Tuesday, September 4, 2012

MANA POLIS?!!! Ada ugutan sembelih leher Tuan Guru Nik Aziz

Adakah negara ini mempunyai 2 undang-undang berbeza, satu khas untuk umno dan satu lagi untuk rakyat amnya. Kegilaan umno ni bukan setakat terhenti disini sahaja tetapi berani pula membuat ugutan membunuh pemimpin atas pakatan rakyat.


Malam ni semasa gua melayari facebook gua terjumpa satu ugutan bunuh terhadap Tuan guru Nik Aziz. manusia biadap yang mengelar dirinya mengajak orang ramai untuk menyembelih leher tuan guru, ini kah budaya politik Malaysia. ugutan sewenang-wenangnya di haburkan bagi menakutkan rakyat. 


Link Profile :  SINI


Dah Menjadi Budaya UMNO..

Read more ...

KANTOI LAGI!!! Bangla pun sambut merdeka di Bukit Jalil?


Ya benar itu gambar bangladesh, walaupun gelembung pipinya sama dengan khir toyo tapi gambar lelaki diatas bukanlah seorang jawa, manakala raknya itu sudah pasti tidak dilahirkan di hospital Kuala Lumpur.

Kelihatan seorang dari mereka mengibarkan bendera jalur gemilang, mungkinkah mereka ini berbangla jadi rakyat malaysia?, apakah bangla ini sudah boleh mengundi pada PRU13 nanti.

Ketika "melayu keris" menghunus-hunus keris mahu menikam kaum cina dan india yang lahir di negara ni, mereka lupa kerakusan sang penguasa memberi IC kepada bangla dan indon sebenarnya akan membuat negara ni hancur, warganegara "baru" malaysia ini nanti akan lebih melayu dari melayu.

Hebat sekali umno, cina dan india yang lahir di negara ini dibenci, padalah bangla dan indon dianggap sebagai keluarga sendiri. elok slogan 1Malaysia ditukar jadi 1 Dunia.

Read more ...

SUDAH TERSEBAR!!! Muka-muka wanted penyerang masjid UMNO Perkasam, polis diberi masa 24 jam untuk ambil tindakan

 
PKR memberi tempoh 24 jam kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan ke atas peserta, dipercayai ahli Perkasa, yang membuat provokasi di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, sewaktu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sedang menyampaikan tazkirah, kelmarin.

Naib Presidennya, N. Surendran berkata, sepanjang tazkirah berlangsung tidak ada sebarang provokasi dilakukan oleh ahli PKR, sebaliknya hanya dimulakan oleh ahli Perkasa.


"Perbuatan itu jelas menunjukkan kepimpinan Umno menyokong perbuatan jenayah di kalangan ahlinya.


"Kami tetap mengatakan Umno tetap mempunyai kaitan dengan insiden ini kerana kebanyakan ahli Umno adalah ahli Perkasa," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini sebentar tadi.


Kelmarin, sekitar 6.20 petang, lebih 50 ahli Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi menentang penggunaan masjid itu yang didakwa sebagai medan politik Anwar.


Mereka seterusnya mengadakan bantahan di luar masjid berkenaan di mana Anwar menyampaikan tazkirah selepas solat Maghrib.


Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Muty mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) tergugat dengan sokongan rakyat yang ditunjukkan dalam tazkirah Anwar pada 2 September lalu.


Menurutnya, langkah terbaik dalam meleraikan kecelaruan politik dan mengangkat martabatnya melalui debat dan perbahasan umum oleh kedua pemimpin hebat parti politik negara.


"Umno dan BN rasa gentar dengan program Anwar... orang ramai banyak ikuti Anwar dan tazkirah yang dibuat bagi kesan besar dan ini takutkan mereka.


"Untuk leraikan kecelaruan pendapat dan timbulkan pelbagai provokasi, cara berdebat adalah langkah terbaik," katanya.


Beliau berkata, pihak PDRM perlu bersama memberi sokongan dalam menjayakan hasrat mengukuhkan amalan budaya politik tinggi dan murni dengan mengambil tindakan drastik kepada kelompok politik yang provokatif dan ganas.


"Sesungguhnya kesopanan dan kesusilaan adalah prinsip rukun negara.


"Justeru kami akan terus amalkan budaya politik sihat, aman, berbudaya tinggi dan bertamadun dalam teruskan misi memartabatkan kedaulatan rakyat," katanya lagi.


Sidang media itu turut ditayangkan bersama bukti rakaman video kekecohan yang berlaku berdurasi 20 minit.


JALAN PULANG 

Read more ...

MARI BACA!!! Kisah air Selangor, bukti UMNO jadi punca

Dalam tempoh beraya,gua sebenarnya menyelam sambil minum air.. kebetulan plak ada ipar duai yang mmg STAF SYABAS.apa lagi.. gua ambik hp gajed gua.. diam2 gua plan nak rakam.letak jer lam poket..

So kalu gua siarkan kat u tube nanti kant…
oi plak sedara tu.. maka gua oleh ikot stail skrip jer lah sikit2..

Sbenarnya gua numpang interviw jer coz sepupu gua dulu yg nanyer dia.. apasal kat area dia

yg x pernah ada masalah air tiba2 kerap berlaku ganguan bekalan air..
berikut lebih kurang dialog yg mereka bualkan,

Semua nama adalah nama samaran belaka *
Ina kata : weeii jaki, ko kerja Syabas kan.. aku nak tanya ko.. apsal kwsan **** ni x pernah putus air tiba2 slalu plak putus?

Jaki kata : hehehe.. [ketawa] ko nak jwapan yg mcm mana? ada 2 versi nih..
masa nih gua mula datang dekat sebab nak rakan dgn lebih jelas,

Ina kata : dua dua lah.. ko jwab dulu hal sebenarnya,, betul ker Slangor ni x der air?

Jaki kata : emmm.. ko pikir scara logik.Slangor ni bila kena kemarau? x der kan? 2/3 hari mesti hujan.. empangan kita semua penuh.. so air x der masalah…so diaorg tu sengaja nak dptkan kelulusan projek langat 2,maka diaorg buat la suasana PANIK supaya wujud masalah air di Sgor..!

Ina kata : oo.. kalu empangan penuh,buat apa nak ambik air dari Pahang?
Jaki kata : gini,ko taw x brapa kos buat projek langat 2 tu? kosnya 7 bilion!!![ sambil tunjuk 7 jarinya kembang serta beliakkan mata skali] 7 bilion tu duit dari mana? tentu pinjam dari luar negara.. 

so untuk mendapat pinjaman dari luar tu kena kelulusan parlimen dulu.. untuk dpt kelulusan perlimen.. kena tunjuk BUKTI yg Slangor ni mmg bermasalah air!!! so skripnya ialah.. CETUSKAN SUASANA PANIK dalam keadaan terkawal supaya keadaan ni x kacau bilau.

Bila bukti2 PANIK ni tadi terakam.maka bukti2 ni akan di masukkan dalam parlimen untuk di bahaskan.. so tentulah mereka yg majoriti akan sokong.. lagi 1, ko ingat kos projek tu 7 bilion diaorg mintak 7 bilion ker? slalunya mereka mintak lebih.. 2 kali ganda.. so sparuh tu yg masuk poket depa!!!

Ina kata : oooo… jahatnya….

Gua menyampuk : betul ker gaji Pengerusinya RM420k sebulan?

Jaki kata : err.. mmg betullah..

Gua kata : sapa yg letak level gaji dia banyak mcm tu skali?

Jaki kata : kita semua lah.. yg bagi undi kat BN.. !!

perghhh.. kena balik kat gua.. emm… bersambung….siri 2 lak..King of Goblok


Read more ...