Friday, August 24, 2012

TERKINI!!! Najib panggil semua menteri, adakah parlimen akan bubar?

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata Perdana Menteri, Najib Razak memanggil semua menteri kabinet mengadapnya hari ini.

"Kita mendapat maklumat, Najib memanggil semua menteri kabinet mengadap beliau hari ini, mungkin parlimen akan dibubarkan, ada berani ke Najib bubar parlimen sekarang".

"Kita tidak kisah parlimen bubar bila-bila pun, kita sudah lama bersedia, esok, lusa, bulan hadapan atau tahun hadapan sama sahaja" ujar beliau.

Salahuddin berkata demikian pada ceramah majlis malam bintang dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Dewan Pay Fong, Bandar Melaka anjuran Majlis Tindakan Dun Bukit Baru malam tadi.

Turut berceramah malam tadi ialah Bob Lokman, Aisyah dan pimpinan PR negeri Melaka.

Majlis tersebut dihadiri lebih separuh oleh kaum Tionghua di seluruh negeri Melaka.

Mungkinkah Parlimen akan dibubarkan selepas Najib menyampaikan amanat kepada semua menteri. mutaligat

Read more ...

RM 100 !!! Hanya untuk orang Cina dan India sahaja , Melayu melopong dek janji dicapati


RM100 untuk lima hari.

Malangnya ia hanya diberikan kepada kaum Cina dan India SAHAJA!


Kaum Melayu teruskan me-layu melopong akibat keputusan berat aebelah perdana menteri Najib sempena sambutan kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos nanti!


Yang penting slogan Janji Dicapati yang direka khusus buat menempelak tema ciptaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim kini terlaksana sudah!!


Semuanya berpunca daripada satu e-mel dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) mendedahkan bahawa pentadbiran Najib akan menawarkan ganjaran wang tunai dan cenderamata kepada kira-kira 1,000 pelajar universiti yang bersetuju untuk mengambil bahagian dalam sambutan Hari kedatangan Negara di sini.


Dalam e-mel dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang diterima semalam oleh The Malaysian Insider, pelajar terlibat akan mengibar bendera atau "melakukan beberapa pembentukan bendera mudah" apabila lagu kebangsaan "Negaraku" atau 1 Malaysia lagu yang dimainkan semasa 2 peristiwa pada sambutan Hari Kebangsaan - satu di Dataran Merdeka pada waktu pagi dan kedua di Stadium Bukit Jalil pada sebelah petangnya.


"T-shirt disediakan pada waktu pagi dan tanda penghargaan dalam bentuk wang tunai diberi ganjaran untuk setiap peserta.


"Bagi acara petang, tiada T-shirt disediakan," kata seorang pegawai jabatan dalam e-mel yang dialamatkan kepada sebuah universiti di sini.


Ketika dihubungi, pegawai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa peserta dijangka menghadiri lima hari raptai bermula hari ini, dan akan dibayar RM20 dan disediakan makan tengah hari untuk setiap hari.


"Jadi, selama lima hari, setiap peserta akan dibayar RM100," kata pegawai itu.


Rasmi menambah bahawa jabatan itu berharap untuk menarik sekurang-kurangnya 1,000 peserta berusia antara 18 dan 35 tahun dari beberapa buah universiti di sekitar Lembah Klang.


Sebanyak 25 bas akan disediakan untuk membawa peserta daripada pelbagai pusat pemeriksaan di seluruh bandar ke tempat acara dua.


E-mel rasmi juga menyatakan bahawa hanya peserta kaum Cina dan India sahaja yang diperlukan untuk maksud tersebut.


Ditanya kenapa, pegawai itu tidak menyatakan rasional keputusan tersebut.


"Mungkin mereka (jabatan) sudah mempunyai cukup bilangan orang Melayu," telahan pegawai itu.


Tawaran ganjaran tunai untuk menarik peserta untuk sambutan Hari Kebangsaan yang mungkin akan menarik lebih banyak kecaman daripada pembangkang persekutuan, terutamanya kerana ia datang di tengah-tengah kritikan meluas bahawa Barisan Nasional (BN) telah mempolitikkan acara kebangsaan atas sebab-sebab politik.


Belum selesai isu Kabinet Najib yang memilih tema "55 Tahun Kemerdekaan, Janji Ditepai" mencetuskan perdebatan antara BN dan Pakatan Rakyat, pengkritik mengatakan slogan propaganda adalah tidak sesuai kerana ia mencerminkan agenda politik BN.


Logo "Janji Ditepati" dan lagu tema juga telah menarik ejekan dan kutukan keras masyarakat bahawa logo diciplak dari pelekat kereta kereta rasmi Najib Altantuya manakala lagu tema telah diciplak dari sebuah lagu Injil di sebuah gereja di Indonesia.


Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah menuduh kerajaan BN merampas perayaan kebangsaan untuk menggalakkan agenda politik dan menyalahgunakan sumber kerajaan untuk tujuan berkempen.


Sebagai tindak balas, pakatan pembangkang PKR, DAP dan PAS mengumumkan tema alternatif tersendiri - "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" (Satu Negara, Satu Negara, Satu Jiwa) - cadangan yang dipilih daripada orang ramai pada awal bulan ini.


JALAN PULANG 

Read more ...

JIJIK TV3!!! Azwan Ali buktikan Ummi Hafilda pembohong


Sebentar tadi, beberapa keping gambar terbaru telah dimuat naik di laman sosial Twitter milik pengacara sensasi Azwan Ali yang dikatakan sudah tidak lagi mengaku adik kandungnya, Ummi Hafilda Ali sebagai adiknya lagi.

Bukti terbaru yang disiarkan di bawah jelas membuktikan bahawa apa sahaja yang dikatakan oleh Ummi ternyata palsu belaka kununnya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sudah tidak mengambil berat hal keluarga.


Azwan yang meminta penyokongnya di Twitter supaya mewar-warkan kempen Jijik TV3 menggunakan hashtag #JijikTV3 yang menyiarkan kenyataan fitnah terhadap Azmin pada hari raya pertama lalu turut mendesak supaya Ummi segera meminta maaf terhadap abangnya dan jangan lagi terpengaruh dengan Umno.


Mesej Azwan di Twitter menyebut:


@azwanhjali
Slm. 2 Diva yang puas DiAniaya bertemu Raya! Commpom ramai NAZAK tgk pic hebat ini!

Azwan turut memuji abangnya yang bakal menjadi menteri sekiranya Pakatan Rakyat menumbangkan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang.

@azwanhjali
AA dgn bakal menteri.. @AzminAli InsyaAllah #JijikTV3 #vote4change

Selain itu Azwan turut menempelak isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor yang didakwanya mengarahkan pembantunya supaya mengarahkan pengurusan sebuah hotel supaya namanya dikeluarkan dari senarai pengacara sebuah acara rumah terbuka.


Azwan menulis:


@azwanhjali
Slm. PA Rosmah REJECT nama Diva AA as EMCEE tuk Event Rumah Terbuka Anjuran Hotel Gah! Kesian betul PA ni ! Sampai Hotel naik Malu ya!

Azwan kelihatan tidak menunjukkan sebarang masalah dengan Azmin malah mengetahui Ummi sebenarnya cemburu melihat kemesraan yang terjalin di antaranya dengan isteri Azmin, Shamsidar Taharin yang juga menjadi sasaran Ummi.


Ternyata Ummi kini keseorangan tanpa sesiapa pun dapat membantunya menangkis bukti yang Azwan tunjukkan!

Bahkan gambar ini membuktikan siapa sebenarnya yang menjadi dalang terhadap pergolakan keluarga terkenal ini sehingga ke hari ini!


JALAN PULANG



Azwan Ali sudah tidak mengaku Ummi Hafilda adiknya lagi


LANTARAN tindakan TV3 yang mengheret Mak Tom, ibu kepada pengacara dan pelakon terkenal Azwan Ali ke dalam salah sebuah slot Buletin Utama, Azwan Ali melancarkan kempen anti TV3 di twitter.

Tindakan TV3 itu berpunca daripada Ummi Hafilda yang membawa wanita berusia 79 tahun itu beraya di perantauan iaitu di Melaka sebelum memanggil wartawan TV3 untuk mengheret beliau ke dalam isu politik .


Tindakan TV3 itu begitu jelas sengaja memecahbelahkan keluarga Azwan Ali dan perkara itu langsung tidak dapat diterima olehnya.


Sebagai respon, Azwan Ali melancarkan kempen #JijikTV3 di twitternya. Setiap mesej yang diterimanya daripada peminat akan dibalas dengan respon #JijikTV3 sebagai menunjukkan rasa marahnya yang meluap-luap kepada TV3.


Selain itu Azwan juga meluahkan bahawa beliau sudah tidak mengaku Ummi Hafilda sebagai adiknya lagi lantaran tindakannya yang kerap mengheret ibu mereka ke kancah politik.


Azwan Ali juga turut mendedahkan bagaimana arwah ayahnya dulu turut sudah tidak mengakui Ummi Hafilda sebagai anak. Malah menulis surat wasiat khusus terhadap perkara itu.

Read more ...

PANAS DI SABAH!!! Musa Aman disuruh bercuti? Siapa yang ganti?

Blog PASPB menarik balik artikel bertajuk PANAS DI SABAH!!! Musa Aman disuruh bercuti? Siapa yang ganti? yang diambil dari blog Jalan Pulang  dan memohon maaf kerana menyiarkan artikel berkenaan. Admin PASP...

Read more ...

JAWAPAN TKM 1 PP!!! sombong, angkuh ciptaan blogger UMNO untuk pecahkan Pakatan

GEORGETOWN-Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menafikan menggunakan perkataan sombong dan angkuh terhadap Ketua Menteri,Lim Guan Eng dalam perjumpaan bersama sekumpulan ahli-ahli PKR seperti yang dilaporkan media.
 
Sebaliknya beliau mengakui menggunakan perkataan tokong sebagai gelaran kepada Guan Eng berikutan sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri itu.

Mansor berkata,kenyataan yang kononnya beliau menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai sombong, angkuh dan tokong bertujuan memberi gambaran buruk tentang hubungan PKR dan DAP.
 
“Saya tidak pernah menggelarkan Ketua Menteri sombong dan angkuh dan saya tidak tahu dari sumber mana perkataan itu timbul sedangkan saya tidak mengatakanya.

"Yang pasti perjumpaan ini telah dirakam dan kemudianya disiarkan didalan blog anti-Pakatan Rakyat dengan niat jahat untuk merosakkan jalinan dan hubungan baik antara PKR dan DAP di ambang pilihanraya dan cuba mengeruhkan lagi hubungan baik antara saya dan Ketua Menter,” katanya pada sidang media, hari ini.

Turut hadir, Guan Eng, Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Salleh Man dan beberapa kepimpinan Kerajaan Negeri.Dalam pada itu, 
 
Mansor menegaskan bahawa tidak ada langsung mesyuarat strategi parti sepertimana yang dilaporkan media sebaliknya pertemuan berkenaan adalah satu perjumpaan biasa antara ahli-ahli PKR dengan Pengerusi Perhubungan Negeri sahaja.

“Perbincangan tidak rasmi ini berpusat kepada hal-hal parti dan perkara berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.“Jadi tidak ada minit mesyuarat tersebut,” katanya. ~sinarharian

Read more ...