Sunday, September 11, 2011

PANAS!!! Pelajar Malaysia bongkar penipuan Najib di Australia

Pemergian Najib ke Perth, Australia bukan
termasuk dalam jadual rasmi kerajaan. Ini dibuktikan
dengan tiadanya gambar lawatan Najib
di portal rasmi Jabatan Perdana Menteri!!

Ia bukan lagi rahsia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang behadapan dengan saat-saat genting.

Beliau dan pentadbiran beliau beserta parti UMNO telah terperangkap dalam penipuan- penipuan yang tidak berpenghujung.


Namun begitu, mereka seolah-olah tidak mempunyai niat apa-apa untuk menghentikannya atau ia telah menjadi tabiat mereka dan mereka tidak lagi mampu mengelaknya.


"Mereka telah menjadi orang-orang yang pendusta bersiri - tiada ubatnya," Ahli Parlimen PKR, Gopeng Lee Boon Chye; seorang doktor yang terkenal, memberitahu Malaysia Chronicle.


Insiden terbaru melibatkan Najib, yang telah dilihat keluar secara senyap-senyap dari negara ini untuk berehat sebentar di Perth Australia pada Hari Kebangsaan Malaysia, 31 Ogos yang lepas.


PM tidak membuat apa-apa pengumuman sungguhpun dari segi protokol beliau dikehendaki untuk berbuat demikian.


Walaubagaimanapun, malang baginya, pesawat - jet kerajaan Malaysia telah dikesan mendarat di lapangan terbang Australia.


Diselamatkan oleh FBC Media dan Bernama


Apabila digesa untuk berterus terang mengenai perkara itu dan ditanya jika beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kemudahannya pergi bercuti peribadi; agensi berita nasional Bernama melakukan beberapa kerja PR yang mewah untuknya.


Pada hari Ahad, Bernama mendakwa Najib telah pergi ke Perth untuk menghabiskan Hari Raya bersama pelajar Malaysia di sana.


Ini berlaku pada hari Sabtu, Hari Raya telah jatuh pada hari Selasa dan beliau berangkat pada hari Rabu, iaitu pada Hari Kebangsaan.


Perkara itu menjadi lebih teruk, apabila Bernama berkeras mendakwa pelajar di Perth telah menemui beliau dan mengatakan bahawa ucapan Najib 'menjadi sumber inspirasi' mereka.


"Sangat hebat mendengar Perdana Menteri kita berucap, dan beliau sangat mengagumkan," Bernama melaporkan seorang pelajar Curtin, Lim Jian Min, dari Kedah berkata. "Dia menaikkan semangat kita dan memberikan jawapan yang baik kepada semua persoalan kami."


Bernama juga memetik beberapa pelajar lain yang memuji PM. Dalam ucapannya, Najib telah menjelaskan konsep 1Malaysia yang tidak berfungsi itu lagi dan faedah kepada negara dan rakyatnya.


Beliau juga berjanji bahawa akan ada beribu-ribu pekerjaan yang menunggu mereka apabila mereka pulang ke tanah air.


"1Malaysia bertujuan untuk menyatukan negara kita dan untuk membawa semua bangsa bersama-sama mencapai kemajuan dan kemakmuran. Sebahagian daripada anda mungkin mahu untuk tinggal disini selepas tamat pengajian untuk mendapatkan pengalaman bekerja di Australia.


Itu tidak mengapa.


Tetapi sila kembali ke Malaysia kerana kita akan memerlukan anda , "kata Najib.


Dusta lagi!


Tetapi semua usaha-usaha untuk menyelamatkan Najib sia-sia belaka.


Seorang pelajar Malaysia yang juga merupakan pegawai kerajaan yang menghadiri majlis makan malam Najib telah menafikan yang dia telah memuji ucapan Perdana Menteri.


Malah, beliau mendakwa bahawa Bernama telah memutarbelitkan kata-katanya.


Semasa dihubungi, pelajar berikut terkejut dengan laporan itu kerana pelajar tersebut sebenarnya telah membuat komen itu sebelum ucapan Najib.


"Mereka benar-benar telah mengubah dan menokok tambah apa yang kita kata kerana saya tidak pernah berkata seperti yang telah dilaporkan.


Segala-galanya telah dilakukan sebelum ucapan dan bukan selepas ucapan itu.


Saya rasa ia tindakan bodoh dan tidak perlu," Malaysiakini melaporkan pelajar tersebut sebagai berkata.


"Mereka dimasukkan benda-benda yang kita tidak penah ucapkan dan mengubah kata-kata kami.


Kami tidak berkata apa-apa yang buruk, jadi saya tidak nampak mengapa mereka perlu berbuat demikian."


Apabila diminta untuk memberi komen, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hanya mampu menggelengkan kepala dan ketawa.


Mereka menegaskan selepas dimalukan di pentas antarabangsa baru-baru ini apabila Najib didakwa membayar RM58 juta wang rakyat Malaysia kepada perunding FBC Media UK bagi mereke laporan palsu yang menggambarkan imej positif dirinya, pentadbirannya dan projek-projek mereka kepada penonton seluruh dunia.


Pihak berkuasa UK sedang menyiapkan siasatan terhadap FBC Media dan boleh melancarkan enkuari awam besar-besaran kerana FBC telah menjual berita palsu kepada rangkaian seperti CNN, CNBC dan juga BBC.


Najib dan FBC diselar kerana cuba untuk 'menipu' penonton global, manakala pemimpin pembangkang Malaysia telah berjanji untuk bertanya kepada beliau di Parlimen mengenai jumlah sebenar yang dihabiskan untuk publisiti palsu tersebut.


"Ini jelas menunjukkan sebuah rejim yang berada di ambang kehancuran. Apabila anda mendengar kata-kata seperti 'hebat' dikaitkan dengan Najib, anda benar-benar cenderung untuk merasionalkan apa jua laporan tersebut" naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.jp

Read more ...

KELAB PROTES BN!!! Cukai 6 % didalangi UMNO

GOMBAK, 12 Sept: PAS berpendapat pengenaan cukai perkhidmatan enam peratus kad prabayar oleh syarikat telekomunikasi (telco) kepada rakyat adalah satu tindakan yang didalangi Umno BN.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar), rakyat tidak akan dipaksa menanggung beban bayaran cukai itu jika kerajaan tidak mengenakan cukai yang tinggi kepada telco.

Ekoran kos operasi kini meningkat, Mahfuz yang juga Pengerusi Kelab Protes Barang Naik (Protes BN) berkata, telco terpaksa mengalihkan beban cukai mereka terhadap kerajaan dengan mengenakan cukai enam peratus itu kepada rakyat pula.

"Pertama sekali Kelab Protes BN membantah cukai yang didalangi BN ini dikenakan kepada rakyat.

"Kita mintak supaya telco tarik balik dan kerajaan sendiri mesti hapuskan cukai ke atas syarikat telekomunikasi ini," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Beliau ditemui di majlis rumah tebuka hari raya anjuran PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad, semalam.

Ianya sebagai respons terhadap kenyataan syarikat industri telekomunikasi tempatan yang mengumumkan bahawa caj cukai perkhidmatan enam peratus yang sebelum ini diserap Telco akan dikenakan bagi pembelian tambah nilai dan pek permulaan kad sim bermula 15 September depan.

Menurut Mahfuz, jika ia dilaksanakan, golongan paling terkesan adalah golongan anak-anak muda, pelajar dan yang berpendapatan rendah yang menggunakan perkhidmatan prabayar.

Jumlahnya dianggarkan seramai 9 hingga 13 juta orang dengan jumlah penggunaan kad prabayar sebulan sebanyak 27 juta.

Sehubungan itu jelas Mahfuz, Kelab Protes BN memberi tempoh kepada kerajaan sehingga Rabu ini untuk menyelesaikan perkara itu sekaligus menghapuskan cukai tersebut.

"Kita bagi tempoh kepada kerajaan sampai Rabu ini. Kalau tidak, kita akan kumpul sejuta pengguna kad prabayar ini di seluruh negara untuk menyatakan bantahan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada rakyat khususnya pengguna kad prabayar untuk menyatakan bantahan mereka berhubung perkara ini di laman Facebook Kelab Protes Barang Naik (Protes BN).

Read more ...

SENDIRI BENTANG BUAT-BUAT TAK TAU!!! Najib yang bentang cukai kerajaan 6% pra bayar

KUALA LUMPUR, 12 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa berpura-pura lupa atau sememangnya tidak tahu apa-apa dengan cukai enam peratus cukai pra bayar kerana ia telah dimasukkan dalam Bajet 2011 lalu oleh beliau.

"Pihak Telco hanya melaksanakan Bajet yang telah dibentangkan oleh Najib menjelang tahun 2011 lalu dan telah diluluskan oleh kerajaan.

"Kini apabila mereka hanya ingin melaksanakannya, Najib menyalahkan Telco pula, seolah-olah beliau pemimpin yang prihatin menjelang pilihan raya ini," kata Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) , Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Baru-baru ini, syarikat telekomunikai di Malaysia telah mengumumkan akan mengenakan cukai kerajaan sebanyak enam peratus dalam semua jualan kad pra bayarnya mulai 15 September ini.

Ini bermakna, setiap RM10 nilai kad pra bayar, harganya akan menjadi RM10.60 di mana 60 sen adalah cukai yang dikenakan kerajaan melalui Telco kepada penggunanya.

Jumlah 60 sen setiap RM10 ini akan dibayar oleh Telco kepada kerajaan.

Langkah ini memberikan tekanan teruk kepada golongan berpendapatan rendah terutama remaja, pelajar dan pekerja kilang kerana mereka golongan paling banyak menggunakan perkhidmatan pra bayar ini.

Golongan yang mempunyai pekerjaan tetap dan berada biasanya menggunakan khidmat post paid atau menggunakan bil penggunaan.

Ekoran pengumuman Telco untuk melaksanakan cukai ini, pelbagai pihak khasnya golongan remaja membuat bantahan terhadapnya melalui laman sosial dan media baru yang kebanyakannya dikuasai mereka.

Ekoran itu, Perdana Menteri Najib menyalahkan Telco kerana mengenakan cukai ini padahal ia telah dikemukakan beliau melalui Bajet 2011 dan pihak Telco hanya melaksanakan keputusan itu sahaja.

Harakahdaily difahamkan, selama ini cukai hanya diserap oleh Telco melalui keuntungan jualan pre paid mereka namun ia tidak mampu lagi berbuat demikian sedangkan duit itu dibayarkan kepada kerajaan dan bukannya diperolehi mereka.

Ekoran itu, semua Telco, terutama tiga yang utama iaitu Celcom, Digi dan Mexis akan mula mengenakannya kepada pengguna pra bayar.

Difahamkan, pengguna terbesar pra bayar adalah pengguna Digi.

Najib baru-baru ini mengarahkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengkaji semula langkah mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas kad prabayar sambil menegaskan ia sukar untuk diterima dalam situasi kenaikan kos sara hidup sekarang.

Perdana Menteri menegaskan cukai itu dikuatkuasakan ketika kerajaan pula sedang berusaha untuk mengurangkan beban di sebalik kenaikan kadar inflasi sejak beberapa bulan yang lalu.

“Reaksi dan maklum balas daripada orang awam ialah langkah Telco, tidak popular dan sukar untuk diterima,” kata beliau.

“Jadi, saya berharap Telco akan mengkaji semula langkah ini memandangkan kita sedang cuba mengurangkan beban ke atas orang ramai yang perlu menanggung kenaikan kos harga barang,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Najib juga menafikan Telco telah menerima kelulusan Kementerian Kewangan, sebaliknya menjelaskan keputusan itu dibuat oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sendiri.

Pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan sejak semalam berkata pihaknya kesal dengan keputusan syarikat telekomunikasi yang mengumumkan pengenalan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pembelian tambah nilai prabayar dan pek atau kad SIM berkuat kuasa pada 15 September ini.

Read more ...

10,000 meriahkan rumah terbuka PAS

GOMBAK, 12 Sept: Kira-kira 10,000 hadir memeriahkan majlis rumah terbuka hari raya PAS yang berlangsung di Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar di sini semalam.

Mereka yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai kaum itu mula membanjiri perkarangan KUIZM seawal jam 1 petang lagi walaupun acara rasmi sepatutnya bermula jam 2.

Seperti biasa, pemimpin PAS di segenap peringkat, khususnya pimpinan pusat mengambil peranan melayan tetamu yang berpusu-pusu datang.

Antara yang hadir termasuklah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu serta ketiga-tiga Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub dan Datuk Husam Musa.

Tidak ketinggalan juga seluruh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang lain, serta pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri turut menyambut tetamu pada majlis tahunan PAS itu.

Selain mereka, keempat-empat sayap PAS iaitu Dewan Ulama, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat serta Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) turut meraikan tetamu.

Antara yang hadir termasuklah pimpinan PKR termasuk presidennya, Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalan Azmin Ali, setiausaha Saifuddin Nasution serta bendahari William Leong.

Selain itu, dari DAP pula antara yang hadir Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw.

Seperti biasa menu wajib sate, tetap menjadi menu utama majlis kali ini.

Biarpun begitu, menu tradisional seperti lemang, ketupat serta rendang tetap tidak dipinggirkan.

Selain itu, hadirin juga turut disediakan laksa utara.

Paling istimewa hadirin juga boleh menikmati tapai pulut sebagai menu pencuci mulut.

Dalam pada itu, hadirin yang hadir turut tidak ketinggalan mengambil peluang bergambar dengan para pimpinan PAS.

Pelbagai gelagat hadirin dapat dilihat termasuk anak-anak muda yang berpakaian ranggi.

Biarpun sederhana, majlis rumah terbuka PAS kali ini disifatkan paling meriah.

Read more ...

TU DIA!!! RM80,000 sebulan untuk PARPUKARI buat kerja-kerja fitnah ?


Pernahkah anda dengar ayat ini dari Parpukari - "DEMI ALLAH SAYA TAK MAKAN DUIT"? Percayakah jika saya katakan pendapatan parpukari adalah 80ribu sebulan?

Tidak menuduh, tetapi menjadi persoalan bagaimana seorang blogger Umno memperolehi sebanyak RM80,000 sebulan ? Apa pekerjaan Parpukari atau nama sebenarnya Mohamad Salim bin Iskandar selain dari blogging ?

Sahabat saya MiloSuam yang blognya berada di kedudukkan ranking paling atas pun amat jauh sekali untuk mencecah pendapatan RM80ribu sebulan. Blog Parpukari adalah jauh lebih tertinggal daripada blog MiloSuam. Persoalan ini bukan hanya perlu dijawab tetapi perlu disiasat oleh SPRM.

Sila lihat slip di bawah yang tertera nama dan nombor IC sekali ;




Berikut pula adalah maklumat peribadi parpukari

Nama Penuh: Mohamad Salim bin Iskandar.
Nama Samaran
: Parpukari
Blog :
www.parpukari.blogspot.com/
Nombor IC
: 730709-08-5123
Nombor A/C Maybank
: 114124062908

Lagi menjadi persoalan ialah, menteri manakah sugardaddy parpukari ?edyesdotcom

Read more ...

ANGKUT LAGI !!! 30 ribu hadiri Rumah Terbuka Malaysia

Bila aku menyiarkan satu laporan berita yang mengatakan 30 Ribu hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia (sila baca di SINI dan di SINI) ada penyokong Pakatan Rakyat kurang senang dengan laporan itu biarpun hakikatnya jumlah yang hadir sememangnya begitu , jadi kenapa aku perlu menafikannya?

Lagipun aku sendiri turut berada di sana dan ramai lagi sahabat yang menyokong Pakatan Rakyat turut serta dalam Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia itu.

Meskipun ada seruan dari beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang menyeru agar penyokong Pakatan Rakyat hadir ke majlis tersebut dengan berpakaian kuning hanya beberapa kerat sahaja yang memakainya, itupun kerana mengiringi Guan Eng dan TKM1.



Selain dari mereka hanya Rais Yatim dan Isterinya sahaja yang berpakaian serba kuning. Najib pakaiannya juga kuning.



Najib masih tidak boleh mendabik dada berbangga dengan kehadiran 30 Ribu hadirin didalam majlis itu seperti yang dikatakan oleh Ketua UMNO Permatang Pauh, Dato Jalil iaitu kami (semua yang hadir) menyokong Najib dengan sepenuh hati.

Malanglah Najib kalau beliau mempercayai apa yang diucapkan oleh Dato Jalil itu, kerana tujuan Dato Jalil itu sebenarnya hanyalah untuk membodek Najib supaya namanya disokong sebagai Calon untuk Kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini sahaja.

Kalah pun tak apa kan Dato? Pasal peruntukannya lumayan….

Najib juga pasti tidak akan berbangga dengan kehadiran 30 Ribu di bumi Permatang Pauh itu, jika beliau tahu hakikatnya kebanyakkan dari mereka telah diangkut dengan sejumlah 60 buah Bas yang di sewa khas ke Majlis tersebut dari luar Kawasan Permatang Pauh.













Dan Najib pasti tidak akan berbangga jika beliau menyedari hampir 25% atau lebih dari 30 Ribu yang hadir itu adalah anak-anak yang masih belum boleh mengundi.







Lagipun jika benar 30 Ribu yang hadir itu menyokong Najib sekalipun mereka adalah pengundi di kawasan Permatang Pauh dan kawasan yang berhampirannya bukannya di Pekan, Pahang.


Ini dari PERKEP Seberang Perai Utara.

Bagaimanapun aku akui Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan jauh lebih Berjaya dari Majilis rumah terbuka DSAI pada 1 September lalu.. 30 Kali lebih Berjaya!

Dan aku juga berasa hairan mengapa ada pemimpin PKR yang sanggup mengeluarkan budget dengan segera untuk mengadakan Kenduri di sebuah Pusat Khidmat berhampiran dengan Sekolah tersebut untuk mengurangkan jumlah yang hadir kemajlis Rumah Terbuka Malaysia sedangkan dalam masa yang sama beliau sendiri turut serta menikmati juadah yang disajikan dalam majlis Rumah Terbuka Malaysia itu?

Apa salahnya jika kita semua menikmati juadah yang sama? Sedangkan kita semua rakyat Malaysia...

Lihatlah lagi gambar bas-bas yang mengangkut orang ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia itu..ASD










Read more ...

JAKIM TAK MALU!!! DK Vicky beragama Hindu bimbang Sitt Al-Wuzara tidak dihukum

PENGHINAAN Sitt Al-Wuzara terhadap Islam kini dilihat semakin menjadi-jadi. Tindakan SKMM sekadar menyekat blog manusia biadap ini dilihat tidak menyelesaikan masaalah.

Meskipun laman blog Sitt Al Wuzara disekat, namun selagi makhluk biadap ini tidak ditangkap, dia akan terus membina laman blog yang baru untuk terus menjalankan aktiviti biadapnya. Tambahan pula laman yang disekat ini masih lagi boleh diakses melalui open DNS.



Perkembangan isu penghinaan terhadap Agama Islam yang dilakukan oleh Sitt Al-Wuzara serta kegagalan pihak JAKIM dan SKMM di dalam menangani isu ini benar-benar menimbulkan kebimbangan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Jika Islam sebagai agama rasmi persekutuan boleh dihina dan dicaci sehingga sedemikian rupa, tidak mustahil agama lain juga akan dihina oleh manusia-manusia biadap seperti ini.

Saya bimbang jika SKMM dan JAKIM terus menerus gagal menyelesaikan hal ini, akan muncul lebih banyak individu atau kumpulan-kumpulan anti-agama yang berani menghina dan mencaci agama lain.

Hal ini boleh membawa kepada konflik yang lebih besar dan boleh mencetuskan ketegangan agama serta menimbulkan rasa curiga di kalangan rakyat di negara ini yang berbilang kaum dan agama. Jelas sekali jika perkara ini gagal ditangani dari sekarang, ia boleh menggugat keselamatan negara.

Saya menggesa pihak berkuasa menangkap dan menghukum Sitt Al-Wuzara untuk menunjukkan ketegasan penguatkuasaan dan juga amaran kepada manusia-manusia biadap yang tidak bertanggung jawab seperti ini.

DK Vicky
Koordinator, Panitia,
Perpaduan dan Pehubungan Kaum Jingga 13


Difahamkan DK Vicky adalah salah seorang ahli bukan Melayu Jingga 13 yang beragama Hindu. Beliau akan bersama-sama memohon untuk menghadap Yang Dipertuan Agong pukul 10 pagi ini, bagi menghantar memorandum berhubung isu ini

Read more ...

Najib sudah tidak lama di Putrajaya


Di sebalik ribuan rakyat yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka di Permatang Pauh, nampaknya kegusaran Najib semakin ketara.

Apa tidaknya, dengan cubaan berbaur ugutan terhadap mana-mana pihak yang cuba nak tukar sejarah, sebenarnya dia runsing Pakatan Rakyat akan londehkan (baca: sedang dan terus) segala kebusukan yang Umno-APCO bakal tinggalkan apabila selesai pilihanraya umum ke 13 selesai kelak.


Walaupun dia cuba untuk mengelak dari memberi komen terhadap kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mengkritik sejarah kemerdekaan negara sebenarnya ditipu hasil kuasa yang diperolehi British pada 31 Ogos 1957, sememangnya kegelisahan Najib tak mampu diselindung lagi.


Dua sosok tubuh yang paling ditakutinya, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang kini berada di Munich, Jerman dan Mat Sabu ternyata merencatkan mood Najib menggempur kubu kuat Anwar di SMK Guar Perahu, Permatang Pauh sebentar tadi.


Jelas, walaupun Najib bakal dihidangkan dengan "laporan muluk" oleh Pengerusi Umno-APCPO negeri, Zainal Abidin Osman, hakikatnya Najib sendiri sudah dapat merasakan dia tidak lama di kerusi Putrajaya.


Mat Sabu boleh tersenyum sekarang kerana Najib tak berani sebut namanya, tetapi bayang penipuan Umno-APCO akan terus menghantui perdana menteri seterusnya, itu pun sekiranya Muhyiddin Yassin merasa kerusi empuk nombor satu bila-bila masa dari sekarang.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan agar mana-mana pihak tidak cuba mengubah sejarah dengan mengagung-agungkan mereka yang mengkhianati tanah air seperti komunis.


Beliau berkata komunis zaman dahulu sememangnya zalim dan mencengkam kehidupan rakyat kerana ideologi mereka tidak memihak kepada rakyat, anti agama dan zalim.


"Sebab itulah kita menentang komunis pada zaman itu kerana mereka bertindak kejam di bumi bertuah ini," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 di Permatang Pauh.


Perdana Menteri berkata komunis tidak memberi rakyat Malaysia demokrasi, sebaliknya kerajaan yang memerintah ketika ini menghormati proses demokrasi.


"Sebab itu adakala kita menang dan adakala kita kalah tetapi kita harap menang lebih banyak dari kalah," katanya.


Najib berkata komunis pada masa dahulu berbeza dengan komunis zaman sekarang kerana komunis zaman dahulu tidak memberi hak kekayaan peribadi kepada rakyat.


"Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat.


"Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka," katanya.


Perdana Menteri berkata kerajaan sekarang menghormati suara rakyat, mengamalkan kesederhanaan dan tidak ekstrem.


Beliau berkata rakyat negara ini perlu bersyukur kerana telah memilih pemimpin yang begitu kukuh dalam meletakkan dasar negara yang kena pada tempat dan masa.


Katanya dua faktor yang meletakkan kejayaan negara ialah pemimpin terdahulu meletakkan dasar yang berpandangan jauh dan mempunyai wawasan.JP

Read more ...

Pesakit angin ahmar terima kerusi roda

PARIT BUNTAR , 10 Sept. : Akibat diserang penyakit angin ahmar dua tahun lalu, seorang warga emas di Taman Seri Semarak, di sini tidak mampu bergerak dan memerlukan bantuan isterinya bagi melakukan urusan harian.

Warga emas, G Thanimale, 64, berkata, dia yang dahulunya bekerja sebagai buruh, tidak mampu mencari rezeki akibat keadaannya kini.


Menurutnya, anak-anaknya hanya dapat membantu apa yang termampu kerana mereka sudah berkeluarga dan berpendapatan rendah.

“Saya amat memerlukan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan melakukan urusan harian dan tidak mampu menyusahkan isteri saya,” katanya kepada :Sinar Harian.:

Masalah yang dihadapi Thanimale mendapat perhatian Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Buntar serta Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Parit Buntar.

Pihak berkenaan tampil dengan menyumbang kerusi roda bagi memudahkan warga emas itu bergerak.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, beliau berusaha mencari peruntukan bagi membantu warga emas itu sebaik sahaja mengetahui masalahnya.

Menurutnya, kehidupan warga emas itu cuma bergantung sepenuhnya kepada isterinya yang juga sudah uzur untuk bergerak melakukan aktiviti harian.

“Pada hari ini (semalam) setelah mendapat tahu perihal warga emas yang memerlukan sebuah kerusi roda saya dengan serta merta mencari dana untuk membantu bagi meringankan beban beliau di sini,” katanya.SH

Read more ...

BERANI KA UMNO!!! Pemuda PAS Perak cabar Pemuda UMNO debat

IPOH, 9 Sept: Dewan Pemuda PAS Perak mencabar Naib Ketua Pemuda Umno negeri itu, Mohammad Annuar Ariffin berdebat berhubung isu Mat Indera dan pejuang kemerdekaan.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, ketua penerangannya Mohd Akmal Kamarudin berkata cabaran debat itu ekoran tindakan Mohammad Annuar yang begitu "bersemangat" melebalkan Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu sebagai menyokong komunis hanya kerana mempertahankan Mat Indera.

"Kami pada hari ini mempelawa Annuar untuk bersama di atas satu pentas debat jika beliau benar-benar berani dan yakin untuk berhujah secara ilmiah. Walaupun kami sedar bahawa Annuar bukanlah seorang tokoh muda yang berani berdepan dengan musuh politiknya kerana acap kali memberikan alasan untuk ‘lari’ atau takut berdepan secara ‘anak jantan’," katanya.

"Kami boleh ibaratkan Annuar dan Pemuda Umno tak lebih seperti ‘Persatuan Kontraktor Kelas F’. Hanya pandai bercakap di belakang atau depan media sahaja tetapi tidak sepertimana ‘indah khabar dari rupa’. Kami menunggu atas semangat ‘anak muda’ yang menunggu saat yang sudah lama ditunggu-tunggukan," katanya mengemukakan cabaran.

Sehubungan itu, beliau menunggu jawapan Mohammad Annuar berhubung perkara itu.

Read more ...

Tengku,Tun Abd Razak, Tun Husein, Mahathir, Pak Lah - MERDEKA, Najib - MAUDUITKA

Di sebalik kontroversi kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong, elemen yang menjadi polemik terbaru ialah sama ada negara ini pernah menjadi tanah jajahan Britain dan dijajah oleh kuasa asing.

Dua hari lalu, PAS mencabar Majlis Profesor Negara (MPN) terutama jurucakapnya Profesor Dr Zainal Kling agar menulis artikel atau buku ilmiah bagi mengemukakan cadangannya bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan pegawai yang berkhidmat semasa zaman kependudukan British tidak boleh disebut pegawai British.


PAS menegaskan cadangan yang dikemukakan oleh MPN khususnya beberapa profesor seperti Zainal, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dan Prof Dr Ramlah Adam bukan satu perkara yang kecil, sebaliknya menyanggah tesis yang sudah diterima oleh ramai ahli akademik dalam mahupun di luar negara.


“Kependudukan British sebelum 31 Ogos 1957 di Tanah Melayu, rata-rata diterima oleh para ahli akademik sebagai penjajahan sama ada di Negeri-negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu dan

Negeri Melayu tidak bersekutu manakala pentadbirannya disebut pentadbiran oleh British,” kata parti Islam itu.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider, pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata MPN kini sudah masuk perangkap Mohamad dalam isu terbaru ini.


“Kalau kita tak pernah dijajah buat apa sambut merdeka sampai habis jutaan ringgit? Dan lebih sedih lagi Tunku baru sahaja kehilangan gelaran. Sekarang dia cuma bapa kepada Tunku Ahmad Nerang dan adik-adiknya. Bukan lagi Bapa Kemerdekaan,” kata beliau mengulas perkembangan semasa.


Khoo dalam satu kenyataan Ahad lalu dan diulangi Jumaat lalu, antara lain berkata, kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan raja setiap kerajaan dan pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran, kedaulatan tetap pada raja.


“Maksudnya dari segi undang-undang, British tidak pernah menjajah kerajaan Melayu, hanya Negeri-Negeri Selat yang dikenali sebagai Tanah Jajahan Mahkota British,” kata beliau dalam satu temu bual dengan akhbar tempatan.


Bertolak daripada pandangan itu, timbul polemik antara tafsiran golongan pengkaji sejarah dan pemahaman rakyat jelata.


Rakyat jelata, bersumberkan buku-buku teks dan kenyataan ahli-ahli politik membentuk pemahaman bahawa negara ini dijajah oleh British.

Penelitian ucapan beberapa perdana menteri dan juga tulisan mereka menunjukkan negara ini dijajah oleh British dan beberapa kuasa Eropah yang lain.

Antara lain, dalam ucapan ketika upacara perisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman antara lain berkata, “... hari ini satu bab baru dibuka dalam hubungan kita dengan Britai; status kolonial kita telah diberikan tempat sama rata yang penuh...”


Memoir terbaru bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjudul “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad” juga menyenaraikan perkataan kolonial atau penjajahan beberapa kali.


Maklumat yang diperoleh dari laman web pertubuhan Komanwel pula menyebut, “menerusi siri perjanjian antara 1983 dan 1930, pentadbir-pentadbir kolonial British menguasai hal ehwal luar sembilan kesultanan Melayu di Semenanjung.


Laman itu juga menyebut, “reaksi ke atas pemerintahan kolonial bermula awa abad ke-20.”

Dr Mahathir ketika membentangkan Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 juga menyebut soal British dan penjajahan.

Kata Dr Mahathir, “sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri-negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.”


“Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan.


Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh.


“Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana kemelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali,” kata bekas perdana menteru keempat ini.


Dalam ucapannya itu, beliau juga dipetik berkata, “di zaman penjajahan British, oleh kerana mereka boleh menaik atau menurunkan Raja, maka Raja menerima nasihat pemerintah kolonial.


Perkara ini dimasukkan dalam perjanjian di antara pihak British dengan Raja-Raja Melayu di mana nasihat `British Resident` atau `British Adviser` mesti dipohon dan dipatuhi oleh Raja melainkan berkenaan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Bagi British, nasihat yang mesti dipatuhi oleh Raja tidaklah ganjil kerana dalam sistem kerajaan di Britain, `’King’ atau ‘Queen’ mereka mesti menerima nasihat kerajaan. Jika tidak, Raja akan diturunkan dari takhta. Oleh itu apabila King Edward VIII berkeras untuk berkahwin dengan seorang janda, baginda terpaksa turun dari takhta atas nasihat kerajaan, walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk tindakan ini.


Yang dikuatkuasakan bukan undang-undang tetapi kepentingan politik negara, dan Raja-raja British memang akur kepada politik negara. Sebab itulah sebelum pun Parlimen British memutuskan supaya Queen Elizabeth membayar cukai pendapatan, Baginda sendiri baru-baru ini membuat keputusan untuk membayar cukai pendapatan. Perlembagaan British, walaupun tidak bertulis, dipatuhi daripada segi semangat dan adat.”


Dalam ucapan terakhir sebagai presiden Umno pada 2003, Dr Mahathir berkata, “kita telah dijajah oleh tiga kaum Eropah. Selama 450 tahun, kita telah berada di bawah pemerintahan penjajah. Sekarang kita dan negara-negara Asia yang lain berhadapan dengan kemungkinan dijajah sekali oleh mereka.”


Poin yang sama ditekankan dalam perutusan Hari Kebangsaan 2000. Kata Dr Mahathir, “berbanding dengan tempoh kita dijajah, kemerdekaan kita bukanlah lama. Empat puluh tiga tahun adalah amat pendek berbanding dengan lebih kurang 450 tahun kita dijajah. Setelah kejatuhan Melaka di tangan Portugis, kita dijajah oleh Belanda, British, Jepun dan juga Siam. Inilah sejarah kita yang terhina dan memalukan.”


Malah katanya, “bagi anak watan nasib mereka adalah lebih buruk. Penjajah mengetepikan mereka dengan memilih jalan mudah membawa masuk orang luar untuk bekerja dan berniaga di Negeri-negeri Melayu.


Dengan itu anak watan menjadi rakyat yang termiskin, rakyat kelas dua di negeri-negeri sendiri.


Pada suatu masa bilangan mereka kurang daripada kaum pendatang.”

“Walaupun British berhak hanya menasihati Raja-raja Melayu, tetapi mereka mengambil alih sepenuhnya kuasa pentadbiran. Demikianlah apabila kita meminta pertolongan orang asing, kita hilang hak sama sekali.

Segala urusan yang penting dibolot oleh orang asing sehingga orang Melayu hilang kepercayaan kepada kebolehan diri sendiri. Mereka tidak pernah secara serius dan terancang mencuba untuk membebaskan negeri-negeri mereka.”



Ucapan dasar Dr Mahathir pada Perhimpunan Agung Umno 2001 berkata, “penubuhan Umno sebagai parti politik pada tahun 1946 menandakan tamatnya hampir 450 tahun bangsa Melayu dan negeri-negeri Melayu dijajah.


Sebelum ini siapa sahaja boleh menjajah orang Melayu. Mereka tunduk kepada sesiapa sahaja. Portugis, Belanda, British, Jepun dan Siam pun semuanya diterima dan dihormati oleh orang Melayu sebagai tuan kepada mereka.


“Orang Melayu di zaman penjajah tidak bermaruah dan tidak bersemangat. Mereka anggap diri mereka sebagai manusia kelas dua dan mereka sedia menyerah apa sahaja kepada orang lain yang mereka percaya lebih berkebolehan daripada mereka. Pentadbiran negara, perniagaan dan perusahaan, kerja biasa pun semuanya diserah kepada orang asing.”


Dalam perutusan sambutan Hari Kebangsaan Ke-25 pada 1982 iaitu setahun selepas dilantik sebagai perdana menteri, Dr Mahathir memulakan ucapan dengan berkata, “Hari Kebangsaan kali ini merupakan peristiwa yang amat penting. Sambutan Jubli Perak ini menandakan sesuku abad kita telah merdeka, bebas dari belenggu penjajahan, dan sesuku abad kita menentukan nasib kita sendiri sebagai bangsa dan negara yang bebas dan berdaulat. Syukur, alhamdulillah, negara kita sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera dan terkawal, dan hari ini, kita dapat menyambut Jubli Perak negara kita dalam suasana aman dan bahagia.”


Pengganti beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam perutusan Hari Kebangsaan 2007 berkata, “kita menghargai semangat keyakinan yang berjaya disemaikan oleh para pejuang untuk membebaskan warga dari kongkongan pemikiran kolonialisme. Kita menghargai pemimpin pelbagai komuniti yang telah mempamerkan wawasan, hikmah dan ideal untuk membina gagasan yang kukuh lagi berpadu, gagasan yang adil lagi saksama, gagasan yang aman lagi makmur.”

Dalam ucapan dasar Perhimpunan Umno 2007, kata beliau, “rasa bimbang, rasa takut dan rasa terancam dalam minda Melayu berlaku apabila orang Melayu tidak mempunyai persediaan yang cukup. Selagi orang Melayu berfikiran kecil, selagi itulah orang Melayu berasa gentar kepada perkataan meritokrasi. Merasa diri kecil, merasa rendah diri, merasa gentar, merasa kurang upaya, adalah pemikiran beracun yang telah disuntik ke dalam minda Melayu, bermula dari era penjajahan.”

Datuk Seri Najib Razak, yang menggantikan beliau, dalam perutusan Hari Kebangsaan 2009, yang pertama sejak dilantik sebagai perdana menteri keenam berkata, “lima puluh dua tahun yang lalu, sekumpulan patriot negara yang diterajui oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-haj telah berjaya mencapai kemerdekaan negara setelah hampir lima kurun berada di bawah belenggu penjajahan.”


“Pasca kemerdekaan kemudiannya menyaksikan tugas dan tanggungjawab untuk menentukan arah tuju tanah air yang satu ketika dahulu berada di dalam genggaman penjajah telah beralih ke tangan anak watan,” kata beliau.


Malah buku-buku teks sejarah negara ini masih menggunakan perkataan dan istilah penjajahan, bekas penjajah ataupun imperialisme dan kolonialsime, nampaknya ini memerlukan keseragaman penggunaan.

Read more ...

HINA PERJUANGAN BANGSA!!! Lucut jawatan Profesor KangKong UMNO

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa mahu pihak Majlis Profesor Negara (MPN) melucutkan keanggotaan Profesor Zainal Kling bagi memelihara kredibiliti majlis ini kerana menimbulkan kekeliruan dengan mendakwa Malaya tidak pernah dijajah oleh British.

Mujahid berkata, kenyataan Zainal yang mewakili MPN itu telah menghina perjuangan bangsa yang selama ini menjadi sumber inspirasi generasi anak merdeka


“Oleh itu saya menuntut supaya pihak MPN melucutkan beliau dari terus menganggotai MPN bagi memelihara kredibiliti majlis ini dan menuntut supaya gelaran profesor (beliau) ditarik balik kerana menghina sejarah bangsanya sendiri dan penghayatan kemerdekaan yang baru sahaja kita sambut,” kata pemimpin PAS itu dalam satu kenyataan media.


Menurutnya, PAS juga menuntut ahli akademik itu menarik balik kenyataannya bahawa negara ini tidak pernah dijajah tetapi sebaliknya hanya dinaungi oleh British.


“Jika beliau tidak menarik balik, ini menandakan bahawa seluruh rakyat Malaysia yang masih hidup dan yang mati selama ini telah ditipu dengan mempercayai bahawa kita telah dijajah sedangkan kita hanya dinaungi sahaja,” katanya.


Menurut Mujahid yang juga pengerusi Perpaduan Nasional PAS, kurikulum sejarah sekolah-sekolah sejak sekian lama memahamkan pelajar bahawa British adalah penjajah dan kita merdeka dari penjajah dengan laungan Merdeka!


“Ia tidak memerlukan seorang profesor untuk memahami bahawa 'Merdeka' membawa pengertian kebebasan dari sesuatu penjajahan dan bukan naungan.

Hina pejuang bangsa

Kenyataan beliau turut menghina pejuang bangsa selama ini kerana jikalau bukan penjajahan mengapakah adanya istilah ' pejuang kemerdekaan'? Mengapakah adanya semangat nasionalisma menentang penjajahan British?” soalnya.


Jumaat lalu, Zainal pada sidang akhbarnya di Putrajaya berkata berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.


"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.


Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.


Mujahid bagaimanapun menyangkal hujah itu dan berkata jika benar negara ini tidak dijajah mengapa kekayaan negara dan hasil bumi dieksploitasi untuk memberikan kekayaan kepada penjajah?


“Tidak cukupkah maruah bangsa diinjak apabila anak bangsa tidak ada suara dalam menentukan nasib bangsanya selama dijajah?


“Saya tidak tahu apa maksud Profesor ini apabila memutar belitkan istilah penjajah kepada penaung?


“Adakah beliau mahu mengatakan bahawa generasi anak merdeka telah ditipu oleh buku-buku sejarah atau tawarikh yang kita baca di bangku sekolah dan di universiti?” katanya lagi.

Read more ...

BN - Barang Naik !!! Isu harga barang naik akan tutup isu Mat Indera

http://www.bloggerrakyat.com/wp-content/uploads/2011/08/Barang-Naik.jpgOleh: ZULKIFLI YAHAYA (Harakah)
Serangan bertalu-talu terhadap Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan PAS sendiri berhubung isu Mat Indera dibuat tanpa henti, setiap hari. Ada pihak dalam Pakatan Rakyat yang sudah panik, nampak macam kertas undi PAS dalam tong undi terbang melayang-layang.
Serangan yang dibuat oleh media talibarut BN secara bersepadu dan bertalu-talu itu adalah salah satu dari kaedah peperangan. Di zaman Rasulullah SAW ia dipanggil Pakatan Ahzab. Ia ditiru oleh semua pakatan ketenteraan hingga ke hari ini. Amerika Syarikat, setiap kali menyerang musuh akan bergabung dengan rakan-rakan sealiran membentuk Tentera Bersekutu. Apa perlunya pakatan, walhal Amerika Syarikat sendiri sudah cukup kuat kalau setakat untuk membelasah Iraq. Ia mahu menunjukkan kepada dunia bahawa tindakannya disokong ramai pihak. Itulah yang dikatakan perang saraf, ia mengiringi perang persenjataan.
Dalam perang propaganda juga begitu. Sejak UMNO menjadikan perunding Yahudi sebagai penasihat, kita dapat melihat keseragaman modus operandi mereka dalam perang saraf. Setiap isu yang dilonjakkan akan dimainkan oleh semua media dan melalui semua medium. Ia akan diikuti oleh himpunan mengangkat sepanduk di seluruh negara oleh pelbagai pihak. Akan terbit kenyataan demi kenyataan oleh pelbagai NGO (yang kesemuanya adalah rangkaian satelit UMNO). Diikuti pula dengan laporan polis yang bercambah di seluruh negara.
Cuba perhatikan rentetan isu yang berlaku dalam negara; isu liwat, video seks Datuk Eskay, pembinaan kuil di Shah Alam, kandang babi di Selangor, penggunaan kalimah Allah, Himpunan Bersih 2.0, serbuan JAIS terhadap gereja, roboh gerai di Pulau Pinang dan terbaru, Mat Indera – modus operandi mereka sama sahaja. Ia tidak berlaku secara spontan melainkan perancangan dan arahan. Mereka mahu merperlihatkan kepada rakyat jelata bahawa ia adalah suatu kebangkitan atau gelombang penolakan terhadap pihak tertentu. Kelebihan mereka ialah mempunyai peruntukan untuk mengupah ‘pelakon-pelakon opera politik’ itu dan mereka menguasai media utama negara.
Adakah dalam isu yang disensasikan dari kenyataan Mat Sabu mengenai Mat Indera ini ia akan menjejaskan PAS? Setakat ini belum ada kajiselidik dibuat terhadap responden berhubung isu tersebut. Tapi kalau penulis diajukan dengan soalan itu, saya berani mengatakan, ia tidak menjejaskan undi PAS!
Pertama, mengaitkan PAS dengan keganasan dan komunis bukan isu baru. Lebih dua dekad lalu para pemimpin Umno silih berganti menyerang PAS dengan tuduhan ‘PAS sebarkan ideologi komunis’ dan ‘PAS lebih bahaya dari komunis’. Antara yang mengeluarkan kenyataan celupar itu ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tengku Razaleigh Hamzah. Tapi PAS tidak berkubur dengan pencemaran imej melalui tuduhan komunis. PAS adalah parti Islam yang menolah semua ideologi ciptaan manusia serta melolak semua aqidah yang salah. Justeru menuduh PAS sokong murtad, kristian dan komunis tidak akan berbekas.
Kedua, serangan ala Ahzab hari ini berbeza dengan serangan ala Ahzab lebih dua dekad yang lalu. Meskipun PAS tetap belum menguasai media utama negara tapi PAS berpeluang menggunakan media kedua atau media maya. Dalam media utama dilaporkan Mat Sabu menyokong komunis tapi dalam media maya Mat Sabu cuma menyokong Mat Indera bukannya komunis. Dalam media utama Mat Indera adalah pengkhianat tetapi dalam media maya orang boleh meneliti biodata lengkap Mat Indera siap dengan bukti-bukti perjuangannya. Golongan cerdik, pengingin tahu dan anak-anak muda menjadikan media kedua sebagai sumber maklumat. Golongan ini adalah majority senyap yang mencorak pemikiran masyarakat terbesar di luar sana.
Ketiga, hakikatnya rakyat sudah biasa sangat dengan serangan ala Ahzab terhadap pembangkang. Ia nampak macam gah tapi tak mampu merubah apa-apa melainkan (mungkin) memantapkan keyakinan ahli-ahli dan penyokong mereka sendiri sahaja, terhadap isu yang dibawa. Contohnya serangan ala Ahzab terhadap Datuk Seri Anwar sewaktu beliau bertanding pilihanraya kecil Permatang Pauh. Majoritinya tidak merosot, malah bertambah. Teorinya mudah, kesan besar akan tidak terasa apabila orang menganggap ia perkara biasa.
Keempat, isu tersebut tidak menyentuh hati nurani rakyat yang tidak terbabit. Tidak sampai berapa kerat pihak yang kena mengena dengan Peristiwa Bukit Kepong masih hidup. Ahli keluarga mereka sebaliknya berterima kasih kepada Mat Sabu kerana akibat kenyataan beliau, tak semena-mena balu polis yang terbabit dapat pencen arwah suaminya. Berpuluh tahun mereka tidak dipedulikan, kerana Mat Sabu, mereka mendapat perhatian. Pihak yang tiada kena mengena dengan peristiwa itu pula tidak akan berasa sensitif apa-apa. Pihak yang mengangkat sepanduk dan membuat laporan polis terhadap Mat Sabu adalah orang Umno. Mat Sabu tidak buka mulut untuk berkata apa-apa pun memang mereka dah marah dekat PAS. Itu biasa.
Isu Kenaikan harga barang
Bersama isu Mat Sabu ada satu isu besar dalam negara yang menyentuh hati nurani setiap rakyat Malaysia iaitu peningkatan kos sara hidup atau kenaikan mendadak harga barang. Semua orang terasa sebab semua rakyat Malaysia berbelanja. Satu-satunya isu yang paling berkesan dan mudah difahami rakyat ialah isu yang terkena batang hidung sendiri. Merdeka Centre yang melakukan kajiselidik mendapati sokongan terhadap Perdana Menteri susut 6 peratus, faktor utamanya isu kenaikan harga barang. AJK PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli membayangkan pilihanraya umum tidak akan diadakan pada tahun ini kerana kemelesetan ekonomi yang memberi kesan mengakibatkan kenaikan kos sara hidup. Hampir semua kerajaan didunia tumbang sama ada melalui demokrasi atau demonstrasi jalanan apabila rakyat dihimpit tekanan ekonomi.
Kenaikan harga barang di Malaysia ada kaitan dengan kemelesetan di peringkat global, tapi orang kampung tak peduli dan tak mahu ambil tahu isu dunia. Bagi mereka kerajaan yang patut kawal kenaikan harga barang. Jika barang terus naik, maka parti yang memerintah kena turun. Proses menurunkan parti yang memerintah itulah mesti digembelingkan.
Semua pihak dalam PR perlu gerakkan gelombang kebangkitan rakyat dengan mengeksploit sepenuhnya isu kenaikan kos sara hidup. Beri penumpuan terhadap isu ini. Lebih berkesan menumpukan isu dari memperbagaikan isu. Gunakan kaedah yang digunakan oleh BN selama ini; bantahan seluruh negara, angkat sepanduk, hantar memo, gerakkan penerangan besar-besaran dari pentas ceramah hingga ke kedai kopi, guna sepenuhnya media maya dan asak bertubi-tubi macam yang dibuat oleh mereka terhadap Mat Sabu – Insya Allah BN akan tumbang di Pusat kerana isu kenaikan harga barang ini.

Read more ...