Friday, August 5, 2011

Mari baca artikel dalam PASPB yang dikatakan tidak beradap dan menghina Rosmah , Najib

Akhbar Suara Keadilan 27 bertarikh 2 Ogos mendakwa bahawa Najib-Rosmah memboroskan duit rakyat sewenang-wenangnya. Antaranya ialah :-

1) Lawatan Rasmi Perdana Menteri dan Rosmah ke luar negeri 2008-2011 - RM17 juta

2) Kos selenggara rumah rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - RM49 juta

3) Bil elektrik dan air Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - RM10 juta setahun

4) Peruntukan Program Permata Negara - Rosmah - RM111 juta

5) Penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai - RM140,000 satu malam

6) Beg tangan Rosmah berjenama 'Hermezz Matte' - RM361,259.99

7) Cincin berlian - RM24 juta

8) Penganjuran Persidangan Wanita Pertama dunia yang dihadiri 14 wanita pertama majoritinya dari Afrika - RM4.5 juta

9) Gelang tangan - RM1.65 juta

Jika dakwaan di atas tidak benar kita minta Najib-Rosmah membuat penafian dan menyaman akhbar milik PKR ini.

Read more ...

Kes Fitnah II : Najib dan Rosmah kena hadir untuk bersih nama sebagai dalang konspirasi


KUALA LUMPUR 6 OGOS : Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor perlu hadir ke mahkamah bagi kes fitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Izzah berkata, Najib dan Rosmah perlu berbuat demikian bagi membersihkan nama mereka yang terpalit sebagai dalang dan konspirasi dalam kes tersebut.

“Seharusnya tidak ada masalah untuk datang ke mahkamah, kemukakan dan bagi bukti. Pada saya, kalau boleh jumpa si pengadu sebelum kes berlangsung, takkan tidak (boleh jadi saksi) , lebih-lebih lagi tampil di mahkamah untuk kemukakan keterangan,”
katanya.

Ditanya sekiranya Najib dan Rosmah berdolak dalik untuk tidak hadir ke mahkamah, beliau yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyifatkan tindakan itu hanya akan memburukan lagi imej pemimpin negara itu yang sememangnya sinonim dengan karektor pemimpin BN.

“Dolak-dalik adalah perkara yang konsisten di bawah kerajaan Barisan Nasional, saya tidak begitu optimis, tapi saya mengharapkan respon positif daripada Perdana Menteri,” Nurul Izzah berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media dengan Persatuan Komuniti Peniaga Brickfields (BBCS) semalam .

Najib sebelum ini bertemu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, dua hari sebelum beliau membuat laporan polis mendakwa diliwat.

Beliau turut bertemu pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar seperti mana yang didedahkan pegawai penyiasat DSP Jude Pereira ketika perbicaraan Mac lalu.

Kelmarin, Najib dan Rosmah enggan hadir sebagai saksi dalam kes perbicaraan itu, kecuali dengan sepina mahkamah.

Mahkamah Tinggi menetapkan 8 Ogos ini untuk membuat keputusan berhubung permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain Najib dan Rosmah, Anwar mahu menemubual bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dan Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

Anwar juga mahu menemu bual 10 saksi alibi sebelum memberikan keterangan pada Isnin. Kesemua 15 saksi berkenaan ialah antara 25 saksi yang mahu ditemu bual oleh pihak pembelaan dalam membuat persediaan bagi kes pembelaan dijadualkan dari 8 hingga 26 Ogos.

Read more ...

Mat Sabu bebas bukti polis tak profesional, niat tak baik pecah cerminkan kereta

(Mohamad Sabu [tengah bertongkat) bersama peguam dan penyokongnya di perkarangan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang selepas dibebaskan. Dua dari kanan adalah Mohamed Hanipa Maidin)

PULAU PINANG, 5 Ogos: Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang yang membebaskan Mohamad Sabu dari dakwaan menghalang tugas pejawat awam dalam kes polis pecah kereta beliau untuk menyerahkan waran tangkap.

Di samping bersetuju dengan keputusan mahkamah majistret bahawa waran tangkap yang dikemukakan polis kepada Mohamad Sabu cacat, Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim juga berkata, pertuduhan juga cacat.

"Dengan pertuduhan yang cacat, tertuduh tidak perlu dipanggil membela diri," kata hakim dalam keputusannya menolak permohonan Ketua Pendakwaraya Pulau Pinang, Suhaimi Ibrahim agar mahkamah mengkaji balik keputusan Mahkamah Majistret Jawi yang membebaskan Mohamad Sabu Disember 2008 tanpa dipanggil membela diri.

Mohamad Sabu dibela oleh tiga peguam iaitu Mohamed Hanipa Maidin, Aminuddin Zulkipli dan Yusnita Yusoff.

Mohamad Sabu bersama sembilan yang lain didakwa di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan atas tuduhan menghalang pejawat awam menjalankan tugas.

Namun hanya Mohamad Sabu sahaja diheret ke Mahkamah Tinggi untuk dikaji keputusan Mahkamah Majistret itu.

Peristiwa tangkapan itu berlaku pada 10 Disember 2007 di mana Mohamad di tangkap di tol Bukit Tambun, Pulau Pinang dengan cara polis memecahkan kereta Naza yang dinaiki beliau dan keluarganya.

Tangkapan itu dibuat berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan ke atas beliau ekoran perhimpunan Bersih 1 pada 2007.

Tangkapan dibuat dihari beliau dan keluarga menghadiri majlis perkahwinan anaknya di Ipoh, Perak. Di Ipoh, polis cuba menangkap beliau namun selepas berunding, beliau bersetuju akan ke Balai Polis Kepala Batas selepas urusan perkahwinan anaknya itu selesai.

Tetapi apabila sampai ke tol Bukit Tambun pasukan polis yang ramai mengepong kereta beliau dan keluarga dan mendesak beliau menyerah diri di situ.

Namun, Mohamad Sabu berkeras tidak bersetuju untuk ditangkap di situ kerana perjanjian telah dibuat beliau akan ke Balai Polis Kepala Batas.

Akibatnya, polis telah memecahkan pintu kerera Naza yang dinaiki beliau dan keluarga. Ekoran itu, dakwaan telah dibuat terhadap beliau di Mahkamah Majistret Jawi atas dakwaan menghalang pejawat awan menjalankan tugas mereka.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Majistret, polis yang menangkap beliau bersetuju bahawa tindakan beliau dan rakan-rakannya itu polis membahayakan Mohamad Sabu termasuk boleh menyebabkan kematian.

Dia juga berkata, walaupun itu akibatnya, dia sanggup membuat kerja itu.

Ketika memebaskan Mohamad tanpa membela diri, majistret memberikan alasan waran tangkap yang dikeluarkan kepada Mohamad cacat kerana ada tiga waran yang berbeza dan bertentangan antara satu sama lain.

Dengan pembebasan ini, sudah tiga kes dakwaan terhadap Mohamad Sabu gagal. Dua lagi kes adalah kes ceramah tanpa permit di Kuala Kelawang, Negeri Sembilan yang dibicara di mahkamah Jelebu.

Kes kedua adalah kes perhimpunan Bersih 1 di mana beliau didakwa bersama beberapa pemimpin PAS dan Pakatan yang lain termasuk Dr Hatta Ramli, anggota Parlimen Kuala Krai.

Beliau kini berhadapan dengan satu lagi kes perhimpunan iaitu kes perhimpunan Protes kenaikan harga barang yang diadakan di Kuala Lumpur.

Peguam Mohamad Hanipa (gambar) ketika bercakap dengan Harakahdaily berkata, beliau bimbang kerajaan mempunyai motif yang tidak baik terhadap Mohamad Sabu.

"Kes ini tunjuk polis tak profesional dalam menjalankan tugas dan tidak mesra rakyat, seolah-olah ada niat tak baik ke atas Mohamad Sabu berikutan cara tangkapan yang dibuat iaitu dengan memecahkan cermin kereta dan juga kes terbaru kes Bersih 2.0.

"Kes itu saya dah hantar notis ke Bukit Aman dan akan fail ke mahkamah dakwa polis kerana memfitnah beliau," kata Hanipa yang juga AJK PAS Pusat.

Polis mendakwa, Mohamad menipu apabila mendakwa kenderaan polis melanggar beliau dalam perhimpunan Bersih 2.0

"Macam ada usaha nak kenakan dia je...walaupun dah beberapa kali bebas dan sebelum ini dia ditahan di bawah ISA," katanya.

Read more ...

Harga minyak dunia turun, apasal harga minyak Malaysia tak turun-turun

Harga minyak mentah antarabangsa menurun ke paras USD86 setong pada Jumaat, mencatat magnitud penurunan terbesar dalam seminggu sejak Mei 2011, berikutan kekhuatiran pelabur terhadap ekonomi dunia yang diperlahankan.

Meskipun harga minyak mentah antarabangsa memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011, namun harga minyak RON 97 Malaysia yang diapungkan mengikut pasaran antarabangsa hanya diturunkan 10 sen pada Jun, dan tiada lagi pengumuman dalam tempoh dua bulan selepas itu.

Harga minyak RON97 telah meningkat sebanyak 85 sen dari Julai 2010 hingga Mei 2011. Penurunan pada 15 Jun 2011 membawa harga RON 97 ke paras RM2.80. Harga RON97 pernah mencatat paras RM2.90/liter pada Mei 2011. Dengan kata lain, RON 97 mencatatkan pertambahan sebanyak 75 sen dengan harga kini, jika dibandingkan dengan harga pada Julai 2010.

Harga minyak mentah mula memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011 sehingga kini, setelah mencatat paras USD120 setong pada April tahun ini.

Menurut laporan Reuters hari ini, harga minyak mentah Brent Crude telah menurun kira-kira 9% dalam minggu ini, sementara harga minyak U.S Crude pula menurun 10% dalam minggu ini. Ini kerana kebimbangan yang menyelubungi pasaran, bahawa US akan terperangkap dalam kemelesetan ekonomi, yang bakal menggugat keperluan petroleum. Selain itu, krisis hutang di Eropah juga menggugat harga minyak mentah.

Harga minyak U.S Crude menurun 6% pada Khamis, mencipta magnitud penurunan harian yang terbesar sejak 5 Mei 2011. Pada Jumaat ini, harganya menurun USD1.40 sehingga USD 85.23 setong, mencatat paras terrendah sejak 17 Februari 2011. Harga minyak Brent Crude pula menurun secara mendadak dengan USD6 pada Khamis, dan kini mengekalkan harga pada USD 107.25 setong pada Jumaat.

Barclays Capital yang paling optimis dengan perkembangan harga minyak mentah pada tahun ini, mengakui bahawa keperluan dunia dijangka akan diperlahankan. Bank pelaburan itu menganggar, keperluan petroleum dunia bakal bertambah 1.1 juta tong, mencatat 88.68 juta tong pada tahun ini.

Ia memperlihatkan perubahan sikap bank pelaburan ini. Sebelum ini, bank pelaburan ini menjangka pertambahan keperluan 1.56 juta tong minyak, malah pernah menjangkakan pertambahan 1.7 juta tong, dua bulan yang lalu.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, terjemah dan disunting dari teks asal.

Read more ...

TERKINI!! Amerika Syarikat bakal muflis, apa tindakan Malaysia??


Sheikh Imran Hosien pernah berkata:

"15 tahun lalu, saya pernah berkata bahawa Dolar Amerika akan jatuh. Semua orang mentertawakan saya. Tapi kini mereka tidak ketawa lagi."


Dengan hutangnya bernilai AS$14.3 trilion (RM43.3 trilion) iaitu sekitar seperlima keluaran kasar ekonomi dunia, memang Amerika berada di ambang kemuflisan.


Namun asas-asas ekonominya, terutama kehadiran firma gergasinya seperti Apples, Microsoft dan sebagainya masih kukuh. Amerika masih menguasai pacuan teknologi dunia.


Namun kini berlaku kebuntuan dalam menaikkan siling atau paras hutang yang dapat diterima oleh Kongres dan pihak Presiden Barack Obama. Kongres, terutama Dewan Perwakilan, dikuasai Parti Republikan yang sedapat mungkin cuba mengatasi ikhtiar Obama.


Anehnya, telah tercatat dalam sejarah bahawa kemelesetan dunia yang berpunca dari Wall Street New York merupakan padah daripada kesilapan pendahulunya, pentadbiran George W Bush Jr.


Namun Republikan seakan-akan menafikan kenyataan ini dan cuba menimbulkan kesulitan yang lebih besar.


Program pemulihan ekonomi dan rombakan sistem jagaan kesihatan Obama terus terhalang di peringkat Kongres.


Akibatnya jumlah pekerjaan tidak dapat dipacu sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.


Suasana berpihak menurut parti telah dikenal pasti sebagai kelemahan besar Amerika sebagai adikuasa dunia.


Namun proses ini sukar dirombak dan amat memerlukan kecekapan pentadbiran Obama untuk memujuk dan mendesak semua pihak agar menerima persetujuan bagi masa depan Amerika yang kedudukan ekonominya jauh lebih lemah berbanding China.


Namun China, ekonomi kedua terbesar dunia, masih belum dapat menggantikan peranan Amerika. Bahkan suasana ekonomi dunai turut terancam oleh keadaan muflis negara-negara Eropah dan suasana kesan tribencana raksasa di Jepun.


Oleh itu, Amerika perlu menunjukkan azam waja dan kearifan dalam membetulkan masalah rumah tangganya.


Jumlah hutang Amerika Syarikat (AS) dijangka akan mencapai hadnya sebanyak US$14.3 Trilion (RM43.3 Trilion) dalam waktu terdekat.

Dolar Amerika mungkin tidak wujud lagi selepas tarikh 1 September 2011.

Amerika hanya mempunyai beberapa hari atau minggu sebelum negara itu kehabisan wang tunai untuk membayar semua bil perbelanjaannya.


Mereka yang tidak sependapat dengan Presiden AS, Barack Obama telah membantah peningkatan had hutang kerana bimbang terpaksa mengurangkan perbelanjaan.


Anggaran jumlah penduduk AS sekarang ialah lebih 310juta orang.


Sekiranya Hutang AS sekarang ialah USD 14.3 Trilion.


Jadi, diibaratkan setiap penduduk negara itu berkongsi hutang sebanyak USD 46Ribu (RM139 Ribu).


Masih ingatkah lagi kita kepada Krisis Kewangan Amerika Syarikat 2008?


Krisis Kewangan Amerika Syarikat 2008 merujuk kepada keruntuhan ekonomi, perdagangan, gadai janji subprima perumahan di Amerika Syarikat yang semakin parah sejak 2007 dan berlarutan pada tahun 2008.


Bursa saham di seluruh dunia menjunam pada September 2008 apabila beberapa syarikat gergasi di Amerika Syarikat terjerumus ke dalam masalah kewangan akibat krisis kredit perumahan.


Bursa Saham Wall Street terus jatuh sehingga menyebabkan AS berdepan dengan kemelesetan ekonomi.


Pada 25 September 2008, Presiden Amerika Syarikat, George W Bush memberi amaran bahawa banyak syarikat akan gulung tikar (bankrap), ramai pekerja akan menganggur.


Kerajaan Amerika Syarikat terpaksa menggunakan wang cukai rakyat untuk menyelamatkan beberapa syarikat (bailout) agar tidak menjadi muflis.


Kongres Amerika Syarikat setuju menyuntik dana 700 bilion untuk bailout tetapi masih tidak cukup dan paras terendah belum dicapai dan mungkin terus menjunam lagi. - Sumber Wikipedia.


Kita dapat lihat bagaimana Krisis Kewangan AS 2008 yang akhirnya sedikit sebanyak menjejaskan ekonomi seluruh dunia.


Tetapi bagaimana pula dengan hutang AS yang semakin mencapai 'limit' sekarang?


Apakah yang akan berlaku sekiranya AS muflis?


Mungkinkah sistem wang kertas akan jatuh selepas ini untuk memberi laluan kepada Kerajaan dan Sistem Wang Digital yang berpusat di Israel?


Bagaimana pula dengan kebangkitan sistem matawang Dinar dan Dirham di Timur?


Apa kaitannya?


APA TINDAKAN MALAYSIA YANG SEPATUTNYA?


1) Oleh kerana matawang Amerika makin lemah, jangan sandarkan nilai komoditi yang kita eskport dalam matawang tersebut lagi. Sebaiknya gunakan matawang Euro yang lebih fleksibel atau gunakan sistem barter (tukar barang).


2) Kesemua bon-bon terbitan Amerika yang dibeli Malaysia terutamanya zaman Mahathir kini tidak boleh ditebus kerana mereka sendiri pun tiada wang untuk membayar. Cuba dapatkan pembeli bon-bon dari pengurus dana yang mahu membeli dengan syarat tukaran haruslah dalam matawang lebih kukuh atau emas.


3) Kadar faedah mesti dikekalkan seberapa lama yang boleh. Ini bagi mengelakkan berlaku spekulasi terhadap fleksibiliti dan daya tahan ekonomi Malaysia.


4) Hentikan membeli matawang lain, sebaliknya terus mencari dan menyimpan rizab emas yang lebih stabil harganya. Kini harga emas sangat tinggi, USD1400 segram! Kekuatan ringgit kini terletak kepada berapa banyak rizab emas yang kita ada.


APA YANG RAKYAT MALAYSIA PERLU LAKUKAN?


1) Simpan wang di pejabat pos atau saham amanah. Jangan simpan lagi di bank atau institusi kewangan, sekiranya berlaku isyarat Amerika diisytihar muflis.


2) Beli emas dan perak seberapa banyak dan simpan. Keluarkan semua simpanan emas dan perak di bank dan jangan gadai atau cagar semula. Simpan dan cuma gadai apabila perlu sahaja.


3) Elakkan berbelanja menggunakan kad kredit. Bank akan mengenakan syarat lebih ketat dan tidak masuk akal bila bila masa tanpa notis yang bakal menjerat kita ke kancah muflis pula.


4) Jimatkan segala perbelanjaan dan potong mana yang tidak perlu. Simpan lebihan gaji dan laburkan di simpanan emas atau sukuk.
JP

Read more ...

Skandal "Mismah-Gate": Tiada siapa lagi percaya SPR


Penjelasan oleh Jabatan Pendaftaran Negara berhubung status kewarganegaraan seorang bakal pengundi yang dilaporkan sebelum ini tidak menyentuh mengenai kebimbangan orang ramai, kata pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Oleh sebab itu, beliau menyokong seruan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk mengadakan sidang tergempar parlimen pada bulan ini bagi mendapatkan penjelasan kepada persoalan yang ditimbulkan berhubung skandal berkenaan.


"Kita belum lagi mendapat jawapan bermakna... Perlu ada kebertanggungjawaban dalam isu ini," kata Ambiga dalam satu wawancara dengan Malaysiakini semalam.


Katanya lagi, jawapan yang diberikan kepada BERSIH 2.0 setakat ini sangat tidak boleh diterima.


Ketua pengarah JPN, Jariah Mohd Said dalam penjelasannya sebelum ini berkata, nama Mismah yang ditemui dalam draf daftar pemilih terbaru itu diberikan taraf penduduk tetap pada 17 Julai, 1982 dan kemudiannya diberikan taraf kerakyatan pada 31 Januari 2011.


Bagaimanapun, kenyataan itu tidak dapat menjelaskan bagaimana sistem pengesahan JPN mengkategorikan Mismah sebagai penduduk tetap pada pagi Selasa, tetapi status tersebut ditukar kepada taraf kerakyatan hanya empat jam selepas laporan Malaysiakini disiarkan.


Jariah juga tidak menjelaskan dakwaan yang dikemukakan oleh PAS bahawa terdapat sebanyak 1,587 kes seperti itu yang dikesan di seluruh negara.


Mengulas lanjut, Ambiga berkata BERSIH 2.0 turut menerima aduan sama tetapi ia tidak dibuktikan sebelum Malaysiakini membuat pendedahan berkenaan.JP

Read more ...

TERKINI!! Exco Kedah terima peluru dan surat ugutan



Seorang anggota Exco Kerajaan Kedah, Lim Soo Nee menerima kejutan terbesar dalam kerjaya sebagai ahli politik pagi tadi apabila menerima sehelai sampul surat berisi sebutir peluru dipercayai M-16 dan surat berbau ugutan.

Lim yang juga ADUN Kulim dari PKR menerima barang berkenaan ketika menaiki tangga dan terjumpa di atas tangga jam 9.45 pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Kulim, Supretendan Ghuzlan Salleh mengesahkan kejadian tersebut.


Antara kandungan surat ugutan tersebut yang ditulis dalam Bahasa Melayu menyebut rasa tidak puas hati terhadap penganugerahan darjah kebesaran negeri Kedah kepada dua pembantu Lim sempena istiadat pengurniaan darjah kebesaran oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.


LAGI LAPORAN LANJUT MENYUSUL


JALAN PULANG


Kedah state exco member Lim Soo Nee got a shock after receiving an envelope containing an M16 rifle bullet and a threatening letter this morning.

Read more ...

Mat Zal cerita detik ditumbuk,diterajang, dipukul polis sehingga berdarah kepala semasa Himpunan Bersih 2.0

KEGANASAN polis terhadap beliau dapat disaksikan pada banyak gambar dan video BERSIH 2.0. Muhamad Zal Ismail, 38 tahun yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Cawangan Kampung Pantai Cicar, Kawasan Merbok, Kedah menceritakan semula detik keganasan polis ke atasnya.

Menurut Muhamad Zal, semasa Himpunan Aman BERSIH 2.0 itu, beliau berada di Maybank Pudu Raya. Setelah pihak polis menggempur peserta Bersih, beliau turut berundur ke Jalan Pudu. Di situ, beliau telah berada di sebalik palang menyaksikan polis memprovokasi peserta dan menunggu sahabat-sahabatnya yang lain.


Bagaimanapun katanya, polis datang kepada beliau dalam jumlah yang ramai. Beliau ditarik dari sebalik palang lalu jatuh dan ketika itu walaupun tanpa melawan, Muhamad Zal telah ditumbuk terajang. Katanya, sehingga hari ini masih berbekas kesan tapak kasut anggota polis yang menendangnya.



Kepalanya juga dipukul hingga berdarah, tetapi beliau tidak menyedari pendarahan itu melainkan rasa sakit. Beliau tidak pasti alat digunakan tetapi beberapa saksi yang melihat menyatakan bahawa dia dipukul menggunakan sejenis alat besi dipanggil “buku lima.” Pihak polis ujar beliau, menyiram kepalanya dengan air mungkin untuk mengurangkan kesan darah.

Di dalam banyak gambar dan video yang diperolehi, kelihatan seorang anggota dengan vest kuning polis menutupi kepalanya dengan topi. Pun begitu ujar Muhamad Zal, topi tersebut bukan miliknya, tetapi berkemungkinan polis cuba melindungi kesan luka berdarah di kepalanya dengan topi tersebut.

Beliau kemudian dibawa ke trak polis yang berjarak lebih 100 meter dan di sepanjang jalan itu beliau disepak terajang serta dimaki hamun polis sebagai pengkhianat negara. Beliau ditahan di Pulapol dan dibebaskan sekitar jam 8 malam.

Warta Utara

Read more ...

NAJIB SILAP !!! Pengusiran Peguam William Bourdon jadi berita PANAS di Perancis

http://media1-cdn.malaysiakini.com/386/8eda83ada3783c3293a7105d6b60feed.gifSuara Rakyat Malaysia (SUARAM) dalam satu kenyataan sebentar tadi menyatakan bahawa pengusiran peguam Perancis yang terkenal, William Bourdon dari Malaysia merupakan satu rahmat buat kes skandal kapal selam Scorpene yang mengaitkan nama Najib Altantuya.

Menurut pengarahnya, Cyntiha Gabriel, Bourdon dikerumuni puluhan wartawan negaranya sebaik tiba di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris yang ingin mengetahui kisahnya diusir pihak berkuasa Malaysia.

Bourdon yang diupah SUARAM bagi menyiasat kes tersebut, diusir selepas mengadakan sesi penerangan di Sunshine Square, Pulau Pinang, bulan lalu.

Menurut SUARAM lagi, Bourdon adalah seorang peguam yang amat dihormati lagi disegani di Perancis kerana keupayaannya menyelesaikan beberapa kes besar, dan pengusirannya amat mengejutkan dan secara tidak langsung menarik minat rakyat negara itu yang sebelum ini tidak langsung mengetahui kes Scorpene dan Malaysia, terutamanya nama Najib Altantuya.

Tambah Cynthia lagi, selepas pengusiran Bourdon, pihaknya meneruskan sesi penerangan dan sasaran kutipan dana untuk tabung Scorpene melebihi jangkaan dua kali ganda, terima kasih kepada Hishamuddin Hussein dan Najib Altantuya yang mensensasikan hal ini sama ada di Malaysia mahupun Perancis.

Bourdon dijangka akan menamatkan penyiasatan skandal yang menggemparkan dunia dan mencabar integriti presiden negara itu, Nicolas Sarkozy dan Eropah amnya.

Kes berkenaan dijangka akan mula dibicarakan di Mahkamah Awam Paris, awal bulan depan.

JALAN PULANG



The deportation of French human rights lawyer, William Bourdon, has turned out to be instrumental in drumming up interest over the Scorpene case both in Malaysia and France.


Bourdon, who is hired by Suaram to investigate the case, was deported to Paris after he spoke at an Ops Scorpene fundraising dinner in Penang last month.


According to Suaram, word of his deportation had reached Paris and Bourdon was swarmed by the French media at the Charles de Gaulle airport.

The soaring media interest was also based on the fact that Suaram is the first foreign NGO to file a case in the French court.

“Bourdon is a high-profile lawyer in France but the French were unaware of his involvement in the Scorpene case,” Suaram director, Cynthia Gabriel, told a media conference this morning.

“His deportation has spurred immense public and media interest over there, even more than we could have ever imagined. So I we have the Najib administration to thank for this!”

Back in Malaysia, Suaram’s subsequent fundraising dinner in Petaling Jaya and public forum in Ipoh saw a bigger turnout than expected.


Tables were snapped up on the night of the PJ fundraising dinner itself while the anticipated crowd of 200 ballooned to 500 in Ipoh.


“The deportation provoked people to question what skeletons lay in the government’s closet,” Gabriel said. “It was a major mistake by the government because the campaign now no longer belongs to Suaram but to the Malaysian people who want to see the truth surface.”


Suaram secretariat member, Teh Yee Keong, added that a group of former army personnel had attended the forum in Ipoh and shared their observations on military spending.


Mounting challenge


The three Ops Scorpene fundraisers have added RM250,000 into Suaram’s coffers – more than double the targeted amount – but Gabriel said that the sum was far from adaquate in covering the legal fees.


While Bourdon’s professional services are being offered pro bono, his expenses and other legal processes in France are being borne by Suaram.

“Our lawyers have informed us that as a first step the instruction judge requires documentation to be translated into French which will cost an exorbitant 20,000 euro (RM84,920),” Gabriel explained.
“The legal cost is a mounting challenge as we don’t know what the end figure will be. But we don’t want to look at external sources, we want it to be purely funded by Malaysians.”

“We are profoundly humbled by the generous donations so far and we hope that Malaysians will continue supporting this cause because Suaram can’t do this alone.”


The Selangor and Penang governments have also individually pledged RM20,000 to the Scorpene case.


Meanwhile, Teh also said that two more fundraising dinners are expected to be held within the coming months in London and Kuching.


“Both dinners are being organised by individuals and not Suaram,” he clarified. “Bourdon will be speaking in London and will address the Kuching crowd via teleconference. But we don’t have any further details of the events yet.”


Right now Suaram is keeping its fingers crossed that the case will proceed in the French open court as scheduled in September.


“The public prosecutor isn’t keen on having the case heard in the open court, but Bourdon is pushing for this because the judges in France are highly independent,” Gabriel said.


“At the prosecution level there is still a possibility of the prosecutor being influenced as the case is linked to a number of top French politicians as well as the former and current French presidents.”


Asked when Bourdon and Suaram are expected to meet next, Gabriel said that she hoped it would be in September as the instruction judge is meant to be selected then.


“Once the case is open all the beneficiaries of the commissions farmed out in the Scorpene deal will be made public,” she said. “All the documents will be made accessible to Suaram and the truth will finally be unlocked then."
JP

Read more ...

PANAS!! Ada 200,000 warga Indonesia didaftarkan sebagai pengundi untuk menangkan BN



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seramai 200,000 warga Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pembangkang itu berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif bersama sidang editorial The Phillipine Star, dalam rangka lawatannya selama tiga hari ke Filipina.


Selain Warga Indonesia, katanya, rakyat Filipina di Sabah juga dibenarkan untuk mendaftar bagi membolehkan mereka mengundi parti pemerintah itu.


“Media Malaysia dan kerajaan mungkin telah melabel saya sebagai satu ancaman kepada negara dan menuduh saya menjadi satu gadaian untuk Zionis dan Amerika Syarikat, tetapi saya percaya orang ramai tidak boleh dipermainkan,” kata Anwar.


Anwar berkata, demokrasi di Malaysia semakin merosot berikutan sistem pilihan raya yang semakin kotor.


Ia termasuk kontroversi terbaru membabitkan isu Penduduk Tetap (PR) yang mendapat kewarganegaraan untuk mengundi dalam pilihan raya.


“Demokrasi kami semakin merosot. Pilihanraya tidak bebas dan media dikongkong,” kata Anwar.



Sementara itu, Anwar turut menjangkakan beliau akan dihukum dalam kes fitnah yang dihadapinya sebelum Pilihan Raya Umum ke 13, untuk menafikan haknya bertanding.

“Mereka (Umno-BN) akan menghukum saya sebelum pilihanraya untuk menafikan hak saya untuk bertanding,” ujar Anwar.


Ketua Umum KEADILAN itu tiba di Manila semalam dan turut diundang untuk menyampaikan syarahan di Universiti Filipina di Diliman, Quezon City.


Beliau turut diiringi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Khalid Jaafar.JP

Read more ...

Bersih 2.0 : SUHAKAM akan soal siasat polis



KUALA LUMPUR 5 OGOS : Panel Inkuiri Awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) akan menemubual anggota polis yang terlibat dalam himpunan aman Bersih 2.0 yang berlangsung pada 9 Julai lalu.

Pesuruhjaya SUHAKAM, James Nayagam mendedahkan hal ini ketika menerima penyerahan aduan mengenai tindakaan Polis pada himpunan tersebut dan berjanji bahawa panel ini akan bertindak tanpa berpihak dan adil.

"Panel inkuiri kita akan melihat untuk menemubual semua polis yang bertugas ketika hari itu.

"Panel kita bebas dan kita akan siasat segenap aspek dalam hal ini," kata beliau ketika menerima testimoni dan keterangan mengenai keganasan polis hari ini.

Panel Inkuiri Awam Suhakam ini dianggotai Naib Pengerusi, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan akan dibantu Professor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan peguam Detta Samen.

Mereka dijangka akan memulakan temubual itu selepas Ramadhan ini.

Wakil Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini menyampaikan 17 video, 15 testimoni dari orang ramai serta 17 lagi testimoni spesifik mengenai kejadian di Hospital Tung Shin.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menyatakan keperluan untuk Suhakan menyiasat tindakan polis bukan sahaja pada hari tersebut, tetapi sebelum dan selepas himpunan itu.

"Sekurang-kurangnya lima Kementerian mengutuk dan menuduh bahawa Bersih menyebabkan keganasan dan sebagainya.

"Media arus Perdana turut memainkan cerita bahawa kami merupakan organissi yang ditaja oleh Kristian, Yahudi dab sebagainya," kata Maria.

Beliau turut memberi contoh mengenai acara berkaitan Bersih 2.0 seperti 'road show' dan termasuk penahanan ahli PSM berkaitan Bersih serta pengharaman 91 individu dari ke pusat bandar pada 9 Julai sebagai usaha dan tindakan berlebihan.

Selain Maria, mereka yang turut hadir ialah Pengerusi Tenaganita Irene Fernandez, wakil Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri selain Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

Tian Chua menceritakan kisah mengenai tembakan polis ke arah terowong di KL Sentral yang mengakibatkan kecederaan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Khalid Samad.

Pengawal Peribadi Anwar Fayadh Afique Albaqri turut mendapat kecederaan parah kerana melindungi Ketua Pembangkang itu dari kanister gas pemedih mata yang didakwa dihalakan tepat kepada peserta himpunan oleh polis.

Peguam Fayadh, Fadiah menyatakan tindakan menembak kanister terus ke arah orang ramai boleh menyebabkan kecederaan dan kematian.

"Beliau (Fayyadh) lihat polis mengacukan senjata ke arah Anwar, lalu Fayadh menarik Anwar ke tepi..tulang pipi beliau pecah dan rahangnya senget.

"Polis yang menebual doktor yang merawat Fayadh turut terkejut dengan kecederaan yang dialamai beliau," terang Fadiah sambil menambah kanister Fayyadh masih berehat memulihkan kecederaannya.

Seorang lagi demonstran, Brian Yap pula menceritakan mengenai peristiwa beliau ditangkap dengan ganas oleh Polis di perkarangan Hospital Tung Shin.

Read more ...

RCI perlu untuk siasat salahguna kuasa JPN



SHAH ALAM 5 OGOS : Semakin banyak pembongkaran salah laku data daftar pengundi dikesan muktahir ini terutamanya yang melibatkan warganegara asing menjelang pilihan raya yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Dakwaan pemberian status kewarganegaraan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu kini mencuri tempat selepas gabungan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat menggerakkan jentera mengumpul segala bukti bagi mengukuhkan dakwaan tersebut.

Sehubungan itu, Pas Selangor hari ini mencadangkan agar Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salahgunakuasa oleh JPN yang dianggap menguggat kedaulatan negara.

"Saya yakin selepas insiden ini rakyat merasa sangat keliru dan bimbang dimana keselamatan pengeluaran kad pengenalan kita," kata Setiausaha Pas selangor Mohd Khairuddin Othman pada sidang media tadi.

Menurut Mohd Khairudin, pihaknya telah mengadakan sebanyak 1,860 bantahan terhadap Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku ke 2 tahun 2011 yang tamat pada 2 Julai lalu.

Antara perkara yang disuarakan termasuk SPR sengaja tidak menyertakan alamat lengkap pengundi selain dakwaan terdapat pihak tertentu yang membawa masuk pengundi-pengundi yang tidak berkelayakan ke negeri Selangor.

Ini termasuk dakwaan bahawa SPR gagal memasukkan seramai 240 nama pengundi Cina yang telah didafarkan sebagai individu layak memilih.

"Melebihi 240 nama yang kita daftarkan tapi tidak keluar dalam rang daftar pemilih untuk suku kedua," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairudin berkata pihaknya baru-baru ini berjaya mengesan kelibat mengedar kad pengenalan biru kepada warga Indonesia dan Kemboja di DUN Paya Jaras.

Dalam dua kejadian yang berasingan itu Khairuddin berkata, seorang individu tempatan dipercayai menjadi agen pengedaran kad pengenalan dan borang permohonan warganegara kepada yang lain.

Kata beliau, setelah kad pengenalan biru tersebut dimasukkan ke dalam pengimbas cip, nama yang tertera adalah betul namun perkara yang mengejutkan apabila pihaknya menyemak dilaman web JPN, kesemua nama tersebut berstatus Penduduk Tetap (Merah).

"Yang peliknya apabila kita ambil kad pengenalan ini dan dimasukkan dalam pembaca kad, ianya dapat dibaca. Tapi bila kita semak dalam laman web JPN, kad pengenalan merah," kata beliau.

Pas sebelum ini telah menyenaraikan 610 nama yang dikesan memiliki kad pengenalan berwarna merah di dalam senarai layak mengundi SPR.

Berdasarkan pecahan, DUN Semenyeh mendahului dengan 261 pengundi diikuti DUN Paya Jaras 225 pengundi, DUN Kajang 140 pengundi dan DUN Dusun Tua 49 pengundi.

Kejadian pada 2 Julai lalu turut disentuh Mohd Khairuddin apabila berjaya mengesan rekod kerakyatan Penduduk Tetap bagi 610 orang warganegara asing bertukar kepada warganegara dalam masa 24 jam setelah Pas mendedahkan perkara tersebut kepada media.

Walhal menurutnya, proses menukar status kad pengenalan memerlukan kehadiran secara fizikal individu tersebut untuk diimbas menerusi sistem biometrik.

"Tan Sri SPR menyebut bahawa JPN tidak kemaskini data. Kalau data tidak dikemaskini, kenapa nama-nama ini boleh ada dalam Rang Daftar Pemilih yang disebut telah disaring dan diproses?" ujar beliau.

Justeru, Pas menyatakan kebimbangan berdasarkan jumlah individu layak mengundi yang memegang kad pengenalan merah kian bertambah saban hari akibat tindakan meragukan oleh JPN dan SPR.

Oleh yang demikian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein digesa untuk tampil memberi penjelasan kerana ianya melibatkan isu keselamatan negara yang semakin membimbangkan.

Sejurus sidang media itu tadi, Pas membuat laporan polis terhadap JPN untuk menyiasat dalam disebalik konsporasi yang dipercayai menjaga kepentingan kerajaan.

Read more ...

Video ini buat polis marah kepada pemandu teksi


VIDEO ini tidak akan sekali-kali pernah keluar di mana-mana media pengampu United Malays No Otak, Umno. Gerombolan songkok tinggi mahu rakyat fikir perhimpunan aman BERSIH 2.0 telah merugikan peniaga, pemandu teksi, dan orang ramai di Kuala Lumpur.

Tanya kambing, kambing pun tahu bahawa kerugian yang ditanggung oleh mereka yang terlibat adalah disebabkan oleh tindakan Polis menutup jalan-jalan masuk ke Kuala Lumpur.

Saksikan sendiri rakaman pengakuan Pengerusi Pemandu Nadi Negara yang menjelaskan bahawa pemandu teksi mengalami kerugian pada 9 Julai 2011 yang lalu akibat sekatan pihak Polis.

Propaganda murahan digunakan untuk menyekat jalan-jalan masuk ke Kuala Lumpur. Propaganda bom petrol botol plastik dan parang digunakan, kemudian tutup cerita bom petrol, tutup cerita parang. Siapa punya parang, siapa punya bom petrol dah tak perlu siasat sebab alamat barang-barang ini dijumpai pun tak wujud kah kah kah

ReJaM© "Berita parang dan bom petrol bagaikan tak pernah muncul..."

Read more ...

DHPP Parit Buntar lancar pejabat baru

PARIT BUNTAR , 5 Ogos : Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Parit Buntar mencatatkan satu lagi sejarah apabila melancarkan pejabat baru yang terletak di Pekan Baru di sini,kelmarin bagi melambangkan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pengundi bukan Islam.

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Pas Parit Buntar, Ahmad Azhar Sharin berkata, pelancaran pejabat baru di sini merupakan satu petunjuk bahawa pengundi bukan Islam kini semakin ramai yang menyokong Pas.

Menurutnya, kira-kira 200 ahli dan penyokong DHPP hadir dalam majlis makan malam yang dirasmikan oleh Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Pas Malaysia yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa.

“Kehadiran ahli termasuk pembukaan pejabat baru bagi DHPP Parit Buntar di sini menunjukkan sokongan terhadap Pas semakin meningkat dari sehari ke sehari dan membuktikan perpaduan yang kukuh di kalangan pelbagai kaum.

“Hadir sama meraikan dan memberikan ucapan adalah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin, Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Abu Bakar Husain, Pengerusi DHPP Perak, Beh Heng Khim dan Naib Pengerusi DHPP Perak, Richard Wong,” katanya.

Sementara itu, Mujahid dalam ucapannya berkata, beliau menyatakan pengundi Cina sudah mampu memberikan sokongan yang besar kepada Pas dan Pakatan Rakyat.

Katanya, sudah terbukti perkara ini dengan wujudnya kekuatan DHPP Parit Buntar yang semakin maju dan berkembang bagi memastikan kejayaan PR pada pilihan raya akan datang.

“Kita yakin dan percaya pengundi bukan Islam di Parit Buntar akan memberikan sokongan besar dan kuat dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

“Kita kini sudah mempunyai lebih 100 petugas dari kalangan kaum Tionghua dan ini merupakan satu kekuatan baru kepada Pas untuk menghadapi pilihanraya,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Mohd Nizar berkata, masyarakat diseru supaya membuat perubahan dengan menolak UMNO/BN kerana sudah tidak relevan dan banyak penyelewengan yang berlaku sepanjang pemerintahan mereka.

“Ini ditambah pula dengan penyelewengan seperti isu PKFZ, Felda dan banyak lagi termasuklah isu cincin bernilai jutaan ringgit milik isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor,”katanya.

Read more ...

238 penguatkuasa dan 178 pekerja awam MPPP terima elaun, jangan harap la kalau BN perintah



PULAU PINANG 5 OGOS : Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM748,800 setahun kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai elaun tambahan iaitu sebanyak RM150 seorang.

Peruntukkan itu juga akan diagihkan kepada 238 penguatkuasa dan 178 pekerja awam sebagai penghargaan jasa mereka meningkatkan status MPPP walaupun terpaksa terdedah dengan bahaya dan kotoran.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kenaikan elaun tersebut bertujuan membolehkan mereka bekerja dengan lebih tekun, rajin, penuh kesabaran, mengikut lunas undang-undang dan berintergriti.

Menurut Guan Eng, menyentuh mengenai integriti ia bukan tertakluk kepada menangani rasuah sahaja tetapi juga mesti menekan aspek kebijaksanaan, amanah, tanggungjawab, cemerlang dan mengutamakan nilai murni.

"Kerajaan negeri bersetuju menambah elaun kepada 238 orang penguatkuasa dan 178 pekerja awam di MPPP sebanyak RM150 seorang sebagai penghargaan yang tidak ternilai tahun ini. Ia melibatkan sejumlah wang RM748,800," katanya dipetik Harakahdaily ketika berucap di Majlis Penyampaian Cek Elaun Khas kepada anggota penguatkuasa dan pekerja awam 3D semalam.

Tambah Guan Eng, beliau berharap semangat kekitaan dan semangat berpasukan diterap dalam diri warga MPPP.

Katanya, sikap itu akan menjadi contoh kepada rakyat yang lain untuk lebih prihatin dan sekaligus dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang matang dan berdisiplin barulah boleh melahirkan negeri yang lebih bersih, hijau dan selamat.

Ujarnya lagi, ia juga membolehkan mereka lebih fokus kepada kerja keselamatan, penyelesaian aduan rakyat, penjagaan dan pemulihan alam sekitar serta urus tadbir bandar yang lebih berkesan.

Jelas Guan Eng, ia juga dibuat selaras dengan usaha menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri antarabangsa Plan Pengurusan Stratejik MPPP memberi penekanan kepada key result area (KRA) 3C dan 1R iaitu cleanliness, congestion, crime dan revenue seperti meningkatkan kebersihan, kecerian bandar, menerapkan amalan budaya menyelenggara kemudahan awam dengan baik, melaksanakan program bandar selamat, mencari jalan penyelesaian masalah pengurusan lalu lintas, memperkukuhkan kedudukan hasil majlis serta terakhir meningkatkan sistem penyampaian majlis supaya perkhidmatan yang disediakan adalah yang terbaik untuk rakyat.

"Sebagai warga MPPP mesti mempamerkan sikap yang baik sebagai contoh untuk rakyat lain melakukan kebaikan selari dengan usaha menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri bertaraf antarabangsa. Bila berjaya kelak semua orang rasa bangga," katanya.

Read more ...