Monday, July 18, 2011

TERDESAK : The Economist keluaran 16 Julai, dihitamkan KDN beberapa perengan mengenai himpunan Bersih 2.0

NONE
KL 19 Jul 11: Anggota parlimen pembangkang mendakwa majalah antarabangsa The Economist dirosakkan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam cubaan menyaring laporannya berkaitan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

"
The Economist keluaran 16 Julai ditapis/dihitamkan pada berita BERSIH oleh Kementerian Dalam Negeri," kata anggota parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran dalam pesanan Twitter beliau.

Menurut gambar yang diedarkan di laman blog mikro itu, laporan berjudul "Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners" menunjukkan garisan hitam yang seakan menggunakan pen marker kekal.

Malaysiakini belum dapat mengesahkan dakwaan itu, bagaimanapun, dibandingkan dengan versi dalam talian The Economist, bahagian yang dihitamkan itu berkaitan dakwaan salah laku polis dan kerajaan. (IH)

Read more ...

Anak sulung Mahathir terus serang Najib

interview Marina dengan vivanews

“Di Malaysia kami jarang tunjuk perasaan seperti itu. Jadi, ramai juga yang takut untuk ikut serta kerana takut berlaku keganasan,” katanya.

Anak perempuan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau marah dengan serangan peribadi pemimpin termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Ketua Bersih 2.0 Datuk S Ambiga.

“Saya rasa, rakyat Malaysia sangat terkejut dengan tindakan ini. Juga tindakan kerajaan menahan anggota-anggota Partai Sosialis Malaysia (PSM) dengan alasan mereka ‘komunis’. Satu tuduhan yang sangat tidak berasas,” kata Datuk Marina Mahathir seperti disiar VIVANews.com.

Anak sulung (bekas perdana menteri) Dr Mahathir ikut serta dalam perhimpunan Bersih di Kuala Kumpur pada 9 Julai lalu bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih.

Beliau juga menegaskan, ramai yang tidak menyertai perhimpunan Bersih itu namun tetap bersimpati.

“Di Malaysia kami jarang tunjuk perasaan seperti itu. Jadi, ramai juga yang takut untuk ikut serta kerana takut berlaku keganasan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, beliau sukar untuk menjangkakan sama ada momentum Bersih ini boleh kekal.

“Tetapi menegaskan jika pihak penyelaras Bersih terus memperingatkan anggota masyarakat mengenai isu-isu penting ini, mungkin ada harapan bahawa momentum ini akan terus meningkat,” terang beliau.

Marina berkata, sepanjang perhimpunan tersebut beliau bernasib baik, kerana berjalan di kawasan di mana polis tidak langsung menggunakan kekerasan.

Semua kaum

“Polis memberi peluang kepada rakyat yang memprotes untuk berjalan ke arah Stadium Merdeka, menyorak dan sebagainya, dan kemudian bersurai secara aman.

“Polis di situ benar-benar profesional. Jadi saya sendiri tidak mengalami atau melihat keganasan polis sedikitpun. Dan sebenarnya tidak ada alasan untuk bertindak keras. Para penunjuk perasaan ini sangat aman dan berdisiplin semasa di jalanan sekitar Kuala Lumpur.

“Mereka mewakili semua lapisan masyarakat, tua muda, dari semua komuniti dan tidak seorang pun yang saya lihat, bersikap agresif dan malahan suasana di situ seperti karnival. Mereka meramaikan aksi dengan nyanyian dan tarian.

“Tetapi di tempat lain, para penunjuk perasaan mengalami kekerasan yang berlebihan. Ada banyak cerita dari peserta lain, termasuk rakan kerja saya. Mereka merasakan gas pemedih mata, meriam air dan keadaan kacau bilau,” katanya.

Marina berkata, walaupun mereka tidak melakukan hal-hal yang provokatif, tetapi mereka tetap diserang polis. Mereka terus dikejar walaupun telah melarikan diri, dan terus diserang dengan tembakan gas pemedih mata ke dalam pekarangan hospital Tung Shin.

fmt

Read more ...

Pencalonan Anugerah 'Dinasour Melayu' oleh UiTM memalukan universiti tempatan

Khalid : Siapa Ibrahim Ali Mahu Jadi Ikon?

SHAH ALAM 19 JULAI : Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad melahirkan kebimbangannya berhubung pembudayaan yang akan dibawa masuk ke dalam sebuah universiti tempatan dengan membuka pencalonan Anugerah Ibrahim Ali.

Ini kerana menurut Khalid, seseorang yang bergelar ikon haruslah memiliki kelayakan dan disanjung tinggi keperibadiannya.

Namun menurut beliau, ciri-ciri itu tidak ada pada Ibrahim Ali ekoran pelbagai sikap dan pendirian beliau yang dipertikaikan banyak pihak sebelum ini.

"Nampak betapa rosak dan songsangnya pandangan terhadap konsep kepimpinan.. betapa bercelarunya sehingga dia boleh menganggap diri dia (Ibrahim Ali) sebagai contoh kepimpinan dan layak untuk memberikan Anugerah Kepimpinan kepada mahasiswa di UiTM,"kata Khalid kepada Tv Selangor.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)itu bukanlah nama yang asing lagi dalam arena politik negara.

Malah tindak-tanduk beliau mempertahankan institusi Melayu kerap kali diragui dan bercanggah dengan perjuangan masyarakat Melayu sendiri.

Terbaru, beliau dengan angkuh mengatakan akan membawa 15 ribu ahli Perkasa turun di jalanan menentang Bersih 2.0, namun membatalkannya di saat akhir.

Malah Ibrahim terdahulu mengugut kaum Cina supaya tidak menyertai perhimpunan itu dan mahu mereka tinggal di dalam rumah di samping menyediakan stok makanan kerana "apa sahaja boleh berlaku" pada Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu.

“Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan,"beliau dipetik sebagai berkata.

Malah Ibrahim juga sebelum itu mencabar akan melancarkan perang salib terhadap penganut Kristian yang mahu mencabar kedudukan Islam di negara ini walhal Islam merupakan agama yang cintakan keamanan dan menegah umatnya melakukan kehancuran.

Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak Mei lalu, Ibrahim menuduh orang Kristian "mencabar posisi, kedaultan orang Melayu Islam” hanya berdasarkan laporan Utusan Malaysia yang tidak terbukti kesahihannya.

Malah Utusan juga ketika itu hanya memetik penulis blog sahaja.

Perbuatan Ibrahim itu mendapat kritikan keras banyak pihak termasuk pimpinan dalam seperti Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Mengulas lanjut mengenai anugerah itu, Khalid juga berpendapat, pihak pengurusan dan pentadbiran Universiti Teknologi Mara (UitM) meremehkan status ikon yang sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada mahasiswa di institusi terbabit.

UiTM membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

Butiran terperinci mengenai anugerah berkenaan telah dimuat turun oleh Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM di laman webnya.

Jelas Khalid, tindakan UiTM menerima tawaran Ibrahim itu sekaligus bercanggah dengan visi institusi pendidikan itu sendiri yang mahu menjadikan UiTM sebuah universiti unggul berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme Bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

"Jenis pengurusan dan pentadbiran universiti yang ditugaskan untuk mencorakkan pelajar Bumiputera dan boleh terima tawaran sebegitu, maka mereka akan merosakkan pemikiran anak-anak Bumiputera kita ini,"ujar beliau.

"Inilah yang dikatakan merosakkan orang Melayu (itu) adalah (kerja) Umno-BN, kerana UiTM pun kita tahu, pihak pengurusan terbabit adalah pilihan Umno itu sendiri. Inilah usaha yang mahu merosakkan orang Melayu sehingga tiada contoh yang baik untuk diikuti dan mahukan seperti Ibrahim Ali,"tambah beliau lagi.

Katanya, tidak salah pihak pengurusan UiTM untuk menerima sumbangan yang diberi Presiden Perkasa itu namun tidak perlulah untuk mewujudkan anugerah kepimpinan Ibrahim ali.

Idea anugerah ini datang daripada Ibrahim sendiri pada forum perpaduan yang dianjurkan oleh Impak pada 17 Oktober tahun lalu dan dibuka kepada pelajar wanita dan lelaki UiTM. Setiap satu bernilai RM2,500.

Mereka mesti memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0, tiada tindakan tatatertib atau kesalahan jenayah atau diisytiharkan muflis semasa tempoh pengajian.

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 September dan anugerah itu akan diberikan pada setiap tahun semasa majlis konvokesyen pada bulan Oktober atau berikutnya.

Read more ...

Rupa-rupanya UMNO yang biarkan orang Islam masuk pusat hiburan semasa bulan Ramadan masa perintah Kedah


Susulan daripada polemik keputusan Kerajaan Kedah yang menguatkuasakan larangan hiburan malam di negeri itu, yang akhirnya ditarik balik dengan syarat hanya bukan Islam dibenarkan masuk, rupanya, isu ini dimainkan secara semberono oleh dua macai tegar Umno-APCO, siapa lagi kalau bukan MCA dan Gerakan.

Padahal, rupanya merekalah yang merestui hiburan malam dihentikan pada 1997.


Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar berkata Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1997 yang dipersetujui kedua-dua parti itu telah digazetkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kedah tahun yang sama ketika Barisan Najis berkuasa di bawah Menteri Besar masa itu yang kini bergelar Ketua Pembangkang, Mahdzir Khalid.


Patutlah selama ini, Chua Soi Lek dan si "Kepala Burung Unta Masuk Dalam Pasir" Koh Tsu Koon beriya-iya mahu mempertahankan hak bukan Islam untuk berhibur semasa Ramadhan.


Rupanya, ada udang di sebalik maggi.


Dengan tempelakan dan pendedahan Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, maka mati sudah isu yang sengaja disensasikan demi mengaut sedikit keuntungan politik, bukannya ikhlas untuk mengajak mereka menjaga moral dan akhlak mereka.


Sesungguhnya, dengan penjelasan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa buka Islam tiada halangan untuk berhibur semasa umat Islam berpuasa adalah satu langkah tepat dan buka mengikut telunjuk DAP seperti yang dicanang lidah biawak Umno-APCO, Utusan Meloya hari ini.


Jelas, dengan pendedahan PAS ini bukan setakat MCA dan Gerakan yang mendapat malu, tetapi PAS dan Pakatan Rakyat membuktikan bahawa Islam berlaku adil kepada semua penganut agama di bawah pemerintahan Islam, seperti di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat.


Kini kita menanti reaksi "pejuang syahid" Patrittuutt Umno-APCO untuk memusing berita 180 darjah dengan EEE sebagai pengokok pertama kah kah kah...


JALAN PULANG



PAS: MCA, Gerakan approved nightspot ban in 1997


PAS today called MCA and Gerakan hypocrites for criticising the Kedah ban on entertainment outlets, pointing out that the two parties had approved the law when it was passed during the rule of the Barisan Nasional (BN) in the state.


“It was this group that supported the enactment in 1997 when it was debated before,” PAS information chief Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man said in a statement carried on PAS website Harakah Daily this morning.

“Suddenly, they want to become heroes supposedly because they want to protect the rights of the non-Muslims.”

Tuan Ibrahim, who is PAS Pahang commissioner, also countered accusations that the state’s decision yesterday to revoke the ban was due to the Islamist party’s subservience to DAP and dared all BN-controlled states to impose the same restrictions.

Instead, Tuan Ibrahim said it was a smart move because operators had now agreed to help the state government ensure that Muslims would not patronise their outlets and were prepared to be reprimanded if they violated the enactment.

“This is a new chapter because the Kedah government, under PAS’s leadership, has successfully enforced an enactment that benefits the Muslims in the state, something which Umno never achieved despite its long rule,” he said.


Tuan Ibrahim also claimed that Kedah Muslims knew of BN’s failure in this respect, saying the federal ruling pact had never made any effort to create a conducive environment in the state for the Ramadan month.


“Do not, in their eagerness to attack PAS in this issue, forget that the Muslims know they have done nothing,” he said.


“Now, Muslims are waiting for when Umno, which has always claimed to be the true patriots of Islam, would enforce this same restriction on the states they rule.”


Kedah Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak announced recently that the state would enforce the Entertainment and Entertainment Outlet Enactment 1997, which bans entertainment outlets from operating during the Muslim fasting month.


The announcement drew flak from PAS’s non-Muslim partner DAP in the Pakatan Rakyat (PR), with numerous leaders urging the state government to revoke the ban.


MCA also repeated previous claims that PAS would never abandon its Islamic state agenda and a PAS-DAP relationship would only erode the rights of non-Muslims.


PAS’s national leadership stepped in and following a meeting, announced yesterday that the ban would be revoked and operational guidelines would be set.


According to PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, the Kedah government was merely enforcing a law enacted by the BN government and the matter had been spun out of context in the media.


He said that only non-Muslims would be allowed to patronise the outlets.

Read more ...

Bersih 2.0 : Rakyat lebih tahu apa yang berlaku..


SHAH ALAM 19 JULAI: Pakatan Rakyat secara konsisten mengalu-alukan tindakan polis mendedahkan salah laku peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang didakwa melakukan provokasi terhadap anggota polis.

Namun menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, bukti itu tidak cukup untuk mengubah persepsi rakyat bersabit kekasaran yang dilakukan agensi itu kepada masyarakat yang berhimpun secara aman pada 9 Julai lalu.

Justeru beliau menganggap kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) akan terus terputus hubungan dengan rakyat jika berterusan menunding jari ke arah kumpulan yang rata-rata terdiri daripada golongan pertengahan dan rendah menuntut reformasi pilihan raya.

"Yang terus terhantuk ini BN sebab sampai sekarang masih belum jumpa satu jalan bagaimana untuk goncang keyakinan rakyat bahawa Bersih ini berjalan dalam keadaan aman dan berhasrat baik," ujar beliau.

Dalam masa yang sama, Rafizi tidak menolak usaha pihak tertentu mencari jalan mencemuh imej perhimpunan Bersih seraya menutup tindakan keterlaluan yang dilakukan oleh anggota polis pada hari kejadian.

"Hakikatnya semua orang tahu yang turun (perhimpunan) Bersih itu berniat berjalan dengan aman. Kalau tidak kerana polis mengambil pendekatan keras dan kasar, perhimpunan hari itu adalah aman dan akan diingati sebagai perhimpunan yang berbilang kaum," tambah beliau.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini meminta polis menyegerakan siasatan rakaman video untuk mempertahankan tindakan kasar agensi itu terhadap orang awam ketika perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu.

Katanya, gesaan itu dibuat bagi menangkis kecaman masyarakat termasuk media alternatif dan asing yang mendakwa polis bertindak kejam ke atas peserta-peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa.

Muhyiddin sebaliknya menunding jari ke arah rakyat yang dianggap mencetuskan provokasi terhadap anggota polis selain melontarkan kata-kata kesat.

Akhbar-akhbar pro kerajaan sehingga ke hari ini turut memainkan peranan menuduh peserta Bersih yang juga anggota Unit Amal, Abdul Razak Endut membawa pisau ketika himpunan itu dan bertindak membaling batu ke arah anggota polis menerusi sekeping foto pada 10 Julai lalu.

Namun gambar itu ternyata satu manipulasi apabila Razak sendiri tampil menceritakan apa yang berlaku pada hari tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada akhbar terbabit.

Mengulas hal itu, Rafizi berpendirian, taktik kuno Umno-BN dengan memanipulasi fakta dan imej untuk menghalalkan perbuatan kasar polis gagal memberi impak kepada rakyat.

Ini kerana menurut beliau rata-rata masyarakat terdedah kepada sumber maklumat internet yang meluas sekaligus mampu menilai antara kesahihan dan penipuan.

Katanya lagi, video yang disiarkan di laman Youtube merupakan hasil rakaman peserta-peserta yang hadir dan kebanyakkannya terdiri daripada rakyat jelata.

"Sebab itu seperti saya sebut tadi kita tidak takut dengan propaganda BN sebab ceritanya terus bertukar tanpa bukti yang dibawa kepada rakyat," katanya.

Jelasnya, walaupun terdapat segelintir masyarakat yang masih mempercayai propaganda Umno-BN namun ianya tidak akan merubah landskap politik Malaysia.

Ini kerana menurut beliau, hampir 60 peratus pengundi atas pagar bergantung kepada maklumat alternatif selain media arus perdana.

"Ada pepatah Inggeris berkata kita beri mereka lebih banyak tali, akhirnya mereka akan gantung diri sendiri. Dengan cara yang mereka buat sekarang, rakyat makin tidak yakin dengan BN sebab mereka menegakkan benang yang basah dengan jelas melalui media mereka," tambahnya lagi.

Read more ...

Kalau tak melutut kepada MCA, kenapa dulu UMNO tak buat?

Oleh: Tok Senapi


Enakmen Hiburan di Kedah yang tidak benarkan operasi pusat hiburan di bulan Ramadhan diluluskan di zaman BN tahun 1997 dan diwartakan pada Februari 1998. Daripada tarikh tersebut sehingga tumbangnya BN pada 2008 (10 tahun) tidak ada satu bulan Ramadhan pun kerajaan BN kuatkuasakan enakmen tersebut. Mengapa ia tidak dilaksanakan? Adakah kerana mereka takut dan terus melutut kepada MCA? (JAWAB JANGAN TAK JAWAB)

Sekarang kerajaan PAS hanya mahu menguatkuasakan saja undang-undang yang telah dibuat tetapi dengan beberapa pindaan. Antaranya peraturan tersebut dikuatkuasakan untuk Muslim sahaja, berbanding peraturan dibuat BN dulu yang mahu menguatkuasakan untuk semua, termasuk bukan Muslim.


Sekarang UMNO mengecam PAS kerana kononnya takutkan masyarakat bukan Islam, soalnya bolehkah peraturan Islam dipaksakan terhadap bukan Muslim? Nak paksa mereka tutup aurat, jangan minum arak, jangan sembah tokkong, jangan main judi... bolehkah? (JAWAB JANGAN TAK JAWAB)


UMNO persoalkan sejauhmana penguatkuasaan terhadap umat Islam supaya tak masuk pusat hiburan boleh dilakukan? Penguatkuasaan melalui dua cara: pertama kalau ada sorang pun orang Islam dibenarkan masuk oleh pengusaha maka lesen akan ditarik, jadi terpulang kepada pengusaha kalau dia mahu terus berniaga sekat orang Islam masuk ke situ. Keduanya di samping penguatkuasaan oleh pejabat daerah, sapa-sapa pun boleh pi buat report kat pejabat agama jika ada orang Islam masuk. Tindakan tidak boleh diambil terhadap orang Islam yang masuk tetapi pengusaha pusat hiburan.


Tak apa itu penguatkuasaan cara kita, nak tanya balik sepanjang 10 tahun zaman BN dulu tak kuatkuasakan enakmen tu... macam mana pula caranya depa halang orang Islam masuk pusat hiburan bulan Ramadhan? (JAWAB JANGAN TAK JAWAB)


Soalan maut terakhir ialah, UMNO dok kecoh-kecoh sangat bantah pusat hiburan tu... adakah jika UMNO kembali berkuasa di Kedah maka mereka akan laksanakan peraturan tutup terus pusat hiburan tak kira pengusaha bukan Muslim dan pelanggan bukan Muslim? (JAWAB JANGAN TAK JAWAB)Kedah La

Read more ...

Balasungkawa : Allahyarhamah Dr. Lo'Lo' dihormati kawan dan lawan

Sejak berita kematian muncul lewat malam tadi, mesej menerusi Twitter tidak putus-putus dihantar oleh pelbagai pihak, tidak kira fahaman politik.

Meskipun Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali merupakan wakil rakyat kerusi Parlimen Titiwangsa dari PAS, namun mesej mengucapkan takziah turut diucapkan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

Salah seorang daripada mereka, Datuk Saifuddin Abdullah yang merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno antara lain menyifatkan Dr Lo’ Lo’ sebagai “antara MP wanita yg bersuara, bernas di Dewan Rakyat. Al-Fatihah.”

Ratusan rakyat mengiringi jenazah Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ ke Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat. — Foto oleh Choo Choy May
Berita kematian beliau juga menarik perhatian Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong, yang turut mengucapkan takziah sambil berkata sumbangan dan jasa Dr Lo’ Lo’ akan sentiasa dikenang.

Wakil rakyat BN dari Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud dalam laman Twitter berkata Dr Lo’ Lo’ merupakan seorang “pemimpin yang baik selain berpidato secara berhemah (di Dewan Rakayt) dan bertanggungjawab.”

Beliau juga berkata Dr Lo’ Lo’ merupakan kenalannya dan pemergian bekas timbalan ketua Dewan Muslimat PAS itu amat dirasai.

Selain itu, dalam satu laman Twitter yang dinamakan “premesh” berkata, Dr Lo’ Lo’ merupakan antara individu yang memainkan peranan besar untuk membolehkan wanita bertanding dalam pilihan raya mewakili PAS.

Allahyarhamah merupakan antara dua wakil rakyat daripada kalangan doktor, memenangi pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Namun bagi Pakatan Rakyat terutamanya PAS, pemergian Dr Lo’ Lo’ merupakan satu kehilangan besar sambil menyifatkan wakil rakyat penggal pertama itu sebagai “sebutir permata yang sangat bernilai dan tidak boleh diganti.”

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof, Dr Lo’ Lo’ merupakan seorang individu yang tegas, tabah dan cekal dalam perjuangan terutamanya yang melibatkan kebajikan rakyat.

“Kematian beliau (Dr Lo’ Lo’) adalah satu kehilangan yang cukup besar kepada PAS terutamanya Dewan Muslimat kerana beliau diibaratkan sebagai permata yang cukup berharga dan seorang pejuang yang cukup tegas dan gigih.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan juga kepada rakyat di (Parlimen) Titiwangsa kerana kehilangan pemimpin yang disegani,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian Dr Lo’ Lo’ di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat di sini.

Jenazah Dr Lo’ Lo’ terlebih dahulu disembahyangkan di Masjid Al-Akram dengan diimamkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Dr Lo’ Lo’, 54, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang pada pukul 10.13 malam tadi kerana menghidap kanser.

Selain Hadi, pimpinan tertinggi PAS turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Dr Lo’ Lo’.

Jenazah Dr Lo’ Lo’ selamat dikebumikan kira-kira pukul 11.10 pagi tadi dengan ribuan orang hadir memberikan penghormatan terakhir.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Sepanjang persahabatan saya, beliau adalah seorang pemimpin yang baik, tegas, berdisiplin dan sentiasa menghadapi cabaran dengan hati terbuka.

“Beliau adalah pemimpin yang sentiasa memperjuangkan hak rakyat, menjaga kebajikan rakyat... beliau juga ada berpesan supaya meneruskan mana-mana perjuangan yang belum selesai terutamanya isu Kampung Baru yang diperjuang beliau selama ini,” kata Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Exco kerajaan negeri Selangor yang juga exco Dewan Muslimat PAS Dr Halimah Ali berkata, Dr Lo’ Lo’ adalah seorang pemimpin yang teguh berpegang kepada prinsip perjuangan demi rakyat.

“Bagi saya beliau adalah seorang pemimpin yang berprinsip, beliau bukan pemimpin yang hanya tahu bercakap, tapi beliau adalah pemimpin yang bercakap atas dasar fakta dan apa yang beliau mahu katakan akan dikaji terlebih dahulu.

“Beliau bukan sahaja boleh diibaratkan sebagai sebutir permata tetapi seorang pejuang yang berilmu, apa yang beliau lakukan adalah demi rakyat bahkan semasa sakit pun beliau tetap gagahkan diri untuk bersama dengan rakyat,” katanya.

Allahyarhamah merupakan anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pemergian Dr Lo’ Lo’ akan terus dikenang, bukan sahaja pengorbanannya, malah leterannya diibarat sebagai “seorang ibu” dalam menjalankan tugasnya akan terus dirindui.

“Bukan hanya penduduk Titiwangsa, ahli dan penyokong PAS dan gagasan Pakatan Rakyat yang terasa kehilangan satu permata, tetapi saya selaku sahabat ahli Parlimen, masih terasa kata-kata rangsangan, nasihat dan motivasi yang disampaikan arwah dalam bentuk leteran.

“Beliau tampil dalam memberi khidmatnya seperti seorang ibu kepada anak-anak (rakyat) dalam bentuk leteran kerana bagi saya leteran itu sangat bermakna untuk kita bekerja lebih kuat,” katanya.

Datuk Shahrizat Abdul Jalil (dua dari kiri) turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ di Masjid Al-Akram, Datuk Keramat. — Foto oleh Choo Choy May
Ahli jawatankuasa kerja pusat Dr Mujahid Yusof Rawa pula berkata jasa dan pengorbanan Dr Lo’ Lo’ akan terus dikenang.

“Ia adalah satu kehilangan besar dan jasa beliau kepada parti dan masyarakat akan terus dikenang, malah perjuangan beliau dalam isu tanah Kampung Baru akan terus kami perjuangkan,” katanya.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sumbangan Dr Lo’ Lo’ kepada parti dan rakyat akan terus diperjuangan parti Islam itu.

“Saya merasakan satu kehilangan besar kerana jasa dan perkhidmatan beliau, malah sumbangan beliau ini akan dikenang sepanjang zaman.

“Beliau seperti sebutir permata yang berharga, beliau juga seorang pemimpin yang tegas, berpegang kepada prinsip dan sentiasa kental dalam memperjuangkan nasib rakyat walaupun berada dalam keadaan tidak sihat,” katanya.

Dr Lo’ Lo’ aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya ke atas kawasan Parlimen Tititwangsa yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Menurut Ahli Parlimen Subang dari PKR Sivarasa Rasiah, beliau memahami penderitaan yang dihadapi Dr Lo’ Lo’ kerana turut menderita kanser lebih 10 tahun lalu.

“Bila saya mendapat tahu mengenai kematian beliau, saya rasa sangat sedih kerana saya dan beliau ada persamaan... saya juga pernah menderita kanser lebih 10 tahun lalu tapi kanser yang dihadapi beliau lebih teruk.

“Dr Lo’ Lo’ adalah seorang pemimpin yang dihormati di Parlimen, beliau bukan sahaja dihormati pimpinan Pakatan Rakyat tetapi Barisan Nasional (BN) juga,” katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata kematian Dr Lo’ Lo’ merupakan satu kehilangan besar kepada penduduk di Kampung Baru.

“Selama ini beliau memperjuangkan isu Kampung Baru dan ia satu kehilangan yang besar kepada kami.

“Beliau juga antara pemimpin yang langtang bersuara di Parlimen,” katanya.-MalaysianInsider

Read more ...

Muhyiddin kata polis ada video himpunan, polis pula minta video dari orang ramai

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4Odiew37vywOy1vBG5O-Msp5AzFqEQKE2hRAmTUONygiC5srD5HgPlTKWKhLkBHX2yBb_hUjMmsh5jNbF4mWcKd6aHodQRtSkOpber83qgYmUu2oJQ_CxwFN4OYYOj7GtULqvRTLm4l6U/s320/download.jpgGENTING HIGHLANDS - Orang ramai diminta bekerjasama dengan polis bagi menyerahkan rakaman video berkaitan perhimpunan haram 9 Julai lepas untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kerjasama itu perlu bagi membolehkan polis mendapat gambaran sebenar kejadian yang berlaku setelah banyak pihak mendakwa kekasaran polis semasa menangani perhimpunan itu.

"Kita akan siasat secara telus, terperinci dan polis tidak akan sembunyikan apa-apa fakta yang benar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri BengkelBanteras Kecurian Kenderaaan di Malaysia di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, polis menubuhkan enam jawatankuasa yang diketuai seorang pegawai kanan bagi menyiasat enam dakwaan kezaliman polis ketika bertugas menangani perhimpunan tersebut.

"Siasatan akan diselesaikan secepat mungkin dan polis telah panggil beberapa saksi untuk siasat enam tohmahan itu.

"Polis ingin tahu tohmahan itu benar ataupun tidak. Bagaimanapun tohmahan yang disiasat itu tidak termasuk kejadian di Hospital Tung Shin," katanya.

Khalid berkata, sekiranya perlu polis bersedia menayangkan video mengenai kejadian sebenar yang berlaku pada perhimpunan itu.

"Sekiranya perlu kita akan siarkan video itu selepas jawatankuasa yang ditubuhkan selesai menyiapkan laporan berhubung perhimpunan itu," katanya.

Mengulas mengenai tangkapan yang dilakukan ketika perhimpunan itu, Khalid berkata tangkapan yang dilakukan adalah mengikut undang-undang, jika mereka yang ditahan tidak berpuas hati dengan tugas polis, perkara itu boleh dibawa ke mahkamah.

"Tangkapan yang dilakukan kebanyakannya kerana memakai baju Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil)...sebahagian besar tangkapan telah dibebaskan tanpa syarat dan sebahagian lagi kita siasat sebab ajak orang berhimpun.

Sementara itu, Khalid turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai bukti dakwaan kematian pemandu teksi Baharudin Ahmad, 59, akibat gas pemedih mata ketika menyertai perhimpunan itu supaya menyerahkan bukti itu kepada polis.

"Kalau ada bukti tunjukkanlah...jangan sebarkan dakwaan itu tanpa ada kesahihan," katanya.

Sebelum ini, polis mengesahkan kematian Baharudin itu yang menyertai perhimpunan haram di kawasan KLCC pada 9 Julai adalah akibat komplikasi jantung dan bukan berpunca daripada gas pemedih mata seperti didakwa pihak tertentu.- Bernama

Read more ...

Negara polis semakin ketara di Malaysia


PETALING JAYA 18 JULAI: Dakwaan bahawa Malaysia sebuah negara bebas berlandaskan prinsip demokrasi hanya kenyataan palsu Perdana Menteri, menurut Naib Presiden PKR, N. Surendran.

Justeru jelas beliau,tindakan Datuk Seri Najib Razak mencanang nama Malaysia kepada pelabur asing bagi menaruh keyakinan kepada amalan demokrasi harus dihentikan kerana perkara itu ternyata meleset.

Dalam kenyataan medianya, Surendran mengecam kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) yang menyalahgunakan kuasa polis sebagai alat politik bagi menutup suara pembangkang dan masyarakat umum.

Beliau menyatakan kebimbangan terhadap status negara demokrasi yang bertukar menjadi "negara polis" sejak perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu apabila agensi itu dilihat menutup kesemua pintu rundingan dengan pihak bukan pro-kerajaan.

Ini termasuk menyekat kebebasan berhimpun dan ceramah anjuran Pakatan Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan seperti yang berlaku di Taman Impian, Kuantan Sabtu lalu.

Katanya, program ceramah yang dijadualkan berlangsung itu dicemari dengan kehadiran hampir 50 anggota serta kenderaan polis bertujuan menghalang rakyat setempat untuk menghadiri sesi penerangan itu.

Malah menurut Surendran, polis mengugut beliau agar tidak mempertikaikan tindakan polis menghalang orang ramai untuk hadir ke kawasan berhimpun sambil mengenepikan hak demokrasi yang cuba diketengahkan beliau.

"Demokrasi? Jadi? You jangan cari pasal," ungkapan tersebut dikeluarkan oleh pemangku OCPD Kuantan apabila Surendran cuba untuk berbincang tanpa memberi sebarang sebab munasabah mengapa rakyat dihalang menghadiri ceramah tersebut.

"Oleh itu kita menggesa agar kerajaan Barisan Nasional menghentikan salahguna kuasa polis untuk tujuan politik, menghentikan dakwaan berterusan, membebaskan enam tahanan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan memulihkan kebebasan demokrasi rakyat," kata beliau.

Surendran kemudian menyifatkan tindakan melampau polis menyekat kebebasan awam merupakan kegagalan pentadbiran baik oleh kerajan serta penafian kedaulatan undang-undang.

Read more ...

Bersih 2.0 : Pemuda didakwa pegang pisau mahu saman Berita Minggu



KUALA LUMPUR 18 JULAI : Seorang peserta Himpunan Bersih 2.0 dari Unit Amal PAS mahu menyaman Berita Minggu milik Kumpulan New Straits Times kerana mendakwa dia memegang pisau semasa perhimpunan di ibu negara, 9 Julai lalu.

Abdul Razak Endut, 32, dari Temerloh berkata edisi 10 Julai yang menyiarkan gambarnya dengan tajuk “seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram” manakala tajuk kecilnya pula berbunyi “perusuh guna senjata, batu, lawan polis” adalah tidak benar.

Sebaliknya Abdul Razak yang mesra dengan panggilan “Ajak” berkata dia hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti mana yang didakwa.

Selain Berita Minggu, gambar sama turut dimuatkan oleh akhbar New Sunday Times dengan tajuk “Peaceful (Aman)?” pada muka depan.

“Saya mahu saman Berita Minggu kerana telah menjatuhkan imej saya, disebabkan gambar itu ramai yang bertanyakan hal sama kepada saya.

“Setakat ini saya tidak tahu berapa jumlah yang akan disaman, saya akan berbincang dulu dengan peguam saya,” kata Abdul Razak kepada The Malaysian Insider.

Kelmarin, Abdul Razak yang bekerja sendiri tampil membuat pendedahan berhubung gambar yang disiarkan Berita Minggu.

Dia berkata selain tidak memegang pisau, dia juga menafikan membaling batu ke arah pihak keselamatan.

Pada perhimpunan Bersih 2.0, Abdul Razak diarah agar menjaga Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Dr Hatta Ramli dan peserta perhimpunan berhampiran Menara Maybank.

“Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat,” kata Abdul Razak mendedahkan perkara sebenar dengan berpakaian sama seperti yang disiarkan dalam Berita Minggu.

Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan turut disiarkan media antarabangsa sekali gus menolak dakwaan beliau memegang pisau.

“Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara),” katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Abdul Razak, Ahmad Nizam Hamid berkata pihaknya akan memfaikan saman itu dalam masa terdekat.

“Sebelum ini saya telah nasihatkan dia (Abdul Razak) untuk saman NST dan Berita Minggu kerana siarkan gambar palsu... ini satu kes yang bagus kerana melanggar etika.

“Tindakan ini perlu diambil kerana ia sangat tidak beretika mereka ubah gambar asal, ia adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab,” katanya.

Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Pada perhimpunan itu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno ditahan.

Read more ...

Anugerah 'Dinasour Melayu' paling berprestij rebutan pelajar UiTM

UiTM tawar Anugerah Ibrahim Ali untuk pelajar

http://malaysiannews.info/wp-content/uploads/2011/07/malay-dinosaur-ibrahim-ali-300x202.jpgSebuah universiti tempatan membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM memuatkan butiran terperinci anugerah berkenaan yang menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri di laman webnya.Selain mesti mempunyai prisip yang jelas dan konsisten, pelajar UiTM yang layak memohon juga mesti mematuhi empat kriteria.

Antaranya membantu merangsang pelajar bagi mengikuti program dan aktiviti berkaitan dengan peningkatan maruah dan martabat bangsa pelajar.Kriteria lain adalah:

• Menjadi pemimpin persatuan yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni seperti persatuan kebudayaan, kesenian Melayu atau persatuan kebangsaan lain yang dianggap cemerlang dan berkesan di dalam atau di luar kampus

.Menjadi pemimpin atau jawatankuasa yang memperjuangkan bangsa dan budaya di luar kampus seperti GPMS, ABIM, PERKASA, GAPENA.

• Mendapat pengiktirafan dari badan-badan di luar UiTMIdea anugerah ini datang daripada Ibrahim sendiri pada forum perpaduan yang dianjurkan oleh Impak pada 17 Oktober tahun lalu dan dibuka kepada pelajar wanita dan lelaki UiTM. Setiap satu bernilai RM2,500.

Mereka mesti memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0, tiada tindakan tatatertib atau kesalahan jenayah atau diisytiharkan muflis semasa tempoh pengajian.

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 September dan anugerah itu akan diberikan pada setiap tahun semasa majlis konvokesyen pada bulan Oktober atau berikutnya.

Ibrahim, yang juga ahli parlimen Bebas Pasir Mas adalah bekas pelajar UiTM.Beliau belajar di sana dari 1971 hingga 1974. Seorang aktivis pelajar ketika itu, beliau banyak menyertai perhimpunan anti kerajaan.Ibrahim pernah ditangkap selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) ketika hampir tamat pengajiannya.

Beliau kini mempin kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang mahu keistimewaan termasuk biasiswa dan segala bantuan hanya dikhususkan kepada orang Melayu sahaja.

Read more ...

Keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad beri masa 7 hari kepada kerajaan pusat

KL, 18 Jul 11: Keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, memberi tujuh hari kepada kerajaan pusat untuk mengadakan prosiding khas menyiasat punca kematian ahli PAS itu.

Menurut balunya Rosni Melan, 55, tempoh tujuh hari itu berkuat kuasa sejak semalam. Selain itu, Rosni yang juga Ketua Wanita PKR Setiawangsa memberitahu beliau juga berharap agar peserta yang menyaksikan insiden yang menimpa suaminya itu agar tampil memberikan maklumat.

“Kami memohon dan berharap agar saksi-saksi yang berada dan mengetahui apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu sehingga menyebabkan kematian beliau tampil menolong kami untuk mencari kebenaran dan keadilan.

“Kami telah membuat laporan polis semalam dan memohon agar satu prosiding khas bagi satu siasatan mengenai kematian beliau dibuat dalam masa tujuh hari dari tarikh laporan dibuat,” katanya pada sidang media di sini.

Jelas Rosni, peguam keluarga juga akan mengambil tindakan susulan sekiranya Putrajaya enggan berbuat demikian. “Peguam kami sedang mengkaji dan akan membuat tindakan susulan dalam perkara ini,” katanya.

Ditanya mengenai langkah polis yang mahu mengadakan pasukan bebas khas untuk menyiasat kematian suaminya, Rosni bagaimanapun enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu. “Tiada komen,” jawabnya ringkas.

Kelmarin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata pihaknya akan mengadakan pasukan bebas khas untuk menyiasat kematian Baharuddin, 56. Ku berkata pasukan itu akan menjalankan siasatan berhubung kematian Baharuddin di Hospital Kuala Lumpur selepas dilaporkan pengsan di kawasan KLCC ketika cuba melarikan diri daripada tindakan polis yang melepaskan gas pemedih mata dan air berasid. (IH)

Read more ...

Isu pusat hiburan : Beza PAS dan UMNO - TG Nik Aziz

Saya mengikuti perkembangan yang berlaku di Kedah iaitu yang melibatkan isu arahan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan. Seperti biasa, media massa yang dimiliki oleh UMNO terus menerus menghentam PAS dan melaga-lagakan di antara pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini.Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi UMNO pula mengambil kesempatan untuk membina keyakinan palsu di benak pembaca dengan tajuknya PAS Tunduk Kepada DAP.

Saya kira UMNO sudah lupa bahawa mereka sendiri yang meluluskan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut:

… Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi.

UMNO sudah lupa bahawa pada tahun 1997, mereka masih lagi menjadi kerajaan di Kedah dan sehingga tahun 2011 ia baru dikuatkuasakan di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Layakkah UMNO bertempik sorak pada hari ini kononnya PAS tunduk kepada DAP? Jika demikian, selama ini UMNO tunduk kepada siapa? Simpati sungguh saya kepada kaedah permainan politik kampung yang dimainkan oleh UMNO pada hari ini. Barangkali mereka masih terbawa-bawa dengan politik zaman purbakala yang mengharapkan rakyat di’butatulikan’ pancaindera mereka dengan hanya menerima maklumat sehala sahaja.

Berkali-kali saya nyatakan, PAS sangat berbeza dengan UMNO dalam hal bertahaluf dengan non muslim. Di antara PAS dengan DAP misalnya, PAS sentiasa melontarkan dasar-dasar yang selari dengan prinsip Islam. Berbeza dengan UMNO yang bertempik sakan mahu memelihara Islam, alih-alih bukan sahaja tidak mahu menutup pusat hiburan, bahkan melanjutkan masanya dari jam 2.00 pagi kepada jam 3.00 pagi!

Ini telah diputuskan di Melaka melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka pada 7 Julai 2011. Saya menurunkan kata-kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika mengumumkan perkara ini,

“Keputusan ini diambil sebagai memenuhi permohonan pengusaha terbabit kerana mereka mendapat permintaan pelanggan yang sebahagian besarnya datang bercuti dan mahu berhibur hingga lewat pagi” (Lihat Utusan Malaysia, 8 Julai 2011).

Di Kedah, sewaktu Datuk Seri Azizan mengumumkan bahawa operasi rumah hiburan sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam, dan penarikan lessen serta merta akan dilakukan jika terdapat pengunjung muslim, Utusan Malaysia melompat tinggi melatah seolah-olah langit sudah runtuh.

PAS dikatakan tunduk kepada DAP sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah ialah memberikan hak kepada bukan Islam dan juga memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu.

Namun apabila kerajaan negeri Melaka mengumumkan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan, di mana Utusan Malaysia? Di mana NGO-NGO yang hebat membela Islam? Sudah hilangkah darah segala pendekar Melayu yang siap mengatur pencak membela kesucian agama mereka?

Hakikatnya, UMNO tidak pernah meletakkan akhirat menjadi agenda dalam perjuangan. Di mana-mana sahaja tempat UMNO berkuasa dan menjadi majoriti, tidak pernah agenda Islam menjadi keutamaan.

Berbeza dengan PAS yang ditohmah menjadi alat DAP, PAS mengambil ruang dan peluang yang ada untuk sentiasa melontarkan dasar yang selari dengan Islam. Di Melaka, siapakah yang menjadi majoriti jika bukan UMNO? Jika PAS dikatakan menjadi alat DAP, UMNO alat siapa? Alat nafsu?

Sayangnya, UMNO menjadi majoriti langsung tidak menguntungkan Islam. Barangkali itulah sebabnya tangan mereka sentiasa menggapai PAS. Saya katakan, turun sahajalah UMNO dari takhta kuasa, bertenggek di situpun tiada apa yang boleh ditumpang bakti.

Apapun, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah. Usah dipeduli nista dan cerca pihak yang berkokok berderai-derai dengan ekor yang memalukan.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan Darul Naim.
Bertarikh: 18 Julai 2011

Read more ...

T.G Nik Aziz dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian

KOTA BHARU, 18 Julai: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dinasihat doktor berehat di wad memandangkan kepenatan melaksana tugas harian.

Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Menteri Besar dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian tengahari semalam selepas mengadu sakit perut.

“Mungkin hanya silap makan menyebabkan perutnya sakit. Ketika datang mendapat rawatan, doktor menasihatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya berehat di wad.

“Lagi pun apabila berada di wad membolehkan doktor membuat rawatan susulan sambil beliau berehat tanpa ada gangguan lain,” katanya di sini.

Menteri Besar kembali daripada lawatan di luar negara minggu lepas selepas lebih seminggu berada di beberapa negara termasuk menunaikan umrah di Makkah.

Oleh itu Fadhli menasihat orang ramai tidak perlu gusar dengan perkembangan kesihatan Mursyidul Am PAS berikutan berada di hospital sejak semalam.

Sementara itu dalam perkembangan lain Menteri Besar Kelantan turut merakam ucapan takziah di atas kematian anggota parlimen Titiwangsa almarhumah Dr Lo' Lo' Ghazali malam tadi.

“Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam sehingga ke saat akhir hayatnya. Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” katanya.

Read more ...

Perjalanan Terakhir Allahyarhamah Dr. Lo Lo'......apa yang aku nampak dan aku catit.....

Selepas menikmati segelas teh lebih kurang jam 9.00 pagi tadi, al-brangi mengambil keputusan untuk naik motor. Kalau naik kereta sudah tentu jalan di Dato' Keramat menuju ke Masjid Al-Akram di mana jenazah Allahyarhamah YB Dr. Lo Lo'disolatkan akan penuh sesak.

Tekaan al-brangi memang tepat ,jalan penuh sesak tapi petugas unit amal membenarkan penunggang motorsikal parkir di dalam perkarangan Masjid Al-Akram.

Kelihatan saf pimpinan PAS/Pakatan Rakyat, penyokong dan pendokong PAS/Pakatan Rakyat dari segenap lapisan masyarakat, Cina, India, tua, muda membanjiri perkarangan dan dalam Masjid Al-Akram, Dato' Keramat.

Solat jenazah Allahyarhamah YB Dr.Lo Lo' diimami oleh TG Abdul Hadi Awang Presiden PAS. Kami berhimpit dan saya nampak setiap ruang dari depan hingga belakang sehingga ketingkat atas dipenuhi oleh mereka yang menyayangi pejuang Islam dan rakyat marhaen ini......tapi Allah lagi menyayangi Allahyarhamah.

Jenazah allahyarhamah yang ditutupi dengan kain batik kelihatan diusung keluar Masjid.

Jenazah Allayarhamah dimasukkan kedalam keranda dan diusung keluar .

Orang ramai kelihatan berebut-rebut untuk turut mengusung jenazah .

Perjalanan terakhir sebutir permata kurniaan Allah yang berjuang untuk Islam, mencari keadilan kepada pengundi Parlimen Titiwangsa khasnya ke tanah perkuburan.

Perjalanan terakhir......pemergian sebutir bintang.....pejuan rakyat marhaen...ditangisi rakyat berbilang kaum bebagai peringkat.....selamat jalan wahai pejuang Islam dan rakyat marhaen...pergilah menghadap Tuhan Mu Allah yang Maha luas pintu Rahmat dan Ni'mat. AlFatihah untuk Allahyarhamah Yb Dr. Lo Lo'.

Lautan manusia termasuk Muslimat dari Sarawak seperti yang tertera divestnya turut mengiringi jenazah ke perkuburan yang terletak lebih kurang satu kilometer dari Masjid .

Para petugas sedang sibuk mengembumikan jenazah Allahyarhamah di bawah kanopi itu .

Selamat bersemadi wahai pejuang Islam semoga roh mu sentiasa dirahmati dan dicucuri mi'mat yang berlimpah ruah oleh Tuhan mu Allah SWT .
Saksikanlah, disinilah bersemadinya Allahyarhamah Dr. Lo Lo' Mohd Ghazali bekas ahli Parlimen Titiwangsa yang telah pulang
ke Rahmatullah kira jam 10.15 malam tadi 17 Julai 2011 kerana menghidap sakit kanser
di Hospital Selayang

Kelihatan TG Abdul Hadi Awang Presiden PAS keluar dari perkuburan sebaik saja selesai pengebumiaan dan doa selamat kepada Allahyarhamah .

Di antara saf pimpinan. Kelihatan Dr'Hatta masih berlinangan air mata......sedih dengan pemergian Allahyarhamah . Keliahatan juga ramai penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat yang bercucuran air mata .

Kelihatan juga YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu lengkap dengan baju Melayu dan songkok di perkuburan. Apa komen 'perkasa' ?

YB Loh Gwo Burne, Ahli Parlimen Kelana Jaya kelihatan sugul juga berada di perkuburan .

YB Ronnie Liu Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor juga ikut serta di tanah perkuburan untuk memberi penghormatan terakhir .

Kelihatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof yang juga merupakan Ahli Parlimen Rantau Panjang ditemuramah oleh wartawan sebaik saja selesai urusan perkebumiaan Allahyarhamah Dr. Lo Lo' .

al-brangionline:

Dari Allah kita datang.....kepadaNYA jua kita kembali. Takziah kepada seluruh kaum keluarga Allahyarhamah Dr. Lo Lo' Mohd Ghazali. Al-Fatihah.

p/s

Kita pasti kembali dari dunia yang sempit lagi sementara ini kepada keluasan akhirat yang kekal abadi. Beruntunglah mereka yang membawa amal soleh untuk menghadap TuhanNYA dan hati yang SUCI BERSIH. Berjuang di jalan Allah untuk manusia sejagat juga dikira amal soleh.Al-brangi Online

Read more ...

Sudah lebih 200 000 sokong laman FB desak Najib letak jawatan berbanding tak sampai 10 000 untuk laman FB sokong Najib

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Kumpulan rakyat yang majoritinya "majoriti senyap" terus menyatakan pendirian mereka mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Desakan dizahirkan mereka pada laman peminat Facebook yang bertajuk ‘100,000 Rakyat meminta Najib Tun Razak meletak jawatan’ (100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation) yang kini sudah mencecah 202,020 peminat sehingga jam 2.07 petang tadi.

Ketika Harakahdaily membuat liputan perkara ini Julai 11 yang lalu, jumlah peminat telah pun mencecah angka 119,000.

Angka peminat Facebook terus meningkat apabila kerajaan Barisan Nasional meneruskan tindakan mereka memperlekehkan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Selepas seminggu, hari ini peminat telah meningkat lebih daripada 80,000 kepada angka 202,020 seperti yang tertera di gambar.

Peminat Facebook yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan agama, menulis komen menyeru Najib untuk meletak jawatan ekoran tindakan tidak bertamadun polis dan kerajaan Barisan Nasional dalam menangani perhimpunan aman rakyat itu.

Antara komen itu berbunyi :

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun,
Sembah Patik Harap DiAmpun,
Khabar Buruk Patik Sembahkan,
Harap Diteliti Dimurka Jangan.

Perdana Menteri menjadi kebencian,
Pasukan Diraja menjadi cacian,
Rakyat mahukan keharmonian dan keadilan,
Mohon Tuanku Terajui Pemerintahan.


Seorang lagi peminat pula berkata tujuan beliau menyokong laman Facebook tersebut adalah untuk memberitahu Najib bahawa rakyat yang tidak dapat menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 bukan bermaksud mereka tidak menyokong agenda yang dibawa Bersih 2.0.

“Beliau (Najib) berkata ramai rakyat tidak menyertai Bersih 2.0 kerana mereka tidak menghiraukan Bersih 2.0. Sini untuk bagi tahu beliau, tak menyertai tidak bermaksud tidak menyokong,” tulis beliau.

Disebabkan populariti laman tersebut, ramai peminat juga mewujudkan laman-laman lain untuk menuntut perletakan jawatan pemimpin Barisan Nasional yang lain yang lantang mengutuk perhimpunan Bersih 2.0.

Di antaranya ialah laman peminat menuntuk perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein dan juga Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang kesemuanya mengkritik Bersih 2.0 di samping membela polis yang menggunakan kekerasan melampau terhadap para peserta himpunan.

Namun begitu, ketiga-tiga laman tersebut hambar sambutannya jika dibandingkan dengan laman menuntut perletakan jawatan Najib.

Yang paling tinggi hanyalah laman menuntut perletakan jawatan Hishamuddin, itupun hanya dapat mencapai 8 peratus atau 16,244 peminat saja daripada apa yang diterima oleh sepupunya.

Sementara itu, ada pihak yang menamakan dirinya Patriot telah membuka satu laman Facebook menyokong Najib untuk melawan popularati Facebook mendesak peletakan jawatan Najib..

Akan tetapi, sambutannya amat hambar, dengan setakat ini hanya mendapat 9,590 peminat atau 5 peratus sahaja daripada lawan mereka.

Read more ...

Wakil parti politik dalam SPR : Baca pandangan SPR untuk menjaga kepentingan UMNO

Wakil parti bukan penyelesaian

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgR_yclA__yfd44SeeAZJm28LwmO3wcAsegDr8n_99uQ1kXG6uxUtePXbSIB_IDn6TrSjW7TSozzdHYGVymUWLVeIik7W7QDO-Dpkucg6IM0jQkLIPF-5cBhsRHeWbassevVMN-gzGuyusk/s320/spr+love+umno.jpgKUALA LUMPUR - “Bukan aspek personaliti yang menjadi persoalan utama dalam menentukan ketelusan dan transparensi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).”

Itulah reaksi Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar apabila diminta mengulas mengenai cadangan agar ahli panel badan bebas itu terdiri daripada pelbagai latar belakang terutamanya daripada parti politik termasuk ahli akademik.

Cadangan tersebut diutarakan pelbagai pihak bertujuan menjaga kredibiliti badan bebas tersebut yang sering dipertikai sehingga tercetusnya perhimpunan haram Bersih 2.0, 9 Julai lalu kononnya menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Menurut Wan Ahmad, buat masa sekarang undang-undang sedia ada tidak membenarkan cadangan tersebut berlaku melainkan Perlembagaan itu dipinda.

“Cadangan ini boleh dibawa ke Parlimen untuk diusulkan dan Kabinet boleh meletakkan cadangan nama. Tetapi sekarang Undang-undang di mana pada Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, kerajaan yang memerintah (Kabinet) akan mencalonkan nama-nama kepada Majlis Raja-Raja.

“Cadangan itu mungkin akan terjadi kecuali jika Perkara 114, Perlembagaan Persekutuan dipinda seperti di Australia di mana ahlinya dilantik Parlimen,” katanya.

Beliau berkata, personaliti atau siapa yang berada dalam ahli panel SPR bukan satu isu untuk dikaitkan dengan ketelusan SPR memandangkan SPR hanyalah badan mengurus pilihan raya berdasarkan undang-undang sedia ada.

“Jika ada keperluan dalam penambahbaikan sistem pilihan raya di negara ini, kita akan bincang dan syorkan kepada Peguam Negara. SPR tidak ada kerusi di Parlimen untuk membentangkan undang-undang,” katanya.

SPR ditubuhkan pada 4 September 1957 dengan menjalankan tiga fungsi utamanya iaitu menyediakan bahagian-bahagian pilihan raya bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), menyediakan daftar pemilih dan menjalankan Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil.

Wan Ahmad berkata, panel SPR dianggotai tujuh anggota terdiri daripada seorang Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan lima ahli lain di mana kesemua mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.

“Perlembagaan memperuntukkan bahawa pada melantik anggota-anggota SPR, Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengambil perhatian tentang peri mustahaknya diadakan Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.

“Anggota panel SPR akan terus memegang jawatan sehingga umur 66 tahun dan boleh pada bila- bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi tidak boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara seperti seorang Hakim Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Ahli SPR terdiri daripada Pengerusi, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Datuk Dr. P Manogran, Datuk Jamdin Buyong, Datuk Zainal Abidin Mat Said, Datuk Ramji Alli dan Datuk Christopher Wan Soo Kee.

Beliau berkata, SPR turut menubuhkan enam Jawatankuasa Panel dipengerusikan anggota Panel Suruhanjaya dengan dianggotai oleh ahli-ahli SPR dan Urus Setia bertujuan memantau, membincangkan isu dan masalah berkaitan urusan SPR dan pilihan raya secara terperinci.SH

Read more ...

Filem Bersih arahan Muhyiddin, bakal pecah panggung

Oleh: Tok Senapi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqMobbhlnX3ZDDgomIWY0aPf4X-i5gVfW_6ZKh12vxb9ANX9Y0pU4682_6Pyp0cV1T5-etQSHgUrlEasAnFFz8MO5L4277BmfmpXLtQgCx-MmLgHQ0Y7ELpctJ6HZwJqsz0rgDbV3TI10/s400/Muhyiddin+Hanya+Mahu+Menguatkan+Kedudukannya+Dengan+Isu+Pengkhianat+the+crook.jpgKegelabahan BN akibat terdedahnya banyak video keganasan pihak polis dalam himpunan Bersih menyebabkan Timbalan Presiden UMNO bingkas bangun mempertahankan pihak polis. Katanya, pihak polis tidak ganas, sebaliknya hanya bertahan.

Katanya lagi pihak beliau akan mengeluarkan video kononnya menenai gambaran sebenar Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai lalu. Tok Senapi dak boleh agak lepas ini kan muncullah video yang menggambarkan para demonstran bertindak ganas memulakan angkara,melakukan provokasi, melempar objek kepada polis dan bermacam-macam lagi.

Kalau kita masih ingat beberapa hari menjelang himpunan Bersih polis adakan latihan menghadapi demonstrasi. Tidak mustahil video latihan itu akan digunakan oleh mereka bagi menipu rakyat kononnya itulah demonstrasi yang sebenar.

Kalau bom petrol, parang dan gambar Rashid Maidin pun mereka boleh adakan untuk burukkan Bersih, maka tidak sulit sangat bagi mereka untuk menyiarkan video palsu Bersih.

UMNO Be End sanggup buat apa saja untuk memburukkan Bersih, bagi mereka tiada halal haram untuk menipu kerana itu adalah ajaran yang mereka anuti sejak berzaman.Kedah La

Read more ...