Friday, April 20, 2012

SAKSI !!! Mengapa Zahid Hamid takut hadir mahkamah Perancis?

Sesudah sedap-sedap membalun harta rakyat melalui skandal komisen pembelian kapal selam Scorpene pada 2002 oleh Menteri Pertahanan ketika itu yang kini Perdana Menteri, Najib Altantuya, hari ini nampaknya Kerajaan Malaysia seolah-olah tidak berani berdepan dengan kebenaran yang cuba ditegakkan.

Walaupun tidak memberikan alasan kukuh, seperti biasa hanya menafikan penglibatan bosnya, Zahid Hamidi tidak akan hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung kes bayaran komisen tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam urusniaga berjumlah RM7.1 bilion itu.


Katanya, tiada sebab untuk beliau hadir kerana bukan menjadi saksi dan beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadiran ke sana, lapor Sin Chew.


"Mereka boleh buat perbicaraan, tetapi Kementerian Pertahanan tidak akan hantar wakil ke Perancis, tetapi saya percaya duta Malaysia di sana akan mengikuti kes ini," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Cina itu.


Ditanya tentang Najib Altantuya yang disenaraikan sebagai saksi, Zahid berkata, terpulang kepada Suaram jika mereka ingin menjadikan perundangan di Perancis untuk tujuan peribadi mereka.


NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima.


Anggota sekretariat Suaram Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan mereka, termasuk Najib Altantuya dan Zahid sendiri.


Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, Zahid juga mendakwa Suaram tidak bertindak untuk tujuan undang-undang tetapi mempunyai agenda politik untuk memburukkan kerajaan Malaysia.


"Kementerian sentiasa telus dan mengikuti undang-undang, kita sudah beri jawapan, tetapi mereka masih mencipta isu. Jika kita hendak memuaskan hari semua orang, takkan ada penghujungnya," katanya.


Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisen secara tidak sah bernilai RM540 juta kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia sepuluh tahun lalu.


Dengan atau tanpa Zahid sekalipun, yang pastinya peguam Najib Altantuya, Shafee Abdullah dipercayai sudah berada di Paris bagi memantau perjalanan kes bosnya, yang berkemungkinan akhirnya Najib Altantuya bakal disapina supaya hadir ke mahkamah bagi memberi keterangan, sekaligus merungkai misteri pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 2006.

JALAN PULANG

Read more ...

ZAHIDA RAFIK!!!Jangan ancam saja, silakan saman

Mengancam atau sebenarnya dah terancam?

Masakan RM1.5 juta wang yang "dilaburkan" Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal tak berbalas apa-apa.


Sedangkan semua orang tahu skandal ini melibatkan imej Shafie sendiri sebagai seorang menteri.


Saya ulang sekali lagi, bukan skandal antara kamu berdua yang menjadi persoalan, tetapi dari mana datangnya wang sebanyak itu bersama-sama dengan sebuah banglo dan tiga buah kereta?


Kalau nak saman, silakan.


Jangan ingat selamanya kamu menongkat langit!

JALAN PULANG

Bayaran RM1.5 juta: Artis ancam tindakan mahkamah


Pelakon wanita terkenal Zahida Rafik
mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduhnya menerima wang RM1.5 juta daripada menteri Umno yang didakwa mempunyai "hubungan intim" dengannya.

Menjawab soalan peminat di Twitter, Zahida menafikan dakwaan itu dan berkata peguamnya sedang meneliti kes itu.


"Saya tidak lakukan apa-apa berkenaan perkaran itu. Peguam saya sedang menyelesaikan perkara itu sekarang! Jadi biarkan mereka (lakukannya), OK!


"Tunggu saja berita baik,OK!" katanya dalam laman blog mikro itu.


PKR kelmarin mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang Zahida dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.


Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.


Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.


Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

Read more ...

SKANDAL SCORENE!!! Peguam Shafee Abdullah bakal didakwa??

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, tindakan boleh diambil terhadap peguam terkemuka Shafee Abdullah kerana didakwa melanggar etika peguam dan memberikan gambaran palsu kepada badan kehakiman.

Ia berhubung surat yang ditulis Shafee kepada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim besar Malaya untuk menangguhkan semua kesnya dari 1 April hingga 25 April, atas alasan dilantik kerajaan untuk melaksanakan 'satu tugasan sulit' di luar negara.


Namun pelantikan itu kemudian dinafikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.


"Itu merupakan satu pembohongan sebab Nazri Aziz ketika ditanya di dewan rakyat mengesahkan bahawa memang tidak ada pelantikan dibuat terhadap Shafee oleh kerajaan Malaysia.


"Ia merupakan salah laku peguam dan tindakan boleh diambil. Kerajaan Malaysia patut membuat aduan termasuk Majlis Peguam," ujar Sivarasa yang menyatakan laporan polis boleh dibuat terhadap Shafee.


Nazri sebelum ini berkata, kerajaan tidak boleh melantik peguam untuk mewakili isteri Perdana Menteri.


Keadilan difahamkan, Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor melantik Shafee atas kapasiti peribadi, bagi mewakili mereka dalam kes perbicaraan Scorpene di Perancis.


"Isu ini merupakan pengetahuan umum bahawa peguam Shafee Abdullah dilantik secara peribadi untuk menyelesaikan satu tugasan guaman di luar negara yang melibatkan perdana menteri dan isteri yang cuba dirahsiakan.


"Rakyat Malaysia perlu tahu dan kerajaan wajib menerangkan kepada rakyat. Ini kerana rakyat boleh buat kesimpulan ada sesuatu yang cuba diselindungi oleh PM dan isterinya," kata Sivarasa yang juga pengamal undang-undang.


Tegasnya, pelantikan Shafee untuk persediaan perundangan sensitif melibatkan empat bandaraya termasuk di Paris, bagi mewakili kerajaan Malaysia dalam tugas sulit itu, adalah satu pembohongan.


Beliau juga tidak menolak kemungkinan ia merupakan satu percubaan peguam itu untuk mempengaruhi hakim supaya semua kesnya ditangguhkan, bagi menyelesaikan 'misi sulitnya' di luar negara.


"Ungkapan yang penting ditulis dalam surat berkenaan ialah
tugasan itu mesti disiapkan sebelum pilihan raya.

"Namun Nazri membuat penafian mengenai pelantikan itu. Ini bermakna peguam bagi gambaran palsu kepada tiga hakim apabila surat memberi gambaran tidak benar bahawa Shafee dilantik oleh kerajaan Malaysia," katanya.

Read more ...

BANYAKNYA!!! Rumah Anwar Ibrahim di Amerika..


Sungguh aku tak sangka bahawa Anwar Ibrahim ini seorang yang kaya melampau rupanya.. ini berdasarkan gambar rumah di atas yang dikatakan milik Anwar Ibrahim di US.


Aku tak sangka Anwar itu begitu kaya kerana pernah dalam satu perjumpaan antara Blogger yang menyokong Pakatan Rakyat, Anwar hanya menyumbangkan RM50 sahaja buat beberapa orang blogger yang hadir itu.

Aku tak dapat pasal aku tak hadir, kawan aku yang sorang tu kata dia simpan lagi note RM50 tu sampai sekarang sebab dia tak tahu pasal apa Anwar bagi kat dia..


Jika dinilaikan harga rumah di atas dengan RM50 yang Anwar sumbangkan untuk Blogger PR itu ternyata Anwar Ibrahim adalah seorang yang kedekut bak kata orang ‘Taik Hidung Masin’.


Rumah Anwar Ibrahim?? Kah..kah..kah..


Sebenarnya kalau korang nak tahu gambar tersebut adalah dari posting Blogger utama Pro UMNO yang dipercayai ditulis ketika beliau sedang mabuk todi.


Gambar tersebut difitnah sebagai gambar rumah milik Anwar Ibrahim disebuah kawasan elit di Washington DC yang dikelilingi pelobi pelobi yahudi utama dalam pentadbiran Amerika.



Betulkah rumah Anwar Ibrahim tu??

Tengok ni... rupa-rupanya bukan satu saja rumah Anwar Ibrahim di US ni.. berlambak lagi.. tengok kat Google dibawah ni..


Kalau nak fitnahpun.. agak-agak la.. semuanya nak dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.. lepas ni siarlah pula gambar Kapal Layar, gambar Jet Peribadi, gambar kereta mewah dan apa sajalah.. kan pencacai UMNO itu mudah untuk diperbodohkan...
 
Sumber Gambar: Semut dan Papan Kekunci

Read more ...

BERSIDANG SAMPAI 3 PAGI!!! Untuk mudahkan SPR menipu

KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 berpendirian kelulusan beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya oleh Parlimen semalam semalam akan memberikan kesan besar terhadap ketelusan pilihan raya akan datang.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, empat pindaan itu diluluskan dengan sangat pantas.

Empat pindaan itu ialah menghapuskan barong (pondok panas) pada hari mengundi, kebenaran mengeluarkan sebarang risalah bercetak tanpa perlu menyatakan siapa pengeluarnya, ejen tempat mengundi atau ejen mengira bagi seseorang calon menjalankan tugas mereka tertakluk kepada waktu yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mereka tidak dibenarkan berada di barong untuk membantu pengundi menyemak nama mereka.

"Pindaan-pindaan kepada akta kesalahan pilihan raya 1954 telah diluluskan oleh Parlimen dengan kepantasan yang menakjubkan. Ia mengandungi pindaan-pindaan yang memberi kesan yang amat besar kepada ketelusan proses pilihan raya semasa hari mengundi nanti," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor hari ini.
Ambiga berkata, kebenaran risalah seperti kain rentang dan poster tanpa nama itu bertentangan dengan tuntutan Bersih  yang mahu politik kotor dihentikan.

"Pengguguran seksyen 11 (C) iaitu kebenaran poster tanpa nama menggalakkan lagi politik kotor kerana semua pihak berani mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kerana tidak perlu menyatakan dari parti mana poster itu," katanya yang juga Pengerusi Majlis Peguam.

Ambiga turut mempersoal larangan mewujudkan barong dan larangan ejen tempat mengundi berada di barong kerana ia boleh menyebabkan penipuan dalam pilihan raya.

"Jika tiada ejen tempat mengundi, siapa yang akan periksa dakwat kekal? boleh berlaku penipuan kerana ejen tidak dapat melihat siapa yang sudah dicalit dakwat dan siap yang belum.

"Mereka luluskan tuntutan penggunaan dakwat kekal tapi pengawasannya kurang," katanya.

Justeru beliau berkata, Bersih 3.0 adalah sangat perlu kerana masih berlaku perkara-perkara yang meragukan mengenai proses pilihan raya.

"Ini membuktikan bahawa Bersih 3.0 adalah penting dan amat diperlukan. Ini menunjukkan bahawa kami adalah benar dalam menyatakan bahawa pilihan raya yang akan datang akan menjadi pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah negara kita," katanya.

Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 selepas dibahaskan selama lebih tujuh jam.

Read more ...