Thursday, October 20, 2011

NAFIKAN!!! Anya Clorke dah nafi tapi Dr. Novandri belum nafi dia Mat Indon Mali

Blogger Mat Indon Mali (MiM) atau namanya Dr Novandri masih belum menafikan bahawa emaknya Indon, bapanya Indon dan beliau pun lahir kat Indon.

Adakah benar dakwaan berkenaan? Dr. Novandri kena jawab

Jika Dr. Novandri tidak menafikan bermakna benarlah dakwaan dia Mat Indon Mali. Tapi, jika dia nafi, kena kemukakan bukti yang sah bukan nafi sahaja.

Sedangkan , fitnah terhadap anak Lim Guan Eng telah dinafikan dengan bukti-bukti yang sah. Terbaru,
Anya Corke menafikan dirinya mangsa 'pencabulan' seperti difitnah blogger UMNO.

Gadis yang didakwa oleh blog pro-Umno menjadi mangsa pencabulan oleh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tampil menafikan dakwaan itu.

Anya Corke, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat yang gambarnya disebarkan oleh blog pro-Umno itu dalam e-melnya berkata beliau terkejut dengan dakwaan itu dan berharap ia tidak lagi berulang.


“Saya ingin jelaskan bahawa foto saya telah disalahgunakan tanpa pengetahuan atau persetujuan saya, sedangkan pada hakikatnya saya tidak pernah menjadi mangsa dalam apa-apa cara oleh budak ini ataupun keluarganya.



“Saya tidak melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu. Saya juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang terlibar itu. Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun, “ tulis gadis itu.


Isnin lalu, blog pro-Umno itu mendakwa anak pemimpin tinggi politik Pulau Pinang mencabul kehormatan budak sekolah dan bagi menutup perbuatan itu, bayaran RM200,000 disogok kepada ibu bapa budak perempuan itu supaya tidak menghebohkannya.

“Siapalah VVIP negeri Pulau Pinang yang ada ilmu kira-kira dan matematik hingga dapat mengira RM100,000 untuk 1 buah dada yang diramas oleh anak lelaki beliau?” tulis blogger dengan nama Dr MiM di novandri.blogspot.

Rasa simpati

Rabu lalu, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua mendedahkan bahawa gambar yang digunakan oleh penulis blog berkenaan dikenalpasti sebagai Anya Sun Corke, 21, seorang warga Britain.

Gadis itu juga dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang mahupun pernah berhubungan dengan anak Lim.

Berikutan pendedahan Pua itu, Malaysiakini menghubungi seorang rakan Corke, yang kebetulan adalah warga Malaysia yang menuntut di universiti yang sama.

Dalam emelnya, menurut gadis itu yang juga merupakan pemain catur handalan, satu-satunya cara yang dirinya “dicabuli” ialah apabila gambarnya berkaitan khabar angin yang keji dan tidak berasas itu disebarkan.

“Saya juga ingin luahkan rasa simpati saya terhadap remaja lelaki itu yang telah difitnah dengan dakwaan tidak berasas ini,” katanya.

Beliau juga berharap semua pihak, termasuk media menghormati kehidupan peribadinya dengan tidak menghubungi dirinya, keluarga, kolej, persatuan catur dan lain-lain yang berkaitan.

Read more ...

NAJIB KENCING 1MALAYSIA!!! Harga makanan RM 6.00 dikatakan RM 4.00


Lepas satu, satu lagi pembohongan Najib dibongkar...


Dengan bangganya Najib Altantuya memuji harga makanan yang dikenakan


Najib siap bagitau lagi, RM4 saja untuk sepinggan nasi, sepotong ayam goreng kuah kari, kari daging lembu, dan acar buah


Tetapi mengejutkan!


Menu sebenar yang berharga RM4 hanyalah sepinggan nasi, sepotong ikan goreng, kangkung masak kicap dan kuah kicap SAHAJA!


Anda mahu tau berapa harga sebenar yang rakyat kena bayar sedangkan Najib makan cuma RM4??


Lihat gambar kat bawah




http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/305762_10150335245581510_153563841509_8547036_1846874311_n.jpg


Siapa yang kencing sekarang??

Tauke kedai yang kautim dengan menteri si Ismail Sabri Yaakob atau Najib sendiri??


JALAN PULANG

Read more ...

PANAS!!! Video penangkapan Muammar Gadafi

Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarkan Pejuang Revolusi negara itu, sebentar tadi.

Menteri Penerangan Libya, Mahmoud Shammam, berkata beliau mengesahkan Gaddafi terbunuh selepas mendapat maklumat daripada Pejuang Revolusi yang melihat sendiri mayat bekas pemimpin negara itu.

“Anggota kami di Sirte sudah melihat mayatnya.... Mustafa Abdul-Jalil (Pengerusi NTC) akan mengesahkan perkembangan terbaru itu tidak lama lagi. Pejuang Revolusi memberitahu bahawa Gaddafi kelihatan menyertai satu konvoi dan mereka menyerang konvoi berkenaan,” katanya di sini, sebentar tadi.

Jurucakap operasi ibu pejabat NATO di Naples, Itali, Kolonel Roland Lavoie, berkata pesawat bersekutu melancarkan serangan ke atas dua kenderaan pasukan keselamatan pro-Gaddafi awal pagi tadi, di mana mereka terpisah daripada kumpulan itu sebelum menuju ke Sirte.

Bagaimanapun, pihak berkuasa NATO yang enggan namanya didedahkan berikutan syarat yang ditetapkan dalam undang-undang pasukan keselamatan bersekutu, berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada Gaddafi terbunuh atau ditangkap.

Semua pihak mengambil langkah berhati-hati untuk mengumumkan kematian Gaddafi apabila laporan yang diterbitkan sebelum ini (merujuk kepada kematian ahli keluarga Gaddafi atau penangkapannya) disahkan tidak tepat.

Sementara itu, satu daripada kumpulan Majlis Ketenteraan Misrata, berkata pejuang mereka berjaya menangkap Gaddafi.

Manakala, Komander bagi kumpulan lain dalam Majlis Ketenteraan Misrata pula, Abdel-Basit Haroun, berkata Gaddafi terbunuh dalam serangan udara yang disasarkan ke atas konvoi yang sedang melarikan diri. - AP/BH



Read more ...

SEDAP2 TUDUH PAS AKHIRNYA!!!! UMNO buat kenyataan rasmi tak terlibat Himpunan Sejuta Umat

Umno Tidak Terlibat Himpunan Sejuta Umat - Tengku Adnan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpkhfNkMN_RdmZI-bbnA2tEapRi3SMze3jgFfwY1rCzxjy27b9YNyNE8R_t4qguR57W3vE7js00PDg-u3_8TVu9Zt-JUXHKl5dE-l2Br5Gsx7BDkEktezF7tsQnpslgf07cJp8XSMiYOmm/s1600/najib+umno+boneka+MCA.JPGKUALA LUMPUR: Umno tidak terbabit dalam penganjuran perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata dakwaan kononnya parti itu menjadi dalang penganjuran perhimpunan itu bersifat liar dan tidak berasas.

"Umno tidak ada kena mengena. Ini kerja NGO (badan bukan kerajaan)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Bernama

BUKTI UMNO IKUT TELUNJUK MCA..........



Chua Soi Lek Bantah Himpunan Sejuta Umat..

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata penganjur Himpunan Sejuta Umat (Himpun) agar membatalkan kempen terhadap Kristian yang didakwa mencabar akidah umat Islam demi mengelakkan ketegangan agama.

“Sama ada ia harus diteruskan ataupun sebaliknya, saya fikir polis tahu apa yang hendak dilakukan, tetapi secara peribadi saya merasakan tidak harus ada sebarang perhimpunan (seumpama itu),” kata Dr Chua hari ini.


“Kita harus mengurangkan sebarang bentuk aktiviti agama yang akan menyumbang kepada perasaan sangsi antara pelbagai kaum di negara ini,” kata beliau.



Dr Chua berkata setiap orang menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan negara pelbagai kaum dan kepelbagaian dalam pandangan.

“Dan, jika kita tidak boleh menerima yang itu dan selalu mahu mengenakan kepercayaan (kita) ke atas orang lain, akan sentiasa ada ketegangan,” katanya.

Read more ...

SPRM KENA JAWAB!!! Bagaimana PAPA GOMO boleh dapat gambar dalam telefon arwah Sarbaini

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Keluarga bekas Penolong Pengarah Kastam, Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamad hari ini menuntut agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertegas dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kembali kematiannya.

Peguam N Surendran yang bersama keluarga allahyarham menjelaskan pada satu sidang media di parlimen, tujuan keluarga itu hadir adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri serta menuntut agar kes tersebut dibuka kembali.

"Pada 6 April yang lepas Penolong Pengarah Kastan Ahmad Sarbaini Mohamad dijumpai mati dalam keadaan syak di pejabat Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Arwah pada masa tersebut di bawah siasatan SPRM, berada di pejabat SPRM untuk tujuan siasatan tersebut dan berada di bawah kawalan SPRM pada masa kematiannya.

"Namum pada 26 Sepember yang lepas, Mahkamah Koroner memutuskan bahawa kematian arwah adaah disebabkan nahas (misadventure). Atas sebab inilah keluarga arwah datang membuat tuntutan kerana tidak berpuas hati," jelas Surendran.

Tambah Surendran lagi, antara sebab keluarga menolak keputusan tersebut kerana terdapat keterangan oleh pakar polis yang tidak mempertikaikan bahawa rakaman CCTV selama 22 jam dipadamkan oleh seseorang yang mempunyai kemahiran dan tempoh rakaman yang dipadamkan itu merangkumi masa arwah berada di SPRM dan menemui ajal.

"Selain dari itu adalah sukar dipercayai bahawa arwah yang pergi ke pejabat SPRM secara sukarela kemudiannya kononnya cuba meninggalkan pejabat tersebut melalui tingkap di tingkat 3.

"Terdapat keterangan jelas menunjukkan pegawai SPRM bertindak agresif terhadap atwah termasuk merampas telefon bimbitnya, walaupun tujuan lawatan arwah pada hari tersebut adalah untuk meminda kenyataan bertulisnya," katanya lagi.

Surendran juga memberitahu keluarga arwah juga tidak berpuas hati pada saat kematian itu berlaku.

"Sebagai sebuah badan awam, mereka seharusnya mencari kebenaran dan mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai mereka yang bertindak secara salah.

"Selain itu juga sepanjang perbicaraan SPRM dan Jabatan Peguam Negara telah menyerang nama baik arwah dengan mengemukakan keterangan yang kononnya arwah terlibat dalam kes rasuah walaupun ini tidak relevan bagi siasatan koroner," sambungnya lagi.

Surendran berpendapat terdapat foul play dalam kes kematian arwah dan keluarganya menuntut agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan kadar segera dan menyiasat kembali kes kematian itu.

Dalam pada itu, sepupu Allahyarham Sarbaini, Mokhtar Mansor, 53, mempertikai bagaimana gambar yang terdapat di dalam telefon arwah boleh berada di tangan blogger pro Umno papagomo sehingga mengeluarkan fitnah mengatakan arwah mempunyai perempuan simpanan.

"Kenyataan papagomo mengatakan arwah mempunyai perempuan simpanan adalah tidak benar serta fitnah dan gambar remaja perempuan tersebut adalah merupakan kawan kepada anaknya.

"Kawan kepada anak arwah telah meminjam telefon arwah untuk mengambil gambar dan ini diketahui oleh keluarga arwah sendiri, apa yang ditimbulkan di sini bagaimana gambar di dalam telefon arwah boleh berada di tangan papagomo jika tidak ada pihak yang benar-benar merancang serta berniat jahat," katanya.

Beliau berharap perkara itu juga disiasat selain menuntut pembelaan terhadap kematian arwah Sarbaini.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah bapa allahyarham, Mohamad Itam, 78, dan juga ibunya Aishah Abdul Raof, 73, serta saudara-saudaranya yang lain.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menberitahu pihaknya akan membantu agar memorandum tersebut dapat disampaikan kepada Perdana Menteri dan akan membawa perkara tersebut ke parlimen bagi mengetahui jawapan daripada kementerian terbabit.

Read more ...

CABARAN DEBAT AZIZ BARI !!! Zul Kulim sambut dan sudah berlatih berdebat dengan kerusi

BEBERAPA hari lalu, Zulkifli Nordin yang juga ahli parlimen Kulim Bandar Baru mengadakan satu ceramah "Debat Rakyat" di salah sebuah Sekolah Tabika Kemas, Seksyen 8 Shah Alam.


Jalan masuk ke sekolah tabika lokasi ceramah, ahli parlimen yang mengaku sebagai "bebas" itu dipasang gerbang besar yang diperbuat daripada belon udara dengan logo Barisan Nasional.


Persiapan ceramah ahli politik kontroversi itu dilihat begitu gah, dengan tajuk besarnya "Debat Rakyat". ReJaM© menjangkakan satu perdebatan hangat akan berlangsung berhubung isu-isu semasa dan politik.

Rupa-rupanya jangkaan ReJaM© ternyata meleset sama sekali. Zulkifli Nordin tidak berdebat pun, sebaliknya sekadar terjerit-jerit seorang diri, di hadapan puluhan bangku-bangku kosong, kesian...



ReJaM© "Ini bukan debat, ini namanya musibat..."


Read more ...