Thursday, July 14, 2011

Lagi gambar dan berita himpunan Bersih 2.0 sambut Najib di London

Gambar-gambar berikut tidak mungkin akan kita lihat disiarkan oleh TV3 mahupun Utusan Malaysia, media yang ditunggangi UMNO..

Saksikan bagaimana meriahnya Najib disambut di London..


Najib tiba..



Najib melangkah keluar kenderaan..


Cuba hang tengok belakang kata mamat itu kepada Najib..


Eh..Eh.. kuningnya..


The New York Times hari ini melaporkan wartawan yang menyerbu Najib semasa hendak sampai ke Pejabat Perdana Menteri Britan, David Cameron di No 10, Downing Street dihujani pertanyaan mengapa tindakan ganas diperlakukan ke atas pejuang rakyat.

Najib dengan selamba menjawab, sekiranya tindakan tidak dilakukan, lebih banyak lagi himpunan yang serupa akan diadakan dan sudah pasti suasana tidak aman akan dialami terutamanya kepada pelancong asing. berita penuh dibawah..







Lagi gambar-gambar sila lihat dibawah.. baca berita ini dulu..


Malaysian Prime Minister Defends Muzzling of Protests

By MATTHEW SALTMARSH AND LIZ GOOCH
Published: July 14, 2011

LONDON — If the Malaysian government allowed street demonstrations of the kind seen in Kuala Lumpur last weekend, the country would face protracted instability, Prime Minister Najib Razak said Wednesday.

Mr. Najib spoke after thousands of advocates of electoral change defied a government ban and held a large street protest Saturday, during which the police fired tear gas and water cannons and arrested nearly 1,700 demonstrators.

“Public order is very important in Malaysia because if we allow for street demonstrations, there’s no end to it, there will be another group that wants to demonstrate,” Mr. Najib told a small group of international reporters Wednesday in London, where he was to meet the British prime minister and attend an investment conference.

If protests are not controlled, “you will get a situation in which more and more of these street demonstrations will take place in Malaysia,” he said.

On Thursday in Kuala Lumpur, the Human Rights Commission of Malaysia announced that it planned to hold an inquiry into police conduct during the rally. The police response has been condemned by rights advocates in Malaysia and abroad, including the U.N. High Commissioner for Human Rights.

Muhammad Sha’ani Abdullah, a member of the Malaysian commission, said Thursday that it decided to act after receiving complaints from the public, protest organizers and rights groups. “We are also acting on media reports and our own observations during the rally,” he said.

He said that details of the inquiry would be determined by Tuesday.

In London, Mr. Najib defended the police, saying they had used “minimum force, and there was no physical contact at all with the demonstrators.” The scale of the protest, he added, was exaggerated, and “a maximum of 15,000” people turned up. The police put the number at 5,000 to 6,000, while protest organizers contended it was 50,000.

The government had barred the protesters from gathering in Kuala Lumpur but said they could hold a rally outside the capital. The protest leaders insisted that it be held at Merdeka Stadium in the city, however.

“I was saddened by the fact that they didn’t accept the government’s offer,” Mr. Najib said. “They still insisted on marching through the streets, because I think they wanted to get maximum publicity and secondly challenge authority in the hope that they can make this an issue.”

The protest movement, led by the Coalition for Clean and Fair Elections, or Bersih, sees the situation differently. An amalgam of civic groups advocating changes in electoral laws, Bersih was declared illegal on July 1, after which hundreds of activists were arrested, though most have since been released. All those arrested on Saturday were released later that night.

The Malaysian Bar Council said in a report Tuesday that its monitors witnessed the police using tear gas and water cannons “arbitrarily, indiscriminately and excessively” and “beating, hitting and kicking the rally participants.” The protesters, it said, acted in “peaceful and calm manner,” except for an incident in which “one or more” people threw plastic bottles at a television reporter.

The Malaysian home minister, Hishammuddin Hussein, said Monday that the police force would review recordings of the incidents and that appropriate action would be taken if the police were found to have acted improperly. He also said that action would be taken against any journalists who were found to have sensationalized their reports with inaccurate information, reported The Star, a newspaper.

Phil Robertson, deputy Asia director at Human Rights Watch, said Thursday: “The Malaysian authorities’ crushing of Bersih’s march shows that when basic liberties compete with the entrenched power of the state, the government is quick to throw respect for human rights out the window.”- The New York Times












Kereta Polis yang digunakan untuk menghalang pemandangan Najib..


Sumber gambar dari SINI

ASD

Read more ...

Malang rakyat Malaysia dapat PM macam Najib



SHAH ALAM 15 JULAI: Rakyat Malaysia cukup malang mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak memandang berat nasib yang menimpa rakyat dan beranggapan menzalimi rakyat pada himpunan aman 9 Julai lalu adalah satu perkara biasa.

Paling teruk apabila seorang daripada peserta himpunan itu meninggal dunia ketika melarikan diri dari asakan polis dan ia disifatkan Najib Razak sebagai tindakan ringan yang harus dikenakan ke atas rakyat kerana berhimpun menuntut sebuah pilihan raya adil dan bebas.


Mengulas hal itu lagi, seorang mangsa keganasan polis pada hari kejadian , ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Najib cuba menafikan perkara yang sudah terbukti dan rakyat mampu menilainya.

“Saya rasa banyak gambar-gambar yang jelas menunjukkan keadaan yang sebaliknya.. Keadaan macam saya ini tidaklah seteruk macam Mat Sabu yang sampai dirempuh oleh polis.

" Lepas itu ada yang dalam video tu kita nampak kena pukul, yang berdarah-darah teruk,"kata Khalid yang mengimbas kembali kezaliman polis ketika menyuraikan himpunan aman di ibu negara 9 Julai lalu.

Najib dalam satu temu bual dengan CNN berkata, polis menggunakan tindakan sewajarnya dalam usaha menyuraikan himpunan aman di ibu negara 9 Julai lalu.

“Ia (tahap tindakan polis) agak ringan sebab meskipun ia dikenakan, mereka (yang ditahan) telah dibebaskan selepas lapan jam dan mereka dilayan dengan baik,” kata Najib dalam temu bual itu.

“Tiada penggunaan tindakan yang tidak wajar dan penunjuk perasaan disuraikan dengan menggunakan pasukan yang minumum,” tambah beliau lagi.

Namun Khalid berpendapat, kenyataan Najib itu langsung tidak menggambarkan jawapan seorang pemimpin sebuah negara yang menuju status negara maju.

“ Saya rasa kalau di negara-negara yang lain kenyataan yang bodoh macam itu, rakyat sudah hukum dia,"kata Khalid lagi.

“Dia menunjukkan satu sikap yang tak ambil endah hak rakyat... hak rakyat dia tahan, dia halang, menyusahkan orang dan sebagainya. Walaupun dia lepaskan selepas sejam atau dua jam, ia tetap merupakan satu ketidakadilan terhadap rakyat yang tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana yang dianggap sebagai kesalahan adalah berhimpun (secara aman) dan memang terbukti aman. (Mereka) berjalan dengan lancar dan aman sehinggalah bila bertemu dengan polis,"kata Khalid lagi.

Dalam asakan polis ketika menyuraikan himpunan aman itu, kepala Khalid turut tercedera akibat tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis.
Puluhan mengalami kecederaan dan 1,667 ditahan polis.
Kerajaan pimpinan Najib sebelum ini dikritik media asing malah dibantah keras oleh masyarakat antarabangsa ekoran keganasan polis pada hari kejadian namun pentadbiran Najib menyokong tindakan polis berbuat demikian.
“Reaksi dari peringkat antarabangsapun semakin jelas menunjukkan bahawa tndakan Najib terhadap rakyat ini pun tidak boleh diterima oleh mana-mana masyarakat atau negara yang bertamadun,"ujar beliau.

Khalid juga menyifatkan Najib sebagai pemimpin yang kebudak-budakkan dan tidak matang dalam berpolitik lantaran tindakannya memperlekeh-lekehkan kecederaan yang dialami Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“ Bagi dia sendiri (yang) tak pernah menghadapi kesusahan, tak pernah kena jentik, dia (pula) nak gelakkan Anwar kata Anwar buat lebih-lebih... itu saya rasa menunjukkan satu sikap yang kurang matang. Nampak cara dia buat itu buat orang naik meluat tengok dia,"tambah beliau lagi.

Read more ...

Khairy kata kerajaan kena akui, bagaimana pula dengan Mat Bangla ?

Terkadang, gelihati juga rasanya bila membaca komen Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (foto) di laman Twitternya berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini.

Khairy antara lain berkata, terdapat keterangan dokumentasi yang menunjukkan gas pemedih mata ditembak ke dalam Hospital Tung Shin dan dia merasakan bahawa kerajaan mesti mengakuinya.

"Saya fikir adalah lebih baik untuk bercakap benar ... mohon maaf dan siasat kejadian itu," katanya.

Soalnya sekarang, jika benar pun apa yang dilakukan oleh pihak polis terhadap peserta demontrasi itu maka Khairy sebagai Pemimpin Sayap Kanan parti yang mendokong kerajaan yang memerintah tidak wajar mengeluarkan kenyataan dan komen sedemikian rupa.

Bukankah ini menunjukkan beliau sendiri tidak yakin dengan kenyataan yang telah dibuat oleh pegawai polis dan termasuk juga Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tong Lai baru-baru ini. Semalam sekumpulan doktor telah menolak kenyataan Liow bahawa tiada gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital terbabit ketika polis mengasak penyokong Bersih 2.0 Sabtu lepas.

Pembohongannya itu akhirnya memakan diri apabila pelbagai imej dan video di dalam internet menunjukkan gas pemedih mata telah ditembak ke kawasan hospital.

Masalahnya sekarang, kenapa Khairy seolah-olah mula resah dengan pendedahan yang telah dibuat itu dan akhirnya menyalahkan kerajaan supaya bercakap benar dan memohon maaf atas apa yang berlaku.

Ini bermakna Khairy telah senada dengan pihak yang mempertikaikan kenyataan kerajaan sebelum ini. Apakah beliau kini sudah beralih arah?


Bukti, mesej yang ditulis oleh Khairy di laman Twitternya semalam

Bukti, inilah sebahagian dari "Mat Bangla" yang digunakan oleh Khairy
untuk bersama dalam demontrasi di Bukit Bintang baru-baru ini

[Kenapa Khairy bertindak demikian, sedangkan dia adalah pemimpin yang sepatutnya menyokong sagala apa yang disuarakan oleh kerajaan.

Jika ini keadaannya, rakyat juga berhak menyoal Khairy benarkah beliau menggunakan
"Mat Bangla" untuk menjadi sebahagian daripada anggota Patriot yang berdemo di Bukit Bintang pada tarikh yang sama dengan Bersih 2.0.

Bukti jelas menunjukkan beberapa gambar dan imej yang menunjukkan
"Mat Bangla" memakai baju Patriot dan khabarnya mereka juga mendapat habuan tertentu daripada Pemuda UMNO pimpinan Khairy.

Justeru, Khairy perlu bercakap benar apakah beliau menggunakan
"Mat Bangla" untuk sama-sama turun berdemo?. Ke mana perginya anak-anak muda UMNO yang sepatutnya berjuang bersama beliau pada hari tersebut.

Bukankah Khairy juga telah menipu rakyat dalam usaha menunjukkan kononnya Patriot mendapat sokongan daripada ramai anak-anak muda].PDO

Read more ...

Berita dari London : Najib dan Ro$mah lari dari Kuning di luar, tapi kantoi berjumpa Kuning di dalam


Kenderaan Polis Britain menghalang pandangan Najib
dari melihat demonstrasi.

Fobia dengan warna kuning yang diharamkan olehnya di Malaysia baru-baru ini, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London dikhabarkan terpaksa meminta bantuan pihak Polis Britain bagi menghalang Najib dan rombongannya dari terlihat warna tersebut yang dipamirkan oleh rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi di London.



Turut bersama delegasi Anak Najib dan Adik Najib (CEO CIMB)

Najib dikhabarkan akan mengadakan sesi pertemuan dengan komuniti perniagaan United Kingdom jam 3.30 petang waktu London (10.30 malam waktu Malaysia) bersama pertemuan delegasi perniagaan Malaysia dan negara itu.

Delegasi Kerajaan Malaysia atau lebih tepat lagi dikatakan rombongan Keluarga Najib itu tiba di Mansion House, Garlick Hill, berhampiran dengan tebing Sungai Thames dengan mendapat sambutan meriah dari rakyat Malaysia di London.. meriah dengan kuning laa..

Bagaimanapun, menurut seorang rakyat Malaysia di sana yang memerhati, Najib meminta bantuan polis untuk berada di kawasan tersebut kerana berpuluh-puluh rakyat Malaysia menunggu sambil membawa kad berwarna kuning dengan tulisan PSM 6, Bersih dan Mansuhkan ISA.



Juga dikhabarkan keadaan di sana sedikit tegang dengan kehadiran trak polis yang membawa delegasi yang seolah-olah tidak mahu Najib melihat kelibat mereka yang menuntut supaya semua tahanan PSM di bawah Ordinan Darurat dibebaskan tanpa syarat!



Difahamkan, dua trak polis yang digunakan untuk membawa mereka kini diletakkan di hadapan rakyat Malaysia yang berdemo bagi menghalang pandangan Najib ke arah mereka.

Ada yang menanti Najib menandatangani kad yang mereka bawa supaya kesemua tahanan terbabit dibebaskan.


Sumber : Jalan Pulang

Walaupun Najib dan Ro$mah lari dari kuning di luar, tetapi bila masuk istana Najib tak boleh lari dari kuning yang dipakai oleh Queen Elizabeth

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/264185_219562328081420_100000829647291_545259_7871846_n.jpg

Bukan itu sahaja, Menteri Britain yang sambut Najib pun tiru Ahli Parlimen Pakatan pakai tali leher Kuning. Jarang sebelum ini, orang putih pakai tali leher Kuning. Ini bukan kebetulan namanya.


Read more ...

Konvensyen Ahli Parlimen Islam Sedunia (IFIP) ke 2 di Langkawi

Seramai 138 peserta dari 21 negara hadir bagi menyertai Konvensyen Ahli Parlimen Islam Sedunia (IFIP) kali ke 2.

Tema konvensyen kali ini adalah "Tuntutan Perubahan dan Pemulihan Demokrasi".

Antara peserta yang hadir adalah dari Algeria seramai 40 peserta, Mesir (20), Indonesia (18), Palestin (8), Jordan (6), Sudan (6), Magribi (6), Iraq (7), Bahrain (2), Somalia (2), Kuwait (2), Pakistan (1), Thailand (3), Iran (1), Yemen (2), Tajikistan (1), Republic Chad (1), Ahli Jawatankusa Muntada (6) dan Malaysia (6).

Setibanya peserta di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi mereka disambut mesra oleh sekreteriat program untuk dibawa ke Hotel Meritus.

Pada malam tersebut diadakan majlis makan malam bersama Menteri Besar Kedah YAB Ustaz Azizan Abdul Razak dan Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang untuk meraikan peserta-peserta tersebut.

Di majlis tersebut peserta ditayangkan dengan video pencapaian Kerajaan Negeri Kedah yang terkini.

Keesokannya iaitu sehari sebelum Konvensyen bermula, peserta-peserta dibawa ke melawat ke sekitar Pulau Langkawi antaranya di kawasan Kilim Cast Geoforest Park Langkawi, Gua Kelawar, Fish Farm, Eagle Wacthing, menaiki Cabel Car ke Gunung Machincang.

Selepas solat zohor, peserta di bawa ke MARDI Langkawi untuk menikmati buah-buahan tempatan antaranya buah rambutan, durian, nenas, dan kelapa.

Dalam majlis jamuan tersebut jelas kelihatan kemesraan antara Ustaz Azizan dengan peserta-peserta apabila mereka tidak melepaskan peluang tersebut untuk bergambar bersama beliau.

Pada hari kedua pula, konvensyen dimulakan dengan ucaptama oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Persiapan Konvensyen, Ustaz Nasruddin Mat Isa, diikuti dengan ucapan Ustaz Azizan Abdul Razak dan Presiden IFIP, Dr Abdul Majid Munasoroh.

Konvensyen pada hari tersebut membincangkan tajuk Masa Depan Isu Palestin Berdasarkan Perspektif Reformasi Perubahan.

Di sebelah malam pula, diadakan majlis makan malam ditepi pantai dan majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid dan syair daripada peserta dan urusetia program.

Manakala pada hari ketiga pula, program diteruskan untuk membincangkan pelbagai tajuk antaranya adalah Menghadapi Bahaya Proses ‘Mengyahudikan’ Al-Quds dan Membantu Ahli-Ahli Parlimen Al-Quds.

Disebelah malam diadakan majlis penutup serta perlantikan ahli jawatankuasa yang baru.

Jawatankuasa baru IFIP 2011 adalah Husain Mohamad Ibrahim dari Mesir dilantik sebagai Presiden, Nasir Assoni’ dari Kuwait dilantik sebagai Timbalan Presiden 1, Abdul Qodir A’maroh dari Moroco sebagai Timbalan Presiden 2 dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa dari Malaysia dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa yang baru.

Para peserta melahirkan rasa gembira dengan layanan serta perkhidmatan yang diberikan dan mereka turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama urusetia program.Utaraonline

Read more ...

Najib nak bodohkan CNN tapi CNN bukan bodoh macam pencacai UMNO

Ini adalah tindakan "wajar" dikatakan Najib

ini asap mercun gasing!



HHRS 2.0 - Najib tengah sibuk menipu dunia.


Najib: Polis guna tindakan ‘ringan’ surai perhimpunan Bersih


The Malaysian Insider - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pihak polis menggunakan tindakan yang sewajarnya dalam usaha menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu.

“Ia (tahap tindakan polis) agak ringan sebab meskipun ia dikenakan, mereka (yang ditahan) telah dibebaskan selepas lapan jam dan mereka dilayan dengan baik,” kata beliau dalam temu bual dengan CNN hari ini.

“Tiada penggunaan tindakan yang tidak wajar dan penunjuk perasaan disuraikan dengan menggunakan pasukan yang minumum,” katanya.

Najib juga mengetepikan perhimpunan Sabtu lalu memperjuangkan pilihan raya bebas dan adil atas alasan ia bersifat tidak berkecuali dan menekankan pentadbirannya komited untuk “mengadakan (pembaharuan sistem pilihan raya) lebih baik.”

Perdana Menteri ditemu bual di Britain, di mana beliau mengadakan lawatan rasmi empat hari.

Read more ...

Najib, PM paling kejam - Datuk A Samad Said

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang “memang kejam” berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini.

“Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah,” katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menceritakan kembali “kebengisan” polis dalam menangani perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, A Samad mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.

Ketika diwawancara Malaysiakini di sebuah restoran di Bangsar hari ini, A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan “berantakan dengan orang awam”.

“Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah,” katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

“Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali,” katanya.

Kepimpinan ‘bangsawan’

Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang.

“Ya, saya mahu (beliau letak jawatan). Saya ikut (perkembangannya) dalam Facebook, amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salah pun, menteri itu tunduk depan orang.

NONE“Ada perdana menteri Jepun tidak sampai satu penggal pun, (letak jawatan). Tapi di sini tentu, orang sangat mengidam kuasa,” katanya sambil menambah kerajaan tidak lagi memerintah “dengan sukaan umum”.

Bagaimanapun, ditanya tentang perdana menteri mana yang yang paling bagus, A Samad tidak menjawabnya secara langsung, sebaliknya menyebut tentang penguasaan “bangsawan” bagi jawatan itu.

Katanya, sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan, kecuali Dr Mahathir, kesemua perdana menteri disandang oleh golongan itu yang disifatkannya “hidup mudah”.

“Laporan-laporan yang sampai ke telinga (mereka) itu, semuanya yang cantik sahaja. Jadi, mereka tidak merasakan (kesusahan rakyat).

“Saya merasakan sudah waktunya, kepimpinan harus datang dari bawah, bukan dari atas,” tegasnya lagi.

A Samad Said diwawancara Wee Yu Meng, Jimadie Shah Othman, Abdul Rahim Sabri dan Nigel Aw.

Read more ...

BERSIH 2.0 : Pengalaman Khalid Samad - Siri 1

BERSIH 2.0, Pengalaman Saya Siri 1

(Khalid Samad sejurus selepas terkena botol gas pemedih mata yang ditembak ke atas kepalanya. Ketika gambar diambil, kepala sudah berbungkus dengan kain puteh)

PENGALAMAN saya bersama Perhimpunan BERSIH 2.0 bermula pada jam 11 pagi apabila saya dengan seorang teman dari PAS Shah Alam menuju ke Kuala Lumpur.

Pada mulanya kami mencuba Lebuh Raya Persekutuan. Ianya sesak dari sebelum Tol Batu 3. Kami cuba pintas melalui Glenmarie. Trafik sesak di hadapan kilang pengedar kereta BMW. Kami memutuskan untuk berpusing balik dan mencuba pula melalui ELITE/PLUS menuju ke KLIA. Masuk di Batu 3, keluar di Tol USJ. Seterusnya menuju ke arah Puchong.

Seterusnya kami menyusuri Jalan Gasing dan melalui kawasan Universiti Malaya sehingga keluar di Jalan Pantai. Dari situ terus menuju ke KL Sentral. Sekatan jalan oleh polis di merata tempat. BN menyusahkan rakyat semata-mata kerana hendak menghalang program yang menegur mereka.

Turut bersimpati dengan pihak polis, berpanas dan mendapat sumpahan rakyat berbakul-bakul semata-mata kerana UMNO/BN. Hanya pencuri dan BN yang bergembira dengan penggunaan polis secara sebegini. Tetapi, kalau difikirkan, memang terdapat persamaan di situ. Pencuri mencuri secara ‘illegal’, BN mencuri harta rakyat melalui cara ‘legal’.

Setibanya kami di jalan Brickfields, saya turun di tepi jalan dan berjalan kaki menuju ke KL Sentral. Terserempak dengan sahabat bermotosikal dan membonceng ke hadapan kawasan KL Sentral. Berjalan kaki pula menuju ke Hotel Hilton yang berada di sebelahnya. Saya berjalan berhampiran beberapa anggota polis tetapi mungkin oleh kerana saya bertegur sapa seorang pelancong dari Australia dan bersembang sambil berjalan dengan beliau, mereka tidak perasan akan saya.

Mungkin juga saya dianggap sebagai ‘pemandu pelancong’ ataupun tourist guide. Saya masuk ke Hotel Hilton dan dari lobi, terus menuju ke atas untuk bersama pimpinan. DSAI telahpun berada di situ bersama Dato Ambiga dan Lim Kit Siang. Beberapa pimpinan PAS juga sudah di situ apabila saya sampai. TG Hj Abdul Hadi sampai pada jam 1 tengah hari. PC dibuat dan mereka menyatakan secara jelas apa itu BERSIH 2.0 dan matlamat yang ingin dicapai. PR juga menyatakan sokongannya terhadap BERSIH 2.0.

Selepas solat Zohor yang diimamkan TG Hj Abdul Hadi kami mula bergerak ke bawah. Sampai sahaja kami ke Lobi, pelanggan di restoran di kawasan Lobi hotel itu tiba-tiba berdiri dan menepuk tangan menunjukkan sokongan. Termasuk pelancong-pelancong yang mengikuti perkembangan Negara, mereka semua faham apa yang kami inginkan akan membawa kebaikan untuk Negara. Hanya UMNO tidak mahu faham kerana mereka lebih pentingkan kebaikan diri mereka sendiri!

Ada dikalangan pelanggan, bangun untuk turut bersama. Sambil menunggu tadi, mereka minum di restoran hotel, membawa business juga pada hotel tersebut nampak gaya! Kami keluar pintu utama Hotel dan terus tuju ke bangunan KL Sentral. Sambil keluar saya menoleh ke belakang dan mata saya mengesahkan, tiada meja yang diterbalikkan, tiada kerusi yang dicampak dan tiada bahagian yang dibakar di Hotel Hilton! Kami himpunan aman, bukan perusuh.

Sambil keluar saya melihat hari sedang hujan. Hujan rahmat yang akan mengurangkan kesan keperitan gas pemedih mata, terfikir saya. Bila tiba di salah satu pintu masuk KL Sentral, ada anggota polis yang cuba menghalang kami dari masuk, tetapi tidak berjaya. Kami masuk ke dalam dan tiba-tiba, orang ramai yang berada di dalam bersorak menyambut ketibaan kami. Jumlah yang asalnya hanya berpuluh, tiba-tiba disertai ramai yang telah berada di dalam, menjadi beratus! Kami terus mara dan keluar dari bangunan KL Sentral, dibawa melalui tangga besi ke tingkat bawah.

Yang menyertai kami di KL Sentral terdiri dari rakyat biasa yang menyokong kami. Mereka menunggu kami dan sambil menunggu, mereka membeli minuman dan makanan di kedai-kedai di KL Sentral. Semasa mereka bangun untuk menyertai kami, tiada kedai yang dibakar, kerusi yang dibaling atau meja yang dipecahkan. Kerana kami berhimpunan secara aman yang ingin menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, bukan perusuh. Kami ingin lawan melalui pilihan raya, bukan melalui huru hara. Itu sebab pilihan raya perlu adil dan bersih.

Di tingkat bawah, kami berada di kawasan yang bagaikan sebuah terowong, kiri kanan berdinding. Mereka yang di depan membawa kami terus mara lagi menuju ke jalan keluar untuk ke Stadium Merdeka. Bila sampai di pintu ‘terowong’ tiba-tiba kelihatan satu barisan anggota FRU menghalang jalan. Kami berada lebih kurang 20 meter dari mereka. Kami berhenti, pimpinan berada di saf hadapan. Saya di saf yang ketiga. Tiba-tiba berbunyi siren dari belakang. Landrover FRU menuju ke arah kami dari belakang, inginkan laluan untuk ke depan. Kami memberinya laluan tanpa apa-apa tindakan khianat dari pihak kami.

Setelah landrover tersebut berada di hadapan, saya menoleh ke belakang, ingin melihat sekiranya ada pasukan FRU yang sedang mara ke arah kami. Orang sudah ramai, beresak-esak, dalam keadaaan kebimbangan kerana kami terperangkap dalam terowong tanpa adanya jalan keluar. Di depan FRU dan di belakang pun sudah begitu. Kami datang bukan untuk berentap dengan FRU tetapi BN menghantar FRU untuk menyerang kami.

Tiba-tiba saya mendengar bunyi tembakan dan dengan serta-merta, cermin-mata saya terpelanting ke depan. Asap gas pemedih mata mula berkepul-kepul. Tembakan datang dari depan dan belakang. Pada saat itu saya terfikir saya perlu mencari cermin-mata kerana semua menjadi kabur tanpanya. Tetapi suasana kelam kabut menyedarkan saya bahawa itu tidak mungkin saya lakukan. Gas pemedih mata mula terhidu.

Saya teringat beg plastik yang berada di dalam kocek seluar saya dan dengan segera membukanya sehingga dipenuhi udara serta bernafas melaluinya dengan menutup hidung dan mulut saya dengannya. Beg plastik itu adalah pembalut baju BERSIH 2.0 yang diberikan kepada saya semasa diatas. Pada ketika itu saya tidak sedar bahawa kepala saya terkena kelonsong gas pemedih mata dan sudah mula berdarah. Saya bersama rakan saya dari Shah Alam, saudara Zainal, yang ditugaskan untuk menemani saya, bergegas ke belakang dan ternampak ‘lubang’ di tepi dinding di sebelah kanan kami.

Kami menuju ke lubang tersebut. Sambil ke sana saya melihat A. Samad Said terduduk tersandar di tepi dinding. Beliau orang lama, pasti umurnya lebih 70 tahun. Dia tentu tidak mampu untuk beredar dari terowong yang semakin penuh dengan gas pemedih mata. Turut kelihatan beberapa pemuda yang duduk bersama beliau. Semasa sidang akhbar sebentar tadi A. Samad Said turut bercakap. Beliau berkata, telah tiba masanya untuk sasterawan terlibat dalam pencorakan Negara kerana kerosakan yang semakin melanda. Saya kagum dengan beliau.

Kebiasaannya, orang seperti dia akan berehat di rumah, bermain dengan anak cucu. Malangnya kebobrokan pemerintah memaksa beliau ke jalan raya, walaupun sudah cukup berusia. Mengapa? Kerana dia tidak ingin mewariskan kepada yang muda suatu negara yang hancur dan budaya politik yang muflis dari segi akhlak dan amanah! Celaka BN kerana merampas ketenangan zaman usia emas darinya!

Kelihatan juga beberapa wanita yang terduduk di atas jalan, tercungap-cungap kepedihan, hadiah dari BN yang ingin terus mempertahankan proses pilihan raya yang kotor. Mereka sedar akan risikonya tetapi mereka ingin juga melihat perubahan dan keadilan. Apa akan mereka warisi sekiranya kepincangan diteruskan dan kekayaan negara terus disalah-gunakan? Oleh itu mereka datang walaupun tahu kemungkinan mereka akan dilayani sebegitu rupa oleh BN.

Pada ketika itu saya tersedar bahawa beg plaktik yang saya bernafas melaluinya sudah mula basah, berisi dengan sesuatu cecair yang berwarna gelap. Sahabat saya lantas memberitahu saya bahawa saya telah terluka di bahagian kepala. Beg plastik dipenuhi darah! Saudara Zainal membawa saya terus menuju ke lubang yang kelihatan tadi. Terpaksa kami melalui di bawah dua batang paip air untuk sampai ke lubang tersebut. Sebaik sahaja melalui lubang itu, kami dapati kami memasuki kawasan pembinaan.

Ada beberapa pekerja di situ. Kami bertanya jalan keluar dan dengan segera mereka menunjukkan kami jalan untuk melepas diri. Zainal meminta saya berhenti dan baju Bersih 2.0 yang saya pakai di atas baju T-shirt saya digunakan untuk membalut kepala saya untuk mengurangkan pendarahan. Pada masa itu kelihatan baju saya penuh dengan kesan darah. Saya duduk sambil dia dan beberapa lagi rakan seperjuangan membalut kepala saya. Ada bersama pemuda dari kawasan Selayang. Ada juga pemuda dari Sarawak!

Pemuda dari selayang memberikan saya tuala kecil yang sudah dibasahkan untuk membersihkan muka dari kesan darah. Sambil itu semua dilakukan, dua orang lagi pemuda keluar dari kawasan pembinaan tersebut untuk mendapatkan teksi untuk saya. Bila ada teksi ditahan, maka mereka memanggil saya untuk menaiki teksi tersebut. Zainal menutup kepala saya dengan beg plastic kuning yang dia bawa bersama.

Takut luka dibasahi hujan. Pemuda Sarawak memberi pula jaket hitamnya untuk menutup kepala saya juga, takut air hujan akan membasahi luka saya. Saya dan Zainal menaiki teksi dan meminta pemandu membawa kami ke Hospital. Pemandu itu melihat pada saya dan terus menyedari saya salah seorang yang menyertai perhimpunan BERSIH. Dia nampak saya sedang cedera dan dengan segera dia membawa kami pergi. Sambil dalam perjalanan dia cukup berhati-hati, mengelak kawasan yang dijaga polis.

Setibanya kami di Hospital, di bahagian kecemasan, saya dibawa untuk bertemu doktor yang bertugas. Pembantu Hospital (HA) ramai bertanya akan keadaan di Kuala Lumpur sambil menunjukkan sokongan mereka terhadap apa yang diusahakan. Sambil berbincang saya dicucuk dengan cucukan anti-tetanus, tekanan darah dibaca dan keadaan jantung diperiksa melalui ECG. Orang biasa yang berada di hospital turut bertanya apa yang sedang berlaku.

Sambil menunggu keluarga mereka yang dirawat, sokongan mereka terhadap apa yang dituntut oleh BERSIH jelas disuarakan. Ada seorang peserta himpunan aman BERSIH yang cedera telah tiba di Hospital sebelum saya. Beliau lagi parah. Kelongsong gas pemedih mata terkena di dadanya dan melantun ke atas melanggar dagunya. Tulang dagunya patah menyebabkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas.

Para doktor dan jururawat yang merawat saya begitu bersimpati dengan usaha kami. Sambil menjahit luka saya setelah kepala di x-ray, ada yang bertanya kehairanan terhadap cara perhimpunan itu ditangani.

“Apa salahnya? Kenapa tidak dibenarkan sahaja? Apa yang diminta sememangnya patut” kata salah seorang doktor sambil menjahit 6 jahitan dikepala saya. “Kami sokong, tapi terpaksa menikus” katanya lagi.

Itulah Malaysia, negara kesayangan kita semua. Bumi di mana golongan bijak pandai ditakut-takutkan. “Kalau bersama himpunan BERSIH, tindakan akan diambil! Semua pegawai kerajaan diharamkan untuk berserta! Mahasiswa, mahasiswi, pensyarah, cikgu-cikgu, kalau terlibat, nahas kamu!” kata-kata perangsang pemerintah yang memerintah melalui penindasan dan ugutan.

Ya Malaysia, bukannya Myanmar ataupun Kampuchea di bawah Pol Pot. Kehebatan negara ini dan segala kelebihannya hancur di tangan pemerintah yang mementingkan diri. Itulah sebabnya perubahan itu perlu. Perubahan demi membebaskan Malaysia dari barisan pemimpin yang sudah lupa diri, tenggelam dalam harta dan kemewahan yang dicuri dari rakyat. Ianya hanya dapat dilakukan sekiranya pilihan raya itu adil dan bersih. Itulah sebabnya mengapa usaha BERSIH perlu diteruskan.

(Kesan jahitan pada kepala Khalid Samad)

Pada masa itu waktu sudah pukul empat petang. Saya menerima sms bahawa TG Hj. Abd Hadi telah ditahan. DSAI dihantar ke hospital kerana turut cedera. Lebih kurang 1,400 orang ditahan polis. Tetapi, LKS tidak mampu ditahan polis walaupun beliau ‘separuh rabun’ kerana baru sahaja menjalani pembedahan mata! Sedangkan beliau bersama di saf hadapan.

Adakah ini merupakan sebahagian dari tipu muslihat mereka? Ingin ditonjolkan kononnya bahawa hanya Melayu sahaja yang terlibat sambil mengelakkan kemarahan masyarakat Cina? Namun demikian, maklumat seterusnya yang saya terima melalui SMS menyatakan, himpunan BERSIH 2.0 berjaya dihadiri berpuluh ribu rakyat berbilang kaum di beberapa tempat termasuk di Stadium Merdeka dan Pudu Raya! Sambil itu, perhimpunan turut diadakan di beberapa bandar utama di serata dunia!

Saya kembali ke rumah selepas itu, walaupun perit gas pemedih mata masih terasa dan luka di kepala masih menyengit, tetapi hati tetap gembira dengan kejayaan perhimpunan tersebut. Saya kemudiannya dikunjungi beberapa sahabat yang kembali dari Kuala Lumpur. Mereka menceritakan pengalaman mereka sambil ingin tahu keadaan saya. Semua merasa bangga dengan kejayaan perhimpunan tersebut dan tiada sesiapa, termasuk saya, merasa kesal kerana telah bersama.

Ini adalah kerana, kami telah turut menyertai suatu perhimpunan yang telah melakar sejarah dalam mencorak masa depan tahah air. InsyaAllah, angin perubahan kencang akan terus kekal bertiup di bumi Malaysia ini!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Read more ...

Laman FB sokong Najib yang dok ada pun tak sampai 6 ribu sokongan, Nan Yaakob nak bina laman baru tarik 3 juta sokongan

Adnan Yaakob kata dia boleh kumpul 3 Juta untuk sokong Najib dalam FB..



Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau juga boleh membuka akaun di laman sosial Facebook bagi mengumpul berjuta-juta penyokong untuk mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya juga boleh buat tindakan yang sama dengan mengumpul lebih tiga juta penyokong meminta supaya Perdana Menteri jangan letak jawatan . . ,” katanya


Ha..ha..ha.. nampak sangat Pemimpin UMNO sorang ni nak memperbodohkan diri sendiri kalau tak bodoh pun.. buta IT.. sebab jika dia tahu bahawa memang telah wujud satu laman Facebook 'Sokong DS Najib sebagai PM Malaysia' yang telah diwujudkan lebih seminggu rasanya tetapi hingga kini hanya 101 orang yang menyukainya tentu dia tak cakap macam tu..

Amat jauh berbeza dengan laman '100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation' yang kini telah jauh melebihi sasaran iaitu 186,968 yang menyukai atau menyokongnya..



Memandangkan '100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation' sudah melebihi sasaran, satu laman baru pula dibuka iaitu '1,000,000 People Request Najib Tun Razak Resignation' sila klik 'Like' kat bawah untuk menyatakan sokongan anda..ASD





Klik 'Like' di SINI


MB Pahang: Saya pun boleh buka akaun Facebook raih sokong PM

RAUB, 14 Julai — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau juga boleh membuka akaun di laman sosial Facebook bagi mengumpul berjuta-juta penyokong untuk mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, dakwaan pihak-pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul 100,000 penyokong di laman sosial Facebook bagi menuntut Perdana Menteri berundur bukanlah memberi gambaran sebenar majoriti rakyat negara ini.

“Saya juga boleh buat tindakan yang sama dengan mengumpul lebih tiga juta penyokong meminta supaya Perdana Menteri jangan letak jawatan . . ,” katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Beliau mengulas pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul lebih 100,000 suara rakyat mendesak Perdana Menteri berundur ekoran perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Menurutnya, kewujudan laman sosial itu boleh dipertikai dari segi kesahihan jumlah sebenar rakyat yang didakwa meminta Perdana Menteri supaya berundur.

Menurut beliau, tuntutan yang dibuat melalui laman sosial Facebook dan perhimpunan jalanan bukan cara sebenar untuk menjatuhkan kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional Pahang mahu semua pemimpin parti komponen turun padang bagi menjelaskan segala tohmahan dan fitnah yang disebarkan pihak pembangkang.

“Rakyat dan semua pihak di peringkat akar umbi perlu diberikan penerangan yang jelas agar mereka memahami peranan serta tanggungjawab kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

The Malaysian Insider

Read more ...

Keadilan buat Allahyarham Baharuddin akan dipastikan


SHAH ALAM 14 JULAI : Peguam hak asasi manusia, N. Surendran menegaskan pihaknya akan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan keadilan kepada mangsa keganasan polis sehingga meninggal dunia pada Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu.

Mangsa, Baharuddin Ahmad yang dikatakan sebelum ini pengsan dalam cubaan melarikan diri dari asakan polis ketika berarak di hadapan KLCC, turut dikatakan mungkin warga emas sama yang dihenyak oleh polis pada hari kejadian.

Oleh itu tegas Surendran, jika benar kematian Allahyarham berpunca daripada kezaliman polis dan kerajaan Malaysia, maka tidak ada sebab kerajaan dan agensinya harus terlepas dari tanggungjawab tersebut.

"Kementerian Dalam Negeri dan polis perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan jangan berpura-pura kononnya kes kematian ini tidak ada kaitan dengan mereka.

"Kita akan perjuangkan kes ini bagi keluarga mangsa untuk mendapat keadilan kerana mangsa menemui ajal semasa memperjuangkan hak rakyat Malaysia dan keadilan,"kata beliau kepada TV selangor.

Portal Malaysiakini semalam memetik seorang pelajar yang menyaksikan sendiri seorang warga emas dihenyak oleh polis dalam cubaan menyuraikan himpunan aman berkenaan di hadapan KLCC dan merasakan mangsa adalah Allahyarham Baharuddin.

"Saya rasa itulah pakcik yang meninggal itu. Saya nampak dia jatuh, kemudian saya nampak polis tengah hurung dia, tapi itu saya tak sempat rakam sebab saya tengah lari.

"Saya tak pasti tapi saya rasa dialah. Orang itu memang kena lanyak,"kata pelajar itu.

Menurut pelajar itu lagi, beliau melihat polis memegang kedua-dua belah tangan lelaki berkenaan dan menghenyak lelaki itu ke permukaan jalan.

"(Warga tua itu) dah jatuh, kemudian polis hurung dia. Saya nampak macam mereka henyak dia, saya nampak macam guna kaki. Yang saya nampak polis ada lima orang polis yang hurung," katanya lagi.

Mengulas lanjut insiden yang menyayat hati itu, Surendran berkata, kejadian tidak diingini sebenarnya boleh dielakkan sekiranya polis bertindak mengikut etika dan berperikemanusiaan dalam menjalankan tugas.

"Sekiranya polis tidak menggunakan kekerasan dalam menyuraikan perhimpunan secara aman, kematian seumpama ini tidak mungkin akan berlaku,"katanya.

Namun apa yang dikesalkan kata Surendran, pihak polis tampil memberi alasan seperti skrip lama dengan menyatakan mereka tidak ada kena mengena dengan kes kematian Baharuddin.

Malah, polis mendakwa mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan bukan akibat dari terdedah kepada gas pemedih mata walaupun laporan perubatan mangsa belum dikeluarkan oleh pihak hospital.

Selain Baharuddin, malah puluhan lagi mengalami kecederaan akibat tindakan ganas polis. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengawal peribadi beliau, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Mohamad Sabu dan ramai lagi mengalami kecederaan akibat tindakan ganas polis.

Ditanya TvSelangor sama ada pihaknya mahu membawa kes ini ke mahkamah, Surendran menjelaskan usaha tersebut bergantung kepada keluarga mangsa dan apa yang perlu diperjuangkan sekarang ialah mengheret pihak yang bertanggungjawab untuk dikenakan hukuman sewajarnya di bawah undang-undang jenayah.

"Sama ada kes ini dibawa ke mahkamah atau tidak ianya terpulang kepada pihak keluarga mangsa kerana ia adalah inisiatif keluarga dan ianya boleh dilakukan pada satu masa selepas ini.

"Apa yang penting sekarang kita akan pastikan tindakan dibawah undang-undang jenayah diambil kepada kesemua polis yang terlibat menggunakan kekerasan ke atas rakyat,"tambah beliau lagi.

Read more ...

Tuduhan terhadap PSM adalah konspirasi polis

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/06/psm.jpgKUALA LUMPUR 14 JULAI : Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini mendedahkan konspirasi terbaru Polis Diraja Malaysia (PDRM) memangsakan mereka setelah pelbagai tuduhan termasuk melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, semata-mata untuk menghilangkan kredibiliti himpunan Bersih.

Menurut Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan, polis kini cuba untuk menggambarkan PSM sebagai organisasi militan yang cuba menggulingkan kerajaan dengan revolusi demonstrasi jalanan serta menegakkan ideologi komunis sedangkan hakikat ia bukanlah seperti yang dinyatakan.

Namun tuduhan itu dilemparkan untuk menjustifikasikan tindakan mengenakan Ordinan Darurat (EO) terhadap enam orang ahlinya termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar.

"Ini adalah (cerita) rekaan-rekaan yag cuba dicipta polis. Ini konspirasi pertama yang polis buat terhadap PSM. Kita dedahkan hal ini kerana PSM adalah parti yang terbuka, kami tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan," kata beliau pada satu sidang media di ibu negara.

Pada 25 Jun lalu, 31 aktivis PSM di Kepala Batas ditahan di bawah seksyen 122 kerana dikatakan mahu melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan enam daripadanya ditangkap semula pada 2 Julai di bawah Ordinan Darurat.

Mereka ialah Dr Jeyakumar, Timbalan Presiden PSM, M. Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat PSM, Choo Chon Kai dan M. Sugumaran, Setiausaha PSM Bahagian Sungai Siput, A. Letchumanan dan Ketua Pemuda Nasional PSM, R. Sarathbabu.

Arutchelvan menyatakan bahawa tiada seorang pun yang ditangkap di Kepala Batas itu dituduh di bawah Seksyen 122 kerana memerangi Yang di-Pertuan Agong.

24 yang lain kemudiannya dituduh di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana menyokong dan mempromosi pertubuhan haram.

Artuchelvan menyatakan PSM disalahertikan dan dituduh cuba menggulingkan kerajaan kerana risalah parti itu menyatakan sokongan mereka terhadap rakyat seluruh dunia yang berhimpun di jalanan secara aman bagi melakukan perubahan.

"Kami menegaskan di sini bahawa PSM menyokong gerakan aman yang menuntut perubahan. Kita ada masalah, kalau tentera ambil alih kuasa guna senjata. Kita ada masalah kalau orang gunakan senjata untuk menggulingkan (kerajaan) atau cara yang tidak demokratik," tegasnya.

Artuchelvan turut menyatakan berdasarkan temuramah dan maklumat dari perjumpaan terhad bersama tahanan, mereka yang dibebaskan, peguam dan kaum keluarga, jelas menunjukkan konspirasi ini berlaku walaupun himpunan Bersih telah berlalu.

Justeru, beliau dan Presiden PSM Dr Nasir Hashim bersedia mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammudin Tun Hussein, dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi menghentikan fitnah dan cerita penipuan terhadap mereka.

"Tujuan kita buat pendedahan ini ialah untuk beritahu polis supaya menghentikan penipuan-penipuan ini. Kamu (polis) tangkap orang nak takutkan tentang Bersih 2.0. Sekarang kamu nak 'cantikkan' cerita itu.

"Semua ini berniat jahat dan malafide. Kepimpinan PSM, saya sebagai Setiausaha Agung dan Dr Nasir (Presiden) akan menulis surat meminta berjumpa dengan KPN dan Menteri Dalam Negeri. Kami sedia disiasat, tidak ada apa yang kami sembunyikan.Ini untuk mengakhiri semua 'wayang' ini," kata beliau.

Read more ...

"Kami sanggup jadi saksi keganasan polis"- pengakuan wira-wira rakyat

KUALA TERENGGANU - Ustaz Mohd Ramlan Mahmud, 27, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kemaman menyifatkan penahanan beliau ketika menghadiri Himpunan Aman BERSIH 2.0 9 Julai sebagai suatu kegembiraan kerana menjadi 'orang yang terpilih'.Beliau telah ditahan polis di sebuah restoran di Kampung Baru, Kuala Lumpur semasa sedang menikmati sarapan pagi pada pagi.

"Ketika itu sekitar pukul 10.00 pagi sekumpulan anggota polis dianggarkan seramai 20 orang sedang melakukan operasi pemeriksaan, mana - mana individu yang berada dalam kumpulan seramai 4 orang dan lebih akan diperiksa kad pengenalannya dan barang - barang yang dibawa bersama kita akan digeledah,"ujarnya ketika ditemubual oleh Buletinonline.


(Gambar kanan - Ustaz Ramlan Mahmud sedang disoal siasat oleh seorang Pegawai Polis yang memegang tshirt berwarna kuning sebelun ditahan)


Seorang lagi 'Wira BERSIH' dari negeri Terengganu adalah Saifudin Ibrahim, AJK Penyelaras Pemuda Dun Batu Buruk yang juga anggota PAS cawangan Masjid Hj Kadir.


Saifuddin merupakan tahanan terakhir yang dibebaskan daripada 313 orang penyokong BERSIH dari negeri Terengganu yang ditahan pada Sabtu lalu.


Ketika ditemui, dalam sambutan ringkas oleh sahabat-sahabat 'Al-Fateh Army' di Lapangan Terbang Sultan Mahmud semalam, 13 Julai, beliau tidak berasa apa-apa, malah 'suka' kerana ditahan menghadiri Himupnan BERSIH.

"(perasaan) tak ada apa-apa, suka je, saya (dibebeaskan lewat) kerana dituduh menceroboh loji air SYABAS, di Bukit Nanas,"katanya.


Ketika melarikan dari dari 'hambatan polis zalim' dalam Himpunan, beliau tersalah masuk ke kawasan yang didakwa oleh polis sebagai kawasan larangan.


Sedangkan menurutnya, tidak ada apa-apa papan tanda atau amaran yang menunjukkan bahawa ia adalah satu kawasan larangan.


Namun begitu, polis telah mendapatkan perintah reman selama tiga hari sehingga malam kelmarin, apabila Saifuddin dibebaskan tanpa syarat.


Manakala, seorang Pemuda PAS dari Pekan Batu Enam, Kuala Nerus, Ibrahim Harun yang ditahan dijalan Pudu berhampiran Hospital Tung Shin sanggup menjadi saksi ke atas tindakan polis 'meyerang' hospital terbabit.


"Memang betul-betul, polis tembak gas pemedih mata, kalau tak silap, mungkin 3 das, lepas tu tembak dengan meriam air kimia,"tegasnya ketika ditemui.


Beliau yang juga AJK MTD Bukit Tunggal mendakwa, polis turut membelasahnya, walaupun beliau tidak melawan.


Akibatnya, pipi beliau berdarah kerana dibedal, sepak dan terajang oleh polis yang disifatkannya zalim dan tidak berperikemanusiaan.


Kesemua 313 orang yang ditangkap ketika menghadiri Himpunan Aman BERSIH 2.0 dari Terengganu dianggap sebagai 'Wira' kerana berani bersama lebih 50,000 rakyat menuntut kerajaan merombak sistem pilihanraya supaya lebih bersih dan adil.


Menurut Setiausaha Jawatankuasa Mobilisasi Rakyat, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, mereka akan diraikan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pemimpin utama yang lain, dalam satu Majlis sebelum Ceramah Perdana Pasca BERSIH yang akan diadakan di perkarangan Masjid Rusila, esok, Jumaat 15 Julai pada jam 9.00 malam


"InsyaAllah, semua tahanan seramai 313 orang ini, kita akan raikan dalam suatu ceramah Perdana yang akan kita buat pada 15 Julai, hari Jumaat ini, di Masjid Rusila,


"kita akan siarkan klip-klip video yang memaparkan kejadian Himpunan BERSIH, kita akan raikan tahanan yang kita anggap mereka ini sebagai wira-wira kita yang menjadi wakil kepada rakyat Terengganu untuk memperjuangkan hak,"katanya ketika
berucap dalam majlis penerangan isu semasa di Jalan Hiliran, semalam 13 Julai.BO

Read more ...

USNO akan saingi UMNO di Sabah, tapi ROS tak luluskan lagi penubuhan USNO

Presiden penaja Parti Baru Sabah Bersatu (Usno) Datu Badaruddin Datu Mustapha optimis bahawa pertubuhan itu mampu memberi saingan sengit jika mereka layak bertanding pada pilihan raya umum yang akan datang.Malah Datu Badaruddin mendakwa persaingan itu lebih di antara Usno dengan Umno.

“Kami seratus peratus yakin bahawa kami boleh memberikan persaingan. Mengapa? Ini adalah kerana Umno takut pada Usno di Sabah,” kata Badaruddin pada sidang media di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

“Kita minta agar permohonan pertubuhan ini didaftarkan sebagai parti politik diluluskan, dan selepas ini kita akan tahu samada Umno boleh melawan Usno atau tidak.”

Beliau merujuk kenyataan seorang Timbalan Ketua Menteri Sabah bahawa sekiranya ada pihak yang ingin membuat bising, maka pihak itu hendaklah tampil bertanding dalam pilihan raya.

Datu Badaruddin mendakwa Usno menghadapi kesukaran mendaftarkan pertubuhan itu sebagai sebuah parti politik sejak lima tahun yang lalu.

“Umno takut sebab Usno yang bawa Umno ke Sabah. Kami hanya ingin menghidupkan semula Usno. Banyak ahli-ahli Usno di Pantai Timur Sabah yang tidak pernah masuk Umno, “ katanya sambil berkata bahawa ahli-ahli Usno suatu ketika dahulu pernah menerima Umno dengan hati terbuka tetapi sekarang telah dilupakan oleh parti semenanjung itu.

Badaruddin mendakwa Usno di Sabah ketika ini mempunyai lebih 100,000 orang dan beliau yakin ia akan diterima semakin ramai rakyat Sabah apabila didaftarkan sebagai sebuah parti politik kelak.

“Kami telah diminta oleh para penyokong untuk menjadikan pertubuhan ini sebagai parti politik kerana kebanyakkan mereka merasa sedih disebabkan permintaan permulaan untuk mendaftarkan pertubuhan ini sebagai kelab telah ditolak. Mandi alang-alang basah.”

Pada tahun 2006, permohonan untuk menubuhkan Usno dalam bentuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Bermula dari detik itu, usaha tanpa henti terus dilakukan dan akhirnya pada 26hb Oktober 2010, Usno telah berjaya didaftarkan di ROS.

ROS kemudiannya memaklumkan bahawa urusan pendaftaran Usno telah selesai di peringkat negeri dan telah dihantar ke peringkat persekutuan.

Akhirnya pada 28 Jun lalu, wakil daripada Usno yang bertandang ke Putrajaya, telah dimaklumkan bahawa urusan pendaftaran diperingkat ROS telah selesai dan kini dirujuk keperingkat Kementerian Dalam Negeri(KDN).

Walaubagaimanapun, Datu Badaruddin meletakkan harapan yang tipis bahawa pendaftaran pertubuhan itu sebagai parti politik akan diluluskan.

“Tipis tapi yakin. Kalau tidak diluluskan, kita akan tengok bila tiba masanya nanti, “ katanya sambil melahirkan hasrat pertubuhan itu untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, ketika ini, pertubuhan itu juga belum membuat sebarang pakatan dengan parti-parti lain bagi menghadapi pilihan raya.

Keputusan selanjutnya, samada pertubuhan ini akan memohon menyertai Barisan Nasional (BN) atau pembangkang, akan dibuat selepas pertubuhan ini didaftarkan, kata Datu Badaruddin.KL-TODAY

Read more ...

Utusan Si Pembohong tuduh laporan akhbar asing bohong

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak lagi memberi muka kepada akhbar asing dan portal berita yang menurutnya menyokong pembangkang.

Menurut akhbar itu, media asing terutama portal pembangkang di negara ini begitu berani membuat laporan yang tidak benar kerana begitu yakin kerajaan melalui KDN tidak akan mengambil tindakan.

Akhbar itu mendakwa, dua portal berita tempatan Malaysiakini dan The Malaysian Insider sealiran dengan akhbar luar membuat laporan palsu mengenai perhimpunan Bersih Sabtu lalu.

Utusan Malaysia dalam rencana pengarang hari ini mendakwa kedua-dua portal itu membuat banyak laporan palsu ketika perhimpunan Bersih berlangsung bertujuan untuk memburukkan kerajaan di mata masyarakat dan mencemarkan Malaysia di pentas antarabangsa.

Katanya, sikap tidak beretika dan melampau media-media berkenaan tidak harus dibiarkan dan langkah Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendedahkan bukti apa sebenarnya berlaku pada Sabtu lalu amat dialu-alukan. “KDN tidak harus lagi berlembut dengan media-media seumpama itu yang dalam setiap laporan mereka tidak ada yang baik mengenai kerajaan dan Malaysia.


“Dalam soal ini kita tidak mahu lagi mendengar hujah atau amaran tetapi kesudahannya tiada tindakan tegas diambil,” lapor Utusan Malaysia.


Menurut akhbar itu, kalaupun kerajaan cuba ‘berbaik-baik’ dengan mereka dengan memberikan maklumat dan fakta yang tepat dan sahih, mereka tidak akan menggunakannya.


Sebaliknya mereka akan mencari fakta lain yang boleh memburuk-burukkan imej kerajaan dan Malaysia serta tetap mendengar putar belit pembangkang.Bagaimanapun, melihat rakaman media asing Al-Jazeera tentang perhimpunan Bersih 2.0, ternyata kalimah mereka gunakan adalah realistik.


Ahli perhimpunan disifatkan sebagai pembantah kepada perjalanan pilihan raya yang disaluti amalan tidak demokratik kerana undang- undang pilihan raya yang tidak adil.


“Lalu dianggapkan urusan perhimpunan sebagai saluran untuk menuntut Najib menggubal undang-undang pilihan raya yang adil.


“Ia jauh berbeza dengan laporan media lokal yang terlampau negatif untuk Bersih 2.0, malah turut mengundang persepsi, betapa media tersebut kuat dikontrol oleh penguasa Umno-Barisan Nasional.


“Meskipun semua pengamal media boleh menyifatkan orientasi media itu sudah melanggar etika pemberitaan kerana sarat dengan kandungan kepalsuan, pembohongan dan pemfitnahan melampau,” kata Wan Nik Wan Yusoff, pengkaji politik di pejabat Menteri Besar Kelantan .


Misalnya akhbar Berita Harian telah menggunakan ‘imej jadian’ dengan mempamerkan lagak seorang pemuda seumpama pemuda Palestin sedang melontar batu ke arah polis Israel.


Ala media Israel

“Ia suatu ciptaan, bukan realiti tentang perhimpunan Bersih 2.0. Mana ada lagak pemuda sebegitu! Ia suatu teknik kepalsuan ala media Israel (Yahudi) yang bertujuan mencemarkan misi perhimpunan Bersih 2.0,” tambahnya.

Beliau berkata, media lokal itu juga turut mesra pembohongan apabila dikesan telah mengabaikan fakta sebenar tentang perhimpunan Bersih 2.0.


Di antaranya meletakkan status Bersih 2.0 sebagai gagal dan menyiarkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang kononnya ahli perhimpunan hanya sekitar 5,000 atau 6,000 orang sahaja.


“Sedangkan dalam lembaran akhbar sama turut mengesahkan lebih 1,600 telah ditangkap. Jika benar gagal, kenapa perlu tangkap sampai hampir dua ribu orang,? soal Wan Nik.


Menurutnya, pembohongan paling tidak berperikemanusiaan turut disiarkan melalui kenyataan Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berhubung pengakuan di sebalik kematian pemandu teksi, Baharudin Ahmad.


“Kematian beliau dikatakan akibat sakit jantung, sedangkan ahli keluarganya mendakwa arwah tidak pernah mengidap sakit jantung. Apakah kepakaran polis telah mengambil alih kepakaran seorang doktor? Hanya media yang sewel seumpama media lokal tersebut sahaja yang mengiktiraf kenyataan polis sebagai benar,” tegasnya.


“Satu lagi, amatlah malang apabila media lokal tersebut sudah menjadi mata pedang yang membunuh watak akibat mainan fitnah yang dihamburkan kepada masyarakat. Ia berkaitan dengan laporan terhadap (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicap sebagai petualang, penderhaka dan pengacau.


“Ia suatu fitnah besar. Maka lagak media lokal itu seumpama hakim yang pendek akal kerana mengecap Anwar dengan niat mematikan wataknya sebagai politikus yang berprinsip.


“Termasuklah juga menyiarkan pandangan yang anti Bersih 2.0, kononnya Sasterawan Negara, A. Samad Said sebagai seorang yang bijak telah digambarkan semacam watak yang pendek akal kerana boleh bersama-sama Datuk S Ambiga menuntut lapan perkara ke arah pilihan raya yang adil,” ujarnya.

Addin :

Salah satu sebab lagi Utusan Meloya tertekan di sebabkan hasil jualan akhbarnya merosot, jikalau tidak kerana dana yang di suntik oleh Umno mungkin Utusan Meloya dah lama gulung tikar.

Read more ...