Monday, April 30, 2012

BUKTI BARU!!! Gambar polis menyamar cetus provokasi ganas



[Ini gambar terbaru yang kami terima. Ia berkaitan dengan beberapa lagi bukti sememangnya begituramai polis yang menyamar sebagai peserta Bersih 3.0 pada 28 April lalu. 

Dari gambar di atas, dapat dilihat dengan jelas tiga lelaki sedang bersiap sedia untuk melakukan sesuatu terhadap pihak polis. 

Malah, dua diantara mereka yang beraju hitam dan kuning disyaki memegang sesuatu di tangan masing-masing. 

Sementara itu, lelaki berbaju coklat dipercayai berbangsa India itu pula sedang memerhatikan pihak polis untuk mereka lakukan provokasi. 

Sebagai bukti, cuba lihat gambar dibawah iaitu ketika pihak polis menangkap dan membelasag peserta Bersih 3.0 yang berbaju kuning itu. Kenapa individu berbaju coklat berkenaan tidak diadapa-apakan. 

Malah beliau boleh pula berada begitu hampir dengan pihak polis. Ini mengessahkan lagi bahawa beliau sebenarnya adalah anggota polis yang menyamar untuk mengelirukan orang ramai yang berhimpun pada hari itu. Begini kerja mereka rupanya!].



[Foto yang anda saksikan ini, bukanlah satu lakonan semata-mata. Namun ia adalah bukti berlaku penyamaran anggota polis dengan memakai baju Bersih 3.0 untuk mengelirukan orang ramai yang berhimpun pada 28 April lalu. 

Mereka bersama-sama berjalan dan membuat provokasi, namun akhirnya salah seorang polis "wanita" terbabit pengsan akibat terkena "gas pemedih mata" yang ditembak oleh pihak polis sendiri. 

Sebagai bukti, rakan-rakan polis yang lain datang untuk membantu. Dalam banyak kes sebelum ini, jika wanita itu bukan polis sudah pasti tiada anggota polis yang akan membantu beliau. 

Ini bermakna, memang ada segelintir anggota polis terutamanya dari Cawangan Khas (SB) yang menyamar sebagai peserta Bersih 3.0 dan merekalah yang telah melakukan provokasi dengan menyamar untuk mencuri maklumat, menangkap peserta dan juga pemimpin selain daripada mereka yang telah buat provokasi sebenarnya]. PDO

Read more ...

MEMALUKAN !!! BBC siasat Astro ubah suai beritanya tentang Himpunan Bersih 3.0


Lima minit  Itulah perbezaan masa antara siaran langsung menerusi satelit dengan siaran penerimaan yang diperolehi Astro.

Cukup masa untuk mengubah kandungan laporan yang tidak menyiarkan temuramah dengan seorang peserta himpunan Bersih Sabtu lalu.

Laman Sarawak Report melaporkan bahawa perkhidmatan penyiaran British, BBC sedang menyiasat dakwaan bahawa penyiar berbayar Astro melakukan suai pinda ke atas laporan beritanya berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.

Laporan berkenaan turut memaparkan satu rakaman video di Youtube yang membandingkan siaran asal BBC dan versi yang didakwa ditapis seperti disiarkan di Astro.

Read more ...

FITNAH MAKANAN UMNO!!! Azmin Ali nafi dan kecam sekeras-kerasnya fitnah porno terbaru

http://media1.malaysiakini.com/159/7b1e74b2081c902bba55446a076c33a3.jpg

Pejabat Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Saya mengecam sekeras – kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai UMNO yang memetik sumber blog pro UMNO. Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas.


Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Saya amat kesal memandangkan tindakan ini adalah fitnah bersiri terhadap saya dan keluarga selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak saya, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham kemudiannya saya dituduh menghina Raja – Raja Melayu dan baru- baru ini saya ditohmah mencetuskan provokasi dalam Himpunan Aman Bersih 3.0.


Sebelum ini saya dan isteri serta anak kecil saya telahpun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998. Kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas saya, isteri dan keluarga. Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan ‘biological parent’ kepada anak kami. Ujian DNA tersebut sekaligus memelihara maruah saya dan keluarga.


“The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked ‘X’ (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked ‘Y’ (child).”


Namun UMNO masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata.


Setelah kesemua fitnah tidak berjaya, mereka mengulangi skrip usang fitnah seks yang memualkan untuk mengaib dan mematahkan semangat saya. Fitnah jahat seperti ini diulang – ulang untuk membentuk persepsi rakyat terhadap maruah dan kredibiliti saya menjelang pilihan raya.


Munculnya fitnah ini tatkala UMNO dihimpit krisis keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas perhimpunan BERSIH adalah untuk mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar iaitu isu penipuan pilihanraya dan penyelewengan dana awam.


Saya ingin menegaskan bahawa saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat. Saya menyeru kepada pimpinan UMNO supaya menghentikan budaya politik fitnah yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat.


Saya akan terus bersama – sama pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat untuk menjana Perubahan dan membawa kemenangan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13.


Mohamed Azmin Bin Ali

Read more ...

MAJORITI!!! Salahkan polis yang bertanggungjawab cetus keganasan

KUALA LUMPUR: Majoriti pengunjung laman web Yahoo Malaysia menyalahkan polis sehingga tercetusnya keganasan dalam perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lepas.


(Keputusan poll yang dibuat oleh Yahoo Malaysia.)

Dalam satu poll yang dibuat oleh laman web antarabangsa itu, Yahoo bertanya, "Siapa yang patut dipersalahkan ekoran keganasan dalam Bersih 3.0?".

Jawapannya adalah 59 peratus pengunjung menyalahkan polis sebagai penyebab tercetusnya keganasan itu.

Sehingga berita ini disiarkan, 19,236 pelayar laman web Yahoo Malaysia ini telah mengundi.



Semalam, sekumpulan pemerhati antarabangsa juga mempersalahkan tindakan polis sehingga tercetusnya kekecohan dalam perhimpunan ini.

Senator bebas Australia Nick Xenophon dipetik Malaysiakini sebagai berkata, “Ia adalah aman (sehingga para pendemo diprovokasi).”

Beliau turut mengkritik laporan berat sebelah media tradisional terhadap perhimpunan Bersih 3.0, yang dikatakan lebih mementingkan wajah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia.

“Media perdana adalah memihak dan tidak adil. Ia menonjolkan lebih perdana menteri di Sabah pada televisyen daripada perhimpunan politik terbesar di Malaysia,” kata Xenophon.

Khabar angin yang disebarkan di kalangan anggota polis yang bertugas kononnya seorang anggota mereka mati dipukul peserta deminstrasi telah dianggap sebagai punca keganasan polis dalam perhimpunan ini.

Media tradisional yang dimiliki Umno dan Barisan Nasional pula membuat laporan palsu ekoran tindakan balas para peserta perhimpunan.

Misalnya tindakan peserta terbalikkan sebuah kereta polis kerana menganggap ada mangsa yang masih tersepit di bawah kereta itu dipaparkan sebagai contoh aksi keganasan.

Begitu juga aksi seorang 'peserta' menendang sebuah motosikal polis trafik dipaparkan sebagai aksi keganasan padahal dikenalpasti kemudiannya sipenendang itulah juga yang menangkap peserta perhimpunan kemudiannya.

Dalam sidang media Ketua Polis Negara semalam, Tan Sri Ismail Omar diserang bertalu-talu oleh wartawan kenapa polis bertindak menangkap dan memukul peserta perhimpunan di luar kawasan yang digezetkan oleh mahkamah iaitu Dataran Merdeka.

Ismail menjelaskan, ia dibuat selepas sekatan ke situ dipecahkan oleh peserta perhimpunan itu.

Read more ...

POLIS!!!!Jangan jadi alat dan pencacai UMNO....

Oleh : PUTERI BULAN


Demam Bersih 3.0 melanda...puluhan ribu rakyat berkumpul di Kuala Lumpur dan ribuan lagi di negeri-negeri lain. Rakyat bersatu tanpa mengira agama, bangsa, miskin, kaya, berjawatan tinggi, petani, nelayan, bahkan penganggur sekali pun semata-mata menuntut agar pilihanraya dijalankan secara bersih, telus, adil tanpa unsur-unsur rasuah lebih-lebih lagi campurtangan dari pemimpin-pemimpin parti pemerintah...


Setiap hati yang sanggup menggadaikan nyawa, masa dan wang ringgit, berjalan berbatu-batu, mengharungi rintangan....tiada sekelumit inginkan keganasan..apatah lagi sehingga menumpahkan darah....


Tapi..siapa tau...musuh sentiasa mencari jalan agar...imej Bersih 3.0 tercalar..provokasi murahan digasak ke telinga rakyat...kononnya peserta Bersih 3.0 menimbulkan keganasan dan hura-hara..Tapi siapa boleh menyangka ....kita manusia merancang...Allah juga merancang dan perancangan Allah lebih tersusun dan tepat.....dalam keghairahan...media massa dibawah telunjuk UMNO busuk menuding jari menuduh peserta Bersih 3.0 ganas dan agresif..tiba-tiba tak semena-mena terkeluar kenyataan dari Zaharin Mohd Yaasin, Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, yang membuat tindakan bodoh tetapi menguntungkan, apabila dengan bangganya memaklumkan di wall facebooknya terdapat 2 ribu polis menyamar menjadi peserta Bersih 3.0 atas. Sebagai pengenalan diri, semua mereka mempunyai lilitan kain kuning ditangan masing-masing...tujuan penyamaran itu untuk melakukan provokasi, mencetuskan keganasan, bertindak agresif, ganas dan melakukan aksi luar kawalan agar perhimpunan itu tercemar dan secara tidak langsung memberi pandangan buruk kepada penduduk Malaysia khususnya......himpunan Bersih mengancam keselamatan.





Ketua Polis Negara, WAJIB letak jawatan..Timbalan Perdana Menteri WAJIB MALU dengan perbuatan itu...Menteri KDN WAJIB minta maaf secara terbuka kepada peserta Bersih 3.0.


Kalau itu sikap dan cara kita mentadbir negara..SEWAJARNYA IANYA DIJATUHKAN...SEMAKIN LAMA DIBERI KUASA..SEMAKIN RAKUS BERMAHARAJA LELA ..MERATAH UNDANG-UNDANG DEMI MENJAGA PERUT YANG BUSUK, BUSUNG..PENUH DARAH DAN NANAH HANYIR..MENELAN HAK-HAK RAKYAT..SEMATA-MATA MEMPERTAHANKAN SURVIVAL KEHIDUPAN YANG PENUH PEMBOHONGAN DAN KEZALIMAN.


kalau begini cara anggota keselamatan kita bertindak...apakah kita semua berani jamin keselamatan kita sekiranya negara kita diserang oleh negara luar...tidak mustahil demi sebuah survival yang busuk...pemikiran yang tak bertamadun...mereka sanggup menggadaikan tanah air sendiri demi mengharapkan ganjaran......


Puteri teramat tercabar dan ada ketikanya Puteri terasa sebak sehingga mengalir air mata..betapa hinanya manusia yang sanggup memperjudikan diri, rela membiarkan diri menjadi hamba kepada rejim yang angguh, sombong, kejam dan tak berperikemanusia....


Kisah..di zaman silam..seorang kanak-kanak ditakutkan dengan kedatangan seorang anggota keselamatan...dengan berani dia berkata..." apa yang perlu ditakutkan....aku tidak melakukan kesalahan.." tetapi wajarkan ayat sedemikian diucapkan oleh kanak-kanak sekarang....pada hakikatnya..polis sedia menangkap dan membelasah orang-orang yang tidak bersalah.


Rasanya...mungkin kurang adil..kesalahan diletakkan 100 peratus kepada pihak polis..walhalnya...mereka hanya mengikut arahan yang WAJIB dipatuhi.....maka wahai anggota polis sekelian...sedarlah.....mereka kenyang..anda semua lapar..mereka tersenyum lebar...anda semua dibenci dan dicaci....anda semua diarah membelasah sesiapa sahaja tetapi senang sahaja Najib pergi memohon maaf atas kelanjuran polis membelasah pemberita....wah...Najib menjadi hero...polis dilabel sebagai pengganas..WALHALNYA TINDAKAN POLIS SEDEMIKIAN ATAS ARAHAN SIAPA....TOLONG SEDAR...ANDA SEMUA DIPERALAT DEMI MENJAGA POLITIK MEREKA YANG SEMEMANGNYA TERLALU BUSUK DAN PENUH PENYAKIT...


KENAPA ANDA SEMUA TIDAK TERFIKIR...SEKIRANYA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH MALAYSIA...ANDA SEMUA AKAN BEKERJA DI BAWAH SIAPA? SIAPA PERDANA MENTERI ANDA SEMUA KETIKA ITU...SIAPA MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI KETIKA ITU......


Silalah menjadi anggota polis yang bermaruah....tindakan polis dalam perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu..bahkan di perhimpunan bersih yang lepas-lepas mempamerkan sikap yang LANGSUNG TIDAK BERETIKA DAN BERMARUAH...anda memulakan keganasan...anda mencetuskan huru-hara...anda juga dengan rakus menembak dan melepaskan gas pemedih mata....anda pamerkan aksi..polis belasah polis...polis pukul polis...polis jahanamkan kereta polis...kemudian dengan bangganya anda semua kejar dan tangkap peserta-peserta Bersih yang tidak berdosa...




Entahlah....bukan salah ibu mengandung....bukan salah guru mendidik...

Ingatlah....perbuatan anda semua disaksikan oleh 2 malaikat dikiri kanan anda...Raqib dan Atib...silalah anda jawab dihadapan Allah di Masyhar kelak....

BUKAN POLIS SAHAJA..SESIAPA SAHAJA YANG TERLIBAT DENGAN PERANCANGAN JAHAT INI..TIDAK AKAN TERLEPAS DARI HUKUMAN ALLAH..... 

Kedah La

Read more ...

BERSIH 3.0 !!!! (Video) Senator Australia hampir rebah kena gas pemedih mata


Baru-baru ini Sepasukan pemerhati asing kini berada di Malaysia untuk tujuan memantau sistem pilihan raya di negara ini. Antara panel pasukan pemantau “pra-pilihan raya” itu adalah Senator Nicholas Xenophon dari Selatan Australia, Naib Presiden Kanan Parti Nasional Pakistan, Senator Mir Hasil Khan Bizenjo, Presiden Persatuan Undang-Undang Filipina, Dean Amado Valdez, dan Projek Koordinator Yayasan Kebebasan Freidrich Naumann, Juliane Schmucker, termasuk Dr Clinton Fernandes dari Australia.
 Malang nya bagi Senator Nick Xenophon, yang maseh lagi berada di Malaysia dalam misi pencarian fakta; telah terperangkap dalam demonstrasi terbesar di negara ini dalam beberapa dekad, Bersih 3.0. Sepertimana yang ditayang dalam klip video ini, Xenophon telah terkena gas pemedih mata dan hampir rebah.

Read more ...

KANTOI!!!Hishamuddin arah editor jangan lapor keganasan polis




Naib Presiden PKR, N Surendran mendedahkan bahawa Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu Najib Altantuya, Hishamuddin Hussein mengarahkan supaya editor semua media cetak dan elektronik utama di negara ini supaya tidak mendedahkan keganasan polis sehari sebelum himpunan Bersih 3.0 yang berlangsung Sabtu lalu di Kuala Lumpur.

Surendran menambah lagi arahan tersebut dibuatbagi mengelakkan imej buruk polis terbongkar sebagaimana yang telah berlaku semasa himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu.


Berikut kenyataan penuh Surendran:


Saya merujuk kepada perhimpunan Bersih 3,0 dan tindakan kerajaan BN dengan tangan tinggi dan kejam terhadap media.


Kami telah menjumpai bukti lanjut yang menunjukkan bahawa perintah untuk mengganggu, menghalang dan menangkap wartawan yang meliputi perhimpunan Bersih 3.0 datang daripada peringkat tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN).


Pada 27.4.12, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein Onn telah mengarahkan semua Ketua Editor akhbar utama untuk hadir di hadapannya.


Kami dimaklumkan bahawa pada arahan mesyuarat telah diberikan tentang bagaimana untuk melaporkan berita-berita di perhimpunan Bersih pada 28.4.12, dan bahawa editor ditanya untuk mengelak daripada melaporkan tentang kekejaman polis.


Ia amat mengganggu bahawa sehari selepas mesyuarat ini, wartawan yang cuba untuk merakam salah laku polis telah dbuli dengan cara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.


Polis telah menjalankan hasrat Menteri Dalam Negeri.


Sehingga kini, tiada penjelasan telah diberikan oleh PM, Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis Negara pada polis yang menyerang petugas media.


Jawapan Hishamuddin bahawa penyitaan peralatan elektronik jurugambar seperti kamera dan perakam video adalah prosedur operasi standard (SOP) adalah satu pengakuan yang mengejutkan menyalahi undang-undang dan kelakuan yang menyalahi undang-undang oleh pihak polis.


Kebebasan akhbar palsu


Ini juga serangan yang serius oleh BN berkenaan isu kebebasan akhbar.


Di bawah sistem demokrasi kita, Menteri Dalam Negeri tidak mempunyai urusan khusus dalam bidang kuasanya mengarahkan media tentang apa yang mereka boleh atau tidak boleh melaporkan.


Perdana Menteri Najib Razak sebenarnya berpura-pura meminda PPPA 1984 untuk membenarkan kebebasan akhbar yang lebih kini terdedah sebagai kepalsuan yang paling hebat.


Kami menyeru Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein untuk mendedahkan dalam masa 24 jam, butir-butir lengkap arahan yang diberikan kepada media pada mesyuarat itu.


Kami seterusnya permintaan bahawa Najib dan Hishamuddin menerangkan dan menjawab serangan polis kejam dan teratur apabila media dan orang ramai pada 28/4 lalu.

JALAN PULANG

Read more ...

POLIS GANAS!!!! Anak ADUN PR dibelasah 60 polis, kepala berdarah...

Sdr Munir anak kepada Adun Sg Bakap YB Ustaz Maktar teruk dibelasah dan dipukul polis apco yang bagaikan anjing sundal gila kelaparan setelah mereka mendapat berita palsu kononnya seorang anggota polis mati dipukul oleh demontran BERSIH.

Beliau ditangkap di stesen LRT berhampiran SOGO ketika mahu pulang jam 6.25 petang. Tiba-tiba kira-kira 60 polis apco meluru bagaikan anjing sundal gila kelaparan terus menangkap dan memukulnya dari SOGO hingga ke Dataran Merdeka.


Beliau dipukul, dibelasah, disepak, ditendang, diterajang bagaikan bola serta dimaki hamun oleh polis apco yang seperti anjing sundal gila kelaparan mengamuk seminggu tak makan.


Antara maki hamun cacian kata-kata kesat polis apco yang masih terngiang-ngiang ditelinganya adalah "kenapa ikut Ambiga?" "Melayu bodoh" malah yang lebih menyedihkan polis apco turut menghina sunnah Nabi iaitu janggut, kata polis apco "janggut macam bulu p**i"


Setelah puas memukul dan maki hamun polis menangkap dan akhirnya sdr Munir dibebaskan pada pukul 1.45pagi.


Kemudian beliau menerima rawatan di HUKM sekitar jam 2.30 pagi.


Sdr Munir berkata "Apa yg berlaku pada saya terlalu sedikit jika nak dibandingkan dgn rakan2 lain. Tetapi ianya tidak mampu melunturkan semangat saya untuk menumbangkan kerajaan zalim & korup yg menggunakan polis utk terus berkuasa. Kerana perjuangan ini bukan utk diri sendiri, tetapi utk generasi akan datang" ujarnya dengan penuh semangat melalui BBM.


Katanya lagi "Depa mungkin terlepas di dunia, tapi tidak akan terlepas di akhirat"


Beliau tidak patah semangat malah bertambah semangat untuk terus berjuang membenam rejim zalim umporno dan b-end. Lawan tetap Lawan.


* berita ditulis dari katil wad 407 KPJ -
Din Sharpshooter *

Read more ...

INILAH POLIS MALAYSIA!!! Peserta Bersih solat dalam keadaan tangan terikat

Himpunan Bersih 2.0

KENAPA DENGAN ANAK MUDA NI? MEREKA DITANGKAP DENGAN TANGAN TERIKAT, SEDANG BERSOLAT MENGADAP ALLAH DENGAN TANGAN DIIKAT...SUBHANALLAH...
PASTINYA, PARA PENCACAI UMNO/BN TIDAK AKAN PERCAYA(GAMBAR DIATAS) MEREKA DITANGKAP OLEH POLIS KAH KAH KAH, TUNAS PUTERI YANG TANGKAP MEREKA KAH KAH KAH...DALAM FACEBOOK BERMATI-MATIAN PENCACAI BARUAHHH UMNO/BN BERHUJAH BAHAWA POLIS MALAYSIA BAIK-BAIK KAH KAH KAH...LU ORANG(PRO PR) BERHUJAH DENGAN MEREKA SAMPAI KIAMAT LU TAK KAN MENANG KAH KAH KAH...
Para pemimpin dan pencacai-macai mereka berkata polis bertindak berlandaskan SOP. Tiada rakyat yang dipukul oleh polis. Polis melayan rakyat dengan baik. Yang kena tangkap diberi makan, dibelai dan dimanja... TIADA BUKTI YG MENUNJUKKAN POLIS SEPAK TERAJANG DEMONSTRAN ! mereka bukan Polis, seragam mereka macam polis, tetapi mereka bukan polis, warna seragam macam polis tetapi mereka bukan polis...masa demonstrasi bersih 3.0 semua polis duk rumah
Biaqpila

Read more ...

HARI KEBEBASAN MEDIA!!!! Inilah sebab Najib tergesa-gesa minta maaf kepada wartawan yang diserang polis

Keganasan polis: Najib paling tertekan

6 hari sebelum Hari Kebebasan Media Sedunia..World Press Freedom, membuatkan najib terpaksa memohon maaf dengan Wartawan, semalam
.


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak nyata paling tertekan dengan keganasan polis kepada peserta Bersih 3.0 dan pihak media terutamanya enam hari menjelang hari kebebasan media sedunia.


Demikian analisa anggota Parlimen Kuala Selangor yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.


“Kali ini rasanya paling parah mereka (petugas media) yang kena. Mereka ditahan, ditumbuk, dibelasah, kamera dimusnahkan semua ini berlaku 6 hari sebelum Hari Kebebasan Media Sedunia..World Press Freedom,”


Bagi beliau, Najib tidak dapat elakkan diri kalau media barat menggambarkan PDRM sebagai ‘gangster berlesen’.




Ini kerana, yang terkena termasuk petugas media dari Al-Jazeera, Channel News Asia dan media tempatan termasuk The Malay Mail, The Sun, Malaysiakini, Makkal Osai, Guan Ming Daily dan juga Harakah.

Sebelum ini, Reuters sebuah agensi media antarabangsa meramalkan Najib akan menangguhkan pilihan raya umum ke 13 ekoran trgaedi yang berlaku Sabtu lepas.


Komited kepada pru bersih


Bagi Dr Dzulkefly (gambar), rakyat khasnya pihak Bersih 3.0 mesti bersedia untuk kekal komited kepada reformasi pilihanraya sebelum PRU ke 13.


“Rakyat mahu siasatan menyeluruh atas apa jua dakwaan yang menjadi punca dan mulanya kekacauan dalam perhimpunan semalam, tapi rakyat dan Bersih tidak akan dilunturkan asakan mereka untuk mendapat sebuah sistem dan proses piliraya yang bersih dan Adil,” kata beliau kepada Harakahdaily.


D
r Dzul mengajak semua pihak agak mengimbau kembali sebab mengapa perhimpunan Bersih 3.0 diadakan selepas Bersih 2.0.

“Kita adakan perhimpunan ini setelah kesal dengan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) yang mana kertas mereka diluluskan tanpa bahas.

“Juga tindakan pentadbiran Najib yang kononnya mengwar-warkan transformasi pilihan raya melalui pindaan ke atas akta kesalahan pilihan dan memaksa anggota Parlimen bersidang sehingga jam 3.21 pagi.“Apa yang dipinda cuma perkataan ‘buang undi’ kepada ‘mengundi’,” sindir Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat.

Beliau juga kesal dengan tindakan kerajaan yang memperalatkan Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan kerjasama mahkamah untuk menafikan hak rakyat untuk berhimpun di Dataran Merdeka.

“Rakyat tak puas hati menyaksikan pilih kasih dan berat sebelah ni (zalim) sekaligus dah jadi macam barua eksekutif.


“Ingat Pakatan menang 10 dari 11 kerusi di Wilayah Persekutuan, bermakna lebih ramai pengundi atau rakyat menyokong Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur ini,” tegas Dr Dzul.

Read more ...

MAI TENGOK!!! Akhbar Kosmo KANTOI buat fitnah terhadap peserta Bersih 3.0

Kredit: FB Bumiputera Berjaya


P/s: Nak ulas apa lagi kalau sudah kantoi MENIPU!!!

DCM

Read more ...

ANGKARA SB!!! Siapa lagi yang pakai gelang kuning , lengkap dengan pemotong dawai dan gloves?

Pemotong kawat duri macam profesional

KUALA LUMPUR, 29 April: PAS mendesak pihak polis melakukan siasatan segera terhadap individu yang bertindak memotong dawai penghalang pada perhimpunan Bersih 3.0, semalam.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata individu terbabit yang dikatakan peserta Bersih 3.0 itu kelihatan profesional ketika memotong dawai berduri yang diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka.

"Individu terbabit dilihat begitu profesional kerana dapat memotong dawai berduri itu dengan pantas, yang akhirnya memberi peluang kepada polis untuk 'mengganas' selepas itu," kata beliau pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Sambil menolak segala provokasi berpunca daripada peserta Bersih 3.0, Mohamad berkata penyokong himpunan itu tetap berada dalam keadaan terkawal, walaupun jumlahnya mencecah puluhan ribu.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa perhimpunan kali ini menunjukkan berlakunya peningkatan keganasan polis terhadap peserta himpunan.

Dakwanya, pengalaman menyertai beberapa perhimpunan sejak mahasiswa, perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan yang hanya meningkatkan bilangan keganasan pihak polis.

"Dengan laungan kerajaan kononnya ingin melakukan transformasi terhadap institusi polis, jelas ia hanya mainan dengan tindakan ganas polis yang ditunjukkan pada perhimpunan semalam," tegas beliau.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat, Asmuni Awi turut melahirkan kekesalan dengan tindakan ganas pihak polis terhadap peserta himpunan Bersih 3.0.

Beliau yang turun bersama hampir 70 orang peguam bagi memantau himpunan tersebut turut mempertikaikan tindakan polis yang 'memburu' orang ramai.

"Larangan dikeluarkan untuk memasuki Dataran Merdeka. Kenapa pihak polis memburu orang ramai yang di luar Dataran Merdeka?" soal beliau yang turt serta pada sidang media tersebut.

Turut serta pada sidang media itu, Penolong Setiusaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Nawawi; Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Md. Ramli; dan beberapa wakil peguam PAS. -HD



Ulasan GB

kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah

Read more ...

GANAS!!! PR dan NGO dapat kawal ahli-ahlinya tapi tak mampu kawal SB yang membuat provokasi


Blog Shubhi
Semalam wartawan menemuramah Tuan Guru Haji Hadi di Ulu Yam Baru berkenaan perhimpunan Bersih yang bertukar menjadi huru-hara. Beliau ditanya adakah Penganjur Bersih 3.0 gagal mengawal peserta. Tuan Guru menjawab, bagi beliau pihak penganjur telah berjaya mengawal peserta mereka dengan baik dan amat berdisiplin sekali.

Kebetulan saya berada di situ, lalu saya mendengar hujah Tuan Guru daqn berikut dibawah apa yang saya faham:



Rumusannya adalah pihak penganjur berjaya mengawal peserta bersih untuk berdisiplin membuat demo secara aman. Kerana:
  • Pas telah mengawal ahlinya yang turut serta dalam Bersih 3.0 dengan baik malah unit amal Pas telah banyak membantu orang ramai yang menenangkan keadaan juga menjadi pendamai apabila orang ramai naik minyak.
  • PKR juga berjaya mengawal ahlinya sejak awal untuk berdemo secara aman.
  • DAP juga berjaya mengawal ahli mereka.
  • NGO yang menyertai Bersih 3.0 terlebih lah lagi disiplin mereka, kerana tidak ada NGO yang ganas di negara kita, kalau adapun yang ganas kita tak namakan NGO sebaliknya kita namakan Kongsi Gelap.
Jadi kenapa terjadinya huru hara dan ramai yang tercedera? Ini di sebabkan Bersih bukan sahaja hanya di sertai oleh Parti Pembangkang dan juga NGO sebaliknya ada lagi mereka yang menyertainya.


Antara mereka yang menyertai Bersih 3.0 dan tidak ada sesiapa boleh mengawal mereka adalah SB. Pihak SB ini biasanya hanya Umno/BN sahaja yang boleh mengawal mereka dan bukan penganjur Bersih.
Oleh itu untuk tahu kenapa terjadinya huru hara, kenalah siasat para SB yang turut sama menyertai Bersih 3.0.

......

http://wartashubhi.blogspot.com

Read more ...

ANGKARA POLIS!!! Dahi pecah , usus seorang perempuan tua pecah akibat dipijak

KUALA LUMPUR: “Dahi mak koyak, ususnya pecah dipijak sekumpulan polis berpakaian preman,” kata Khalid Ismeth, anak kepada Faridah Abdul yang parah akibat dizalimi pihak berkuasa itu pada perhimpunan Bersih 3.0.

Bercakap kepada KeadilanDaily, pemimpin Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(Kami) itu hairan mengapa ibunya menjadi sasaran kerananya ibunya sudah berusia 50 tahun.



Beliau yang mengetahui hal ini selepas diceritakan kakaknya, Nurul Hanilah yang menyaksikan kezaliman itu, berkata, ia berlaku selepas ibunya jatuh di depan pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Ibu mahu lihat kebangkitan anak muda. Sebab itu beliau hanya lihat situasi dari perkarangan pejabat DBKL, malah ibu bukan berbaju kuning,” katanya.

Ibu Khalid kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menerima tujuh jahitan di dahi manakala ususnya mungkin dibedah selepas dipijak dan diterajang sekumpulan polis yang memakaki kasut but keras.

“Ibu hanya boleh minum air, sukar bercakap dan terpaksa dimasuklan air ke badan 24 jam tanpa henti kerana tubuhnya sangat lemah tapi masih bersemangat berkempen menolak Umno BN kepada staf perubatan.

“Doktor beritahu ibu mungkin dibedah kerana ususnya cedera serius,” katanya yang menemani ibunya sepanjang hari ini.

Keputusan mengenai pembedahan itu, katanya diketahui Khamis ini kerana doktor mahu melihat sejauh mana kerosakan usus.

Dipetik dari - http://www.keadilandaily.com/mak-pengsan-akibat-dipijak-diterajang-polis/

Read more ...

Sunday, April 29, 2012

VIDEO PERHIMPUNAN PERKASA!!!! Lautan Hijau di tapak himpunan Perkasa atasi lautan kuning Bersih 3.0

Read more ...

PUNYA LA NAK TUTUP MAKLUMAT!!! Mai tengok Video berita Bersih 3.0 BBC News edisi Astro dipotong-potong berbeza dari edisi asal

Tukanglawan ingatkan,Aastro bila tayang siaran berita dari BBC news, keseluruhan klip video tersebut akan ditayangkan tanpa ada suntingan, rupanya tidak, sunting juga rupanya.


Hah, Amacam?, adil betulkan media kat negara ni, rakyat dibodohkan lagi.

Ada babak awal dimana seorang pemuda menceritakan kejadiaan sebenar kepada wartawan BBC telah dipadamkan, kenapa babak yg dianggap penting dalam penyiaran berita itu dipadamkan, jawapannya mudah, supaya rakyat yang tidak faham dan tidak pergi tidak tahu cerita sebenar, melainkan dapat informasi yang dikawal pemerintah.

Kemudian babak dimana seorang tua memberi penerangan mengapa beliau datang turut serta dalam himpunan tersebut juga dipadamkan, mengapa penjelasan mengapa himpunan tersebut telah diadakan dipadamkan?, kerana jika ia disiarkan, mungkin sebelum pilihanraya najib dan kuncu-kuncunya akan kalah dulu sebelum bertanding.

Dalam babak ketiga yang dipadamkan, ditayangkan bagaimana peserta himpunan menjadi marah dan membaling kenderaan FRU dengan "botol mineral water" tetapi babk dimana FRU menyembur peserta dengan air kimia telah disembunyikan, ia cubaan menyembunyikan kekejaman FRU yang mengikut arahan "orang atasan"

Jadi anda sudah saksikan 2 versi video yang berbeza dari versi rakaman yang sama, dan ketahuilah semua media yang dipunyai oleh UMNO tidak akan menyiarkan berita yang boleh membuat rakyat yang tidak tahu apa-apa faham mengapa rakyat turun ke Himpunan BERSIH 3.0,

Jangan marahi mereka, taPi kasihani lah mereka, sila sebar link artikel ini untuk beri sedikit kefahaman buat mereka bahawa MEDIA NEGARA INI TIDAK BEBAS, MINDA RAKYAT YANG TIDAK FAHAM TUNTUTAN BERSIH INI MASIH DIJAJAH.  -by TL

Kedahkini

Read more ...

MAKIN PANAS!!! PAS beri masa 30 hari untuk Pengerusi , Timbalan Pengerusi SPR letak jawatan


KUALA LUMPUR, : PAS memberi masa 30 hari untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meletakkan jawatan.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (gambar), berkata masa tersebut sudah mencukupi bagi kedua-duanya meletakkan jawatan ekoran terdedahnya keahlian parti politik mereka.

"Kita beri notis 30 hari untuk kedua-duanya meletakkan jawatan.  Sewajarnya mereka tidak non-partisan, kerana mereka merupakan 'pengadil' dalam sesebuah pilihan raya," tegas Syed Azman, pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas terbongkarnya identiti Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar yang merupakan ahli Umno.

Perkara tersebut disokong Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang juga Pengerusi Lajnah Penggerak Demokrasi dan Mobilasi PAS Pusat.

Katanya, sebagai seorang 'pengadil', adalah tidak adil baginya memihak kepada mana-mana 'pemain'.

"Sama macam bola sepak. Kalau Manchester United lawan Manchester City, mana boleh pengadil dari Manchester United.  Mana boleh Selangor lawan Kelantan, pengadilnya Selangor.  Teruklah Kelantan," kata beliau.

Sehubungan itu, Mohamad berkata pihaknya akan menyerahkan memorandum mendesak Abdul Aziz dan Wan Ahmad meletakkan jawatan sebagai  pengerusi dan timbalan pengerusi SPR, esok, di Putrajaya.

Read more ...

PENANGAN BERSIH 3.0!!! "Saya tak ragu-ragu. Saya tak tahu, kita tengoklah," - Najib yang gabra


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara kelmarin, yang dikatakan menarik lebih ramai peserta berbanding Bersih 2.0 Julai lalu, tidak akan menimbulkan keraguan untuk memanggil Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun menurut Perdana Menteri, biar tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.


"Saya tak ragu-ragu. Saya tak tahu, kita tengoklah," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi Umno di sini malam tadi.


Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasiona (BN) ditanya mengenai kesan perhimpunan Bersih 3.0 , yang diadakan atas alasan mahu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, ketika penganalisis dan pemerhati mengatakan bahawa PRU13 kemungkinan diadakan Jun ini.


Bagaimanapun ekoran perhimpunan itu, kini ada yang membuat andaian kemungkinan PRU13 akan dianjakkan sehingga September atau November. Perdana Menteri ada mandat sehingga April 2013.


Dipetik dari laporan Bernama, Najib turut ditanya sama ada kerajaan akan mewujudkan satu lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi memenuhi tuntutan perhimpunan kali ini.


Najib berkata, tiada sebab untuk mewujudkannya kerana semuanya telah dijawab semasa PSC membentangkan laporan mereka di Parlimen baru-baru ini.


Najib telah mewujudkan PSC Ogos lalu ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan laporan akhirnya telah dibentangkan di Parlimen awal bulan ini.


Bagaimanapun rasa tidak puas hati masih berterusan.SH

Read more ...

AMARAN !!!! Bersih 4.0 jika kerajaan masih tolak tuntutan


SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran perhimpunan lebih besar berbanding Bersih 3.0 akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya bebas dan adil.

"Jika sekiranya tuntutan rakyat kekal tidak didengari, kita sedia menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima.


"Kita mahukan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang sebagaimana amalan negara-negara maju yang telah matang amalan demokrasinya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


Bersih 2.0 diadakan Julai lalu. Perhimpunan semalam adalah susulan kepada Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.


Ia diadakan kira-kira sebulan selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.


Kenyataan hari ini dikeluarkan susulan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara semala, yang menarik ribuan peserta, tetapi berakhir dengan insiden ganas.


Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, bagi pihak pimpinan Pas, "saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong yang telah berjaya mengikut arahan pimpinan sehingga Bersih 3.0 berjaya diadakan dengan jayanya."


Katanya, ahli-ahli Pas telah menunjukkan komitmen bersungguh, sehingga jumlah yang ramai berjaya hadir dan bertugas dengan baik khususnya anggota Unit Amal.


"Begitu juga rakyat yang datang dari pelbagai latar belakang politik dan tidak berparti juga turut menjayakan," katanya lagi.


Abdul Hadi berkata, beliau sempat berjalan bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Masjid Negara hingga ke tengah bandar raya Kuala Lumpur.


"Saya bersyukur kepada ALLAH SWT dan moga semua yang menjayakan diberi ganjaran oleh ALLAH.


"Dalam masa yang sama saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan Pakatan Rakyat yang ikut serta dan NGO-NGO yang memulakan himpunan sehingga tercapai kejayaan lebih besar daripada Bersih 2.0," katanya lagi.


Abdul Hadi menambah, pihaknya mahu kerajaan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di Malaysia.


"Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi.


"Jangan tulikan telinga dengan protes besar rakyat kelmarin (semalam)," katanya lagi.
SH

Read more ...

TERDEDAH !!! Bukti bergambar SB Polis belasah polis trafik , bolehkah polis nak nafi lagi?



Satu ketika dia peserta demo belasah polis trafik,
ketika lain dia anggota polis menangkap peserta BERSIH

Sedikit demi sedikit bukti penyamaran polis terdedah. Sesiapa yang mengenali polis ini, sila dedahkan namanya, akaun facebooknya (jika ada) dan berkhidmat di IPD mana.
Dan yang paling penting, bantuan diperlukan untuk mendedahkan gambar lelaki tidak siuman yang menaiki bumbung kereta polis dan menghentaknya. Jika Datuk Zaharin dari UMNO Bandar Tun Razak maklumkan hampir 2 ribu polis yang menyamar menjadi peserta Bersih untuk menimbulkan huru hara dan provokasi, maka tidak pelik kalau lelaki tidak siuman yang menaiki kereta polis dan menghentaknya juga seorang polis!


Ulasan GB

Kita akan terus berdoa kepada Allah swt agar kebenaran itu dibongkar dan didedahkan. Allah memperkenankan doa orang yang dizalimi dan difitnah. Petikan doa yang selalu GB siarkan:
Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).


Tulis Datuk Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak (Sang Kelembai) dalam facebooknya:
Polis dah lebih cerdik dari dulu.. Dia bagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju bersih tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi. Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.. Dan saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama.. Saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini..


Kini, orang UMNO sendiri mendedahkan pihak polis menyamar sebagai anggota BERSIH.

POLIS MERUSUH- provokasi polis kantoi,,, beliau memakai getah kuning, penanda bagi setiap Polis berpakaian preman (SB)

Selain itu Datuk Zaharin juga meminta Menteri KDN dan Ketua Polis Negara bertanggungjawab dan meletakkan jawatan disebabkan anggota polis yang cedera. Siap panggil mereka "monyet" lagi!


Apa lagi pencacai UMNO yang lain mahu cakap? Lu mau hantam dalam komen blog GB apa bikin? Pergilah hantam Datuk Zaharin di Wall FBnya... bingai...

Bagi kita, kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Read more ...

MAI BACA!!! Brahim Ali beri kata semangat kepada Najib, jangat takut bubar parlimen kerana Bersih 3.0



Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu takut untuk membubar Dewan Rakyat selepas perhimpunan BERSIH 3.0 dijalankan semalam.

NONENONE"Saya nak cadangkan kepada Najib, kerana suasana berlarutan seperti ini. Jadi, selepas transformasi yang telah dilakukan, Najib jangan takut.

"Saya percaya rakyat akan sokong dia. Jangan ragu-ragu bubarkan Dewan Rakyat sekarang. Biar rakyat tentukan mandat," katanya.
Beliau berkata demikian hari ini pada sidang media selepas merasmikan pehimpunan raja berdaulat kasih dijunjung di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.

Seramai 100,000 orang menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu kota Kuala Lumpur semalam untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil dijalankan.

Read more ...

Saturday, April 28, 2012

BERSIH 3.0 !!! Diakui memang ramai, usaha Najib jadi sia-sia - Mari baca apa kata mereka?

ANALISIS - Gelombang 'perang' berbalas komen dan reaksi melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) nampaknya berterusan! Ruang siber dan tradisional digunakan sepenuhnya sepanjang 24 jam lalu - membincangkan kewajaran perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara semalam dan siapa yang sepatutnya dipersalahkan ke atas insiden sejam terakhir.
Bersih 3.0 membuat rancangan untuk mengadakan perhimpunan antara jam 2 dan 4 petang. Keadaan bertambah kecoh dan bertukar ganas selepas jam 3 petang.

Dalam mesej Twitter pagi ini, pemimpin dari Pemuda Umno, Lokman Adam menulis: "Nasib baik kalian duduk di Malaysia, kalau kat tempat lain, seorang demi seorang akan hilang tanpa kesan kalau..."

Dalam ruang masa yang sama, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin menjawab satu komen dengan menulis: "Stadium tempat tengok bola bukan tempat protes." Shamsul Iskandar menjawab komen @ahmadilatif yang berkata, "Sam, kalau dari awal buat kat stadium kan senang. Ke, kau takut orang tak datang?"
 
Bersih 3.0 sudah berlalu. Apa kesannya ke atas arena politik negara? Bersih I diadakan beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Bersih II pada 9 Julai lalu, ketika ramai menyebut PRU13 akan diadakan dalam waktu terdekat, susulan pilihan raya negeri Sarawak.
 
Bersih 3.0 semalam diadakan di tengah-tengah spekulasi mengatakan PRU13 akan diadakan bila-bila masa.
 
Beberapa minggu lalu, di sebalik program turun padang Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi BN, yang begitu kerap diadakan, pemimpin-pemimpin perikatan itu telah menasihatkan parti komponen agar memasukkan 'gear lima' bagi memastikan pergerakan memecut.
 
Beberapa hari menjelang perhimpunan Bersih 3.0, penganalisis dan pemerhati politik membuat penilaian bahawa kebanjiran peserta di ibu negara juga akan menjadi faktor yang menentukan sama ada PRU13 yang disebut-sebut akan diadakan Jun ini atau minggu pertama Julai akan menjadi kenyataan.
 
Bagaimanapun, berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, tarikh pilihan raya Parlimen menjadi hak mutlak Perdana Menteri untuk menentukan.
 
Malam ini, Umno mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT). Difahamkan, mesyuarat MT lazimnya akan diadakan Jumaat terakhir setiap bulan, tetapi ditangguhkan sehingga ke malam ini ekoran jadual ketat Najib.
 
Berkongsi maklumat, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian tidak menolak impak dalam menentukan tarikh PRU13 yang sesuai.
 
"Saya ada turun dan melihat apa yang berlaku di Kuala Lumpur semalam, melihat gelombang manusia, penyertaan dalam Bersih 3.0. Jumlah kehadiran adalah cukup besar," kata beliau yang turut melihat bahawa kepimpinan akan mengambil kira kesan dan impaknya dalam menghadapi PRU dalam waktu terdekat.
 
"Jadi, saya tidak terkejut jika PRU13 dilewatkan berbanding ramalan banyak pihak kebelakangan ini," katanya.
 
Seorang pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia berpendapat bahawa Najib tiada banyak dalam memanggil PRU13.
 
Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir April 2013.
 
Aspek yang menarik perhatian, menurut Ibrahim, ialah kehadiran golongan muda dalam perhimpunan semalam.
 
"Ini satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian oleh BN," katanya lagi.
 
Berdasarkan laporan Bernama semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, sudah sampai masa golongan majoriti senyap melahirkan perasaan tidak senang hati mereka terhadap perbuatan menimbulkan huru-hara dan menzahirkan perasaan jijik mereka dengan perbuatan yang melanggar peraturan.
 
"Kita tak mahu perkara huru-hara, tidak ikut peraturan ini terus menjadi budaya minoriti yang vokal yang diketuai dan didalangi pembangkang." katanya yang juga Ketua Penerangan Umno.
 
Datuk Saifuddin Abdullah, pemimpin Umno yang dilihat moderat mengakui bilangan yang menyertai perhimpunan semalam agak besar berbanding perhimpunan Bersih sebelum ini.
 
Belum ada angka rasmi mengenai kehadiran.
 
"Selain jumlah yang agar ramai, kehadiran juga bercirikan pelbagai kaum dan lebih ramai kaum Cina mengambil bahagian... perkara ini perlu diteliti," katanya yang sealiran dengan pandangan Ibrahim kepada Sinar Harian Online.
 
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini seterusnya berkongsi pandangan bahawa kehadiran semalam juga menggambarkan pendirian merentasi ideologi politik.
 
Walaupun ada pihak yang mendakwa pemimpin-pemimpin PR 'mencuri' tumpuan, tetapi ramai datang bukan disebabkan ideologi politik pembangkang. Persepsi kebanyakan pihak peserta mahu menyampaikan mesej kepada pihak berkuasa.
 
"Saya rasa merentasi ideologi politik. Kita perlu menangani situasi ini dengan berhati-hati," kata beliau, yang juga anggota MT Umno, mengulas impaknya menjelang PRU13.
 
Penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian tidak menolak perhimpunan semalam akan ada kesan dalam keputusan Najib memanggil PRU13.
 
"Sudah tentu, sudah tentu," katanya ketika dihubungi.
 
Pun begitu katanya, berdasarkan apa yang berlaku semalam, khususnya elemen keganasan, ia akan memberi kelebihan dari segi impak kepada BN.
 
"Bagi saya dari segi impak, kali ini lebih memihak kepada BN berbanding PR (Pakatan Rakyat)," katanya lagi.
 
Seorang penganalisis veteran yang enggan namanya dipetik berkata, jikapun Najib memutuskan untuk menangguhkan tarikh PRU13, ia tidak akan dikaitkan dengan impak perhimpunan Bersih 3.0.
 
"Jika mereka (BN) memutuskan untuk menangguhkan hanya kerana Bersih 3.0, ia akan memberi kesan psikologi di kalangan pengundi. Ia akan membawa isyarat negatif ke atas BN.
 
"Tetapi, pokoknya kita kena memberi perhatian bahawa jentera Umno dan komponen BN sebenarnya belum bersedia sepenuhnya. Ya, jentera memang sudah digerakkan, tetapi pergerakan jentera belum lancar dan halus lagi," katanya yang meramalkan September atau November 2012 kemungkinan menjadi pilihan Najib.
 
"Jadi, saya tidak akan terkejut jika PRU13 hanya akan berlangsung selepas sambutan Aidilfitri," katanya.
 
Seorang pegawai kanan misi diplomat asing di ibu negara juga mengakui ada kesannya.
 
"Segala apa yang dilakukan oleh Najib sejak lima bulan yang lalu, tranformasi politik dan imbuhan ekonomi kepada rakyat, nampak sudah terhakis kesan Bersih 3.0 dan cara ia ditangani.
 
"Awalnya, semua bergerak dengan baik. Saya rasa seolah-olah ada unsur sabotaj ke atas usaha Najib... ini jangkaan saya," katanya merujuk kepada 'mood' orang ramai sejak kebelakangan ini.
 
"Jadi, saya rasa Najib kena kembali kepada pusingan kedua membetulkan keadaan. Najib ada masa? Ini persoalan sekarang," katanya.
 
Bersetuju dengan pandangan itu, penganalisis veteran yang dihubungi Sinar Harian Online juga berkata, Najib perlu menggerakkan gelombang kedua usaha dan inisiatif untuk memperbaiki persekitaran yang sudah tercalar dan tercemar.
 
"Kita kena melakukan. Laporan PSC (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen) sudah dibentangkan. Nampaknya mereka tidak kisah.
 
"Elemen marah juga ada, pada pandangan saya elemen marah ini tidak patut berlaku. Apa pun kita kena cari jalan untuk mengatasinya. Kita perlu teliti dan berhati-hati," kata Saifuddin.
Sinar Harian

Read more ...