Thursday, March 29, 2012

UMNO PEMBOHONG!!! Lebih-lebih lagi UMNO Penang, terlebih bohong Ketua Pemuda UMNO Penang

Terbukti Pemuda UMNO PP tak faham isu... tu pun jangan nak jadi ketua, kuang kuang kuangg...




Kadang-kadang tertanya-tanya juga aku kenapa pihak UMNO Pulau Pinang sering memainkan isu yang bukan satu isu sebenarnya atau isu yang cuba diketengahkan itu sebenarnya hanya mengketengahkan kebodohan mereka sendiri.

Dalam hal pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dituduh menjual tapak masjid yang telah diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju ini sekali lagi mereka menyerlahkan kebodohan mereka.

Yang telah memutarbelitkan isu ini ialah Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang sendiri iaitu IR Shaik Hussein, beliau telah menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjual tapak tersebut.

Shaik Hussein berkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasa satu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid.

Namun, beliau berkata, selepas Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah.

Ini sikit penjelasan yang rakyat Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia perlu ketahui..

Bagi setiap kawasan yang pembangunannya mempunyai 1200 atau 1500 buah rumah, pihak pemaju perlu menyediakan tapak untuk Masjid dan juga Sekolah di dalam pelan pembangunan (Master Plan) mereka.

Ini adalah antara syarat yang perlu dipenuhi oleh Pemaju bagi membolehkan perancangan mereka diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran.

Namun begitu ‘Master Plan’ tersebut hanya diluluskan kepada Pihak Pemaju yang mencadangkan rancangan pembangunan mereka, dan jika tapak cadangan mereka telah dijual, Pihak yang membeli tanah tersebut perlu menyediakan perancangan pembangunan mereka sendiri pula kerana Pelan Pembangunan asal telah tidak boleh diguna pakai lagi.

Dalam hal ini pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang telah diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006 tidak lagi boleh digunapakai kerana tanah telah dijual kepada syarikat Ivory Group.

Terpulang kepada Tuan Tanah yang baru bagaimana hendak digunakan tanah tersebut sesuai dengan kanun tanah negara dan selaras dgn keperluan dan syarat pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang .

Syarat-syarat ini juga tertakluk kepada bilangan unit, jenis unit dan sebagainya.

Oleh itu tidak timbul soal tapak untuk Masjid atau Sekolah dijual kerana selagi pembangunan belum dilaksanakan tanah untuk dibina Masjid atau Sekolah tidak akan dipindah milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang atau Kementerian Pelajaran.

Pemindahan milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk Masjid dan Kementerian Pelajaran untuk Sekolah pula hanya dilakukan apabila Sijil Layak menduduki (CF) dikeluarkan..

Dan perlu kita fahami juga bahawa tapak yang dicadangkan oleh pemaju atau pemilik asal pelan pembangunan itu iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tidak mungkin sama dengan tapak yang dicadangkan oleh pemaju yang mengambil alih tapak yang hendak dibangunkan itu iaitu Syarikat Ivory Group..

Sekali lagi Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein mempamirkan kebodohannya dalam menyerang pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang!!

Bagaimana beliau boleh menuduh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjual tapak Masjid sedangkan tapak Masjid yang telah dicadangkan oleh pemaju itu adalah milik pemaju dan hanyalah cadangan yang pasti berubah bila pemaju yang baru mengambil alih tapak tersebut.

Ianya hanya menjadi milik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) setelah Masjid tersebut diserahkan oleh pemaju setelah sijil layak menduduki diperolehi..

Read more ...

MELUAT DENGAN SIKAP UMNO!!! 21 pemuda UMNO di Penang sertai PAS

JELUTONG, 29 Mac: Ketika riuh rendah Umno menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang, seramai 21 orang dari Pemuda Umno Kampong Dodoi Pulau Pinang menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS.

(Mujahid menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari wakil 21 Pemuda Umno)

Mereka berbuat demikian dalam satu majlis yang diadakan di perkarangan Pasti cawangan Kampong Dodoi malam ini.

Berucap dalam majlis penyerahan borang ialah Ustaz Taqiyudin Hamzah YDP PAS Jelutong dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari mereka.

Beliau turut memberi ucapan dan mengalu-alukan penyertaan Pemuda Umno yang membuat pilihan yang tepat dalam keputusan mereka.

"Ini satu kehebatan kerana di sebalik serangan bertubi-tubi Umno terhadap PR di Pulau Pinang dan PAS, mereka tetap bertegas untuk bersama PAS," kata Mujahid dalam ucapan itu.

Dr Mujahid juga menyatakan bahawa PAS adalah parti pilihan terbaik untuk orang Melayu Pulau Pinang memandangkan kerajaan yang memerinah hari ini adalah dari Pakatan Rakyat.

Dengan memberikan sokongan kepada PAS, suara orang Melayu akan dapat diperjuangkan dengan lebih berkesan, jikalau tidak Umno akan menjadikan orang Melayu sebagai umpan politik mereka dan akhirnya merugikan orang Melayu di Pulau Pinang.

Turut hadir ialah Ketua AMK Jelutong sdr Khairil Anuar Kamarudin.

Menurut Pemuda Umno yang berhijrah ke PAS, mereka sudah muak dengan sikap Umno yang hanya menggunakan mereka bila diperlukan tetapi dalam banyak keadaan meminggirkan sumbangan mereka.

Read more ...

BETUL KA NI?!!! Polis pukul samseng UMNO?

Jangan harap la polis nak berani pukul samseng UMNO, tapi jika samseng UMNO pukul polis boleh nak percaya.

Polis akan berani pukul rakyat marhaen yang menentang UMNO .

Buktinya, lihatlah gambar di bawah ....admin

Salah seorang teman meminta untuk aku siarkan kejadian memukul peneroka yang menuntut semula tanah yang dirampas oleh FELDA.

Kemungkinan juga kejadian ini berlaku disebabkan dari kehadiran wakil ANAK yang mendengar rintihan mereka baru-baru ini. Berikut gambar kejadian dimana polis menjalankan arahan BOS mereka.








Berikut pula adalah catatan dari anak salah seorang mangsa kekejaman pihak berkuasa yang diambil dari facebooknya.
tuntut tanah yang di rampas FELDA, ini balasan nya diberikan oleh tentera najib...kekayaan didahulukan, kesengsaraan rakyat diutamakan. lepas rampas tanah orang kampung,pegi pukul orang plak.
sahabat2, tanah ni milik orng kampung, tapi felda ceroboh n rampas dulu, 17000 ekar, lpas tuntut blik, mahkamah kluarkan surah perintah d mana orng kampung ble masuk ke tanah dorang balik. tapi FELDA main kotor, hantar polisko( kuli-kulinya) p pukul orng.
kampung...soma polisko yng ada dlm gambar ni trmasuk 40 polisko lain yng ada di kawasan itu sedang menghadapi dakwaan di mahkamah
Inilah kerja UMNO dulu kini dan selamanya... ~sahabatblogsabah

Read more ...

KANTOI TAK BOLEH NAFI !!! UMNO rayu Israel lobi Persidangan Gas Sedunia!

Selepas mendedahkan hubungan dagangan Malaysia dan Israel, KEADILAN sekali lagi tampil dengan bukti membongkar penglibatan Malaysia melobi negara Zionis itu untuk mendapatkan sokongan penganjuran Persidangan Gas (WGC) yang akan berlangsung pada Jun 2012.

Setiausaha Agong KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, berdasarkan surat daripada Persatuan Gas Malaysia (MGA) kepada Institut Petroleum dan Tenaga Israel bertarikh 6 September 2005 menunjukkan Malaysia merayu Israel bagi menyokong negara ini menjadi tuan rumah persidangan tersebut.


"Pendekatan merayu bantuan Israel mendapat restu dan atas nasihat Wisma Putra. Penganjuran pula dikendalikan WGA yang diwakili Petronas dan dinasihati bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.


"Malah KEADILAn mempunyai bukti Tun Mahathir dan Wisma Putra sedia maklum mengenai pendekatan Malaysia merayu sokongan Israel untuk mendapatkan hak penganjuran tetapi merestui sahaja pendekatan ini," dedahnya di lobi Parlimen hari ini.


Sidang media itu turut dihadiri Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli.


Bermula 4 hingga 8 Jun 2012, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada persidangan WGC yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.


Persidangan itu adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh dunia.


Menurut Saifuddin, penganjur WGC dipilih oleh anggota Pertubuhan Gas Antarabangsa yang turut diangotai Israel, Rusia, Brunei dan Indonesia.


Ironinya, Malaysia tidak pernah menganggotai Pertubuhan Pengeluar Petroleum Sedunia (OPEC).


Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, pada surat melobi Israel itu, Malaysia turut menawarkan untuk mengurus penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke persidangan IGU di Tianjin, China.


"Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.


"Malah pendedahan kali ini membongkar hipokrasi Umno dalam hubungan dengan Zionis kerana bukan sahaja mereka menyatakan hasrat untuk mengadakan hubungan diplomatik malah terbukti mereka pernah melutut merayu sokongan Israel," katanya.



Keterlibatan Kerajaan Malaysia Merayu Kepada Badan Israel Untuk Mendapatkan Sokongan Penganjuran Persidangan Gas Dunia


KEADILAN mempunyai bukti kukuh termasuklah laporan, surat menyurat dan dokumen-dokumen lain yang mengesahkan sikap talam dua muka Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara Malaysia dan Israel sedang ia menyerang Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.


Hubungan tidak rasmi di antara Umno dan kerajaan atau badan-badan Israel bukanlah perkara baru. Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menulis surat kepada 3 orang Perdana Menteri Israel yang berasingan menyatakan hasrat beliau yang mewakili Umno untuk menjalin hubungan diplomatik yang normal dengan Israel. Tindakan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang melantik APCO yang diketuai tokoh-tokoh yang rapat dengan Israel mengesahkan lagi wujudnya hubungan baik di antara Umno dan Israel.


Malah, sikap ini turut menular di dalam dasar luar negara seperti yang ditentukan oleh Wisma Putra.


Hari ini, KEADILAN akan membongkarkan bagaimana Umno dan pimpinannya mengambil sikap berbaik-baik malah memohon bantuan dari Israel, walaupun secara rasminya Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara tersebut.


Bermula 4 hingga 8 Jun 2012, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. Persidangan ini adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh dunia.


Penganjuran Persidangan Gas Sedunia dipilih melalui undi oleh anggota Pertubuhan Gas Antarabangsa (International Gas Union) yang turut dianggotai oleh negara-negara seperti Malaysia, Israel, Russia, Brunei, Indonesia dan banyak negara lain.


KEADILAN boleh mengesahkan bahawa semasa Malaysia melobi untuk mendapatkan hak menganjurkan persidangan ini dalam tahun 2005, Malaysia telah merayu bantuan Israel untuk menyokong cadangan Malaysia menjadi tuan rumah. Malah, Malaysia turut menawarkan secara tidak langsung untuk menguruskan penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke Persidangan IGU di Tianjin, China.


Pendekatan merayu bantuan Israel ini mendapat restu dan atas nasihat Wisma Putra. Penganjurannya pula dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh PETRONAS dan dinasihati oleh Tun Mahathir. Malah, KEADILAN mempunyai bukti bahawa Tun Mahathir dan Wisma Putra sedia maklum mengenai pendekatan Malaysia merayu sokongan dari Israel untuk mendapatkan hak penganjuran tetapi merestui sahaja pendekatan ini.


Bersama-sama ini disertakan satu surat dari wakil Malaysia kepada wakil Israel yang mengesahkan bahawa Wisma Putra telah merestui pendekatan merayu bantuan dan sokongan Israel demi mendapatkan hak penganjuran sebuah persidangan antarabangsa.


Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomatik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel. Malah, pendedahan kali ini membongkarkan hipokrasi tertinggi Umno dan pimpinan mereka dalam isu hubungan dengan Israel kerana bukan sahaja mereka menyatakan hasrat untuk mengadakan hubungan diplomatik, malah terbukti mereka pernah melutut merayu sokongan dari Israel.


KEADILAN mendesak penjelasan dari Wisma Putra dan Tun Mahathir Mohamad mengenai pendirian yang telah diambil sehingga merestui pendekatan pihak penganjur Persidangan Gas Sedunia yang merayu bantuan dan sokongan Israel, kerana ini bertentangan dengan solidariti rakyat Malaysia dengan perjuangan rakyat Palestin.


KEADILAN akan terus menyiarkan dokumen-dokumen dan surat-menyurat bagi membuktikan bagaimana pimpinan Umno terlibat secara langsung di dalam perkara ini.




DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL, SETIAUSAHA AGONG KEADILAN

MOHD RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI KEADILAN


29 MAC 2012

Read more ...