Tuesday, November 16, 2010

Hidup mewah konon berkorban untuk rakyat

chegubard























PETALING JAYA, 17 Nov. :
"Wajarkah bagi mana-mana individu mendakwa dirinya berkorban untuk agama, negara dan rakyat padahal pada masa yang sama hidup mewah dan membina kekayaan untuk dirinya sendiri?"


Demikian soal calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin yang juga dikenali sebagai Chegu Bard ketika bercakap tentang pengorbanan sempena Hari Raya Korban yang disambut oleh umat Islam negara ini hari ini.

Beliau mengingatkan semua pihak agar tidak hanya mempertikaikan pengorbanan pihak lain tetapi harus juga memikirkan adakah diri sendiri pernah berkorban untuk pihak lain.

"Kerajaan meminta rakyatnya berkorban untuknya tetapi apa pula pengorbanan kerajaan untuk rakyat negara ini?

"Apabila negara ini dikatakan bakal muflis oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala tidak berapa lama dahulu, rakyat diminta berkorban untuk negara.

Gaya hidup mewah


"Tetapi apa pula pengorbanan mereka ini untuk rakyat dan negara, dengan gaya hidup yang mewah mereka tanpa sedikit pun merasa bimbang akan nasib negara dan rakyat.

"Saya percaya rakyat negara ini tidak merasa ragu untuk berkorban untuk negaranya, asalkan kena pada caranya dan pemimpin sendiri harus menunjukkan contoh teladan yang baik" kata Chegu Bard.

Beliau turut mengingatkan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) khususnya anak-anak muda agar jangan hanya pandai bercakap tentang pengorbanan yang kononnya pernah dilakukan untuk parti.

"Kadang-kadang ada yang mendakwa telah berkorban itu dan ini untuk parti. Hakikatnya yang mendakwa berkorban ini ada yang membina kekayaan melalui jawatan politik yang disandangnya.

"Jadi dalam situasi ini, siapa yang berkorban sebenarnya? Parti atau orang-orang seperti ini? Tentulah imej parti yang akhirnya terkorban apabila dipandang serong oleh masyarakat nanti," ujar beliau.

Pengorbanan sebenar


Disamping itu beliau menyanjung tinggi pengorbanan sebenar yang pernah dilakukan oleh anggota parti itu dari pelbagai peringkat untuk meletakkan parti berada di kedudukannya sekarang.

"Saya amat menyanjung tinggi pengorbanan ahli parti semua peringkat yang berkorban untuk perjuangan keadilan ini lebih-lebih lagi di akar umbi sehinggakan ada yang terpaksa bergolok bergadai untuk meneruskan perjuangan parti.

"Jadi amat wajar pemimpin yang berada di atas untuk merenung pengorbanan mereka di bawah yang tidak punya apa-apa kepentingan diri.

Apabila ditanya pengorbanan yang pernah dilakukan untuk perjuangan parti, Chegu Bard menjawab, "Di mana keikhlasan jika bertujuan untuk mendapatkan publisiti atas pengorbanan yang telah dilakukan?

"Biarlah beberapa teman rapat yang mengetahui kesulitan, pengorbanan yang pernah saya lalui dalam perjuangan untuk menegakkan keadilan ini. Selain itu, Tuhan saja yang tahu," ujarnya.

Di samping itu, beliau turut mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di negara ini.

Read more ...

142 lokasi wi-fi percuma di Selangor


















SHAH ALAM, 17 Nov. : Sebanyak 142 lokasi dikenal pasti lagi untuk Kerajaan Negeri memperluaskan kemudahan wi-fi di seluruh Negeri Selangor dalam usaha merakyatkan informasi dan akses kepada maklumat serta melahirkan rakyat yang celik IT.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar yang mewakili Exco Kebajikan,Hal Ehwal Wanita,Sains Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail hari ini memberitahu,projek ini dirancang akan bermula pada tahun 2011 dan dijangka selesai pada 2015.


“Ianya akan dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut pecahan kawasan Pihak Berkuasa tempatan (PBT)” jelasnya pada Sidang Dewan Undangan Negeri pagi tadi.

Terdahulu menyaksikan 8 buah lokasi terpilih untuk mendapat kemudahan wi-fi percuma dari kerajaan bawah pimpinan pakatan rakyat ini yang hanya membabitkan kos minimum meliputi semua tempat terpilih sebanyak RM10 juta.


Antara lokasi baru yang dikenalpasti ialah:


Kompleks PKNS (Tasik Shah Alam)

Dataran Shah Alam
Seksyen 2 (Medan Selera Prima 2)
Seksyen 3 (Kompleks MAIS,SK Raja Muda)
Seksyen 9 (Oasis)
Dataran kuala Kubu Bharu
Pekan Kuala Kubu Bharu
Medan selera Batang Kali

Read more ...

Tarif air naik di Johor, blogger dan media pro Umno diam membisu



JOHOR BAHRU - SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ Holdings), operator bekalan air di negeri ini semalam mengumumkan pelarasan tarif air berkuat kuasa 1 November ini bagi seluruh Johor sebagaimana yang diluluskan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SAJ Holdings, Abdul Wahab Abdul Hamid berkata, pelarasan itu tidak membebankan pengguna di negeri ini di mana kenaikan bil air kepada pengguna-pengguna majoriti adalah purata RM1.85 sebulan sahaja.

Bagaimanapun ia mempunyai elemen-elemen bagi menggalakkan penjimatan penggunaan air di kalangan pengguna sambil mengekang pembaziran air yang melampau.

“Pelarasan ini juga dapat memenuhi peningkatan kos operasi bekalan air yang meningkat serta untuk membina aset baru yang akan membantu SAJ Holdings untuk menyediakan bekalan air yang berterusan dan berkualiti kepada rakyat Johor.

“Di samping itu, selepas pelarasan ini dilaksanakan, pengguna berhemah yang menggunakan hanya 20,000 liter air sebulan akan mendapat penjimatan 25 sen sebulan daripada bil bulanan asal mereka, iaitu bayaran pada RM12.25 pada kadar tarif lama kepada RM12.00 pada kadar tarif baru ini untuk 20,000 liter.

Read more ...

Siasat Sime Darby




























SHAH ALAM, 16 Nov. : Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak segera menyiasat dan menghantar laporan mengenai kemungkinan salah urusan bahagian tenaga dan utiliti Sime Darby Berhad sehingga mencecah kerugian hampir RM 2 bilion, demikian kata Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurut beliau data yang diberikan daripada laporan forensik audit ke atas syarikat tersebut September lalu sudah cukup bagi siasatan dijalankan.

Menurut Dzulkefly, selain SPRM dan SC bertanggung jawab menyiasat perkara berkenaan, manakala Pejabat Peguam Negara juga perlu mendakwa mereka yang bertanggungjawab.

"Selagi tak ada dakwaan, selagi itulah penyangak-penyangak ini berleluasa mencuri wang-wang rakyat, bukan ratusan ribu lagi kini dah berbilion," tegas beliau ketika dihubungi TV Selangor.

Menurutnya kepentingan kes ini lebih penting kerana melibatkan berbilion wang rakyat.

"Perkara ini telah berlanjutan dengan lamanya dan SPRM dan SC perlu melakukan siasatan dengan segera. Jangan ada lengah-lengah, jangan ada selective prosecution(dakwaan terpilih) atau mahu dibuat lupa-lupa," tegas beliau sebelum menambah kes pembelian Tren Elektrik yang didedahkan beliau juga masih tidak diambil tindakan oleh SPRM.

Laporan audit oleh juruaudit forensik bebas, KPMG dan Deloitte Enterprise Risk Services Sdn Bhd dan perunding undang-undang dilantik untuk mengkaji situasi dalam empat projek yang diketuai bahagian tenaga dan utiliti telah dipertimbangkan oleh lembaga pengarah Sime Darby pada 20 September.

Salinannya telah diberikan kepada SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti.

Projek terbabit ialah Qatar Petroleum, Maersk Oil Qatar (MOQ), sebuah projek membabitkan pembinaan kapal serta Projek Empangan Hidroelektrik Bakun.

Semasa mengumumkan kerugian pada Mei lalu itu, Sime Darby turut mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Datuk Seri Zubir Murshid, supaya bercuti sebelum beliau kemudiannya digantikan.

Dzulkefly menganggap bukan Zubir seorang saja yang perlu bertanggungjawab malah lembaga pengarah Sime Darby juga mempunyai peranan dalam setiap tindakan syarikat.

"Mesyuarat Lembaga dan pemantauan baik dari lembaga boleh mengesan sesuatu yang tidak baik dari terlepas pandang.

"Sepatutnya seluruh lembaga pengarah bertanggungjawab bukan Zubir seorang sahaja yang kena," katanya lagi.

Menurut Dzulkefly kerugian bagi GLC adalah perkara biasa tapi amat membimbangkan kerana lazimnya melibatkan penggunaan dana rakyat.

Justeru, Dzulkefly mahukan agar GLC lain mengambil iktibar tentang hal ini.

"Iktibar dari Sime Darby, janganlah GLC kita terlaku rakus membuat pelaburan dengan tidak mengambil perhitungan kewajaran kerana dikatakan bahawa pelaburan projek Qatar Petroleum ialah tidak bijak," katanya lagi.

Read more ...

Rebet 30 peratus bil air kepada mangsa banjir di Kedah



































ALOR SETAR,16 Nov. : Penduduk di negeri Kedah yang terbabit dengan bencana banjir awal bulan ini akan diberi rebet bil air sebanyak 30 peratus bagi bil November sebagai tanda simpati kerajaan negeri terhadap mereka.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pengerusi Syarikat Air Darul Aman (Sada) berkata rebet berkenaan akan dimasukkan dalam bil Disember kerana perkiraan caj untuk bulan ini telah dijalankan.

"Rebet ini hanya diberi kepada pengguna domestik manakala kilang-kilang tidak terlibat dan ia hanya untuk mangsa-mangsa yang terbabit banjir di Padang Terap, Pokok Sena, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang.

"Saya juga ingin meminta maaf kepada rakyat yang menghadapi kesukaran mendapat bekalan air sepanjang tempoh bencana," katanya semasa menggulung perbahasan Bajet 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Kira-kira 60,240 penduduk menjadi mangsa banjir yang disifatkan sebagai yang terburuk melanda negeri ini pada awal bulan ini.

Read more ...

Australia diminta tegas nyatakan pendirian

AI39


















KUALA LUMPUR, 16 Nov. : Australia diminta menyatakan pendirian tegas berhubung hak demokrasi terhadap kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas Canberra menyatakan sokongan terhadap pembebasan pejuang demokrasi Myanmar, Daw Aung San Suu Kyi Sabtu lalu.

Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemuramah akhbar The Sydney Morning Herald berkata Australia telah menyatakan sokongan kuat terhadap sistem demokrasi di Myanmar tetapi tidak menyatakan pendirian yang sama kepada pihak yang melakukan kekejaman di Malaysia.


Beliau yang memuji langkah Canberra yang menyokong pembebasan Au San Suu Kyi mendesak negara itu turut memberikan sokongan yang sama terhadap sistem demokrasi di mana-mana negara seluruh dunia.


"Australia harus lebih jelas dalam sokongannya untuk demokrasi.


"Jika anda menyatakan sokongan kuat terhadap demokrasi di Myanmar kenapa tidak kepada pihak yang melakukan kekejaman di Malaysia," katanya dalam sebuah wawancara dengan Herald.


Kekejaman itu katanya termasuk "banyak kes pembunuhan yang tidak terjawab", ujarnya termasuk kematian salah seorang aktivis aktivis parti Pakatan Rakyat akibat terjatuh dari tingkat 14 pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, tahun lalu.


Berhubung pembebasan Suu Kyi, kata Anwar merupakan satu langkah yang positif.


Namun begitu, beliau tidak sependapat kerana menganggap pilihan raya umum negara itu yang diadakan baru-baru ini sebagai sesuatu perkara yang lucu apabila pihak pengkritik berpendapat proses pilihan raya itu tidak adil malah memihak kepada parti politik yang pro kepada junta tentera Myanmar.


"Saya tidak berkongsi pandangan itu. Pilihan raya yang diadakan itu sungguh lucu. Pembebasannya tidak bererti apa-apa kecuali dia dibenarkan untuk bergerak dengan mandat sebagai pemimpin terpilih Myanmar, suatu tuntutan yang timbul dari kemenangan partinya dalam pilihan raya 1990, dibatalkan oleh rejim tentera," kata Anwar.

Read more ...