Thursday, January 19, 2012

UMNO DAH TERDESAK!!! Beras Cap Bashah sempena Tahun Baru Cina di Kedah

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata


(Sumbangan ikhlas..Ikhlass jangan tak ikhlasss, ikhlas politik)

Bakal MB Kedah dalam khayalan, Tok Mat Bashah yakin BN akan tawan Kedah kerana kununnya rakyat tak menolak PR.

Tabik Tok Bashah, macam tuulah kalau angan2 nak jadi MB kena pamerkan keyakinan tu pada rakyat, baru rakyat nampak kesungguhan BN walaupun hakikatnya nak jadi calon Bakaq Bata pun belum tentu lagi.

Maklumlah gerakan BBBBB atau 5B semakin kuat sekarang ni. Gerakan Buang Bashah Bertanding Bakaq Bata dipelopori oleh orang-orang UMNO bahagian Alor Setar sendiri.


Politik diri sendiri pun belum tentu selamat, ada hati nak komen kononnya PAS sedang berpecah. Kesian kat hang Mat Bashah woii.


Keyakinan nak tawan balik Kedah dibuat selepas edar beberapa kampit beras cap Mat Bashah kepada penduduk sempena Tahun Baru Cina. Empat tahun jadi YB, hulog sekampit beras kat pengundi dah yakin nak tawan Kedah? Keh kehh kehhh...Kedah La

Read more ...

FITNAH!!! Akhirnya Blogger UMNO mohon maaf

Blogger pencacai, RBF Online telah memohon maaf kat Wardina seperti di laporkan di Sinar Harian.

Blogger
RBF Online memutuskan untuk menamatkan kontroversi berhubung kejadian samun melibatkan pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah dan keluarganya, Khamis lalu dengan memohon maaf atas tulisannya.

Semalam, Wardina menjemput blogger RBF Online itu agar menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang dilalui keluarganya minggu lalu lakonan atau pun kisah benar.

Kecut perut jugak blogger pencacai nih... tidak sia-sia je.. silap-silap kena saman dengan Wardina. Lain kali jangan tabur fitnah dan mulut celupar, nanti makan diri sendiri. Kat bawah ni Addin sertakan petikan kata-kata berapi dari RBF online .. mujur ler Addin tak termuntah depan laptop..

"Atas dasar menghormati nasihat seorang pemimpin besar yang sampai ke pengetahuan saya melalui khalifah-khalifahnya, maka dengan ini saya tidak berhasrat untuk memanjangkan lagi tulisan saya berhubung kes pecah rumah dan samun yang menimpa Wardina dan keluarganya,"

Kah..kah..kah.. khalifah yang mana satu nih??ADDIN

Read more ...

SUKA FITNAH!!! Utusan di saman RM 150 Juta


Dato Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia berjumlah RM150 Juta hari ini berikutan laporan Utusan @ Lidah Rasmi UMNO yang telah memutar belit wawancara beliau bersama BBC..
ASD

Anwar sues Utusan Malaysia for RM150 million

Anwar Ibrahim has filed a RM150 million defamation suit against Umno-owned Utusan Malaysia , claiming the newspaper has been "concocting lies" about him wanting to legalise homosexuality.

In the statement of claim issues by M/s Daim & Gamany, the opposition leader is demanding RM50 million in damages, as well as other costs to be determined by the court.

Lawyer and PKR vice-president N Surendran told reporters after filing the suit today that they will also be requesting the court to award RM50 million for aggravated damages and another RM50 million in exemplary damages.

"We are demanding such a high amount because the allegations went international and have also affected Anwar's image as a statesman," Surendran said.

Anwar named Utusan Melayu (Malaysia) Bhd and the Malay-language daily's editor-in-chief Abdul Aziz Ishak as defendants.

Utusan had carried a front-page article title "Tolak Anwar - Hasan" on Jan 17 where the Permatang Pauh MP and PKR de factor leader was chastised by recently sacked PAS commissioner Hasan Ali for questioning the country's anti-homosexuality laws and allegedly wanting to legalise lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) activities.

It also published another article titled "Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak" on page 10 the same day.

Hasan's comments came after Anwar's interview was aired over the BBC last week where he called for a review "archaic laws".

"We, Muslims and non-Muslims generally believe and (are) committed to support the sanctity of marriage between men and women in Malaysia.

"But we should not be seen as punitive and consider the archaic laws as relevant. We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain.

"We will not make apologies towards that... I think to use this sort of legislation to be punitive, punishing innocent people cannot be condoned or be tolerated," read Surendran quoting Anwar's interview.

Surendran added that the lawyers sent a letter of demand to Utusan on Jan 17 asking for a retraction, apology and damages within 48 hours.

"I just got a fax from Utusan yesterday that they are looking into it, that's all," he said.

He pointed out that the Utusan had published the article on its front-page "to cause maximum damage and embarrassment" to Anwar.

He said that these attacks on Anwar were also an attack on the reputation of Pakatan Rakyat as the federal opposition.

He also took potshots at prime minister and Umno president Najib Abdul Razak for allowing the newspaper to "continue publishing lies".

"If you want to see the real face of Najib read Utusan Malaysia.

"Utusan is just like the Nazi newspapers which used to publish Adolf Hitler's lies," said Surendran.

Malaysiakini

Read more ...

BLOGGER FITNAH!!! Tun Faisal kata PAPA GOMO dan PARPU KARI sukar dikawal

Pengerusi unit media baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau tidak dapat mengawal penulis blog tertentu seperti Papagomo dan Parpukari yang sering menyiarkan tulisan berunsur fitnah di laman berkenaan.

Katanya, beliau tidak menyokong pandangan tertentu yang diketengahkan dalam blog berkenaan namun beliau mengakui bahawa laman berkenaan menyumbang kepada pengaruh Umno, lebih-lebih lagi ketika menghadapi pilihan raya kecil dan pilihan raya umum.


"Tapi saya lebih bimbang apabila berdepan dengan pemilihan Umno. Penulis blog ini akan bersaing antara satu sama lain.


"Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal mereka?," katanya lagi ketika ditemui di satu majlis diskusi pengguna laman blog popular Twitter, malam tadi.

Jelasnya, kedua-dua penulis blog berkenaan juga telahpun meraih populariti apabila Umno mula menubuhkan unit baru itu ketika memasuki gelanggang pilihan raya 2008.


Tambahnya, kumpulan pro-pembangkang telah mula menggunakan ruang Internet semenjak 1999 ketika slogan seperti "Mahazalim" mula timbul sebagai kritikan kepada corak pemerintahan perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita jauh ketinggalan di belakang sedangkan lanskap (perang media) telahpun berubah. Pada 2008 kita terkejut kerana ia bukan lagi sekadar tulisan tetapi kandungan multimedia digunakan.

"Fitnah semakin banyak dengan gambar dan visual. Sebab itu Pak Lah kena teruk (diserang). Ianya lebih teruk daripada (fitnah) 'zaman Mahazalim'," katanya lagi.

Semenjak dilantik mengetuai unit berkenaan pada 2010, Tun Faisal berkata beliau telah melatih seramai 1,800 orang untuk bergiat di ruang siber melalui penulisan blog dan juga menyertai laman sosial.

Secara peribadi, beliau bagaimanapun hanya mengenali seramai 27 orang daripada jumlah tersebut.

"Penulis blog yang menyerang ini, sukar untuk kenali mereka, mungkin mereka terikut dengan orang lain," katanya lagi.

Beliau dilantik oleh ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin ke unit berkenaan untuk mendedahkan orang Umno supaya tidak begitu bergantung kepada media arus perdana.

Sekarang, kata Tun Faisal, pihaknya ada lebih ramai orang di media dalam talian untuk mengimbangi keadaan tersebut.

'Cybertrooper' berkenaan juga, katanya, dilatih untuk menyerang pembangkang dan juga untuk melengkapi fungsi media arus perdana yang lebih banyak melaporkan dasar dan implementasi kerajaan

"(Latihan tersebut) sama ada anda kelirukan orang atau beritahu sisi cerita yang lain," katanya lagi berjenaka.

Read more ...

HAPUS TOL!!! Kerajaan tak bankrap, kroni UMNO yang akan bankrap


Antara yang paling tinggi keuntungannya ialah Lebuhraya Metramac yang mencatat keuntungan 877 peratus daripada kos asal pembinaan yang hanya berjumlah RM45 juta.

Lebih mengejutkan, kata Lim ialah kekayaan yang dikumpul melalui projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang mengaut keuntungan RM 18 bilion, setelah ditolak kos pembinaannya sebanyak RM 5 bilion; dengan tempoh konsesi selama 50 tahun sehingga tahun 2038.

Begitu juga dengan projek lebuh raya KL – Karak yang untung hampir RM1 bilion (202 peratus), diikuti Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dengan keuntungan RM1.6 bilion (149 peratus) berbanding kos pembinaan sekitar RM1 bilion. -MKINI-

Ni kita semua kena tau dan pikir betapa firaunnya kerajaan Bn nie..Kedarah duit rakyat tak habis-habis lepastu bagi anak bini,adik beradik kaya melana.Aku bila baca kenyataan yang dibuat oleh LGE ni membuatkan aku kepanasan.Apa tidaknya selama nie pemimpin-pemimpin umno nie mengikis duit rakyat tanpa rasa belas kasihan demi memenuhkan poket-poket anak bini sahaja.Puak-puak yang kaya semakin kaya melana dan rakyat bawahan@petani macam aku ni semakin tertekan dek penekanan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin korup Bn nie..

Adakah patut sokong Umno@Bn lagi dalam PRU 13 mendatang?Jawapannya ....

Tidak!!!Hangan harap nak sokong..sebab apa?sebab kita orang yang pandai dan boleh berfikir.Allah taala mengurniakan kepada kita akal untuk berfikir dan kita boleh berfikir kebaikan dan keburukan sesuatu perkara.Hanya orang yang bodoh macam puak-puak Bn sahaja yang masih nak sokong Bn puak-puak nie.Contohnya macam ni, BN meletakkan calon pilihanraya merupakan Setongkol kayu sekalipun nescaya puak-puak taasub dan bodoh Umno ni akan mengundi Umno..kah,kah,kah...

Aku tau bila kita bagitau puak-puak umno ni mengenai penghapusan tol yang akan dibuat oleh PR jika memerintah.Puak-puak ni akan kata penghapusan ni akan merugikan negara dan mengbangkrapkan negara,menjahanamkan,dan bla,bla,bla lagi la depa kata.Inilah jawapan yang paling sesuai dan Ma'ul yang akan dikatakan oleh puak-puak tak dak otak nie...Hangpa tak tengok ka bagaimana kerajaan selangor bagi air free???dulu heboh puak-puak ni kata selangor akan bangkrap jika bagi air free.Tapi apa yang jadi sekarang nie??bertabah kaya adalaa....

Dan hari nie ada manusia macam aku yang berimpian mahu hidup di malaysia tanpa tol, dan kita boleh realisasikan impian kita asalkan kita undi kepada yang mampu laksanakan apa yang kita inginkan. Pilihan di tangan anda. Nak racun atau madu, anda tetapkan. bye4
Siasahkini

Read more ...

NAJIB DIBENCI ANAK MUDA!!! Pelajar perempuan pula ditahan kerana ugut Najib

Foto: Sebelum ini pelajar USM mengugut mengebom helikopter PM

Saya petik:
[kosmo] ALOR SETAR — Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis semalam, kerana menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial.

Penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda itu ditahan pada pukul 9 pagi, selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya.


Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10 malam semalam mengenai perkara itu, dan menahan penuntut terbabit selepas mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut.


"Kita telah ke universitinya dan melalui pihak universiti, kita telah memanggil pelajar itu untuk diambil kenyataan berhubung berkara itu,” katanya kepada pemberita, di sini malam tadi.


Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik pelajar tahun dua IPTS tersebut untuk siasatan.


"Kita juga turut memanggil ibu bapa pelajar itu bagi membantu siasatan,” kata Ahmad.


Katanya memandangkan pelajar itu masih lagi dalam minggu peperiksaan, pihaknya telah membebaskan pelajar tersebut petang tadi selepas diambil keterangan bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan.


"Kita akan memanggil beberapa individu lain untuk memberi keterangan berhubung perkara ini. Kita juga akan memanggil pelajar tersebut pada bila-bila masa jika perlu,” katanya.


Beliau berkata pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan terhadap pelajar itu dan akan menyiasat dengan terperinci perkara tersebut.


"Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.
-BERNAMA


Read more ...

PRU 13!!! Bubar awal Februari, Penamaan Calon 25 atau 26 Februari, Mengundi 11 Mac ?


"PAS yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen pada awal Februari dan memanggil untuk pilihan raya umum ke-13 pada 11 Mac.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat Hatta Ramli berkata parti-parti politik di Malaysia sekarang sekadar tinggal 50 hari untuk bersedia menghadapi pilihanraya.

"Berdasarkan maklumat dalaman dari Umno, Najib akan
membubarkan Parlimen pada awal Februari. Pilihanraya akan diadakan sama ada pada 25 atau 26 haribulan dan kita hanya mempunyai dua minggu tempoh berkempen sebelum membuang undi pada 11 Mac.

"Oleh itu kita hanya mempunyai 50 hari lagi untuk bekerja. Tidak banyak masa yang tinggal untuk kita duduk dan berehat," Ahli Parliman Kuala Krai itu memberitahu orang ramai 500 hadirin semasa majlis perasmian Operasi Pilihanraya PAS Lenggeng di sini.

Dakwaab Hatta diperkukuhkan lagi dengan hakikat bahawa cuti sekolah panjang yang pertama bagi 2012 adalah dari 10 hingga 18 Mac.

Dan seandainya benar pilihanraya akan diadakan pada bulan Mac, maka ia berkemungkinan bahawa sekolah-sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi dan guru-guru sekolah akan dilantik sebagai kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya sementara.

Read more ...

SAMAN RAFIZI & ZURAIDA!!! Peluang Shahrizat melondeh kain

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwxUnQ0UcDhkX4G15sPy9pVgYV5DOr4AClozWi2OJXqhk5wYebSbh3LTepG8S1KdS3vU-7MdOqlVF58m-FMN54Hf8y362sY7HD97k2T2dgex-c-mY0d3azhOaOOO85XG-0JdS3SlFlwxo/s1600/1.jpgHari yang paling bersejarah buat kita semua yang selama ini ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua.

Walaupun masih dalam tempoh "bercuti" atau dalam bahasa kasarnya dipeti sejukkan, Shahrizat dalam diam-diam meminta peguam yang intim dengan Umno-APCO, Muhammad Shafee Abdullah supaya menyaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR yang juga ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.


Alasan yang diberikan oleh Shahrizat menyaman mereka berdua adalah kerana pendedahan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang bermula dengan laporan Ketua Audit Negara, Ambrin Buang, dengan jelas menyatakan bahawa sejumlah RM250 juta wang pembayar cukai telah diselewengkan untuk tujuan peribadi, bukannya melibatkan dirinya.


Sebaliknya, kunun dia tidak ada kena-mengena dengan skandal tersebut kerana dia tidak berada dalam mana-mana jawatan dalam syarikat tersebut, padahal suaminya, Mohamad Salleh Ismail adalah pengerusinya!


Persoalannya kini, jika Shahrizat benar-benar tidak ada kena mengena dengan syarikat tersebut, mengapa pula dia yang sibuk hendak menyaman Rafizi dan Zuraida?


Bukankah kita pernah mendengar Mohamad Salleh sendiri yang mahu menyaman mereka berdua kerana kununnya pendedahan itu satu fitnah terancang?


Mengapa Shahrizat dan Mohamad Salleh tidak menyaman Ketua Audit Negara sedangkan pendedahan skandal tersebut berpunca dari laporan yang disediakan Ambrin Buang dan pegawai-pegawainya!


Apa yang Rafizi dan Zuraida mahu Shahrizat lakukan adalah, berhenti dari memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, parti dan agensi lainnya kerana tindakan ahli keluarganya menyamun wang rakyat sebegitu banyak hanya akan menghancurkan negara secara langsung.


Serangan mereka berdua terhadap Shahrizat bukannya serangan peribadi sebaliknya mahu penjelasan yan sewajarnya diberikan kepada rakyat kerana semua wang yang digunakan adalah milik mereka!


Susah sangatkah permintaan Rafizi dan Zuraida yang mewakili suara rakyat lebih 48 peratus di seluruh negara?


Jika Shahrizat mahu membersihkan namanya, dia seharusnya menasihatkan suami dan anak-anaknya supaya jangan lagi menyalahgunakan harta rakyat selaras dengan kedudukannya sebagai menteri yang mahu dihormati rakyat, bukannya menyaman Rafizi dan Zuraida yang mahu menegakkan kebenaran.


Tetapi jika itulah keputusan Shahrizat, selamat berjuang di gelanggang mahkamah kerana sekiranya dia yakin mahkamah dan hakim masih berpihak kepada Umno-APCO, mungkin dia akan menerima padah, mengapa?


Sudah lupakah dia berapa peratus rakyat mengatakan Anwar Ibrahim bersalah, dan di mana Anwar Ibrahim sekarang?


Jangan marahkan rakyat jika kali ini kain Shahrizat benar-benar terlondeh dan seluruh dunia mentertawakannya!


JALAN PULANG



Saman dari Shahrizat: Kami cukup bersedia dan 'teruja'- Rafizi


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata beliau bersedia untuk berdepan saman dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC).


Ia ekoran Shahrizat hari ini mengemukakan saman terhadap beliau dan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Menurutnya, peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan yang bakal diikuti lebih ramai rakyat Malaysia.


"Peluang ini memang telah ditunggu-tunggu agar kami boleh menggunakan kuasa mahkamah untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini,"


"Oleh itu, kami cukup bersedia dan teruja untuk berdepan dengan Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak," tegasnya.


Menurut Rafizi, beliau yakin semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri.


"Sebelum memulakan siri pendedahan skandal, pasukan kami telah pun berbincang dengan peguam-peguam KEADILAN mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman," jelas beliau.


Menurutnya lagi, risiko saman itu adalah berat dipihaknya yang berdepan kemungkinan muflis sekiranya kalah, sedangkan Shahrizat hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman itu ditolak.

Read more ...

LAWAK ANTARABANGSA!!! "Prime Minister's wife" buat Najib makin keluh kesah


Rosmah Mansor kena lagi. Selepas isu beli cincin 24juta dengan alasan duit disimpan sejak kecil, kini Rosmah dimalukan pula di 9gag dengan tajuk Spent US203150 Public Fund On A Handbag, Clain To Save Money Since.

Rosmah ni nampaknya dah menjadi liabiliti terbesar Najib menjelang PRU13 mengalahkan Anwar Ibrahim. Di akhir entry ni aku ada siapkan calculation berapa yang Tok Mah perlu menabung sehari untuk capai impian membeli kedua dua cincin dan beg tangan . So baca sampai habis .

Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu berbuat sesuatu untuk menghentikan dirinya dari terus dipermainkan akibat dari karenah isteri beliau. Terbaru, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor telah dipermainkan dalam laman lawak antarabangsa terkenal, 9gag.com dengan tajuk
"Prime Minister's wife".

"Rosmah telah didakwa membelanjakan US$203,150 wang awam untuk membeli bag tangan. Tetapi menjelaskan telah menyimpan wang sejak berumur 5 tahun." (Spent US$203,150 public funds on handbag, Claim to saved money since 5 years old).


Yang menariknya, selepas ia dinaikkan 21 jam, sudah 112 komen diberikan manakala 162 pelayar telah menandakan 'like' kepada gambar yang memalukan ini. Sehingga kini sudah 234 komen dan 480 telah kongsikannya. Komen -komen pula bukannya datang dari Malaysia sahaja tetapi juga luar negara khasnya negara jiran, Singapura.


Komen pertama datangnya dari Chua Chem Fei, Nanyang Technological University yang berharap 'seluruh dunia tahu betapa teruknya
'this fat lady'. Selain itu, ramai juga komen-komen yang dibuat oleh pelayar laman ini dari Malaysia. "$9 a day since 5 years old. That's kinda like RM30 per day..i gues she really liked the bag..lol." tulis Faiz Mohamad Nor dari UTP.

Pendek kata, komen-komen yang diberikan dalam laman sangat memalukan Najib dan negara apatah lagi ia dibuat di peringkat antarabangsa dan oleh laman web antarabangsa.

**Rosmah rosmah. Bila lah kau nak berubah ye? Alasan tak masuk akal langsung. ok jom kita kira sama sama.
Dulu US24 juta dan sekarang US$203,150.

campur dua2 = US 24,203,150 .

Convert kepada RM lebih kurang cincai2 Rm3 la katakan, = RM72690450

Umur Rosmah sekarang 60. Dah tua bangka dah. kita kira 55 sebab dia cakap dia start menabung dari umur 5tahun kan?

RM72690450 bahagi 55 = RM1321644.55 untuk setahun

bahagi lagi dengan 365 = RM 3620.94 sehari .(GILAAAA)


So untuk mencapai impian memiliki sebentuk cincin dan sebuah beg tangan, secara logiknya, Rosmah perlu menabung sebanyak RM 3620.94 sehari. Adakah anda rasa ini logik? Ok memang kira kira aku ni tak logik kan? Mungkin bila dah meningkat dewasa dia boleh simpan sehari RM10,000 kan? itu yang sampai 24Juta dalam masa 55tahun tu.

Kejap, kerja dia apa ek sampai boleh simpan banyak macam tu? Dulu dia Business Manager je dekat Island and Peninsular. Lepas kahwin terus jadi surirumah full time. So mana dapat duit banyak tu Tok Mah weii? ~pencacaisemalaysia

Read more ...

RAKYAT JOHOR BANGKIT!!! MB dan Kerajaan Negeri disaman

http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/Saman%20MB.jpgJOHOR BAHRU – Kesal diarah keluar secara paksa dari Rumah Rakyat SEDC Tampoi, di sini pada 2002, seramai 44 penduduk melalui Tetuan Hassan Karim and Co memfailkan saman kepada Menteri Besar, (MB) Datuk Abd Ghani Othman dan Kerajaan Negeri.

Peguam yang mewakili pen­­­duduk, Hassan Abdul Karim berkata, mereka ber­buat demikian kerana kecewa apabila tanah tapak rumah yang dijanjikan dengan pembinaan rumah baru untuk mereka telah dibina bangunan SPRM dan sebuah pasar raya.


Dakwanya, pada asal dahulu, penduduk bersetuju keluar dari Rumah Rakyat SE­DC itu dengan harapan akan dibenarkan kembali menduduki rumah baru seperti janji MB.


“Sekitar November 2009, penduduk mulai menyedari sebahagian tanah tapak rumah mereka seluas 30 hektar telah dibina bangunan lain.


“Penduduk telah menghantar notis tuntutan ganti rugi kepada MB dan Kerajaan Negeri pada Mac 2010 kerana mungkir janji," katanya di sini, semalam.


Hassan berkata, penduduk menuntut MB dan Kerajaan Negeri membina rumah kos rendah di atas tapak tanah Rumah Rakyat SEDC Tampoi yang dianugerahkan secara percuma.


Menurutnya, secara alternatif sekiranya rumah tersebut tidak dibina, penduduk menuntut supaya dibayar ganti rugi wang tunai sebanyak RM35,000 setiap seorang.


“Selepas tiga kali mediasi yang diadakan gagal pada tahun lepas, Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah menetapkan perbicaraan penuh pada Mac depan.


“Bagaimanapun MB dan Kerajaan Negeri telah memfailkan permohonan untuk membatalkan writ saman dan penyataan tuntutan penduduk pada Disember tahun lepas dan bakal dibicarakan pada Februari depan,” katanya.


Hassan berkata, sebanyak 999 unit Rumah Rakyat SEDC Tampoi telah dibina pada 1976 dengan perjanjian selepas tiga tahun penduduk boleh membeli rumah itu dengan harga RM8,000.


Menurutnya, bagaimanapun pihak berkenaan ingin menjual rumah itu dengan harga RM14,000 sedangkan jumlah itu dianggap terlalu besar oleh penduduk pada waktu itu yang rata-ratanya berpendapatan rendah.


“Semua penduduk diarahkan keluar sehingga berlaku kontroversi dan memaksa campur tangan polis apabila penduduk enggan berpindah dari rumah itu.


“Ketika itu datang MB cuba menyelesaikan masalah dan menyuruh penduduk berpindah sementara kerana dalam masa dua tahun Kerajaan Negeri akan membina rumah kos rendah di tanah tapak penduduk dan mereka boleh kembali menetap di situ,” katanya.


Katanya, akhirnya penduduk merasa kecewa dengan janji tersebut apabila sebahagian tanah yang dinyatakan telah dibangunkan dengan kompleks SPRM dan sebuah pasar raya.

Read more ...

PORTFOLIO HAL EHWAL ISLAM!!! MB boleh meluruskan perkara yang 'bengkok'

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjiWrAyrOpEHtXYmLpqOrSX9RrYkgCqVNd65zmbtMWCe5q1oCHIj6fED44N0JGK8vJ9IBPCfxBBMkSaQs6JonmnkQrVG7sbcETTEgqJCozUlq9TBP-00NAj8aih0dx2LFBiKjuYnS-NSeOj/s400/khalid-samad-sep21.jpgSHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil pertimbangan yang tepat apabila mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam agar institusi agama Islam di Selangor iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dapat dipantau beliau sebaik mungkin.

Timbalan Pesuruhanjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, dengan kedudukan sebagai Menteri Besar, sudah pasti Abdul Khalid boleh mengendalikannya dan meluruskan perkara yang ‘bengkok’ dalam Jais dan Mais termasih soal zakat dan isu-isu yang ditimbulkan tetapi tidak diberikan jawapan wajar.

“Kalau diletakkan orang baru, kita khuatir dia mungkin akan dipermainkan oleh Umno yang akan menggunakan Jais dan Mais untuk kepentingan mereka dan itu akan menimbulkan masalah tetapi kalau Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang pegang, baru bertemu buku dengan ruas,” katanya.

Khalid berkata, lebih elok portfolio itu dipegang Abdul Khalid kerana beliau lebih arif dan berpengalaman mengendalikan berbanding individu lain yang memerlukan masa untuk menguasai portfolio tersebut.

“Tiada masalah Menteri Besar pegang kerana pilihan raya dijangka sudah menghampiri, Exco yang diberi tanggungjawab memerlukan masa untuk menyesuaikan dan memahami selok belok portfolio berkenaan. Ia akan menjadi sedikit masalah bagi orang baru untuk mengendalikannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kenyataan Pas dipinggirkan apabila Abdul Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam hanyalah andaian pihak media.

“Tidak timbul soal Pas dipinggirkan kerana itu adalah andaian pihak media untuk memainkan isu sahaja. Setiap keputusan yang dibuat (oleh Abdul Khalid), yang sudah pun diperincikan dalam mesyuarat parti,” katanya.

Beliau berkata, rombakan dan pertukaran portfolio bukan suatu perkara yang mengejutkan kerana setiap kali sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, soalan ditujukan kepada Abdul Khalid.

“Itu jelas menunjukkan semua portfolio adalah tanggungjawab Menteri Besar. Kita harus faham, apabila disebut Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri, kebertanggungjawaban terletak di bahu menteri besar,” katanya.SH

Read more ...

PRU 13!!! SPR setuju laksana 7 dari 10 cadangan PSC

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibJvbWeNZ6510pRDFq9J3Jc1MfsGTA-38oHs5z0j4VbZ3mr9Mrfc0PyjbSujlya_YAh6PLiZ6tN97SKQN1ZOGrhsnlmNacAafkZ-oajWJvzlzbfvvZCIBxW-MW4Vwx0e3obQsB_woLOf4P/s1600/Tan+Sri++Aziz+SPR.jpgKUANTAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan tujuh daripada 10 cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13)akan datang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, baki tiga lagi cadangan iaitu melibatkan pengundi luar kawasan, pertukaran kawasan pendaftar dan pengundi tidak hadir yang berada di luar negara masih dalam kajian SPR.

"Tujuh cadangan yang akan dilaksanakan pada PRU13 termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal bagi anggota polis dan tentera serta pasangan masing-masing, memanjangkan tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan dari tujuh hari kepada 14 hari, pemansuhan proses bantahan dan tempoh penarikan diri pencalonan serta pembersihan daftar pemilih," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas taklimat kepada pegawai pengurus dan penolong pengurus pilihan raya sempena persiapan PRU13 di sini hari ini.

Katanya jawatankuasa itu yang dibentuk Ogos lalu telah menamatkan sesi pendengaran awam yang dijalankan ke seluruh negara Jumaat lepas di Johor Baharu.

"Kita difahamkan laporan akhir daripada jawatankuasa tersebut akan dibentangkan di Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat Mac nanti," katanya.

Sebelum ini 10 cadangan dalam laporan awal oleh jawatankuasa itu telah dibahas dan diterima oleh Parlimen.

Berhubung pembersihan daftar pemilih, beliau berkata SPR telah mengemukakan senarai 12.4 juta pengundi berdaftar kepada MIMOS Berhad bagi tujuan tersebut awal bulan ini.

"Kita tidak meletakkan tarikh akhir bagi pihak MIMOS tetapi kita harap ia akan selesai sebelum laporan akhir PSC dibentang di Parlimen Mac nanti," katanya.

Mengenai kebimbangan jika terdapat pihak yang masih tidak berpuas hati berhubung pelaksanaan cadangan berkenaan, Abdul Aziz berkata mereka boleh mengemukakan cadangan tersebut menerusi semua medium kepada SPR termasuk menulis surat.

"Mereka telah diberikan platform yang seluas-luasnya untuk mengemukakan cadangan atau bantahan menerusi jawatankuasa yang telah dibentuk...apa yang kita buat adalah bertindak atas jawatankuasa yang telah dibentuk," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata SPR pada bulan lepas menamatkan perkhidmatan 24 Penolong Pendaftar Pemilih manakala 67 lagi diberi amaran akibat pelbagai kesilapan termasuk mendaftarkan pemilih mengikut alamat yang tidak wujud, menggunakan alamat yang terlalu umum dan mendaftar pemilih yang belum cukup umur. – Bernama

Read more ...