kerajaan membayar pampasan bagi meringankan beban penduduk terbabit.

"Kami berharap kerajaan negeri Johor dapat membayar pampasan kepada penduduk terbabit bagi meringankan beban keluarga terbabit membina kehidupan baru selepas berpindah.

"Peruntukan yang di pohon penduduk adalah sebanyak RM30,000 setiap keluarga dan ini boleh dianggap sebagai balasan daripada pihak kerajaan yang ingin membangunkan kawasan berkenaan." kata Suhaizan.
Semasa operasi pada 24 Mac lalu, 7 buah rumah dan 5 buah kedai telah dirobohkan.
Setelah mendapat bantahan daripada penduduk setempat pihak PTDJB telah melanjutkan tempoh selama 3 hari agar penduduk dapat membuat persiapan untuk berpindah.

Kebanyakan penduduk di situ adalah ahli Umno tetapi parti itu tidak membela nasib ahli yang telah menyokong mereka pada pilihan raya umum lepas.

Umno yang selalu melaungkan perjuangan untuk rakyat tetapi mengambil tindakan menindas penyokongnya sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Setinggan Kempas, Ramli Ibrahim menjelaskan penduduk telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi tiada maklumbalas dari mereka.

"Pihak kami telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Johor dan juga Perdana Menteri pada 20 Jun 2008 dan 27 Oktober 2009 tetapi kami tidak mendapat apa-apa reaksi dari mereka. Penduduk kampung adalah golongan yang sangat setia kepada Umno dan kami telah berkempen dengan sepenuh hati bagi menarik sokongan pengundi sehingga Barisan Nasional menang dikawasan itu.

"Kami kesal kerana suara yang menyokong mereka tidak diterima oleh Ppmimpin BN, kami mahukan pampasan agar ini dapat meringankan beban kami dalam memulakan hidup baru selain digunakan untuk membuat persiapan membina rumah baru kami," kata Ramli.

Read more ...

Sikap Wei Shu dihargai










ALOR SETAR , 29 Mac :
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menghargai pendirian yang ditunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu, yang masih menghormati parti dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun timbul rasa tidak puas hati terhadap parti.

Johari berkata, sikap Wei Shu yang tidak terburu-buru membuat keputusan dan berpegang kepada janji, amat dihargai kerana dapat ‘menjernihkan’ kemelut yang dihadapinya.

“Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana gentleman berdepan dengan situasi ini dan masih menghormati parti. Saya harap pihak luar hentikan tuduhan liar terhadap beliau supaya tidak keruhkan keadaan,” katanya.

Mengulas pendirian Wei Shu yang masih ‘samar’ sehingga kini, Johari berkata, sebenarnya tiada masalah besar yang wujud dalam PKR Kedah berhubung dakwaan Wei Shu sebelum ini, kerana masalah itu telah pun dibincangkan sebelum ini ketika kunjungan Anwar ke Kedah baru-baru ini.

“Wei Shu dan Anwar sudah pun berbincang dari hati ke hati sebelum ini, dan masalah berkenaan dianggap selesai. Mungkin apa yang dimaksudkan Wei Shu mengenai mesyuarat akan datang, berhubung isu lain,” katanya.

Ditanya sama ada perbincangan akan datang merujuk kepada tindakan disiplin yang akan dikenakan ke atas bekas Exco itu kerana kelantangannya mengkritik pemimpin PKR Kedah secara terbuka, Johari yang juga ahli Biro Politik PKR Pusat berkata, isu itu tidak timbul sama sekali.

“Saya tidak anggap dakwaan Wei Shu sebelum ini sebagai kritikan memburukkan parti kerana langsung tidak menyentuh mengenai dasar atau perjuangan parti. Beliau sekadar meluahkan pandangan dan rasa tidak puas hati,” katanya.

Johari berkata, kes Wei Shu berbeza dengan kes Ahli Parlimen Kulim Bandar baharu, Zulkifli Noordin yang jelas mempertikai dasar dan perjuangan parti, dan tidak perlu dibincangkan di peringkat Lembaga Disiplin parti.

“Kes Wei Shu berbeza dengan Zulkifli. Tidak perlu sampai dikenakan tindakan disiplin atau tatatertib. Itu kritikan biasa dalam politik,” katanya.

Johari berkata, mesyuarat sebelum ini yang diadakan di peringkat Biro Politik PKR Pusat ada menyentuh isu Wei Shu, tetapi sekadar membincangkan bagaimana parti dapat membantu ADUN itu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, dan bukannya masalah disiplin.

“Kita sedang mencari idea untuk membantu beliau meningkatkan perkhidmatan selepas tidak lagi bergelar Exco. PKR Kedah akan membantu semampu yang boleh setelah beliau hilang hak keistimewaan sebagai Exco,” katanya.

Menurutnya, pihaknya telah pun berbincang dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan akan mencadangkan beberapa usul untuk memperkukuhkan semula PKR Kedah, termasuk perancangan untuk Wei Shu mempertingkat peranannya sebagai ADUN pada masa akan datang.SH

Read more ...

PR bincang strategi hadapi PRK Hulu Selangor







SHAH ALAM , 29 Mac :
Pakatan Rakyat (PR) akan meletakkan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tetapi keputusan muktamad terletak pada pebincangan Majlis Tertinggi kelak.

Pengerusi PKR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perbincangan akan diadakan dalam minggu ini untuk memuktamadkan parti mana yang akan bertanding dan calon mana yang akan diletakkan di situ.

“Strateginya ialah kita akan mengadakan perbincangan antara parti. Oleh kerana Allahyarham Datuk Dr Zainal dari PKR, sudah tentu kami mahu meletakkan calon untuk bertanding di situ.

“Kita juga hendak mengetahui calon dan kita juga akan membuat beberapa kajian tentang calon sebelum kita membuat pengumuman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan hadiah kepada peserta di Pertandingan Memancing Terbuka Selangor 2010 yang diadakan di Taman Tasik Shah Alam, semalam.

Namun beliau enggan mengulas ketika ditanya calon yang akan bertanding sama ada kaum Malyu atau sebaliknya kerana bimbang Barisan Nasional (BN) akan mengadakan cerita tidak benar mengenai calon yang akan bertanding nanti.

“Itu kita tak nak bincangkan kerana kita takut ini akan memberi peluang untuk lawan kita Barisan Nasional untuk membuat cerita-cerita tak betul. Jadi kita tidak akan mengumumkannya,” katanya.

Sama ada kemungkinan bakal calon berasal dari kawasan Parlimen yang sama, Abdul Khalid enggan membuat sebarang spekulasi mengenai perkara tersebut.

Menjawab pertanyaan pemberita sama ada Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam telah mencadangkan mana-mana individu sebagai calon, beliau berkata:

“Semua ahli PKR dibenarkan membuat cadangan tetapi sama ada cadangan itu diterima atau tidak, akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi PKR.

“Saya tak tahu, saya belum berbincang dengannya. Beliau juga Ahli Majlis Tertinggi PKR, dia juga berhak menyuarakannya tetapi bukan di khalayak ramai tetapi pada mesyuarat Majlis Tertinggi.”SH

Read more ...

BN gagal urus air tinggal beban kepada PR
















ALOR SETAR, 29 Mac : Barisan Nasional (BN) didakwa gagal menguruskan sistem air dengan baik ketika memegang tampuk pemerintahan di Kedah, sehingga menyebabkan masalah itu berlarutan sehingga kini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, dakwaan sebelum ini yang mengaitkan kegagalan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah gangguan air adalah tidak benar, sebaliknya segala permasalahan itu berpunca daripada kelemahan pengurusan air oleh BN.

“Kerajaan BN dahulu yang gagal membaiki paip-paip lama yang pecah, apabila kita ambil alih Kedah, kita pula yang terpaksa baiki. Termasuklah tanggung hutang perjanjian air yang merugikan yang dibuat ketika mereka memerintah,” katanya.

Azizan berkata, berikutan itu, Kerajaan Negeri kini sedang membuat penilaian semula terhadap perjanjian air lama yang tidak menguntungkan, antaranya sistem penswastaan air di Langkawi.

“Perjanjian itu menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa membayar sebanyak RM38 juta kepada syarikat itu sedangkan kutipan hanya sekitar RM14 juta. Ini menunjukkan BN gagal menguruskan sistem air sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, tindakan BN seolah-olah menyalah guna wang rakyat bagi kepentingan sendiri, kerana difahamkan, ada syarikat yang dilantik untuk menguruskan air adalah sekutu BN.

“Ini terbukti BN sebelum ini gagal membela kebajikan rakyat. Mereka guna duit rakyat untuk bayar pada syarikat kroni mereka, dalam jumlah yang tinggi,” katanya.

Mengulas mengenai gangguan bekalan air di beberapa kawasan terpencil seperti di daerah Sik dan Padang Terap, Azizan berkata, musim kemarau antara punca berlakunya gangguan air, termasuk di beberapa negeri lain.

“Di Kedah, kita turut gunakan sistem air kebajikan, di mana, air yang menuruni bukit ditakungkan dan disalurkan melalui paip sepanjang 1 hingga 2 kilometer ke rumah penduduk kampung. Apabila musim kemarau tiba, air bukit ini tidak dapat mengalir turun, oleh sebab itu, mereka gunakan telaga,” katanya.

Azizan berharap penjelasan ini dapat menangkis dakwaan beberapa pihak yang mempertikai keberkesanan sistem bekalan air di Kedah, yang dikatakan tidak berfungsi dengan baik, terutama selepas pengurusan air dikorporatkan dan diambil alih Syarikat Air Darul Aman (Sada). -SH

Read more ...

Sopian dapat RM 3500.00











PARIT BUNTAR, 29 Mac : Mohd Sopian Adanan dari Sungai Baru, Kuala Kurau telah menjuarai pertandingan memancing amal 2010 yang dianjurkan oleh Jabatan Amal Kawasan Parit Buntar.
Ikan yang membawa tuah kepadanya adalah spesies Belukang dengan berat 505 gm. Kemenangannya itu membolehkan beliau membawa pulang wang tunai RM 3,500.00 sebagai ganjaran juara pada tahun ini.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Kamal Said dari Taiping manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohd Khair Saad dari Sungai Petani, Kedah. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM 2,000.00 dan RM 1,000.00.

Menurut Pengarah Program pertandingan ini, Juhari Arbain penyertaan para peserta pada kali ini adalah seramai 230 orang dan kebanyakannya peserta adalah penduduk sekitar Parit Buntar. Apa yang menarik, pertandingan kali ini berjaya menarik penyertaan dari kaum India dan Cina.
Pertandingan yang berlangsung di Ban Pecah, Sungai Baru, Kuala Kurau ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dengan membunyikan siren dari atas bot nelayan.

Majlis penutup pula dirasmikan oleh Abdul Baharin Mat Desa, Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar manakala hadiah utama disampaikan oleh ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari.
Juhari juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan serta sokongan yang diberikan oleh seluruh anggota Jabatan Amal Parit Buntar, AJK PAS Kawasan, AJK Pemuda PAS Parit Buntar serta penduduk tempatan yang banyak membantu bagi melancarkan program pertandingan memancing ini.
ni.

YB Mujahid bersama AJK Pemuda di atas bot ketika merasmikan pertandingan memancing.

Pengarah Program, Juhari Arbain.

Read more ...

AJK Bahagian UMNO ditangkap khalwat dengan gadis sunti



















TANAH MERAH , 29 Mac : Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi maksiat yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah bersama lapan anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail serta ahli Rukun Tetangga (RT) kawasan setempat.

Difahamkan semasa kejadian, penguat kuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguat kuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban.

“Dia bersama pasangannya itu dibawa ke pejabat JHEAIK jajahan ini untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

“Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi yang sama pihak berkenaan juga berjaya menahan seorang lelaki dan wanita berdua-duaan di sebuah bilik hotel lain.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.

Nik Zuhdi berharap agar masyarakat sentiasa memberi kerjasama dan membantu pihak JHEAIK bagi menangani gejala maksiat.

“Kerjasama daripada orang ramai bagi menghindari perbuatan ini dari berleluasa amat diperlukan dan diharapkan gejala ini dapat ditangani bersama,” katanya.SH

Read more ...

Tuan Guru kekal Mursyidul Am lima tahun lagi












KUALA LUMPUR, 29 Mac : Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dilantik semula sebagai mursidul am PAS untuk sesi 2010-15.


Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kedua majlis syura ulamanya di pejabat agung PAS,di ibu negara pagi ini.

Pelantikan itu sekali gus menutup ruang spekulasi berhubung kedudukan tokoh popular PAS itu yang melanda sejak minggu lalu apabila kedudukannya bergantung kepada sokongan 16 lagi anggota majlis tersebut.

Spekulasi tercetus minggu lala apabila majlis syura ulamanya tidak membuat sebarang pelantikan terhadap pengerusi dan timbalannya, sebaliknya hanya melantik lima anggota tambahan.

Majlis tersebut mempunyai 17 anggota - masing-masing empat wakil daripada jawatankuasa pusat dan dewan ulama, dua orang daripada dewan Pemuda dan Muslimat serta empat lagi anggota tambahan.

Sementara itu, dalam mesyuarat hari ini juga, Datuk Dr Haron Din turut dilantik semula sebagai timbalan mursyidul am bagi membantu tugas-tugas Nik Aziz sebagai pengerusi majlis tertinggi dalam parti.

Hormati keputusan, Nik Aziz terima
Turut dilantik sebagai anggota tambahan: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin dan bekas timbalan presiden Hassan Syukri.

Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang ketika ditemui pemberita di parlimen mengesahkan pelantikan Nik Aziz dan Dr Haron selama lima tahun.

Tambahnya, Nik Abdul Aziz sebelum ini yang menyatakan kegembiraan sekiranya tidak dilantik semula, bertindak demikian dengan "moral yang tinggi."
Ditanya mengenai pertimbangan anggota majlis berkenaan terhadap tahap kesihatan Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi berkata menteri besar Kelantan itu dilihat masih mampu menjalankan tugas-tugasnya.
Sementara itu, walaupun membayangkan enggan dilantik semula sebagai pemimpin nombor satu dalam PAS, Nik Aziz hari ini dijangka mengumumkan kesediaannya memikul semula tanggungjawab dengan segera.

Menurut setiausaha politiknya Wan Nik Wan Yussof, satu kenyataan akhbar berhubung perkara itu akan dikeluarkan lewat petang ini.

“Beliau terima. Tetapi (bertugas) macam dulu juga, kalau sakit tidak dapatlah hadir ke mesyuarat,” katanya kepada Malaysiakini tengah hari ini.

“Penerimaan tersebut dibuat bagi menghormati keputusan majlis syura ulama. Berdasarkan pengalamannya juga, beliau wajar dilantik semula.”

Read more ...