Thursday, June 3, 2010

PAS ucap takziah di atas pemergian Hasan Tiro









KUALA LUMPUR, 4 Jun: PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga, rakan-rakan seperjuangan dan penduduk Acheh di atas pemergian Tengku Hasan Muhammad Di Tiro, 85, (gambar) ke rahmatullah, semalam di sebuah hospital di Banda Acheh.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, almarhum yang merupakan pengasas kumpulan Gerakan Acheh Merdeka (GAM) adalah antara tokoh terpenting yang terlibat dalam perjuangan wilayah Acheh sehingga akhirnya perdamaian dicapai pada bulan Ogos 2005 yang lalu.

“Pemergian beliau ini bukan sahaja dirasai oleh seluruh keluarga, rakan dan penduduk Acheh, tetapi juga merupakan satu kehilangan besar kepada seluruh pendukung PAS.

“Ianya mengimbas kembali hubungan baik yang dijalin di antara Almarhum Tengku Hassan dengan kepimpinan PAS sejak puluhan tahun,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, ternyata kepulangan kali kedua beliau ke Acheh pada 17 Oktober 2009 adalah merupakan kepulangan terakhir sebelum beliau menemui Allah Subhanahu Wataala.

Beliau yang juga Ahli parlimen Marang berkata, hasrat Tengku Hasan beliau untuk melihat suatu keamanan di Acheh akhirnya berjaya dicapai dalam ruang umur beliau.

“Bagi pihak seluruh pimpinan dan ahli-ahli PAS, saya merakamkan ucapan takziah dan berharap seluruh keluarga, rakan dan penduduk Acheh dapat bersabar dengan ketentuan Allah ini.

“Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, insya Allah,” ujarnya lagi.

Almarhum yang dikenali dengan Hasan Tiro, meninggal dunia di Hospital Zainoel Abidin Banda Aceh, pada jam 12.02 waktu Indonesia Barat, sehari selepas beliau diberikan kembali status sebagai warganegara Indonesia.

Beliau yang dilahirkan di Pidie, Aceh, pada 25 September 1925 telah memohon untuk mendapatkan kembali kewarganegaraan Indonesia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebelum ini, beliau memegang pasport Sweden dan tinggal dalam buangan di Stockholm sejak tahun 1979 akibat konfrontasi dengan kerajaan Indonesia yang dipimpin Presiden Soeharto ketika itu.hrkh

Read more ...

Tinggalkan BN untuk selamat anak cucu, cicit







KOTA BHARU, 4 Jun: “Saya mengingatkan seluruh rakyat di negara ini bahawa untuk membela nasib sendiri serta nasib anak cucu cicit kita, mestilah tinggalkan BN, ini pandangan saya,” ujar Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP), S. Surianarayanan.

Beliau berkata, untuk menyelamatkan negara dari pemerintahan yang ada sekarang, kerajaan itu mesti ditukarkan kepada kerajaan yang baru.

“Kalau kita tidak tukarkan kepada satu kerajaan yang baru, Kerajaan Malaysia akan hancur, ini berdasarkan kajian kami.

“Contohnya, Kerajaan Malaysia sudah begitu banyak hutang, hinggakan ekonomi kita tidak boleh dipulihkan sampai bila-bila masa pun.

“Negara kita sekarang sudah berada dalam keadaan muflis, justeru apabila kerajaan itu sudah nak ‘kiamat’, kita hendaklah selamatkan. Kita kena tukarkan kepada satu kerajaan yang baru,” kata Suria.

Beliau bercakap kepada media pada Seminar Hubungan Muslim – Non Muslim Dalam Konteks Malaysia – Ulasan Buku Prof Dr Yusof Al-Qardawi: ‘Kedudukan Non Muslim Dalam Masyarakat Islam’ di sebuah hotel di sini semalam.

Mengulas DHPP, beliau berkata dewan itu kini mempunyai keahlian di seluruh negara kira-kira 80,000 orang meski pun media sebelum ini melaporkan seramai 20,000 orang.

Di Perak sendiri, menurutnya, terdapat seramai 18,400 ahli berdaftar.

Beliau yang juga Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perak (kini DHPP) berkata, setelah Kelab Penyokong PAS (KPP) didaftarkan atas nama DHPP, ramai ahli bukan Islam menyertai DHPP.

Ini, katanya kerana mereka sudah yakin dengan PAS dan mempunyai foundation yang kukuh.

“Sebab itulah kami kaum India sekarang sudah tahu akan tindakan BN (bahawa) mereka begitu lama perbodohkan kami khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Bukan saja orang bukan Islam tetapi juga orang Islam sendiri diperbodohkannya.

“Ramai juga dari kawan kami dalam Umno sendiri sudah sedar, justeru mereka akan menyertai DHPP.

“DHPP berharap PAS dan Pakatan Rakyat akan mampu memerintah Malaysia, dengan dibantu semua penganut agama-agama yang ada di negara ini,” ujarnya.

Seminar itu disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS, manakala pembentangannya dilakukan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim (Macma) Ann Wan Seng, Shah Kirit (Saba Islamic Media), Datuk Dr Johari Mat (Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra – KIAS) dan Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai pengulas.hrkh

Read more ...

Siasat kematian PTD


KUALA LUMPUR, 3 Jun : Wakil rakyat muda Pakatan Rakyat (PR) menggesa Kerajaan Persekutuan menjalankan siasatan secara terbuka dan telus ke atas kematian seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang meninggal dunia selepas menjalani latihan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara 31 Mei lalu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, pihak berwajib tidak mempunyai pilihan melainkan mendasari isu berkenaan dengan teliti dan memberi jaminan bahawa kejadian itu tidak akan berulang lagi.

“Tidak boleh tidak, persoalan akan terus timbul mengenai keperluan wujudnya latihan ketenteraan yang mencabar fizikal bagi penjawat awam negara.

“Umum bersetuju bahawa wujud keperluan penjawat awam khususnya pegawai PTD untuk cergas mental dan fizikal tetapi dalam masa yang sama masih banyak saluran yang boleh dibentuk yang lebih rasional untuk membentuk semangat kekitaan di kalangan mereka,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini semalam.

Katanya, Kerajaan Persekutuan juga perlu membekukan sebarang penglibatan peserta di dalam latihan seumpamanya sehingga siasatan dijalankan sepenuhnya.

“Insiden ini seperti mana insiden-insiden malang yang berlaku di dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menimbulkan beberapa persoalan serius ke atas komitmen kerajaan ke atas kebajikan peserta di bawah seliaan mereka.

“Kami menerima banyak aduan dari PTD-PTD yang melalui modul yang sama dan sudah semestinya warganegara yang memilih untuk berkhidmat untuk negara berhak mendapat layanan yang lebih baik,” katanya.

Sidang media berkenaan juga turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari dan ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin.

Beliau turut mempersoalkan cara pengendalian modul program itu sama ada ia mempunyai latar belakang profesional atau sebaliknya.

“Siapakah yang mengendalikan Modul Bina Semangat berkenaan,apakah konsultan ini mempunyai latar belakang kejurulatihan profesional?

“Apakah modul ini memenuhi mana-mana piawaian keselamatan dan mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang jelas berhubung keselamatan peserta?,” katanya.

31 Mei lalu,seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), Norhasimah Wahid, 31, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat jangkitan paru-paru semasa menjalani latihan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara.

Nurul Izzah berkata, beliau bersama Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali akan membawa isu itu ke Parlimen sewaktu pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 nanti.

Sementara itu, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad mencadangkan Kerajaan Negeri Selangor menggantung penghantaran pegawai PTD daripada menjalani latihan sedemikian sebelum sehingga siasatan selesai.

”Kami akan menulis surat kepada Kerajaan negeri supaya menggantung penghantaran pegawai PTD di Selangor daripada menghadiri latihan ini buat sementara waktu sehingga siasatan itu selesai dijalankan,” katanya.SH

Read more ...

Petani Parit Buntar berdemo di sawah


PARIT BUNTAR, 3 Jun :
Pesawah kecil di Kampung Parit Abas, di sini, memohon Kerajaan Negeri supaya membuat penetapan harga sebanyak RM1,200 untuk satu tan metrik padi berbanding musim lalu hanya RM1,000 ke RM1,150.

Pesawah, Mohd Khairi Shahidan berkata, jika ia tidak dikawal, mereka khuatir harga akan terus menjunam dan memberi kesan buruk terhadap pesawah.

“Harga jatuh kerana tindakan kerajaan membenarkan eksport beras dari negara luar seperti Vietnam dan Thailand dengan harga lebih murah,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui bersama kira-kira 30 petani mengadakan demonstrasi secara aman berhampiran sawah mereka di sini, semalam.

Seorang lagi pesawah, Azhari Abdullah berkata, kerajaan tidak sepatutnya membawa masuk beras dari luar dalam kuantiti yang banyak kerana akan menjejaskan mata pencarian dan ekonomi petani kecil seperti mereka.

“Bayangkanlah satu tan padi hanya dibayar RM1,000, berapa yang akan diperoleh petani seperti kami yang mengusahakan tanaman ini secara kecil-kecilan?

“Tidakkah kerajaan terfikir berapa pula kos untuk penyelenggaraan dan upah pelbagai situasi sebelum padi boleh dijual kepada pengilang,” katanya.

Bagi Abu Hassan Abdullah pula, harga yang berbeza-beza bagi setiap negeri juga menimbulkan persoalan sedangkan jumlah pengeluaran dan kualiti tidak jauh beza.

Katanya, pihak bertanggungjawab perlu memberi penjelasan selain mencari jalan penyelesaian terbaik membela nasib petani di negeri ini.

“Apakah sebabnya harga ini berbeza-beza dan mengapa hal ini berlaku sedangkan kami juga petani seperti yang lain?

“Harga padi pada musim sebelum ini agak tinggi sekitar RM122 hingga RM127 bagi 100 kilogram, tetapi apa yang berlaku kini harga menjunam sehingga RM106 bagi 100 kilogram padi,” katanya.

Seorang lagi pesawah, Zahlan Mazuki berkata, dia mahu petani di negeri ini diberi kebenaran menjual padi di luar negeri Perak bagi mendapatkan harga yang lebih kompetitif.

“Jika keadaan terus begini, pengusaha padi di negeri ini akan terus mengalami kerugian dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan juga akan merosot,” katanya. SH

Sementara itu, Pengerusi Lujnah Petani PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa berkata kerajaan sepatutnya mengambil perhatian terhadap tuntutan petani ini.

" Bernas sepatutnya menghadkan impot beras secara besar-besaran kerana menyebab harga padi tempatan rendah.

" Sepatutnya apabila beras dalam negara tidak cukup, harga padi akan naik. Tapi apa yang berlaku harga padi tempatan tidak naik" katanya

Read more ...

Kerajaan Selangor anjur solat hajat di Stadium Malawati

Muslims perform a special prayer in support of Palestinians to    protest against the Israeli storming of a Gaza-bound aid flotilla, in    Shah Alam outside Kuala Lumpur June 3, 2010. Israeli marines stormed the    Turkish aid ship bound for Gaza on Monday and at least nine    pro-Palestinian activists were killed, triggering a diplomatic crisis    and an emergency session of the U.N. Security Council.

SHAH ALAM , 3 Jun : Sebagai tanda menentang kezaliman yang dilakukan oleh Israel terhadap kekejaman Zionis, lebih 5,000 umat Islam membanjiri Stadium Malawati, di sini untuk Solat Hajat Perdana Sokongan kepada Konvoi Gaza, malam tadi.

Program anjuran Kerajaan Negeri Selangor itu bertujuan memberikan kesedaran kepada rakyat di seluruh negara mengenai kekejaman Zionis terhadap masyarakat Islam.

Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, program itu juga menunjukkan tentangan masyarakat Islam terhadap pembunuhan, keganasan dan kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap masyarakat Islam sepertimana yang berlaku pada hari Isnin lalu melibatkan rakyat Malaysia di Laut Mediteranean.

Menurutnya, tindakan Zionis terhadap Islam seperti pejuang-pejuang, aktivis-aktivis dari 37 negara dalam misi bantuan Palestin dianggap kejam.

“Program pada malam ini (semalam) penting untuk memaklumkan penentangan Islam terhadap kekejaman Zionis supaya sedar mengenai perikemanusiaan, tentangan terhadap kekejaman oleh Israel terhadap Islam Palestin,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media sempena Program Solat Hajat Perdana Sokongan kepada Konvoi Gaza, malam tadi.

Menurutnya, kehadiran pelbagai lapisan masyarakat terutamanya dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Selangor menunjukkan kesedaran yang tinggi generasi muda untuk bersama-sama menentang kezaliman yang dilakukan oleh Zionis.

“Secara tidak langsung, kehadiran mereka pada program ini dapat membantu mereka sedar terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap masyarakat Islam melalui pidato yang disampaikan,” katanya.

Dalam program itu seramai 14 pemidato telah terlibat antaranya dari Muslim Care, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.SH


Muslims perform a special prayer in support of Palestinians to    protest against the Israeli storming of a Gaza-bound aid flotilla, in    Shah Alam outside Kuala Lumpur June 3, 2010. Israeli marines stormed the    Turkish aid ship bound for Gaza on Monday and at least nine    pro-Palestinian activists were killed, triggering a diplomatic crisis    and an emergency session of the U.N. Security Council.

Malaysian Muslims offer prayers during a special prayer for the    victims of Israel's deadly raid on aid ships bound for Gaza in Shah    Alam, outside Kuala Lumpur, Malaysia, Thursday, June 3, 2010. Israel's    army has been using confiscated videos to justify its deadly raid    against a Gaza-bound aid flotilla, and the Foreign Press Association    wants it to stop.

A    young Muslim girl wears a Palestinian scarf as she performs a special    prayer in support of Palestinians to protest against the Israeli    storming of a Gaza-bound aid flotilla, in Shah Alam outside Kuala Lumpur    June 3, 2010. Israeli marines stormed the Turkish aid ship bound for    Gaza on Monday and at least nine pro-Palestinian activists were  killed,   triggering a diplomatic crisis and an emergency session of the  U.N.   Security Council.

A    Muslim woman cries as she reads a prayer during a gathering in support    of Palestinians to protest against the Israeli storming of a  Gaza-bound   aid flotilla, in Shah Alam outside Kuala Lumpur June 3,  2010. Israeli   marines stormed the Turkish aid ship bound for Gaza on  Monday and at   least nine pro-Palestinian activists were killed,  triggering a   diplomatic crisis and an emergency session of the U.N.  Security   Council.

Read more ...

Rakyat Malaysia belum bebas dari Israel

















KOTA BHARU, 3 Jun: Pembebasan 12 sukarelawan rakyat Malaysia yang ditahan oleh rejim zionis Israel belum lagi membuktikan rakyat akan bebas sepenuhnya daripada fahaman Yahudi.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata selagi negara tidak menghentikan kerjasama dengan syarikat yang ada hubungan dengan Israel, APCO Worldwide.

Jelas Tuan Guru, menarik balik kerjasama dengan APCO hanya sebahagian cara untuk menyingkirkan Israel, namun membuang rasa sayang dan cinta kepada Yahudi adalah jalan yang lebih baik.

“Ini kerana Yahudi termasuk Israel adalah makhluk perosak yang wajib dihindari oleh sesiapapun,” ujarnya yang juga Musyidul Am PAS.

Menurutnya lagi, Yahudi sejak zaman dahulu lagi bersifat jahat serta membunuh para nabi, bukannya masyarakat kampung biasa sekiranya tidak mengikut kehendaknya.

“Setiap kali sembahyang kita membaca al-Fatihah, ada di antara maksudnya kita tidak mahu jadi pengikut Yahudi dan Nasrani,” ujarnya.

Menyentuh tentang tangkapan yang dibuat oleh Israel terhadap 12 rakyat Malaysia, beliau memberitahu bukan sahaja di sana, Malaysia sendiri turut mengurung rakyatnya di bawah ISA jika tidak mengikut kehendaknya.

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa syukur terhadap pembebasan itu.

Read more ...

Usrah di padang futsal














PARIT BUNTAR, 2 Jun : Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar (DPPKPB), berusaha melebarkan usaha dakwah ke dalam bidang sukan.

Setiausaha Dewan Nasharudin Rashidi berkata, DPPKPB telah mengadakan usrah di padang Futsal Pekan Baru Parit Buntar yang mana naqibnya adalah Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar.

" Usaha ini dilakukan supaya dapat menarik golongan muda seiring dengan tema Orang Muda Geng Kita yang semakin mendapat sambutan dihati anak-anak muda.

" Progam bermula dengan solat Isya' berjamaah, seterusnya melakukan solat hajat memohon kepada Allah swt agar diselamatkan sukarelawan yang mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza yang telah di serang oleh Israel laknatullah" katanya

Nasharuddin berkata, setelah selesai solat hajat sedikit tazkirah telah diberikan oleh oleh Dr.Mujahid yang lebih berkisar kepada tajuk berjihad.

" Suntikan semangat ini membakar jiwa AJK DPPKPB supaya akan istiqamah dan terus berjihad dalam menyabarkan dakwah Islam di dalam arena politik Malaysia.

" Dr Mujahid menegaskan mungkinkah kita boleh merasa senang dan selesa tatkala sahabat-sahabat kita dimedan jihad (tidak kira dimana). Malah kita patut berasa berdosa kerana tidak bersama-sama berusaha sepenuh jiwa demi melihat Islam ditegakkan" katanya

Tambah Dr. Mujahid " Oleh yang demikian selain berdoa kepada saudara kita yang berjihat dimedan tempur (Qital).

" Maka kita sebagai pemuda harus mempertahan Islam ditanah air kita khasnya kawasan Parit Buntar (Kawasan Masing-masing). Inilah dia pengorbanan jihad yang diperlukan oleh setiap anak muda"

Menurut Nasharuddin, setelah selesai tazkirah, acara futsalditeruskan. Perlawanan diantara Dewan Pemuda menentang PAS Parit Buntar.

" Sepakan mula diberikan kepada PAS Kawasan yang diambil oleh ketua pasukan sendiri iaitu DR. Mujahid.

" Pertandingan futsal malam ini adalaha sangat sengit dimana masing-masing pulang dengan seri 7 -7" Katanya


Sujud memohon keampuan kepada Allah swt.

Solat hajat ditunaikan supaya diselamatkan sukarelawan
Misi Kemanuasiaan ke Gaza

Ya Allah, Lindungilah hambaMu dan Para Pejuang Islam &
selamatkanlah mereka

Tazkirah yang disampaikan oleh YB Dr. MujahidSepakan mula oleh ketua pasukan PAS Kawasan Parit Buntar

Read more ...

Umno cakap tak serupa bikin
















IPOH, 1 Jun : Kekejaman regime yahudi, laknatullah, keatas kapal pengaman Frotilla di laut antarabangsa , mengakibatkan ramai kematian dan cedera parah, apabila diserang dgn ganas oleh tentera yahudi. Perbuatan zolim tentera yahudi ini mesti dikecam sehebat2nya.

Saya sendiri mengecam kuat setiap kali dipentas ceramah, tazkirah dan solat hajat bersama rakyat. Berbagai pihak termasuk UMNO juga mangutuk dan berdemo tanda marah dan mengutuk tindakan regim israel tersebut.

Tapi mesti juga diingat bahawa apabila pada sessi Parlimen bulan March-April 2010 yg lepas, setelah didedahkan siapa dia APCO WORLDWIDE, ASIASOFT, APCO INTERNATIONAL yang mempunyai hubungan kait terus dgn regim yahudi serta berpengkalan di Tel Aviv, oleh ketua pembangkang, DSAI, namun kesemua ahli Parlimen UMNO telah berkata "setuju" utk kerajaan membayar RM77juta kepada APCO Worldwide sebagai bayaran khidmat perunding untuk mempromosikan 1Malaysia serta menguruskan pertemuan Presiden BN/UMNO dgn Obama dan kos pengiklanan RM, istri 1Malaysia di akhbar The New York Times pd 16 April 2010.

Perbahasan isu ini makan masa 2 hari bagi meyakinkan ahli Parlimen supaya menolak APCO. Kesemua ahli Parlimen PR mengecam hebat APCO dan regim yahudi di Parlimen supaya kerajaan tidak membayar dan membatalkan khidmat APCO. Kami berkata "tidak".

Namun oleh kerana suara "setuju" lebih kuat dari "tidak' maka lulus pembayaran RM77juta kpd firma yahudi, APCO WORLWIDE oleh semua ahli Parlimen UMNO/BN.

Persoalanya, kenapa sikap UMNO yg bermuka2 dan membohongi rakyat khususnya orang melayu yg sentiasa diberitahu bahawa UMNO menentang yahudi dan membela rakyat Palestin di luar Parlimen, tetapi pada hakikatnya UMNOlah yg melantik firma yahudi dan membayar RM77juta kepada APCO Worldwide.

Tidakah pimpinan UMNO serta ahli Parlimen UMNO berasa bersalah ? Harap rakyat khusunya masyarakat melayu dapat menilai hakikat sebenar pimpinan UMNO yg bermuka2.

Dalam bab meluluskan lesen judi sukan, bola sepak dunia, UMNO tidak melayan tuntutan ahli UMNO yg mahukan Najib dan kerajaan membatalkan lesen judi sukan ini yg di beri kepada Vincent Tan melalui Ascot Sports S/B .Seluruh rakyat merayu supaya Najib batalkan perbuatan "Rijsun min amali Syaithan", namun Najib langsung tidak mendahulukan rakyat.

Yang akan menjadi mangsa bukan banyak sangat yg telah asyik berjudi, tetapi anak2 muda melayu kerana mereka suka bola. Lesen ini akan membuka ruang utk mereka bertarung dan bertaruh.

Mahukah kita benarkan Najib dan kerajaan memberi dan menghantar bara kepada rakyat Malaysia? Inilah kesempatan dan peluang keemasan agar orang dan ahli2 UMNO meninggalkan parti UMNO yg terbukti jelas sesat dan menyesatkan serta melawan perintah Allah seperti termaktub dalam ALQuran, Surah 5: ayat 90, 91 dan 92.

Fikir2kanlah serta bertindak pantas dan bijak tinggalkan UMNO sekarang supaya terlepas dari laknat dan kemurkaan Allah. DS Nizar

Read more ...

Himpunan 100 ribu bantah judi














PETALING JAYA, 2 Jun: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang baru ditubuhkan secara rasmi semalam akan memulakan kempen mansuhkan judi bermula Sabtu, 5 Jun ini di pusat membeli belah Sogo mulai jam 2 petang.

Dalam mesyuarat pertama mereka semalam juga memutuskan satu memorandum akan diserahkan kepada Ahli-ahli Parlimen Malaysia pada Isnin, 7 Jun sempena persidangan Dewan Rakyat.

Pada 23 Jun pula, GMJ akan menyerahkan memorandum sama kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut setiausaha GMJ, Suhaizan Kayat, road show ke serata negeri bagaimanapun berjalan sepanjang masa dan akan bermula 15 Jun ini sehingga hari kemuncak bantahan 3 Julai ini.

Ianya bermula di Wialayah persekutuan, kemudian Selngor (18 Jun), Terengganu (19 Jun), Kedah dan Pulau Pinang (22 Jun), Perak (23 Jun), Perlis (26 Jun), Johor (27 Jun), Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan (29 Jun).

Selain pengedaran risalah, program lain sepanjang kempen juga termasuklah penyerahan memorandum kepada Menteri-menteri Besar dan juga Mufti-mufti Negeri.

Manakala penutup road show akan diadakan pada 2 Julai jam 9 malam di Kuala Lumpur.

Pada hari kemuncak, 3 Julai tersebut, 100 ribu dijangka menyertai himpunan tersebut di ibu negara bermula jam 2 petang bagi menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

GMJ dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Azmi Abd Hamid, timbalannya adalah Mohamad Raimi Ab. Rahim manakala AJK pula terdiri daripada wakil-wakil NGO dan parti politik.
Ianya ditubuhkan bagi menggerakkan massa membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sempena bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung bulan ini.

Berikut adalah antara NGO yang turut serta dalam GMJ:

1. Majlis Perundiangan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
2. Persatuan Teras Perpaduan Melayu (Teras)
3. Dewan Pemuda Masjid
4. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
5. Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS)
6. Satu Nama (SATNA)
7. Jemaah Islah Malaysia (JIM)
8. Jamaiy
9. Pengerak Belia Tempatan MPK
10. Budayawan Bertindak (BB)
11. Seniman Paksi Rakyat
12. Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK)
13. Nisa Malaysia
14. Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia (PKPIM)
15. Persatuan Dharma Sakyamuni
16. Relawan (PBR)
17. Pusat Aduan Rakyat Kempas
18. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
19. Dewan Pemuda Pusat (DPP Pusat)
20. Angkatan Muda Keadilan (AMK)
21. Pemuda DAP (DAPSY)

Read more ...

Bankrap kerana rasuah bukan subsidi


PETALING JAYA, 2 Jun : Wanita Keadilan menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) jujur dan konsisten dalam kenyataan berkaitan ekonomi negara.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Haniza Mohd Talha berkata, kenyataan yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bahawa Malaysia akan bankrap pada tahun 2019 ternyata bertentangan dengan jaminan Perdana Menteri bahawa Malaysia akan menjadi negara maju menjelang 2020.

Haniza berkata, kenyataan negara akan bankrap kerana pemberian subsidi adalah tidak tepat.

“Bagaimana pula dengan ketirisan RM24 bilion yang berlaku setiap tahun. Begitu juga dengan pengaliran wang rakyat berjuta untuk projek segera semasa pilihan raya kecil.

“Mengapa dibiarkan pemberian subsidi minyak kepada syarikat besar luar negara untuk penjanaan tenaga elektrik?” katanya.

Haniza berkata, membiarkan terus berlakunya ketirisan dan pembaziran wang rakyat, ternyata menunjukkan kelemahan dan ketidakupayaan pihak pengurusan.

Katanya, tindakan menarik balik subsidi bagi mengelak kegawatan ekonomi tidak dapat menyelesaikan masalah kewangan negara.:

“Bekas Pengurus Bursa Malaysia, Datuk Salleh Majid juga menjelaskan bahawa penarikan subsidi hanya akan mengundang masalah inflasi yang lebih tinggi selain kos hidup terus meningkat.

“Peniaga dan peruncit akan mengambil peluang untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Golongan miskin terutamanya miskin bandar akan terus meningkat sekiranya subsidi ditarik balik,” katanya.

Justeru, Wanita Keadilan Selangor mengesyorkan kerajaan perlu memperbaiki pengurusan kewangan negara iaitu berjimat dalam perbelanjaan, elakkan ketirisan dan telus dalam urusan kewangan, bukan menarik balik subsidi.

Katanya, sebagai langkah susulan sebelum subsidi ditarik balik, Wanita Keadilan Selangor juga mencadangkan supaya perbelanjaan harian, keistimewaan dan elaun ke luar negara pemimpin negara dan negeri dibekukan.

“Kita juga menyarankan agar Kerajaan Malaysia belajar dari negeri Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang berjaya menguruskan kewangan negeri masing-masing dan membuat penjimatan dalam perbelanjaan awam.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) bawah kerajaan Pakatan Rakyat juga mendapat pujian kerana berjaya melaksanakan perbelanjaan berhemah dan seterusnya sejumlah besar peruntukkan dapat dijimatkan,” katanya.SH

Read more ...

Pidato ' Suka Bola Tak Suka Judi '








PARIT BUNTAR, 2 Jun : Dewan Pemuda PAS Parit Buntar akan mengadakan satu pidato perdana 'Suka Bola Tak Suka Judi ' sempena membantah judi bola yang diluluskan oleh kerajaan baru-baru ini. Sempena bola sepak Piala Dunia, kerajaan telah memberikan lesen kepada Berjaya Group untuk menjalankan permainan judi bola sepak.

Menurut Ketua Penerangan Pemudanya, Hairul Nizam Ishak, Pemuda Parit Buntar mengambil inisiatif untuk mengadakan program ini pada 5 Jun ini, di Dataran Purnama Kampung Kedah jam 9.00 malam.

" Ceramah ini akan menampilkan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah serta beberapa lagi pimpinan pemuda PAS bagi menyatakan bantahan sekeras-kerasnya khususnya daripada masyarakat Parit Buntar bahawa judi bola sepak ini tidak akan memberi sebarang manfaat kepada rakyat Malaysia.

" Malah ia akan mengakibat kesan buruk apabila masyarakat khususnya golongan belia ini terlibat dalam perjudian ini. Permainan judi sememangnya diharamkan dalam Islam, mengapakah kerajaan di bawah pemimpin Umno yang beragama Islam boleh meluluskan permainan tersebut" katanya

Beliau berkata, selain itu edaran risalah juga akan diadakan sebagai menjadi agenda penerangan Dewan Pemuda.

" Apa yang lebih memalukan adalah ramai di kalangan bukan Islam juga menentang judi bola ini. Bagi mereka ianya tindakan membazir dan boleh menyebabkan kerosakan institusi kekeluargaan.


" Rakyat kadangkala sanggup berhutang untuk berjudi, apabila mereka tidak mampu membayar keluarga penjudi ini akan diburu ketakutan dan kesusahan" katanya


Tambahnya, Pemuda PAS Parit Buntar turut sama akan mengecam tindakan Rejim Israel yang telah menyerang aktivis dan sukarelawan yang membawa bantuan untuk masyarakat Palestin di Gaza.


"Tindakan biadap ini dikecam di seluruh dunia. Pemuda PAS akan menentang habis-habisan tindakan Rejim Israel tersebut dan akan mengambil inisiatif menyebarkan risalah memboikot produk-produk di Malaysia yang ada kaitan dengan Israel" katanya


Beliau turut menyeru supaya umat Islam mengadakan solat hajat bagi mendoakan sukarelawan yang membawa misi bantuan kemanusiaan ini dilindungi oleh Allah SWT.

Read more ...

PAS tidak amal dasar perkauman


KOTA BHARU , 2 Jun : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS tidak pernah mengamalkan dasar perkauman dan radikal dalam perjuangannya, sebaliknya ia menjadi label-label negatif yang dipakaikan oleh pihak media massa.

Menurutnya, jika PAS sebelum ini dilabel sebagai perkauman dan radikal, maka tuduhan tersebut hari ini seolah-olah telah bertukar dan dipakai pula oleh golongan yang dulunya mendakwa liberal.

“Perlulah disedari, Pas sendiri tidak pernah bersikap perkauman sejak dari dahulu hinggalah ke hari ini. Label-label yang negatif yang dipakaikan oleh pihak media massa langsung tidak benar dan hari ini ia terbukti merupakan tuduhan yang tidak berasas semata-mata.

“Perjuangan PAS sendiri bukanlah mengajak kepada menegakkan idealisme perkauman yang sempit tetapi mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah selaku pencipta alam semesta,” katanya dipetik dalam blog-nya, semalam.

Sebelum ini, PAS mengiktiraf Kelab Penyokong parti itu iaitu badan yang dianggotai bukan Islam sebagai salah satu dari sayap parti itu.

Perasmian itu dilakukan Presidennya, Datuk Seri Abdul Abdul Hadi Awang Mei lalu.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pelbagai peristiwa jatuh bangun parti itu sepanjang melalui jalan politik tidak pernah menjauhkan dari matlamat utama memperkenalkan Islam yang tulen kepada masyarakat.

“PAS akan terus menongkah cita-cita murni ini walau sehebat mana pun gelora yang membadai. Kita penuh yakin bahawa UMNO tidak akan jujur dalam memperkenalkan Islam kepada rakyat Malaysia. Bagi kita, ke hulu atau ke hilir kita berakit, tetap Islam menjadi tali pengikatnya.

“Jika kita boleh menerima bahawa di rumah ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh anak-anak, di sekolah ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar, dalam negara ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh rakyat, maka sudah tentu di bumi ada peraturan yang perlu dipatuhi,” katanya.SH

Read more ...

Tamatkan khidmat UPCO serta merta


KOTA BHARU, 2 Jun : Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, adalah sesuatu malang sekiranya Kerajaan Pusat terus mengekalkan peranan syarikat dari Israel, Upco setelah negara Zionis itu melakukan tindakan zalim terhadap anggota misi bantuan Gaza, ‘Freedom Flotila’ Isnin lalu.

Menurutnya, kebencian kepada kekejaman yang dilakukan Israel harus dibuktikan dengan menidakkan peranan negara itu dalam pentadbiran negara yang sebelum ini dikatakan berlindung di belakang syarikat penasihat.

“Pembatalan serta merta kontrak Apco tidak boleh dilakukan oleh kita rakyat biasa. Ia hanya boleh dilakukan oleh Perdana Menteri dan kebencian kepada kekejaman Israel harus dibuktikan dengan menidakkan peranan Israel dalam urusan negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam kejadian Isnin lalu, kapal yang membawa 700 aktivis kemanusiaan dari pelbagai negara diserang Komando Laut Israel mengakibatkan 19 maut, manakala 30 lagi cedera.

Dalam pada itu, Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri berkata, tindakan rakyat berdemonstrasi ke kedutaan Amerika Syarikat kelmarin merupakan satu langkah yang tepat untuk mempamerkan respons dan kemarahan ke atas tindakan yang tidak berperikemanusiaan Israel.

“Namun, selepas Kedutaan Amerika, tidak selesai demo bantahan ini jika kita tidak lanjutkan ke depan pejabat Perdana Menteri. Menaja syarikat dari Israel sama dengan menaja Israel. Bermakna, tangan kita telah terpercik darah saudara kita yang tertindas,” katanya.

Dalam pada itu Husam berkata, cubaan mengenakan tindakan menggantung dewan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membongkar isu Apco harus ditarik balik.

“Jika tidak, Israel mentertawakan kita. Baru beberapa bulan Apco diterima menjadi penasihat negara kita, kita sudah bersedia mengorbankan anak watan kita sendiri demi Israel.

“Kita marahkan Amerika. Tapi jangan lupa, kalau kita sendiri gagal membetulkan tindakan Putrajaya, apa sangat yang hendak kita harapkan dari Amerika, apa lagi Israel?” katanya.SH

Read more ...

Umno buli Gerakan


ALOR SETAR, 2 Jun : UMNO didakwa membuli Gerakan apabila membidas tindakan rakan sekutunya dalam Barisan Nasional (BN) itu menyertai Gerakan Mansuh Judi Sukan (GMJ) yang dianjurkan Dewan Pemuda PAS Kedah.

Pengerusi Sekretariat GMJ Negeri Kedah, Mohd Nasir Zakaria berkata, Pemuda UMNO tidak sepatutnya mengawal tindak tanduk Pemuda Gerakan, kerana masing-masing mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan walaupun berada di bawah satu bumbung, BN.

“Saya kesal dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim yang mahu Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang memaklumkan terlebih dahulu hasrat menyertai GMJ, sedangkan ianya bukan bertunjangkan isu politik, sebaliknya memperjuangkan isu moral,” katanya.

Mohd Nasir yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah berkata, tindakan Pemuda Gerakan itu harus diberi pujian kerana sanggup mengenepikan perbezaan politik, dengan bergabung dengan parti lawan untuk membantah isu lesen judi Piala Dunia.

“Pada majlis dialog lalu, masing-masing menyatakan pendirian bahawa kedua-dua pihak hanya bersetuju untuk bersatu dalam isu lesen judi sahaja, dan bukannya perkara-perkara lain. Ianya juga tiada kena mengena dengan tujuan politik,” katanya pada sidang media pada majlis pelancaran pelekat dan risalah membantah lesen judi GMJ, di sini.

Menurutnya, sejak gerakan itu ditubuhkan, jumlah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertainya kini bertambah kepada 30, berbanding 22 semasa pelancaran minggu lalu.

“Ini menunjukkan GMJ mendapat sokongan banyak pihak, sekali gus membuktikan isu lesen judi dibantah banyak pihak. Saya harap Pemuda UMNO memperbetulkan tafsiran mereka terhadap GMJ dan tidak membuat andaian negatif yang berbaur politik,” katanya.

Mohd Nasir berkata, tindakan Pemuda UMNO juga menunjukkan sayap parti itu tidak menghormati rakan dalam parti komponennya dan tidak menghormati prinsip Pemuda Gerakan yang lebih bersikap terbuka.

Mohd Nasir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, pihaknya bukan mempelawa Pemuda Gerakan sahaja untuk menyertai badan itu malah beliau sendiri lima kali menelefon Badrol Hisham untuk mengajak Pemuda UMNO namun tidak mendapat maklum balas.SH

Read more ...

Jangan guna APCO jika benar kutuk Israel


IPOH , 2 Jun : Pengarah Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) Mohd Hafez Sabri, mendesak Kerajaan Malaysia hentikan serta merta penggunaan APCO serta agensi dan konsultan berkaitan dengan Israel.

Menurutnya, jika benar Malaysia mengutuk tindakan Israel merampas dan menyerang kapal ‘Mavi Marmara’ yang mengakibatkan kematian 16 aktivis dan kecederaaan lebih 32 orang.

Katanya, Malaysia perlu buktikan secara jelas dengan menghentikan serta merta khidmat APCO yang bernilai RM20 juta itu.

”IPMM mewakili generasi anak muda mencadangkan beberapa usaha yang mesti digerakkan segera untuk menunjukkan konsistensi kita dalam berhadapan dengan isu yang membabitkan hak kemanusiaan,” katanya, dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Mohd Hafez berkata, pihaknya menggesa agar rakyat Malaysia bersatu dan menyatakan bantahan dengan menyertai perhimpunan untuk menyerahkan memorandum di setiap pejabat konsulat Israel dan kedutaan Amerika.

“Dengan cara lain kita juga seterusnya akan menulis surat kepada Perdana Menteri selaku Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin berhubung dengan tindakan lanun menyerang kapal konvoi supaya memanggil sidang tergempar OIC dan mengheret Israel ke muka pengadilan,” katanya.

Beliau berkata, IPMM juga menggesa supaya Parlimen membuat sidang khas berhubung dengan isu serangan tentera rejim Zionis supaya resolusi dapat dikeluarkan.

“Bagi gerakan anak muda ini sekarang bukan masanya hanya sekadar mengutuk serangan dan mengeluarkan kenyataan yang tipikal dan bosan setiap kali peluru membunuh nyawa rakyat yang tidak berdosa di bumi Palestin.

“Rakyat Malaysia juga perlu teruskan usaha-usaha memberi sumbangan derma dan bantuan kemanusiaan dengan menyokong sebarang usaha yang dibuat oleh Viva Palestin,” katanya.

Kata Mohd Hafez, penyertaan rakyat dan pelajar Malaysia dalam konvoi Viva Palestin pada Disember 2009 lepas perlu dicontohi walaupun telah digagalkan daripada memasuki Gaza atas maksud kemanusiaan.SH

Read more ...