Tuesday, August 9, 2011

Undang-Undang Murtad: UMNO tolak mentah-mentah usul PAS

KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Lakonan Umno kononnya mahukan akta mencegah murtad langsung tidak boleh dipercayai kerana inisiatif mengenai perkara itu berkali-kali ditolak, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Saya bercakap mengenai pengalaman peribadi kerana dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, saya mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad.

"Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah," katanya.

Selepas itu, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, sekali lagi beliau mengemukakan usul yang juga meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam.

"Usul itu juga tidak dipedulikan oleh kerajaan dan ahli-ahli Parlimen Umno," katanya

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi dilapor mencadangkan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan umat Islam berlaku di negara ini.

Menurut Salahuddin, usaha yang dibawa oleh pihak PAS mengenai perkara itu dibuat berkali-kali selepas Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang mengemukakan usul dan rang undang-undang persendirian untuk mencegah murtad.

Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak.

Selepas itu, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

"Penolakan usul dan rang undang-undang persendirian mengenai murtad yang berlaku berkali-kali itu membuktikan Umno langsung tidak berminat untuk mencegah jenayah syariah paling serius itu.

"Sebab itulah umat Islam tidak seharusnya tertipu dengan gelagat gerombolan kuda tunggangan Umno yang kini nampak benar menunjuk-nunjuk kononnya mereka mahu mencegah murtad," tegas Salahuddin.

Beliau juga berharap rakyat menolak lakonan dan permainan gerombolan kuda tunggangan Umno itu kerana mereka adalah hipokrit sebenar.

"Amat hipokrit apabila bercakap hendak menentang gejala murtad tetapi pada masa yang sama menjadi kuda tunggangan Umno yang berkali-kali menolak usaha untuk mencegah murtad.

"Menolak inisiatif dan usaha untuk menentang murtad melalui peruntukan undang-undang dan perlembagaan hakikatnya menentang dan memusuhi usaha mencegah jenayah syariah paling serius itu," kata Salahuddin.

Beliau juga mempersoalkan di mana suara Umno ketika umat Islam bangkit menentang kes-kes murtad seperti kes Aishah Bukhari, Hartina Kamaruddin dan Lina Joy.

"Malah Umno juga berdiam diri ketika umat Islam bertindak menentang pindaaan 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan ketika 10 menteri dari Barisan Nasional bertindak mempertikaikan perkara 121 (1A) itu dengan tujuan untuk membunuh kuasa mahkamah Syariah serta membolehkan mahkamah sivil memansuhkan keputusan mahkamah Syariah," katanya.

Dengan sejarah sedemikian, Salahuddin sekali lagi meminta umat Islam menolak hipokrit yang cuba berlagak hero yang kononnya memperjuangkan Islam dan kepentingan umat Islam.

Read more ...

Dinar: Masa lancar RM323, hari ini RM809

KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam kenaikan harga emas dunia.


Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi.


Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.


“Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.


”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.


Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta.


Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000.


Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik.


”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,” ujarnya.


Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini.


Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datang.

Read more ...

Jelajah Kebajikan bersama Mutiara Infaq dan Ahli Parlimen Parit Buntar

PARIT BUNTAR, 10 Ogos : Sikap prihatin pertubuhan Mutiara Infaq terhadap golongan yang kurang bernasib baik mendapat pujian daripada Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa.

Dalam program jelajah kebajikan Mutiara Infaq, sebanyak 20 buah skuad motor besar dan 10 buah kereta telah singgah di sebuah rumah keluarga Norhayati Mat Razak, balu kepada lima orang anak yang masih bersekolah. Dua daripadanya tinggal di rumah anak yatim di Kuala Lumpur.

Skuad ini telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga ini untuk meringankan beban mereka.

Dr Mujahid berkata dalam ucapannya dalam majlis tersebut, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak Mutiara Infaq yang sudi turun padang di kawasan Parlimen Parit Buntar untuk menyampaikan sumbangan.

Sumbangan telah disampaikan oleh Penasihat Mutiara Infaq, Zulkifli Lazim yang juga merupakan Pengerusi Kumpulan Hospital Muslimah Malaysia.

Turut hadir dalam majlis sumbangan tersebut ialah Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Harun Hashim, Pengarah Mutiara Infaq, Izham Hashim, pemimpin Mutiara Infaq, Pegawai Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar, Hamdan Fadel Ahmad serta pimpinan PAS Parit Buntar.

Read more ...

Kalau macam ni punyai penipuan SPR dan JPN , BERSIH 3.0 tidak boleh ditangguhkan lagi

Perhatikan konspirasi SPR dan JPN memberanakkan satu nama kemudian
didaftarkan dalam daftar pemilih di DUA tempat berasingan, dalam negeri yang SAMA!

Sebelum ini timbul dakwaan wujudnya 'pengundi hantu', kemudian penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi - dan sekarang lebih banyak 'pengundi klon' pula muncul dalam daftar pemilih.

Sekurang-kurangnya tujuh pengundi didapati telah 'diklonkan' dalam daftar pemilih dengan nama dan kad pengenalan lama yang sama tetapi dengan nombor Mykad berbeza.


Menurut maklumat yang diperolehi daripada sistem pengesahan di lana web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), nama-nama berkenaan muncul dua kali dalam daftar pemilih. Ini menimbulkan tanda tanya sama ada mereka itu layak mengundi sebanyak dua kali.


Dalam kes pertama nombor kad pengenalan lama 1479323 yang dimasukkan ke dalam sistem SPR itu menunjukkan dua kemasukan di bawah nama Sa'ad bin Samsudin tetapi dengan dua nombor Mykad yang berbeza - 380913105681 dan 510913105553.


Laman web itu juga menunjukkan lelaki berkenaan mempunyai dua hak mengundi iaitu di Parlimen Titiwangsa dan Parlimen Setiawangsa.


Kerusi Titiwangsa dimenangi oleh Allahyarham Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dari PAS, yang meninggal dunia bulan lalu.


Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Titiwangsa Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pihaknya mendapati empat kes yang hampir sama di kawasan itu, membabibitkan:

1. Shodah binti Abdul Rahman (IC lama: 4802777, dua kali didaftarkan di Titiwangsa)

2. Mohamad bin Ismail (IC lama: 8370614, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa)

3. Anderson a/l P Arputhanathan (IC lama: A0831847, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa)


4. Chellamah a/p Murugesu (IC lama: 7877951, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa)


Berdasarkan maklumat pembaca, Malaysiakini juga mengesan dua pengundi seumpama itu di Perak dan Terengganu.


Mohd Rashid bin Ismail (IC lama: 6397062) - mempunyai dua pendaftaran di kerusi parlimen Taiping (Mykad: 620108086991) dan kerusi bersebelahannya di parlimen Bukit Gantang (Mykad: 620108086713).


Apabila kedua-dua nombor Mykad dimasukkan dalam sistem online Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), keputusannya menunjukkan bahawa kad pertama telah diambil manakala kad kedua sedia untuk diserahkan di pejabat JPN Kuala Lumpur.


Pengundi kedua - Sulong bin Jalil (IC lama: 6290844) - juga mempunyai dua pendaftaran di kerusi negeri Ajil di bawah parlimen Hulu Terengganu tetapi dengan dua nombor Mykad berasingan - 611110015143 and 611110115371.


Malaysiakini sedang berusaha menghubungi SPR dan JPN untuk mengulas perkara ini.

Read more ...

ANALISIS: AirAsia "Telan" MAS: Kejayaan Najib dan UMNO 'bangunkan' ekonomi orang Melayu ?



Sudah jelas depan mata, dengar di telinga, betapa syarikat penerbangan kebangsaan yang selama ini diagung-agungkan orang Melayu, Penerbangan Malaysia atau MAS telah SAH ditelan syarikat tambang murah milik bukan Melayu.

Penstrukturan semula ekuiti yang menyaksikan tercampaknya keluar CEO Azmil Zaharuddin dari kuasa eksekutif dan diarah untuk kembali ke Khazanah Nasional 12 September ini sesuatu yang sangat memalukan.


Bayangkan, satu ketika dahulu, MAS antara syarikat penerbangan kebangsaan yang sangat dikagumi, bukan sahaja menjadi bualan mulut pelancong asing, malah pemimpin dunia turut memuji kecekapan staf terutamanya anak kapalnya yang sangat cekap dan mesra.


Namun begitu, masalah MAS sebenarnya diwarisi dari zaman Mahathir lagi apabila membenarkan kroni rapatnya ketika itu, Tajudin Ramli mengambil alih melalui Naluri yang merupakan anak syarikat Malaysian Helicopter Services (MHS) dengan biaya RM4 bilion pada 1988.


Namun apabila MAS mula menunjukkan keputusan kewangan "merah", perlahan lahan Tajudin menjual kembali kepada kerajaan (baca: duit rakyat) dengan harga RM8 sesaham atau RM8 bilion pada 1995.


Inilah punca sebenarnya bagaimana MAS mewarisi hutang yang begitu banyak selepas itu, walaupun dalam beberapa tahun kebelakangan ini di zaman Idris Jala menjadi CEOnya, MAS ada buat sedikit untung.


Dan dikhabarkan, dengan kos operasi mencecah RM2 bilion, MAS terpaksa meminta bantuan AirAsia di tangan Tony Fernandes yang menguasai Tune Air Sdn Bhd untuk membolehkan MAS terus bernafas.


Apa yang hendak diulas di sini dan perlu dijawab Khazanah Nasional dan Najib adalah:


1) Mengapa Khazanah Nasional menjual pegangan sahamnya (golden share) dalam MAS kepada AirAsia sedangkan AirAsia sendiri pun berhutang dengan pelbagai pihak termasuk Malaysia Airports Berhad (MAB) atas caj pendaratan?


2) Tidakkah menjual kepentingan MAS kepada AirAsia sesuatu yang memalukan orang Melayu, terutama Umno-APCO yang seringkali dimomokkan sebagai juara membela ekonomi orang Melayu?


3) Apa muslihat menjual sehingga 20.5 peratus pegangan MAS kepada Tony sedangkan Tony hanya perlu menjual 10 peratus kepentingan yang terus secara automatik membolehkannya menduduki kerusi Lembaga Pengarah sebagai Pengarah Bukan Eskeutif-Bukan Independen?


4) Sejauh manakah penjualan MAS boleh meningkatkan ekonomi orang melayu sedangkan ekuiti yang sepatutnya dipertahankan, kini sudah berpindah tangan kepada bukan Melayu yang semestinya mengidam kesemua baki pegangan ekonomi Bumiputera?


Bukan setakat Najib gagal membela dan mempertahankan ekonomi orang Melayu, tetapi Mahathir juga mesti dipersalahkan atas "kejayaannya" dahulu semasa membeli kembali MAS dari tangan Tajudin Ramli membuatkan MAS kini sudah berada di tangan bukan Melayu.


Janganlah Mahathir berselindung di sebalik kenyataannya semalam yang menyifatkan perjanjian ini satu keputusan "menang-menang" kerana dia sebenarnya tidak layak langsung bercakap atas kegagalan yang diciptanya sendiri.


Dan ruang yang diberi buat Najib memulihkan keadaan dengan membawa masuk Idris Jala ke dalam pasukan kabinetnya nyata memburukkan lagi keadaan yang sudah semakin parah.


"Tahniah" Najib , hancur satu lagi kuasa ekonomi orang Melayu yang kununnya Umno-APCO perjuangkan.


JALAN PULANG



Umno Youth chief Khairy Jamaluddin joined in the inter-carriers share swap fray by scoffing at Idris Jala’s track record during his tenure as Malaysian Airlines Bhd (MAS) boss.


The Rembau MP suggested in his Twitter posting that the minister in charge of Putrajaya’s Performance Management and Delivery Unit (Pemandu) had not done a good job at MAS.

This is despite the accolades he received for supposedly piloting the national carrier out of troubled times.

“Running a beleaguered premium flag carrier needs more imagination than being able to give a slick power-point presentation or unbundling its assets,” said Khairy.


“His is best move was leaving MAS to become minister. He didn’t actually need to run MAS beyond a ‘turnaround’,” added the son-in-law of former PM Abdullah Ahmad Badawi.


The news of a share swap between MAS and low-cost carrier AirAsia, in what appears to be a move to save the former from yet another financial mess, have prompted questions if Jala had done enough to restore the national carrier to its former glory.


An online news portal had reported that the share swap was meant to help MAS reclaim its position as a premium airline, leaving low-cost operations under AirAsia’s control.


It further reported that both its shares have been suspended for trading until this evening pending an announcement that could see the latter’s main shareholder, Tune Air Sdn Bhd, get 20% of MAS.

Read more ...

Musa Hassan dan Rodhwan tak mau tapi mahkamah benarkan Anwar hadir temubual



KUALA LUMPUR 10 OGOS : Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dalam setiap temuramah peguambela ke atas 15 saksi pendakwaan.

Sesi temubual semalam tergendala apabila, Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof enggan ditemuramah, jika Anwar hadir sama pada sesi temubual kes fitnah liwat II tersebut.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bagaimanapun berkata, Anwar hanya hadir dalam temubual itu namun tidak dibenarkan menyoal saksi.

Peguam Anwar, Karpal Singh berkata, Anwar sebagai yang dituduh dalam kes ini berhak untuk hadir sama dalam setiap sesi temubual saksi.

"Sebagai tertuduh, beliau ada hak untuk berada di situ," kata beliau kepada wartawan di kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Pihak pembelaan yang diketuai oleh Karpal kini dijadualkan mewawancara 10 saksi hari ini.

Bagaimanapun senarai itu tidak termasuk nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mahupun Musa yang juga antara saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan.

Karpal bagaimanapun menegaskan bahawa semua 15 saksi yang dibekalkan itu perlu ditemubual segera.

"Kami akan terus mewawancara mereka. Kami mahu selesaikannya dalam minggu ini. "Biar saya terangkan dengan jelas, kami mahu temuramah mereka secepat mungkin. Semalam kami sudah mahu mula. Saya tidak faham kenapa Pendakwaraya membantah kehadiran Anwar," terang Karpal.

Mahkamah sebelum ini telah menetapkan tarikh 15 hingga 26 Ogos untuk pihak pembelaan mengemukakan hujah pembelaan.

Read more ...

REMAJA KOMA!!! Kena baling topi keledar oleh Polis


ALOR SETAR, 10 Ogos 2011: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dari Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, Perlis, koma sejak empat hari lalu selepas terjatuh daripada motosikal, didakwa berpunca akibat dibaling dengan topi keledar oleh anggota polis yang cuba menahannya pada malam minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, Mohd Solihin Che Kassim sedang menunggang motosikal bersama rakannya di perkampungan itu apabila dua anggota polis yang melakukan rondaan cuba menahannya tetapi mangsa dikatakan tidak berhenti.


Tindakan remaja itu menyebabkan seorang daripada anggota polis terbabit membaling topi keledar ke arah motosikal mangsa yang menunggang tanpa memakai topi keledar, menyebabkan dia terjatuh. Bapa mangsa, Che Kassim Darus, 47, berkata ketika kejadian dia sedang solat terawih di surau kampung itu apabila diberitahu anaknya cedera kerana terjatuh motosikal dan bergegas ke lokasi kejadian.


Katanya, sebaik tiba di situ, dia mendapati Mohd Solihin yang juga anak kedua daripada sembilan beradik dan tidak lagi bersekolah terbaring tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah serta belakang kepalanya bengkak.


Beliau berkata, rakan anaknya memberitahu dua anggota polis yang melakukan rondaan di situ membaling topi keledar ke arah motosikal Mohd Solihin, menyebabkan dia hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh.


“Saya kesal dengan kejadian ini dan jika anak saya melakukan kesalahan, polis boleh mengambil tindakan lain dan bukan membahayakan nyawanya.


“Kami sekeluarga sedih kerana dia masih koma, sedangkan tidak lama lagi Aidilfitri akan menjelma,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam.


Berikutan kejadian itu, Che Kassim membuat dua laporan di Balai Polis Kaki Bukit dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar.


Beliau turut menafikan anaknya berlumba haram atau lari daripada sekatan polis ketika kejadian itu.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Remajakomadibalingtopikeledar/Article

Read more ...

PANAS!!! Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara nafi dirinya adalah Arlene , identiti GaySec pula dibongkar

BERIKUTAN pendedahan Gaysec yang mendakwa Nor Arlene Tan Binti Khalid adalah pemilik blog anti Islam menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Alwuzara, pelbagai kecaman dan ugutan diterima olehnya.

Arlene telah mengeluarkan satu kenyataan umum penafian yang menjelaskan bahawa dirinya bukanlah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara di dalam blognya [purplepearl].

Di dalam kenyataann itu, Arlene menegaskan bahawa beliau bukanlah Sitt Wuzura, dan beliau tidak pernah mengenalinya sebelum ini. Malah Arlene menegaskan bahawa beliau tidak mengetahui isu ini sehinggalah dimaklumkan oleh salah seorang rakannya di facebook memberitahu bahawa dirinya telah dituduh secara silap. Selain itu Arlene mendakwa baru pertama kali membaca blog anti Islam itu dua hari yang lalu atas sebab untuk memberikan bukti kepada pihak Polis.





Satu laporan Polis telah dibuat oleh Arlene terhadap Gaysec dan individu-individu yang telah menuduhnya secara silap dan menyebarkan maklumat dirinya di internet menggalakkan orang ramai mengganggunya, rujuk sini [Laporan Polis Arlene].

Dalam pada itu, penulis blog anti Islam yang menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara itu juga telah mengeluarkan satu kenyataan penafian. Dia menafikan bahawa dirinya adalah Nor Arlene Tan Binti Khalid. Sila rujuk sini [Google plus]

ReJaM© "Hanya Allah yang Maha Mengetahui, nantikan perkembangan seterusnya..."

Gempar!!Identiti Hacker Gaysec Pulak Dibongkar!!Siapakah Mereka?

Kita digemparkan dengan pendedahan mengenai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang menhina islam.Ornag yang mendedahkan semua ini adalah hacker yang menggelar diri merekan Gaysec.Selain berjaya menggodam akaun Makcik murtad ni.Mereka juga sudah berjaya menggodam laman 1malaysia.com.my.Siapakah mere ini.Sila baca temubual bersama mereka secara sengap-sengap

Sekuriti

Akhir-akhir ini, nama
GaySec semakin menjadi popular, dengan pendedahan kelemahan sekuriti beberapa laman terkemuka, termasuk pelepasan data oleh mereka kepada orang awam. Dan dengan itu, khas untuk pembaca Amanz, kami telah menjalankan sebuah temuramah ringkas bersama-sama mereka, dan kami akan memecahkannya kepada beberapa bahagian, dan membawakannya kepada anda sepanjang minggu ini.

GaySec
terdiri daripada berapa ramai individu?

GaySec
mempunyai 2 orang individu sahaja buat masa ini. GaySec tidak mempunyai ramai ahli kerana semua kawan-kawan kami sibuk dengan perkara lain. Selama ini kami hanya bergerak secara solo (keseorangan) sahaja di dalam dunia siber ini.
Boleh Amanz dapatkan nama panggilan untuk kedua-dua individu tersebut, ataupun hanya mengelarkan sebagai GaySec sahaja?

Kami risau kalau-kalau ada orang yang dapat mengenalpasti siapakah kami jikalau kami memberitahu “nama samaran” di internet ini. Jadi, gelarkan sahaja kami sebagai
GaySec.

Kami telah beroperasi sejak beberapa tahun yang lepas, dan pernah mengemparkan Malaysia suatu ketika dahulu.

“Suatu ketika dahulu”? Boleh jelaskannya?

Ya. Beberapa tahun yang lepas, kami ada mengemparkan Malaysia dengan beberapa isu antara pengodaman negara jiran, dan lain-lain. Tetapi, maafkan kami kerana tidak dapat memberi tahu apakah isu berkenaan.

Boleh jelaskan kenapa memilih nama GaySec sebagai nama pilihan?

Oh ya. Mengenai nama gelaran
GaySec itu, kami memilih nama GaySec kerana di dalam perkataan “Gay” itu ada maksud “happy” ataupun “gembira” dalam bahasa Melayunya. Gembira bagi kami adalah kami gembira melakukan ini semua, kerana setiap apa yang kami buat, kami telah cuba mengubah masa depan tahap keselamatan sesuatu laman web atau sistem itu di Malaysia. semakin kami, kami akan Gembira dengan melihat perubahan daripada apa yang terjadi hasil daripada yang kami lakukan ini semua. Jadi, kami Gembira melakukan semua, demi keselamatan laman sesawang negara Malaysia ini juga.
Bercakap mengenai web, ianya kelihatan yang mana para pengguna yang menggunakan Google DNS dan OpenDNS sahaja yang boleh mengaksesnya. Boleh jelaskan mengapa? Adakah ada kena mengena dengan sekatan SKMM?

Mengenai akses ke dalam laman sesawang http://www.gaysec.net/ mungkin juga ada kena mengena dengan SKMM, kerana tidak sampai satu hari kami melepaskan database Streamyx yang telah kami dump, kami mendapati laman sesawang gaysec.net telah di “redirect” kan kepada alamat ip 127.0.0.1 apabila di ping. Mungkin SKMM cuba untuk mengelakkan sesiapa sahaja daripada mengakses daripada laman kami kerana tidak mahu sesiapa memuat turun database yang telah kami dapat.


Dan, berkemungkinan kami akan mempunyai domain kedua suatu hari nanti untuk mengantikan GaySec.net. Nanti kami akan umumkan kepada umum apabila domain baru telah dilepaskan.

Bercakap mengenai Streamyx, boleh perjelaskan mengapa ianya ditarik balik dari GaySec? Adakah pihak Streamyx menghubungi pihak GaySec mengenainya?

Mengenai database Streamyx, kami menarik balik di atas sebab tertentu yang tidak dapat di elakkan. Itu sahaja. Kami tidak dapat memberi apa-apa ulasan mengenai perkara ini.

Buat masa ini, adakah anda hanya menguji laman sesawang di Malaysia sahaja, ataupun turut sama laman-laman antarabangsa?

Oh ya. Setakat ini, kami hanyalah mensasarkan laman sesawang daripada Malaysia sahaja, mungkin juga suatu hari nanti kami akan bergerak kepada laman sesawang di negara jiran kita mahupun luar negara. Alahualam. Kami ingin meneruskan motif dan objektif kami untuk terus menegakkan tahap keselamatan laman sesawang di Malaysia sahaja. Kami tidak mahu laman sesawang di pandang rendah dan dihina oleh luar negara.

Jadi, buat masa ini, secara rambangnya, GaySec telah menguji berapa buah laman sesawang tempatan? Adakah pemilik beberapa laman sesawang yang pernah diuji, pernah menghubungi GaySec?

Bercerita tentang itu, Selama kami melakukan ujian tahap keselamatan ke atas beberapa laman sesawang yang saudara nyatakan, tidak pernah sesiapa ataupun sistem admin pernah menghubungi kami. Kami sentiasa semak email kami jika terdapat sebarang pertanyaan atau dihubungi oleh sesebuah pihak yang telah kami uji tahap keselamatannya.

Mengapakah pihak GaySec mengeluarkan pangkalan data daripada laman yang digodam kepada para pengguna awam memandangkan ianya mungkin bersifat peribadi (privasi)?

Mengenai pangkalan data yang pernah kami dapat, kamu cuma akan melepaskan separuh ataupun suku daripada semua yang kami dapat sahaja. kami faham dengan data peribadi seseorang. Kami cuba akan melepaskan data yang mempunyai kata laluan dalam bentuk HASH dan perlu dilakukan penukaran ke dalam bentuk yang asal. Kami tidak akan melepaskan data peribadi yang sensitif seperti nombor telefon, kad pengenalan, alamat atau apa sahaja alamat peribadi yang bersifat sensitif.


Kami mengeluarkan kerana semata-mata untuk tunjukkan kepada sistem admin dan web master yang kami mampu menguji sesuatu sistem dan laman web itu sehinggalah kami dapat mencapai ke dalam pangkalan mereka. Kami perlu keluarkan bukti.


Kami melepaskan pangkalan data itu bukan kerana hendak menunjuk-nunjuk, tetapi hanyalah untuk memberikan kesedaran kepada pengguna sesuatu laman sesawang, sistem admin dan web master itu tentang keselamatan sendiri.


Jika kami mampu dapatkannya, bagaimana pula dengan orang lain yang lebih “hebat” daripada kami?

Berkenaan dengan laman-laman yang menjadi sasaran sehingga kini, bagaimanakah ianya dibuat? Adakah secara rawak ataupun bagaimana?

Kami hanya mensasarkan kepada dalam sesuatu laman sesawang yang patut kami memperjelaskan tentang ujian tahap keselamatan laman sesawang itu sedar tentang tahap keselamatan yang selalu digunakan oleh mereka.


Jika kami tidak melakukannya, kami takut jika suatu hari nanti ada orang akan pergunakan sesuatu laman sesawang itu untuk melakukan perkara yang tidak baik dan perkara yang tidak dapat dielakkan.


Selama ini, jika kami mendapat kelemahan keselamatan disesuatu laman sesawang, kami emailkan kepada sistem admin dan webmaster, tetapi tiada respon yang kami terima. Kami agak kecewa kerana tidak menitik beratkan tentang keselamatan laman sesawang tersebut.

Bagaimanakah anda masuk kesesuatu sistem? Guna tools atau command line atau perkara lain?

Tentang bagaimanakah kami memasuki sistem atau sesuatu laman sesawang itu, kami tidak menggunakan apa-apa alatan untuk melakukannya. Kami hanya melakukan secara manual dan mungkin kami akan menggunakan alatan yang telah kami cipta sendiri untuk mempermudahkan kerja kami ketika melakukan ujian keselamatan ke atas sesuatu sistem atau laman sesawang itu. Kami tidak mengharapkan kepada alatan kerana kebanyakkan alatan yang telah kami gunakan banyak membawa kami kepada “false positive” dan keputusan yang tidak betul.


Sebagai contoh, kami tidak pernah sekali pun menggunakan perisian dan alatan yang bernama “nessus”, kerana kami tidak mengharapkan kepada perisian/alatan yang telah siap. Kami rasa dengan manual kami akan mendapat keputusan yang jauh lebih baik untuk menguji sesuatu tahap keselamatan di sesuatu sistem atau laman sesawang itu.

Adakah semua ahli GaySec daripada latar belakang IT dan bekerja? Ataupun masih pelajar lagi?

Kami masih lagi belajar, dan kami masih lagi tidak bekerja, lagipun kami masih lagi belasan tahun. Kerana itulah kami mempunyai banyak masa lapang untuk melakukan ini semua.


Selama ini kami tidak ada kena mengena dengan latar belakang dunia IT pun, kami hanyalah manusia biasa yang belajar semua ini kerana minat dan ingin tahu bagaimanakah sesuatu sistem itu berfungsi. Daripada situ kami dapat manipulasikan semua ini untuk digunakan dalam konsep ujian tahap keselamatan sesuatu laman sesawang ataupun sistem itu.

Kini, ianya boleh diperkatakan semestinya pihak GaySec mempunyai beberapa data web-web lain dalam simpanan. Boleh kami ketahui berkenaan dengan web-web tersebut?

Buat masa sekarang, kami tidak akan melepaskan apa-apa lagi maklumat tentang ini. Tetapi ada lah beberapa laman sesawang yang popular di Malaysia ini, contohnya adalah Domain Provide di Malaysia ini.

Mynic?

Tidak boleh diberitahu buat masa sekarang.

Adakah ahli kumpulan GaySec mempunyai hubungan dengan kumpulan lain seperti RileksCrew dan LuvSec?

Tidak, kami tidak pernah terlibat dengan mana-mana kumpulan lain seperti RileksCrew, LuvSec dan lain-lain. Selama ini kami hanya begerak dalam keadaan SOLO didalam dunia internet di Malaysia ini. Kami tidak pernah terfikir untuk menyertai semua kumpulan tersebut. Kerana sejak dari dahulu sampai la sekarang, motif dan objektif kami wujud didalam dunia siber ini hanyalah semata-mata untuk meningkatkan tahap keselamatan di sesuatu sistem atau laman sesawang itu.

Selalunya, apakah jenis kelemahan yang anda jumpa pada sesuatu sistem ataupun laman sesawang?

Kebiasaannya, kami banyak menjumpai banyak kelemahan dengan tahap keselamatan kata laluan. Kebanyakkan selalu kami dapat kami hanyalah meneka kata laluan yang berada pada aras yang rendag, seperti 123, 1234 dan lain-lain. Kedua, fail simpanan (backup) yang lama disimpan didalam tempat seseorang itu boleh mencari dan meneka nama fail ataupun sesebuah folder itu.
Memang ada antara kita yang memang skeptikal dengan penggodam atau hacker kan. Tapi, melalui pendedahan di atas, kita dapat lihat yang tujuan sebenar Gaysec adalah supaya sistem keselamatan website Malaysia betul-betul selamat.

Tetapikan, pernyataan dari
Gaysec yang berbunyi:
Kami masih lagi belajar, dan kami masih lagi tidak bekerja, lagipun kami masih lagi belasan tahun. Kerana itulah kami mempunyai banyak masa lapang untuk melakukan ini semua.

Siasahkini



Read more ...

Britain huru hara akibat tindakan polis nak tunjuk kuasa , ekonomi terjejas teruk


Rusuhan yang bermula di London yang kini sudah merebak ke hampir separuh Britain sebenarnya bermula dari perasaan tidak puas hati masyarakat kulit hitam terhadap tindakan polis menembak mati kaum tersebut.

Akibatnya dengan bantuan laman sosial seperti BlackBerry Messanger (BBM), Facebook dan Twitter, berita mengenainya tersebar meluas hinggakan samapi satu tahap pentadbiran David Cameron mahu mengisytiharkan kawasan terbabit sebagai kawasan hitam, yang mana pasukan tentera diberi kuasa penuh untuk melaksanakan undang-undang darurat.


Kesannya, ekonomi negara itu turut berdepan dengan krisis paling buruk kerana pelancong asing makin menjauhi negara itu atau membatalkan tempahan yang telah dibuat lebih enam bulan lalu.


Pengajaran yang dapat kita perolehi adalah, jangan sesekali pihak berkuasa menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan yang mengadakan protes secara aman seperti perhimpunan Bersih di Malaysia sebulan lalu.


Nampaknya polis Britain kena belajar dengan Polis "Raja" Di Malaysia bagaimana mahu mengelakkan pertumpahan darah tapi dalam masa sama lebih 1600 orang ditangkap hanya kerana mahu menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.


JALAN PULANG


Bermula dengan satu protes kecil secara aman di pinggir kota London di Tottenham, Sabtu lalu, berpunca seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.


*Ekoran itu, protes bertukar menjadi rusuhan dan merebak ke seluruh kota itu sebelum ke tiga bandar raya utama iaitu Birmingham, Bristol dan Liverpool, semalam.


*Perkhidmatan Ambulans London merawat 16 mangsa rusuhan, 15 daripadanya dimasukkan ke hospital, manakala polis menangkap 334 orang dan mendakwa 69 lagi atas pelbagai kesalahan.


*Seorang pelajar Malaysia mengalami patah tulang rahang dan gigi selepas dibelasah sekumpulan perusuh ketika keluar membeli juadah berbuka puasa.


SEMENTARA ITU


Seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London tercedera ringan dalam rusuhan di kota itu semalam.


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun, pelajar itu, Asyraf Hazlan, 20-an, tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.


“Pelajar ini tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London.


“Beliau kemudian dipukul dan dirompak, tetapi telahpun dibawa ke hospital untuk rawatan, di mana beliau perlu menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga kementerian berkenaan dan agensi di bawahnya, di Institut Kemajuan Desa (Infra).


Dipetik Bernama Online, Mohd Shafie berkata keluarga mangsa, yang berasal dari Selangor, telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.


Beliau berkata Mara turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan pelajar di kawasan berisiko tinggi di kota itu ke sebuah penempatan di Leicester Square bagi menjamin keselamatan mereka.

Read more ...

5 isu panas pada bulan Ramadan tahun ini !!!

Mungkin PM kita orang yang paling
panas bulan Ramadan ini!
Bulan puasa kalau semua masih ingat dalam sukatan pelajaran agama Islam masa sekolah dulu dikaitkan dengan musim panas. Pada bulan puasa juga pada 8 Ramadan tahun 2 Hijrah Rasulullah bersama dengan 317 orang tentera keluar untuk memintas rombongan dagang Abu Sufyian bersama dengan 1,000 ekor unta dan 50,000 dinar emas dan akhirnya membawa kepada peperangan pertama umat Islam dengan tentera musyrikin Mekah yang 4 kali ganda lebih besar daripada tentera Islam.

Itulah peperangan Badar yang mana surah Al-Anfal diturunkan khas bagi menerangkan situasi peperangan tersebut yang mana Allah telah menjanjikan kemenangan kepada tentera Islam dengan mendapat pertolongan tentera Allah berupa Malaikat. Kalau kita mahu tahu tentang perang Badar dan bagimana mencapai kemenangan, bacalah surah tersebut. Di dalamnya diterangkan bagaimana disiplin yang harus diambil bagi menguatkan barisan dan banyak lagi panduan lain dalam menguruskan pasukan.


Kenapa saya cerita bulan puasa sebagai bulan kepanasan dan bulan yang amat genting kepada umat Islam dalam tulisan ini dan apa hubung kaitnya dengan apa yang berlaku dalam negara kita sekarang. Sebenarnya bulan puasa ini juga negara kita dilanda dengan berbagai isu yang panas-panas terutamanya yang berkait dengan umat Islam di negara kita dan tidak kurang juga isu-isu lain yang berkait rapat dengan pergelutan politik negara kita. Antara isu-isu panas yang sedang berligar sekarang ini adalah:

  1. Isu pertama dan yang paling panas sekali adalah isu 'serbuan' JAIS ke Gereja Methodist di Damansara yang masih lagi hangat dibicarakan secara sambut menyambut oleh berbagai pihak termasuklah Umno dan Pas serta tidak ketinggalan juga Perkasa. Kalau tidak diuruskan dengan baik ini bakal meletupkan sentimen keagamaan di dalam negara kita. Ia satu cabaran yang amat panas kepada umat Islam negara kita.
  2. Bahang PRU-13 makin terasa dengan BN dab PR masing-masing sedang giat memprogadakan ramalan kemenangan masing-masing. BN dakwa bakal merampas kembali Pulau Pinang daripada DAP. PR pula meramalkan bakal menambahkan lagi jumlah kerusi parlimen yang telah dimenanginya dalam PRU-12 dahulu.
  3. Terbaru isu pertukaran pegangan kepentingan antara MAS dengan syarikat penerbangan Air Asia juga meletus menjadi isu penting negara dengan berbagai komen positif dan juga negatif. Hasil pertukaran saham tersebut melihat bagaimana Khazanah terpaksa akur dengan kehebatan Tony Fernandez mengcengkam industri penerbangan negara. Khazanah membelanjakan wang rakyat bagi membeli kepakaran CEO Air Asia itu dengan harga yang mahal dan rakyat belum tentu mendapat faedah daripada aktiviti tersebut manakala Tony Fernandez sudah pasti beruntung.
  4. Bulan ini juga berlaku sekali lagi kecelaruan ekonomi dunia dengan saham dunia merudum teruk yang kesannya membawa suasana ketidak pastian terhadap ekonomi Amerika yang mana ia mungkin lebih teruk daripada krisis kewangannya sebelum ini. Ia melibatkan trillion dollar melebur dan bakal mengganggu ekonomi dunia sekali lagi. Ini membuatkan ramai yang buka mata bahawa pelaburan dalam emas adalah alternatif yang paling selamat.
  5. Isu BERSIH juga nampaknya masih hangat dengan desakan dari PR agar PM mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan penyelewengan pendaftaran undi negara. Ramai yang khuatir keputusan bagi menentukan kepimpinan yang bakal menerajui negara akan berada di tangan orang asing. Ini juga isu yang amat genting.
5 isu di atas sudah cukup untuk menjadikan bulan puasa tahun ini cukup panas dan kita mengharapkan syawal tahun ini menjadi sambutan hari raya aidilfitri yang gilang gemilang sebagaimana para tentera Islam menyambut kemenangan pertama mereka menentang tentera musyrikin Mekah sebagaimana pada tahun 2 hijrah dulu. Wallahu'alam WartaSubhi

Read more ...

TERKINI !!! Senarai 112 kerusi parlimen berpotensi dimenangi Pakatan Rakyat


Jika diukur dari segi statistik yang dibuat selepas pilihanraya umum ke 12 yang menyaksikan tsunami politik melanda Malaysia dengan Pakatan Rakyat pertama kali dalam sejarah memenangi 82 kerusi parlimen, sasaran untuk menguasai parlimen kali ini dengan 100 kerusi dianggap satu misi agak mustahil tetapi mampu dilaksanakan.

Dan di sebalik krisis ahli parlimen yang keluar parti sehingga Pakatan Rakyat kehilangan tujuh kerusi menjadikan hanya 75 kerusi kini.


Apa yang menarik untuk diperkatakan adalah, sebenarnya Pakatan Rakyat boleh menang sehingga 112 kerusi, sekiranya gabungan pembangkang itu dapat bekerjasama dengan parti senior di Sabah dan Sarawak seperti SAPP dan SNAP.


Berikut disenaraikan kerusi-kerusi parlimen yang berpotensi untuk dimenangi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.


Kedah
- Alor Setar, Langkawi,
Pulau Pinang - Tasek Gelugor
Perak - Larut, Parit, Kampar, Lumut
Selangor - Pandan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - Tiada
Negeri Sembilan - Rembau, Jempol
Melaka - Bukit Katil
Johor - Ayer Hitam, Kluang, Tebrau, Johor Bharu
Pahang - Paya Besar, Rompin
Terengganu - Kuala Nerus, Dungun
Kelantan - Ketereh, Pasir Mas
Sabah - Sepanggar, Putatan, Penampang, Kimanis, Tuaran
Sarawak - Mambong, Kota Samarahan, Sarikei, Miri, Limbang

Dan bandingkan dengan senarai sedia ada yang sudah dimenangi Pakatan Rakyat (termasuk pilihanraya kecil)


Kedah


P7 - Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (PAS)

P8 - Pokok Sena - Mahfuz Omar (PAS)
P10 - Kuala Kedah - Ahmad Kassim (PKR)
P11 - Pendang - Mohd Hayati Othman (PAS)
P12 - Jerai - Mohd Firdaus Jaafar (PAS)
P13 - Sik - Che Uda Che Nik (PAS)
P14 - Merbok - Rashid Din (PKR)
P15 - Sungai Petani - Johari Abdul (PKR)
P16 - Baling - Taib Azamudden Md Taib (PAS)
P17 - Padang Serai - N Gobalakrishnan (PKR)

Kelantan


P19 - Tumpat - Kamaruddin Jaafar (PAS)

P20 - Pengkalan Chepa - Abdul Halim Abdul Rahman (PAS)
P21 - Kota Bharu - Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (PAS)
P23 - Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)
P24 - Kubang Kerian - Salahuddin Ayub (PAS)
P25 - Bachok - Nasharudin Mat Isa (PAS)
P26 - Ketereh - Ab Aziz Ab Kadir (PKR)
P27 - Tanah Merah - Amran Ab Ghani (PKR)
P28 - Pasir Puteh - Muhammad Husin (PAS)
P29 - Machang - Saifuddin Nasution Ismail (PKR)
P31 - Kuala Kerai - Mohd Hatta Ramli (PAS)

Terengganu


P36 - Kuala Terengganu - Mohd Abdul Wahid Endut (PAS)

P37 - Marang - Abdul Hadi Awang (PAS)

Pulau Pinang


P44 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (PKR)

P43 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP)
P45 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP)
P46 - Batu Kawan - Ramasamy Palanisamy (DAP)
P48 - Bukit Bendera - Liew Chin Tong (DAP)
P49 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP)
P50 - Jelutong - Ooi Chuan Aun (DAP)
P51 - Bukit Gelugor - Karpal Singh Ram Singh (DAP)
P53 - Balik Pulau - Mohd Yusmadi Mohd Yusuff (PKR)

Perak


P57 - Parit Buntar - Mujahid Yusof Rawa (PAS)

P59 - Bukit Gantang - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS)
P60 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP)
P62 - Sungai Siput - Michael Jeyakumar Devaraj (PKR)
P64 - Ipoh Timor - Lim Kit Siang (DAP)
P65 - Ipoh Barat - M. Kulasegaran V. Murugeson (DAP)
P66 - Batu Gajah - Fong Po Kuan (DAP)
P68 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP)
P71 - Gopeng - Lee Boon Chye (PKR)
P76 - Teluk Intan - M. Manogaran (DAP)

Pahang


P82 - Indera Mahkota - Azan Ismail (PKR)
P83 - Kuantan - Fuziah Salleh (PKR)

Selangor

P96 - Kuala Selangor - Dzulkefly Ahmad (PAS)
P97 - Selayang - William Leong Jee Keen (PKR)
P98 - Gombak - Mohamed Azmin Ali (PKR)
P99 - Ampang - Zuraida Kamarudin (PKR)
P101 - Hulu Langat - Che Rosli Che Mat (PAS)
P102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP)
P103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP)
P104 - Kelana Jaya - Loh Gwo Burne (PKR)
P105 - PJ Selatan - Hee Loy Sian (PKR)
P106 - PJ Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP)
P107 - Subang - Sivarasa Rasiah (PKR)
P108 - Shah Alam - Khalid Abdul Samad (PAS)
P109 - Kapar - Manikavasagam a/l Sundaram (PKR)
P110 - Klang - Charles Anthony Santiago (DAP)
P111 - Kota Raja - Siti Mariah Mahmud (PAS)
P112 - Kuala Langat - Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)

Wilayah Persekutuan

P114 - Kepong - Tan Seng Giaw (DAP)

P115 - Batu - Chua Tian Chang (PKR)
P116 - Wangsa Maju - Wee Choo Keong (PKR) quits PKR
P117 - Segambut - Lim Lip Eng (DAP)
P119 - Titiwangsa - Lo' Lo' Mohd Ghazali (PAS)
P120 - Bukit Bintang - Fong Kui Lun (DAP)
P121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (PKR)
P122 - Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (DAP)
P123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP)
P124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (PKR)

Negeri Sembilan

P128 - Seremban - John Fernandez (DAP)
P130 - Rasah - Loke Siew Fook (DAP)
P132 - Telok Kemang - Kamarul Bahrin Abbas (PKR)

Melaka

P138 - Kota Melaka - Sim Tong Him (DAP)

Johor

P145 - Bakri - Er Teck Hwa (DAP)

Sabah

P172 - Kota Kinabalu - Hiew King Chew (DAP)

Sarawak

P195 - Bandar Kuching - Chong Chieng Jen (DAP)
P212 - Sibu - Wong Ho Leng (DAP)



Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu mungkin melonjakkan pungutan kerusi bagi Pakatan Rakyat daripada 75 sekarang kepada 100 pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis politik Wong Ching Huat.

Pada seminarnya di Universiti Monash, Sunway hari ini, Wong yang juga ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata peralihan sokongan itu adalah kerana reaksi rakyat terhadap tindakan kerajaan BN yang mengubah sentimen mereka di sejumlah 55 kerusi marginal yang dimenangi kedua-dua pihak.

"BERSIH telah meningkatkan peluang Pakatan di 20 kerusi yang dimenang tipis oleh BN dan memperkuatkan kedudukan Pakatan di 33 kerusi (marginal) milikinya sebelum ini,” katanya.

Wong berkata jumlah berkenaan adalah hasil rumusannya berdasarkan demografik pengundi dan corak pengundian pada pilihan raya umum 2008 dan juga beberapa pilihan raya kecil yang lalu.

Beliau juga menjangkakan corak yang sama akan berlaku di kerusi-kerusi milik calon Bebas seperti di Wangsa Maju, Nibong Tebal dan Bayan Baru yang terletak di kawasan bandar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Berdasarkan perkiraannya juga, beliau menjangkakan Datuk Ibrahim Ali akan hilang kerusi parlimennya di Pasir Mas di Kelantan.

Selain itu, Wong juga menjangkakan PSM akan mengekalkan kerusinya di Sungai Siput, yang dimenangi dengan majoriti kecil berikutan penahanan ahli parlimennya Dr D Jeyakumar yang ditangkap mengikut Ordinan Darurat.

"Secara demografik ia adalah kerusi yang bahaya (untuk Jeyakumar) tetapi penahanan itu telah memberi manfaat kepada Jeyakumar, terutamanya undi simpati.

Beliau akan terus mendapat undi masyarakat India dan menang dengan lebih selesa,” katanya kepada Malaysiakini selepas seminar itu.

Katanya dua kerusi milik SAPP lebih sukar diramalkan.

Wong juga berkata Pakatan dijangka akan mengekalkan secara marginal kersi di Sibu, Kuantan dan Indera Mahkota, tetapi bukan kerana BERSIH 2.0 tetapi isu lain seperti kilang pemprosesan bumi nadir Lynas, khususnya di Pahang.JP

Read more ...

Isu peranan Israel dalam PDRM : Memang patut PERKASA dipanggil PERKASAM

Perkasa 'Berlakon' Dedahkan Peranan Israel Dalam PDRM

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCO-2Bsnz7Ufj2xD7HtMfb6bj67YFWgVOtrW8I04nEHIG57OdNJU5DiCQYyccwnAr5Yi52NwDE6zdb_pqkQtFpuE-5lQRoVH6aIxldR8SPf9NMBbdAmSTKE7o1WADqNWinksY_iKQEBVo/s1600/pekasam.JPGPertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dianggap berpura-pura mendedahkan peranan Israel dalam pasukan Polis di Raja Malaysia, kata Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Azmizam Zamanhuri. Beliau mengulas tindakan NGO itu membuat laporan polis pada 4 Ogos lalu, mendakwa penyelewengan dan penglibatan pihak Israel dalam kontrak PDRM.

“Saya percaya mereka cuba untuk menonjolkan Perkasa sebagai sebuah pertubuhan yang neutral dan kononnya tidak berpihak kepada mana-mana pihak.

“Namun, kita percaya orang ramai tetap tahu Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang amat intim dengan Umno kerana Presidennya sendiri, Ibrahim Ali adalah bekas ahli Umno,” katanya.


Menurut Azmizam, isu mengenai hubungan Israel dan polis telah dibongkar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat sejak lebih setahun lalu sehingga menyaksikan Anwar digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat.


“Kalau Perkasa hendak buat laporan tentang elemen Israel dalam PDRM, Pakatan Rakyat dah lama dedahkan,” katanya ketika dihubungi. Perkasa minggu lalu mendesak siasatan dijalankan ke atas dakwaan berhubung penyelewengan dan penglibatan pihak Israel dalam kontrak PDRM.



Dalam laporan polisnya, ketua pemuda pertubuhan itu, Irwan Fahmi Ideris berkata siasatan itu perlu dijalankan ke atas dakwaan pengagihan dan pemberian projek melibatkan polis Bukit Aman.

Laporan polis itu dibuat selepas lebih setahun Datuk Seri Anwar mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan polis yang telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.

Anwar pada April tahun lalu membongkar penglibatan syarikat berkenaan melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

Kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC. Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC dan berpengkalan di Israel./kd

Addin

Read more ...

UMNO PURA-PURA!!! PAS sudah cadang Rang Undang-Undang Murtad tapi UMNO tolak

http://dppbtr.files.wordpress.com/2010/01/mahfuz-omar.jpgKUALA LUMPUR, 9 Ogos: Saranan mewujudkan Akta Jenayah Akidah semakin membuktikan sikap tidak ikhlas Umno mempertahankan Islam, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Cadangan itu bukan sahaja ketinggalan zaman, malah semakin membuktikan sikap tidak ikhlas Umno dalam isu-isu berkaitan kepentingan Islam atau dalam usaha-usaha mempertahankan Islam.

"Nampak benar bila Umno nak tonjolkan diri sebagai jaguh, akta mengenai murtad pun dicadangkan.

"Tetapi bila hal berkaitan Islam tidak menguntungkannya dari segi politik, Umno bukan sahaja tidak mahu menyokong malah menentang dan memfitnahkan habis-habisan seperti yang berlaku terhadap Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993," kata beliau.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini dilapor mencadangkan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan umat Islam berlaku di negara ini.

"Cadangan itu ketinggalan zaman. Di mana Umno ketika (Presiden PAS, Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi (Awang) berusaha mencadangkan rang undang-undang berkaitan di dalam Parlimen?

"Bukan sekali, malah dua kali Umno dilihat berkonspirasi mengetepikan perbincangan dan cadangan rang undang-undang mengenai murtad.

"Inilah contoh sikap lidah bercabang Umno dan bermuka-muka seolah-olah mahu membela Islam sedangkan terbukti sebelum ini mereka bukan sahaja tidak mahu melakukannya malah menentang serta memfitnahkan usaha memartabat dan melaksanakan hukum Islam," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu membangkitkan, pada 25 Mac 1988, Presiden PAS selaku Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak.

Selepas itu, kata Mahfuz lagi, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

Bagi beliau, apa yang berlaku sudah lebih dari mencukupi untuk membuktikan Umno mahu menerima usaha-usaha lebih konkrit untuk membela kepentingan Islam kecuali apabila bertepatan kepentingan politiknya untuk mempengaruhi undi orang-orang Melayu.

Ditanya mengenai usaha PAS untuk bertemu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja Methodist Damansara Utama berikutan serbuan Jais ke atas gereja tersebut baru-baru ini, Mahfuz berkata usaha tersebut adalah selaras dan sebahagian dari usaha berdialog dengan pelbagai pihak yang sentiasa ditekankan serta diamalkan oleh PAS sejak lama dahulu.

"Dengan dialog sedemikian, saya yakin banyak perkara boleh dibincangkan dengan sikap yang lebih matang dan muhibbah termasuk keselarasan tindakan dengan Perlembagaan Malaysia di mana Perkara 11 (4) perlembagaan tersebut melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang-orang Islam,” katanya.

Read more ...

Media gagal perlekeh ’Negara Berkebajikan’

http://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2011/07/Membangun-Negara-Berkebajikan.JPGKOTA BHARU, 9 Ogos: Isu Negara Berkebajikan yang cuba dicetus polemik media harian ternyata gagal apabila orang ramai sudah lama memahami konsep yang diketengahkan PAS itu.

Malah tanggapan media kononnya dasar perjuangan PAS sudah berubah juga gagal kerana dasar itu tidak pernah bertukar sejak gerakan Islam terbabit ditubuh pada 1951 sehingga sekarang.

Sebaliknya usaha dilakukan media proUmno berjaya mengetengahkan tema muktamar PAS pada Jun lalu dalam masa singkat ke ke seluruh negara.

Bagaimanapun bagi menjelaskan lagi isu berkenaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini berjaya menyiapkan sebuah buku yang dinamakan ‘Negara Berkebajikan’.

Buku yang mengandungi tujuh topik itu membincangkan secara lebih terperinci ciri-ciri negara berkebajikan.

Pada bab akhir dikupas tajuk ‘Agenda PAS ganti Umno’. Buku berkenaan diterbitkan Pejabat Presiden PAS dan Dewan Ulamak PAS Pusat.

Buku setebal 86 halaman merupakan pendekatan PAS dalam usaha mengangkat gerakan tajdid siyasi khususnya dalam mempelopori konsep ’Negara Berkebajikan’.

Buku tersebut juga turut mengupas perbezaan di antara Negara Berkebajikan dengan Negara Kebajikan yang dipelopori barat.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, konsep Negara Berkebajikan berbeza dengan Negara Kebajikan yang diasaskan golongan sekular.

”Ia juga berbeza dari fahaman yang dianuti masyarakat terbanyak,” katanya ketika melancarkan buku tersebut di sini baru-baru ini.

Turut hadir anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyudin Hassan, Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar dan Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yussof.

Read more ...

TERKINI !!! Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines (MAS) letak jawatan




Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines (MAS), Azmil Zaharuddin (tiga dari kanan) hari ini secara rasmi meletakkan jawatannya selepas pemegang-pemegang saham memuktamadkan pertukaran saham dengan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa jawatankuasa eksekutif yang diketuai oleh Azman Yahya akan mengendali pentadbiran syarikat tersebut manakala urusan harian serta operasi syarikat akan dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Khazanah Nasional yang juga ahli lembaga pengarah MAS, Mohd Rashdan Mohd Yusof.


Sebelum pengumuman tersebut, Penerbangan Malaysia (MAS), AirAsia Bhd dan AirAsia X Sdn Bhd memeterai rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) untuk meneroka peluang kerjasama dalam pelbagai bidang di bawah sektor penerbangan.


Di bawah CCF itu, semua syarikat terbabit akan melengkapi bidang perniagaan satu sama lain serta memanfaatkan daya saing teras masing-masing dan mengoptimumkan kecekapan untuk manfaat pengguna. Menerusi kerjasama itu juga, syarikat induk AirAsia, Tune Air, akan memilikì 20.5 peratus saham MAS manakala Khazanah Nasìonal Bhd pula menguasai 10 peratus saham AirAsia.



MAS managing director Tengku Datuk Azmil Zaharudin lost his job today after the airline’s shareholders finalised a share swap with Asia’s largest low cost carrier, AirAsia.


The Malaysian Insider understands that an executive committee led by Tan Sri Azman Yahya will manage the state carrier while day-to-day operations will be handled by Khazanah Nasional Bhd executive director and MAS board member, Mohd Rashdan Mohd Yusof.


Azmil will join Khazanah as an executive director effective September 12, 2011.


Under the share swap, AirAsia’s main shareholder Tune Air Sdn Bhd will swap 10 per cent stake in the budget carrier for 20.25 per cent share of the ailing flag carrier in the agreement called a “Comprehensive Collaboration Framework”.


Before the share swap, Tune Air was the biggest shareholder in AirAsia with 26.28 per cent stake while Khazanah held a total of 69.33 per cent share of MAS.


The MAS board will also see some new faces, namely former IJM chief executive Datuk Krishnan Tan, Astro chief executive Datuk Rohana Rozhan and David Lau from Shell Malaysia.


Rashdan, popularly known as Danny, was part of the BinaFikir consultancy that engineered the wide asset unbundling (WAU) restructuring that made MAS a virtual airline in 2002. BinaFikir was then led by Tan Sri Azman Mokhtar, who is now managing director of Khazanah, the majority shareholder in MAS.

Read more ...