Saturday, June 2, 2012

LAMBANG SALIB DI HIMPUNAN HIJAU!!! Takat tu ja akai blogger UMNO

Oleh: Tok Non



Allah SWT menjadikan dunia ni macam-macam ada. Yang kaya, miskin, cantik, hudoh, gemok, kurus, bodoh, pandai dan macam-macamlah. Walaupun sifat negatif tu semua berlaku atas kekuasaan Allah tapi tak salah untuk kita jatuh simpati dan kasihan. 


Yeelah macam tengok orang miskin, kita kena rasa kesian walaupun miskin itu adalah ketentuan Allah. Dari rasa kesian tu, lahirlah sifat ingin membantu.

Demikianlah Tok Non amat simpati kepada manusia yang kurang cerdik. Tok Non ambil contoh imej yang dipaparkan oleh blogger UMNO ni, ada ka pasai tuduh PAS pi pacak salib kat pentas ceramah sebagai bukti kononnya PAS sokong Kristian. 


Tok Non ni nak tegelak ada, kesian pun ada. Takat tu rupanya akai blogger UMNO ni. Ihh sesat tara mana gamaknya PAS nak pi saja-saja letak lambang salib kat atas pentas ceramah..? Asai nampak simbol 't' semuanya salib, adoi aii mak oii.. kira bengong tahap sontorian blogger UMNO niihhh. 

Nampak palang tingkap, tiang sidai baju, tiang lektrik, besi jerejak, pagaq rumah semuanya salib.. tu dia aih.

Tok Non nak nasihatkan para pemimpin atas UMNO, kalau nak lantik cyber trooper atawa blogger UMNO carilah sekurang-kurang yang lulus SPM. Toksahlah cari asai buleh buka tutup komputer. 


Puak-puak metekedarah ayaq ketum pun depa lantik dan bayaq sebagai CT UMNO... teruk jadinya dunia ni kalau puak-puak kurang akai nak jadi ejen propaganda untuk spin kepala golongan yang rata-rata hari ni berpelajaran tinggi. 

Kedah La 

Read more ...

PENDAKWAAN TERPILIH!!! SPRM dah jadi alat UMNO untuk burukkan pimpinan PR?


Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan pendakwaan terpilih dalam kes melibatkan pimpinan Umno dan KEADILAN.

Menurutnya, SPRM sepatutnya mengambil tindakan terhadap Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil atas penglibatannya dalam penyalahgunaan dana National Feedlot Corporation (NFCorp).


Namun Kata Anwar, SPRM membebaskan tuduhan terhadap Shahrizat, meskipun banyak pendedahan dibongkar bagi membuktikan peranan beliau dalam kes itu semasa menerajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


"Sebaliknya kes (Timbalan Presiden KEADILAN) Azmin Ali pada tahun 1995 yang telah pun ditutup kerana didapati tidak mempunyai unsur rasuah oleh BPR ketika itu, kini dibuka semula bagi mengalih pandangan sebenar isu membabitkan penyelewengan kepimpinan Umno dan BN," katanya ketika berucap di Taman Guar Perahu, Penanti di Permatang Pauh semalam.


"Biar mereka buat pendakwaan terpilih, kita akan terus membongkar dan mendedahkan penyelewengan kepimpinan Umno-BN yang semakin parah dan melampau kebelakangan ini, " ujarnya di hadapan lebih 10 ribu hadirin.


Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, rakyat mampu menilai bagaimana pemimpin Umno yang kebas wang rakyat, boleh bebas.


"Ada bukti, ada dokumen sahih penyelewengan NFC, mereka kata menteri tidak terlibat. Begitu mudah mereka membuat keputusan tanpa dibawa ke muka pengadilan.


"Inikah kerajaan yang kita mahu biarkan terus memerintah negara dalam pilihan raya umum yang akan datang?, " tanya Anwar sambil laungan ' tidak' disambut hadirin.


Jelasnya lagi, jika negara terus dipimpin Umno-BN, lebih banyak wang negara akan 'dilahap' oleh 'penyangak' dan perasuah, manakala rakyat akan tambah menderita.


Hadir sama dalam ceramah Merdeka Rakyat tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man dan Badrul Hisham Shaharin atau Che'gu Bard.

Read more ...

MB UMNO TAK CERDIK!!! Buat kenyataan 'terlebih cerdik'


Terpukul dengan kemasukan ramai bekas penjawat awam kebelakangan ini membuatkan Ahmad Said nampaknya semakin gelabah hingga terpaksa mengeluarkan kenyataan 'terlebih cerdik' semalam.

Apa tidaknya, disuruhnya penjawat awam yang siangnya bekerja dengan kerajaan tetpi pada sebelah malamnya mendengar ceramah Pakatan Rakyat supaya berhenti dari jawatan masing-masing.


Dalam sistem demokrasi, ia tidak seharusnya berlaku dan tambahan lagi diucapkan oleh seorang pemimpin yang mengetahui hayat rejim Umno-APCO semakin hampir ke liang lahad.


Apakah Ahmad tidak berfikir terlebih dahulu sebelum bersuara??


Anggota keselamatan khususnya polis dan tentera diminta meletakkan jawatan sekiranya mempunyai hasrat menyertai parti pembangkang kerana tindakan itu jelas pengkhianatan kepada negara.


Menteri Besar, Ahmad Said berkata, selaku anggota yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara, tindakan mereka tidak seharusnya bercanggah dengan dasar pemerintah sedia ada.


“Bagi saya, anggota keselamatan mereka berjuang pertahan negara dengan memikul senjata, tetapi kalau libatkan diri dengan pembangkang, maknanya ketika memakai uniform (bertugas) mereka pertahan negara dipilih rakyat.


“Tetapi apabila pulang ke rumah dan menanggalkan uniform untuk menyertai pembangkang, seolah-olah perjuangan (pertahankan negara) sia-sia kerana tanggungjawab mereka seharusnya menyokong kerajaan yang memerintah,” katanya ketika menghadiri Majlis Polis Bersama Komuniti Kuala Terengganu Hari Keluarga 1 Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam.


Ahmad berkata, sebagai anggota keselamatan yang dibayar gaji kerajaan yang memerintah hari ini, seharusnya sokongan tidak berbelah bagi diberi kepada kerajaan.


Menurutnya, setakat ini beliau belum terima laporan wujudnya senario itu dalam kalangan anggota keselamatan.

JALAN PULANG

Read more ...

PAS SUDAH SAMBUT CABARAN NAJIB!!! Najib masih bacul dan pengecut untuk sambut cabaran Pakatan Rakyat


Cabaran Najib supaya Pakatan Rakyat mengadakan himpunan di stadium sudah disambut oleh PAS. Cukup PAS sahaja dah melimpah stadium mengatasi himpunan Umno. 
 
Nah, sekarang Najib kena sambut cabaran Pakatan Rakyat malah rakyat Malaysia supaya berdebat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.  
 
Najib jangan jadi manusia bacul dan pengecut .......Admin
 
ALOR SETAR (1.6.12): Himpunan Hijau ke Putrajaya yang diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah berjaya mengumpulkan kehadiran yang melebihi 100,000 orang. Kejayaan himpunan ini dilihat sebagai tanda sokongan ahli-ahli dan penyokong Pas yang seakan tidak sabar lagi untuk ke Putrajaya bagi merealisasikan impian Pas menegakkan syiar Islam dibumi Malaysia.

Orang ramai yang hadir daripada segenap pelusuk negara membanjiri dalam dan juga luar stadium untuk bersama-sama dengan pimpinan tertinggi Pas.


Mari ikuti rentetan perjalanan Himpunan Hijau ke Putrajaya.



Pimpinan tertinggi Pas bersama-sama berdiri menyanyikan lagu rasmi Pas

YB Mahfuz Omar yang bertindak selaku pengacara majlis


Ucapan alu-aluan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak

Tentu ada sesuatu yang menggelikan hati


Tuan Guru Haji Salleh Musa dari Sik, Kedah juga turut serta dipentas utama
Bekas selebriti tv Al-Hijrah, Mohd Zaid Abdullah 



Setiap sudut di dalam stadium ini telah dipenuhi sehinggakan masih ramai lagi yang berada diluar stadium terpaksa menyaksikan acara himpunan hijau ini melalui 2 skrin besar yang disediakan oleh pihak penganjur

Bekas penyanyi Janji Manismu, Aishah turut berucap

Dengan genangan airmata, Aisyah mengharapkan agar ramai lagi artis-artis yang dapat 'diselamatkan' daripada terus lalai dengan kehidupan dunia mereka


Datuk Fauzi Shaari, mantan Pengarah Siasatan Jenayah PDRM yang telah menyertai PAS baru-baru ini menyampaikan ucapan beliau




Dato' A Samad Said, Sasterawan Negara turut menyampaikan sebuah sajak bersama ucapannya

Penyokong PAS yang berbangsa Tionghua ini kelihatan sentiasa tersenyum sambil mengibarkan bendera Pas 


Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS mengetuai bacaan ikrar



Bekas pemain bolasepak kebangsaan dengan diketuai oleh Sdr Radhi Mat Din melakukan gimik dengan menendang 13 biji bola ke udara, menandakan di PRU-13 nanti, Pas akan ke Putrajaya




Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi, Prof. Datuk Dr Nik Mohd Zain Mohd Yusof menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 


Pelukan tahniah daripada Tuan Guru Haji Hadi buat Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain


Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain berjanji menghabiskan sisa umur beliau untuk berjuang bersama-sama dengan PAS

Kepimpinan ulama bersama-sama dengan rakyat. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Nik Zawawi 


Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohd Sabu 

Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang



Dua orang ulama kesayangan umat

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, menyampaikan ucapan ringkas


Doa pimpinan Tuan Guru Nik Aziz mengakhiri Himpunan Hijau ke Putrajaya malam ini




Sentiasa bantu membantu dalam menyebarkan kalimah ALLAH 




Blogger Ajijoi bergambar dengan berlatar-belakangkan ribuan peserta Himpunan Hijau
Orang ramai yang tidak dapat masuk ke dalam stadium menunggu untuk bersalaman dengan pimpinan dipintu stadium  pada akhir acara

Gambar stadium yang dipenuhi oleh peserta-peserta Himpunan Hijau ke Putrajaya. Ajijoi            Ajijoi

Read more ...

LEBUHRAYA KUALA KRAI-KOTA BHARU!!! Pelakon Mustapha Kamal turut beri sumbangan

KUALA LUMPUR: Pelakon Mustapha Kamal Mohd Daud atau lebih dikenali sebagai Mustapha Kamal turut memberi sumbangan kepada pembinaan lebuhraya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu yang sedang diusahakan kerajaan negeri.



Sumbang secara terus itu diberikan kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu program dialog anak Kelantan di perantauan anjuran urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di sebuah hotel di ibu kota semalam.

Ketika ditanya tentang sumbangan tersebut beliau memberitahu sebagai anak jati Kelantan adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk membantu dalam usaha melancarkan pembinaan lebuhraya tersebut bagi kemudahan seluruh rakyat negara ini terutama rakyat Negeri Kelantan.

Sementara itu, ketika memberi ucapan Tuan Guru Nik Aziz menjelaskan konsep yang dibawakan dalam pembinaan lebuhraya ini adalah melalui konsep menderma untuk kebaikan.

"Apa yang kita ingin lakukan adalah melalui konsep menderma dan derma ini adalah untuk kebaikan.

"Setiap apa yang kita lakukan mestilah memilih syurga dipenghujungnya, hanya orang yang tidak berakal menolak syurga dalam setiap apa yang mereka lakukan," jelasnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa memberitahu, memang peringkat awal beliau ada kebimbangan berhubung soal kewangan untuk menjayakan projek lebuhraya itu.

"Pada mulanya saya ingat duit yang menjadi masalah utama tetapi apabila kita telah laksanakannya segalanya menjadi mudah dan duit bukannya masalah utama.

"Kuasa kerajaan negeri yang lebih kuat dalam pembinaan lebuhraya iaitu dalam urusan pemgambilan tanah dan sebagainya, kerajaan negeri membenarkan kita mengambil segala hasil bumi ini seperti pasir mahu pun batu bagi kegunaan pembinaan lebuhraya tersebut jadi segala urusan itu dapat kita laksanakan,' jelasnya.

Tambah beliau lagi, sumbangan derma yang diperolehi akan diumumkan jumlah kutipannya setiap hari bagi menunjukkan ketelusan kerajaan negeri dalam memastikan ia tidak menjadi isu kepada pihak lain.

"Kita akan umumkan jumlah sumbangan yang kita perolahi dan untuk makluman sumbangan ini akan digunakan untuk kerja-kerja pembinaan lebuhraya sahaja dan ia tidak termasuk untuk urusan-urusan operasi syarikat," katanya.

Menurut beliau lagi, sebuah syarikat dari Iran telah bersetuju untuk membekalkan minyak tar dengan harga yang lebih murah jika dibandingkan harga di dalam negara ini.

Read more ...

100 RIBU!!! Itu jumlah kehadiran Himpunan Hijau dalam akhbar Cina



Tulisan Di Gambar Atas : Malam "Hijau Ke Putrajaya" mencapai kemuncaknya apabila 100 ribu orang memenuhi stadium Darul Aman. Gambar kecil menunjukkan para pemimpin PAS mengangkat sumpah setia. Dari kanan, mereka adalah Hadi Awang, Nik Aziz, Azizan, Muhammad Sabu dan Nasaruddin. -terjemahan Sdra Poh Wee Chem.
Tidak ada satu pun akhbar media massa arus perdana berbahasa Melayu atau Inggeris, melaporkan Himpunan Hijau Ke Putrajaya tetapi akhbar berbahasa Cina melaporkan dengan terang dan jelas, siap dengan foto yang yang dirakam pada malam perhimpunan bersejaran di stadium Darul Aman itu.

Selain daripada itu, himpunan tersebut juga bukan sahaja dihadiri oleh ahli-ahli PAS tetapi juga ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS dari bangsa Cina dan India.

Menunjukkan bahawa perjuangan PAS untuk menegakkan kebenaran dan keadilan bersama-sama dengan rakan sekutu di dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP kini sudah menerima sokongan padu dari rakyat Malaysia berbilang kaum.

Menariknya, tanpa hiburan melalaikan, tanpa konsert K-Pop, tanpa upah dan tanpa imbuhan, tiada tarian dan nyanyian - berduyun-duyun dari segenap lapisan masyarakat membanjiri stadium Darul Aman - dengan satu matlamat - mara ke Putrajaya!







Read more ...