Wednesday, May 16, 2012

TAHNIAH!!! Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai: Pecah Tanah 28 Mei


Selepas disisih sejak Rancangan Malaysia (RMK) Ke-5, akhirnya kerajaan Kelantan memutuskan untuk membina sendiri lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai membabitkan kos awal sebanyak RM500 juta.

Dan pada 28 Mei ini akan mencatat satu sejarah baru negara apabila majlis pecah tanah pembinaan lebuhraya tersebut akan diadakan berhampiran Felcra Berangan Mek Nab, Machang.


Jajaran lebuhraya pertama di Kelantan itu akan melalui Hutan Lipur Bukit Bakau.


Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, projek fasa pertama sepanjang 33 kilometer daripada jarak keseluruhan 73 kilometer tersebut dikendalikan Menta Construction Sdn Bhd dan Konsortium Temokin Vila Jelas JV Sdn Bhd.


Katanya, projek berkenaan akan dimulakan di seksyen III dari Bukit Tiu, Machang sehingga ke Dusun Damar, Kuala Krai merupakan tanah milik kerajaan negeri.


(Gambar: Husam menunjukkan jajaran Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai.)


“Projek itu dimulakan di seksyen III sebagai langkah untuk menjimatkan masa kerana ia tidak perlu melakukan pengambilan balik tanah rakyat.


“Manakala jajaran bertingkat dari Wakaf Che Yeh ke Kota Bharu ditangguhkan sementara bagi menjimatkan kos,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.


Selain itu katanya, kos pembinaan dapat dikurangkan dengan memperkenalkan pendekatan gotong royong, di mana orang ramai yang berminat boleh menderma iaitu batu kuari, pasir dan sebagainya.


Kata Husam konsep gotong royong diperkenalkan bukan bererti kerajaan negeri tidak berkemampuan, sebaliknya bagi menanam semangat kerjasama di kalangan rakyat.


“Syarikat yang terbabit dengan aktiviti kuari di sepanjang lebuh raya akan juga memperolehi manfaat,” ujarnya.


Beliau berkata, sebelum ini orang ramai hanya terdedah menderma untuk pembinaan masjid dan madrasah sahaja, manakala derma bagi pembinaan jalan raya masih agak asing.



Beliau juga berharap syarikat yang terbabit dengan industri minyak di Kelantan juga dialu-alukan untuk menyumbang.

Katanya, projek lebuh raya berkenaan dijangka siap dalam tempoh lebih dua tahun selepas mengambil kira musim tengkujuh.


“Kerajaan negeri berhasrat menjemput bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi hadir pada majlis pecah tanah kerana beliau pernah menyenaraikan projek pembinaan lebuh raya itu dalam RMK-9,” ujarnya.


Husam juga memberitahu lebuh raya tersebut akan mempunyai laluan khas untuk binatang liar di sepanjang laluannya.


“Kerajaan negeri mengutamakan konsep mesra alam dan mengambil kira keperluan makhluk lain,” tambahnya.


Katanya juga apabila ia siap sepenuhnya, Kelantan menjadi negeri pertama membina sendiri lebuh raya sendiri dengan kos yang lebih menjimatkan.

Read more ...

PENGISTIHARAN PERDANA!!! Bekas Pegawai Tertinggi PDRM sertai PAS

Tahniah..Buat Dato Haji Fauzi Shaari..Pukolan maut buat Zambry

Satu lagi pukolan maut buat UMNO Perak khususnya...Apa yang yang mantan KPN Rahim Nor katakan kepada Tuan Guru Nik Aziz dah termakan diri kepada bekas polis dan kepimpinan Polis... 


Aku nak tunggu bila pula Mufti Perak nak bersara dan istihar nak masuk UMNO.....begitu juga Veteran UMNO Lumut Cikgu Jauhari...apa nak tunggu lagi...jom Cikgu...kita lawan Zambry... . manjungmari

Read more ...

SIAPA RAJA FARHANA RAJA NONG CHIK?!!!! Dapat anugerah projek RM 30 Juta, anak orang UMNO kampung kah dia?

Scandal NFC yang melibatkan dana rakyat berjumlah RM250 Juta, melibatkan Sharizat yang sinonim dengan Lembah Pantai.. kali ini satu lagi scandal yang melibatkan pemimpin yang juga dikatakan sinonim dengan Lembah Pantai terdedah..

Pada 24hb Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd telah diberikan kontrak kerajaan yang berjumlah RM30, 800,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan.Anda boleh lihat butir-butir di bawah.

Ianya  mungkin kelihatan agak biasa memandangkan berbilion-bilion kontrak kerajaan dianugerahkan setiap tahun. Jadi..  jka dibandingkan dengan ratusan Billion kontrak ysng bernilai RM30 Juta itu adalah kecil nilainya..

Satu-satunya masalah dengan  kontrak  kecil yang bernilai RM30 Juta ini ialah Istijuara Sdn Bhd dimiliki oleh Raja Nong Chik Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Bandar

Dan ini bukanlah satu-satunya kontrak kerajaan yang telah dianugerahkan kepada syarikat beliau.


Anak perempuan Raja Nong Chik berusia 26 tahun, Raja Farhana, disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua orang Pengarah syarikat. Beliau memiliki 399.999 daripada 400,000 saham. Ini bermakna secara praktikal beliau adalah pemilik tunggal syarikat dengan Pengarah yang lain hanya memiliki satu saham.

Syarikat itu, yang ditubuhkan hampir 20 tahun lalu apabila Raja Farhana masih di darjah satu, mempunyai kerugian dibawa ke hadapan berjumlah kira-kira suku juta RM dan liabiliti semasa kira-kira RM400, 000  terhadap aset semasa..


Pendedahan lebih lengkap dengan lebih banyak dokumen sila lihat di ( SINI )
 
ASD 

Read more ...

NAJIB PULANG HAMPA!!!! Kehadiran mengecewakan Karnival Belia Pekan

KUANTAN - Walaupun Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak kelihatan begitu gembira dengan sambutan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Bukit Jalil pada Jumaat 11 Mei, namun lain pula cerita yang dialami Presiden Umno itu di kampungnya, kawasan Parlimen Pekan.
(Gambar) - hanya tiga meja jamuan yang dipenuhi dari berpuluh-puluh yng disediakan untuk Jamuan minum petang bersama Najib
Pada Sabtu 12 Mei, Najib pulang tergesa-gesa apabila Majlis perasmian Karnival Belia Pekan (Youth Of Pekan - YO Pekan) yang dirasmikannnya gagal mendapat sambutan.

Sasaran kehadiran seramai 10,000 orang meleset apabila hanya kira-kira 5,000 orang hadir ke Majlis tersebut yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Menurut saksi seorang pegawai tinggi swasta, Najib meninggalkan majlis sebelum sempat menjamah hidangan jamuan petang yang diadakan di dewan Majlis Daerah Pekan.

“Majlis bermula jam 3 pm dijangkakan kehadiran 10 ribu (orang) tapi yang hadir kurang lebih 5 ribu (orang sahaja).

“Selepas perasmian dan penyampaian hadiah PM sepatutnya bersama ke jamuan petang (yang diadakan) di dewan Majlis Daeran Pekan, tapi PM berangkat pulang (dengan tergesa-gesa),”ujarnya yang tidak mahu dikenali.

Sehubungan itu, beliau kesal kerana berpuluh-puluh meja yang disediakan untuk minum petang bersama Najib akhirnya hanya tiga meja sahaja dipenuhi.

“Apa jadi jamuan yang di sediakan berpuluh puluh meja (akhirnya) cuma 3 meja penuh iaitu satu (meja) YAB MB (Adnan Yaakob) , satu meja orangg awam , (dan) satu (meja lagi untuk) pemberita,

“yang lain kosong dan yang luar dewan juga kosong,”jelasnya yang menambah, kedua majlis penyerahan tajaan Karnival tersebut kepada Najib juga terpaksa di batalkan.

Beliau menyifatkan ia adalah satu pembaziran akibat Najib meninggalkan majlis jamuan tersebut dan mungkin satu petanda BN akan tersungkur pada pilihanraya umum akan datang.

Read more ...

HUKUM BUKAN DI TANGAN POLIS!!! Kalau polis belasah, apa perlu mahkamah


KUALA LUMPUR, 16 Mei: Kalau polis ikut suka hati pukul peserta Bersih 3.0 yang menyerah diri, tidak perlu ada mahkamah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sambil mengutuk tindakan membelasah Mohd Safuan Mamat, peserta Bersih yang menyerah diri dengan sukarela, beliau melihat tindakan itu akan menambahkan kebencian rakyat.

"Kalau sudah tidak mahu ikut peraturan dan seronok sangat membelasah orang ikut suka hati, suruh polis runtuhkan semua mahkamah dan lepas itu bolehlah mereka hukum orang ikut suka hati," kata Mohamad yang ternyata marah dengan tindakan tersebut.

Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai sengaja tidak mahu mengikut peraturan.

"Mereka sengaja tidak mahu ikut peraturan dan saya tidak mahu cakap fasal peraturan dan sifat perikemanusiaan sebab saya sudah tidak nampak sifat-sifat itu ada pada mereka yang membelasah orang lain sesuka hati," katanya.

Mohamad yakin, jika kekejaman seperti itu berterusan dan berleluasa, mungkin jutaan rakyat akan berhimpun sendiri tanpa perlu digerakkan oleh mana-mana pemimpin atau pertubuhan.

"Hari ini, sebahagian rakyat sudah tidak nampak perbezaan antara polis dan Umno.

"Jika rasa sakit hati rakyat tidak dapat dikawal lagi, bukan lagi ratusan ribu malah berjuta rakyat akan berhimpun sendiri di seluruh negara melawan Umno," katanya.

Mohamad juga yakin apa yang berlaku itu akan menjadikan rakyat semakin nampak keengganan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) untuk menerima dan menyetujui pilihan raya yang adil dan bersih.

"Saya yakin, isu utama yang rakyat nampak dengan lebih jelas ialah Umno BN tidak mahu pilihan raya yang adil dan bersih," kata beliau.

Rakyat juga, katanya, akan semakin memahami bahawa tindakan ganas yang berterusan itu adalah disebabkan ketakutan Umno apabila melihat ratusan ribu rakyat berhimpun dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

"Mereka tidak sangka ratusan ribu rakyat berhimpun, mereka panik dan seperti kerbau yang disembelih, dia menendang-nendang sana sini," katanya.

Mohd Safuan yang membuat laporan polis semalam terhadap tindakan membelasahnya itu berkata, dia ditahan dan dipukul oleh pihak polis selepas menyerah diri pada hari Isnin.

Pemuda dari Marang, Terengganu itu mengadu, selepas ditendang masuk ke dalam sebuah bilik, beliau dipukul di mukanya dengan batang paip hitam oleh anggota polis yang memakai pakaian seragam sambil memaksa beliau mengaku beliaulah yang memukul kereta polis ketika perhimpunan Bersih 3.0.

Mohd Safuan juga dipukul di bahunya dengan batang paip hitam itu.

Apabila dibawa ke lokap, beliau ditampar pula oleh tahanan lain selepas polis yang membawanya ke lokap itu memberitahu "dia ni Bersih, gangster".

Mohd Safuan juga mengadu beliau dipaksa membuat pengakuan dan menandatangani borang tertentu.

Read more ...

TINGGALKAN UMNO!!! 25 penduduk Pulau Tanjung Batu sertai PAS

(Selamat menyerahkan borang ahli PAS kepada Tuan Ibrahim)

KINABATANGAN: 25 penduduk pulau Tanjung Batu, 20 minit perjalanan dengan bot dari perlabuhan Sandakan, memohon untuk menyertai PAS dengan diketuai sendiri oleh ketua kampung mereka, Selamat bin Abdillah.

Borang permohonan untuk menyertai PAS itu diserahkan oleh Selamat kepada Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Turut serta adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Haji Hamzah Abdullah.

Di samping itu, turut serta adalah rombongan anggota Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat yang sedang dalam rangka kunjungan ke Sandakan.

Selamat mula menjadi Ketua Kampung pada tahun 1989 lagi. Namun sejak Mac lalu, seorang ketua kampung baru dilantik di pulau itu tanpa melalui peraturan yang biasa dimana Salamat tidak dimaklumkan mengenainya.

"Tahu-tahu sejak Mac, elaun saya tidak diberikan," kata Selamat kepada rombongan lajnah Penerangan PAS ini.

Sebulan lalu, Hamzah bersama beberapa rakannya dalam PAS Sabah turun ke pulau Tanjung Datu yang mempunyai 200 keluarga ini.

Ketika itu, jambatan yang menghubung antara rumah ke rumah sudah hampir reput dan berlubang di sana-sini.

"Baru dua minggu lepas (dua minggu selepas kunjungan Hamzah),mereka membina jambatan baru ini," kata Selamat.

"Baru saja saya datang berkunjung ke sini, tuan-puan sudah dapat jambatan baru. Bayangkan kalau tuan-puan undi PAS dalam pilihan raya umum nanti, saya yakin apa yang tuan-puan hendak akan diberikan semuanya,"kata Hamzah ketika memberikan ucapan ringkas di majlis hari ini.

Tuan Ibrahim, ketika berucap pula mengajak penduduk di situ membuat perkara yang sama.

"Macam kedai di kampunglah tuan-puan. Kalau ada satu kedai, semua harga ditentukan oleh kedai itu. Tetapi kalau ada dua kedai yang berniaga, kedua-duanya akan saling menurunkan harga dan kita pengguna yang akan untung.

"Begitu juga dalam politik ini. Selama ini Umno sahaja yang ada. Sekarang PAS datang menawarkan khidmat untuk tuan-puan semua, jadi kita bertandinglah secara yang adil. Saya yakin tuan-puanlah yang bakal untung nanti," kata beliau.

(Rombongan Lajnah Penerangan PAS disambut dengan jambatan baru di pulau Tanjung Batu)

Beliau juga yakin, jika Pakatan dipilih penduduk di sini dalam pilihan raya umum akan datang, kemudahan untuk rakyat akan jauh lebih besar lagi.

"Sekurang-kurangnya Umno akan berusaha memberikan khidmat yang jauh lebih baik untuk tuan-puan," katanya.

Beliau juga yakin, selepas rombongan beliau balik, Umno akan datang segera ke pulau ini dan memberikan segala kemudahan untuk penduduk tempatan.

"Jadi tuan-puan ambillah apa yang mereka bagi kerana itu hak kita sebenarnya sebagai rakyat...bak kata Menteri Besar Kelantan, bagi duit ambil, bagi kain pakai bagi gula buat air tetapi bila mengundi pilih bulan," kata Hamzah menambahkata Tuan Ibrahim.

Semalam, kira-kira 50 penduduk pulau Shanghai dalam kawasan Parlimen Batu Sapi menyertai PAS. Borang permohonan juga diserahkan kepada Tuan Ibrahim.

Read more ...

JOM PANTAU!!! Sukarelawan diperlukan pastikan pilihanraya umum adil dan bebas dari penipuan SPR

KUALA LUMPUR, 16 MEI: BERSIH 2.0 menyarankan rakyat negara ini mendaftar sebagai sukarelawan ‘Jom Pantau’ bagi memastikan perjalanan Pilihanraya Umum Ke-13(PRU-13) akan datang berlangsung dengan adil dan bebas dilindungi.
 
‘Jom Pantau’ yang diketuai oleh Pusat Komunikasi Masyarakat(KOMAS) merupakan satu platform pemantauan pilihanraya rasmi BERSIH 2.0 berdasarkan lapan tuntutan utama badan itu dengan kerjasama ‘Tindak Malaysia’ bagi melatih para sukarelawan.

Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Bersama BERSIH 2.0, Datuk A Samad Said yang kesal dengan tindakan kerajaan BN yang sehingga kini gagal melunaskan tuntutan yang dikemukakan ditambah dengan pendedahan pelbagai keraguan yang dibuat sebelum ini.

 
“Langkah yang wajib kita lakukan untuk memastikan PRU-13 berlangsung dengan adil adalah memerhatikan dengan mata yang tajam jika berlaku penipuan.

 
“Para sukarelawan inilah yang akan memainkan peranan yang amat penting sebagai pemantau, pegawai pilihanraya, pengira undi dan ejen untuk pengundi pos.

 
“Kami menyeru semua penyokong BERSIH untuk sama-sama melawan penipuan,” katanya.

 
Selain itu, rakyat diingatkan supaya keluar mengundi memandangkan undi mereka menjadi benteng terakhir melawan penipuan yang sedang berlangsung.

 
‘Jom Pantau’ dijalankan sejak empat bulan lalu dengan memberikan latihan kepada sukarelawan dan akan menganjurkan satu bengkel latihan pada 26 Mei.

 
Mereka yang berminat boleh menghubungi Penyelaras Program, Arul Prakkash di talian 019-272 1035

 
Sebarang aduan berkenaan pilihanraya boleh dibuat melalui:

 
* SMS Aduan – 013 771 1071
*Talian Aduan – 03 2282 4105
*Twitter – #jom_pantau
*Aduan Online – www.pru13.info

*Email – jompantau@komas.org

Read more ...

SEMUA TAHU!!!! Senaman punggung hasil tarbiah UMNO



KUALA LUMPUR, 16 Mei: Tindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah Pengerusi Bersih 3.0 Datuk S. Ambiga, bukanlah perkara yang menghairankan.

Ini kerana, menurut Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abd Samad, tindakan itu telah menzahirkan sikap mereka yang selari dengan pendirian Umno BN.


Katanya, apa yang ditunjukkan oleh sekumpulan bekas tentera itu merupakan tarbiyyah Umno BN selama 55 tahun memerintah negara ini.


"Inilah tarbiyah Umno selama 55 tahun, tidak hormat perbezaan pendapat kaum dan agama lain," katanya.


Katanya, Umno BN sepatutnya tunjukkan kebaikan Islam tetapi lebih suka menunjukkan keburukan orang Melayu.

Beliau cukup kesal, selepas 55 tahun memerintah negara ini, orang Islam masih tidak dapat melihat keadilan Islam sebenar dari acuan Umno BN sendiri.


Khalid juga menyifatkan 'senaman punggung' yang dilakukan oleh mereka akhirnya telah menunjukkan kebodohan mereka sendiri.


"Kalau tidak setuju dengan Ambiga, ajak dia berdebat tetapi Umno tidak sanggup. Kalau betul Ambiga lakukan, dedahkan penipuannya dalam televisyen selepas Bersih 3.0. Panggil dia. Tetapi Umno BN pula lebih berani, tetapi berani buat tindakan yang kurang bijak," katanya kepada Harakahdaily.


Beliau percaya, kerana berpaksikan tindakan perkauman dan fahaman Islam yang sempit Ambiga menjadi sasaran.


"Kenapa Sasterawan Negara A.Samad Said tidak pula diganggu. Inilah unsur-unsur perkauman bukan Islam akan membenci Islam yang dibawa oleh Umno BN," katanya.


Justeru katanya, tekanan yang diberikan kepada Ambiga merupakan cara yang tidak munasabah dan menjadi bahan ketawa orang ramai.


"Orang ramai sudah mula menggeleng kepala melihat terdesaknya puak-puak Umno BN yang pendek akal dalam menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Jual burger sekadar nak tunjukkan kebodohan mereka," katanya.


Semalam, Senaman anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) bertujuan membantah penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.


Kumpulan 15 orang aktivis PVTM itu melakukan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga.

Read more ...

NAJIB & ZAHID JANGAN LARI!!! Tolak Ekstradisi Mahkamah Perancis, Malaysia bukan negara komunis



Menggulas kenyataan Zahid isu ekstradisi adalah meraggukan, Mahkamah Perancis tak boleh sentuh kita ,Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri bagi menyiasat urusniaga kapal selam Malaysia-Perancis yang sedang berlangsung.

Rakyat Malaysia tidak tertakluk kepada undung-undang negara itu, katanya dalam sidang media selepas lawatan ketua tentara Thailand di kementeriannya, seperti disiarkan oleh Mob.tv.


Ahmad Zahid diminta mengulas berhubung kenyataan peguam Perancis Joseph Breham yang mewakili

NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia dalam kes sivil di mahkamah negara itu.

Breham sebelum ini berkata, hakim mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap antarabangsa sekiranya perintah sepina ditolak, termasuk meletakkan "arahan merah" (red alert) bersama polis dunia Interpol


Mana-mana negara yang berdaulat dan demokratik tidak akan melindungi saspek penjenayah antarabangsa dari diheret ke muka pengadilan. Sebab itu, ekstradisi atau proses penyerahan atau pengambilan saspek penjenayah dilakukan secara rasmi membabitkan sekurang-kurangnya dua negara berlaku termasuk di tanah air tercinta ini.


Contoh terbaru pada 22 Februari lepas, Bangkok dilaporkan memohon ekstradisi seorang warganegara Iran bernama Masoud Sedaghat Zadeh, daripada Putrajaya. Saspek ditahan pada 3.30 petang (waktu tempatan) 15 Februari lepas di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang semasa hendak berlepas ke Iran kerana dikaitkan dengan tiga insiden letupan bom di bandar raya Bangkok seminggu sebelum itu.


Menteri Luar Thailand, Thani Thongpakdi dalam satu kenyataan rasmi memohon ekstradisi lelaki berkenaan dan mendapat reaksi positif daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. "Saya yang minta pihak berkuasa Thailand buat permohonan itu segera, kalau ada permintaan lebih awal, kita boleh hantar (rakyat Iran itu) lebih awal," kata 'menteri Umno' itu di sesawang Berita Harian Online pada 23 Februari lepas.


Awal tahun ini pun, Malaysia dilaporkan pernah ekstradisi dua saspek penjenayah paling dikehendaki Amerika Syarikat seperti yang dimohon Singapura.


Malaysia bukan negara komunis seperti China atau Korea Utara yang menolak proses ekstradisi negara-negara lain termasuk 'negara demokratik' Amerika Syarikat.


Malaysia adalah negara yang demokratik dan berdaulat. Sebab itu, Malaysia memberi berjasama dengan antarabangsa sebagaimana dalam beberapa ekstradisi yang disebut sebelum ini.


15 Mei lepas, Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri bagi menyiasat urus niaga langsung (tender tertutup) dalam pembelian kapal selam Scorpene yang membabitkan Malaysia dan negara tersebut.


Najib semasa menjadi Menteri Pertahanan didakwa "meminta" USD 1 bilion daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN - melalui syarikat tempatan Perimekar dalam satu pertemuan pada 14 Julai 2001. Adakah kerana Najib presiden Umno, maka Ahmad Zahid menolak ekstradisi seperti yang dimohon oleh Perancis?


Adakah kerana saat ini mendekati musim pilihan raya umum ke-13, maka Ahmad Zahid menolak ekstradisi Najib seperti yang dimohon oleh Perancis?Adakah kerana skandal scorpene ini yang diduga meledak semula kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Sharibuu di Mahkamah Perancis kelak mendesak Ahmad Zahid menolak proses ekstradisi Najib seperti yang dimohon oleh negara berkenaan?


Namun, langkah Malaysia yang nyata menolak proses ekstradisi Najib ke Perancis seolah-olah mendekatkan negara ini pada 'negara komunis' China dan Korea Utara.


KENYATAAN TERBARU
-Malaysiakini hari ini 12:34PM Mei 16, 2012

'Kuasa Mahkamah Perancis tertakluk semua orang'

Mahkamah Perancis yang menjalankan inkuiri berhubung urusniaga kapal selam Scorpene Malaysia-Perancis mempunyai kuasa memanggil semua pihak untuk membuat pengakuan dalam prosiding di negara itu.

"Mahkamah Perancis mempunyai bidang kuasa terhadap semua orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam perkara melibatkan inkuiri sedia ada.

"Dakwaan sebaliknya salah dan mengelirukan," kata peguam Perancis Joseph Breham.

Breham mewakili NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam kes saman sivil itu.

Read more ...

EMPAT KALI SEBULAN!!! Purata Menteri masukkan duit ke akaun Zahida Rafik

Purata sebulan empat kali, menteri berkenaan akan masukkan duit secara tunai ke dalam akaun Zahida, dakwa bekas pemandu Noor Azman Azemi.

PETALING JAYA: Seorang bekas pemandu peribadi mendakwa Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Afdal pernah deposit wang sebanyak RM1 juta ke dalam akaun pelakon wanita, Zahida Mohd Rafik.

Noor Azman Azemi yang pernah berkhidmat sebagai pemandu peribadi Zahida selama tiga tahun mendakwa menteri berkenaan mendeposit wang sejumlah itu ke dalam akaun artis terbabit.


“Angka itu merupakan jumlah yang tertinggi sepanjang beliau berkhidmat dengan Zahida,” katanya dalam sidang media PKR di sini hari ini berhubung dakwaan skandal yang hangat diperkatakan dewasa ini.

Katanya, purata sebulan empat kali Datuk Seri (Shafie) akan masukkan duit secara tunai ke dalam akaun Zahida. Ia untuk menjelaskan bayaran kereta, rumah dan kad kredit milik artis terbabit.

“Baki wang itu akan diguna untuk belanja Zahida. Paling rendah Datuk Seri akan masukkan sebanyak RM100,000 sehingga RM200,000.

“Namun pada tahun lepas saya tersedar saya telah masukkan wang bernilai RM1 juta ke dalam bank,” katanya.


Hubungan Zahida dengan seorang pemuda


Noor Azman menjelaskan beliau cukup tertekan selama berkhidmat dengan Zahida dan mengakui berlaku pergaduhan kecil sebelum beliau membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai pemandu peribadi artis terbabit.Beliau turut mendakwa Zahida mempunyai hubungan dengan seorang pemuda dan memaklumkan perkara itu kepada Mohd Shafie.

“Saya cukup tertekan sepanjang tiga tahun bekerja dengan Zahida. Dah tiga tahun saya berlakon dan simpan segala rahsia dan keburukan. Ini juga salah satu sebab saya letak jawatan.
“Sebulan sebelum letak jawatan saya ada bergaduh dengan Zahida. Saya bagi tahu pada Datuk Seri Shafie, Zahida ada kaitan atau hubungan dengan seorang pemuda,” dakwa beliau.

Ujarnya, Mohd Shafie dan Zahida kerap bertemu di sebuah hotel berasingan di ibu negara.
 
Turut hadir dalam sidang media itu Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin; ahli keluarga Noor Azman, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid yang dikenali sebagai Dayangku Intan (ibu saudara); Rosman Yahil (bapa saudara) dan peguam yang mewakilinya, Lateefa Koya.


Beliau tampil memberi kenyataan hari ini untuk membersihkan nama dan keluarganya ekoran satu laporan polis yang menuduh beliau melarikan wang bernilai RM200,000 milik bekas majikan.

Keluarga diganggu


Sementara itu, ibu saudara Noor Azman yang juga seorang artis terkenal suatu ketika dulu, mendakwa keluarganya mengalami gangguan daripada individu tidak dikenali sejak anak saudaranya bebas dari tahanan reman. Polis menahan reman Noor Azman pada 13 hingga 16 Mac tahun ini untuk siasatan lanjut berhubung laporan polis yang dibuat ke atas bekas majikannya.


“Rumah kami diganggu kerana alamat kad pengenalan Noor Azman adalah alamat rumah saya. Saya tidak kenal individu yang buat gangguan itu, tapi sedar di antara jam 2.00 – 4.00 pagi mereka ada depan rumah. Tak tahu polis atau siapa,” kata Dayangku Intan.


Menurut Dayangku Intan, mereka sekeluarga tampil untuk membersihkan nama dan maruah bagi pihak kerabat DiRaja Kedah.Zuraida ketika sesi parlimen bulan lalu mempersoalkan pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta oleh Mohd Shafie kepada artis yang dikenali melalui filem Anak Mami, Zahida hanya dalam tempoh empat bulan sahaja

Read more ...

SKANDAL ZAHIDA-SHAFIE!!! Nor Azman dan Dayang Ku Intan diganggu individu tidak dikenali




Bekas pemandu peribadi aktres Zahida Rafik hari ini mendakwa bahawa beliau dan ibu saudaranya "diganggu" oleh orang yang tidak dikenali selepas beliau ditahan reman bagi membantu siasatan selepas didakwa melarikan sejumlah wang milik pelakon itu.

Noor Azman Azemi mendakwa gangguan berlaku dalam pelbagai bentuk selepas beliau dilepaskan daripada tahanan reman pada pertengahan Mac lalu.

Beliau sebelum ini membuat laporan polis bagi menafikan dan membersihkan namanya yang dituduh melarikan diri wang milik Zahida bernilai RM200,000 pada 13 Mac lalu.


"Ada orang duduk di hadapan rumah (saya), orang masuk dalam rumah makcik dan barang hilang, ada kereta tunggu depan rumah pukul dua hingga empat pagi," dakwanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR sebentar tadi.


Pengerusi Biro Guaman PKR Latheefa Koya berkata setakat ini pihaknya tidak membuat laporan polis kerana anak guamnya tidak mengenali individu yang dimaksudkan.

Sementara itu, ibu saudara kepada Noor Azman - penyanyi popular 80 dan 90'an, Dayangku Intan - rumahnya turut diganggu oleh individu yang tidak dikenali.


"Mereka datang jerit-jerit. Ia terus ada sehingga jam dua, tiga, empat pagi. Macam kita pelarian, macam orang bersalah," katanya dengan nada kecewa.


Penyanyi terkenal era 80-an itu berkata kad pengenalan Noor Azman menggunakan alamat rumahnya.-JP

Read more ...

ZIONIS ISRAEL!!! Apa beza dengan zionis tempatan?


KUALA LUMPUR, 14 Mei: Sebilangan tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Kamunting nekad melancarkan mogok lapar bagi menuntut pembebasan mereka.


Tindakan itu dilakukan memandangkan status mereka sebagai tahanan ISA masih tergantung setelah kerajaan bersetuju memansuhkan akta itu, Mac lalu. Bagaimanapun, jumlah tahanan yang melancarkan mogok itu masih tidak diketahui.


Suara Rakyat Malaysia (Suaram), dalam satu kenyataannya, hari ini berkata pihaknya dimaklumkan tentang tindakan mogok itu daripada ahli keluarga tahanan.Pengarah Eksekutifnya, E. Nalini berkata beliau percaya mogok itu telah dilakukan sejak empat hari lalu.


Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri Dalam Negeri turun memastikan keadaan mereka, sekaligus menyatakan pendiriannya terhadap status penahanan mereka atau membicarakan mereka di mahkamah terbuka. Sementara itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) turut memastikan keadaan tahanan yang diktakan melancarkan mogok lapar.


"Campur tangan pihak Suhakam juga diperlukan bagi memastikan keadaan tahanan di sana. Tahanan-

tahanan tersebut mungkin kecewa kerana masih tidak dibebaskan, sedangkan ISA sudh dimansuhkan," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata biarpun akta baru yang menggantikan ISA masih membolehkan penahanan sedia ada, Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajar melakukan sesuatu bagi memastikan semua tahanan ISA tahu keadaan status mereka.


"Para tahanan tahu, ISA sudah dimansuhkan. Sudah tentu mereka mengharapkan pembebasan selaras dengan pemansuhan tersebut. Mungkin menteri ad berjanji dengan mereka. Jadi KDN perlu bertindak sewajarnya dalam kes ini," tambah beliau yang menyatakan masih ada 30 hingga 40 orang tahanan ISA yang ditahan di bawah akta itu.


MOGOK LAPAR LAWAN ZIONIS DI GAZA



Beribu-ribu rakyat Palestin telah keluar berdemo menyokong mogok lapar yang sednag dilancarkan oleh lebih dari 2,500 tahanan tanpa bicara. Israel sama seperti Malaysia ada undang-undang ISA

yang boleh memenjara sesiapa sahaja tanpa bicara.

Dua tahan politik Zionis telah mogok lapar selama 77 hari. Keadaan sedang nazak. Demo dijalan raya sedang berterusan demo berlaku di Gaza dan Tebing Barat.


Majlis Fatwa Palestin tidak mengeluarkan fatwa melarang tunjuk perasaan tidak saperti Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.


Majlis Fatwa Palestin menyokong tunjuk perasaan malah kaum agamawan di Palestin adalah penunjuk jalan untuk rakyat turun berdemo. Kerajaan Mesir telah cuba menjadi orang tengah

untuk menyelesaikan mogok ini.

ANTARA YANG MOGOK LAPAR


Pada 1 May - terdapat 4,635 ISA tahanan tanpa bicara di Isreal. Pada 17 April yang lalu 2,500 tahanan ISA di Isreal telah melancarkan mogok lapar.Ada tahanan ISA Israel yang telah dipenjara lebih dari 10 tahun.


Jika kematian berlaku maka suasana akan meledak di Palestine.Media dunia telah cuba menutup berita ini. Tetapi di dunia Arab berita tahanan ISA Israel mogok lapar ini sedang mengelegak.

Read more ...