Friday, May 11, 2012

NAK BANGGA APA NAJIB?!!! Semuanya upah , mahasiswa RM 300, mai kampung RM 100


Semalam riuh rendah Blogger Pro UMNO menyiarkan gambar-gambar perhimpunan sebuah pertubuhan haram di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kenapa aku kata himpunan pertubuhan haram sila baca di ( SINI )
 
Ada yang melaporkan jumlah yang menghadiri himpunan pertubuhan haram itu 80,000 ada yang melaporkan 90,000 dan ada juga yang melaporkan jumlahnya ialah lebih 100,000.
 
Walau berapa sekalipun yang dilaporkan itu ikut suka merekalah.. tapi perlu kita ketahui jumlah kerusi yang memenuhi Stadium tersebut hanyalah 87,411 buah sahaja.
 
Jumlah tersebut merupakan jumlah keseluruhan kerusi yang ada di semua ‘level’ stadium..cuba perhatikan gambar kat atas tu, tengok belakang Najib tu.. berapa banyak yang kosong?
 
Gambar kat bawah ni pun sama.. banyak kerusi yang kosong juga tetapi memandangkan warna kerusi adalah sama dengan warna dengan warna pakaian perwakilan.. kerusi kosongpun nampak macam ada perwakilan..
Kerusi dan perwakilan

Ada pencacai UMNO suruh kira berapa yang hadir..
Belakang stage itupun sudah berapa 'level' yang kosong?
Tertipu dengan warna merah yang dilihatnya memenuhi Stadium itu.. berkatalah si Najib.. "Rasa-rasa esok saya hendak menghadap Yang di-Pertuan Agong (untuk mendapatkan perkenan)... adakah kita sudah bersedia, sudah bersedia, sudah bersedia?"

Kata-kata itu disusuli dengan Najib bertanya, "boleh (kita) menang, boleh menang, boleh menang."

"Tahun ini, tahun depan, bulan Jun? (Atau) bila-bila boleh, tahun depan?" 
Najib juga menyifatkan perhimpunan ulang tahun Umno yang telah diharamkan itu sebagai "satu perhimpunan raksasa, satu perhimpunan yang luar biasa, yang dianggap sebagai perlambangan kekuatan Umno.""... perlambangan roh dan semangat, perjuangan gigih Umno.

 
Penyokong tegar Sharizat..
Sebab itulah perhimpunan menunjukkan semangat Umno, sokongan tidak menurun, hampir 100,000 yang berhimpun," kata Najib lagi.
Kalau 100,000 yang hadir itu ikhlas kerana nak mempertahankan pemimpin-pemimpin UMNO Baru baguslah..

Tapi kalau yang hadir tu terpaksa disediakan pengangkutan, makanan kemudian elaun pula..(tengok print screen sms di bawah)  tak ada maknanya..

Budak sekolah manalah ni??
Budak-budak sekolah dalam gambar di atas ni mungkin diberikan upah yang ciput.. biasalah dalam UMNO ni kalau peruntukan elaun seorang RM500.. sampai kat budak-budak ni jadilah RM50..

Golongan Mahasiswa yang reply sms Permatani Farahin dibawah ini lebih beruntung kerana dijanjikan RM300 seorang..

Sumbernya dari SINI

Nak bangga apanya Najib?? 
 
MU

Read more ...

MENGAKU BOHONG & FITNAH!!! Utusan akhirnya minta maaf


Utusan Malaysia hari ini memohon maaf kepada senator bebas daripada Selatan Australia Nick Xenophon yang digambarkan dalam artikel sebagai anti-Islam sebelum ini.

Permohonan maaf dan penarikan balik berita itu disiarkan di akhbar milik Umno itu dan laman web berhubung artikel yang disiarkan pada 1 Mei di akhbar dan web bertajuk ‘Senator anti-Islam pantau BERSIH 3.0'.


"Utusan Malaysia mengesahkan terdapat kesilapan dalam menerbitkan pernyataan-pernyataan di dalam artikel tersebut," permohonan maaf di laman web Utusan dipetik.



Utusan juga menjelaskan, dalam ucapan di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Xenophon tidak menggunakan perkataan ‘Islam'.

Tambahnya, beliau tidak juga menegaskan bahawa Islam bukanlah sebuah organisasi agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang berselindung di sebalik kepercayaan agama.

"Berdasarkan sebab-sebab di atas, Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesemua pernyataan-pernyataan terkandung di dalam artikel tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada Senator Xenophon di atas kedukaan atau pengaiban yang diakibatkan kepada Senator Xenophon ekoran daripada penyiaran artikel tersebut," menurut notis itu.

Read more ...

KECAM KEKERASAN POLIS!!! Hanya 16 peguam tak sokong



Usul kecam kekerasan polis: 16 tentang, 1254 sokong

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam semalam membuat usul tergempar mengutuk kekerasan melampau polis ketika menyuraikan perhimpunan Bersih 3.0 April 28 yang lalu di dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Hanya 16 peguam daripada 1,270 ahli majlis peguam yang membantah resolusi tersebut.

Dalam resolusi yang diluluskan dengan cara undian itu, Majlis Peguam turut menuntut permohonan maaf daripada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara kepada orang awam dan ahli media atas tindakan polis ketika perhimpunan tersebut.

Pengerusinya Lim Chee Wee berkata kehadiran EGM kali amat memberangsangkan – melebihi mesyuarat agung tahunan (AGM)nya.


“Ini menandakan bahawa ahli majlis melihat insiden Bersih 3.0 dengan serius,” kata beliau.

Aman sehingga diganggu


Faktanya, kata Lim ialah laporan terhadap kekejaman polis, dan penggunaan gas pemedih mata dan meriam air yang berlebihan hanya selepas penghadang Dataran Merdeka diceroboh pada pukul 3 petang.


“Sebelum itu, situasi (perhimpunan) adalah seperti karnival,” kata beliau.

Lim berkata Majlis Peguam telah mengerahkan sebanyak 78 ahli untuk memerhati perhimpunan Bersih, dan hanya keadaan di Kuala Lumpur menjadi kelam-kabut manakala situasi di Kuantan, Johor Bharu, Melaka dan Ipoh aman kerana polis telah bertindak secara terkawal.

Beliau turut menambah bahawa 100,000 hadirin yang membanjiri Kuala Lumpur pada April 28 yang lalu tidak diberikan ruang dan masa secukupnya untuk bersurai di mana gas pemedih mata dan air berasid terus dihalakan pada mereka walaupun mereka dalam keadaan hendak melarikan diri.

“Ini membawa kepada satu soalan mudah. Mengapa polis masih tidak membaca dan melaksanakan apa yang dicadangkan Suhakam?” kata Lim, merujuk kepada laporan siasatan terhadap perhimpunan aman yang lepas.

Lim turut menegaskan bahawa kekerasan yang ditunjukkan polis adalah tidak memadai dengan tindakan penyokong yang mengejek mereka kerana semua peserta adalah tidak bersenjata, dan tanggungjawab menjaga keamanan adalah jatuh di bahu pihak berkuasa yang bersenjata.

Majlis Peguam Malaysia turut menuntut agar anggota polis yang melakukan keganasan dikenalpasti dan didakwa.

Pulau penal bebas kerajaan

Selain itu, Lim berkata Majlis Peguam turut memulau panel bebas yang ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat dakwaan keganasan polis dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu.

Majlis Peguam mencadangkan agar wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat insiden Bersih 3.0 dan bukannya bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar.

Read more ...

TERDEDAH AKHIRNYA!!! Pengarah Jais mengaku ahli UMNO, Hasan Ali tak maklum kepada Mustafa


Shah Alam: Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Marzuki Hussin (gambar)adalah ahli Umno.

Ketika ditanya peguam Zulhazmi Shariff yang mewakili pemimpin PAS dan Harakah dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi semalam, Marzuki mengaku beliau adalah ahli Umno.

Umno Selangor melalui Setiausaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin bin Mohamed menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, wartawan Harakah, Khairul Azlan Mohamad serta pencetak Harakah, Angkatan Edaran.
Bagaimanapun nama Abdul Hadi dan Mohamad Sabu telah ditolak oleh mahkamah dari menjadi defendan.

Umno Selangor menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'.

Dalam laporan itu, Mustafa selaku Setiausaha Agung PAS mendakwa beliau mendapat maklumat, serbuan ke atas gereja itu didalangi oleh Umno.

Ketika ditanya peguam Asmuni Awi pula, adakah Marzuki tahu berhubung dengan serbuan yang dibuat Pegawai Jais ke atas gereja DUMC, Marzuki berkata beliau tidak mengetahui langsung dengan serbuan tersebut sehinggalah satu laporan dikemukakan oleh Ketua Penolong Pangarah Penguatkuasa kepadanya.

Menurutnya lagi, siasatan bagi kes tersebut telah dilakukan selama tujuh bulan, namun siasatan itu dilakukan oleh Bahagian RnD dan seterusnya dirujuk kepada bahagian penguatkuasaan tanpa perlu mendapat kebenaran Pengarah Jais mahupun exco berkaitan agama Islam Kerajaan Negeri untuk melakukan serbuan.

Sementara itu, ketika ditanya oleh peguam Dr Zulqarnain Lukman berhubung hasrat Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mewakili PAS ingin bertemu dengan Jais, Marzuki memberitahu beliau sedia maklum perkara tersebut.

Jelasnya perkara itu telah dirujuk kepada bekas exco Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Dr Hasan perlu bertindak memaklumkan kepada Mustafa berkenaan dengan pertemuan yang dicadangkan dan perkara itu tidak dimaklumkan kepada Mustafa.

Pada sesi pagi, Mahkamah hanya mendengar keterangan dari Marzuki dan bersambung semula pada sebelah petang.

Turut hadir pada sesi pagi adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Datuk Ahmad Zaki Husin bertindak sebagai hakim dalam kes ini.

Perbicaraan akan disambung lagi pada 14 dan 15 Jun bagi mendengar keterangan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan juga Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd selaku pencetak. -HD

Read more ...

TRAGEDI ULANG TAHUN UMNO KE 66!!! Bas angkut ahli UMNO berlanggar dengan treler , aktivis SAMM bantu mangsa cedera


From Twitterchegubard; 

Semlm, Slepas exit Tol Rasah/PD bas bawa Umno Trg kemalangan, saya&bbrp aktivis SAMM NS utk bantu moga semuanya selamat.. 

Sebuah bas yg bawa Umno Trg langgar belakang traler dan 1bas umno k.berang pula langgar belakang bas..bbrp org cedera agak teruk.. 

Ambulan dan bomba baru tiba..ada yg tercampak keluar bas..kami antara yg membantu juga panik byk darah..byk bas2 umno lain turut berhenti.. 

Bila anggota penyelamat mula ramai datang bbrp komrad SAMM yg awal sampai bantu mula undur..gambar ini antara mangsa eksiden Bas Umno langgar lori di seremban yg kami bantu bawa dan baringkan di tepi jalan..

Read more ...

TERKINI!! Penyanyi Aishah serah borang masuk PAS , gambar-gambar sekitar Ceramah Perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya" di Taman Melewar malam tadi

Pyan Habib mendeklamasi  puisi

Penyanyi Terkenal Aishah turut hadir memberikan ucapan

Tuan Guru Nik Aziz bersama Dato DR Chua Jui Meng

Penyanyi Aishah menyerahkan borang kemasukan ahli PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

 Tuan Guru Nik Aziz memberikan ceramah

Suasana di dalam dewan yang penuh dengan orang ramai yang hadir  di Taman Melewar

Telok Bakong Online juga tidak ketinggalan membuat siaran video secara langsung pada ceramah Perdana malam tadi dari Taman Melewar

Tuan Guru Nik Aziz sedang minum bersama En Tamrin Ghafar baba

Lambaian Tok Guru

DR Chua Jui Meng  turut memberikan ucapan 

Wakil dari UMNO En Tamrin Ghafar Baba turut hadir di Taman Melewar  memberikan ceramah beliau
 
TelukBakong Online

Read more ...

2800 BAS ANGKUT!!! Namun masih belum mampu memenuhkan stadium

Wow!! ramai dari Bersih 3.0

Bernama melaporkan 2800 buah bas dari seluruh negara untuk angkut ahli Umno ke Bukit Jalil untuk memberi semangat kepada Najib.

Kalau sebuah bas dapat memuatkan 40 orang dan didarab dengan 2800 buah, maka 112000 ahli Umno dapat diangkut. Kalau Najib berkata ahlinya melebihi 100 000, kira bolehlah walaupun banyak kerusi kosong yang masih kosong. 

Dicampur dengan yang berada di padang untuk memenuhkan kerusi kosong tersebut, kita kira penuhlah Stadium Bukit Jalil yang dapat memuatkan 82 000 orang tersebut.

Namun jumlah ini adalah separuh dari jumlah peserta Bersih 3.0 [kira paling kurang] yang kebanyakkannya datang sendiri dan kalau datang dengan bas pun taklah sebanyak yang diangkut Umno. Kalau peserta Bersih 3.0, 300 000, agak banyak, kita kurangkan kepada 250 000. Jadi perhimpunan Umno ini jauh nak menyamai perhimpunan Bersih 3.0.

Berapa juta RM yang Umno belanjakan, wallahua’lam….takkan suruh naik bas saja, takkan suruh datang saja, duit belanja tentulah mereka nak. Kalau RM100 seorang, ko kiralah ek!!

Sayuti Omar berkata perempuan ramai perempuan dari lelaki yang menghadirinya. Ok apa.. esok dapat ‘shooping’ baju raya di India Street!!!ekeleh

Sebenarnya, bukan lapan juta orang tapi lapan juta ekor semut yang berkeliaran melata di sekitar Bukit Jalil yang mengelilingi Stadium Nasional tempat berlangsungnya sambutan parti yang sudah pun diharamkan pada 4 Februari 1988.

Pengasasnya Onn Jaafar pasti yang paling terkilan sekiranya masih hidup kerana parti yang diasaskannya sudah pun dibunuh secara kejam oleh Mahathir kerana takutkan kemaraan pesaing terkuatnya pada pemilihan 1987, Razaleigh Hamzah.

Hakikatnya, cuma 45 ribu yang hadir yang diangkut menggunakan bas dari seluruh negara hinggakan ratusan bas terpaksa digunakan yang bertaburan diletakkan di tempat letak kereta Stadium Putra yang bersebelahan dengan Stadium Nasional.

Perdana Menteri Najib yang kununnya berbangga dengan kehadiran ahli parti reput itu sebenarnya masih gusar dengan perkhabaran bahawa kesemua mereka diangkut menggunakan bas yang disewa khas yang pastinya menelan belanja besar!

Maklumat terbaru mengatakan bahawa peserta himpunan dibekalkan dengan makanan, minuman dan hotel percuma selain diberi wang saku sebanyak RM100 seorang, yang dimaklumkan oleh peserta dari Pontian, Johor, kubu Ahmad Maslan.

Lain-lain info turut mengatakan bahawa Najib masih tidak percaya akan kehadiran yang tidak memberangsangkan biarpun ahli Majlis Tertinggi yang mengarahkan semua ahli telah diberi pelbagai tawaran dijanjikan kepada ahlinya atau sesiapa saja yang mahu turut serta dalam sambutan tersebut.

Sekiranya dakwaan dari Pontian ini benar, maka beranikah Najib  menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan baginda membubarkan parlimen seterusnya pilihanraya umum diadakan dua minggu lagi?

Apakah percaturannya kali ini benar-benar berbaloi dengan melihat kepada jumlah ahlinya yang hadir yang cuma seramai 45 ribu orang daripada 3.2 juta ahlinya yang sangat dibanggakan itu?

Kita akan tunggu dan lihat perkembangannya sehari dua lagi kerana keyakinan Najib mungkin juga membunuh Umno-APCO terus dari persada kekuasan di Putrajaya.

JALAN PULANG


Penagacara TV3 Suku semangat membuat liputan

Pemimpin Wassatiyyah bersalaman dengan bukan muhrim



Read more ...

TAHLIL UMNO!!! Dewan muat 450 orang dikatakan yang hadir 1500 orang - UMNO tipu lagi

Kalu tak menipu bukan UMNO namenya... dalam bab buat tahlil semalam pun masih nak menipu lagi... bagi yang biasa solat (bukan sebab gie himpunan haram UMNO) time pesta buku... 

surau itu hanya mampu memuatkan lebih kurang 450 jemaah dalam satu-satu masa...(max 35 orang satu saf x 8 saf lelaki dan beberapa wanita) .... 

satu tapi didakwanya 1500 orang... itupun satu bas anak-anak tahfiz yang disediakan bas dan makanan...

Alahai umporno.....

orang yang biasa solat sorang-sorang (bersangka baik) lupa lak nak rapatkan saf... boleh masuk syaitan gemuk celah-celah Hj Najib tue...huhuhuhuhuhuhu

player import....Dppk Wangsa Maju

Read more ...

MAI BACA !!! Cerita dongeng Jamil Khir dan mitos Zahid Hamidi


Kat atas itu ialah kata-kata Jamil Khir.. dan dibawah ini pula ialah kenyataan dari Zahid Hamidi pula.. siap ditambah dengan cerita dongeng yang entah dari mana dia dapat tah..

"Arab Saudi cukup sensitif berhubung demonstrasi atau sebarang perhimpunan haram yang dilakukan di negara itu.

"Dulu ada rakyat sebuah negara Islam pernah mengadakan demonstrasi di Mekah dan Madinah bagi tujuan mendemokrasikan politik di negara berkenaan dan Arab Saudi telah tidak mengizinkan mana-mana jemaah dari negara berkenaan untuk menunaikan ibadah haji dan umrah bagi tempoh tiga tahun," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis pelancaran konvoi bermotosikal sempena sambutan Hari Umno ke-66.


Ahmad Zahid berkata penganjur perhimpunan perlu bertanggungjawab dan bersedia untuk membayar harga yang tinggi jika Arab Saudi mengenakan sekatan tersebut kepada jemaah dari negara ini.


Betulkah apa yang dikatakan oleh mamat-mamat dari UMNO di atas tu?.. nampak macam betul kalau kita tak tahu apa-apa.. tapi baca apa ulasan Ustaz Zamri di bawah ni..




Kemudiannya apabila diminta mengulas tentang isu yang sama di dalam Twitter pula.. ini jawapannya..



Kalau nak tahu siapa Ustaz Zamri ni.. lihat di ( SINI )ASD


Read more ...

PERKASA BIADAP!!! Dipengaruhi wang, Polis pun tak berani kacau



PULAU PINANG: PAS menyifatkan pihak keselamatan 'double standard' dan hanya bertindak kepada sekumpulan yang disyaki menjatuhkan kerajaan BN sebaliknya diam membisu terhadap Perkasa yang meniupkan isu perkauman.

PAS Pulau Pinang, kata Pesuruhjayanya Datuk Saleh Man, rasa kesal terhadap usaha Perkasa yang tidak sudah-sudah menimbulkan provokasi agar masyarakat berbilang bangsa khasnya di Pulau Pinang membenci antara satu sama lain.

Sebenarnya sambung beliau, usaha tersebut sengaja diatur untuk mencetuskan huru hara di kalangan masyarakat semata-mata kerana usaha Umno dan Barisan Nasional (BN) melemahkan Pakatan Rakyat tidak berjaya.

Bila Pakatan Rakyat kukuh bermakna Umno, BN dan kuncu-kuncu yang mengetuai Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu di Pulau Pinang tetap berputih mata ekoran kebijaksanaan rakyat memilih mereka atau parti yang benar-
benar jujur, ikhlas membantu rakyat serta membangunkan negara.

"Hudupkan api perkauman. Itu yang menjadi egenda terpenting mereka sekarang untuk melihat Pakatan Rakyat bercakaran sesama sendiri.

"Bila berlaku perselisihan yang membawa kepada pecah menanti belah semua yang terlibat dengan niat jahat ketawa besar," katanya.

Dipengaruhi wang


Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) menyifatkan tindakan Perkasa mengalungkan bunga di gambar Ketua Menteri Pulau Pinang "disebabkan kerana budak- budak ini telah diperdagangkan dengan nilai wang ringgit oleh pihak tertentu."


Presiden KMPP, Rahmad Ishak dalam kenyataannya berkata, "tindakan budak-budak Perkasa berkenaan satu perbuatan terkeji serta terkutuk seterusnya menjatuhkan akidah sebagai anak melayu yang beragama Islam."

Bagi beliau, agenda mereka tidak ikhlas serta bukan keutamaan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda orang- orang Melayu di negeri ini.

Rahmad mengulas tindakan budak-budak Perkasa yang mengalungkan bunga pada gambar Lim Guan Eng di pintu pagar rumah Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Bagi Rahmad, "semenjak di peringkat permulaan lagi tindak tanduk samseng jalanan ini dengan sendirinya telah melemahkan semangat orang Melayu terutamanya Kerajaan Negeri dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pentadbir negeri apabila Perkasa telah bertindak dengan menggunakan fizikal sebaliknya mengenepikan minda dalam mencapai propaganda politik."

"KMPP sebagai sebuah NGO melayu di Pulau Pinang mengutuk sekeras- kerasnya perbuatan pemuda- pemuda Perkasa tersebut yang kononnya memperjuangkan nasib bangsa mereka sendiri," kata Rahmad.

Katanya, tidak dapat dinafikan, tindak tanduk mereka ini telah mendapat imuniti daripada pihak- pihak tertentu.

"Mereka perlu ingat negeri Pulau Pinang bukanlah hak mereka seorang dan jangan sekali- kali mempertaruhkan masa hadapan Perkasa di Pulau Pinang ini semata- mata bermodalkan imej orang- orang Melayu, tetapi pada waktu yang sama mereka mempermain- mainkan maruah serta akidah orang Melayu di sini," katanya.

Bagaimanakah sebuah Kerajaan Negeri dapat melayan kehendak ataupun cadangan Perkasa Pulau Pinang sedangkan perbuatan mereka lebih menjurus kepada sifat kurang ajar, katanya.

Read more ...

RAHIM NOR DAN NST KEPANASAN!!! Siapa Lidah bercabang mengatakan Nik Aziz "Bapak Kafir?"

Bekas ketua polis negara Rahim Noor yang telah bertindak ganas dan diluar perikemanusiaan dan tatacara kepolisan semasa menjawat jawatan itu dengan menumbuk mata Anwar Ibrahim sampai lebam menafikan yang beliau telah menuduh atau menggelarkan Menteri Besar Kelantan sebagai "bapak kafir" atau "Nik Aziz is father of kafir" seperti mana dilaporkan The New Straits Time pada 8 Mei lalu.

Kata Rahim apa yang beliau katakan hanya sikap para pemimpin Pas termasuk Nik Aziz dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menggunakan hujah agama untuk melawan Umno. Betulkah itu yang Rahim kata dan macam mana kalau itu yang keluar dari mulutnya, lain yang ditulis?

Apakah Rahim sudah mulai merasa panas dengan cemuhan dan marah orang ramai kepada beliau ekoran laporan berkenaan. Sejak NST melaporkan Rahim berkata begitu, rasanya sudah puluh ribu orang menyumpah dan mengeji Rahim Nor kerana tidak sepatutnya dia menyifatkan Nik Aziz sebagai bapak kafir.


Nik Aziz bukan lawan Rahim kalau pun Rahim ingin mendapat award atau pun apa-apa imbuhan dari kerajaan UBN kerana turut melayak dan menyerang Nik Aziz. Tidak payah lawan Nik Aziz dengan kata-kata cacian, kejian dan persendaan beliau tidak akan kalah. Nik Aziz mungkin boleh kalah kalau beliau dilawan dengan hujah dari Quran dan Hadith.



Pelik laporan yang jelek terhadap Nik Aziz itu juga turut dinafikan oleh wartawan yang menulis (diletakkan namanya) pada tulisan itu, iaitu Rahmah Ghazali. Tulisan itu memakai dua nama (byline) Rahmah dan Lim Poh Lian.

Rahmah menerusi Twitternya dikatakan telah menafikan yang beliau membuat laporan itu dan hanya menulis laporan dari memetik kenyataan Mahfuz Omar yang dimasukkan di kaki berita berkenaan saja. Ertinya Rahmah tidak tahu menahu dengan kenyataan Rahim itu.

Jelas si penumbuk itu, (Rahim) kenyataan itu dipetik hasil dari temubual beliau dengan wartawan menerusi telefon. Beliau tidak menyebut siapakah wartawan berkenaan apakah Lim Poh Lim, atau Lim Poh Lim hanya tulisan kenyataan Rahim kerana disuruh oleh pihak lain.

Biasa berlaku dalam dunia surat khabar, bos akan menyuruh mana-mana wartawan menulis bahan atau pun maklumat yang diperolehi kerana kesibukan ataupun untuk mengelak timbul implikasi kerana jika timbul implikasi penulis yang dicatat namanya akan dipertanggungjawabkan.


Rahim juga mengaku dia tidak pernah mengatakan Nik Aziz adalah political animal sebaliknya istilah yang beliau gunakan adalah 'political creature' - politik haiwan hidup. Sebenarnya animal politik sama dengan political creature.


Persoalan sekarang ini kalau bukan Rahim yang dilaporkan berkata demikian dan Rahmah yang namanya diletakkan di situ sebagai pelapor juga menafikan, siapakah yang pandai-pandai membubuh perkataan itu? Disebabkan berita itu ditulis oleh dua orang, seorang lagi Lim Poh Lim, besar kemungkinan perkataan itu ditulis oleh Lim Poh Lim. Kita berharap Lim Poh Lim akan membuat penjelasan kalau didiamkan orang ramai akan menganggap dia yang tulis.


Boleh jadi juga wartawan berkenaan tidak menulis perkataan itu, (bapa kafir) tetapi ia pandai-pandai penyunting akhbar berkenaan yang mengawal laman berita berkenaan yang tokok tambahnya untuk menimbulkan sensasi. Pun begitu kalau ia menulis demikian dari manakah asasnya? Kalau hendak dikatakan tersilap terjemahan, ia tentu juga ada asasnya dari perkataan atau maksud apa?


Politikal creature yang disebut Rahim Nor itu juah larinya dengan maksud yang diguna oleh akhbar berkenaan, iaitu bapak kafir.

Ada baiknya untuk memastikan siapa punya angkara menuduh Nik Aziz sebagai bapa kafir itu, MB Kelantan itu wajar menyamannya dan tidak akan memaaf sehingga orang terbabit di bawa ke mahkamah. Sebelum ini Nik Aziz banyak memaafkan orang yang memburukkanya.

Dia juga pernah memaafkan Utusan Malaysia yang memfitnahnya dengan menarik balik cadangan saman. Sikap Tok Guru yang pemaaf begitulah menyebabkan media massa khasnya MPB tanpa berfikir panjang memfitnah dan menghina beliau seperti bapak kafir dan sebagainya itu.


Dalam hal ini kalau Nik Aziz meneruskan cadangan menyaman NST dan Rahim Nor bukan tujuan mengharapkan mendapat wang kerana pampasan ekoran kata-kata itu memalu dan merosakkan imejnya tetapi hanya untuk tahu siapa yang lidahnya sama dengan lidah syaitan menyifatkan Tokguruku sebagai "bapak kafir" itu.


Dalam kes ini tiga orang suspek sudah pun dikenal pasti kerana mereka terlibat secara langsung dengan berita berkenaan, Rahim Noor, Rahmah Ghazali dan Lim Poh Lim. Mungkin dua lagi saya boleh agak-agakkan mereka ialah penyunting atau pengarang akhbar berkenaan sendiri.

Read more ...